Sunday, December 19, 2010

di situ letak quran - ku

hai kawan ,
sudikah kau dengar luahan . setelah kita jauh berjalan
mari kembali ke asas gerakan .

Quran .

"sebaik baik dari kalangan kamu ialah yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya"

Kick off .

aku sedikit ter'hempuk' . barangkali quran itu dilihat sebagai himpunan cereka rakyat . sedangkan arnab dan kekura pun ada ibrahnya , quran seindah begitu kite buat saje2 .

kafla hutaqi wa mangququ wahayyun [ istilah 'ammi ] !

ramai sebenarnya diantara kita yang suka mengamalkan zikir2 tertentu , ayat2 quran yg mustajab dan banyak lagi . aku juge begitu , doa mahu mudah masuk ilmu , doa mahu dipercanteq akhlak , diperindah wajah , doa mahu anak2 soleh , doa mohon dilindungi dari addajal , syaitan .. bla .. bla .. dan banyak sangat.

semua ini tidak salah . antaranya hadith nabi yg menyebutkan ,

" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal "

dan banyak lagi .

Offside !

antara yg menarik minat aku untuk dikongsikan ialah mereka2 yg memperjuangkan zikir2, hafalan doa mereka , amalan ma'thurat mereka . tetapi hakikatnya zero pada peribadi iman dan isian takwa .

benar , memang sebenar benarnya tiada masalah !

kau nak hafal zikir7 , selawat shifa' , ma'thurat kubra sughra . atau kau nak baca surah2 pilihan sebelum tidur . itu bagus , mantop !

yang menjadi problem adalah bile ia menjadi semata2 hafalan , jauh sekali nak memahami
keutamaan pemahaman ke atas semata mata hafalan .

kita ambil contoh mudah , yg juga pernah dikongsi dalam post sebelum ini . berkaitan , mengelak fitnah addajal . ini bersandar kembali kepada hadith nabi s.a.w yg menggalakkan 'amalan' 10 ayat terawal surah al kahf .

ya tuan2 , tidak cukup sekadar menghafal . amalan itu ta'rifannya indah gitu . pertamanya , sudah pasti perlu memiliki ilmu . ilmu pada hafalannya dan pada fahamannya . yang keduanya perlulah di'imani' sebagai qaul nabi yg karamah , berhikmah . juga nilai2 Islam sendiri yang memperuntukkan rahmah kepada sekalian ummah . kendian yang ketiga dan keakhirnya , iaitulah menerjunkan ilmu dan iman kepada gelanggang amal . beramal dari fahaman yg telah dihafal.skema ke bahasa ? ok , faham .

ops , jangan nakal2 . banyakkan merujuk ye kakak2 , adik2 sekalian . ini adalah hasil terjunan belog ke belog , artikel ke artikel , wall ke wall . yg telah saya amalkan sejak beberapa tempoh ini.kita jenguk apa pandangan atau fikrah sayed Qutub dalam menghuraikan 10 ayat terawal surah ini .

1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar

dan sudah pastinya aku menjadi amat teruja juga tertarik yg amat menarik dengan tafsiran beliau.sudah terang ? nampak ? sebagaimana yg serealitinya , ini sebenarnya yg sangat diperuntukkan buat kita , menghadapi hari fitnah besar itu tiba . Addajal namanya .sesimpulnya , bukanlah sekadar untuk menghadapi addajal malah yang lebih besar , mengembalikan dan menggemilangkan Muslim yg sebenar benar Islam.perlukan huraian ?

ye2 , aku tengah menaip la ni .

Pertamanya, tashih al-Aqidah [ Memperbetulkan aqidah dan kepercayaan ]

Hendaklah aqidah kita, seirama dan seiring alquran dan sunnah yang sahih. Akidah ini memainkan peranan yang penting dalam beribadah! Terpesong akidah, runtuhlah ibadah, rosaklah akhlak.

Murnikanlah aqidah, iaitu dengan memusatkan segala niat ibadah kita hanya kepada Allah. Bukan kerana takutkan Ustad atau Bakal Mertua . Bukan kerana mahukan pengiktirafan atau beg sekolah baru. Murnikanlah aqidah, iaitu dengan mengembalikan kembali tatacara ibadah yg indah. Hindarkan lah dari khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas.

Keduanya, Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar [ Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap]

kita ada pancaindera kan ? untuk kita saling memerhati dan berfikir akan keagungannya! Bukannya perasan sibuk menghafal dan baca ayat itu ini , tp tidak faham. Asyik mencari jalan pintas ke syurga, sehingga lupa kepada Allah.

Juga, perbetulkan metodologi berfikir kita (dah keluar dah bahasa mantap aku) . Tiadalah dijadikan semua benda di atas bumi ini sia-sia. Fikirkanlah hikmah di sebalik kejadian tersebut. Fikirkan, bagaimana boleh kita memanfaatkan sesuatu itu untuk membangunkan Islam!

Dan ketiganya, Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah [Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar]

hypothesis 1 : jika berjaya memurni akidah , maka segala nilai-nilai lain seperti akhlak dan ibadah . inshaAllah .

hypothesis 2 : semakin meningkat kemurnian akidah , semakin bertambah ketinggian akhlak dan ibadah . InsyaAllah .

Throw out .

brader : itu lah , lain kali kalau jahil . bertanya !
brader 2 : eh , aku tahu lah . cume simple mistakes je
brader : ha , itu lebih teruk . kau tidak jahil ! tapi sesat !

sebab itu . selalu aku memberi respon ringkas kepada mana2 persoalan tentang ayat pengasih , ayat menghindar syaitan , ayat mendapat beg baru dan segala bagai spesis soalan.

kalau you nak Allah lindung you dari gangguan syaitan
formula : kamu jaga Allah , Allah jaga kamu

kalau you nak Allah cantikkan wajah you
formula : cantikkan akhlak , cantikkan amal ibadah .

kalau you nak jodoh yang 'begitu' dan 'begini'
formula : kamu mesti menjadi seperti 'begitu' dan 'begini'

jadi , di mana letak quran - ku ?

jangan risau ummat muhammad . ayat2 quran itu sangatlah berguna ketika dirasuk diganggu gangguan halus . lihatlah mana2 movie cereka hantu dan seumpamanya . anda amatlah pembohong yang sangat besar jika tidak nampak keluasan penggunaan kalam Allah . ya , jampi quran sangat mustajab . saya tipu ? tidak , filem kite sendiri yang menonjolkan atau menyempadankan atau yg lebih tepat mengehadkan penggunaan kalam Allah juga sunnah Rasul s.a.w. ini baru di dalam bidang perfileman . pelakonnya rata2 semuaya .. alah , korang tahu kan ? yang ditonjolkan Islam itu seakan akan utamanya adalah ketika dirasuk , itupun jika cerita hantu dan yang seghaib dengannya . ah !

log off .

p/s : tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya ke final piala AFF Suzuki . semoga berjaya ! dan jangan lupe baca doa sebelum masuk padang . inikan Islam kita ! err , pakai 'short' kan ?

Friday, December 3, 2010

saya dan surat kepada saya

" bca dgn teliti : Allah aku cintakan engkau , aku perlukan engkau datanglah ke hatiku ..'' kirim pada 10 orang dan lihat keajaiban malam ini. tlg jngn delete. ia bnr 2 terjadi. ini SMS dari ibu ALI SAID-juru kunci sayyida Makkah yang bermimpi bertemu RASULLUAH SAW .. baginda berpesan : 'kuatkan aqidah dlm ibadah krna dunia inisudh goyah dan tua'.. Sebar kpd 10 muslim insya allah dalam waktu 10 hari akan dapat rezeki besar & jika tidak disebar tunggulah kesulitan yang tiada henti. "

seminggu ini banyak sangat inbox mail yang berbentuk sebegini , naik rimas aku . err , betul ke statement di atas ?

kawan2 . tiada jalan mudah ke syurga . tiada SKIM CEPAT KE SYURGA !

beberapa hari sebelum itu seorang sahabat 'forwardkan' satu e-mail kepada saya , eh bukan . kepada 20 orang termasuk saya . begini bunyinya :

" AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuhini adalah surat wasiat daripenjaga makamNabi Muhammad SAW iaituSheikh AhmadMaeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW.selepas membaca laluhamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorangpun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) isteri tidak mendengar katasuami.
(b) orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) orang tidak lagi berzakat dant idak membuatkebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu menyedarkan kepada orangIslam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit , sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. PESANAN HAMBA INI (a) berselawat - untuk junjunganNabi kitaMuhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.


UNTUK MAKLUMAN1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatat sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepadaorang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.2.seorang hamba Allah telahmenerima surat ini tetapi tidakmengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu,maka selangbeberapa hari kemudiananaknya meninggaldunia.3.Pada tahun 1977 Tun DatoMustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupamencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada oranglain, beberapahari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri .. [banyak beno] ...

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.dimana mereka mendapat malapetaka.setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti iaakan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan.sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.kata sheikh ahmad lagi. jika apa yanghamba katakan ini tidak benar,biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMATISLAM.... SEBAR KAN 20WASIAT NI KPD UMAT ISLAM !
"

komen saya :

eh , betullah tu . hang tau dak esok hang akan dpt naik pangkat jadi .. mmm . mungkin jadi pelajar cemerlang ! atau ,mungkin dapat puluhan ribu ringgit. atau mungkin dapat beg sekolah baru !

malangnye siapa xbagi . tok2 imam mungkin kena turun pangkat tiba2 , mufti2 jatuh longkakng , Tok2 Guru kena pulau orang ramai .

kenapa ? oh , diorg xsebar benda ni . mesti 20 copy !

[ ...... ]

*******************************

baiklah , kita ringkaskan mesej tadi . lebih kurang beginilah ,

peringatan kepada ummat . kiamat sudah dekat , tingkatkan amal . bertaubat dll

surat berantai yang beserta ancaman ini bukanlah perkara baru , sudah lama dan berqurun 'sanad'nya dan kali ini baru hendak aku nukilkan sedikit . sebelum pergi jauh mari kita kenal dahulu siapa 'Sheikh Ahmad Maeine' . ya ! dia adalah .. err ,

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

(1) Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy
(1881-meninggal dunia 1932)
(2) Anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934)
(3)Adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy
(1934-bersara 1966)

adakah ada nama beliau ? oh , tiada . adakah beliau ada , mungkin tiada

"untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam surat tersebut , saya pernah menanyakan kepada orang di madinah dan hijaz.saya mencari informasi mengenai orang yang disebut syeikh ahmad itu beserta aktivitasnya . dari informasi yang didapati , ternyata tidak ada seorang pun di madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai syeikh ahmad ini " Dr Yusuf Al Qaradhawi fatwa2 kontemporari

berbicara tentang hukum tuhan , kiamat . tuntutan agama dan lain2 . semuanya sudah disebut dalam alquran , hadis rasul s.a.w . jelas , padu dan pekat !

salah kah ?

tidak salah sangat . tidak , salah sangat !

isu ini tidak jauh , sekadar berlegar atas landasan yang sama .

targhib dan tarhib

konsep ini dipanggil 'tarhib'. Contohnya seperti adanya ayat-ayat alQuran atau hadis mengenai balasan membuat sesuatu dosa, azab melanggar arahan Allah dan sebagainya. Ayat-ayat tarhib ini bertujuan memberi amaran dan menakut-nakutkan manusia agar patuh dan tidak melanggar arahan Allah, sesuai dengan konsep fitrah dan psikologi manusia. 'targhib' pula , galakan . sepertimana banyak ayat2 quran yang menyebut tentang fadhilat itu ini , balasan syurga yang amat penuh .. pergh! dan itu menggalakkan utk beramal . keduaduanya sama pada konsep.

konsep targhib wa tarhib (galakan dan ancaman) mestilah berdasarkan kepada Qurani atau Nabawi. Hanya targhib wa tarhib sebeginilah yang akan memupuk perasaan rabbaniyyah ummat untuk menyuntik perasaan khauf, khusyuk dan sebagainya.

juga perlu dirujuk . kesahihan . unsur2 isra'iliat dan banyak lagi.

jadi ?

kita lihat tarhib dan targhib apa yang [sebenarnya] salah . simple ,

katalah dibuat perundangan baru [konon2] , mana2 muslim yang sembahyang di masjid akan mendapat sepuluh ringgit seorang . dan ketika itu berpusu pusulah kita ke masjid . tetapi adakah ia targhib yang rabbaniyah ?

siapa boleh jamin , ratusan manusia yang datang ke masjid hatinya terpaku pada tuhan dan ibadahnya ?

atau kerana duit ? kerana sepuluh ringgit ?

maka tertolaklah , ia bukan rabbaniyah !

contoh lain , kadang2 sudah menjadi adat .

pada malam 1 ramadhan , parents telah siap siaga menjanjikan kepada anak masing2 . siapa puasa penuh bulan ini dapat basikal baru .

adakah puasa kerana taat , atau kerana basikal ? ya , mungkin kurang sesuai contoh ini . tetapi itulah dia , konsep targhib dan tarhib kadang2 menjadi kebiasaan yang kita biasa biasa kan.lari dari sunnatullah serta konsep targhib dan tarhib.

aku tak hingin berbuat hukum , keputusan sendiri mengenai isu berkenaan . fikir2

fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

aku jalan2 kemudian jumpa ini ,

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 (Malaysia) mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

sumber : ini

penutup , tiada skim cepat ke syurga

kau hendak ke syurga ? ya , kau perlu berusaha dan bersegera

nak mencapai kemanisan akhirat , perlulah bersedia menelan kepahitan dunia . janji allah itu teramatlah benar.untuk relaks di akhirat perlulah letih di dunia.

" berdosa besar kalau kita tidak singsing seluar sehingga atas buku lali ketika solat! "

" duduk bersila itu seperti fir'aun! dosa"

" kenapa dia pakai jeans ke masjid ? itu pakaian orang barat! "

" siapa yang tidak belajar dan hafal sifat 20 tidak sah solat! "

ohoi ! kau fikir apa ? boleh jadi kalau disingsing seluar tiap kali solat , kau masuk syurga ? orang yang tidak pernah bersila , dan selamanya duduk iftirasy dan tawarru' . kau masuk syurga ? pakai jubah , serban berkopiah ke hulu hilir . kau masuk syurga ? sifat 20 ingat2 lupe . ke neraka ?

ia datang dari hati . jadi ,

adakah orang soleh yang khusyu' solat tetapi tidak bersingsing seluar , tidak hafal sifat 20 , pakai seluar jeans itu tertolak solatnya ?

ish , sakitnya dunia .

p/s : skim cepat ke neraka memang banyak

p/s 2 : sila share artikel ini kepada 20 rakan anda yang lain dalam masa 15 minit selepas anda membacanya . jika tidak .. hehe