Monday, May 23, 2011

transformasi artis kita

amaran : post ini mungkin tidak sesuai dibaca oleh sesetengah orang .. mungkin .

dunia muzik sudah banyak berubah , baik dari genre 'nasyid' (walaupun mafhumnya,ia bukanlah sebuah genre) mahupun selainnya . rasanya lebih selesa dikelaskan begitu . nasyid dan bukan nasyid . revolusi yang dibawa oleh golongan 'tajdid' bidang ini dianggap positif oleh sebahagian pihak , sebahagian yang lain mempunyai persepsi kurang senang dengan perubahan . perubahan yang dimaksudkan mungkin bermaksud transformasi muzik khususnya dari sisi penampilan , persembahan dan genre lagu yang dimainkan . sebelum berepek lebih jauh , elok kita fahami dahulu tiga istilah ini -

transformasi : perubahan rupa
reformasi : perubahan kepada yang lebih baik
formasi : susunan pergerakan

jadi , yang dimaksudkan adalah perubahan 'rupa' dalam masih sama . seperti kulit dan isinya . cuma kulit bersalin warna , isinya tetap daging merah yang serupa . yang dimaksudkan kulit adalah yang tersurat , yang zahir dilihat seperti gaya dan penampilan . isi pula adalah yang tersirat seperti konsep , hala tuju dan mesej yang dibawa .

peringatan : kita tidak hingin bercerita tentan nasyid dan muzik . bosan . kita ingin bercerita tentang hijrah , yang dimaksudkan hijrah ialah trade-in dan out . kita akan mencerahkan itu semua selepas ini .. ya , sedang menulis ni . tunggu sebentar .

trade-in-out

yang saya maksudkan adalah transformasi beberapa artis khususnya yang semakin menjadi jadi semenjak kebelakangan ini . tidak kiralah perubahan itu ke arah yg lebih nampak nampak , atau nampak kurang baik . ataupun perubahan itu melibatkan artis nasyid ataupun non-nasyid . kita lihat , ramai pihak telah mengeluarkan beberapa pencerahan dalam hal seperti ini . ada pro , dan cons . sebahagian besar masih mendiamkan diri , mungkin mahu melihat hasil transformasi ini dahulu sebelum membuat sebarang pendirian .

tak jelas . tau dah

sebahagian artis nasyid , berubah wajah kepada tidak nasyid . kata mereka ingin dengan pendengar , telinga yang biasa berlaukkan rentak zapin akan mencari rentak zapinlah kan . begitu pula telinga yang biasa berulamkan pop-rock dan balada , pasti ia memerlukan rempah rempah dari genre itu . dan dalam keramaian yang berpindah kepada seakan akan tidak nasyid itu , ada juga yang terus menjadi tidak-nasyid . baik dari segi luaran mahupun dalaman . otai kata , 'all out' .

dan ,

dalam masa yang sama , yang non-nasyid turut melakukan transformasi (pindah wajah) yang serupa . ada yang ingin menjadi seakan akan nasyid . kita tidak dapat pastikan bagaimana ini terjadi , apapun ia pasti bersangkut dengan soal penarik pendengar . menarik pendengar ke mana ? itu kita tidak dapat hendak tahu lebih , selebihnya tuan punya badan yang tahu . ada juga yang terus berubah , menjadi nasyid dan yang lebih 'up' , menjadi ustaz !!

transformasi kelas 1 .



gelombang ini mungkin bermula pada era awal Mirwana , pada tahun 2005 . penampilan yang segar bugar , sehingga sedikit mengganggu empayar non-nasyid ketika itu . sehingga kita , mereka terus bereksperimentasi dengan pelbagai lagi perubahan sehingga statement terakhir mereka , " ok , kami bukan lagi nasyid . kami kumpulan vocal harmoni " . kenyataan ini , mungkin untuk memuaskan mulut beberapa pihak yang tidak lekang 'mengkafirkan' perubahan yang mereka bawa , kata mereka " nasyid apa ni??!! ini bukan nasyid! " . selepas itu , fenomena ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan . jadi trend pula , semua nasyid mahu menjadi 'mirwanarian' . varian , demascus , inheart dan sebagainya (walaupun mereka tidaklah ingin seperti mirwana) . kemudian wujud pula agensi bawah tanah melalui nasyid underground dan yang terkini By Heart Clan . jadi tuan puan , inilah yang dimaksudkan 'transformasi' . termasuk juga dalam golongan ini adalah al-farabi band , algebra dan lain lain .

transformasi kelas 2 .

yang terawal mungkin di era Yasin Suleiman dari kumpulan Brothers . yang beralih angin , untuk bergerak solo serta berpindah ke medan non-nasyid . terkenal ketika itu dengan lagu Mimpi Laila , Salsabila dan lain lain . kini , beliau sudah samar samar didengari walaupun kekal update dengan lagu dan album baru . kemudian Faizal Tahir , berasal dari kumpulan Mirwana . tidak lekang dari pelbagai kritikan dan kontroversi yang saya tidak hingin cerita . terus terbang bagai superman ke bidang rock , non-nasyid . kemudian beberapa lagi artis termasuk seorang kanak kanak (sebenarnya) perempuan .. ops , saya ulang - p e r e m p u a n . yang diawal kekanak nya bersama satu kumpulan nasyid kanak kanak (perempuan) dan kini telah terbalik 360 darjah dengan membawa genre j-pop (katanya la) . tidak perlu saya nyatakan siapa dia , kerana anda akan search dan cari sesungguh sungguh (huh) kerana seperti yang saya nyatakan , penampilan dia sudah tidak dapat diistilahkan lagi kepelikannya .

transformasi kelas 3 .

yang non-nasyid tidak ketinggalan . ada sahaja yang ingin menjadi seakan akan nasyid . walaupun tidaklah jelas zahir gerakan sebegini , ia tetap ada . ini bermaksud , artis artis non-nasyid yang membawakan penampilan mahupun lagu lagu seakan akan nasyid . waliband dari indonesia mungkin salah satu yang membawa transformasi ini . kemudian , ungu . beberapa artis non-nasyid Malaysia turut kelihatan seperti seorang artis nasyid dan mudah diterima ramai apabila membawa lagu lagu nasyid khususnya lagu lagu raya . M Nasier , Too Phat dan Ramli Sarip juga rasanya boleh dikategorikan dalam kelas ini .

transformasi kelas 4 .



kelas ini agak menarik . akhir akhir ini , semakin rancak pula kekerapannya . akhil hayy mungkin yang terawal terlibat dengan transformasi jenis ini . lahir dalam kariernya bersama scene rock kapak dengan kumpulan rasminya D'riyadh . bukan sekadar berubah angin kepada nasyid , terus jadi penceramah bebas dan terkenal pula . malah perubahan awal beliau bukanlah ke arah nasyid , beliau terus ke bidang 'keustazan'. seorang lagi artis ini , bukanlah seorang penyanyi . tapi beliau berasal dari medan penuh 'syaitan' dengan nama timangannya 'ali setan' (sebuah filem) atau lebih tepat nama sebenarnya Mohd. Azmil Datuk Mustapha . berhijrah ke Syria dan juga membawa perubahan 390 darjah . kembali menjadi seorang penceramah bebas , kini . yang mutakhir , Bob Loqman yang memeranjatkan industri lawak lawak 'kurang cerdik' negara dengan pengakuan on air beliau pada program realiti sedang berlangsung . meletakkan dirinya bersama PAS , mudah mudahan diletakkan pada tempat yang benar benar beliau mahu pergi . juga yang lagi baru dan fresh , kumpulan nasyid selawat Al Mawlid hasil gabungan beberapa artis non-nasyid seperti kumpulan Ruffedge , V.E dan Innuendo . kini , benar benar sibuk dengan menganjurkan beberapa program kuliah dan ceramah . Amy Search , Sham Kamikaze dan ramai lagi . reformasi yang terbaik dari kebanyakan mereka , sehingga kenyataan mutakhir ini memang menyentuh iman jika benar benar jika diamati .

selesai kita cerahkan tentang transformasi .

bagaimana dengan kebaikan dan keburukan ? positif dan negatif ? baik atau tidak transformasi kelas kelas ini ?

hmm .. tertanya tanya juga . dalam situasi artis artis nasyid berusaha dan berupaya memecahkan dominasi artis non-nasyid dalam industri muzik , beberapa artis non-nasyid mengambil langkah keluar angkat kaki dari bidang mereka .

dalam keadaan artis nasyid berpusu pusu mendekati pendengar pendengar non-nasyid , para non-nasyid bertindak lari dari fenomena itu .

golongan kelas 1 dan 4 , mungkin menjadi pemerhatian buat ketika ini .

bagi kelas 1 ,

kita masih menunggu dan melihat bagaimana relaven tindakan mereka itu . sehingga berapa keratan akhbar sahaja sudah memberi reaksi kurang sedang dengan perubahan itu . otai otai nasyid melihat kehilangan identiti nasyid , walaupun bukanlah letaknya pada kopiah dan baju Melayu tetapi dari segi penampilan , mereka agak agresif . tidak dinafikan , matlamat mereka lebih jelas . sasaran mereka lebih tepat . tetapi kita masih menunggu , bagaimana kesudahannya . samada pendengar nasyid yang berubah angin mengikut jejak langkah mereka ( menjadi agresif ) , ataupun pendengar non-nasyid menjadi peminat setia mereka . ya , dua kemungkinan yang ada .

kelas 4 ,

walaupun jumlahnya masih minoriti , kita tidak boleh menafikan pengaruh mereka pada peminat peminat yang sudah sedia ramai . mahu sahaja beralih pendengaran dan fikiran mereka sehaluan dengan artis artis kesukaan mereka . jadi , ini adalah suatu yang baik . bertambah pula , sikap peminat kebanyakannya ikut mood yang diminati . yang diminati langkah kanan , peminat turut langkah kanan . ironinya begitu . ke camna ? jadi , peranan golongan ini sebenarnya sangat sangat sangatlah hebat !

penutup ,


kita bukan mahu membuka pekung di dada sesiapa , bukan juga mahu mendabik mereka . sekadar berkongsi analisis 'artis' kita dan transformasi . bagaimana ia boleh membawa kebaikan dan bagaimana ia menyebabkan ratusan kemungkaran . kita risau yang berlembut akhirnya hanyut , yang berkeras akhirnya jumud . apapun , kita masih menunggu . risau yang ditunggu pula berciciran . semoga anda dan kita kekal dijalan serupa .

allahua'lam .

p/s : transformasi memerlukan iman .