Monday, April 11, 2011

ta'rif atau taqween .

ehem3 . ok , perhatian perhatian !! tahukah kalian apa itu ' skill ' rasmi yang sering dijadikan senjata oleh para blogger untuk meningkatkan hit blog mereka ? tahukah bagaimana orang yang ' biasa ' boleh menjadikan blognya ' luar biasa ' dengan hanya membahagikan masa lebih kurang lima minit untuk mengupdate post post baru ??? ha , dengan ini secara rasminya dan buat julung kalinya saya melancarkan skill tersebut ke atas blog ini . iaitulah ' copy and paste ' .

sebagai permualaan , saya kongsikan entri dari http://ululalbab99.blogspot.com/
dengan tajuk ' blog ta'rif atau blog taqween ? ' .

maka dipersilakanlah utk membacanya . ok mulakan bacaan anda .. sekarang :

Alhmdulillah, punya semangat mencari kesempatan untuk kembali menulis di sini. Berkongsi dan memberi. Buat kesekian kali, blog telah terabai apabila urgensi medan tarbawi di alam nyata tinggi. Maka, diri ini akan kembali bermuhasabah. Mengapakah begini?

Borak2 dengan murobbi Glasgow hari itu, baru jumpa jawapannya.

Tujuan penulisan tuanblog ini sebenarnya tidak jelas. Maka, kadar usaha atau amal yang diberikan kepadanya turun naik mengikut situasi. Jadi pembolehubah dimanipulasi sahaja. Bila ada masa, bila ada idea, bila rasa mahu berkongsi, barulah terhegeh2 kembali menaip. Ini namanya hobi, bukan amal dakwi ni. Aiyaakkk. Konon je awal2 dulu, niat mahu menulis blog untuk menyampaikan fikrah islam kepada pembaca. Mahu menyantuni pembaca2 dengan persoalan2 aqliah kasi berfikir kencang sket. Namun kalau sebulan tak update2, macam ini. Memang masuk kategori hobi [baca: perkara yang dibuat pada masa lapang] la blog ni Ooo cik akak oi!


Muhasabah... muhasabah...

Bagaimanakah seorang daie kepada Allah 24/7 boleh mempunyai hobi. Terngiang2 kata2 Ust Aadtiff tak silap. Kalau dah serahkan seluruh hidup, mati, nyawa dan hembusan2 nafas ini semata kerana Allah. Bagaimana seorang daie itu masih punya masa lapang untuk mempunyai hobi. Mana ada masa lapang? Apatah lagi hobi? Sepatutnya setiap saat hanyalah Allah dan dakwah.

Dakwah.. Dakwah.. Dakwah

Nak dakwah panjang kena punya input mantap.

So perlu Tarbiyah..Tarbiyah..Tarbiyah

Maka, setiap saat hanya ada dakwah dan tarbiyah.

Selepas muhasabah, akhirnya tuanblog mengkonklusikan bahawa sebelum ini. Tuanblog yang bersemangat mahu menjadi daie tapi masih setahun jagung ini mengganggap blog ini hanyalah 'hobi'. Maka, tiadalah unsur2 dakwah dan tarbiyah yang muntij [baca:efektif ] di sini. Maka, amal blognya tidak berapa kencang untuk dakwah dan tarbiyahnya.


Maka, apakah jalan penyelesaiannya.

1. Tutup blog terus kerana full-time daie tiada 'hobi'.
2. Teruskan berblog bila ada masa seperti sebelum ini. Pasti ada sahaja, manusia2 yang terselit2 membaca dan mendapat faedahnya. InsyaAllah^^
3.Teruskan berblog dengan matlamat yang lebih jelas dan menjadikan blog ini sebagai amal DnT yang muntij. Woha!


Baiklah! Tuanblog mahu aim matlamat paling tinggi sbb nabi kita kan ajar begitu. Kalau nak doa, doalah moga mendapat untuk syurga firdaus yang paling tinggi. Walau tahu kemampuan diri. +_=" Maka, mari cuba pilihan ke3, kalau tak mampu, maafkan sahaja. pilihan kedua masih ada lagi.


Persoalannya, bagaimana mahu menjadikan blog ini atau blog2 kamu-kamu yang seperti saya ini lebih muntij dari segi amal tarbawinya.

Jawapannya, dakwah kitakan punya marhalah. Ada takrif ada taqween. Ada dakwah takrif dan ada dakwah taqween. Begitu juga blog kita. Ada blog takrif dan ada blog taqween.

Maka kalau nak matlamat jelas, perlu fokuskan matlamat blog anda2 ini.

1.Kalau mahu buat blog takrif. Penuhkan dengan bahan-bahan takrif yang umum. Perkenalkan kepada semua tentang islam. Islam yang best. Islam yang kaafffahhh.. Islam yang cemerlang, syumul, kamil, mutakammil, Islam dan Jahiliyiah, Salah Faham ttg Islam. Islam ini, dan Islam itu. Semua2lah tentang Fikrah Islam Kita. Kemudian sebarkan kepada semua.. sesiapa sahaja.. dimana jua. dan Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.


2.Kalau mahu buat blog taqween. Penuhkan dengan bahan-bahan taqween yang khusus. Kasi askari dan Sufi. Tembak habis2an manusia2 yang sedang ditaqween ini. Perkenalkan fikrah2 khusus seorang daie yang ditarbiyah. Cuci jahiliyiah2 sifat kita, Bersihkan paradigma dan mentaliti kita, Sentuh2 bab amal2 fardi dan penjagaan iman kita. Kata mahu taqween-centric! Kemudian sebarkan pada semua yang sedang ditaqween. Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.

Mari tuanblog bagi contoh blog no 1 [seperti ini] dan blog no2 [seperti ini]. Baru nampak jelas lagi point di atas ini harapnya.

Maka, kalau masih ada pembaca yang membaca. Kalau anda adalah tuanblog yang seperti saya, mari kita muhasabah diri dan amal blog kita ini. Dan tolonglah nasihatkan saya supaya lebih semangat memuntijkan [baca: mengefektifkan] amal saya ini.

tamat .

ulasan dari saya :

ya , saya telah jadikan blogging ini lebih kepada hobi . ops ..

p/s : blogging .. oh blogging .

Monday, April 4, 2011

freemason lagi ? [ updated ]

huh .

lenguh sebenarnya melayan geng2 anti - freemason dan yang seangkatan dengannya . isu ini bukanlah isu yang kecil berahsia , malahan seluruh masyarakat sudah ' alim ' tentang illuminati dan sebagainya . sudah lali telinga mendengar teriakan teori konspirasi , the arrivals serta saudara maranya . antara mereka ada yang lebih terkehadapan dengan menggerakkan jentera jentera ' perang saraf ' . iaitulah dengan membangunkan laman sesawang , blog , bahan bahan audio visual dan lain lain . umum melihat ' gejala ' ini sebagai sesuatu yang positif . umum melihat ini adalah gerakan kesedaran sejagat . umum melihat umat mula terbuka mata . laman sosial facebook , frienster dan twitter tidak ketinggalan dalam menyebarkan taktik ' busuk ' freemason dalam menjatuhkan Islam . tidak kiralah melalui artis artis 'upahan' mereka , perwakilan pemuda pemudi illuminati , malahan diperuntukkan gerak konspirasi ini pada binaan binaan berupa bentuk mata , segi tiga dan iringan warna hitam putih ' checkboard ' .

sebelum melontar lebih jauh , saya akui . saya tidaklah begitu arif dan faham tentang freemason ini . jauh sekali hendak menonton dan menghadam puluhan siri the arrivals yang kini sudah masuk fasa yang ke-empat . laman wakeupproject.com antara lidah rasmi yang banyak berbicara tentang teori konspirasi ini . bagi yang masih belum pernah mendengar semua ini , ketahuilah bahawa anda ' ketinggalan zaman ' . jika sebahagian tarekat-batil menamakan zaman ini ialah zaman karamah dan bukan zaman mauna , saya rasa sesuai digelarkan kita sekarang ini berada di
'zaman serangan freemason' . berbalik kepada pemahaman tadi , saya mula mengenali freemason ini di awal persekolahan peringkat menengah . pada masa itu , sudah cukup kecoh dan haru dengan beberapa kenyataan yang benar benar menghantui . pelbagai benda dikaitkan dengannya termasuklah kereta , papan tanda dan sistem . saya juga antara penyebar tegar ideologi ini ketika itu . sekali lagi saya tekankan , saya sekadar memahami perkara ini secara umum sahaja dan bukanlah secara 'precise' dan mohon mereka mereka yang lebih tahu untuk membetulkan mana mana fakta yang tidak tepat dalam entri ini khususnya termasuklah beberapa penulisan saya sebelum ini yang juga berkaitan dengan teori konspirasi .

salah atau benar ?

saya ada satu prinsip . keterbukaan saya adalah untuk menjawab persoalan keperluan dan keutamaan terlebih dahulu . kemudian selebihnya saya serahkan pada anda untuk menyimpulkan . kerana soal salah atau benar ini adalah terlalu 'jumud' . biarlah kita faham terlebih dahulu tentang soalan "perlu ke?" atau "penting ke?" sebelum menghuraikan jawapan "betul ke? dan "salah ke?".

soalnya begini ,

perlu ke? suka saya kongsikan beberapa perkara yang barangkali saya sendiri silap percaturan dalam kehidupan . saya usulkan satu masalah , iaitu mengenai penglibatan artis artis khusunya produk dari barat seperti justin bieber dan lady gaga . sebahagian fakta menyebut tentang perkaitan mereka berdua sebagai agen freemason termasuklah rihanna dan beberapa artis lain . saya pasti khabar ini telah tersebar jauh dalam kalangan masyarakat kita . ditambah lagi dengan galakan dari beberapa laman sosial untuk 'share' dan sebagainyalah . ya , ramai antara kita melihat ini adalah suatu impak yang positif . ini adalah usaha yang baik untuk menjauhkan muda mudi kita dari berdekatan dengan imej imej dan budaya negatif dari barat khususnya .

jadi , saya bawakan di sini dua persoalan yang perlu dijawab . nah , perhatikan elok elok .

1 . perlukah mengaitkan lady gaga dan justin bieber dengan freemason agar orang membenci mereka ?

2 . adakah boleh kita meminati , mendengari lagu dan menyanjungi mereka ?

tentang persoalan tersebut . merujuk kepada beberapa pemerhatian yang tidak rasmi , kebanyakan respon menyebut bahawa ia adalah satu keperluan . pendapat yang lain menyebut , 'tidak salah' dan 'baguslah' , sekurang kurangnya dapat menakutkan orang agar menjauhi artis artis yang tidak senonoh itu . hmmm .. perasan tidak ada satu perselisihan kefahaman dalam kenyataan ini ? kalau benar artis itu tidak senonoh , mengapa perlu dicari lagi sebab lain untuk menjauhkan dan membuat orang lain membenci kepada artis artis ini ? bukankah cukup dengan menyatakan bahawa artis ini tidak menutup aurat , maka kita wajib menjauhinya !! tidakkah cukup dengan realiti lagu lagunya yang penuh dengan bahasa lucah , kotor dan bertentangan dengan syari'at untuk menjadi asbab kita semua meninggalkan dan membenci mereka ?? ini adalah suatu pertembungan fakta yang sangat mengejutkan . tidak percaya ?

G : weyh , kau jangan la dengar lagi lagu lady gaga dan justien bieber .
M : kenapa ?
G : yelah , dia tu ahli freemason


ada beberapa point penting yang perlu kita ambil cakna .

kefahaman yang salah


bukanlah hemat saya untuk menyalahkan kumpulan ini dan kumpulan itu . sebab itu saya tidak gemar menjawab persoalan salah dan benar . dalam pandang sisi ilmiah , apa yang terjadi pada keadaan sebegini ialah kesilapan dalam meletakkan hukum . ilmuan mana yang cakap menyendarkan sesuatu masalah itu kepada freemason dengan niat untuk menakut nakutkan orang adalah dibenarkan dalam Islam ? dalam Islam perkara konsep ini dinamakan ' tarhib ' . [rujuk pada asatizah dan masyaikh untuk mendapat ulasan yang lebih mantap] . contohnya , ayat ayat quran atau hadith yang menceritakan tentang azab neraka bertujuan untuk memberi amaran dan juga menakut nakutkan manusia khususnya supaya meninggalkan sesuatu perkara yang dikeji . tidak lain tidak bukan , konsep targhib perlu bergantung kepada dalil atau nas nas sahih samaada Quran mahupun Hadith . nescaya itu , ia bolehlah dinamakan sebagai tarhib yang 'rabbaniah' .
Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(QS. At-Taubah : 101)
tarhib rabbaniah tidak akan lari dari landasan syari'at kerana ia telah memenuhi syarat yang ditetapkan . antara lain , juga berkaitan dengan isu ini ialah tentang perkara perkara yang ghaib . perkara yang ghaib itu tidaklah diketahui melainkan menepati nas Quran , Hadith dan juga Sunnatullah . contohnya , tentang azab kubur dan nikmat syurga . tiada sumber yang lain untuk menggambarkan keduanya selain daripada berpandukan ayat Quran dan Sunnah . contoh lain , tentang ramalan cuaca . ia bukanlah sesuatu yang lari dari syari'at kerana ia dibuat berpandukan sunnatullah iaitu kejadian alam semula jadi .

kembali kepada ' freemason ' . adakah ia targhib yang 'rabbaniah' ? adakah ia mematuhi pra-syarat kelayakan untuk diterima kesahihannya ? kebanyakan kita hari ini lebih banyak bergantung kepada ramalan ramalan yang tiada sandaran melainkan hanya menggunakan logik akal serta ' nafsu '. mungkin belum cukup jelas . kita beralih kepada masalah menggunakan 'freemason' sebagai targhib [ menakut nakutkan ] supaya orang menjauhi sesuatu perkara itu . untuk memahami mengapa targhib yang tidak 'rabbaniah' sebegini tidak boleh diterima , turuti bacaan anda hingga akhir entri .

contoh yang sama , lady gaga . apabila dikaitkan dia dengan freemason supaya orang tidak menuruti atau meminati lady gaga sudah pasti ia tidak 'rabbaniah' . mengapa ?? kalaulah dibuktikan bahawa dia bukanlah ahli freemason mahupun agen , adakah dia boleh diterima untuk diminati dan disanjungi ? sebab itu targhib ini tertolak ! kalaulah benar sekalipun bahawasanya lady gaga adalah ahli freemason , bukankah cukup untuk meletakkan 'seksi' , 'tidak tutup aurat' , 'lagu yang bertentangan dengan syari'at' dan lain lain sebagai hujah untuk menolak dan memboikot lady gaga ?

ini adalah tertolak !!!

dari dimensi fikriah , kita melihat bahawa kebencian ummat akan beralih pada sesuatu yang hanya ada kaitan dengan freemason sekalipun ia tidaklah terbukti . sehingga keluar kenyataan berhubung dengan isu ini , " aku tak nak lah pergi wayang lagi , kerana itu semua kerja freemason nak sesatkan umat Islam " , " malaslah nak pergi pasaraya timesquare tu lagi sebab bangunannya berbentuk mata yang dirancang sendiri oleh gerakan illuminati " !!! ini semua tidak 'rabbaniah' !

perasan kena serang

ini satu lagi masalah besar , yang menyebabkan kita pening dan bertambah pening . saya pernah berjiran dengan satu keluarga . ketua keluarganya cukup menjaga Islam agamanya , mana tidak , semua tingkap di rumahnya diubahsuai dan disimen bagi menghilangkan bentuknya yang seakan akan salib !! suatu ketika dahulu , lambang crocs pernah dikaitkan dengan nama Allah dalam tulisan jawi . ketika itu , memang habis tersebar . semua crocs serta merta dibuang semata mata kerana khabar angin tersebut . pernah juga dikaitkan cocacola dengan 'la muhammad la makkah' dan sebagainya . termasuklah juga 'Akum' dan 'Askm' yang dita'arifkan dengan makna makna yang buruk dalam bahasa ibrani . saya namakan masalah ini dengan frasa 'perasan-diserang' .
" kalau macam itu , kita tak bolehlah guna huruf 't' pada setiap penulisan kita . bukankah 't' itu berupa salib? "
jawab guru saya ketika disekolah dahulu apabila menerima persoalan tentang masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas . dari sudut lain , kita sepatutnya melihat bahawa ini sebenarnya adalah suatu bentuk kezaliman yang 'senyap' . mungkin sukar kita melihat realiti ini apabila berada di pihak yang 'memboikot' . apabila yang 'diboikot' tiba tiba sahaja menerima kesan yang buruk dek penyebaran maklumat yang langsung tidak berfakta dan hanya bergantung pada kekreatifan akal manusia untuk membayangkan adanya kalimah Allah pada logo itu . adanya penghinaan Islam pada logo ini . tidakkah ini zalim ?? mungkin ada suara suara belakang yang akan berkata saya seakan akan membelakangi Islam dan mendabik dada orang orang kafir . tidak , mudah mudahan saya tidaklah begitu . ini soal nilai Islam !

cuba sama sama kita bayangkan . pada suatu hari kita buka satu syarikat , dan lengkaplah dengan logonya , dengan perlembagaannya , dengan sistemnya . kemudian secara tiba tiba ada orang labelkan logo syarikat kita menghina Islam sedangkan kita tidak pernah sezarah pun terfikir untuk berbuat demikian . kemudian dengan sebab fitnah itu , keuntungan syarikat jatuh merudum . kita dipulau dan diejek-ejek . tidakkah itu zalim ? saya maksudkan kumpulan kumpulan yang hanya berhujah tapi penuh dengan auta tanpa sebarang fakta dan angka .

samalah dengan isu freemason . ramai yang perasan diserang . sedangkan dengan adanya geng2 penyebar tegar inilah sebenarnya yang menunjukkan bahawa konspirasi ini berjaya kerana jiwa dan tenaga kita lebih banyak sibuk dengan kajian kajian yang sekadar membongkar membongkar dan terus membongkar . hasilnya tetap sama , iaitulah merekrut manusia paranoid terhadap istilah 'freemason' dan manusia manusia yang pakar sejarah illuminati tetapi hakikatnya buta sejarah Islam !! barangkali , sang penyebar itulah sebenarnya agen freemason !

pesan saya , janganlah perasan kena serang ! kepada yang dah kena serang sekali , elaklah untuk kali yang kedua .


apa usaha kita ?

mungkin tidak adil jika saya berterusan mengkritik golongan di sebelah sana sahaja . orang kata , kita perlu adil dengan fakta . tidak saya nafikan , diluar sana masih ramai yang langsung tidak up-to-date dengan khabar Islam . jadi , apa sebenarnya yang kita nak buat ?

mulalah dari bawah .

kerana ramai orang mahukan negara Islam , mahukan pemerintahan Islam . tetapi gagal membentuk peribadi dan penampilan dirinya sebagai seorang Islam .

tetapi apakah kita sekadar membongkar kerja mereka sahaja ?

semua orang mahukan world order atau ustaziatul 'alam . mereka ada kerja mereka , mengapa kita tidak atur langkah kita ? tidak lain kita hanyalah manusia yang hanya reti bertahan tetapi tidak menyerang . serangan ideologi , konspirasi terancang dan sebagainya . mengapa tidak menyerang ? kita bina asas yang kukuh . kita perlukan seorang individu muslim , kemudian beralih kepada era kekeluargaan dengan membina bayt muslim , kemudian masyarakat yang benar benar muslim dan akhirnya menjadi sebuah negara muslim . ini adalah turutan kerja yang kita telah abaikan .
" ramai orang yang mahu mengubah dunia , tetapi gagal mengubah diri sendiri "
tidak lain melainkan hidup ini adalah 100% perjuangan . sekian .

p/s : sebarang komen , puas hati dan luahan hati bolehlah dinyatakan sesuka hati .

p/s : share if you care .

Sunday, March 27, 2011

jangan perasan .

bermulalah cerita . . .

" tunjukkan aku di mana Allah "

PANG !!!! serta merta pemuda itu menerima tamparan dari Raja atas persoalannya itu .

" adesh " spontan pemuda itu menunjukkan tindak balas atas kesakitan itu .

" tunjukkan aku di mana ' sakit ' ? " soal Raja

terpinga dan terkesima pemuda tadi sambil menghalakan telunjuk kepada kedua-dua pipinya .

" itu pipi ! sakit kat mana pun kau tak boleh nak tunjuk , nak suruh aku menjawab soalan engkau . sedangkan Allah itu duduknya tidak setara dengan makhluk . dirinya Allah tidak sama dengan aku . aku hanya mampu merasakan Allah itu wujud . aku ini hamba yang lemah , pasti tidak mampu tunjuk di manakah Allah "

pemuda meneruskan dengan soalan yang ke-dua ,

" apa yang Allah sedang buat ? "

PANG !!!! segera Raja menghayunkan tangannya .

" sekarang Allah sedang mengizinkan aku melempang engkau . hakikatnya , semua datang dari Allah "


soalan yang ke-tiga ,

" sebelum adanya Allah , apa yang ada ? "

PANG !!!!
merah jambu muka pemuda itu .

" tengok jari aku betul betul , sebelum jari telunjuk ada ibu jari . sebelum ibu jari ?? "

pemuda tadi mengalihkan fikirannya kepada soalan yang seterusnya , kini dia betul betul mati akal . perbincangan mereka diteruskan dengan soalan yang ke-empat dari pemuda itu .

" adakah benar kita tak akan tahu tentang takdir Allah dan masa depan ? "


ZUSS ! hayunan tangan kanan Raja segera dielak oleh pemuda itu , PANG !!!! oh , barangkali pemuda itu terlupa bahawa Raja juga seorang manusia yang punya dua pasang tangan . seraya Raja berkata ,
"
engkau tahu tak aku akan lempang engkau ? "


" err , tak "


" dan engkau boleh elak cubaan melempang aku yang pertama tadi . takdir itu Allah sudah tentukan dan kita tidak akan tahu . kita hanya berusaha dan terus berusaha . tapi kalau kita kurang cakna , kita akan tertampar pada musibah yang sama "

riak wajah pemuda tadi hambar dan lesu , tapi dia masih tidak mahu mengalah . terus mencuba untuk mematikan hujah dan jawapan dari Raja . maka diteruskan dengan soalan ke-lima ,

" setan juga akan masuk neraka , tapi tak sakitlah sebab syaitan juga dibuat dari api sedangkan neraka juga dipenuhi dengan api . kan ? "


[ mute ] pemuda menyangka Raja sudah terperangkap . " ihik3 " [ gelak jahat ]

PAAAANNNNNGGGGG !!!!! kali ini raja menggunakan kedua-dua tangannya dan seluruh kudratnya . raja bangun dan meninggalkan pemuda itu keseorangan lantas berkata .

" kalau engkau nak tahu , tangan aku ini ada 'kulit' dan pipi engkau pun 'kulit' . aku rasa engkau takdelah sakit sangat pun kan dengan hayunan tali arus aku tadi "


sekian .

p/s : jangan perasan hebat bila kita banyak ilmu , sedangkan kita tidak faham dengan ilmu . kita tidak lebih hanyalah seorang yang gemuk dengan ilmu , kemudian memuntah muntahkan ilmu kepada orang lain .

p/s 2 : dalil yang sahih perlu diseragamkan dengan akal yang sejahtera . barulah hidup bahagia .

Thursday, March 17, 2011

antara dua darjat .

antara hajat khaliq [ pencipta ] dan makhluq [ yang dicipta : kita ] .
persoalannya simple , siapa yang kau kejar sebenarnya ? redha tuhan atau pujaan manusia ?

" eh , engkau . soalan macam tu tak valid la dalam kalangan orang Islam "

" yelah , mestilah jawapannya redha tuhan , hek eleh "
heh .

kebetulan esok ada PSL [ Permai Super League ] , sebuah medan rasmi menyepak tanduk dan tangkap bola bagi warga irbid manakala PERMAI merujuk kepada persatuan mahasiswa mantiqah [ daerah ] irbid . 8 kumpulan berdaftar sebagai peserta melibatkan sebahagian besar syabab dari pelbagai peringkat umur dan universiti . yang profesional dan beginner mahupun berkaki kayu , masing masing mendabik dada . menghala telunjuk pada arah yang sama . malam ini , goup fb rasmi PSL seperti biasa pasti penuh dengan komen dan post perang saraf sebagai serangan awal terhadap pasukan lawan . beberapa pasukan berkumpul untuk merancang strategi mereka . tidak kiralah pasukan underdog mahupun sebaliknya .

" esok 6.30 pagi pastikan semua dah tercegat di depan simsemah [ kedai ] , siapa lambat naik teksi sendiri . duit sewa bas burn "

beginilah amaran ajk berkaitan terhadap para pemain agar memberi komitmen secara total bagi melancarkan 4 perlawanan yang bakal berlangsung . status status fb di'up-date' . pemain pemain turut diingatkan supaya tidur awal untuk memastikan kecergasan 100% pada pagi esoknya . tidak ketinggalan petugas petugas khas sepanjang liga berlangsung , water-boy , sukarelawan medic-boy dan camera-boy . semuanya bersemangat !!

kempen ber-PSL semakin rancak dengan sogokan sogokan sampingan yang menyebut bahawa pemain pemain yang menunjukkan komitmen dan kemahiran bakal dipilih untuk menyertai pasukan bolasepak mewakili mantiqah irbid pada temasya KARISMA [ Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia ] yang akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat ini . karnival ini melibatkan keseluruhan mahasiswa Malaysia di negara Jordan termasuklah syabab [ lelaki ] mahupun akhawat [ perempuan ] . merangkumi 4 mantiqah terbesar di sini , amman , irbid , mafraq dan mu'tah .

juga ,

kebetulan esok , seperti hari hari yang biasa . Allah telah mewajibkan kepada setiap hambanya untuk solat subuh . solat adalah sebuah medium rasmi memuncakkan cinta kepada Allah . solat adalah pembeza antara muslim dan kafir . manakala solat subuh pula dita'rifkan sebagai solat 2 rakaat [ sahaja ] yang telah ditetapkan masanya selepas azan subuh sehingga timbul matahari . semua muslim berdaftar mahupun tidak terlibat tanpa mengira umur mahupun kelulusan . yang bangsawan , kaya serta kaki kudung wajib melaksanakannya . malah turut diperuntukkan padanya beberapa rukhsah [ keringanan ] kepada mana mana orang Islam yang uzur [ sakit ] atau orang kelainan upaya . setiap yang melakukannya diminta agar mempadukan niat dan fokus pada Allah , kebanyakannya memanifestasikan ibadah ini secara amai-amai ataupun separuh sedar . malam sebelum subuh itu , ramai manusia yang masih setia menghabiskan saki baki tengah malam untuk menonton video dan bermain PES2011 di kediaman masing masing mahupun jiran tetangga terdekat .

" esok pukul 4.45 pagi sudah pasti tidak ramai yang dapat menolak beban 8kg hiram [ selimut tebal ] dan bingkas ke bilik air untuk solat subuh apatah lagi yang ke masjid jami'ah untuk berjemaah bersama muslimin yang lain "

begitulah officially , laporan ringkas reaksi dan respon amali umat manusia . status status fb di'update' . berjam jam dihabiskan untuk membalas komen , poke me poke you dan sebagainya sehingga ke awal pagi . ' ustaz ' lewat malam tidak ketinggalan mengisi malam dengan menge'post' tazkirah awal pagi dan update-belog [ oh ] .

dalam masa yang sama , malah hakikatnya sudah lama kita semua tahu telah disediakan ganjaran ganjaran istimewa buat mereka yang bangun solat subuh berjemaah di masjid . malah kita sudah lali dan acap kali disuapkan dengan peringatan tentang nikmat syurga dan azab neraka .

hmm ...

4.10 am [ azan subuh ]

" kreeeeng kreeeeeng ! " ringtone rasmi menghentam menyusup ke telinga .

segera butang ' snooze ' ditekan .

4.45 pm [ iqamat subuh ]

" kreeeeng kreeeeeng ! "

' snooze '

6.15 am [ PSL ! ]


" kreeeeng kreeeeeng ! "

tup . heh ! segera hiram diselak , terus ke tandas .

" ah , subuh .. "

" weyh , PSL la PSL ! bangun bangun bangun !! dah lewat ni !! "

ceh !
manusia suka mengelat !!

masa kat sekolah dulu , cikgu suka bagi analogi ringkas . bayangkan pahala itu macam bila kamu pergi masjid je dapat RM10 . sengihkan sahaja analogi kebudakan itu . orang sudah tuli dengan benda benda biasa , hati sudah mati dengan cerita akhirat dan hari selepasnya . dah3 .

teringat peringatan sahabat saya ,
" Islam itu tidak akan bangun dengan orang yang gagal menguruskan perkara perkara simple dalam hidupnya . kebersihan bilik , ibadah , subuh dan banyak lagi . "
falsafah menyebut ,

" ramai diantara manusia itu ingin mengubah dunia , tetapi gagal [ tidak mahu ] mengubah diri sendiri "

lihatlah betapa gagalnya sistem manusia . nampak kan ? kata orang , sekular itu adalah menyempadankan agama daripada kehidupan . meletakkan agama di masjid , meletakkan agama di dalam ibadah , meletakkan agama pada ' hati ' sahaja . apabila keluar masjid ' baju ' agama ditanggal dan disangkut di mimbar mimbar . ayat quran yang dibaca dan dihafal disusun kembali ke rak rak yang disediakan tanpa diterjemahkan dalam kehidupan . tetapi dalam kes ini , apa istilah yang benar benar sinonim dan tepat bagi situasi seperti yang digambarkan di atas? ini bukan sekular ! ini lebih teruk dari itu !! memecahkan kepentingan ibadah dan kerja dunia .

" esok jangan lupa PSL jam 6.30 am "

" esok jangan lupa SUBUH jam 4.45 am "

nah , hadamlah puas puas .

kita termakan dengan helah sendiri . kononnya mahu berkias , Allah itu nombor satu . tiada yang satu melainkan Dia . akhirnya , kita juga yang akan terkapai kapai mencari inayah Dia . kerana bukanlah sesekali Islam itu memerlukan orang seperti kita , kitalah yang memerlukan Islam . sedangkan tidak pernah Allah terkesan dan rugi dengan insan ' pemalas ' dan ' perasan-buat-ibadah-lebih ' seperti kita . huh !

" jika kamu tidak berangkat untuk berperang . nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain . dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun . dan Allah maha berkuasa atas tiap sesuatu " attaubah : 39

p/s : diserukan kepada saya sendiri . siapa yang mahu ikut makan cili , marilah bersama saya .

Tuesday, March 15, 2011

jom jadi arabi !

" alah , standet la .. arab "

sindir besar nampaknya member saya yang seorang ni . genap setengah jam lebih , si Mat duduk di situ , menunggu makanan yang tidak-kunjung-tiba . berbara benar hati Mat , mahu sahaja dihamun pak pak Arab ni . lain la kalau order 100 wajibat zinger , syawarma 'adi [ regular ] yang seciput tu pun dah makan setengah jam , apekah ?! dah la cekik darah .

waiter restoran yang lalu lalang tanpa haluan sedikit tekesima melihat muncung pelajar Melayu itu bak profile-picture muda mudi kita di fesbuk . segera badan dilayang ke meja pelajar tersebut .

" err , order apa ya tadi ? " [ setelah digoogle-translate ]

segera melihat jam . pergh , dah nak satu jam kut . jiwa Melayu segera dipraktiskan , mak ayah banyak pesan . dalam BTN pun dah jadi bahan , jaga adab sopan ! budi bahasa budaya kita !

" syawarma satu je mu'alim . takpe , takde masalah . lagipun saya memang datang sini nak tengok cara memasak satu-bijik-syawarma "

mu'alim terus beredar , ada ruam merah hinggap di pipi kanan dan kiri . kurang 5 minit selepas itu , syawarma pun sampai . maka dengan segala seleranya , dijamah sepenuh rasa . siapa sangka makanan yang memerlukan lebih kurang satu jam untuk disiapkan , hanya mengambil masa 3 minit untuk sampai ke oesophagus . Mat segera mengingatkan kembali ,

" namapun ARAB kan ? layankan je la "

mmm ... uh .

entahlah , semakin mengenali arab semakin pening saya . saya pernah dianjing arab , saya pernah diludah bebudak arab , saya juga pernah di ne-how arab , budak budak badwi pernah seluk kocek saya . di luar sana , mungkin ramai yang mengenali arab lebih daripada saya . sekadar bermuqim 5 bulan lebih apa sangatlah pengalaman yang ada kan ?

saya akui , sejak di Malaysia lagi sudah banyak kali di-momok kan dengan kisah ultra-negatif bangsa Arab . orang kata , mereka ni bangsa yang ganas , buat kerja tak kemas , payah nak tepati janji . hmm .. barangkali saya masih belum mengenali bangsa Melayu . sampai sahaja di sini , semakin banyaklah cerita nya . rumah kene rompak , arab memekak , tipu sana sini , nganjing begitu begini . saya masih ingat kali pertama saya ke kedai membeli barang sendirian . konon konon nak practis borak dengan arab . dengan bahasa skema dan penuh kefushahan , saya nampak seperti di anak tirikan . first-time kut ! arab di sekeliling kedai sudah tersipu sipu . kemudian beli jelah satu pen berharga 1 dinar je . diulangi 1 dinar ' je ' . IJD = RM5 ketika itu , 1 batang pen di malaysia dengan harga pasaran adalah RM1 . ini bermakna , saya mampu memiliki 5 pen yang serupa jika saya berada di Malaysia ! jap2 , untuk makluman rupa rupanya saya ditipu . kesian [ harga sebenar sebatang pen adalah rubu' 0.25 JD ] .

adili fakta , rembeskan auta

kisah kisah di bawah telah membawa persepsi seperti yang tertera di atas ke sebuah corong yang lebih kemas , turuti hikayat benar yang dialami saya sendiri sepanjang berada di bumi jordan , bumi Allah yang mana Allah peruntukkan padanya seribu pengajaran dan Allah hiasi hari hari kita dengan pengisian serta peringatan . akhirnya , bergantung kepada kita bagaimana untuk buat kesimpulan .

menegur ke arah kebaikan

tegur arab :

seingat saya , ketika ini di musolla kuliah syari'ah jami'ah yarmouk . sekitar jam 11.30tgh . selesai mengambil wudhu' , seorang brader arab [ saya tidak ingat nama dia ] menarik saya ke penjuru pintu musolla di bahagian luar tandas .

" awak kena ambil wudhu' betul2 , sampai siku dan lebihkan sedikit . barulah sempurna . wudhu' adalah kunci kesempurnaan solat "

kata beliau sambil menunjukkan 'demo' supaya saya mudah faham . terus saya kembali ke tandas untuk berwudhu' semula . benarlah , kunci yang kecil untuk membuka pintu sebuah rumah . kadang kadang kita terlepas pandang . terima kasih akhi !

kemudian bersiap siaplah hendak solat . jemaah tidak ramai ketika itu , saya solat berdua sahaja [ imam dan makmum ] dengan seorang sahabat saya . kemudian datang seorang makmum dan mencuit sedikit bahu saya sebagai isyarat untuk menyempurnakan saff . style Melayu gerak ' slow-slow ' sedikit demi sedikit . dua orang arab yang sedang bersandar bingkas bangun memimpin saya bergerak 'laju' ke belakang untuk menyamakan saff dengan makmum yang baru sampai . terkejut juga . selesai sahaja solat mereka berdua datang pada saya dan menegur , " kalau datang orang pegang belakang awak , awak terus langkah kaki ke belakang dan samakan saff " .

apapun , pointnya adalah mereka tidak menunggu untuk menegur dan segera menegur !

tegur melayu :

teringat saya kisah di masjid negeri selangor , shah alam . ketika itu sedang duduk lepak-lepak selepas selesai berterawih bersama keluarga . beberapa orang jemaah masih tekun meneruskan ibadah solat solat sunnat , menghargai malam malam akhir ramadhan kali ini . kebetulan di sebelah saya ada dua orang remaja yang khusyu' memerhatikan seorang brader yang sedang bersolat berhampiran dengan tiang dalam dewan solat utama masjid .

" eh din , kau tengok brader tu . rukuk tak betul . laju semacam pulak dia solat "

" ha'ah la , kau pergi la tegur dia nanti "

anak mata saya terus meluru kepada seorang lelaki berbaju biru seperti yang dimaksudkan oleh dua orang remaja tadi . benarlah , saya tengok pun memang lain macam sangat . anak siapa la agaknya .

dua orang remaja tadi , meneruskan bualan mereka ,

" eh , engkau la tegur . kau tu nampak macam ustaz sikit "

" ah . engkau la yang nampak dulu , tegurkah "

" kau lah .. kau "

" hek eleh "

kedua duanya saling tolak menolak . kemudian mata saya kembali kepada brader berbaju biru tadi . selesai sudah pun dia sembahyang . tidak lama kemudian , hilang dari pandangan saya dan juga hilang dari pemerhatian remaja berdua ini . segera saya turun ke tingkat bawah masjid untuk menjamah sedikit ' moreh ' yang disajikan , alang alang dah sampai masjid isilah sikit kan . kebetulan lagi , dua orang remaja tadi makan berdekatan dengan saya . kelihatan masih berbicara isu yang sama bersama rakan rakan mereka yang lain .

" weyh lan , kau nak tau tak . kat tingkat atas tadi , ada sorang brader ni tah ape tah . solat jenis apa pun aku tak tahu lah "

" eh , eh .. ye ke ? macam mana ? "

maka terkekeh-kekeh lah pemakanan mereka itu .

jeng3 , nampak ?

memaaf dan mudah melupakan

maaf arab :

satu lagi peristiwa yang benar-benar jarang kita lihat adalah orang gaduh bagai nak gila-gila ... [ 5 minit ] ... kemudian gelak ketawa sama sama . sepanjang saya mengenali manusia , tidak pernah saya saksikan orang bergaduh walaupun sekadar tengking tengking kecil kemudian berbaik baik dalam masa yang singkat .

satu sudut dalam restoran itu , beberapa orang pak arab sibuk macam berbincang . dari awal saya memerhatikan , kerana ada sesuatu yang tidak kena . seorang arabi tiba tiba bangun kemudian menengking sahabatnya . naik ' kaget ' saya , ini situasi yang tidak sesuai buat para muda mudi under 19 seperti saya . dua penumbuk arab tersedia di kanan kirinya . riak muka berubah bengis , hampeh . setakat apa yang saya fahami dari pergaduhan mereka , pergaduhan ini berlaku kerana salah seorang dari mereka buat hal kemudian tidak mengaku . uish , gaduh kut . riuh ketika itu .

kesalahan seciput sesiput pun dah gaduh sampai haru dunia . arab .. arab

seketika kemudian , azan isya' . gaduh tak gaduh , dah azan tu solat janganlah lupa ye . terus saya tinggalkan majlis pergaduhan tidak rasmi itu dan menuju ke masjid yang terletak sekadar seberangan jalan sahaja dari restoran tersebut . suara herdikan masih kedengaran di luar . ah , lantak pi lah depa .

selesai sahaja solat , singgahlah kejap di lokasi-lepak pelajar Melayu untuk mengupdate gosip gosip terkini warga PERMAI . mata tercari cari rakan bual pengisi masa masa yang sedikit ada . lilauan saya terpaku beku , apabila ternampak dua orang lelaki yang baru sahaja bergaduh tadi sedang keriangan semacam . wow ! mantob ~

samalah dengan kisah pertelingkahan antara arabi di sekitar bangunan kuliah syari'ah tempoh hari . berapa kecik punye kes la sampai bertengkar satu jam ! ketika sedang mengisi perut di mat'am ra'isi berjumpa la pulak si penggaduh penggaduh tegar ini duduk semeja ! alahai , sweet nye .

maaf melayu :

bab bergaduh ni , saya akui . saya tidak terlepas . benda benda sekacang kacang yang melupakan kulitnya , sudah tidak lalu bersua dua tiga hari . naik loya bila berselisih . euw !

lagi lagi hidup membujang ni , hancuslah rumah setinggan ni kalau semua bermasam masam .

teringat saya akan pillow-talk bersama seorang member di asrama dulu dulu . borak punya borak tertunelah sikit masuk kepada kisah pergaduhan dia dengan seorang member yang lain di dalam tandas asrama dahulu . ketika itu kami baru sahaja form 1 dan sekarang ini sedang bersiap siap nak grad dari sekolah . barulah saya tahu kenapa dia jarang bergaul dan bersenyum pujangga dengan member yang seorang itu . gaduh .. dan dendam kesumat sudah hampir genap 5 tahun .

" entahlah , aku payah la nak maafkan orang yang tak reti bahasa ni "

err , no komen . maka tanggunglah derita dendam itu ya . tiada corong ilmu yang pernah menyebut berdendam itu mendatangkan kesejahteraan sejagat .. tiada .. tidak pernah . heh .

maka ,

jomlah jadi arab ! ini belum masuk bab janji Melayu dan janji Arab , belum sentuh lagi bab berani kerana benar ataupun berani kerana mahu menjawab soalan dalam kuliah . tapi kan , jap .. mmm .. kalau nak jadi arab kita mesti perlu pakai tudung gedabak , mesti kena try pakai but ke kuliah dan jugak mestilah kena sekali pekena shisha . ades ! pastu kene make up tebal tebal , kemudian hirup laban dalam gelas besar , makan mandi yamani separuh je tak boleh habiskan , kena selalu lalu lalang kat syari' jami'ah . allah , derita bhai ,

sebenarnya , tidak perlu pun istilah ' perangai arab ' dan ' perangai melayu ' . tidak perlu gariskan sempadan malizi dan arabi . nilailah manusia dengan kayu ukur Allah . sukatan yang paling mulia dan tepat .

" sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa " [ Al Hujurat : 13 ]

jom jadi muttaqin !

Friday, February 11, 2011

enjit enjit semut .

" enjit enjit semut , siapa sakit naik atas "

" Oi putih rupanya Bunga Kecumbung ,
Anak Buaya mati di pantai ,
Hati rasanya nak lah pecah tabung , Apakan daya hajat tak sampai "

[Tan Sri P.Ramli & S.Sudarmaji]


************************************

" hidup is always about perjuangan "

ramai yang menyangka life is a race , kemudian berduyun duyunlah yang menyertainya . perlumbaan yang kadang2 kita sendiri tidak tahu kemana akan dihala tujuan dan di mana garis akhiran.semua akan berjuang mengejar sesuatu , apa yang dikejar ? dan apa yang di cari ?

untuk apa kita cari kekayaan ? ke mana kita mahu bawa kemahsyuran ? mengapa perlu berlumba mendapat kesenangan ? sedangkan garisan penamat itu masih samar2 , dan sepanjang perlumbaan , ada yang rebah . kemudian lelah , letih . datang pula spesis 'kurang-kegunaan' yang menarik yang lain utk rebah sama . apekah ?

hidup bukan perlumbaan , garis penamat kita sudah pasti berbeda . gelanggang yang dilalui pasti tidak sama . kudrat dan tahap mampu kita , yang berbeza beza.yang mengadili hanya satu , dan Dia Maha Adil . percayalah ! bersangka baik dengan Dia !

Perjuangan

jadi hidup ini bagaimana ?

hidup ini adalah perjuangan . selagi roh belum tercabut dari jasad . perlu ada sesuatu yang kita perjuangkan . apa yang perlu dijuangkan ? terpulang .. walau sehingga nyawa nyawa semut , itulah sunnah perjuangan . yang kita akan jadikan modal-syurga-cinta kehadapan mahsyar Allah S.W.T.

ada dua istilah penting , mujahadah dan istiqamah .

macam di padang bola . perlunya mujahadah utk mengejar bola , kudrat utk sepakan-cerah-masa-depan , skill , gelecek , jaringan gol , throw-in , goal-kick , free-kick , penalty-kick . semuanya mujahadah . tapi segalanya menjadi tidak lengkap tanpa stamina yang perlu diistiqamahkan , kelemahan stamina wahana tak gol [pergh] .

ops , belum cukup . di sepanjang larian-suku-nyawa di padang bola . sudah pasti ada yang datang menghalang . tackle2 maut dari belakang . lebih menyakitkan , tidak pula diberikan kad malah tiada pula free-kick . sedih bhai . dan ada juga refree yang di-gula , berat sebelah . kemudian penyokong lawan pun pakat main laser ke mata-mata pemain . silau .kadang2 , member sepasukan pn xmahu bagi support , semua mahu jadi show-manshipness . apabila semua musibah ini diadun , tak ke malapetaka namanya tu ? kan ?

nak buat apa ni ??? sakit bhai !

buat ostad2 . bila sibuk berceramah di masjid tapi xde sambutan , pastu kena title wahabi pulak kemudian dituduh ajaran sesat , masuk lokap , masyarakat benci , bini pula lari . oh beratnya

yakinlah wahai 'kita' . enjit2 semut siapa sakit naik atas.

buat rakan2 . ada yang nak berubah jadi baik , tapi member sekeliling bagi tekanan . buat baik sikit , poyo . tegur sikit , poyo . lama kelamaan member semakin samar , mereka yang baik pulak tak mahu kawan kerana kisah2 lama .

yakinlah wahai 'kita' . enjit2 semut siapa sakit naik atas.

buat guru2 . ramai yang tensen bila anak anak murid buat hal . ponteng kelas , gaduh , tak siap kerja , main kejar2 dalam kelas . yuran tak bayar , sepak guru , cubit guru , bakar kereta guru . kemudian pengetua pecat guru , kerana tak buat kerja.

yakinlah wahai 'kita' . enjit2 semut siapa sakit naik atas.

arakian tersebutlah ..

siapa tidak kenal ummu salamah , bila menyebut ummu salamah sudah pasti ada abu salamah . dia adalah isteri kepada abu salamah , seorang sahabat yang amat dikasihi oleh nabi S.A.W.antara sahabat yang pertama memeluk Islam dan dadanya penuh dengan bara perjuangan , tiap sisi dalam hidup adalah perjuangan untuk menegakkan Islam.

ada beberapa peperangan besar yang disertai abu salamah , antaranya perang Badar dan Uhud . dalam peperangan Uhud , abu salamah telah cedera parah dan melarat sehingga membawa ke perbaringannya yang terakhir.menyedari hakikat itu , segera abu salamah memanggil isterinya lantas mengatakan.


" aku mendengar sesuatu yang disampaikan rasulullah , tidak seseorangpun yang apabila ditimpakan musibah - kemudian mengucapkan istirja' [innalilillah wa inna ilaihi raji'un] lantas berdoa , allahumma berilah ganjaran di atas musibah ini dan gantilah yang lebih baik daripadanya - melainkan Allah akan mengurniakan apa yang di pintanya "

Ummu Salamah kemudian berkata , "aku mendengar sekiranya seorang suami itu meninggal , kemudian menjadi tetamu Allah di syurga , dan isterinya tidak mengahwini lelaki lain selepasnya , akan dipertemukan mereka berdua di syurga Allah.begitu juga bagi seorang suami" Abu Salamah seraya berkata , "tidak mahukah engkau mengikut arahanku?" . Ummu Salamah membalas , "Sungguh jika aku tidak mahu , tidak perlu aku berbincang dengan mu hal ini "

Abu Salamah berkata lagi , " jika aku mati , berkahwinlah sekali lagi " kemudian terus berdoa , "ya Allah , kurniakanlah isteriku seorang lelaki yang lebih baik dariku yang boleh menjaga dia sebaik baiknya dan tidak pula menyakitinya" kemudian Abu Salamah menyahut seruan ilahi . beliau telah kembali.

Ummu Salamah amat berdukacita atas kematian suaminya , dan sering kali itu juga teringatlah dia akan nasihat Abu Salamah dan doa yang telah nabi ajarkan kepadanya.selalu dia amalkan dan terfikir fikir.siapalah agakanya yang lebih baik dari Abu Salamah ? tidak mungkin ada.

datang beberapa orang sahabat melamar Ummu Salamah , termasuklah Umar dan Abu Bakar tetapi Ummu Salamah menolaknya.kemudian , janji Allah itu amat pasti dan pinta yang tulus akan dibalas.Ummu Salamah mendapat lamaran dari Rasulullah S.A.W.

Subhanallah ..

bukankah benar ,
enjit enjit semut . siapa sakit naik atas !

p/s : enjit enjit semut bermaksud dugaan sakit dan lelah dalam berjuang , dan sakit itulah yang meletakkan kita di atas . tinggi di sisi Allah S.W.T . insyaAllah .

Friday, February 4, 2011

memilih milih 'sunnah' . gejala terkini ummat

" kembalilah kepada sunnah "

seloroh sahabat saya yang dari tadi pasang-telinga , sangkut juga rupanya perbincangan berkhasiat beberapa orang junior kat telinga dia . bukan isu mudah yg dibicara budak budak ni .

KHILAFAH ISLAMIAH ! pergh .

alhamdulillah . sejak timbul beberapa isu besar kebelakangan ini , topik bicara masyarakat sedikit terkesan . kronologi ini bermula dengan peperangan di Yaman , yg letusnya antara sunni dan syi'i . juga antara pengganas dan tentera . kemudian 'berjangkit' ke wilayah Sudan yg menyaksikan 'kebahagian dalam perpisahan' antara Sudan Utara dan Selatan . hasil mahsul Perjanjian Naivasha 2005 . selepas itu muncul Tunisia bersama demonstrasi dan protes besar besaran terhadap pemerintahan Presiden , En . Ben Ali dan first lady beliau setelah 23 tahun siri pasca ketidak-adilan ke atas mereka. dan yang terkini dan tersensasinya , Mesir menuruti bayangan jiran jiran mereka dengan melancarkan protes berterusan dan di luar otak jangkaan . tidak lain dan tidak juga bukan , semestinya menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak yang dipetik sebagai 'Man of the Match' di samping 'orang orang' nya disusuli kenyataan pelbagai sumber yang sedap mahupun kurang sedap . terutama mufti Mesir merangkap orang lantikan En. Hosni yang menyebut , " rakyat mesir perlu kembali ke rumah mereka " . sekian .

Malaysia ? maaf , itu di luar topik .

selingan : isu di mesir bagaimana?

dah2 , masalah sudah selesai . pelajar Malaysia sudah sedia diuruskan . selamat pulang ke tanah air alhamdulillah - tamat -

[ ternyata sangat berkesan sebenarnya pembahagian negara teluk-kepingan-kek yg direncana arus sekularisme selepas kejatuhan benteng akhir khilafah Islamiah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah - juga pernah di'hafal' di tingkatan 4 silabus Sejarah Dunia Islam]

Allah memberi yang terbaik , buat hamba2 Nya yang terbaik . ameen

*********************************************

kembali kepada tajuk cerita yang asal .

daripada masalah negara , kita turun melihat penyakit masyarakat . lepak , peleseran , couple , dadah , rempit .. ah ! berlambak .

turun lagi melihat penyakit keluarga . tidak amanah , curang , malas kerja , dayus , kayu tiga .. fuh! banyak jugak .

turun lagi melihat diri sendiri .

senang je . kalau kita kembali kepada sunnah segalanya mudah


sunnah itu bagaimana ?

menyebut sunnah , pastinya kita teringat nabi muhammad s.a.w

teringat nabi .
ada yang teringat janggutnya
.

" datang seorang ustaz jemputan utk beri 'talk' . sedikit pengisian utk maulidurrasul tahun ini . rasanya sudah setengah jam pelajar tidak dapat duduk dgn stabil di dalam surau itu . masing2 sudah mula buat haru , kitab catitan menjadi buku lukisan karikatur dan sebagainya. beberapa 'halaqah' dikenal pasti menjadi punca suara suara gelak ketawa yg hingar bingar kedengaran di luar surau . ustaz jemputan masih di luar , kebetulan terjumpa member lama . 'ustaz' juga ! beberapa minit kemudian , MC mengambil tempat memulakan kata harum melambung mengalukan 'ustaz popular' yang datang jauh itu "

ceramah bermula .

bermula dari personaliti , penampilan dan sebagainya dikupas teliti .dan dikenalpasti bahawa penampilan ustaz pagi maulid itu selari dengan yg terluah keluar dr pengisian ceramah.

tapi , di mana letak kelebihan 'janggut' itu jika dibandingkan dengan nilai komitmen dan patuh pada masa yang telah nabi tonjolkan ? ini adalah problem . ramai yang mengaku cinta nabi , janggutnya ada , serban dan jubah tiap masa . tapi tapi tapi kan , bukankah patuhi masa , etika berurusan dgn manusia itu dititik-ringan-kan oleh nabi kita ? tidak . ini adalah problem

teringat nabi .
ada yang teringat berselawat

ops , saya tahu . ini bakal menjadi sesuatu yang sensitif jika tidak kena cara bacaannya . turuti entry ini sehingga anda faham pendirian saya . saya akur , saya amatlah jahil jika dibanding ukurkan dengan anda semua .

mungkin lebih tepat saya fokuskan skala ini . majlis qasidah , majlis berselawat dan seangkatan dengannya . saya akui , program sebegini amat baik . seperti yang berlaku suatu ketika dahulu di Dimasq, Syria . para ulamak fikir bagaimana untuk menyatukan hati ummat dan menolak pemikiran sesat orang barat. Maka mereka sepakat untuk membanyakkan majlis-majlis Selawat dan Salam kepada baginda SAW di bandar Dimasq. Selepas daripada itu masyarakat mulai berubah sedikit demi sedikit dan kembali kepada manhaj Nabawi. Sekiranya kita nak berubah, kita mesti masuk melalui 'pintu' Nabi Muhammad SAW.

dan benar , memang lebih baik kita sibuk sibukkan diri dengan majlis selawat berbanding berbondong ke konsert sana sini . memetik kata Syeikh Ma'mun , imam Masjid Jami'ah Yarmouk " utk menikmati kelazatan Quran , telinga perlu dijauhkan dari mendengar muzik dan perut dihindari dari kekenyangan " begitu lebih kurang wall post sahabat saya di fb . moga Allah rahmati dia.

jadi . bagaimana dengan majlis selawat dan qasidah ini ? ada problem ?

ya .

menjadi sedikit gelisah dan gusar bila selawat dan pujian ke atas nabi ini adalah bait bait syair kosong tanpa meninggalkan kesan pun . ini adalah problem . lebih membimbangkan sebenarnya ialah 'sikap' . berselawat ingin merai dan ingat nabi tetapi merokok . ini adalah problem . mengajak orang ke majlis selawat tetapi awek keliling pinggang . ini adalah problem . berselawat tetapi merempit . ini adalah problem .

teringat nabi .
ada yang teringat isteri-isterinya


perlu ulas ke ?

apabila berpoligami itu dilihat sebagai 'sunnah yang dituntut' , mengatasi sunnah nabi yang adil sebagai suami . mengatasi sunnah nabi yang setia dan tegas agamanya .

ini adalah problem !

ini baru beberapa persoalan simple . aduh [ headshot ]

bagaimana dengan mu'ammalah kita bersama non-muslim ? sebagaimana hemahnya nabi menolak tawaran malaikat penjaga gunung untuk melempar gunung kepada penduduk tha'if yang memperlekeh nabi , melempar nabi sehingga luka teruk .

bagaimana dengan istiqamah kita dengan perjuangan ? sebagaimana mujahadahnya nabi menghadapi serangan berterusan kafir quraisy yang memulau keluarga baginda , mengkeji baginda . yang akhirnya membawa kepada penghijrahan nabi bersama sahabat ke madinah.

allah . [ headshot ]

p/s : 'kita' orang lebih suka memilih sesetengah ayat quran sahaja . yang memberi kesenangan kepadan 'kita' , 'kita' orang juga lebih minat memilih sesetengah sunnah nabi yang 'kita' punya kepentingan padanya - menurut hawa nafsu dan akal cetek kita semua .