Sunday, November 6, 2011

bulatan riang ria : of Abu Hurairah

Nak tulis ayat bebunga-bunga, aku tak pandai, so aku starighforward je la. pape pon, korang layan la post ni, dan cuba ambil manfaat dgnnya.. InsyaALLAH.

Nama Islam Abu Hurairah adalah Abd al-Rahman, manakala nama beliau sblm memeluk Islam ialah Abd Syams yang berasal dari Yaman..

Semasa perkahwinan, Abu Hurairah buat jadual masa pada malamnya utk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis..Hebat la bro..ramai je kita kalau mlm hanya buat ibadah senyap je(tidur la).

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.

Peperangan Khaibar yg brlaku pd 7 Hijrah menyaksikan keislaman Abu Hurairah. Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.




Abu Hurairah pernah diajar ilmu oleh syaitan..



kisahnya : Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan tidak akan menggangguinya.


Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah shaitan yang dilaknat.

For the last,Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.

Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.




sori la bro,pnjang sgt..tp insyaAllah besar manfaatnya..kalau kita tgk,x byk peristiwa yg melibatkan Rasullah cthnya keterlibatan dlm Pembukaan Mekah 8H,Perang Hunain 8H,P.Mu'tah 9H,P.Tabuk 9H,Haji Wada' 11H etc..Meninggalnya Sahabat yang agung ini pada 57H..

ok,jmpa lagi



[ Wan ]


K akhi telah berkata - part kisah pencuri tu act ada pengajaran besar . cuba teka




















































ok , pengajarannya - jangan memandang rendah kata kata (yg dimaksudkan termasuklah nasihat, ejekan, cercaan, repekan, sindiran etc) walaupun ia datang dari orang yang bukan Islam . eh 


Abu Hurairah tak langsung memandang remeh permintaan walaupun datangnya dari seorang pencuri. saya katakan pada anda hey , anda masih bagi peluang untuk pesalah bagi alasan apabila terang terang buat kesalahan ? kisah kisah lain seperti kisah pengIslaman Thufail ibn Amr , Usaid dan Sa'ad ibn Muadz (anda boleh cari sendiri mungkin). ada satu common attitude antara mereka , buang ego? Imam Ghazali menyebut (kalau tak silap la kut) apabila ditanya bagaimana dia belajar hikmah (pengajaran) , beliau menjawab " aku belajar hikmah dari orang yang jahil ".


simple tought la kut .


tapi nak cakap , ni la perkara yang paaaling jaarang saangat manusia manusia praktis .


egois ?


dengan ini saya menyeru agar adik adik abang sekalian agar menyahsampahi ego ego saya dan anda . 


tu je nak cakap

Saturday, November 5, 2011

dakwah berhikmah ?


baik ,

saya tidak pasti se-alergik mana anda dengan kalimat 'dakwah' , maka saya sarankan kepada anda yang berkerut dahi itu atau anda .. ya, anda yang bengis itu terus sahaja bergegas kepada orang yang berada di hadapan cermin solek anda (mohon lihat sekarang) dan katakan kepada dia ,

" hey , buruknyaa wajah awak !! "

haruslah anda ceria dan senyum mesra , jika tidak .. ulang langkah satu . jika masih tidak berjaya , anda pergilah siapkan assignment feqh sirah yang sudah lama terbiar itu kalau anda mahu dapat markah musyarakah . heh

baik ,

semalam saya ada la buat sedikit survey,

" bagaimana entum entum menggambarkan hikmah dalam berdakwah ? "

" saya bagi satu situasi , ok . katakan entum entum masa tu sedang ondeway ke masjid dan entum entum terserempak dengan segerombolan (cikgu BM saya ajar masa kat sekolah dulu , 'segerombolan' membawa maksud sekumpulan manusia yang jahat . tu je nak cakap) anak anak remaja bernyanyian dosa berganda ganda di samping menggayakan senyum sinis dewa kejahatan . juga memperagakan fesyen caca-merba dan casa-blanca dengan koyak 7 jahitan di sekitar lutut dan aurat yang sewaktu dengannya "




" ok , gimana entum entum mahu ajak mereka solat di masjid ? boleh jawab dengan kurang daripada 10 patah perkataan "

 haruslah anda bersama sama saya memerah keringat , membanting tulang sekerat dua . ok

para peserta berkongsi pendapat masing masing ,

mmm .. katakan pada dia " hey awak tu , jom ke masjid !! " ??


kawe rasa la kan kan , macam relevan kalau kita sindir kome . contohnye , " bang , da lama buat benda baik ke? " ok bukan idea ni


apa kata kalau kita directly nasihat diorang , dengan bahasa yang lembut ? macam , " bang , Allah suruh kita solat dan Dia suruh kita jaga waktu solat dan dia ancamkan kita dengan ancaman yang sangat berat juga hukuman azab yang keras . firman Allah S.W.T di dalam Al Quran .... " ok , saya rasa dah lebih 10 patah perkataan .


bagaimana kalau kita rehat jap , letih la . oss .. tiba tiba

adik adik abang , apa ni adik adik abang . perah sikit lagi perah lagi . mohon perah lagi jzkk


*************************


shortcut ?

saya tidak pasti , ramai antara kita yang menyangka dakwah ini seperkara yang simple mungkin ? oh ya , mungkin bukan pada ungkapan atau skema jawapan . tetapi lihat dari dimensi yang realiti , dimensi yang hari ini . saya katakan pada anda hey , janganlah sangka

ok , anda suda clear . hokeh

sebagai seorang pelajar nak belajar ugama (pengakuan berani) , saya sendiri sudah berapa kali berlari lari mencari sifir dakwah saya . seingat saya , pernahlah juga jumud dengan dakwah . mungkin bukan jumud seperti " hai , awak sume yang tidak berdakwah ini berdosa besaq " tetapi jumud dengan menghadkan cara cara dan medan dakwah .

ok kejap , saya sudah mula mual melihat anda yang sudah mula mual melihat saya menaip 'dakwah' berkali kali , apa kata kita gune 'mengajak orang kepada kebaikan' . ok stuju ? eh , baik . suka hati anda lah

yalah ,

kejap , amar ma'ruf nahi munkar . lebih gojes !

yelah ,

1. seperti mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah kerja kerja ondespot . eh faham ke ? tidak kisahlah bagaimana susun bahasa indah bagai anda . saya maksudkan dengan dakwah ondespot adalah , tegur orang directly pada masa kita nampak kemungkaran yang dia lakukan . maaf abang abang kakak kakak jika bahasa skema , serius tak berniat pung . ok .

seperti anda ternampak seorang brader memakai seluar pendek dan anda dengan penuh amanah dan dakwahnya menegur serta merta " adik , lutut tu aurat badai " . tidak kisahlah anda menegur dengan sindiran , teguran kasar , amaran dengan ayat ayat Quran atau khilaf ulama' segala bagai . yang saya ingin gambarkan pada anda ialah menegur-orang-ondespot . mohon anda jelas

ya , pernah saya beriman dengan tabiat dakwah seperti ini .

2. berbahasa ilmiah dan penuh dengan ayat Quran , hadith dan nasihat . seperti yang ingin saya lakukan pada masa masa lampau . saya rasakan siapa yang boleh berbuat demikian sudah pasti seorang pendakwah yang sangat berhikmah ! respect the unexpected . (tiba tiba)

seperti anda berkahwan dengan seseorang ini , paginya bercerita tentang Islam , petangnya bercerita tentang Feqah dan Aqidah dan malamnya bercerita tentang Dakwah dan Tarbiyah . peh

malang sekali anda yang menjadi pendengar setia adalah pemakai seluar pendek yang tegar dan mempunyai habitat dan akhlak yang buruk sekali , kata saya .

saya tidak cakap 'anda' ok , mohon tidak perasaan .

3. lain lain kaedah yang difikirkan sesuai oleh anda , namun tidaklah bermaksud saya kering idea untuk menyertakan point yang ketiga , tidak sama sekali taw . tu je nak cakap




ok , bagaimana anda ?
adakah anda sekepala dengan saya yang dahulu itu ?
jika ya , silalah teruskan bacaan anda . jika tidak anda pergi siapkan assingment itu cepat

dakwah yang sudah hilang susah ?

dengan tidak memikirkan tindakan JAIS atau notis gantung UIAM (sedap sedap je berkata kata) , saya yakin generasi hari ini  telah melatakkan sifir dakwah ini dengan equation yang sangat simple bukan ?


*************************

sudah puas memerah ? baik . saya sudi memecahkan kerepekan adik adik abang sebentar tadi

adik adik abang ,

saya konsep yang amat saya imani sehingga pada hari ini adalah ukhuwah teras kegemilangan !! atau ukhuwah adalah penyetel dan konklusi yang sangat hebat . kalau anda rasa anda sukar nak mengubah rakan serumah anda , atau keciwa kerana tidak melayan teguran nasihat bermakna dari anda , sedarlah ukhuwah anda masih belum hebat .

adik adik abang ,

dalam membina hubungan manusia manusia ini , anda tidak boleh mengharapkan jahiliyah manusia manusia boleh dihapuskan seratus peratus . tidak mungkin oh anda .

jahiliyah jahiliyah ini umpama ranting ranting pepohon jahiliyah yang berasal dari benih jahiliyah . menumpaskan pohon ini bukan kerja simple , setegar manapun anda mencantas ranting ranting jahiliyah , ia pasti akan tumbuh semula malah bercambah cambah dan beranak cucu . anda tidak boleh menghapuskan segala Drama Korea , I phone 4 atau lagu irama salsa atau gadget gadget melalaikan . tidak boleh tidak , anda perlu menewaskan akar segala jahiliyah , akar yang menjadi sumber percambahan ranting , dedaun , bunga dan buahan jahiliyah yang lain .

dan akar itu adalah kefahamannya terhadap Islam sebagai Agama .

adik adik abang ,

selepas puas anda membina kefahaman manusia manusia , haruslah anda ikut selalu atas (follow up) manusia itu . anda tidak boleh menjamin kebahagiaan dan kebebasan abadi jasmani rohani manusia itu sepanjang hidupnya . sedang generasi awaaaaaal dulu pun masih mengulangi jahiliyah jahiliyah walaupun mereka cukup cukup 'core' dididik dan dibina oleh Muhammad S.A.W sebagai generasi Islam paaaling hebat sepanjang zaman .

anda tidak boleh menghalang Abu Dzar yang memanggil Bilal dengan panggilan Anak Hitam . anda tidak boleh menghalang sahabat sahabat 'hardcore' ini terlibat dalam peristiwa fitnah aisya (cari sendiri?) . anda tidak boleh menghalang warga warga madinah memarakkan api perkauman dan kebangsaan semula setelah zamanan nabi S.A.W menghapuskannya . anda tidak boleh menghalang fitnah besar di zaman khalifah Uthman dan khalifah Ali .

bukan hanya belog yang perlu dihapdet , jiwa manusia perlu sentiasa di Qawiy , Ruhi dan Basahi !

baik adik adik abang ,

mohon saya ulang semula plot plot indah sifir dakwah saya hey .

ikatan hati ----> bina kefahaman ----> follow up selalu : hidup bahagia syurga menanti di sana

kefahaman tidak terbina tanpa ikatan hati dua manusia , dan apa pekdah anda follow up tanpa bina kefahaman dan segala kerja dakwah (konon konon) sudah pasti langsung takde pekdah tanpa IKATAN HATI !

faham kan adik adik abang ?

maka , inginlah saya menyeru pada pendakwa pendakwi pekerti Malaysia sekalian agar berHIKMAH dalam berDAKWAH . agar hidup bahagia sentiasa . tu je nak cakap

ps : hari ini orang berdakwah guna belog dan efbee , sangat mudah . heh

Sunday, October 30, 2011

bulatan riang ria : of tagline belog ni

" tupp… "


tingkap tertutup rapat.seketika dulu,sedang diri ini menelaah buku setinggi gunung Nebo,terasa bayu menampar lembut pipi namun sudah cukup untuk mengigilkan seluruh sel epithelium di seluruh tubuh ini.

Di sebalik tingkap itu,ku terlihat sepasang merpati dua sejoli versi arab,sambil tangan mereka ter’glue’ antara satu sama lain. Diri ini cuba berbaik sangka namun disebabkan awet muda yang terlampau,rasa macam tak boleh pakai ideologi yang diorang da kahwin.

" ting... "



jam budak di tangan ini nyaring berbunyi menunjukkan tepat jam pukul 12 malam a.k.a pagi kakiku semakin laju dihayun menuju ke chowkit dari jalan bukit bintang.Tapi ku merasakan pelik tatkala setiap detik yang berlalu menambahkan bilangan homosapien seperti ku yang berada di situ.Tidak cukup dengan itu,hatiku pedih,luluh dan punah melihat mereka yang berpeleseran itu orang melayu,islam bertautan tangan ,bersentuhan ‘najis’,malahan ramai umpama lalat yang menghurung najis.

" tenggelam dibawa ombak dunia,dihanyut arus nafsu serakah " 


empangan kecil hati ini ku rasakan tidak mampu menampungkan air sedih ini. Kaki terus berpijak di bumi allah,diri ku tergamam sementara,terlihat diri ini pada pantulan cermin kedai,berseluar jeans,t shirt, beg tergalas di bahu, kopiah tergenggam di tangan .


“apa orang fikir pasal aku ea..?”


‘Ustaz’ x mungkin la…


‘Budak nerd’ lagi la tak mungkin .dah ad misai dah kot.


“abes tu ape..?orang biasa la macam dowg jgak”sama je pun …


“Nape nak sedih bila tengok dowg macam 2.?”


Nafsu menbentak keras pada hati.
Diam sejenak berfikir,diteroka hati moga ada seguris iman yang masih tercalit disebalik tompokan hitam yang menghuni segenap pelusuk hati ini.
Sedih menjenguk hati,lantasan kuisan ilmu,tempiasan kesedaran dalam hati memberi kekuatan buat iman melontarkan bicara .


“sanggup kau lihat kawan kau sebangsa ,seagama kau hanyut macam tu je..?”


“apa guna belajar PAI?PQS?PSI?”


“mane semua itu?”


“mane?dimana?hilang ?ghaib?”


Terusan iman pula meluahkan segala yang tersirat agar hati sedar,terasa nadi terhenti seketika,sunyi umpama padang pasir di waktu malam. Nafsu datang membantu pembelaan hati.
“aku tak berani,aku belum lagi sempurna untuk tolong mereka,kalaupun aku berani,bukannya diorang nak dengar cakap aku?entah,nak berkenalan pun tidak?”

" kalau,kalau,kalau…belum cuba sudah dikata x jadi,masakan mahu jadi. Belum cuba belum taw…. "




kata mereka ,


“daus,leh tak ajar aq ngaji ……?”




“aku da lama x sembahyang owh,boleh kau tunjukkan aku macam mana nak ambil wudu’..?”



“aku nak berjaya macam kowg jugak,tapi macam mane ea..?”



Kata kata ini lahir dari hati mereka.siapa kata yang melepak tu tak nak berjaya? Impian memang ada,tapi siapa nak bantu mereka..?siapa?mereka sendiri..?


“da terlambat kot”


Ustaz?? “dah bagi ceramah,dah ajar kat sekolah dah.cukuplah kot?”
Siapa lagi?nak harapkan orang lain…semua akan bagi alasan…
jawapan skema ea? Tak de. 



“everyone has their own answer and what about my answer? 


Never think I gonna change myself and help other for next 10 minutes cause we never know when we sleep?sleep that not gonna open eyes again in this world.so,the only one choice is now,so,why don’t you make your move?”

Wallahualam..


haha...idea orang yang da xde idea nie.


[ firdy ]


komen dari Akhi - err , hey logam jadilah logam !! fuuhh ffuuhh .. 

Saturday, October 22, 2011

emotican sedih . heh

*EDITED*

'tidak' diadaptasi dari coretan ruhi sahabat saya , tujuankusatu (kut)

peringatan : saya langsung tidak hingin bertanggungjawab jika anda hiba atau tersipu sipu mengesat air mata , kerana anda bakal disekang-mata-kan oleh satu satunya (mungkin?) entri yang penuh emosi dan menyentuh qolbu ini (mungkin juga?)








kata orang ,

unsur yang cantik menghasilkan karya seni yang cantik

filem yang best mesti ada pelakon yang cantik
lagu yang best mesti ada komposisi nota yang cantik
lukisan yang best mesti ada gabungan warna yang cantik
grafik yang best mesti ada effect yang cantik
design yang best mesti ada visual yang cantik
potret yang best mesti ada lakaran yang cantik

ironinya begitulah

dan sahabat yang best itu .. 

tapi ikhwah (err .. ) ,
bagaimana anda mendefinisikan 'best' dan 'cantik' itu ?

*krriiik* *krriiik* (wabak bunyi cengkerik pulak blog ni . haih)

kita tidak dapat menggambarkan rasa , emosi atau perasaan tanpa terlebih dahulu mengenali lawan kepada rasa , emosi dan perasaan itu.

ya,

untuk mengenali makna gembira , anda perlu tahu apa itu duka

untuk mengenali makna sihat , anda perlu tahu apa itu sakit

untuk mengenali makna cantik , anda perlu tahu apa itu hodoh

mudah bahasa ,
Dia tidaklah membiarkan emosi , perasaan dan hati ini dengan diciptakan dengan sia sia . bukankah kita dididik melalui kehidupan ? boleh jadi ini didikan langsung dari tuhan . ya , pembelajaran sepanjang hayat !!

Dia beri kita kesusahan , sedih dan sakit untuk ajar kita bersabar
Dia juga beri kita kesenangan , gembira dan sihat untuk ajar kita bersyukur

sifir yang mudah bukan ? dan kita memang jenis manusia yang suka memudah-mudahkan .

sebab itu kita gagal menjumpai kebahagiaan , sedang makna bahagia pun sukar untuk kita tafsirkan .

dan sahabat yang best itu ..


lawan kepada pertemuan pula adalah perpisahan


ia bermula dengan bibit bibit ta'arruf
kemudian disusuli pula bait bait irama ukhwah
diselang seli dengan hitam putih kehidupan dan warna warni perhubungan

kami tidak diikat dengan wang , 'cocoa barid' , falafel atau internet 16mbps (erk?) atau teh-O-ghazali campuran-'Tang oren'. bukan juga kerana skill menggelecek , ketepatan hantaran bola atau kecekapan menjaga gawang gol. ikatan kami lebih erat dari sekadar itu .. apakah itu .. oh

dan sahabat yang best itu ..

akan pergi meninggalkan kita semua

walaupun di hari hari akhirnya masih selambe membeli belah baju sejuk di amman dan boleh pula melayan movie KungFu Panda 2 (dengan sangat ruhi) juga menghabiskan air teh susu tepung bahagian saya


dan tidak perlu saya alihkan perhatian anda kepada kekotak merah dengan tanda 'X' dipenjuru atas kanan itu. heh. sedang pertemuan dan perpisahan itu umpama resepi rahsia , perlu diadun dan dirasa sendiri. baru kita sendiri akan sedari betapa hebat papan catur rekaan yang Maha Mengatur.


malamnya bagai rahib , dihiris dosa airmata
siangnya bagai singa , memerah keringat mencurah

semoga ketemu lagi akhi

tribute to akhi R dan akhi soghir A


" Sebarkanlah taaruf dan bermu'ayasyah sesama saudara semuslim, walau di setiap tempat,waktu..Jangan habiskan detik seharian kita, tanpa kita meluaskan mengikat silaturrahim sesama saudara kita..Biar orang xkenal kita, tapi Jangan biarkan diri kita xberkenalan dgn insan2 yg sering ada di sekeliling kita.. "

[ akhi R ]


" haha , perpisahan tu sedih . tapi pertemuan yang 
tidak dimanfaatkan tu lagi sedih kut .. kui3 .. huhu "

[ akhi soghir A ]


*speechless* 


[ akhi F ]




" dan tempat(negara) tidaklah menjadi alasan utk kita tidak menyebarkan syahadah ini...

semoga perjalananmu ke bumi yang baru diiringi lembayung rahmat Allah. 

moga dipertemukan lagi,kalau tak
dijalan yg mulia ini,di syurga
nanti. insyaAllah "

[ akhi M ]



" ... " 

[ K akhi ]


" semoga terus ruhi , basah dan qawiy "


[ akhi E ]


" tekanlah link ini "


[ akhi F I ]



ps : eh , cam tak tacing pun . hoh

Wednesday, October 19, 2011

bulatan riang ria : of Yakinlah dengan-Nya



"Kir, jangan lupa kejutkan Li sekali esok. Sebab Li pun nak tengok cerita Power Rangers." 

Lebar senyumanku terukir sebelum kulabuhkan tubuhku menyelinapi selimut tebal. Hangat tubuhku berjaya mendamaikan jiwa kecil ini. Maka lenalah malam itu seorang anak kecil Islam yang asyik dalam mengagungkan dunia khayalannya itu.

Geli hatiku setiap kali mengimbas kembali kisah kehidupan silamku. Sedar tidak sedar, itulah cerita semalamku. Cerita yang masih segar dalam ingatanku. Cerita benar seorang yang kini masih dibentangkankan sebuah peluang yang luas. Peluang emas untuk terus mengerahkan tenaga bagi menggalas sebuah amanah yang suci.

Kelakar? Ketawalah kerana memang itulah matlamat yang kutanamkan dalam jiwaku. Tidak perlulah kuceritakan betapa buasnya aku dan abang bersenda-gurau melakonkan adegan ganas aksi para pelakon filem berjuang bermati-matian cuba menewaskan pihak lawan masing-masing.

Tap! Tap! Tap! Jarum jam terus bergerak. 

“Ah! Li dah ada kat Jordan,”

Lamunanku terhenti. Tiupan bayu Syitak yang lembut membelai tubuhku manja. Bau enak nasi goreng berjaya merangsang receptor hidungku membuatkan sel otakku semakin ligat berfungsi. Saat itulah sebuah poster besar bertuliskan tulisan Khat kemas ‘Lailahaillallah Muhammadarrasulullah’ mencuri tumpuanku.

Ya Allah, sejauh manakah aku berasa yakin dengan ayat-ayat-Mu. Sekukuh manakah keyakinanku terhadap kewujudan-Mu. Sekuat manakah tenaga yang kukerah ikhlas demi mengukuhkan nama-Mu di mata teman-temanku. Hatiku mulai berketar. Apa tidaknya, berapa banyak kali diriku tumbang saat melafazkan kalimah suci cuba menjinakkan hati teman-temanku.




Uhhh! Mataku kupejamkan rapat, cuba mengumpulkan chakra bagi mendamaikan kegelisan hatiku ini. Gagal. Mari sini kubentangkan sedikit daripada ayat-ayat yang pernah membuat diriku beku kaku tidak terkata.

“Woi sombong, kau fikir Ustazah selalu puji kau tu maknanya kau tu hebat sangatlah!”

“Woi anak Rushdi, jangan ingat kau tu baik sangat nak tegur aku.”

“Misai dahlah panjang. Hahaha!”

“Blahlah Mat Jawa Penipu.”

“Dahlah kawan-kawan, jangan kawan ngan dia.”


Sudah! Cukuplah dengan memori-memori lamaku itu. Pedih. Masih lagi dapat kuingat betapa kosongnya jiwa aku ketika itu. Apa tidaknya, teman-teman baik sendiri sanggup mencakar sebuah persahabatan yang erat terbina. Sakitnya menusuk hati, dalam. Sehinggakan kadang-kala sinaran cahaya sang keyakinan menjadi pudar, kelam.

Alhamdulillah. Manisnya semangat persaudaraan di Jordan ini. Harumnya udara malam ini. Indahnya kehidupan ini. Aku masih di sini. Masih lagi mampu berdiri. Hatiku masih lagi mampu menyanyi.

Ya Allah, andai kata tahun ini merupakan tahun terakhirku, izinkanlah aku untuk memeluk dahulu teman-temanku itu sambil melihat mereka tersenyum redha dengan Islam.

Ya Allah, andai kata bulan ini merupakan bulan terakhirku, izinkanlah aku untuk menulis sebuah puisi cinta buat teman-temanku agar mereka tahu yang aku akan terus menyayangi mereka.

Ya Allah, andai kata ini merupakan hari terakhirku, izinkanlah aku untuk menitiskan air mata memohon keampunan-Mu demi mengurniakan rahmat dan hidayah kepada mereka.

Ya Allah, saat ini, biarkanlah para malaikat mencatatkan janjiku ini. Janji untuk terus mengukuhkan tiang-tiang keyakinan dalam jiwa. Demi meneruskan amanah ini. Iaitu warisan para nabi untuk terus berdakwah. 


[ apat ]


komen dari Akhi - terharu ..  

tidak lagi single


okeh , saya ada satu penguman .

uhuk3 , baik .. begini

mulai post kali ini , blog ini secara rasminya akan turut diselenggara oleh beberapa rakan kongsi bertauliah. eh, hmm .. ya3ni saya akan disertai beberapa rakan lain untuk menggembirakan hari hari anda. tarikh tamat persekutuan ini belum lagi dapat kami putuskan .

setelah meneliti beberapa resume dari calon calon yang telah ditapis, tanpa sebarang diskriminasi maggi ruski atau prejudis air kaki , beberapa individu telah terpilih melalui proses saringan yang sangat ketat oh. kriteria dan syarat yang digariskan adalah rahsia *kriiik*

berikut adalah senarai calon yang terpilih :

1. Apat
2. Yuha
3. Firdy
4. Fify
5. Wan
6. Fat
7. Fique

*nama penulis tertakluk kepada perubahan memandangkan entri ini ditulis tanpa sebarang perbincangan hey

calon calon tidak dibenarkan menarik diri melainkan dengan alasan yang difikirkan munasabah oleh pihak saya. calon boleh menghantar surat penarikan dalam tempoh sepungguk purnama selepas tempoh penamaan calon serta surat sokongan kepada saya. penarikan diri hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak saya. huh (padahal bukan pilihanraya pung , hihi)

oh ya, anda pasti tertanya tanya bukan ? mengapa mereka seperti terdesak dan tidak semena mena memilih  untuk menjadi shareholder blog ini ?? pelik ? ya, saya pung. atas desakan nafsu dan publisiti , maka amatlah saya berbesar hati untuk kongsikan pada anda beberapa respon ringkas mereka pada blog ini.

" badai , mane dapat template ni ?? " , fify

" cun cun .. os tibe! " , fat

" ruhi akhi , ana mahu lagi .. hinns hinns " , fique

*bunyi cengkerik*


mmm .. okeh, tanpa perlu bersekang mata dan tercari cari idea , eloklah saya hentikan repekan ini dengan sedikit ayat ayat chenta . semoga tidaklah menjadi entri kering yang tidak memberi manfaat , baik pada saya ataupun anda .

" berat sama dipikul , ringan sama dijinjing "

simple bukan ?
ya, benda simple yang kita simple mimple kan. kan ?

kenapa main bola kita boleh bekerjasama , ada formasi dan susun aturnya ? masing2 ada peranan . ada penyerang , ada benteng ada midfielder dan sebagainya . hilang seorang hancurlah semua. eh , sekadar trailer untuk entri yang akan datang . jeng3

ok , sekian

saya tidak lagi single tapi available je . eh , maksud saya plural .. heh *senyum manis*

ps : selamat bekerja rakan kongsiku . weee ~
ps2 : eh , kejap . err , saya pun mesti la kene ada nama pena jugak . hmm .. akhi ok ke ? heh

Thursday, October 13, 2011

Ini-Salah-Kita


anda biasa tidak dengan ungkapan ini ,

" sebenarnya Islam telah mendahului semua itu, Islam telah terlebih dahulu membuktikan dan mengasaskan itu "

" semua ciptaan yang ada pada hari ini Islam dah sebut lebih 1000 tahun dahulu dah ! "

apa perasaan anda ? bangga ? cool ? perasaan serba tidak selesa ? teruja ? pergh ?? haruslah anda bertepuk tampar riang gembira bukan? dan haruslah juga anda menghargai dan meyakini bahawasanya deen ini punya segala gala ! segala yang ada hari adalah milik kita !! segala ciptaan canggih manggih , kemajuan , kemodenan , teknologi perubatan . ya , itu semua berasal dari kita ! anda tahu bukan ?

ya , benar .

hari ini anda mengenali teori dan ciptaan sains, teknologi segala bagai,

dunia hari ini mengajar anda,

bahawa ciptaan teknologi penerbangan hari ini, diasaskan oleh beberapa individu barat antaranya wright bersaudara. Roger bacon pula dianggap sebagai orang pertama yang memberi idea kepada ciptaan ini disusuli dengan beberapa siri lakaran projek beliau. datang pula si Leonardo Da Vinci dengan beberapa blueprint-prototaip kapal terbang.

tapi anda dan saya tahu kan,

ibnu firnas, arkitek Islam Spanyol serba-agung yang telah pun lebih awal berjaya mencipta dan menerbangkan mesin terbang seawal 800 A.D (baca : anno domini). ya, terlebih sangat awal berbanding akhi Bacon dan akhi Da Vinci. lebih kurang 400 atau 500 tahun julatnya ! Ini-Sungguh-Kool!

dunia hari ini mengajar anda,

cermin kaca telah dicipta pada 1291 di Venice.

tapi anda dan saya tahu kan,

bahawa Islam telah lebih tersangat awal dari itu. sekitar kurun ke 11, cermin telah dihasilkan di Sepanyol oleh pakar pakar Islam pada zaman itu. dengan mengadaptasi penghasilan permukaan-cermin-rata di Syria dua kurun sebelum itu. Ini-Pun-Kool !

dunia hari ini mengajar anda,

bahawa bangsa Greek lah yang mencipta unjuran trigonometri. kemudian Simon Stevin seorang bangsawan Belanda pada 1589 telah merintis penggunaan pecahan perpuluhan (baca : decimal fraction). francois Veta pula mengasaskan penggunan paksi x dan y dalam persamaan algebra. datang Niccolo Tartaglia menyelesaikan kesulitan persamaan cubic (kuasa tiga) yang gagal diselesaikan sehingga kurun ke16.

tapi anda dan saya tahu kan,

al-Battani , buku al kashi dan al-khawarizmi dengan al-Jabr telah lama juga terlebih lebih dahulu memperkenal dan memberikan penyelesaian kepada segala anak pinak dan saudara mara masalah permasalahan perkiraan dan teori matematik tersebut. Ini-Paling-Powerrr !

ya, semuanya milik kita. apa yang ada, kita punya semua. yea yea ! (os..)

anda masih ingat peristiwa penting pada tahun 1258? tentera monggol dipimpin oleh Hulagu Khan telah menyerang gila-gila bandaraya Baghdad yang menjadi kemegahan Kerajaan Abbasiah. dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan beratus juta buku karangan sarjana Islam dibuang ke sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. juga kisah tentera monggol melintasi sungai Furat dengan bertitikan buku buku yang dibuang itu. anda boleh bayang bukan betapa banyak 'gila' buku buku yang dihasilkan dengan kesarjanaan ilmuan Islam pada zaman itu? kan? Ibn Sina, Ibn Battutah, Ibn Razi dan ramai lagi !!

bayangkan betapa agung dan gempaknya, sehingga tidaklah ekstrem sangat jika saya katakan, kesemua ilmu pada hari ini berasal dari Islam. ya, Islam !

iklan : anda dilarang sama sekali menganggap saya seorang yang sangat super-thaqafi (berpengetahuan agung gitu) , kerana info info diatas dicari dengan kerjesama en.google dalam keadaan tercungap cungap dan menguap nguap. sekian memaklumkan

begitulah hebatnya Al-Quran, mukjizat yang bukan boleh dilihat melalui kaca mata biasa. anda lihat, 40 tahun dahulu anak anak kecil bisa sahaja ketawa dengan menonton wayang kulit atau persembahan lakonan pentas teater rakyat. 20 tahun selepas itu, hiburan lapuk tiadalah berbisa lagi membasahi gusi anak anak kecil, selera mereka telah berevolusi kepada siri animasi Tom n Jerry, Dragonball dan Sailermoon pun aduhai [?]. begitu juga 20 tahun yang seterusnya, berubah rubah citarasa dan minat mereka. begitu juga mainan beyblade , crushgear , tammiya dan segala bagai bukan lagi menjadi pilihan kanak kanak zaman ini. saya jamin tidak akan ada kanak kanak yang masih sengih sengihan menonton wayang kulit sambil mengunyah daun sireh.

tetapi Quran berbeza, Quran sangat evergreen , super-evergreen!! hebat bukan? 500 tahun dahulu, dengan Al-Quran mereka temui feqh dan usul feqh. 400 tahun seterusnya, mereka temui teori perundangan dan sains angkasa. ya, melalui mushaf yang sama, ayat ayat yang serupa. sepanjang zaman, kitab ini akan terus menjadi bahan rujukan dan kajian. dan sepanjang zaman juga, kekallah Quran ini menjadi sumber Ideologi, Teori, Falsafah, Sains dan ciptaan.100 atau 200 tahun yang akan datang, sudah pasti semakin berkembang nota-nota rahsia yang akan dicungkil keluar. ya, dari mushaf yang sama yang kita baca hari ini !!

wow !!

[ maaf , saya memang suka memaksa anda membaca repekan mugaddimah yang panjang dan menyeret nyeret ]


baik, sebelum anda putus fius dan rabak emosi eloklah kiranya saya pergi ke dapur sebentar untuk mencari mood segar, ikhlas dan murni. memandangkan dapur adalah ruang motivasi yang sangat motivational. huh! *kriiik*kriiik* kedengaran sayup bunyi manusia urdun menggeledah dapur kiranya ada lagi kuih muih hari raya tahun lepas.


baik, eh? .. ooo 


baik,

hmm ..

pengakuan manusia mengaku Islam hari ini


setuju tidak ,

kita hari ini

adalah umat yang mengikuti, bukan diikuti
adalah umat yang diajari, bukan mengajari
adalah umat yang dipimpin, bukan memimpin
adalah umat yang menggunakan ciptaan, bukan mencipta
adalah umat yang  menerima arahan, bukan memberi arahan

jadi, anda masih boleh bergoyang kaki dan tersenyum lebar sambil mengatakan. " ya, ciptaan ini berasal dari Islam" ? kemudian boleh pula anda makan saki baki kuih raya tahun lepas sambil menulis entri tentang kehebatan dunia hari ini adalah kejayaan Islam pada masa lalu ? heh. ya, anda juga sama! yang bersamangat waga (baca:waja) dan mengiya-iyakan sahaja. erk .

mode : garang

adik adik abang, sergahkan mereka (saya) !!

mereka mereka yang masih hidup sandar menyandar, yang tegar meletakkan beban saka Syahadatul Haqoq (eh, kebende ni?) kepada orang lain. apabila digertak, dihina, mereka akan bangkit. tetapi mereka tidaklah bertindak apa apa melainkan memfreemason dan mengkonspirasikan cercaan itu. inilah dia warga warga 'issue-oriented'. orang orang yang menjadi Islam apabila diacah sedikit, kemudian mulalah melatah.

anda lihat, semasa penghinaan Islam melalui pertandingan karikatur nabi , semasa hari pembakaran Quran di gereja florida , semasa serbuan gereja methodist di Damansara , semasa kalimah Allah ingin digunakan  Kristian dan semasa new testament ingin dialih bahasa kepada Bahasa Melayu. badai

maka meriahlah hari hari itu dengan status berantai, entri berantai dan surat berantai. demonstrasi segala bagai. ah, lihatlah esok lusanya, siapa yang meliwat anak berumur 23 hari ? siapa yang membuang anak ? siapa yang sibuk menyibuk bercinta monkey bagai? siapa yang merempit ? siapa yang berjoget dangdut ?

adik adik abang, bangunkan mereka (saya) !!

kemudian datang segolongan lagi dengan suka hati dan riang ria kuih raya menuding jari pada ufuk barat. seraya melabelkan 'kejayaan mereka adalah berasal dari kita' ? badai

Islam means everything to us
but, what do we mean to Islam?

kata saya dengan bahasa maju bagai,

adik adik abang, sedarkan mereka (saya) !!

ya, kita bercakap tentang hari ini. situasi kita di mana? martabat kita tinggi mana?
mat jenin versi 'islamic' mungkin ?? dan terus didodoi hayunan yang menyiksakan umat.

hakikatnya, walau bagaimana hebat pun mereka mendakwa .. sedarlah, kita hari ini adalah umat yang dilanda kemelesetan dari segala aspek.

jangan sehingga suatu hari nanti kita tidak punya apa apa melainkan kuih raya tahun lepas. dan dengan seiya iyanya anda menangis tersipu sipu seperti seorang perempuan mengenangkan Islam dahulu yang pernah agung, sedangkan hari ini anda tidak berjuang habis habisan mempertahankan Islam seperti seorang lelaki !

status kuih raya : suda habess

ps : maka dengan ini ya Allah, aku adalah orang yang pertama membaca dan akan terus mengulang ulang supaya suatu hari nanti jika aku tidak berdiri teguh di jalan ini, akan terngiang ngiang bak Deja Vu , " hey anda! tidak hingatkah anda bahasanya anda pernah menulis entri bertajuk Ini Salah Kita !! " ?

ps : inche gabbana , mohon berhenti mempengaruhi penulisan bergaya saya . jzkk . hehe