Wednesday, December 21, 2011

Ini-Salah-Kita 2.0



Name : Laksamana Edry Batrisya bin Engku Kudin Saiful Alam                                                 Class : 2 Kemas

SULIT
1924 / 1
INI SEJARAH KITA
Paper 1
satu purnama malam


SIJIL KEHIDUPAN MUSLIM
TRIAL EXAMINATION 2011

=====================================================================
INI SEJARAH KITA

Paper 1

satu purnama malam

=====================================================================

DO NOT SCROLL-DOWN THIS QUESTION BLOGLET UNTIL BEING TOLD TO DO SO

1. Write down your name and class in the space provided
Tuliskan nama dan kelas anda pada tempat yang disediakan

2. The question bloglet is in-bilingual
Blog soalan ini adalah bukan dalam dwibahasa

3. Candidates are required to answer all questions
Calon dikehendaki menjawab semua soalan






penulis terpaksa menghentikan serta merta alih bahasa ke Bahasa Inggeris memandangkan beliau .. err , beliau malas sebenarnya bukannya tak mampu 






1. soalan berpandukan rajah 1.0



Rajah 1.0

Rajah 1.0 menunjukkan Graf ringkasan turun naik Islam . 

(a) menggunakan hati , emosi dan akal , sila kenal pasti :

(i) Pembolehubah dimanipulasikan :

fokus peranan umat Islam . ye ke ?


[ 1 markah ]

(ii) Pembolehubah bergerak balas :

naik turun graf .


[ 1 markah lagi ]

(iii) Pembolehubah dimalarkan :

dakwah dan tarbiyah ?


[ 1 markah  lagi ? ]


(iv) Melalui pemerhatian anda , di manakah kita hari ini ? jelaskan .

Makkah kan ? err , sebab .. hmm 


[ 1 markah juga ]

(v) Oke , kami tahu . sudah pasti sukar bagi anda untuk menggambarkan kefahaman itu secara ringkas bukan ?

ya !


[ 1 markah ]

(vi) Tambahan pula , hanya satu markah diperuntukkan untuk soalan di atas kan ?

ya !


[ 1 markah ]

(b) Baik , sila syarahkan persoalan persoalan di bawah dengan padu dan cermat :

(i) Apa yang membuatkan anda 'beriman' dengan Graf di atas ?

entahlah , bagi saya sebelum kita nak ambil tindakan so-called beriman dengan segala bagai ideologies ke zoologies ke rasanya sangatlah bagus kita kenali dulu siapa kita kan ? kan ? ok . untuk mengenali apa dan siapa entiti di sekeliling kita , terlebih dahulu kita amat patutlah mengenali diri kita sendiri .

maka saya nak tanya anda , siapa kita ?

[ 1 markah ]

(ii) Kita adalah .. err , kita adalah Muslim ?

ha ? ha ? apa kena anda ini ??
mengapa anda jari jemari anda sengaja sengaja menekan CAPSLOCK di konsonen 'M' ?
anda tahu tidak apa beza 'M besar' dan 'm kecil' ?

menurut tatabahasa Melayu , huruf besar dan huruf kecil mempunyai peranannya yang tersendiri dalam penulisan . huruf besar digunakan untuk Kata Nama , dan huruf kecil untuk Kata Kerja . maka , kita adalah 'muslim' dan bukan 'Muslim' semata mata . faham ke ?

eh , so apa kaitan dengan mengenali diri sendiri ?

[ 1 markah ]

(iii) Tulah anda .. bebel sangat . anda kata 'muslim' tu kata kerja bukan ? cuba anda cerahkan sedikit . supaya penanda kertas jawapan ini tidaklah memandang sebelah mata dan melakar pangkah besar besaran di blog soalan ini . ops , pengawas periksa pun macam dah jeling jeling tuu . mohon pencerahan jzkk .

namapun Kata Kerja kan ? maksudnya , seorang manusia itu dikira muslim apabila dia memenuhi kerja kerja yang telah dipikulkan ke atasnya . kerja kerja yang dimaksudkan itu sudah pasti tidak mampu kita kelaskan melainkan setelah kita adun seerah , sunnah dan Quran kemudian extract lah apa yang patut .

oh ya , bukak tafseer sekarang .

" Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami " 23 : 115
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku " 51 : 56 
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat , Aku hendak menjadikan khalifah di bumi .. " 2 : 30 
" Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia , (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar .. " 3 : 110

 nah ! maka secara ringkasnya . sangatlah suka saya garis tebalkan peranan manusia yang dua . iaitulah ubudiah dan khalifah . ke cane ?

[ 1 markah ]

(iv) bagaimana anda boleh mengaitkan perana kita tu dengan graf naik turun nun di atas sana ? cecite cecite !!

hek eleh anda ni .

setelah anda mengetahui anda tidaklah diciptakan saja saja untuk bangun tidur , makan , kahwin dan mati hidup kembali , anda haruslah angkat tangan dan berlari tanpa tujuan kerana tidak tahu menahu bagaimana praktikal peranan peranan tersebut di era tribulasi dan mehnah globasi ini . bukankah telah wujud generasi generasi sebelum kita ? mengapa tidak belajar dari mereka ? 

[ 1 markah ]

(v) ye saya tahulah . tetapi mengapa perlu bergraf graf begini . tidak boleh ke kita just stick-up dengan peranan yang dua itu . ubudiah dan khilafah , simple what ? buat je la .

saya rasa sebelum soalan anda mengarut lebih jauh , baik awak teliti dan benar benar teliti dengan ayat ini .

" Demikianlah hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu , kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu " 48 : 23 
" Yang demikian itu merupakan ketetapan bagi para Rasul Kami yang Kami utus sebelum engkau , dan tidak akan engkau dapati perubahan atas ketetapan Kami " 17 : 77

macam satu kitaran . sejarah pasti akan berulang dan .. eh , masa dah nak habesh . anda tekan link ini untuk keterangan lanjut ye . dan saya pun pelik dengan anda , entah bila nak masuk soalan perbandingan zaman hari ini dan zaman makkah . hmm .. alang alang anda klik sekali link ini ok .


[ 1 markah ]


(iv) Eh , anda dah makan ke ?

dah .

[ 1 markah ]

(v) Makan apa ?

argh ! jangan buang masa saya !!

[ 1 markah ]

(vi) Ok ok , sebelum pengawas peperiksaan mengutip blog soalan anda , sudi sudilah anda kiranya untuk memberi sepatah dua kata ?

ape jenis soalan ni ? okeh .


kehadapan penanda kertas soalan yang dirahmati Allah sekalian ,


Islam pernah naik sekali sahaja dalam sejarah dan telah pun turun
hari ini , kita hanya ada satu model sahaja untuk memuncakkan tamadun Islam


Komunisme telahpun jatuh , blok Kapitalisme mengikuti rentak yang serupa , Demokrasi juga nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebangkrapan . Barat telah hilang nilai kemanusiaan . Barat sebagai kuasa besar dunia hari ini sudah tidak punya apa pun nilai untuk dipersembahkan kepada umat manusia , bahkan tiada apa apa pun hidangan untuk ketenangan penganutnya . dunia telah berada di ambang kehancuran etika dan memerlukan sebuah tenaga untuk membaikinya . dunia sedang menantikan suatu kuasa baru untuk memimpin .


semua tamadun akan jatuh dan kemudian akan naik satu tamadun lain yang menggantikannya .
siapa yang akan naik , bergantung kepada siapa yang menggunakan hukum sains sosial yang sama bukan hukum magic dan teori big bang . bagaimana ia naik ? dan apa tahapan yang membolehkan ia samai ke puncak ? itu semua anda perlu selusuri dengan teliti kulit ke kuliiiit . di zaman Makkahnya , Madinah , pemerintahan Khulafa' Arrasyideen , Ummaiyah , Abbasyiah dan Uthmaniyah . 


persoalan yang sama : adakah kita terlibat dalam membangunkannya ? atau kita sendiri terlibat meruntuhkan dan meranapkan binaannya ? atau kita hanya sekadar menjadi penanda kertas periksa yang hanya tahu menanda salah betul dan mengkritik calon periksa .


Allahu A'lam .
err .. markah penuh ?

[ 1 markah  je ]




1924/1  (Hak cipta terabai ihna-cakap)

Saturday, December 17, 2011

Bulatan riang ria : of Mengapa Mereka ?


Melihat keadaan umat saat ini, hati membisik "ya Allah teruknya". 

Petah hati berbicara, jari jemari ini turut sama ingin menzahirkan kata-kata. 


Tetapi, 


apa yang menyedihkan. Perasan kah kita akan diri ini? 
Ya Allah, terlalu leka! hingga lupa diri ini juga sama seperti mereka. 
Tetapi masih lagi berbangga dengan amalan yang ada. Melihat insan lain seakan akan amalan kita ini melebihi mereka. Sedarlah diri, kita ini sama. Tidak akan mampu sempurna tanpa insan lain. Hati sebok membicarakan tentang kelemahan mereka. 


Wahai diri, 


mungkin hati itu benar. Maka kerna itulah engkau harus bersuara. Tetapi ingatlah, diri ini juga sama. Banyak kelemahan yang tidak pernah engkau lihat pada diri ini. Kerna itulah engkau memerlukan mereka. 

Wahai diri, 



telah Allah ciptakan manusia di dunia ini dalam keadaan yang ramai. Bukan untuk berlumba wahai hati yang buta! tetapi untuk bersama! Bersama di dalam satu bulatan gembira. Wahai manusia, diri ini lemah! Aku memerlukan engkau untuk melengkapi setiap sudut kelemahan ku ini. Tanpa mereka, aku tidak lain hanya berangan angan di dalam dunia.

Dengan apa telah aku sandarkan kehidupan ini? Dengan apa telah aku pandu hati2 ku ini? Akal? Sungguh,! kembalilah wahai hati kepada pencipta mu. Bukan hanya manusia yang aku perlukan, tetapi aku memerlukan sesuatu. Bagaimana harus ku cari.




Syurga bukan dicipta untuk engkau,
Syurga bukan dicipta untuk aku,
Tetapi untuk KITA.

I need you because you need me,
Without you and without me,
We are nothing, (karat). 

Be the change that you wish to see in the world.



[ Fique ]

Tuesday, December 6, 2011

sembang taqwa 2#


subuh sekali lagi . 

manusia K : euww , teruknyeww !!

manusia S : eh , apa yang teruk sangat tu ?

manusia K : malam tadi punyalah semangat main futsal kat yarmouk grand sampai 3 pagi , tup tup subuh semua tak turun . subuh gajah lagi . aduhai , padahal setengah jam je sebelum subuh diorang berhenti main . huh 

(subuh pada kemuncak musim panas di jordan lebih kurang lebih jam 3.45 pagi . sumber : pengalaman hoho)

manusia S : ooo .. tu macam kurang teruk lagi .

manusia K : eh ? 

manusia S : orang yang pung pang pung pang cerita akhirat sampai tengah malam , berbulatan riang ria sampai tiga jam , baca ma'thurat pagi petang , score feqh sirah full mark .. itu lagi teruk kalau tak turun subuh .

manusia K : *insaf* 

psst , anda pasti loya dengan post post subuh saya yang berulang ulang bukan ? tidak habis habis menghentam dan memukul curi . hue hue

bukan apa bro , sebagai anak Malaysia saya rasa subuh di masjid adalah indikator yang super membuktikan bahawasanya seseorang itu adalah mu'min sejati wahana kejayaan negara terbilang .

ok , kalau anda tidak percaya sila balik Malaysia sekarang !!!

Sunday, December 4, 2011

bulatan riang ria : of musta3jel



ada satu cerita, x kisah lah sama ada cerita benar atau rekaan, 
yang penting sama-sama ambil ibrah (pengajaran) daripadanya :)

al kisah terdapat sekumpulan pemuda yang gagah berani, menuntut ilmu di tempat sama dan berkongsi matlamat hidup yang sama, iaitu mengimpikan Islam akan gah di mata dunia...(wah!! bukan senang nk cari pemuda-pemuda begini sekarang ini..hehe). mereka ini lantang bersuara dan berani tentang secara terbuka sekiranya ada mana2 pihak yang cuba mencemarkan imej Islam. nak dijadikan cerita satu hari terdengarlah mereka akan ada satu konsert besar-besaran berdekatan dengan tempat mereka. dah namanya konsert maka sudah tentulah x dapat lari dari berlakunya maksiat atau ikhtilat (percampuran lelaki dan perempuan). maka naiklah darah muda mereka mendidih-didih dan bersemangat untuk menghalang konsert itu, kononnya membawa nama Islam.

seperti biasa mereka terlebih dahulu meminta kebenaran daripada tok guru mereka sebelum pergi, namun kali ini tok guru mereka hanya diam seribu bahasa.

pemuda 1: tok guru, di seberang sana (ceh..macam cerita klasik la plk...) ada konsert yang akan diadakan secara besar-besaran, sekiranya kita x menghalangnya maka akan lebih parahlah anak-anak muda kita hari ini. budaya hedonisme sudah terlalu diagung-agungkan...ini x bleh jadi!!

si tok guru masih diam tanpa berkata, hanya memerhati wajah-wajah anak muridnya



sambung pemuda 2 dengan bersemangat: tok guru, izinkan kami pergi ke sana, akan kami dakwah dan tegur mereka secara terang-terangan, malah kami sendiri yang akan menaiki pentas dan berdakwah di situ.

yang lain-lain turut mengiyakannya dan mendesak tok guru mereka.

"jangan begitu..", jawab tok guru. "kerana lebih banyak keburukan daripada kebaikannya, kamu semua akan ditangkap, umat Islam akan kehilangan pemuda-pemuda gagah berani seperti kamu semua, dan kurang sesuai tempat dan masanya untuk kamu berdakwah di situ".

namun siapakah yang dapat menghalang darah si anak muda ini, sekali bertutur pantang berundur! mereka menganggap tok guru mereka ini sudah tua, x faham apa situasi semasa, lalu mereka degil dan pertama kalinya mereka ingkar arahan tok guru mereka. mereka tetap pergi ke konsert itu juga.

di sana, mereka dengan lantang menegur orang ramai secara terang-terangan, ini haram itu haram, malah mereka naik ke atas pentas dan merampas mic daripada penyanyi. timbul kekacaun dalam kalangan penonton. lalu, agak-agaknyalah apa yang berlaku?? tepat seperti mana yang dikatakan si tok guru, mereka ditangkap, konsert tetap diteruskan, malah yang lebih parah orang ramai mula fobia dengan dakwah Islam!!!

so, apa sebenarnya yang cuba untuk ana sampaikan ni. mudah saja, sesuatu yang dilakukan terburu-buru tanpa mengambil kira situasi semasa dan kaedah yang sesuai hakikatnya lebih banyak bawa keburukan daripada kebaikan!!! benar, dalam salah satu kaedah fiqh ada menyebut:




Ù…َÙ† اَستَعجَÙ„َ Ø´َيئًا Ù‚َبلَ Ø£َÙˆَÙ†ِÙ‡ِ عُوقِبَ يحيرً Ù…َانِÙ‡ 

"barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya"
(al-Ashbah wa an-Nazair, as-Sayuti, halaman 195)

maka, sebelum melakukan sesuatu perkara, fikir dahulu di setiap sudut agar x menimbulkan fitnah kepada orang lain mahupun diri kita...apatah lagi Islam yang kita cintai!!!

wallahua3lam, wassalam

[ Yuha ]



Saturday, November 26, 2011

sembang taqwa 1#

subuh . sayap kiri masjid

manusia K : akhi , lihat sekeliling akhi . mana pergi budak budak Malaysia ni . kecewa akhi , solat subuh ni takde sorang pun nak kejut SMS ke , miskol ke . aduhai . kejap lagi PSL segala jenis manusia kelam kelibut , kapitan call anak buah dan sume terkejar kejar takut tertinggal coaster . saya sedih , main bola tak perform kene marah bagai . tapi takde sorang pun marah saya datang subuh lewat .

manusia H : entah , memanglah begitu . 

manusia K : pelajar yarmouk akhi , kalau JUST macam boleh nego la sikit sikit kut . ke cane ?

manusia H : hakikatnya , tak ramai pun yang belajar agama kat sini .

manusia K : [ teresak esak ]

kita sibuk menyelar pemimpin pemimpin besar kita . kata kita mereka sekular . walau apa pun yang dimaksudkan dengan istilah itu . warga anti-establish tidak pernah duduk diam . kita marahkan mereka yang tidak melaksanakan hudud sebagai perundangan negara . kita kelar mereka dengan provokasi dan demonstrasi . kita acah sesiapa sahaja yang beriman dengan kapitalisme , sosialisme , komunisme dan banyak lagi isme isme yang menyesatkan .

barangkali kita terlepas pandang sekularisme skala kecil . 

Wednesday, November 23, 2011

himpunan nasihat sempena futur 1.0


err .. di sini saya ingin buat satu perakuan .
bersempena dengan kempen anti futur anjuran bersama badan badan tidak berdaftar irbid , sebuah pekeliling tidak bertarikh telah diedar secara rambang kepada warga bestari warga budiman syabab syabab perkasa seluruh jordan . antara yang menjadi sasaran adalah akhi akhi yang berjiwa sejahtera dan orang rumah yang dekat di hati saya . maka dengan ini , saya kongsikan pada anda mudah mudahan tidaklah saya seorang sahaja yang futur . eh

bak himpunan risalah al banna lagaknya , hoho
respon respon yang saya terima sangatlah menyayat hati bak malam dipagar bintang makin indah jika dipandang . jujur , terharu besar saya .

sebelum itu kawan kawan ,

apalah erti perhubungan kita jika sekadar diisi dengan gelak ketawa dan bertepuk tampar . saya mahu lebih dari itu kawan kawan . saya cukup puas mengunyah mutobaq hilu dan mengulang ulang cakera Kung Fu Panda 2 itu . cukuplah kita tafaquh dan bedah dua tiga kitab arab . cukubb . sungguh saya amat mengasihi kalian kawan kawan .

kembali kita muhasabah sepanjang hubungan ini .. *tiba tiba sahaja mode serius*
haruslah anda meletakkan god-centric sebagai tagline kita ok ?
easier said than done , ye saya tahu .

saya mahu anda bersedia kawan kawan , bila saya minta bahu anda untuk ditangisi . dan juga apabila satu hari nanti anda sudah bersedia untuk menangis , bahu saya sentiasa ada . eh ape ni.

ok , kalau anda rasakan saya jenis ngengada anak manja sensitif tidak jantan ok . sebenarnya tidak , sebab .. sebab apa kaitan ??


" saya tak pandai nak susun kata kata , cuma nak anda ingat .. 'u will never walk alone' :) "  
adik kecil H

" senyum! dan teruskan menghitung nikmat nikmat yang ada di sekitar kita "
adik kecil F
" Alhamdulillah .. anda futur di jalan Allah akhi . yamani jom! "
adik kecil T A

" akhi , teringat saya kisah nabi Allah Nuh yang berdakwah kepada kaumnya siang dan malam , tetapi tidak dihiraukan oleh mereka . nabi Nuh mengadu perasaannya kepada Allah "
adik kecil W A A

" jangan nak futur sangat ea ! "
jiran bilik sebelah F A

" sabar akhi , ada hikmah besar . waktu waktu beginilah kita belajar mengukur adakah kita mampu menggalas beban yang lebih berat dan 
sungguh tidaklah anda terbeban melainkan anda mampu ! 
kuat selalu akh !! "
adik kecil member jepun Y H

" akhi .. saya ada pengalaman musafir dengan member member . ketiba tibaan kereta pancit tengah jalan , tayar meletus letus . tensen benar kami . resah gelisah . ada tiga pihak berbeza yang kami cuba contact . polis , khidmat PLUS dan seorang sahabat saya yang berdekatan dengan area tu . polis , datang tak buat apa apa pun . langsung membengis dan bagi nasihat , kemudian berlalu meninggalkan kami . pekerja khidmat PLUS , lagilah annoying . sekadar letak kon beberapa meter dibelakang kenderaan kami kemudian berlalu pergi . sama macam polis tadi . tapi akhi .. sahabat saya , directly on time terus dia bertolak ke kawasan tragedi . siap bawa makanan lagi . siap bagi pinjam kereta lagi . selesai semua urusan yang menyerabutkan kami tu . anda lebih faham pengajaran dari kisah ini bukan ? saya harap saya termasuk dalam kalangan sahabat anda . "
pelajar Ammon U 

" anda ingat balik pesan mak ayah "
bekas PESS tegar







kawan kawan , futur ini fenomena biasa . memutarkan kembali kita kepada kisah generasi mulia , generasi manusia yang paling sempurna . mana mungkin kita hari ini menghadapi tribulasi dari pelbagai sudut , kemudian dicuba cubaan tetapi tidak diwasiatkan kepada kita cara cara mengatasinya . futur ini sinonimnya kita letakkan selaras dengan ujian , sifirnya . futur lawannya ujian .

kita telah banyak kali dihidangkan dengan kisah aduan Khabbab ibn Arat kepada Muhammad s.a.w . maka dengan merah padam muka Baginda membalas permintaannya agar memohon pertolongan dari Allah atas penyiksaan yang gila ini . mafhumnya , nabi berminta agar kita tidak tergesa gesa . sedang Khabbab asalnya adalah tukang besi , setelah pengislamannya tenatlah disiksa dengan bara api dan besi panas !!

dengan riang ria dan lagak ilmiahnya , kita melihat hidangan itu sekadar cerita cerita biasa . sama seperti membaca kitab Tuhfat as saniah , sama seperti membelek kisag Hikayat Merong Mahawangsa , sama seperti menonton Kung Fu Panda 2 .

anda semua , kita sudah lagi bukan dengan kisah penyiksaan sahabat sahabat baginda .

Uthman ibn Affan digulung dalam tikar daun kurma , kemudian membiarkan asap bakaran memasukinya .

Mus'ab ibn Umeir , sehingga kulitnya bersisik dan berkerutu kerana siksaan yang teruk . sedang hidupnya yang asal adalah mewah dan lengkap makan minumnya .

Suhaib ibn Sinan , diseksa sehingga gila . dan meracau racau kerana tidak sedar .

Bilal ibn Rabbah , ah tipulah anda tidak tahu kisah entiti mulia ini .

(berkat exam feqh sirah .. heh)

mereka adalah golongan pemula , yang menjadi contoh ikutan kita yang paling sempurna . mereka telah melalui proses maksimum dalam perjuangan menyampaikan risalah . apa sangat kita hari ini kalau setakat anak anak bulatan larikan diri , lambat buat bulatan , bulatan lengkung .. apalah sangat kita muasir ini kalau setakat busy dengan persatuan segala bagai , SU bekas sana bekas sini , kesibukan tahap apakah sangat .. eh , ape kaitan ?

dengan ini saya menyeru , agar saya dan anda tidak futur di hari hari yang mendatang .

anda tahu apabila anda futur anda perlu buat apa ?
ya , buatlah seperti saya . hoho . apa anda ingat saya buat sengaja sengaja ke ? saya buat tidak sengaja tahu ? anda masih ingat respon Umar al-khattab ketika datang kepadanya khabar tentang kewafatan Nabi s.a.w ? serta merta dia mengingkari kahabaran itu lantas mengacu acukan pisau seraya berkata " barangsiapa yang berkata Muhammad telah mati akan kupenggal lehernya ! " ketika itu datang Abu Bakar menenangkannya . ya , mengapa tidak . maka haruslah anda yang futur itu mengangkat tangan berlari larian   mencari teman seperjuangan , maka janganlah futur bersama golongan yang futur !!

untuk anda menjadi Umar , dan untuk anda mempunyai sahabat seperti Abu Bakar .. anda perlu melalui proses yang juga sama seperti mereka .

maka teringatlah pula saya diakhir akhir kalam ini sehingga menyebabkan entri kali ini tidak teratur .. seorang ilmuan pengarang buku siri motivasi 'Janganlah bersedih' pada pendahuluan sepatah dua kata dalam penulisannya :


" hari ini , saya secara semulajadinya sukar untuk bersedih kerana setiap kali perasaan itu datang kerap kali saya ingatkan diri saya bahawa sayalah yang menulis buku ini "

oleh yang demikian , apalah sangat saya ini untuk futur setelah menasihati orang lain agar tidak futur .

baiklah , teruskan berjalan jalan di dunia yang indah ini

Monday, November 14, 2011

wahan anak seni


anda orang seni ?
ya, anda perlu baca ini

iklan : saya seperti merasakan bahawa entri ini bakal meleret leret panjang

" manusia itu seperti logam , 
terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilihlah mereka juga semasa Islam 
jika mereka faham " 
[ HR Muslim ]

menoleh lima enam tahun kebelakang , saya masih manusia logam yang sama rupanya . masih membawa lunak chord dan not yang mekar malar hijau . masih menjinjing kanvas dan beg berus lukis akrilik yang berwarna merah (seyesly tidak menipu memang time menulis ni baru teringat beg lukisan tu kaler merah hoho) . masih merekabentuk gesture dan design kaler maler . diari anak seni yang masih saya simpan rapi di kepala dan hotaque ini , adakala kembali menghantui mengheret saya kembali ke era itu . kekadang cuba membelek melek cerita lama . masa masa hidup di mata mata pemuja . mengulang ulang kaset kehidupan lama . tidaklah hitam dan berkarat merah padam semuanya , tetapi ada yang perlu saya kongsi sepanjang pendakian ini . pendakian yang membawa kepada turning point yang mengubah dimensi kehidupan saya , melihat segalanya dengan kacamata yang sempurna . ohoi

hey , apa yang anda cuba buat ini ? ketepiii ketepiii !!

manusia itu berlalu pergi meninggalkan lappy ini , maka ..

baik ,

anak anak seni sekalian , yang saya maksudkan seni mungkin sahaja punyai tafsiran yang pelbagai . kali ini , saya maksudkan seni yang benar benar seni . tiada ruang untuk menta'wil atau min haisu atau menbaharukan dimensi .. argh ! ok . seni yang saya maksudkan adalah seni suara , seni lukis , seni design atau apa apa jenis seni yang saya fikirkan itu seni yang saya hendak sampaikan  .

kasanova anak seni

hokey , jangan sembunyikan senyuman anda . teruskan tersenyum , lihat sekeliling anda mana tahu ada yang sedang perhatikan anda . line sudah clear ? ok

isu yang agak common di kalangan anak seni mungkin , dan inilah yang saya perhatikan sebagai wahan-durjana-pemangkin kehancuran-ummah atau belia-cemerlang-tanpa-kasanova . ohyajuga , kasanova anak seni mengikut ta'rif caca merba boleh sahaja dimaksudkan sebagai " manusia yang menggunakan bakat seninya untuk menagih angau dan cinta kaum hawa dan vice versa " . kalau anda anak seni , anda akan faham . kalau anda masih tergaru garu mencari shampoo , baiklah mari berkenalan dengan kasanova anak seni .

to be exact ,

saya bawa anda untuk mengenali saudara kita yang bernama 'nasyid' . maka entiti ini sangat fofular di kalangan kita bukan ? umpama cendawan tumbuh selepas hujan , anda boleh lihat betapa rancaknya kelahiran dan percambahan geng ini . di sekolah paling ketara , baik sekolah biasa , sekolah luar biasa , musleh dan gheiru musleh . Festival Nasyid , Nasyid ASAT , Amal Islami , Nasyid Anti Dadah , Nasyid Belia dan baaanyak lagi . mana mana pertandingan atau keraian so-called islamic kompem memperuntukkan nasyid sebagai agenda atau slot rasmi dalam penganjuran tersebut . eh , maaf kerana tetibe mematuhi tatabahasa dan nahu Bahasa Melayu . he

secara umum , dapatlah saya memahamkan anda bahawa hari ini seni suara sangat mendapat tempat baik dalam kalangan pendengar mahupun orang yang tidak mahu mendengar dan tidak semene mene mendengar . bukan nasyid sahaja , tarannum dan lain lain turut terpalit sama .

saya sedih anda tahu tidak

memanglah temanya Aqidah-Pemangkin-Kecemerlangan-Ummah , memanglah pakaiannya baju melayu lengkap menutup aurat , memanglah liriknya ketuhanan dan mengikut lunas lunas agama . waaa

tetapi anda tahu tidak , cabaran anak seni bukan setakat tidak makan berminyak atau minum es batu untuk mantain suara . bukan cuma perlu adjust tune conga atau jemur djembey di terik matahari di ufuk timur . eh . bukan sekadar synchronize posture dan gerakan bergaya . maka yang lebih besar adalah cabaran menjaga hati , iman .

anda tahu tidak semasa membuat gaya twist twist kaki ke kanan kiri semasa persembahan itu berapa ramai orang tengok . anda tahu bukan semasa anda menyayi lenggok padang pasir dan R&B itu ramai yang terpegun . dengan sorakan sorakan penonton yang terlebih kunjung tiba .

" peh , style la solo korang . siapa nama ye "

" huh ! smart gile painting ni , takde cacat cela perfect !! mana pelukisnya ? "

ya tuan tuan , bukan setakat itu sahaja . bertukar tukar nombor dan fb mungkin perkara biasa , mungkin . waaaa . dan sudah pasti lebih besar cabarannya jika anda berhidung mancung dan berdahi licin !!

saya pasti anda akan segera senyum hangit bila mendapat pujian melambung lambung . kemudian anda seperti tiada pilihan jawapan melainkan membalas poja pojaan itu mengikut jawapan skema yang disediakan .

" eh , takdelah . tak sedap pun . hue hue hue hue "

" eh , biase je . takdelah chanteque sangat pun . hue hue "

kan ?

maka masalah kasanova adalah masalah besar anak seni !

melebihkan lebih lebihan

saya bagai hendak mencari bahu menumpang malu anda tahu ?

anak anak seni sangat bersemangat , jika dari pagi menjelang malam menghadap komputer ribanya . terduduk di hadapan kanvas lukisannya . memikirkan Idea dan menyusun lirik lirik indah nan PERMAI . lima enam jam melontar lantun suara di bilik latihan untuk memadukan harmonising yang kepadu paduan . menghafal lirik dan chord muzik . itu memang kebiasaan anak seni .

tahu apa yang susah ?

nak luangkan masa membaca dan memahami Quran .
nak menghafal Quran dan mengamalkan Quran .
nak menghadiri majlis majlis ruhi .
nak mendengar daurah mp3 Dr You Que Why ?

dan banyak lagi .

anak seni , anda sepatutnya menyorokkan muka menahan malu sekarang ini .
tidaklah dahsyat sangat malapetaka ini , tetapi masa depannya kelihatan sangat cerah untuk menjadi sangat dahsyat !!

tetapi saya sedih

yang sedih hari ini anak anak seni sibuk berbincang untuk memartabatkan seni . sibuk berdebat mengembalikan identiti seni . sibuk bergaduh halal haram . sibuk bersilat mengukur panjang harakat dan peak ihtilalul lahn dan quarter note . di sekeliling anda hari ini , masyarakat sedang tenggelam . keluarga anda sedang terkapai kapai . anda sendiri bermasalah . waaa

pointnya , kita gagal memperuntukkan masa , tenaga dan fikiran dengan adil .

yalah ,

dua tiga jam latihan tu kira kicik punya hal lah ,
tapi kalau nak seduduk dalam majlis ruhi sejam pun dah tak senang duduk

nak hafal lirik lagu dan pitch itu kerja simple sehari boleh selesai ,
tapi nak hafal Quran badhai dia punya malas

semalam tak tidur memikirkan Idea utk karya seni apa punya masalah ,
tapi nak fikir masalah umat seminit dah tensen

kerja dan rehat

hendak tahu apa rahsia kehilangan fokus anak anak seni .

baik ,

kebiasaannya kita akan sinonimkan artwork , grafik design dan muzik dengan ketenangan dan kerehatan atau penyejuk telinga dan mata .

tetapi anda tahu tidak , anak seni tidak boleh berehat dengan lagu atau muzik dan sewaktu dengannya !

bagi mereka , bersama muzik adalah masa masa bekerja mereka . melihat gambar adalah masa masa bekerja mereka . bermain percusi adalah masa masa bekerja mereka .

anak yang kurang seni (dengan izin) , reaksi mereka apabila mendengar adalah

" .. " tenang , dan tiada apa apa .

atau mungkin , " sedupp lagu ni "
atau paling melampau pun , " lagu apa ni ea? siapa nyanyi ea? "

anak seni , reaksi mereka apabila dihidangkan lagu adalah

" eh , half note lari ni . major minor kene re-arrange " mereka extract vocal arrangement by every single note . tidak percaya ? tanyalah saya , huh .

" pasrt bridge tu sepatutnya chord dia G dan 2nd verse tu bukan octave 5 ke ? " kalut bukan .



antara kerja extraction vocal arrangement yang cool 


anak yang kurang seni (mohon izin) , reaksi mereka apabila melihat artwork adalah

" peh lawa "

atau juga , " kalau hadiah kat mak ni mesti senyum lebar " itupun jika mak anda bukan anak seni ?
boleh juga , " sejuk perut mak tengok lukisan lawa lawa gini "

anak seni , apabila melihat artwork dan design melawa mawa adalah

" eh , cane nak trim-up penjuru kanan tu ea ? ke memang dah fix dengan layer ? " tensi tensi !

" warna kurang gesture dengan medium ke ? " whatever that means . huh

dengan ini saya menyeru kepada sahabat sahabat ikhwah akhawat di luar sana agar tidak memasang lagu lagu atau bunyi bunyian kerana ia bakal mengganggu ketenangan study saya . mohon maklum

masa dan emas belayar

antara yang paling saya kesali sepanjang , eh bukan saya . antara penyesalan abadi yang menjadi pengajaran buat sekalian alam adalah apabila masa yang emas-4-kerat itu dibawa belayar bersama seni seni dan karam dilautan segi tiga bermuda .

anda tahu , for a single session of vocal lesson at least sejam la kut (sengaja berbahasa ibunda Rooney). tu pun kalau anda berlatih sorang sorang . tetapi dek taksub bagai dengan perkusi dan lenggok nian , apa anda kesah setakat dua tiga jam bertekak di bilik latihan .
kalau nak tahu , artwork sesimple ini ambil masa seminggu kut

anda tahu , for a very single quick artwork pun paling segera boleh la makan dalam sejam juga . tapi bergantung kepada desingner . secara pikul tidak salah saya pukul rata mengatakan , seorang anak seni tidak akan bermain main dengan karya seninya . untuk membuatkan pengkarya puas hati sudah satu hal , untuk memuaskan hati penempah karya satu hal walaupun memang sepatutnya anda tidak boleh nak judge an artwork by its artwork . eh . anda lihat di galeri negara atau galeri jualan berapa punya banyak poster dan karya seni yang buruk buruk belaka tetapi harga mencecah ribuan ringgit !! samaada anda berkaca mata kurang seni (aduh buruknya bahasa) atau inflasi berlaku , entah .

pokoknya , seni memakan masa dan masa memakan anak seni .

konklusi

adillah dengan diri anda , jom baca Quran nak faham lagi nak amal lagi .

by-heart-sharing ini sekadar mengiklankan kepada anda betapa wahan nya keterjebakan manusia manusia di dalam arena seni . bagi yang masih setia memperjuangkan agenda dakwah melalui seni , teruskan gerakan anda . saya sayang anda . moga entri ini menjadi catalyst pemacu anda untuk lebih berjaga jaga dengan wahan anak seni . sebelum anda berhadapan dengan masyarakat , sebelum anda memperjuangkan mesej mesej ketuhanan dan sebelum anda giat mendekati selera telinga dan mata masyarakat .. hadapi terlebih dahulu diri anda sendiri , perjuangkan terlebih dahulu mesej mesej ketuhanan dalam diri anda . tidaklah saya melihat anda semua melainkan juga penyampai agama kepada orang ramai .

penyampai agama perlu segak bergaya dengan amal dan pribadi mulia , eh .

saya cadangankan pihak penganjur Festival Nasyid atau Ihtifal SMKA mengambil cakna dengan statement di atas untuk dijadikan tema pada anjuran yang akan datang .

with love ,


By Heart Clan
bebudak NU
dan segala umat manusia yang berkaitan 


artikel berkaitan :


transformasi artis kita


[ AKAN DIEDIT SEMULA ]