Friday, March 22, 2013

argh ! aku qowiyyyy !!!

pasca pemergian Iman , saya naik maqam sekejap

semua bende nak buat
jiwa tajmi' menyegar kembali , semangat baaagai

semangat yang ada memang perlu dihargai , once tersemangat sila hargai dan enjoy
tapi ofkos laa , semangat kalau tiada faham
akan down dengan segera juga

Ahmad ar rasyid , kadang kadang kasar juga dalam penulisan beliau

الراحة للرجال غفلة
ذالك أن من أراد الراحة والسكون فإن الموت والقبر يزودانه منهما حتى يشبع


kerehatan bagi seseorang (da'ie) adalah kelalaian
oleh itu untuk yang berkehendak kepada rehat dan berhenti maka sesungguhnya maut dan kubur itu akan merehatkannya sehingga dia puas

akhe , silalah qowiy sikit

Sunday, March 17, 2013

IMAN adalah mutiara

As syahid Iman ,

seorang akh yang dikenali ketika cuti summer tahun lalu , sekejap je kenal tak sampai 3 bulan pun . cuma saya banyak mendapat masa masa berkualiti bersamanya , walaupun kuantitinya sedikit . menguruskan program program summer , muhkayyam dan sangat kerap bertemu Iman di sekitar serdang dan putrajaya . Allah izinkan saya berkenalan dengan seorang syahid , dan matinya dalam syu3ur seorang syahid

saya tidak tenang sejak berita kemalangannya berlegar di fesbuk , akh HA dan inche gabbana antara yang awal menyiarkan berita . seriusly , Iman ? sehari dua ini wajahnya , gaya saikonya , semangat dan riak peramahnya banyak mengganggu waktu tenang saya , waktu study dan solat . akh ini benar benar telah menyentuh jiwa , jiwa saya dan ratusan insan lain .

Allahummasyhad !

berita kemalangan disiarkan sekitar malam 15hb , Jordan
kritikal , internal bleeding

*senyum*

dan seluruh penghuni alam fesbuk terus terusan mengupdate status as syahid ini , dari minit ke minit . ikhwah seluruh dunia , tidak henti menaip dan menghebah .
doa akheee doa !

kematian disahkan pada jam 5.44 petang Malaysia , sekitar sebelum zohor Jordan
dan ketika itu semua ikhwah Jordan berehat , tidur
selepas berpagian dengan riadhah , miting dan sebagainya

" dimaklumkan akh Iman telah kembali ke rahmatullah baru sahaja tadi , dapat berita dari ayah ana "

ya , dia dah pergi akheey !
ketika dakwah dan tarbiyah masih menjadi nadi hidupnya , ketika kudratnya masih dikerah untuk membina manusia , ketika dia bersyahadah bahawa Islam adalah al-haaal !

rancangan ikhwah untuk solat hajat pada malam itu bertukar kepada solat jenazah ghaib , kemudian sesi muhasabah . malam air mata

terima kasih inche gabbana dan ukht muharikah atas post yang haybat , mewakili suara hati emosi perasaan ikhwah akhawat lain di seluruh dunia .

memori saya dan Iman , biarlah disimpan baik di kocek ingatan
buat pekasam time beborak kat syurga nanti kan Iman kan ?

argh , saya malas taching taching ni

kematian sebagai peringatan

كفى بالموت واعظا
cukuplah kematian itu sebagai peringatan

tapi peringatan yang bagaimana ?
adakah menangis ? itu adalah kemuncak kesedihan ? kemuncak peringatan , dari sebuah kematian ?

Iman adalah seorang pensaiko tegar , saya menjadi saksi adik adik peserta ISK terbujur kaku disaiko oleh beliau . sumpah kesian , enta kejam ya Iman ha ha . sehingga ketika tidak bernafas pun Iman masih mensaiko ratusan jiwa ikhwah , enta kejam Iman .. kejam .

semalam dalam rutin usari saya , Allah mengajar kami sehalaqah satu ibrah baik punyeee dari kematian Iman . tilawah kami betul betul bermula awal surah al Isra'a , selepas berakhir surah an Nahl pada usrah yang lalu . Isra' dan Mi'raj , dare to tadabbur ?

Nabi s.a.w telah melalui pelbagai peristiwa , tragedi menggugah jiwa .
sekitar tahun ke 7 hingga 9 kenabian , Muslimeen menghadapi kepungan dari Quraisy
segala sumber makanan dan hubungan masyarakat telah disekat . sebahagian athaar menyebut , sehingga sahabat r.anhum terpaksa memakan rumput kering . tahun berikutnya , Khadijah r.a dan Abee Thalib pula meninggal dunia , wafat . meninggalkan Nabi s.a.w , dua individu ini adalah figur penting dalam seerah yang terus menerus menjadi perisai maknawi kepada risalah . terkenal sebagai tahun kesedihan dalam seerah . dakwah terus mendapat tentangan di Tha'eff dan khemah para hujjaj turut terpengaruh dengan propagandi keji Abu Lahab untuk berpaling dari seruan risalah Muhammadiah

akheey , ini ramuan yang sangat ampuh untuk menfuturkan seorang akh
maka Allah s.w.t telah membawa Nabi s.a.w ke sebuah perjalanan , permusafiran yang hayyybattt !

Isra' dan Mi'raj

sepanjang peristiwa ini , Nabi s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai aktiviti ghaib .
syurga neraka dan sebagainya . so ?

seakan akan Allah s.w.t ingin membuka satu dimensi baru kepada Nabi s.a.w , dimensi akhirat . sebuah big picture kehidupan . maka dengan itu , tenanglah jiwa . plot seerah selepas Isra' Mi'raj diteruskan dengan kejayaan mengumpulkan jus penting dari Madinah , dengan perjanjian aqabah satu dan dua .

akheey ! inilah ibrah sebenar dari kematian !!
kita mesti terus hidup , untuk mati

saya nak duduk bilik , kunci dan solat sunat taubat

إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة فاستطاع ألا تقوم حتى يغرسها فليغرسها
jika telah hampir padamu kiamat, dan di tanganmu ada benih tamar maka tanamlah

di saat akhir kehidupan , dan di hadapan kita adalah kematian yang pasti
apa amal terbaik yang perlu kita lakukan ? menanam benih tamar ?

tipikalnya , kita selalu melihat ibadah adalah amal terakhir sebelum mati
maksud saya ibadah *peace dibuat dan dibengkok-luruskan jari tiga kali berturut turut*
masuk bilik , kunci dari dalam dan solat sunat taubat . dan mati ?
indahkah kematian yang begitu ?

adakah mati ketika eksiden motor itu kurang mulia , berbanding mati di atas sejadah ?

hadith tadi seakan akan mengajar kita suatu amalan penting di akhir kehidupan , iaitu memberi manfaat kepada orang lain . ya , amar ma'ruf dan nahi munkar . dakwah dan tarbiyah !
sudahlah kiamat akan berlaku , maka benih tak akan sempat bercambah
sudah tu , siapa yang dapat manfaat tamar itu ?

saya pasti siapa pun yang mengenali Iman sangat redha dengan pemergiannya
dia pergi dan telah banyak menanam benih benih iman di hati mad'u mad'unya , dan saya adalah salah seorang yang sempat merasakan sentuhannya . dan dia sedang melihat tuaian benih dunia , di rumah barunya kini

tenanglah Iman , rehatlah

alwahn , dalam doa harian

Iman pergi , muda usianya 24 tahun
tolak umur sebelum menyertai DnT , sekitar 5 tahun lebih dia bernafaskan tarbiyah
serius 5 tahun ?

tapi itulah , tempoh yang sedikit itu benar benar berkualiti
malah kualiti umut inilah yang melayakkan sesiapa sahaja untuk mendapat tiket ke syurga

"panjang umur, murah rezeki"

maka apalah beza dengan alwahn ?
istilah lejen , jawapan kepada kelemahan ummah

حب الدنيا وكراهية الموت
cintakan dunia takutkan mati

Imam Nawawi , Asy syafie , Salahuddin al Ayyubi , Hassan al Banna
tokoh tokoh ini tidak lama hayat mereka , tetapi jasa dan kata kata mereka berabad lamanya . nama dan kebaikan mereka dijulang sehingga hari ini , menjadi silibus kajian dan contoh ikutan
Umar Abdul Aziz memerintah kurang dari tiga tahun , tetapi kehaybatan pemerintahannya menjadi rujukan sehingga hari ini .

umur pendek , manfaatnya panjaaaaang jasanya kekal
dan amal amal kitalah yang menjadi saham paling ampuh yang terus menerus membekalkan kita pahala dan pahala meskipun kita tidak lagi dapat beramal di dunia , ketika kita telah mati

ok , saya puas
saya renung jauh jugak sekali dua . sebab hati tak tenang untuk berkongsi
cuma , itulah . takut tak sempat nak sampaikan pada orang lain , sebelum saya yang juga akan mati

اللهم أجرنا في مصيبتنا وا×لفنا خيرا منها

tribute to As syahid (yang telah bersaksi) Iman Syafiq


 " Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun "

[3:144]


*berhenti menangis, buat kerja sekarang*


Friday, March 15, 2013

akheey

tidak berhenti menaip namanya di ruang carian fb

ya Allah , bingung
mana satu doa yang lebih baik untuknya

aku bersaksi bahawa akh itu telah bersyahadah di hadapanku , di hadapan hamba hamba mu
juhudnya , masanya , hartanya ..

jika pemergiannya itu lebih baik , maka ambillah dia
kurniakanlah dia syahid yang lebih mulia

اللهم أجرنا في مصيبتنا واخلفنا خيرا منها
إنا لله وإنا إليه راجعون


doakan seorang akh saya yang sedang kritikal di ICU HUKM , kemalangan highway KL-Seremban





Tuesday, March 12, 2013

ikhlas

إن من الناس يكون وسط ألف يبكي وهو مخلص
ومن الناس من يكون وحده في حجرته لا يراه أحد وهو مرائي

ikhlas , ungkapan paling lejen sepanjang hidup

العبرة ليست في كمية العاملين لكن في كمية المخلصين

sebagaimana al banna menegaskan dalam himpunan risalahnya , al mafhum
bahawa alam ini tidak didiami oleh ramai Muslim , dalam sedikitnya Muslim itu lebihlah sedikit Muslim yang melazimi Islam dalam hidupnya , lebih sedikit Muslim yang menjadikan hebahan risalah Islam sebagai matlamat hidupnya , kemudian lebih sedikit Muslim yang ikhlas melaksanakan tugasnya itu . maka inilah Muslim , yang dijanjikan padanya syurga yang tertinggi

semakin aku membesar dengan bahtera ini , aku melihat penapisan itu semakin hampir
bila rasa rimas dengan aktiviti tarbawi , lemah untuk membina diri , mudah terganggu fokus dengan perkara perkara yang kecil , jiwa sensitif , emotional

Allah sedang mempersiapkan tentera yang benar benar layak untuk menegakkan kalimahnya menyimbah seluruh alam , sebaik baik tentera seikhlas ikhlas tentera

Allahummasyhad ! Allahummasyhad !


Saturday, March 9, 2013

milestone 1.0

Hazaddeen dan Mabadi'ul Islam mengajar saya untuk hidup lebih tenang ,
dua kutayb kecil yang memberi mata-helikopter , maksud sebenar hidup
dari menggosok gigi hingga jihad qital
hari ini saya merasai nikmatnya membuat rutin itu

saya budak masih mentah dan sedang banyak belajar
mengejar sempurna

nikmat sebenar belajar feqah dan usulnya
nikmat sebenar menguruskan persatuan , underground dan upperground
nikmat sebenar sabar , serius , tegas

maaf masa laluku yang tenat
maaf manusia di sekelilingku
saya budak masih mentah dan akan terus belajar

sekian status kehidupan bertarikh 9 Mac 2013

Monday, January 7, 2013

Agar Palestin tidak menjadi Andalus yang seterusnya

baidewey , saya sekarang ada keminatan yang baru . iaitulah menterjemah teks arab 
artikel ni saya jumpa di islamstrory.com , oleh Dr Ragheb Sarjani founder web sendiri

nah , sila nikmati

Terjemahan artikel Dr Ragheb Sarjani Al-Mu'arrikh Al-Islamiy
founder Islamstory.com


satu persoalan yg penting tentang sejarah Islam Andalus : mengapa Islam hilang secara total dari negeri Andalus ?

negeri Andalus (Sepanyol dan Portugal) adalah antara negera paling sedikit bilangan Muslim . sekitar 100,000 orang sahaja , lebih sedikit dari jumlah Muslim di sebuah bandar di Amerika

di Dallas , Amerika jumlah Muslim di sana mencecah 100,000 Muslim sedangkan ia tidak pernah diperintah oleh Islam berbanding Andalus yang pernah diperintah 8 kurun oleh Islam . satu logik yang sangat pelik dan sukar diterima

dari sinilah timbul persoalan : mengapa Islam di Andalus hilang dengan total ? berbeza dengan negara Islam yang lain yang juga berada di bawah kuasa imperialis salib . contohnya negara negara Jaza'ir yang dijajah 130 tahun , Mesir selama 70 tahun , Palestin selama 200 tahun ketika penjajahan tentera Salib dan negara negara Islam yang lain . meskipun begitu , tidak hilang Muslim dan masih kekal sehingga hari ini

untuk menjawab persoalan ini , pertama sekali kita perlu lihat apa yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis Sepanyol di Andalus . sesungguhnya apa yang dilakukan mereka ialah 'penjajahan' dan 'penukaran' , mereka masuk ke Andalus dan membunuh semua Muslim yang ada ketika perang dan menghalau mereka keluar dari Andalus . kemudian membawa masuk bangsa Nasrani dari pelbagai negara menggantikan Muslimin yang telah meninggalkan Andalus. oleh sebab itu maka hilang Muslim dari Andalus 

maka mereka telah memerintah dan menetap di Andalus , berbeza dengan apa yang berlaku di negara Islam yang lain yang juga dijajah . penjajahan yang berlaku di negara Islam selain Andalus , adalah perang menghadapi tentera bukan penduduknya . maka hasil dari penjajahan itu adalah hilangnya tentera yang menjaga negara

maka telah jelas melalui analisa analisa tadi , bahawa apa yang telah berlaku di Andalus tidak berlaku pada mana mana negara Islam baik pada sejarah yang lalu mahupun hari ini melainkan pada sebuah negara , iaitu Palestin !!

AGAR PALESTIN TIDAK MENJADI ANDALUS YANG SETERUSNYA

sesungguhnya apa yang berlaku di Palestin adalah sebuah perancangan membina Andalus yang seterusnya , melalui apa yang dilakukan oleh Yahudi dengan membawa bangsa mereka ke tanah Palestin dan terus menerus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin kemudian menghalau mereka keluar dari tanah mereka tanpa jaminan untuk kembali . semua itu bertujuan merampas tanah Palestin oleh Yahudi 

hari ini kita telah melupakan peristiwa ini , kita telah melupakan bahawa Palestin adalah milik kita dan kita berasal darinya . demi Allah aku takuti hakikat ini ! aku takut kita akan lupa akan Palestin seperti kita pernah melupai Andalus , Muslimin telah meninggalkannya dan berhijrah ke negara negara yang lain sehinggalah berlalu 500 tahun kejatuhannya . siapa yang benar benar terfikir untuk membebaskannya kembali ? mengembalikannya kepada Islam ?

dan isu Palestin ini adalah isu besar menyerupai peristiwa Andalus , lihatlah penjanjian damai 1992 antara Yahudi dan bangsa Palestin , dan lihatlah mana mana perjanjian pembebasan di seluruh sejarah bangsa , perjanjian itu dibuat di salah satu bandar Andalus , Madrid !! Negosiasi perdamaian ini dilakukan manifestasi kepada kejatuhan Andalus ! 

selepas perjanjian ini telah diadakan satu sambutan . jalan jalan di Madrid dipenuhi dengan perayaan , festival menyambut kekalahan Muslimin dan kemenangan tentera Salib di Andalus selepas 500 tahun . seakan akan mereka menyatakan : inilah dia , tarikh Andalus sedang berulang di Palestin . tiada lagi penentangan jihad , tiada lagi perang , tiada lagi perdebatan , perbincangan , Andalus yang baru akan terbina !

BELAJARLAH DARI SEJARAH

maka maklumlah , bahawa sejarah Andalus bukanlah sejarah khusus untuk bangsa Andalus . dan ia bukanlah sejarah untuk masa yang lalu untuk diingati dan hanya dipelajari dalam silibus . sesungguhnya ia terjadi sebagai pengajaran dan ibrah , seperti yang dinyatakan dalam surah Al a'araf : 176

" ceritakanlah kisah itu kepada mereka supaya mereka berfikir "

juga dalam suruh yusuf : 111

" sesungguhnya pada kisah mereka itu pengajaran untuk ulul albab "

maka tanggungjawab yang perlu kita lakukan sekarang adalah , perhatikan sejarah Andalus dengan kaca mata Palestin , Iraq , Afghanistan , Syishan , Kosovo , Kasymir dan lain lain . dan perhatikanlah apa peranan kita agar Palestin tidak menjadi Andalus yang seterusnya

juga , amanatlah apa peranan kita dalam kehidupan . lakukanlah peranan itu dengan baik , dengan terbaik ! inilah yang telah mengubah dan akan mengubah sejarah seperti yang telah digambarkan dalam sejarah Andalus , dan sejarah tamadun Islam amnya

dan ketahulah bahawa setiap dari kta adalah benteng yang penting untuk Islam . maka kuatkanlah dirimu , binalah masyarakatmu dan janganlah memberi Islam sesuatu yang buruk yang akan mencacatkan keagungan Islam yang telah dijanjkan

Annur : 55

" Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh untuk dijadikan khalifah di bumi seperti mana Allah menjadikan khalifah orang orang sebelum kamu .. "

Amanat Saya

seseorang minta saya komen isu terkini membadai Irbid

pertembungan idea adalah seperkara yang wajibun berlaku , tetapi pertembungan idea yang disertai dengan pertembungan emosi itu adalah di luar billati hiya ahsan ya akhna . kita jarang mendatangkan kasih sayang dalam pertembungan .

hasilnya maka bergaduhlah warga PERMAI , dan warga PRISMA , PERMATA dan PPMA bertepuk tangan *tiba tiba*

saya setuju dengan analisis Mahmud Syakeer Al Masriy dalam At Tarikh Al Islamiy dalam jilid yang ke 9 di bawah sub topik dakwah ,

" .. Sahabat Muhammad s.a.w , sudah pasti adalah generasi yang paling memahami manhaj taghyir . mereka tidak banyak berdebat , tiada mu'tamar besar besarab , tanpa berbincang panjang dan tanpa berfalsafah . berbeza dengan generasi hari ini (baca : kita) yang banyak berdebat , banyak berbincang , terlalu banyak berfalsafah dan meja bulat membincangkan idea perubahan (taghyir) . lebih banyak dari apa yang dilakukan oleh Sahabat r.anhum . tetapi kita tidak mendapatkan apa apa hasil pun dari perdebatan dan idea yang banyak itu , tidak lain itu semua hanyalah di awangan dan akhirnya gagal dipersembahkan dalam gelanggang praktikal .. "

simple je manhaj taghyir ni

حتى يغيروا ما بانفسكم
sehingga kita mengubah diri kita sendiri

kemudian ? bagaimana dengan sistem ? politik ? ekonomi ? adakah kita mengabaikan tuntutan tuntutan yang lain tu ?

tidak akheey , Allah dah janji pada ayat yang sama sebelum ayat di atas

ان الله لا يغيروا ما بقوم
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu

bukan bermakna Allah tidak mampu ubah , Sayed Qutb telah menerangkan di dalam Hazaddeen dengan padat

" .. memahami bagaimana modus operandi kehidupan ini , iaitu bahawa Allah ingin bumi ini berubah dengan tangan tangan manusia dengan dipandu oleh firman dari Nya .. "

berbalik kepada ayat tadi ,

bahawa Allah s.w.t akan ubah semua tu , Allah akan uruskan siapa yang akan jadi PM , pengurusan ekonomi , perhubungan luar negara , politik . jangan risau , Allah akan sempurnakan al-'amr ini seperti yang dijelaskan nabi s.a.w kepada khabbab r.a

eh , ok kalau anda tidak memahami entry ini
jangan risau tak perlu faham pun kes apa yang berlaku
tak perlu korek habis habisan pun
tak perlu tahu apa itu PERMAI , PRISMA , PERMATA , PPMA

yang kita perlu tahu sekarang adalah
" sungguh ! Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan setelah mereka mengubah diri mereka sendiri "

ok bai