Monday, May 26, 2014

Dr Muhyi Hamed : Tarbiyah ke Arah Kebangkitan 2/4

Asas Asas Jamaah

Setiap Jamaah yang digerakkan harus punyai asas asas yang membantunya untuk terus tergerak dengan binaan yang sejahtera dan sahih , supaya ia tidak hancur dan terbantut dan agar ia mampu menghadapi pelbagai situasi , bahaya dan badai dakwah yang berbahaya

Oleh itu , Jamaah Islamiyah terdiri daripada asas asas Islam yang asli , ia berasal daripada jamaah yang terawal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w . ia berpandukan kepada kriteria ibadah dan aqidah yang sahih . dari sinilah terbentuknya asas asas untuk membangun Jamaah Ikhwan Muslimin merangkumi pembinaan peribadi dengan fokus aqidah , akhlak dan suluk . juga merangkumi pembinaan organisasi dengan ikatannya yang asas iaitu ukhuwah , thiqah dan taat

Pertama : Pembinaan Peribadi

Ini adalah asas pembinaan yang terpenting dalam polisi jamaah , kerana ia fokus pada sisi aqidah , akhlak dan suluk . Jika hilang pembinaan ini dari jamaah , maka tidaklah dikira ia sebagai jamaah . binaan ini terbahagi kepada dua bahagian ;


1. Pembinaan Aqidah dan Kepercayaan

Ia adalah perkara terpenting dalam sebuah Pembinaan Jamaah . Dengan Iman , ia membenarkan dengan hati terhadap Allah dan Rasulnya , tanpa sebarang syak dan keraguan . Ia menghadirkan ketenangan yang ampuh , keyakinan yang tidak mampu diganggu gugat dan tidak akan berubah . Inilah yang telah membuahkan jihad dengan harta dan jiwa pada jalan Allah .

Firman Allah “Orang orang mu’min yang beriman dengan Allah dan Rasulnya kemudian tiada ragu ragu dan lantas berjihad dengan hartanya dan jiwanya pada jalan Allah , mereka inilah orang orang yang benar”

Hakikatnya aqidahlah yang mengesani dan menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan jamaah ini khususnya
antara kepentingannya ;

- memudahkan kita untuk berprinsip dengan sesuatu yang thabit , agar kita tidak ragu ragu atas setiap tindakan , dan tidak kucar kacir perancangan

- ketika jamaah menghadapi masa gentingnya , ujian dan kesukaran , aqidah dan keyakinan inilah yang akan menyelamatkannya kerana ia terhubung dengan Allah yang tidak lemah dan mereka sentiasa tenang dan gagah

- aqidah adalah asas pada setiap perkataan dan amal , setiap tindakan yang dibuat tanpa asas aqidah maka ia akan cenderung dan terdedah kepada kegagalan dan kehancuran . Firman Allah “Apakah mereka yang membina binaan atas dasar taqwa terhadap Allah dan redhanya lebih baik , ataupun mereka yang membina binaan di atas tepi jurang yang runtuh maka ia turut runtuh dan jatuh ke neraka jahannam . Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang zalim ” at Taubah : 109

- hidup dalam ketenangan urusan dan jiwa , hati yang redha , keluasan hati yang membahagiakan kerana dia hidup di bawah penjagaan Allah

- membentuk dan membimbing rijal pada setiap masa dan peristiwa , mereka mempertahankan kemuliaan mereka dan keislaman mereka mereka membenarkan kepercayaan ini di dalam hati hati mereka dan berjihad di jalan Allah dan tidak pernah gentar kepada sesiapa

- ia adalah sebuah manifestasi jiwa yang sejahtera , akhlak yang mulia . Rasul s.a.w bersabda “wahai sekalian manusia , katakanlah Laa ilaaha Illa Allah maka kamu akan berjaya”

2. Pembinaan Akhlak dan Suluk

Akhlak ialah manifestasi makna dan sifat yang membekas di dalam sebuah jiwa , ia memperbaik tindakan sesorang insan ataupun sebaliknya memperburuk . Akhlak dan suluk adalah dua kriteria penting dalam membina individu dan jamaah , ia mendapat perhatian khusus dalam Islam , ia berperanan mengislah pimpinan dan masyarakat

Keselarasan antara aqidah dan suluk , dan antara perkataan dan perbuatan adalah asas kekuatan setiap jamaah dan sebuah nilai qudwah . jika perkataan seseorang berlawanan dengan tindakannya , masyarakat akan syak dan menghukum dirinya dan dakwah yang dikendongnya . hilangnya kemegahan manhajnya dan keberkesanannya . amalnya tidak terhubung dengan hati , ia adalah sia sia dan langsung tidak membawa kepada sebarang islah , atau tarbiyah atau kebangkitan

Akhlak adalah asas kepada tarbiyah individu mahupun jamaah , perlembagaan asas masyarakat dan negara . ia adalah asas yang wajib diterapkan ke atas seorang individu muslim sehinggalah dia menjadi batu bata yang terbaik untu menyempurnakan projek binaan islami yang besar . sepertimana sahabat r.anhum yang ditarbiyah oleh Muhammad s.a.w , mereka terbina oleh tarbiyah yang menghasilkan muslim yang sejahtera , ia seharusnya menjadi rujukan oleh setiap jamaah muslimah untuk dipraktikkan . antara asasnya adalah ; syura , jauhi permusuhan , menumpaskan kezaliman , tidak mengangkat senjata , sabar , memelihara diri , membumikan keadilan , ihsan , menyelamatkan masyarakat dari maksiat dan kezaliman serta setia kepada perjanjian dan persetujuan

dari sini , kita dapati kepentingan unsur akhlak sebagai asas Islam , asas kepada pembinaan sebuah jamaah dan pembangunannya . ia adalah keperluan asas sebuah tarbiyah yang sebenar , Islam senantiasa berusaha mendirikannya dan meralisasikannya dalam setiap tindak tanduk seorang mu’min

” Allah memerintahkan keadilan dan ihsan dan memberikan haq kepada kerabat , menghalang dari perbuatan keji , kemungkaran dan permusuhan . Dia mengingatkatmu agar kamu beringat . setialah dengan janji Allah setelah kamu berjanji dan janganlah melanggar sumpah setelah engkau berikrar sedang engkau telah menjadikan Allah sebagai saksi (perjanjian) . sungguh Allah mengetahui apa yang kamu lakukan ” an Nahl : 90-91

Inilah dia asas kepada Akhlak , inilah yang dimaksudkan sebagai pembinaan akhlak dan suluk yang perlu diterapkan oleh setiap jamaah . Sebuah jamaah tidak akan berjaya terbina kecuali selepas memberikan sepenuh perhatian kepada aspek pembinaan akhlak seperti yang disebutkan

Kedua : Pembinaan Organisasi

Ia bermaksud penggabungan yang mengikat ahli ahli di dalam sebuah jamaah , pimpinannya dan tentera tenteranya seterusnya menentukan strategi amal dan memelihara perundangan jamaah daripada rosak dan musnah , menjaga kekuatannya dan keampuhannya . antaranya ciri ciri pembinaan organisasi adalah ;

1. ukhuwah

ia adalah anugerah rabbaniyah yang Allah beri kepada orang yang ikhlas dalam kalangan hamba Nya , firman Allah ” Dialah yang telah menuntunkan padamu dan orang orang mu’min kemenangan , Dialah yang menyatukan hati hatimu , jika engkau menginfaqkan seluruh yang ada di dunia maka tidaklah akan terikat hati hatimu tetapi Allahlah yang telah mengikatnya ” al Anfaal : 63

Imam al Banna telah menyebut ” aku inginkan ukhuwah ini menghubungkan hati hati dan ruh , dengan ikatan aqidah . aqidah adalah ikatan yang terkuat dan termahal , ukhuwah sinonim dengan iman sebaliknya perpecahan adalah sinonim kepada kufur . kekuatan yang utama ; adalah kekuatan kesatuan , tiada kesatuan tanpa cinta . selemah lemah cinta ; adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah ithar . Firman Allah s.w.t “mereka mengutamakan (muhajirin) sebelum diri mereka walaupun mereka sendiri memerlukannya , siapa yang memelihara dirinya dari kekikiran merekalah orang yang berjaya” al Hasyr : 9

al Akh yang sodiq melihatkan akhnya lebih utama dari dirinya sendiri . kerana , jika dia tidak bersama mereka , maka dia tidak akan bersama selain dari mereka . dan mereka , dika tidak bersama dengannya maka mereka bersama dengan yang lain . serigala akan memakan biri biri yang bersendirian , mu’min dan mu’min yang lain seperti sebuah bangunan ia saling melengkapi

” orang mu’min lelaki dan perempuan , mereka menjadi pelindung antara satu sama lain ” at Taubah : 71

Ukhuwah melahirkan sebuah kekuatan iman , ia adalah emosi yang ikhlas , kecintaan dan kehormatan , saling mempercayai bersama semua yang terikat dengan aqidah tauhid dan manhaj Islam yang mulia . firman Allah s.w.t “sesungguh mu’min itu bersaudara, perbaiklah di antara saudaramu dan bertakwalah agar kamu beroleh rahmatNya” al Hujurat : 10

Kemanisan Iman tidak mungkin dirasai , kecuali mereka yang telah menikmati ukhuwah ini . Rasul s.a.w bersabda , “barangsiapa memiliki tiga keadaan ini dia akan merasai kemanisan iman ; Allah dan Rasul Nya paling dicintai mengatasi yang lain , mencintai seseorang kerana Allah , benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dicampak ke neraka”

itulah juga yang digambarkan Imam al Banna kepada Ikhwan dalam risalah Semalam dan Hari Ini “cintailah antaramu , peliharalah dengan teliti ikatan antaramu, ia adalah rahsia kekuatanmu, panji kejayaanmu, tetaplah sedemikian sehingga Allah menetapkan untuk kejayaan al Haq , Allah sebaik baik pemberi kejayaan”

2. Thiqah

Ia berupa sebuah perasaan yang sangat mendalam dalam setiap insan , ia manifestasi keimanan kepada fikrah dengan sebenar benar iman tanpa keraguan , amal tanpa sebarang syak , ke arah matlamat dan misi tanpa putus asas dan lemah semangat . ia adalah sebuah ketenangan total tentera tentera terhadap pimpinan pada operasinya , ia menghadirkan cinta , kepatuhan , kehormatan dan taat . kepimpinan adalah sebahagian daripada dakwah , tiada dakwah tanpa pimpinan . kebersamaan thiqah antara qiyadah (pimpinan) dan junud (tentera) ini telah mengukuhkan organisasi jamaah , dan melaksana strateginya , dan keberjayaannya untuk mencapai misinya , menewaskan sebuah yang menghalang dan cuba menentangnya

tidak syak lagi antara teknik yang paling berjaya digunakan musuh dakwah adalah memusnahkannya (jamaah) dari dalam ; sehinggalah ia berpecah belah dan bercerai berai . yang dimaksudkan di sini adalah hilangnya thiqah antara qiyadah dan junud . junud jika hilang thiqah pada qiyadah , maka hilanglah sebuah taat . maka tiadalah jamaah tanpa taat , oleh itu para qiyadah perlulah terdiri dari yang paling kuat , paling bertaqwa paling alim dan paling fasih . inilah tuntutan yang sukar , amat perlu sebuah sinergi antara qiyadah dan junud

thiqah pada qiyadah adalah faktor utama kejayaan dakwah . renunglah ke dalam diri dan tanyakan persoalan persoalan , hitunglah kadar thiqah anda terhadap qiyadah ;

adakah dia sanggup menyampingkan pendapatnya dan mempersetujui pendapat jamaah serta mengiktiraf ia lebih benar ketika bertentangan pada masalah ijtihadiyah ?

adakah dia bersedia untuk menyerahkan kepada dakwah untuk menentukan keputusan keputusan dalam hidupnya ? mampukah dia berpuashati dengan pertimbangan jamaah terhadap kaedah maslahah ammah dan maslahah khassah ?

persoalan persoalan ini mampu dirungkaikan dengan syarat menghubungkan hatinya dengan pimpinan dan tenang dengannya , thiqah . cukuplah Allah menguruskan hati hati ini sebagaimana yang Dia mahu . oleh itu , perlulah diperhatikan secara khusus beberapa perkara ;

i. thiqah adalah petanda ikatan ruh dan emosi

ii. jika thiqah hilang maka tiadalah taat , tiadalah pimpinan tanpa ketaatan dan tiada jamaah tanpanya

iii. musuh musuh dakwah sentiasa berusaha menanam syak wasangka dan menghilangkan thiqah dalam kalangan ahli sebuah saff jamaah . maka jamaah akan lemah untuk merealisasi misinya , lemah dan tewaslah jamaah dalam perancangannya

3. Taat

Imam al Banna telah menjelaskannya dengan menyatakan , ” aku mahukan taat dengan maksud melaksanakan arahan pada segenap situasi , susah , senang , suka atau benci ” oleh itu beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ;

Jamaah yang berobjektifkan amal yang besar tidak mampu menjayakan misi tersebut jika qiyadah tidak diberikan haq taat selagimana ia tidak menuju ke arah maksiat . jika sebuah syura telah ditetapkan , adalah dilarang kepada mana mana ahli syura yang tidak sependapat dengan hasil syura untuk menceritakan pendapatnya dalam saff . walaupun jika terbukti selepas percubaan bahawa pandangannya adalah yang paling benar , kerana berhimpunan sebuah saff pada kebenaran lebih baik daripada berpecahnya saff pada yang lebih benar

inilah dia asas binaan yang perlu dipelihara oleh jamaah yang mulia ini dengan izin Allah dan pemeliharaan Nya ke atas dakwah ini pada setiap mehnah dan ujian yang getir yang dilalui oleh jamaah sepanjang zaman

” dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut yang bertaqwa . Merea tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa di jalan Allah , tidak patah semangat dan tidak pula menyerah . dan Allah mencintai orang yang sabar . dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa ; Ya Tuhan kami , ampunilah dosa dosa kami , tindakan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami , dan bantulah kami menghadapi kaum kufar . Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat , dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan ” ali Imraan : 146-148

Dr Muhyi Hamed : Tarbiyah ke Arah Kebangkitan 1/4

Barangsiapa yang memerhati situasi semasa di antara kita dan musuh kita , dia akan mendapati dengan jelas jurang kegagalan kita Muslimin di hadapan musuh kita pada medan politik

kita tidak memiliki walaupun sebuah kawasan di negara negara yang kita gelar Islami untuk kita uruskan ia dengan baik dan tenang dengan urus tadbir politik yang bebas (politik Islam) . Peperangan demi peperangan di medan ini berakhir apabila satu pihak telah menewaskan pihak yang lain , tetapi musuh kita tidak akan berpuas hati dengan kemenangannya dari sudut politik
Jika kita perhatikan sekali lagi dengan teliti , kita akan dapati sebuah lagi medan perang iaitu medan ekonomi . kita akan dapati bahawa sebahagian besar harta Arab dan ummah dilaburkan dalam syarikat dan bank musuh kita , ulama’ Islam kita pula walaupun dengan kehebatannya , mereka masih tidak memiliki sebuah kekuatan untuk menentukan satu polisi ekonomi (Islam)

Walaubagaimanapun , musuh kita tidak akan puas dengan tunduknya kita di bawah sistem eonomi dan politik . sedangkan tabiat sebuah medan perang itu , ia berakhir dengan tunduknya satu piha terhadap satu pihak yang lain secara ekonominya

tetapi sekali lagi , peperangan antara kita dan musuh kita tida akan tamat dengan ketundukan yang disebutan tadi . perang ini terus berjalan
Kita bawa lagi satu contoh , iaitu medan sains dan teknologi di samping kekuatan ketenteraan .

Logiknya, selepas kesemua kemenangan ini (kemenangan musuh ke atas Islam) , musuh Islam sepatutnya tidak perlu lagi ambil kisah dengan kehadiran kita dan tidak perlu takut dengan kita . kerana mereka telah menjuari kesemua peperangan pelbagai medan yang disebutkan tadi

Tetapi mereka terus terusan melakukan hentaman demi hentaman , kerana merea tahu kita masih ada sebuah kekuatan yang rahsia pada medan yang mereka tidak pernah berjaya menewaskannya sepanjang zaman . mereka sentiasa takut terhadap kekuatan Islam pada masa hadapan , mereka takut dengan sebenar benar takut kerana mereka tahu mereka tidak menguasai dan menjuarai medan peperangan yang utama , mereka tidak punya kekuatan untuk hadapi pertempuran dalam medan yang sebenar , maka apakah medan ini ?

Medan pertempuran ini dinamakan ; Medan Tarbiyah dan Takwin

Musuh kita telah mengetahui bilamana mereka cuba mempalingkan masyarakat kita daripada manhaj Islami yang mulia , dengan menukarkannya kepada manhaj Komunis , Demokrasi , Sekular , Kapitalis dan Sosialis . Para Muslimin tidak terkesan dengan semua itu bahkan kembali kepada Islam dan dakwah . Para musuh telah melihat semua ini dan mengatakan bahawa pembinaan seorang Muslim ini seperti sebuah takungan air , ia dikira baik kerana adalah takungan air Islami , musuh kita akan cuba sedayanya untuk mengosongkan takungan ini dari ke Islamannya , dan menggantikannya dengan yang lain . tahun demi tahun berlalu , dan takungan ini terus terisis dengan acuan Islam . oleh itu , para musuh tidak kisah asalkan takungan ini diisi dengan selain daripada Islam sehinggalah Islam itu rosak dan tidak mampu menampung sebuah kekuatan Islam . mereka mahu merosakkan operasi takungan ini sehingga apabila dituangkan padanya Islam , mereka (masyarakat Islam) tidak akan menerimanya

oleh itu kita telah faham bahawa medan pertempuran kita yang utama di antara kita dan musuh kita adalah medan Takwin ! Tarbiyah !

Tarbiyah merupakan sebuah operasi asasi dalam amal kita , ia adalah sebuah operasi tanpa sebarang kompromi dan tidak boleh ditukar ganti . Kita sentiasa mengharapkan agar menjadi salah seorang jundullah , pemegang panji dakwah Nya . oleh itu kita berdiri bersetentang menghadapi ahli ahli kebatilan dan musuh musuh Islam , penyertaan kita ke dalam perang ini telah membuatkan kita jelas pada fikrahnya , medan ini punyai medan yang luas dan pelbagai . kerana itu musuh kita bersenjataan ilmu pengetahuan dan maklumat , berbanding persenjataan dan kekuatan militer , mereka juga biasa menggunakan tipudaya dan muslihat . kita tidak akan berundur dan adalah penting untuk kita faham dengan jelas ciri ciri medan ini antara kita dan musuh kita , menganalisis latar medan utama dan sampingan mereka , ambil tahu pendirian asas dan sampingan mereka , kemudian kita tidak sesekali membenarkan mereka mendahului kita dan senantiasa kita menumpukan seluruh kekuatan pada pertempuran sehinggalah mencapai kemenangan pada medannya yang utama

Imam Hasan al Banna menyebut , ” sesungguhnya , ummah yang melalui peristiwa sebagaimana yang kita lalui , dan bangkit untuk sebuah agenda sebagaimana agenda kita , dan menghadapi tanggungjawab seperti yang kita hadapi .. tidaklah patut baginya untuk berasa selesa dengan ketenangan ataupun sibuk berangan angan panjang , sepatutnya mereka perlu menyediakan diri mereka untuk pertarungan yang panjang dan ganas antara al haq dan al batil , di antara an nafi’ (manfaat) dan ad dhor (mudharat) , dan di antara pemilik al haq dan perampasnya , di antara yang ikhlas yang menang dan pendakwa yang gagal , mereka perlu mengetahui bahawa jihad adalah sebuah kesungguhan dan kesungguhan itu adalah keletihan dan usaha , jihad itu tidak serentak dengan rehat .. ” dari risalah Adakah Kita Kaum yang Bekerja

Imam Hasan al Banna juga sangat menekankan tarbiyah dengan menggelar ia sebagai kerja kerja ar rijaal , beliau menyebut ” persiapkanlah dirimu dan laksanakanlah tarbiyah sohihah dan pemilihan yang teliti , ujilah ia dengan amal ” dari risalah Mu’tamar Ke-lima

Beliau juga menekankan tentang kepentingan menentukan wasilah dan uslub yang selaras dengan subjek dakwah dan suluknya , ia perlu harmoni dengan mustajiddaat (perkara perkara baru) yang wujud di sekelilingnya selagi ia tidak lari dari objektif dan misi , beliau menyebut “sesungguhnya di setiap zaman itu ada caranya yang tersendiri dalam penulisan , sesuai dengan uslub ahlinya , kefahamannya , tatacara didikannya , haruslah pembaharuan ini mengikut permodenan laras akal manusia dan perubahan kaedah menganalisis dan berfikir mereka “

‘Faham dan menambah pengetahuan’ dan ‘tarbiyah dan mengubah akhlak dan realiti’ adalah dua frasa berbeza yang perlu kepada penjelasan
Tarbiyah menuntut masa yang panjang , gerakan yang menyeluruh , persediaan amali dan praktikal yang sangat memenatkan . Tarbiyah dimulai dengan ta’rif dan berakhir dengan tanfiz . Imam al Banna telah menyebut tentang ini ,

Marhalah dakwah ini terbahagi kepada tiga ;

Pertama : at Ta’rif

Menyebarkan fikrah umum kepada masyarakat dan pengurusan dakwah pada zaman ini , pengurusan perbadanan persatuan yang terurus dan kepentingan amal untuk kemaslahatan awam . wasilahnya , adalah ; menyedarkan , membimbing , membangunan projek projek bermanfaat dan sebagainya

Kedua : at Takwin

Membina sebuah sosok yang punyai ciri ciri yang terbaik untuk menanggung sebuah beban dakwah , seterusnya menggabungkannya dengan yang lain , memilih peribadi peribadi yang terbai , mempersiapkan mereka dengan pelbagai keperluan dan mengukuhkan saff . pengurusan dakwah pada ketika ini berbentuk sufi pada ruhnya dan askari pada amalnya . Syi’ar kedua dua yang disebutkan adalah arahan dan taat tanpa sebarang keraguan dan mengundur diri , tiada syak dan ketakutan . Dakwah pada peringkat ini tidak terhubung kecuali dengan persediaan yang ampuh untuk menampung beban dakwah dalam tempoh yang lama dan meletihkan (taat yang total)

Imam al Banna menyebut ” Wahai Ikhwan , sungguh kamu berperanan mentakwin maka janganlah kamu abaikan sebaik baik persediaan dan siaga yang sempurna . bergeraklah 90% daripada waktumu untuk takwin ini , agihkan baki 10% untuk urusan yang lain sehinggalah gagah dayamu dan sempurna persiapanmu serta lengkap kehebatanmu . Setelah itu , Allah akan merealisasikan al haq di tengah tengah kaummu dan Dia adalah sebaik baik perealisasi “

” Sesungguhnya , peperangan kita adalah peperangan tarbawiyah”

” amal terhadap diri kita adalah kewajiban kita yang terutama , maka berjihadlah ke atas dirimu “

Sesungguhnya kesedaran ruhiyah yang merupakan kesan dari marhalah ta’rif perlulah tidak dibiarkan lenyap dan hilang . wajib untuk dibimbing dan dicantikkan jauh ke dalam jiwanya supaya ia bergerak untuk islah dan perubahan . Kemudian , membentuk individu yang menerima dakwah selepas marhalah ta’rif ini , dengan asas dakwah dan acuan bahan bahannya , fikrahnya , silibus pendidikannya sehinggalah menjadi ahli yang layak untuk melakukan tanfiz ke atasnya

Kesimpulan kepada frasa takwin adalah melahirkan insan rabbani yang memilih Khaliq berbanding Makhluk , Akhirat berbanding Dunia , tarikan Agama berbanding tarikan al Hawa

Ketiga : Tanfiz

Ia adalah peringkat ketiga dalam kitaran amal pada dakwah Ikhwan , Imam al Banna telah menetapkan tabiat dakwah pada marhalah ini dengan kata katanya ” dakwah pada marhalah ini adalah jihad tanpa kompromi , amal yang berterusan menuju ke arah misi dan ghayah , ujian demi ujian , tidak akan dapat menempuhnya kecuali orang yang benar , dan tidaklah akan mencapai kejayaan kecuali dengan sebenar benar taat “

Tanfiz memberi maksud , seluruh kesungguhan yang dikerah untuk kemampanan dakwah Islamiyah , ia berupa setiap gerakan harian yang berorientasikan jihad untuk meralisasi misi sesebuah marhalah . maka termasuklah di bawah makna tanfiz , setiap amal jihad harian dan setiap persiapan untuk membangun daulah Islamiyah , oleh itu projek yang kita maksudkan ini adalah sinonim dengan tujuan hidup kita




” Wahai orang yang beriman , rukuklah dan sujudlah dan beribadahlah kepada tuhanmu dan berbuatlah kebaikan agar kamu berjaya . dan berjihadlah kepada Nya dengan sebaik baik jihad , Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan agama ini kesukaran bagimu , jalur moyangmu Ibrahim (a.s) Dia telah menamakanmu muslimin sebelumnya , supaya Rasul (utusan) itu menjadi saksi keatasmu dan kamu menjadi saksi ke atas manusia . dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat , dan berlindunglah dengan Allah , Dialah penolongmu Dia sebaik baik penolong dan pembantu ” al Hajj : 77-78

#BUKWIT : of capitalist, socialist

I

Plato dan Aristotle yang hidup di zaman pra-Islam, saya kira sebagai antara sosok terbesar yang mencadangkan teori kehidupan untuk manusia. Manusia sepanjang tempoh itu berusaha mencipta tujuan hidup dengan tangan mereka sendiri, menjadi tuhan kepada diri sendiri. 

Mereka cuba mencipta kerevelanan eksistensi mereka di muka bumi ini dengan mengasaskan fikrah kepada dua istilah rumit, yang kita temui hari ini.

Kapitalis, dan sosialis

II

Eropah mencatatkan kelahiran sekularisme sebagai entiti sulung yang dilaungkan di sana, ketika itu gereja sudah tidak mendapat tempat di hati para penganut agama. Surat pengampunan, sains ketuhanan sudah tidak laku di pasaran keimanan. Akhirnya, pengasingan total agama dan kehidupan menjadi produk paling laku. 

Selepas itu muncul liberal, agar manusia menjadi bebas atas kehendaknya. Adam Smith memperkemaskan idea ini dengan mengulas lanjut karya Aristotle, Kapitalisme ditawarkan dengan idea meletakkan keputusan dan hak ke atas individu untuk mengaut keuntungan. 

Karl Marx melalui Das Capital memulakan idea Sosialisme, Lenin menghargainya dengan mengasaskan pula gerakan Komunisme. lahir idea Utopia oleh Thomas More di wilayah Andalus. selepas itu Fasisme, Nazisme dan pelbagai lagi isme isme yang bernaung di bawah naungan sosialisme. Ideanya adalah pemusatan kerja, ekonomi dan kesamaratan hak. 

Tampak futuristik walaupun akhirnya mendapat tentangan hebat dari A.Hayek melalui Road to Serfdom kemudian kritikan dalam artikel Intelectuals and Socialism. Kedua blok tangan ghaib ini tidak kunjung aman, kedua dua kem sering berbalas pantun perang, hampir mustahil berjabat tangan dan bercipiki cipika.

walaupun ia bermuara sama, wang. Yang mereka pilih sebagai tuhan-ganti kepada tuhan Yesus yang dinyahkan lewat perkenalan kita dengan Sekularisme.

III

Hari ini, penganut kapitalisme dan sosialisme tampaknya sudah tiada dalam selera negara kebanyakan. Ia popular sebagai amalan pada beberapa lokaliti utama seperti blok Amerika-Eropah dan China-Russia. ohya, mungkin kerana kewujudan Kapitalisme khususnya tidak bertempat. berbeza Sosialisme yang berkiblatkan kerajaan.

Obama mencari ATM baharu di Asia selepas Timur Tengah sudah dilanyaknya. Jualan Dolar, senjata dan minyak sudah hampir tidak laku atas banyak asbab. 

China dan Russia pula mengorak langkah berani, keduanya membawa imej Sosialisme totok menentang seteru besar Kapitalisme yang mencuba nasib di Asia. Panda dan TPPA adalah gula gula pertarungan ini mungkin.

IV

Tidak, ia tidak serabut

Saya cuba positif menghadam isme isme di atas, ia adalah permainan bahasa yang punya hulu tanpa hilir. mujaddid mereka senantiasa cuba berfalsafah untuk menghuraikan idea idea atas angin.

The Prince, Das Capital, The Republic, Methaphisics dan pelbagai lagi karya moden millah ini. 

semoga buatku pahala, untuk memahami mereka, sebagai alat dakwah yang baik untuk zaman.




V

Islam berada di tengah antara persengketaan ini.


Mengangkat wang dan kuasa sebagai tuhan, adalah refleksi kepada fitrah seorang manusia yang ingin bertuhan. manusia perlu mengorientasi kehendaknya, ada tujuan tertinggi kehidupan. Abaikan kezaliman Gereja yang menjadi asbab penolakan barat terhadap konsep tuhan, fokuskan pada kesan hidup tanpa risalah.

dan Islam, muncul dalam kecamukan ini

dengan membawa mesej ilahi, perutusan dari langit untuk bumi. Kerana manusia terlalu lemah untuk menentukan tujuan hidupnya, tatacara kehidupan, pengurusan sosial dan tata negara. 

risalah yang syumul ini hadir dengan memandu manusia menuju tuhan, mengajar mereka agar bertuhankan Allah s.w.t. Dialah pemilik segala kemahuan dan kepunyaan. 

dalam syari'at kita temui, 

di antara perlumbaan kekayaan Kapitalisme dan utopia kesamarataan Sosialisme, ada Baitulmal dan ibadat zakat yang menyeimbangi keduanya.

Indahnya hidup bersyari'at

VI

Dan kita menjadi tahu, bahawa menumbangkan Kapitalisme dan Sosialisme perlu dilakukan dengan kuasa. 

dan bahawasanya, kuasa hadir selepas kita menekuni zaman Makkah yang dikayai dengan episod pembangunan iman yang sejahtera. 

masih ingin abaikan Tarbiyah ?


#BUKWIT : of Mali

I

Mendalami isu Mali membawa saya mengenali benua Afrika yang kaya dengan sejarah dakwah dan tarbiyah . jarang jarang kita didedahkan dengan kisah kisah jihad di benua ini. 


kering , kebuluruhan , perang saudara , hitam , padang pasir , Drogba , FIFA World Cup 2010 ? maklumat yang kita ada tidak lebih dari itu 

fokus saya adalah Mali

Mali , sumpah akan gagal difahami tanpa merujuk kepada sejarah bangsa disekitarnya dan bangsa sebelumnya . kita tidak dapat pisahkan sejarah Mali dengan kerajaan Islam Abdullah Al Ghafiqi dan Sallahuddin al Ayyubi . kita akan berterusan menggaru janggut jika menuruti sejarah Mali tanpa melihat sejarah negara Ghana , Nigeria dan Housa . sejarah sejarah ini perlu dicantumkan , maka inilah sejarah kita !

tahukah anda lebih dari 50% manusia di seluruh benua Afrika adalah muslim ?

ini fakta fakta ajaib yang perlu anda tahu ,

Guinea - 93% Muslim
Cameroon - 60% Muslim
Benin - 60% Muslim
Togo - 55% Muslim
Burkina Faso - 65% Muslim
Ivory Coast - 60% Muslim
Central Africa - 55% Muslim
Sierra Leone - 80% Muslim

di atas ini adalah senarai negara yang diperintah oleh kuasa Kristian yang populasinya tidak mencecah 20% pun bagi tiap tiap negara !!

baki negara lain adalah diperintah oleh Islam dan 12 negara adalah minoriti muslim termasuklah Ghani , Mozambique , Congo , Uganda dan Kenya . terkecuali dalam senarai adalah beberapa negara bergolak seperti selatan Sudan , barat Somalia dan Ethiopia

dan Mali adalah salah sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan Islam .

saya tinggalkan anda dengan beberapa trigger dengan harapan anda menanti update seterusnya dengan penuh debaran dan termangu mangu ,

peristiwa celah mana yang telah menetapkan kuasa pemerintahan di setiap negara Afrika ?

bagaimana mungkinkah sebuah negara yang majoriti muslim diperintah oleh kelompok minoriti , yang jumlahnya sekitar kurang 20% sahaja ?

adakah anda menonton piala dunia FIFA 2010 yang dilangsungkan di Afrika Selatan ?


II

antara persoalan asas dalam sejarah Islam ,

bagaimana Islam tersebar ?
bagaimana sinar Islam menyimbah seluruh benua Afrika ?
sehingga Afrika dikira sebagai sebuah benua yang memiliki peratusan umat Islam tertinggi dalam sebuah benua

Islam tersebar melalui pelayaran , perniagaan , perkahwinan , peperangan , penjajahan .. dan banyak lagi jawapan yang telah kita pelajari dalam silibus pelajaran baik di sekolah rendah , menengah mahupun universiti

perhatikan kata kata Dr Mahmood Syakir apabila menggambarkan sejarah penyebaran Islam ke Alam Nusantara yang dinukilkan dari karya beliau , at Tarikh al Islamiy ;

" .. perniagaan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islam ke alam Melayu , tetapi perniagaan bukanlah tujuan asas kedatangan mereka . tetapi mereka datang dengan tujuan menyampaikan risalah Islam , dakwah . dakwah berjalan dalam bentuk perniagaan .. "

maka ada dua perkara ,
antara hadaf (tujuan) dan wasilah (alat)

muslimin ketika itu melihat dakwah sebagai tugas utama mereka , menyampaikan risalah adalah profesyen utama bagi setiap muslim dan mereka sedaya upaya menguasai apa sahaja perkara yang dapat dimanipulasikan untuk menyampaikan Islam

ya , di sinilah tarbiyah dan dakwah berperanan

*ok muqaddimah*

baik , kembali kepada Mali

Islam telah memasuki utara Afrika seawal kurun ke enam masihi ketika pemerintahan Umar al khattab r.a melalui tentera Muslimin diketuai Amru ibn 'as menentang Rom *sila baca serius best!*

kemudian Islam terus tersebar dengan slumberrnya sehingga ke hujung barat Afrika sepanjang zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah . disebabkan menaip itu penat , tidaklah saya rajin menceritakan satu persatu peristiwa al futuhaat (pembukaan pembukaan) di Afrika utara . maka kita fokuskan siri Mali ini dengan sejarah sejarah al futuhaat di zon selain Afrika utara .

peristiwa dakwah , dan jihad di Afrika
benar benar mampu membuatkan kita tertunduk

jelas Islam itu tidak disebar dengan sekadar memetik jari kapowww maka Islamlah Nigeria , tidak ! Islam tidak tersebar dengan duduk duduk di masjid kemudian datang seorang bangsa Senegal merapatkan lutut mereka ke lutut anda justeru mengucapkan syahadatulhaqqoq ! tidak !! Islam tidak tersebar dengan terkagumnya seorang Mali dek keindahan binaan pencakar langit berbentuk alif lam lam haa' ! katakan tidak !!

Islam memasuki Mali dari utaranya kemudian tersebar kepada seluruh warga Soninke atau As sonankiy sebagai salah satu bangsa asli di Afrika tengah , kemudian datang Kerajaan Islam al Murabitun (memerintah di Andalus-Maghribi bawah pemerintahan Khalifah Abbasiyah) dalam misi penyebaran Islam secara besar besaran di Afrika tengah yang ketika itu dikuasai oleh empayar Ghana sekitar tahun 1063 .

beberapa episod jihad Kerajaan Islam al Murabitun ke atas empayar Ghana berlangsung di seluruh tanah jajahan empayar mereka .

penguasa empayar Ghana akhirnya terpaksa melepaskan tanah jajahan mereka disebabkan Islam telah memasuki kebanyakan tanah jajahan dan raja-raja turut memasuki Islam . Mali telah dibebaskan dari empayar Ghana oleh kabilah Mandanjo (Muslimin) kemudian menjadi sebuah kerjaan Islam yang hebat di bawah pemerintahan Raja Sandiana dengan kawasan pemerintahan yang sangat besar . menjangkau sehingga barat daya Afrika (lautan Atlantik) dan ke Housa di timur dan ke pergunungan Atlas di barat . Islam terus disebarkan dengan rancak ke seluruh wilayah yang dimilikinya .

pembebasan manusia kepada penyembahan semata mata kepada Allah s.w.t diteruskan oleh anak Raja Sandiana , Mensa Mousa dengan meluaskan sebaran risalah ke Senegal dan Afrika barat . seterusnya ke Nigeria kawasan sekitarnya .

dengan ruang dan masa yang terhad ini , tidak cukup saya kongsikan seluruh kisah penyebaran Islam di seluruh pelosok Afrika . cukuplah untuk kita buka mata melihat betapa indahnya plot plot sejarah Islam di Mali . tidak lain adalah kerana mereka tegas menjadikan penyebaran risalah sebagai cita cita hidup mereka





III


" dari akhbar :

pihak berkuasa Perancis berkata bahawa bahawa kerajaan Mali telah mengemukakan jemputan rasmi kepada Perancis untuk memberi bantuan ketenteraan untuk menghadapi kelompok islamist yang sedang menguasai utara Mali

komentar :

pertama sekali , perlu untuk kita mengimbas semula lembaran sejarah di Afghanistan ketika Amerika melumpuhkannya kelompok Taliban atas dakwaan dan justifikasi yang pelbagai . antaranya penolakan keras ke atas pemimpin Al Qaedah , Osama ben Laden . juga menolak penutupan kem latihan di bumi Afghanistan

media massa barat lebih awal lagi telah memulakan kempen serangan mereka dengan mempanggung layarkan isu di Afghanistan , dengan menonjolkan isu isu yang negatif . antaranya , tindakan Taliban menghancurkan berhala Budha , mewajibkan niqab (menutup wajah) kepada perempuan , mengharamkan alatan muzik dan lagu , dan wajibkan jambang ke atas lelaki .

senario yang sama , sangat hampir sepertinya sedang berlaku di Mali . sejak pengambil alihan ketenteraan yang berlaku beberapa bulan yang lalu , utara Mali berada di bawah pengawasan dua gerakan , At Tauhid wa Al Jihad dan Ansaruddin yang bersenjata . Di sinilah dunia barat bertindak menyertai misi ketenteraan - dengan bantuan kerajaan tempatan Mali - dengan memasukkan tentera mereka untuk menghalang penjajahan dua gerakan ini ke atas utara Mali

manhaj Al Quran telah menggambarkan kepada kita bahawa gambaran Islam yang hakiki tidak mungkin akan ditolak melainkan ia digambarkan dengan gambaran yang jauh dari tabi'at agama ini sepanjang sejarah .

maka dari kejadian ini , kita melihat bahawa kelompok ini dengan keikhlasan niat mereka tidak ambil peduli dengan situasi moden , mereka lupa untuk menilai priority , mereka mengabaikan peranan massa , mengabaikan rentak barat yang merancang sepanjang masa untuk berterusan melumpuhkan Islam dan umat Islam .

beginilah kami melihat isu yang hampir serupa ini : benarlah dari segi syari'at semua ini adalah salah satu dari tuntutan dalam Islam . nas yang mewajibkannya banyak bahkan jelas kefarduannya . tetapi kita seharusnya - dengan kemahuan untuk melaksanakan tuntutan tuntutan ini - perlu melihat bagaimana feqh nabi s.a.w dan khulafa' arrasyideen r.a dalam kaedah meletakkan nas pada peristiwanya , siyasah syar'iyah dan maslahat kulliah . dengan memahaminya , kita dapat melihat bahawa sebagai kewajiban syar'iyah perlu dilewatkan sehinggalah sampai keadaan yang membolehkan kita untuk melaksanakannya

barat tidak mungkin membiarkan Islam bebas mengamalkan syari'at . bahkan mereka akan terus menghalang . seterusnya mengkambing hitam massa sebagai alat untuk mengotori gambaran Islam dan Muslimin . apapun , sesuatu yang perlu kita fahami di sini adalah bahawasanya kita perlu mengikuti seratus peratus petunjuk jalan yang telah ditinggalkan nabi s.a.w dan sahabatnya r.a dalam membina daulah . seterusnya memahami bagaimana kebijaksanaan strategi dan ketepatan keputusannya , sehingga akhirnya menghasilkan tanah Makkah yang bebas dari sebarang berhala dan sembahan sesama manusia

sungguh , mengikuti sunnah yang rabbani adalah suatu tindakan yang wajib diambil peduli oleh mana mana gerakan taghyir (perubahan) dan islah (pembaikan) . ia perlu dipandu oleh manhaj dan cahaya Islam yang sebenar , jauh dari berlebih lebihan atau ekstrim ataupun gelojoh dengan menumpahkan darah darah haram .

jika kita gagal melihat kesilapan kesilapan ini , maka janganlah tangisi kekalahan setelah kita melakukan kesilapan yang sama . maka telah berulanglah sejarah kekalahan yang pernah dilakukan oleh tangan kita sendiri "

#BUKWIT : of Crimea

I

Islam menyinari wilayah utara Laut Hitam termasuklah Crimea dan Russia pada tahun 1273 melalui bangsa Tatar. Tatar pula adalah bangsa yang telah menumbangkan kota Baghdad justeru nadi akhir khilafah Abbasiyah pada tahun 1258 !


Jajahan Islam di Crimea punyai hubungan baik dengan Kerajaan Mamluk di Mesir dan Tanah Sham pada ketika itu dan mereka saling berhubung baik untuk memerangi tentera Salib Byzantine yang cuba memerangi wilayah Uthmaniyah !


II


Jajahan Islam Tatar adalah sebuah kerajaan yang kuat selama lebih 120 tahun sehinggalah berlakunya pergelutan antara kabilah yang mengakibatkan terpisahnya Tatar kepada beberapa jajahan kecil termasuklah : Qarm (Crimea) , Astrakhan , Khawarizmi , Kazan dan Siberia Barat

Ini telah menambah selera Russia untuk menghadapi Tatar yang sedang goyah ketika itu

Wilayah Qarm (Crimea) diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah yang dinaungi Khilafah Uthmaniyah , atas sebab ini Russia menghentikan operasi memerangi Qarm sedang Uthmaniyah ketika itu baru sahaja menakluki Constantinople dan Eropah Selatan


III


Tatar Crimea pernah menguasai Moscow melalui dua siri operasi jihad pada tahun 1571 dan 1572 , dan bangsa Russia ketika itu membayar jizyah kepada Gabenor Crimea wakil khalifah Uthmaniyah 


Apabila wilayah utara Uthmaniah mulai lemah , Russia telah bertindak menyerang Qarm (Crimea) pada tahun 1783 , membunuh 380 ribu muslimin menandakan dendam lama yang disimpan oleh bangsa Russia 


baik Russia pecahan Kaisar mahupun Komunis , kedua duanya berpadu untuk memusnahkan Qarm


III


Berlakulah penghapusan etnik melalui penjajahan yang strategik sekitar tempoh perang dunia pertama pada bangsa Tatar wilayah Qarm (Crimea) , Russia dan German saling bergilir dalam operasi ini


Jumlah penduduk Qarm berkurang dari 9 juta pada 1883 kepada 850 ribu pada 1941


Qarm (Crimea) hari ini telah mencatatkan beberapa data statistik yang mengejutkan


pada tahun 1770 bangsa Tatar telah mendominasi Crimea dengan 93% , bagaimanapun telah berkurang secara mendadak kepada 25.9% pada tahun 1921 manakala bangsa Russia dan Ukrania membentuk 51.5% pada tahun yang sama , selebihnya adalah bangsa German dan Yahudi


Sejak 1959 sehingga kini , tidak lagi ada dalam rekod kewujudan bangsa Tatar di Crimea . sebaliknya Russia membentuk 71% penduduk , Ukrania 22% dan baki penduduk adalah Yahudi dan bangsa bangsa minoriti !




III


Walaubagaimanapun , tahun demi tahun .. sejumlah pelarian Tatar yang berasal dari Qarm (Crimea) telah kembali ke tanah air mereka dan membentuk minoriti kecil di Crimea


statistik akhir pada tahun 2001 menunjukkan bangsa Tatar telah kembali dengan membentuk 12.1% dari kesuluruhan penduduk di Crimea


IV


Hari ini Putin dan Obama bersilat merebut wilayah Qarm (Crimea)


Siapakah yang sebenarnya layak menghargai dan menyanjungi perjuangan di medan Crimea ini ? mereka ataupun kita ?


Benarlah hanya mereka yang mencintai dan memahami sejarah , akan benar benar dapat membumikan kecintaannya terhadap Agamanya pada realiti hari ini


Crimea adalah kisah perjuangan yang tidak terpisah dari lembaran sejarah ummat Islam , ia adalah rentetan sinar jihad , dakwah dan tarbiyah yang dihidupkan generasi demi generasi

dan kitalah generasi seterusnya yang menyambut sinar itu

#BUKWIT : of Isra' Mi'raj and Hudud


I

Antara syarat menikmati seerah adalah kita membaca keseluruhan cerita , urutan peristiwa dan merealiti seerah kepada situasi semasa.

Berlaku khilaf pada tarikh tepat berlakunya Isra'a dan Mi'raj, kesimpulannya para ilmuan sepakat meletakkan peristiwa agung ini diantara dua peristiwa di dalam seerah ;

Sebelum peristiwa Isra'a dan Mi'raj, para muslimin telah mengharungi cabaran awal risalah seperti penyiksaan fizikal dan mental, pengepungan 3 tahun yang memaksa muslimin memakan dedaun kering asbab kebuluran dan sebagainya. Begitu juga kematian Khadijah r.a dan Abi Thalib serta peristiwa dakwah Tha'if yang dikhianati.

Selepas peristiwa Isra'a dan Mi'raj pula, berupa lembaran baru di dalam seerah. bermula dengan bai'ah aqabah pertama dan kedua, kemudian hijrah ke Madinah.

Apa ibrah berlakunya Isra'a dan Mi'raj? Apa kesinambungan antara peristiwa sebelum dan selepasnya?

II

Peristiwa Isra'a dan Mi'raj dicatatkan dalam beberapa riwayat hadis antaranya adalah sebuah riwayat panjang yang masyhur dan sahih adalah dari Anas ibn Malik ibn So'so'ah, diriwayatkan di Sahih al Bukhari.

tanpa memanjangkan riwayat hadis tersebut di sini, kita semua dapatlah menyimpulkan bahasa peristiwa Isra'a dan Mi'raj ini kaya dengan pelbagai kisah ghaib. bermula dari perjalanan menaiki Buraq ke masjid al Aqsa sehinggalah bertemu Allah s.w.t di Sidratul Muntaha.




" .. untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat ayat Kami .. " al Isra'a : 1

Sinonim dengan fokus risalah di era Makkah, isu Iman adalah persoalan utama dalam peristiwa Isra'a dan Mi'raj.

Iman? tidak cukupkah pengorbanan dan kecekalan para Sahabat r.anhum dan Rasulullah s.a.w menghadapi siri siri penyiksaan dan kezaliman pada peringkat awal dakwah sebagai bukti Iman? Mengapa Isra'a dan Mi'raj perlu berlaku?

III

Iman adalah kekuatan terutuh dalam perjuangan risalah, Iman adalah batu asas dalam pembangunan sebuah tamadun.

Isra'a dan Mi'raj adalah kemuncak keimanan para Muslimin, seakan akan sebagai tapisan terakhir dalam kalngan Muslimin. kerana perjuangan risalah akan menjadi lebih mencabar selepas Isra'a Mi'raj.

Berlaku selepas itu,

Hijrah ke Madinah,
yang menuntut Muslimin meninggalkan segalanya.

Peristiwa peristiwa perang,
yang mereka benci pada asalnya, yang mereka hadapi kadang kala adalah ibu ayah mereka sendiri, saudara mara dan sahabat handai.

Pensyari'atan Ibadat,
puasa, zakat, hijab, hukum had dan qisas, haji.

Kesemua peristiwa ini yang memandunya adalah wahyu, keimanan yang mendalam terhadap wahyu telah menutup ruang ruang keraguan terhadap sebarang arahan dan larangan yang berlaku selepas Isra'a dan Mi'raj.

IV

Para Sahabat r.anhum mungkin sahaja tidak terfikir untuk memberi pelbagai alasan kelemahan persenjataan apabila diseru keluar ke medan Badar untuk menghadapi Musyrikin, bahkan dengan yakin menghunus pelepah tamar ke batang tengkuk musuh.

Mereka r.anhum tidak memerlukan hujah hujah saintifik untuk mengiyakan pengharaman arak, tidak memerlukan sifir sifir sosial untuk mendokong hukum had dan qisas, jauh sekali perkaitan positif negatif untuk merapatkan saff ketika solat berjemaah.

Yang mereka faham adalah, tunduk dan akur terhadap apa sahaja yang diarahkan. Tiada sumber yang lebih mulia dan tinggi dari nas, Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Iman ini adalah hasil daripada peristiwa peristiwa penting yang telah berlaku sebelum itu, Isra'a dan Mi'raj adalah salah satu daripadanya.

V

Mari membumikan utopia seerah, supaya kita nampak ia adalah perjalanan seorang yang juga manusia sebagaimana kita, justeru kita jadi faham bagaimana ingin merealiti Isra'a dan Mi'raj pada hari ini. Ia tidak mustahil, kerana sepanjang 1000 tahun, para penerus risalah telah melaksanakannya. Inilah dua kekuatan yang kita adalah sebagaimana yang dinyatakan Syed Qutb dalam Haza Addin ; Raseed al Fitrah (Sumber Fitrah) dan Raseed al Tajrubah (Sumber Sejarah).

Malaysia kebelakangan ini menghadapi krisis sosial yang semakin mencabar, isu perlaksanaan hudud, sindiran perkauman dan percaturan jijik politik menjadi rencah ampuh kepada segala kakalutan ini.

Bukan untuk menjadi simplistik, tetapi lebih kepada cuba menjadi realistik agar semua dari kita dapat berperanan dalam pembangunan sebuah Malaysia.

Di manakah silapnya apabila penentangan terhadap hudud berlaku baik dari kalangan non-muslim ataupun muslim sendiri? Apakah puncanya? Ibrahnya?

tolehlah kebelakang dan telitilah latar masyarakat Muslim ketika pensyari'atan had dan qisas dilangsungkan, mereka adalah masyarakat Muslim yang telah melalui tempoh pembangunan Iman yang sangat mencabar, sehinggalah melepasi peringkat Iman lewat peristiwa Isra'a dan Mi'raj ! Mereka ada struktur sosial yang utuh, slogan Islah ya'lu wa la yu'la 'aleyhi tidak lagi tampak retorik, ada perlembagaan negara, ada persefahaman yang jelas antara Muslim dan non-Muslim

Kisah wanita Ghamidiyah yang minta dihududkan antara kesan dari siri pembangunan Iman ini.

Tanpa menyalahkan mana mana pihak, dan meraikan ijtihad politik mereka .. mari sama sama kita tujukan persoalan ini jauh ke dalam hati masing masing ;

Adakah kita telah benar benar menghayati dan mengimani peristiwa Isra'a dan Mi'raj?

Monday, May 12, 2014

Teaser : Himpunan Risalah Khubaib Akhi

Insyallah,

Kurang dua minggu sebelum officially berakhir hampir empat tahun berada di seberang laut, bumi barakah Urdun. Padat sungguh tarbiyah yang aku dapat dari Urdun, tempoh yang singkat ini telah mengubah aku dari segenap sudut .. kalau bukan orang sekeliling aku, akulah yang sendiri menyedari hakikat perubahan ini.

Alhamdulillah alhamdulillah

Sedang bercadang untuk kembali menulis, meninggalkan wasiat buat ikhwah akhawat generasi seterusnya. Aku menulis bukan kerana aku terbaik untuk berkongsi, tetapi aku ingin jadikan tinta ini sebagai aku-yang-seterusnya untuk mengutip pahala walaupun setelah aku mati kelak. Ambillah ibrah jika ia mengesani kalian, sebarkan jika ia adalah sunnah yang baik. teguri aibku jika ia buruk.

Mohon doakan semoga aku punya kekuatan untuk menulis semula.

"demi pena, dan apa yang ia tintakan"

Akhukum,

Khubaib Akhi