Tuesday, June 3, 2014

#KAJIAN : ZIARAH AL QUDS 4/6

Ziarah al Quds, dimensi feqh

Sepanjang penelitian saya yang lemah ini di pelbagai peringkat sumber maklumat, saya dapati hanya ada sebahagian kecil perbincangan dan penulisan artikel berkaitan ziarah al Quds, atau lebih tepat menziarahi al Quds di bawah penjajahan Zionis. Penulisan ilmiah pula amat terbatas, yang panas dan laku adalah sekadar menjawab pertanyaan wartawan akhbar tanpa menyertakan hujah dengan terperinci.

Bukan sahaja itu, bahkan tiada sebarang manuskrip bertaip atau warisan yang secara khusus membincangkan tentang tajuk kajian ini sedangkan peristiwa sama turut berlaku di era Abbasiyah dan Uthmaniyah apabila al Quds terjajah semula oleh Tentera Salib.

Sebelum lebih lanjut kepada dapatan maklumat dan analisis, berikut adalah latar masalah ziarah al Quds.

Permasalahan ini muncul sejak 45 tahun yang lalu apabila Anwar Sadat, Presiden Pertama Mesir bertindak menziarahi al Quds di samping menandatangani perjanjian Camp David 1977 yang menjadi titik tolak pengiktirafan entiti haram Israel. Ketika itu, Syaikh Abdul Halim Mahmud berperanan selaku Syaikhul Azhar dan beliau mengkritik sekerasnya tindakan Sadat tersebut. Selepas beliau, Syaikh Mutawalli Sya'rawi yang memegang jawatan yang sama telah turut mengkritik tindakan mana mana pihak yang menziarahi Palestin.

Sehinggalah pada tahun 2008, Mahmoud Abbas Perdana Menteri ke-tiga Palestin berucap dan menyatakan secara rasmi jemputan kepada seluruh ummah untuk menziarahi al Quds. Beliau telah berkata demikian dalam Persidangan Antarabangsa Mempertahankan al Quds yang dianjurkan di Doha, Qatar. Ini bukanlah satu satunya seruan menziarahi al Quds bahkan ia telah berulang kali juga menjadi zikir sebahagian pihak baik di dalam atau di luar al Quds. Misalnya, oleh Menteri Wakaf Ramallah. Mufti Mesir yang terdahulu, Ali Jumu'ah dan Ali Jufri seorang da'ie Yamani antara yang menyahut seruan menziarahi al Quds.

Berlaku selepas itu, siri berbalas hujah dan kritikan yang berterusan dari pelbagai pihak.


Pandangan Para Ulama'

Telah jelas, umumnya para pemberi pandangan bolehlah dikelaskan kepada dua bentuk pandangan yang berikut:

kelas satu : Mengharamkan kecuali pada beberapa pengecualian, 

Antara yang termasuk dalam kelas ini adalah Yusuf al Qaradhawi, al Ittihad al 'Alami li Ulama' al Muslimin (Kesatuan Ulama' Muslimin Antarabangsa), Hai'ah Ulama' Falastin fi al Kharij (Himpunan Ulama' Pakestin di luar Palestin) dan Rabithah Ulama' Falastin (Kesatuan Ulama' Palestin)

kelas dua : Mengharuskannya secara mutlaq, 

Pendapat ini didatangkan oleh pelbagai ulama' bebas tanpa mengikatnya dengan mana mana pertubuhan dan persatuan, ia didokong oleh 'Ali Jumu'ah dan Ali Jufri, juga di dalam senarai adalah Mahmoud Abbas dan Zaqzouq, Menteri Waqaf Ramallah. Dikatakan dari sumber atas talian bahawa Ibn Baz turut menyokong pandangan ini tetapi saya tidak dapat akses kepada maklumat tersebut dari mana mana sumber yang jelas. 


Asbab Perbezaan Pandangan

i. Beza kaedah berinteraksi dengan nas berkaitan, ia dinamakan Feqhu an Nusus
ii. Beza pada semak timbang dalam menilai al maslahah dan al mafsadah
iii. Tidak wujud perbincangan dan rujukan ilmiah dari ulama' silam
iv. Tidak wujud nas as sohihah dan as sorihah, khusus tentang masalah ini


Penjelasan Istidlal

Kelas satu : Harus menziarahi al Quds 

i. Qiyas ke atas ziarah Rasulullah s.a.w ke Makkah yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Quraisy, telah maklum bahawa Quraisy adalah musuh Muslimin yang memerangi Rasulullah s.a.w dan risalahnya. Merekalah yang telah mengotori kawasan paling suci bagi seluruh ummah. Jika benar haram, mengapakah Rasulullah s.a.w menziarahi Makkah?

ii. Ziarah al Quds memberi dokongan dan sokongan materi dan maknawi terhadap rakyat Palestin khususnya pemastautin al Quds. Menziarahi mereka memberi kekuatan mental, seterusnya membantu perjuangan membebaskan al Quds.

iii. Sebagai sokongan moral terhadap krisis penjajahan ke atas Palestin, al Quds khususnya. Ia terhasil melalui bersatunya ummah, dengan menziarahinya seterusnya membuahkan cakna dan prihatin.

iv. Ziarah tidak bermaksud mengiktiraf negara haram Israel, bahkan sebaliknya menyatakan bahawa al Quds adalah milik Muslimin yang menziarahinya. Ziarah bererti melindunginya, dan mengimarahkannya dengan Muslimin mendominasi komposisi pelancong dan bukan sebaliknya.

v. Qiyas terhadap rakyat Palestin di dalam wilayah jajahan, di mana mereka keluar-masuk Palestin ke luar dan tidak ada sebarang ulama' yang mengharamkannya.

vi. Pahala dan ganjaran, ia bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w, "Janganlah bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga masjid ; Masjid al Haram, Masjid al Aqsa dan Masjid ini (an Nabawi)"[1]


Kelas dua : Haram menziarahi al Quds

i. Allah s.w.t menghalang Muslimin daripada menolong Kafirin dan berkerjasama dengan mereka untuk memusnahkan Islam. Firman Allah s.w.t, "berkerjasamalah kalian dalam ketaatan dan ketakwaan, dan janganlah berkerjasama dalam dosa dan perkelahian" al Maidah : 2. Ziarah ke Palestin melalui urusan visa atau sebarang transaksi kewangan memberi maksud kerjasama bersama Zionis baik secara langsung atau tidak untuk faedah materi. Begitu juga faedah maknawi, bahawasanya mereka punya autoriti untuk memberi kebenaran atau menghalang untuk memasuki al Quds.

ii. Proses Normalisasi dan tunduk kepada penjajah Zionis adalah haram sebagaimana yang telah dijelaskan oleh majoriti ulama'. Sebarang urusan transaksi kewangan, visa dan yang berkaitan membawa kepada pengiktirafan kewujudan mereka, mengiktiraf kuasa dan entiti mereka di bumi Muslimin yang dijajah.

iii. Palestin yang terjajah, bukanlah dibebaskan melalui ziarah. Bahkan tuntutan sebenar adalah berjihad membebaskannya melalui pelbagai usaha di setiap peringkat. Boikot dikira sebagai salah satu usaha yang sangat baik, terutama dari mereka yang tidak dapat terlibat secara langsung dalam perjuangan membebaskan al Quds. Bukannya melutut meminta izin untuk menziarahi tanah sendiri.


Khubaib Akhi
Feqh wa Usuluhu, Universiti Yarmouk Jordan
disempurnakan dalam Bahasa Arab pada 11 Disember 2013
dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada 4 Jun 2014


_________________________________________________

[1] al Bukhari, Muslim, Tirmizi

#KAJIAN : ZIARAH AL QUDS 3/6

Sejarah al Quds

Sebuah proses at Ta'silu Feqhi (pengakaran feqh) tidak lengkap, kecuali dengan pemerhatian penuh pada latar masalah yang berkaitan. al Quds adalah sebuah nama laqabi (gelaran) terhadap Majis al Aqsa, yang bermaksud at Thuhr (suci). Maka al Ardhu al Muqaddasah bermaksud, Tanah yang Suci.

Sejarah adalah cerminan sebuah bangsa, menoleh untuk mengambil ibrah masa lalu, membumikannya pada waktu kini dan merencana untuk masa hadapan. Ruang yang terhad ini saya manfaatkan sekadar memberi gambaran umum tentang Palestin, sejarah pembentukannya dan krisis yang dihadapinya.

Berikut adalah ringkasan sejatah al Quds, lebih tepat Palestin [1];

120 S.M - Banu Israel memasuki bumi Kan'an
160 2.M - bina semula Haikal ke-dua
62 M - Rom menjajah al Quds
132 M - Percubaan menghancurkan al Quds dan bangsa Yahudi
638 M - Umar r.a membuka al Quds dan seluruh bumi Palestin
1099 M - Tentera Salib menjajah al Quds dan membunuh Yahudi dan Muslimin
1187 M - Salahuddin al Ayyubi membuka semula al Quds
1516 M - Palestin digabungkan dibawah kerjaan Uthmaniyah
1882 M - Hijrah pertama bangsa Yahudi ke Palestin
1897 M - Persidangan Yahudi pertama memutuskan untuk mendirikan sebuah negara Israel di tanah Palestin
1917 M - Perjanjian Belfour, pemahsyuran Negara Bangsa untuk Yahudi
1920 M - Mandat British ke atas Palestin
1929 M - Bangsa Arab bangkit dengan siri demonstrasi bantahan terhadap penjajahan Palestin
1945 M - Pengganas zionis memasuki kediaman pimpinan British di Hotel Malik Daud dan membunuh perantara UN
1947 M - UN bersepakat ke atas cadangan pemecahan tanah Palestin kepada tanah Yahudi dan Arab, Arab menolak cadangan tersebut
1948 M - Nakbah, lahir negara haram Israel secara rasminya 
1949 M - Penghapusan etnik dan menghalau keluar penduduk Palestin ke luar negara haram Israel
1956 M - Pertembungan tiga-penjuru (krisis Suez), tentera Israel menguasai Sinai
1964 M - Penubuhan Gerakan Pembebasan Palestin (PLO)
1967 M - Israel memenangi perang enam hari atau Naksah
1968 M - Penubuhan Gerakan Pembebasan Palestin (PFLP)
1969 M - Yasir Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO yang pertama
1970 M - Perang Atrisi antara Israel dan Mesir
1971 M - Black September organisasi yang membunuh Wasfi at Tal Perdana Menteri Jordan 
1973 M - Perang Yom Kippur antara Israel-Mesir-Syria
1974 M - Yasir Arafat muncil kali pertama dan berucap dalam persidangan UN 
1977 M - Perjanjian Camp David antara Mesir yang diwakili presidennya Anwar Sadat bersama Israel
1987 M - Intifadhah pertama
1991 M - Perang Teluk ke-dua, Persidangan Keamanan di Madrid
1993 M - Perjanjian Oslo ditandatangani di White House
1996 M - Yaser Arafat dilantik sebagai presiden Palestin 
1998 M - Arafat dan Netanyahu menandatangani memorendum Sungai Wye
1999 M - Ehud Barak menandatangani memorendum Sungai Wye ke-dua
2000 M - Intifadhah ke-dua
2001 M - Sharon dilantik sebagai Perdana Menteri, beberapa bandar Palestin dibom demi membalas operasi pengebom berani mati dari warga Palestin
2004 M - Kematian Yasir Arafat, Mahmoud Abbas dilantik sebagai presiden Palestin (pecahan tebing barat)
2005 M - Pembunuhan Bayt Lahiya, pilihanraya legislatif
2006 M - HAMAS memenangi pilihanraya legislatif, penculikan Gilad Shalit, penyembelihan Bayt Hanun
2008 M - Peristiwa serangan ke atas wilayah Gaza, 'Aka dan al Khalil
2009 M - Pertembungan darat ke atas Gaza, Zionis keluar dari wilayah Gaza, bermula episod pertembungan baru Zionis ke atas Gaza
2012 M - Peristiwa Hijaratu as Sijjin (batuan neraka) atau Operasi Pillar of Cloud, Presiden Mesir semas Mohd Morsi menjadi perantara untuk persefahaman Gaza-Israel


Kedudukan al Quds di sisi Islam

al Quds, di sisi iman para Muslimin punya kedudukan yang terlalu istimewa. al Quds dikira sebagai pusat pertembungan antara tiga agama langit, Islam, Yahudi dan Nasrani. Bagi para Muslim, amat penting untuk kita meneliti nas nas berkaitan al Quds. Penguasaan yang nihil tentang nas adalah sebuah keniscayaan dalam perbahasan krisis al Quds.

pertama : Kiblat Pertama 

al baqarah : 150

Ayat ini diturunkan selepas 16 tahun peristiwa Hijrah Muslimin ke Madinah. Ia memberi arahan kepada Muslimin untuk mengalihkan kiblah mereka, dari Masjid al Aqsa ke Ka'bah.

al Barra' bin Ghazib r.a telah menceritakan bahawa, "kami telah solat bersama Rasulullah s.a.w menghadap Masjid al Aqsa selama 16 atau 17 bulan kemudian beralih ke Ka'abah"[2] 

kedua : Bumi Isra' dan Mi'raj

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi Maha melihat" al Isra' : 1

Allah s.w.t telah berkenan menjadikannya destinasi akhir, ekspedisi Isra' dan titik mula Mi'raj yang dilalui baginda s.a.w. Telah bertemu para Rasul dan Anbiya' seraya solat berjemaah dengan berimamkan baginda s.a.w.

Ia adalah tapak perlepasan Nabi s.a.w ke Sidhratul Muntaha. Anas bin Malik telah meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, "aku telah didatangi Buroq (haiwan putih, lebih tinggi dari keldai dan tidak lebih dari baghal), aku telah menungganginya sehingga tiba di Baytul Maqdis. Aku telah mengikatnya dan aku memasuki Masjid dan bersolat di dalamnya dua raka'at. Kemudian aku keluar dan Jibril a.s mendatangiku dengan dua bekas air, khamr (arak) dan laban (susu) maka aku telah memilih susu. Jibril a.s berkata : engkau telah memilih fitrah. Kemudian aku dimi'rajkan ke langit"[3]

ketiga : Kota Agung yang Ketiga

Allah s.w.t telah memberi kemuliaan ke atas Kota Makkah al Mukarramah dengan ada padanya Masjid al Haram justeru mengiktirafnya selaku Kota pertama Islam, di kedudukan ke-dua adalah Kota Madinah yang mulia dengan adanya Masjid an Nabawi, padanya juga dimaqamkan jasad Nabi s.a.w. Kota al Quds adalah selepas keduanya, Allah s.w.t telah memuliakannya dengan Masjid al Aqsa.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan dari Abi Sa'ed al Khudhri r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, "Janganlah bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga masjid ; Masjid al Haram, Masjid al Aqsa dan Masjid ini (an Nabawi)"[4]

Antaranya juga Nabi s.a.w bersabda, "keutamaan solat di Masjid al Haram ke atas selainnya adalah sebanyak 100 ribu solat, di Masjid an Nabawi sebanyak 1000 solat dan di Masjid al Aqsa sebanyak 500 solat"[5]

Abu Dzar r.a telah berkata, aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang masjid pertama yang dibina di muka bumi dan baginda s.a.w telah menjawab, "Masjid al Haram" kemudian aku berkata, selepas itu? Nabi s.a.w bersabda, "Masjid al Aqsa" aku berkata, berapa tempoh masa antara keduanya? sabda baginda s.a.w, "40 tahun, dan jika tiba waktu solat maka sembahyanglah"[6]

keempat : Bumi para Anbiya' dan Barakah

"Demi Tin dan Zaitun, Demi Tursina, dan negeri yang aman ini" at teen : 1-3

Ibnu Katheer di dalam tafseernya yang masyhur, telah menghurai ayat ini dengan menyatakan, "telah berkata sebahagian para Imam: ini adalah tiga pusat kelahiran para Anbiya' dalam kalangan uli al 'azmi, penanggungjawab risalah terbesar. Pertama: tanah Tin dan Zaitun, ia adalah Baytul Maqdis. Telah lahir di atasnya, Isa ibn Maryam a.s. Kedua: Tursina, tempat Allah melantik Musa bin Imran a.s. Ketiga: Baladu al Amin, siapa yang memasukinya menjadi aman. Jelaslah pada kita melalui penafsiran ini, di Baladu al Amin telah lahir risalah Muhammad s.a.w, di Tursina telah lahir Yahudi melalui risalah Musa a.s, manakala Tin dan Zaitun adalah tempat lahir risalah Isa a.s"[7]

Allah s.w.t telah memberi isyarat kemuliaan tanah ini melalui lima tempat berikut dari Quran;

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar lagi Maha melihat" al Isra' : 1

"Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke negeri yang telah kami berkati untuk seluruh alam" al Anbiya' : 71

"Dan Kami wariskan kepada kaum yang tertindas itu, bumi bahagian timur dan bahagian baratnya yang telah kami berkati" al A'araf : 137

"Dan untuk Suleiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami berkati padanya" al Anbiya' : 81

"Dan Kami jadikan antara mereka dan negeri yang kami berkati, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu perjalanan. Berjalanlah kamu di negeri-negeri itu pada malam dan siang hari dengan aman" Saba' : 18

Kesemua ayat ini merujuk terus kepada Baytul Maqdis, Tanah Syam dan Palestin malah seluruh ulama' telah bersepakat ke atas tafsiran tersebut.

kelima : Bumi Jihad

Bumi Tin dan Zaitun, al Quds telah menjadi saksi siri jihad dan perjuangan sepanjang sejarah. Umar r.a telah menjadi sosok pertama yang membuka semula al Quds kemudian mengembalikannya kepada Islam, beliau r.a telah tiba di al Quds dalam sebuah peristiwa bersejarah dan menerima kunci Kota al Quds. Ketika itu, Memorendum Umariyah telah dipersetujui di antara Umar r.a dan penduduk asal al Quds.

Tentera Salib telah bertindak ganas merampas tanah ini selepas itu. 100 tahun kemudian, Allah s.w.t telah memilih Salahuddin al Ayyubi selaku pembuka semula al Quds pada era Abbasiyah. 

Sehingga hari ini, al Quds terus bersaksi dan akan kekal bersaksi sehinggalah hari kiamat bahawa di atasnya telah terkorban para parajurit dan negarawan, telah terluka para mujahidin ummah sepanjang zaman. Ia popular, sebagai al Ardhu al Jihad wa ar Ribath (Bumi Jihad dan Perjuangan).

Sabda baginda s.a.w, "Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehinggalah datang keputusan Allah dan mereka tetap sedemikian"[8] 


Geopolitik al Quds

al Quds atau Baytul Maqdis (Hebrew: Our Sylem) merupakan kota terbesar di Palestin. Israel, dengan dokongan polis dunia telah meletakkan kota ini sebagai ibu kota mereka. Para pejuang dan bangsa Palestin tidak pernah berhenti melaungkan bahawa Baytul Maqdis akan hanya menjadi hak milik Palestin, walau apapun senario dan rencam politiknya.

Kota al Quds terletak di kawasan tengah Palestin, timur kepada Laut Mediterranian di samping banjaran bukit bukau yang melunjur ke barat dan timur. al Quds berkedudukan 750 meter dari paras Laut Mediterranian, 1150 meter dari paras Laut Mati. al Quds berada pada koordinat 35 darjah dan 13 minit ke timur pada jenjangan longitud, dan 31 darjah 52 minit ke utara pada jenjang latitud. al Quds berada 52 km dari Laut Merah. 

Asalnya, ia berada pada tenggara Bukit Muria. Barangkali penduduk asalnya berkehendak untuk bermuqim pada kawasan ini atas sebab kedudukannya yang berada di pertengahan antara tiga perbentangan: Lembah Qadrun di timur, Lembah Hanum di selatan dan Lembah Tyropoeon di barat. Juga atas sebab terkumpulnya mata air, sebagai asas kehidupan masyarakat.

al Quds, secara politik adalah tanah yang dijajah dan berbeza beza batasnya saban tahun dan saban peristiwa. Faktor terutama yang menyumbang kepada krisis ini adalah operasi pengyahudian Palestin. Selepas peristiwa Nakbah, Israel telah berupaya mendominasi 40% dari keseluruhan tanah Palestin. Selepas Oslo, wajah Palestin menjadi lebih muram dengan penguasaan 90% Israel ke atas tanah suci Palestin. Kerjaan Palestin telah terpecah kepada dua pusat pemerintahan, Tebing Barat dan Gaza.[9]


Khubaib Akhi
Feqh wa Usuluhu, Universiti Yarmouk Jordan
disempurnakan dalam Bahasa Arab pada 11 Disember 2013
dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada 4 Jun 2014


_________________________________________________

[1] Thoriq Sweidan, Falastin at Tarikh al Musowwar m/s 13
[2] al Bukhari dan Muslim, Ahmad dan an Nasa'ie
[3] Muslim, Ahmad dan Abu Ya'la
[4] al Bukhari, Muslim, Tirmizi
[5] al Bazzar : sanadnya hasan, al Haithami di Majma'u az Zawaid
[6] al Bukhari, Muslim, Ahmad, an Nasa'ie, Ibn Majah dan Abu Daud
[7] Yusuf al Qaradhawi, al Quds Qadhiyah Kullu Muslim m/s 12
[8] Ahmad, Abu Daud, al Hakim dan Tabarani, al Hakim : sahih
[9] Um 'Ammarah, al Quds as Syarif ta'rif wa tarikh

#KAJIAN : ZIARAH AL QUDS 2/6

Feqh, Prinsip Asas

Bahasa dan Istilah :

Feqh dari sudut Bahasa, membawa erti al fahmu.

"Mengapakah orang orang itu (Munafiq) hampir hampir tidak memahami" An nisa' : 78

"Barangsiapa yang Allah kehendakkan untuknya kebaikan, Allah akan memberikan dia kefahaman dalam agama" [1]

al Jurjani, di dalam at Ta'rifaat menyebut : al Feqh pada bahasa bermaksud memahami kehendak seseorang pada apa yang dibicarakan [2]

Feqh, dari sudut Istilah pula memberi dua permaknaan dalam dua dimensi nilaian yang berbeza.

Makna 'Idhafi (Kata Majmu') : Ilmu mengenai hukum syara' amali yang diambil dari dalil dalilnya yang jelas [3]

Makna Laqabi (Gelaran) : Ilmu mengenai asas-asas (kaedah) yang berhubungan terus untuk menentukan hukum dari dalil dalilnya yang terperinci [4]

Dalam disiplin ilmu Feqh, kita tidak menafikan fleksibeliti, pembangunan dan pembaharuan dalam menghadapi masalah-masalah baharu terutama yang tiada sandaran dalam secara terus atau khusus dari sumber pendalilan utama Islam, Quran dan Sunnah. Saya seirama dengan Umar al Faruq apabila menyampaikan risalahnya yang terkenal itu kepada Abi Musa al Asy'ari seraya menyebut, "Fahamilah apa yang diajukan kepadanya yang tiada dari Quran dan Sunnah, qiaskan masalah itu dengan apa yang engkau kuasai, ketahuilah al amthal (penyerupaan) dan al asybah (penyepadanan), putuskan sebagaimana yang paling disukai Allah s.w.t dari apa yang engkau yakini, dan yang paling hampir dengan al Haq" [5]

Telah maklum, bahasa nas nas Quran dan Sunnah tidak diwariskan kepada kita dengan membahaskan tentang setiap perkara yang terperinci, as Syatibiy telah menyatakan, "Syari'ah tidak menaskan setiap perkara yang rinci, Syari'ah datang dengan prinsip-prinsip yang al kulliyah (umum) dan mutlaq. setiap perincian itu mempunyai sukat timbang yang berbeza antara satu sama yang lain" [6]

Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah telah menjelaskan, "barangsiapa yang berkata: pada masalah ini tiada nas Sunnah dan tiada nas Quran, ini adalah asbab kejahilannya. Quran dan Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip yang umum, yang dibawahnya telah merangkumi. setiap sifat umum sesuatu masalah telah dinyatakan di dalam Quran dan Sunnah" [7]

Tidak dinafikan proses pembangunan dan pembaharuan dalam istinbat sesuatu hukum seiring permodenan konteks. Kerana Feqh dan Syari'ah, umumnya bertujuan merealisasikan kesejahteraan sekalian makhluk di dunia bahkan di akhirat [8]. Syari'at pada dimensi yang syumul dilihat sebagai, semua yang disyari'atkan Allah s.w.t pada hambanya, baik Aqidah, Ibadat, Akhlak, Muamalah, Perundangan Sosial pada setiap strata masyarakatnya yang majmuk untuk menyelia urus hubungan makhluk dengan tuhan, justeru makhluk sesama makhluk. 

Ini membawa kita untuk lebih teliti dalam berinteraksi dengan al Feqhu al Waqi' (realiti), al Feqhu at Tawaqqu' (kemungkinan), as Siyasah as Syar'iyah (politik), al Feqhu at Taghyir (perubahan) terutama dalam mendepani permasalahan-permasalahan moden.


Khubaib Akhi
Feqh wa Usuluhu, Universiti Yarmouk Jordan
disempurnakan dalam Bahasa Arab pada 11 Disember 2013
dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada 4 Jun 2014


_________________________________________________

[1] al Bukhari dan Muslim
[2] al Jurjani, at Ta'rifat 1/168
[3] Abdur Raouf Kharabsyah, at Tahriru an Nuqul fi Ilmu al Usul 1/9
[4] Ibid 1/12
[5] Ibnu Qayyim al Jauziyyah, I'lam al Muaqqi'in 1/68
[6] as Syatibi, Muafaqat 4/91
[7] Ibnu Taymiyah, Majmu' Fatawa 34/206
[8] Manna' Qattan, Tarikh at Tasyri' al Islami  m/s 13

#KAJIAN : ZIARAH AL QUDS 1/6

Muqaddimah

Palestin dan kita, laksana kuku dengan isi umpama aur dengan tebing. Ibaratnya, seseorang itu jadi diragui kerakyatan muslimnya andai dia lupa bahawa daerah penting dalam peta ketamadunan ummah ini sedang cuba dirobek kesuciannya. 

Konsflik Palestin adalah antara yang menjadi titik tumpuan apabila bicara tentang kemanusiaan dan lebih tepat, kemunusiaan seorang muslim pada hari ini. Bahkan ia adalah isu tumpuan yang mendominasi plot plot pembukuan sejarah Islam khususnya, sepanjang zaman. Para penceroboh, pengkhianat bertali arus mencemburui kesuciannya pada setiap kurun. Palestin adalah tanah barakah, tanah yang suci, tanah yang menyaksikan seerah para anbiya'. Di atas tanahnya, disirami darah peluh dan air mata para syuhada'. Mereka telah mendahului kita dalam penyaksian al haq, ar risalah. Palestin atau lebih fokus Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama ummah, tanah haram yang ketiga, di atasnya jugalah titik temu antara isra' dan mi'raj Rasulullah s.a.w.

Namun, kesalnya

Di samping kayanya tanah ini dengan kemuliaan dan kemahsyuran dari Allah s.w.t, kita dapati ianya hanya tinggal madah dan slogan penenang hati dan penyeka air mata. Hari ini, Palestin dan Masjid al Aqsa dijajah dengan rakus oleh musuh-musuh anti-semitik, mereka kadang kala cuba mendokong aspirasi kemanusiaan yang dikibarkan di antero dunia. Tanah ini terus subur lagi dengan siraman darah dan air mata, oleh segelintir kecil yang masih punya harga diri dan negarawan sejati. Operasi pengyahudian digerakkan, tuntas mengubah tanah ini baik materi mahupun maknawinya. Masjid menjadi Sinagog, panji biru-putih berbintang David dinaikkan serancaknya. Ideologi protokol zionis meracuni identiti bangsa, bukan sahaja di tanah Palestin bahkan ummah keseluruhannya.

"Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku" baginda s.a.w memulakan sabdanya, ia diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam sunannya, "yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehinggalah datang keputusan Allah dan mereka tetap sedemikian" 

Sahabat r.anhum bertanya, "di manakah mereka ini ya Rasulallah" 
jawab baginda s.a.w, "mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis".

Nah, maka benarlah sabda baginda s.a.w. Benarlah  segolongan ummah sebenarnya tidak pernah tidur mendepani pertembungan ini, tanah wakaf dan tanah yang dijanjikan ini masih di zon jihad. Segolongan ummah ini sedang berjuang mengembalikan kesuciannya kepada Islam, telah tercatit di lembar sejarah, bahawa segolongan ummah ini wujud sehingga hari ini.

Dengan berubahnya peristiwa dan berlalunya zaman, berbezalah juga ijtihad segolongan ummah ini dalam memperjuangkan tanah Palestin. Ia bermain dengan terminologi penting, Siyasah Syar'iyyah dan Feqh Ma'alat yang pelbagai. Dalam teks kajian, kita temui perbincangan panjang mengenai pemboikotan ekonomi, ziarah al Quds, istisyhadiyah (bunuh diri sebagai syahid), menjual tanah al Quds, persetujuan diplomatik dan banyak lagi isu isu baharu yang bermain di pasar perbahasan feqh. 

Maka dengan rendah diri, saya telah memilih untuk menyusun dan menganalisis sebuah tajuk dari tajuk-tajuk yang dinyatakan iaitu ziarah al Quds. 

Saya memilih tajuk ini selepas berkali kali bertukar tajuk, kerana kekerapan perbincangan dan berlaku krisis hukum dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan dan di Malaysia umumnya. Perbahasan mengenainya mendapat hit yang tinggi, yang mengejutkan adalah statistik yang diwartakan oleh Kementerian Perlancongan Israel dengan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang menyumbang kepada ekonomi lokal dari sektor yang pelbagai, terutamanya perlancongan.

Saya gagal menerima ini dengan hati terbuka dan bangga, ia menjelekkan akal dan meruntuhkan hati seorang Muslim. Maka adalah sebuah pahala yang besar jika dapat membukukan sebuah kajian ilmiah yang jelas, bagi sekurang kurangnya menjadikan kita orang yang benar benar faham sebelum melakukan apa sahaja tindakan, khususnya mengenai ziarah al Quds.

Semoga Allah menurutkan taufiqnya atas kajian ini

Khubaib Akhi
Feqh wa Usuluhu, Universiti Yarmouk Jordan
disempurnakan dalam Bahasa Arab pada 11 Disember 2013
dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada 4 Jun 2014

Tuesday, May 27, 2014

#Risalah : Muqaddimah

Bismillah s.w.t, 

Yang telah menganugerahkan kesatuan antara cita-cita dan impian kita dengan taqdir Nya. Yang mengatur prahara demi membesarkan hati dan jiwa. Yang tidak berhenti memberi bahagia, yang diri Nya adalah sebagaimana yang kita sangka.

wa Bi hikmati nabiyyihi s.a.w,

Terutusnya Baginda selaku saksi, pemberi khabar bahagia dan peringatan. Baginda telah menyampaikan risalah, menyempurnakan amanah dan menyuluhkan ummah akan jalan menuju bahagia. telah berlalu di atasnya sekalian sahabat r.anhum, para tabi'in, soliheen serta du'at sepanjang zaman. Mereka siap berkorban, siap mati untuk mewariskan risalah buat ummah. 

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. 

Sebermula, 

Bukan mudah sebenarnya menyatukan tinta dan lembaran, tentulah ia memerlukan jiwa yang kuat untuk memberi dan berkhidmah. Untuk saya, itu adalah dorongan terbesar untuk menulis. Saya belajar justeru yakin, bahawa amanah pertama selepas faham adalah memberi. Tanpa menunggu sempurna, tanpa merasa takut tidak dihargai.

itu yang digambarkan sebuah hikmah,

" engkau dipertanggungjawab dengan amal, bukan hasil "

Penulisan adalah saya yang seterusnya untuk mengumpul asbab mengetuk pintu syurga, 

" Tanganku akan hancur di dalam tanah 
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku 
Moga sesiapa yang membaca tulisan ini 
Mendoakanku dari Azab "


Di tengah, di antara al Banna dan Syed Qutb

Saya cuba berada dengan yakin pada dua realiti, antara menulis rijal dan menulis buku. 

Saya berasa terlalu kerdil untuk menyebut bahawa saya tidak menulis, kerana saya menulis rijal. Di samping, saya tidak juga mendabik dada kepetahan penulisan yang menggetar jiwa pembaca. Kedua dua kelemahan ini membawa saya insaf, kemudian bersedia untuk belajar lebih banyak darinya. Maka saya memilih untuk berada di pertengahan, antara dua bentuk penulisan.

Katibu ar Rijal dan Katibu ar Risalah, kedua duanya punya kekuatan tersendiri dalam pertarungan risalah yang semakin rencam ini. 


Jawami'u al Kalim 

" perkataan Nabi s.a.w itu semuanya jelas, jika Nabi s.a.w berkata maka semuanya memahami "

" aku diutuskan dengan jawami'u al kalim "

Kagum kita dengan keindahan pertuturan, pemilihan perkataan dan uslub yang menjadi kelaziman Baginda s.a.w dalam berinteraksi dengan manusia di sekitarnya. Baginda s.a.w apabila bercakap, perkataannya ringkas dan padat.

Ringkas dan padat, mendefinisikan jawami'u al kalim.

Ia tidak memerlukan ayat yang berjela-jela, kalimah yang mencapah dan terlalu bombastik untuk menyampaikan idea. Kita, atau paling kurang Saya sering sahaja berlaku kemalangan dalam perkataan dan penulisan. Walhal, mesejnya mudah sahaja tetapi gagal disampaikan dengan mudah. Lebih kalam dari fikrah, itu adalah satu keniscayaan dalam sebuah amal kerana kita culas mendokong aspirasi al Banna apabila menyebut bahawasanya medan amal itu lebih utama dari kata-kata.

Mungkin sahaja, kata kata yang ringkas dan padat adalah juga sebuah sunnah. Kerana sahabat-sahabat menuruti sunnah jawami'u al kalim. Para ulama' turut memanifestasinya melalui penulisan matan ilmu, al Banna mungkin sahaja punyai justifikasi yang sama apabila melihat keratan risalahnya yang ringkas dan padat itu. 

Sepanjang penulisan, saya akan belajar menuruti sunnah jawami'ul kalim yang semakin pudar dihayati zaman ini.


Mengejar Sempurna

Apabila berkongsi, saya memaksudkan berkongsi pandangan bukan pengalaman. Saya masih bertatih, terutama di dalam amal dakwah dan tarbiyah. Terlalu muda untuk memberi hikmah, bahkan terlalu sedikit memiliki untuk memberi. 

Baik anda mengenali saya ataupun tidak, mari sama-sama bertekad mengejar kesempurnaan. Tanpa menafikan tanggungjawab berkhidmah, kerana sempurna itu bukan destinasi sebaliknya sebuah orientasi untuk mengkoreksi.

Bagi para penunggu sempurna, anda sedang berada pada dua kemungkinan. Samaada kematian datang dan anda tidak sempurna, atau anda akan sempurna pada suatu hari kelak. Kita tahu, bahawa utopia kesempurnaan ini bukan budaya yang baik untuk beramal.

Dua kalimah; Istiqamah dan Mujahadah, istiqamah dalam amal dan mujahadahlah untuk meningkatkan kualiti amal.


Langkah Bermula

Di tangan anda ini adalah himpunan risalah, saya susunkan apa yang saya belajar dari 20 tahun terawal hidup. Sekolah kehidupan itu lebih luas dari sekadar empat penjuru bilik darjah, tidak dikongkong oleh buku silibus empat segi. Semua yang dicoretkan bukan milik saya, melainkan ia adalah milik Allah s.w.t yang memberi anugerah ilham dan mengaturkan peristiwa yang maha mematangkan datang perjalanan hidup.

" tiada kemahuan dariku melainkan al islah, dan tiadalah untukku pemberi taufiq kecuali Allah. pada Nya aku bertawakkal dan aku kembali " Hud : 88

Selamat membaca, demi pena dan apa yang ia tintakan.

Monday, May 26, 2014

Dr Muhyi Hamed : Tarbiyah ke Arah Kebangkitan 4/4

Selepas menjelaskan ciri ciri dan asas pada siri siri yang lalu , kita perlulah memenuhi tuntutan amal tarbawiyah berikut yang akan menjamin kemampanan takwin ;

1. Manhaj yang Sahih

ia adalah hasil cernaan Quran , Sunnah Rasulullah dan hukum hakam Islam . pada sirah nabi s.a.w dan sahabatnya r.anhum . Ikhwan melaksanakan apa yang difahami daripada ad Deen tanpa sebarang tolak ansur dan ambil mudah

2. Qudwah Solehah

Imam al Banna telah memahami sepak terajang zaman ini untuk melaksana sebuah amal tarbawiyah , oleh itu beliau sendiri telah mendahului untuk menjadi teladan dan qudwah yang baik . beliau telah menguasai dan menjiwai sehabis baik manhaj yang ditulisnya sendiri kepada para Ikhwan . maka beliau telah menjadi qudwah terutama pada aspek semangat , pengorbanan dan beramal untuk dakwah . Ikhwan memahami bahawa simbol kepada kekuatan mereka bukanlah pada perancangan , organisasi dan teori . tetapi kekuatan yang sebenar adalah membumikan itu semua dalam bentuk realiti yang tampak . ini memberi nilai tambah kepada pertahanan dan pengembangan amal sebagai kelengkapan sebuah harakah .

akh muslim perlu tahu bahawa ketika dia beramal , dia sedang membawa orang itu untuk mencontohinya sebagai seorang ahli tahajjud yang sering insaf mengalirkan air mata , seorang yang kuat semangat dalam perjuangan , seorang pakar ilmu .

Ini semua adalah hasil sentuhan emosi dan perasaan yang telah dicipta oleh Imam al Banna dalam jiwa Ikhwan , amal amal ini berhajatkan kepada ikatan ikatan hati dan kesatuan syi’ar antara muslimin

3. Persekitaran yang Baik

Amal ini membentuk dan menyediakan iklim yang sesuai untuk operasi takwin , ia berupa mencipta sebuah suasana Islami sehinggalah terhasil sebuah barisan hadapan yang mu’min yang beramal untuk meletakkan kalimah Allah tinggi dan mulia . Ikhwan berusaha mengawal persekitaran ini dengan inisiatif usrah , katibah , perkhemahan , program program di masjid dan sekolah , khidmat kesihatan , kebajikan dan sosial

Ikhwan Muslimin telah menggariskan beberapa wasilah untuk membina individu individu , ia memberi kesan yang besar terhadap pemeringkatan individu dan kitaran generasi yang sihat untuk terus memikul dakwah yang mulia ini . wasilah wasilah ini telah dibuktikan keberkesanannya sepanjang zaman , maka ia tidak memerlukan sebarang pertukaran dan jangan sesekali mengambil remeh terhadapnya .




Wasilah Wasilah Pembinaan dan Takwin

1. Usrah

Ia adalah asas kepada pembinaan sebuah Jamaah . ia juga asas kepada pembinaan seorang individu , merangkumi sistem tarbiyah yang menyeluruh dengan menguruskan semua aspek dalam diri (akal, hati dan jasad) . Usrah membentuk individu ini dengan acuan Islam bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w

Imam al Banna menyebut , ” Islam menekankan pengurusan sebuah usrah (keluarga) dalam membina ahli ahlinya , membentuk mereka menjadi syakhsiyah contoh , menguat ikatan mereka , menjana ukhuwah mereka daripada kata kata dan teori kepada peringkat tindakan dan amal “
Ust Hasan Hudhaibi pula menyebut , ” sistem usrah bertujuan merealisasi makna Islam secara praktikal di antara Ikhwan , jika mereka berjaya melaksanakannya maka akan datanglah kepada mereka kejayaan dan an nasr seperti yang telah Allah janjikan “

Ia adalah sebuah medan pembetukan yang berfokus dalam jamaah , agar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk menjadi asbab kejayaan agama ini , juga kebanggan dan kemuliaan buat ummat Islam seluruhnya

2. Katibah

ia adalah tarbiyah ruhiyah , melembutkan hati , mencantikkan jiwa , mengembalikan jasad kepada ibadah , tahajjud , zikir , tadabbur dan fikir dalam bentuk yang khas

3. Rehlah

ia berfungsi untuk menguatkan tubuh badan , menyegarkan jiwa , menghubungkan antara ahli , mendalamkan ikatan antara mereka . ia juga melatih ahli ahli untuk berkendiri , berurusan dengan baik , bertolak ansur , disiplin terhadap peraturan , kepatuhan dan peroleh pengalaman pengalaman ilmiah

4. Perkhemahan

membentuk kehidupan ahli dengan acuan Islam dalam satu tempoh masa tertentu dalam beberapa hari , mencorak suluk Islami dan adab adab Qurani . melatih ahli dalam sebuah kem ketenteraan dalam segenap aspek ; taat , tersusun , tolak ansur , disiplin , patuh serta praktikal memikul amanah dan mengambil serius tanggungjawab dan nilai sebuah amanah

5. Mu’tamar

memberi peluang kepada ahli untuk berbincang dan bertukar fikiran , juga memberi fokus terhadap mendayakan aspek pemikiran , pengetahuan dalam kalangan ahli seterusnya meningkatan kesedaran dan mendalamkan kefahaman terhadap isu yang dibentangkan

6. Daurah

Melatih dan membimbing ahli dalam kemahiran kemahiran asas dalam segenap bidang dan amal dakwah , juga bertindak memberi pengalaman dan percubaan ilmiah dengan melibatan ahli ahli pakar dan berpengalaman

7. Nadwah

Aktiviti menganalisis isu dan masalah yang dibentangkan , memahami aspek yang pelbagai dan cara cara mengolahnya . Nadwah juga menanam kesedaran yang mendalam dalam ahli , menyatukan fikrah mereka agar kesemuanya mempunyai kesatuan peta amal dan fikrah

Kesemua wasilah yang dijelaskan tadi telah menggambarkan dengan jelas keunikan dan keistimewaan manhaj tarbiyah Ikhwan Muslimin , ia membuktikan kebijaksanaan strategi pembinaan dan takwin Imam al Banna yang telah melahirkan rijal rijal yang miliki keinginan dan azam yang tinggi , sepanjang zaman dan di setiap penjuru dunia

Kesimpulan siri siri Tarbiyah ke Arah Kebangkitan ;

kita telah membincangkannya berdasarkan tajuk tajuk berikut ,

i. tabiat sebuah peperangan , pertempuran sebenar dan kepentingan tarbiyah sebagai jalan menuju kebangkitan

ii. Ciri ciri amal tarbawiyah

iii. Elemen elemen amal tarbawiyah

iv. Wasilah wasilah tarbawiyah

Penutup

Tarbiyah di sisi Ikhwan Muslimin adalah sebuah amal yang paling penting , tiada amal yang menandinginya . Ikhwan telah mengiktirafnya sejak langkahnya yang pertama . Jalan pengislahan adalah jalan tarbiyah individu individu berpandukan manhaj Islam untuk menggarap misi yang diimpikan
Ia adalah sebuah manhaj yang diwarisi , bukan dicipta . ia bersumberkan Quran , Sunnah Rasul Nya , dengan mengambil ibrah perjalanan sahabat , para tabi’in , orang orang soleh dalam kalangan pemimpin risalah sepanjang sejarah Islam

Tarbiyah dan takwin , seperti yang dikatakan Imam al Banna , memerlukan kepada kekuatan jiwa yang kukuh ;

i. kemahuan dan azam yang tinggi

ii. kesetian total

iii. pengorbanan besar

iv. beriman dengan prinsip 

at Tamkeen dan penguasaan terhadap dunia ini akan berlaku sebagaimana yang Allah firmanan , ” Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan beramal soleh untuk dijadikan mereka khalifah di atas muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang orang sebelum mereka , agar mereka dapat melaksanakan agama mereka yang telah diredhai ke atas mereka , dan agar digantikan ketakutan mereka sebelum itu dengan perasaan aman , mereka beribadah kepadaku dan tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu . Maka barangsiapa yang kufur selepas itu , merekalah orang orang yang fasiq ” an Nur : 55

Semoga Allah yang Maha Berkuasa memberi Kemenangan terhadap ummah dan memelihara dakwah ini sehinggalah seluruh hidupan sejahtera dan aman

Dr Muhyi Hamed : Tarbiyah ke Arah Kebangkitan 3/4

Sebuah amal Tarbawiyah :

Apabila kita menyebut tentang tarbiyah sebagai jalan menuju sebuah kebangkitan , adalah perlu untuk kita memperincikan kriteria kriteria amal tarbawi dan ciri ciri manhaj tarbiyah di sisi Jamaah Ikhwan Muslimin yang telah bernafas dengannya sejak diasaskan sehingga hari ini . Dengan izin Allah , kita telah melihat teladan yang hebat dari generasi demi generasi , mereka memikul dakwah ini walau terpaksa dibebani ujian dan mehnah sepanjang zaman

Pertama : Ciri ciri Amal Tarbawiyah

Berikut disenaraikan ciri terpenting yang membezaan Jamaah Ikhwan Muslimin , dan ciri inilah yang telah memberi kesan besar terhadap pembinaan generasi demi generasi yang punya sifat yang sama , sikap yang teristimewa . antaranya ;

1. Rabbaniyah :

Ia menfokuskan kerja kerja menghidupkan iman , bezanya adalah ia berpandukan Quran dan Sunnah serta bertepatan dengan fitrah insaniyah . ia amal yang berterusan dan tidak terikat dengan masa , ia sebuah kerja melatih iman seraya mengesani tindakan dan suluk , tunjang kepada tarbiyah rabbaniyah adalah hati yang hidup terhubung dengan Allah , yang yakin dengan pertemuannya dan hitungan amalnya , yang mengharap rahmatnya , yang takut terhadap balasan siksanya . ini semua menggambarkan amal tarbiyah Ikhwaniyah yang berfokus kepada menghidupkan hati dan membinanya

2. Menyeluruh , Melengkapi dan Seimbang :

ia adalah sebuah terbitan daripada manhaj Islam yang bersifat sempurna dalam menguruskan insan muslim dari segenap sudut agar mencapai sebuah kehidupan yang sejahtera . ia juga terbit kerana imannya kita kepada kesyumulan manhaj Islam , lengkap dan seimbang . kita tidak akan berpuas hati dengan Islam kecuali dengan dimensi syamil dan kamil . oleh itu , Takwin berlangsung dengan menyelaraskan ilmu , akal , ruh , emosi , hati , tindakan dan gerakan

3. Berperingkat :

ia berasal daripada imannya kita pada berperingkatnya ketetapan Allah pada ciptaannya

4. Pengumpulan dan Penyusunan :

ia bermula dengan mengumpul , kemudian menyusunnya sehinggalah tercapai apa yang ingin dibuahkan dari sebuah tarbiyah . ia dibuktikan dalam peristiwa bai’ah aqabah kedua , apabila disebutkan bahawa peserta bai’ah aqabah terdiri daripada 72 orang lelaki , 2 orang perempuan lantas Rasul s.a.w bersabda , “keluarkan dari kalangan kalian 12 orang naqib” kemudian menyambung “kamu semua adalah penjamin bagi kaummu” . ini adalah sebuah pengurusan amal tarbawi  . sabda Rasulullah s.a.w , “sertailah jamaah , sesungguhnya serigala memakan ternakan yang terpisah”

5. Gerakan

Menjayakan fikrah ini dan merealisasikannya adalah sebuah tuntutan yang termulia untuk dicapai , ia membuat kita buntu dan putus asa tanpa sebuah ciri gerakan atau harakiyah . ia memberi kita sebuah kekuatan untuk hadapi realiti di sekeliling kita yang sangat mencengkam . seorang individu perlu bergerak di tengah tengah masyarakat dengan tujuan mengislah mereka

6. Berterusan

amal tarbawiyah tidak berhenti kecuali setelah ruh terpisah dari jasad , ia sebuah amal yang lazim sepanjang hayat , ia membuat seseorang itu sentiasa memperbaik tindakannya , selalu cuba melatih kemahiran dan pengetahuan yang baik , ini menambah bekalan untu berterusan dalam amal dakwi



Kedua : Elemen Elemen Amal Tarbawiyah

Keistimewaan amal tarbawiyah Ikhwan adalah ia bersumberkan sirah Muhammad s.a.w dan sahabat r.anhum , ia juga istimewa kerana mensinergikannya dengan uslub moden dalam amal tarbawiyah . ia menghimpunkan yang asli dan moden , ia senantiasa mendapat perhatian untuk dinaik taraf dan dikembangan . amal tarbawiyah terdiri daripada ;

1. Murabbi :

Murabbi umpama batu asas pada sebuah amal tarbawiyah , Murabbi mendidik mutarabbi berpandukan manhaj Allah , inilah tanggungjawab dan peranan Nabi-nabi sebagaimana yang digambarkan dalam firman Nya , ” sepertimana kami telah mengutuskan pada kamu Rasul dari kalangan kamu , membacakan untukmu ayat ayat kami , memperbaik kamu dan mengajarkan kamu al kitab dan al hikmah , dan dia mengajarkan untukmu apa yang tidak kamu ketahui ” al Baqarah : 151

Tarbiyah Rabbaniyah adalah berupa melantik penjamin atau ketua ke atas sekelompok individu dan dia melaksanakan tarbiyah sebagaimana yang diredhai Allah s.w.t . Murabbi punyai peranan dan tanggungjawab terpenting , Murabbilah yang menjadi indikator kejayaan amal tarbawiyah dan capaian objektifnya . Murabbilah yang memelihara saff yang dipertanggungjawab ke atasnya .

Murabbi bertanggungjawab sebagai

i. al Walid (bapa) , dengan kasih sayang dan prihatin terhadap urusan hidup mutarabbinya

ii. as Syaikh , menjaga hal hal iman , ibadah dan suluk

iii. al Ustaz (guru) , menguruskan capaian keilmuan

iv. al Qa’id (pemimpin)

sepertimana yang dapat diteladani dalam peristiwa Abdullah ibn Huzafah As Sahmiy yang telah ditawan oleh Rom , maka Raja Rom telah memberi pilihan kepada tawanan tawanan Muslimin samada berkahwin dengan anaknya , ataupun dibunuh dengan panah atau air mendidih . Abdullah ibn Huzaifah tetap thabat dan Allah telah menyelamatkannya bersama 80 orang tawanan Muslim yang lain

Rasulullah s.a.w telah mentarbiyah generasi contoh ini dengan prinsip dan nilai nilai , generasi hari ini tidak akan berjaya sepertimana generasi yang pertama kecuali dengan melalui acuan prinsip dan nilai nilai yang sama . maka telah jelaslah , bahawa strategi terpenting dalam usaha islah adalah membina generasi murabbi yang amanah dan bertanggungjawab

2. Individu 

Individu adalah bata binaan yang pertama dalam sebuah masyarakat , jika baik bata ini maka akan baiklah masyarakat seluruhnya . sejarah dakwah telah membuktikan bahawa ia sentiasa bermula dengan individu , Rasul atau Nabi bermula dengan dirinya sebagai indiviu kemudian menyeru sebilangan individu untuk ditarbiyah , seraya membentuk sebuah fikrah kepada individu individu ini untuk mereka hidup dan bertindak dengan orientasi fikrah tersebut , mereka berjihad pada jalannya dan mati kerananya

Tanggungjawab mengubah adalah sukar dan rumit , maka penyediaan individu muslim yang berkemahiran wajib dilaksanakan bertepatan dengan beratnya amanah yang akan dipikul . oleh itu , Imam al Banna telah menggariskan muasofat dan tanda tanda individu yang dimaksudkan pada rukun al amal , iaitu mengislah dirinya sehingga membuahkan badan yang sihat , akhlak yang mulia , berpengetahuan hebat , mampu tanggung diri , aqidah sejahtera , ibadah sahih , bermujahadah terhadap dirinya , memelihara waktu , tersusun urusannya dan bermanfaat terhadap orang lain

Barangsiapa yang meneliti 10 muasofat yang disebutkan , dia akan mendapati ia bermula dengan ‘islahkan dirinya’ dan ini menfokuskan pada sisi individu dan peribadi . kerana ini adalah persediaan untuk individu yang punya kekuatan yang menolaknya untuk bergerak kendiri , berusaha mengurus tarbiyah sendiri , tidak bergantung kepada arahan atau cadangan orang lain untu berkerja dan mengislah urusannya , dia memperuntukkan waktunya , tenaganya , hartanya dan rehatnya untuk dakwah dan fikrah tanpa berlengah dan mengharapkan balasan . 10 muasofat ini juga merangkumi aspek aspek diri manusia , badannya , akal dan rohani .

berikut adalah keistimewaan pembinaan sifat sifat yang dimaksudkan ;

i. Sempurna

pembinaan dari seluruh aspek ; firiyah , nafsiyah dan harakiyah . bukan semata mata pembinaan fikrah dan teori , ataupun ruhiyah sahaja , ataupun semata mata harakiyah dan siyasah . kesempurnaan pembinaan ini akan menghasilkan individu yang mampu menghadapu ujian , tetap gagah pendirian dan berterusan dalam amal . maka tercapailah misi jamaah dengan kewujudannya

ii. Seimbang

memberi perhatian kepada seluruh aspek dengan kadar yang diperlukan , tanpa berlebihan atau kurang . ketidakseimbangan dalam pembetukan ini akan menyebabkan kecacatan dan kerosakan pada binaan individu

iii. Praktikal bukan retorik

ia tidak terhad kepada aspek teori , bahkan disama rentakan dengan uslub dan manhaj yang praktikal dalam sebuah amal takwin . ia menghasilkan sebuah contoh teladan yang bergerak mapan . ia bukan semata mata peringatan dan pembelajaran tetapi amal dan gerakan

3. Bi’ah (suasana) Tarbawiyah

Ia bermaksud suasana di sekeliling individu , sebuah amal tarbawiyah berubah mengikut suasana dan persekitaran . maka amatlah penting , untuk membentuk sebuah persekitaran yang sesuai dan membina benteng yang mengawal individu daripada persekitaran yang buruk . Persekitaran yang baik adalah persekitaran yang diwarnai dengan cinta dan ukhuwah , thiqah dan jundiyah , kepatuhan dan disiplin , syura dan nasihat . Persekitaran yang buruk pula adalah suasana banyak berkata kata (prasangka tuduh menuduh) , pengangguran dakwah , sikitnya amal , lemahnya penguasaan terhadap rukun rukun usrah

Imam al Banna sangat mementingkan pengawasan saff dan pembersihan persekitaran Ikhwaniyah dengan mengatakan , “jika ada di dalam saff ini orang yang hatinya sakit rosak , lemahnya misi , hilang cita citanya , maka keluarkanlah ia dari barisan ini . sesungguhnya dia adalah seorang yang menghalang rahmat , yang memagari kita dari taufiq Nya “

4. Manhaj

Ia berupa himpunan percubaan percubaan tarbawi yang disediakan oleh Ikhwan untuk individu individu yang menjadi ahlinya , ia berobjektifkan percambahan yang menyeluruh dari sudut (akal-pengetahuan-agama-sosial-tubuh badan-jiwa-seni) yang membawa kepada memanipulasi suluk mereka untuk mencapai misi misi tarbiyah yang diimpikan . ia terdiri daripada hadaf , bahan bahan , uslub atau wasilah , dan penguatkuasaan .

Imam al Banna menyebut , ” aku melihat setiap usaha ke arah kebangkitan yang sejati , mereka berjaya kerana pada mereka ada manhaj tetap yang dilaksanakan , objektif tetap yang dituju , ia disusun oleh para duat ke arah kebangitan , generasi sebelum mereka telah berusaha merealisasikannya , ada juga gangguan gangguan luaran yang cuba memusnahannya , tetapi tidak berjaya memotong apa yang telah mereka sambungan , tidak meruntuh apa yang telah mereka bina , tidak menjatuh apa yang mereka telah asaskan , tidak merobohkan apa yang telah mereka pelihara . Samaada mereka menambah amal generasi sebelum mereka dengan lebih baik kemudian mencapai at tamkin , ataupun mengikuti mereka dalam jejak jejak yang ditinggalan kemudian menambah binaannya dan berjalanlah ummah selangah demi langkah ke arah misinya ” dari Risalah Adakah Kita Kaum yang Bekerja

betapa indahnya kata kata ini , betapa cantiknya asas yang digariskan oleh Imam al Banna dengan izin Allah , bersama mereka yang telah turut mengambil bahagian dan amal pembinaan dan takwin , mereka telah banyak mengesani realiti ummah ini Islamiyah

Ia adalah sebuah kebijaksanaan operasi binaan dan pengorganisasian tarbiyah dan takwin , kita perlulah merasai hebatnya kebijaksanaan ini yang tiada tolok bandingnya , pimpinannya yang menginspirasi setelah dijelaskan mengenai wasilah dan uslub tarbiyah di sisi Ikhwan Muslimin

Imam al Banna telah mengetahui dimensi kehancuran Muslimin dari sudut roh dan tamadun , asbab jauhnya mereka dari Islam . beliau telah menyeru mereka untuk mempraktiskan Islam dan memeliharanya dengan uslub tarbiyah yang dilaksana di atas manhaj Islam , beliau mengutamakan aspek pemeliharan insani sebagai fokus yang besar , mentarbiyahnya dengan meraikan aspek ruh , akal dan jasad . menyeimbang unsur unsur ini , mencipta dan memperbaharu wasilah wasilah yang mencapai misi dan sesuai dengan realiti moden hari ini

untuk itu , datanglah tarbiyah Imam al Banna untuk merealisasi misi misi yang telah ditetapkan , dengan fokus pada sinergi ruh Islam dan individu individu dalam jamaah , tarbiyah telah memisahkan mereka daripada nilai nilai keduniaan secara total , menjauhkan mereka daripada mengkagumi apa yang dikagumi al hawa dan hanya mengkagumi al haq , tidak mengikut tindak tanduk keinginan mereka semata mata tetapi mengikut telunjuk al haq .