alhamdulillah, syukur kita dipanjangkan lagi umur untuk sedikit hari sahaja lagi bertemu dengan eidulfitri pada tahun ini. allahumma sampaikan kami pada eidulfitri. bagaimana dengan baju raya anda? sudah siapkah? mengapa tidak?? raya kan setahun sekali je. mana tahu kita jumpa lagi raya tahun depan atau tidak. oh ye, anda beraya di mana tahun ini? di kampung ibu ke ayah ke. semoga dengan hari raya yang mulia ini, dapatlah kiranya kita tanamkan azam nan jitu dan semangat serba padu. agar raya kita lebih efisyen, teratur dan berhadaf. kita bukan nak raya saje2, bukan sengaja mahu kutip duit raya atau mercun bunga. kita nak raya yang barakah. muhasabah, semoga raya kali ini kita tidak rugi lagi.
(tiada typo pada muqaddimah di atas)
tanpa ku sedari , air mataku mengalir
ramadhan oo ramadhan
begitu indah bait bait rindu yang dinyanyikan ku sementara menunggu waktu berbuka. oh. indah sungguh, kita minta Allah beri kita minta Allah beri. simple-theory tapi berapa ramai yang faham akan hakikat 'meminta' dan 'memberi' ini melibatkan amanah dan kepercayaan. lebih lebih lagi yang melibatkan pencipta dan hamba. macam satu perjanjian , ah tak perlu la nak cerita panjang anak mak dah besar! tidak pasti anda bagaimana, bayangkan seorang ibu memberi wang belanja pada anaknya untuk perbelanjaan sekolah seharian tetapi digunakan untuk membeli mainan dan tora-aman. ponteng sekolah pula. esok lusa mesti ibu kurangkan duit belanja kan? silap silap tak bagi langsung. kan ? ke korang memang jenis sayang anak ? ok la , bayangkan anda sedekah RM1 pada pengemis kemudian directly depan anda dia beli rokok L&M . what the perasaan anda ? lebih parah, apabila ditanya kenapa beli rokok dengan bergaya sambil menggayakan peace di sisi kanan muka pengemis itu jawab , " eh, ni L&M bang . Lailaha illa allah , Muhammad rasul allah " heh. ni kes pergi sekolah konspirasi terlebih kut.
bagaimana ramadhan anda ? semoga kali ini kita tidak rugi lagi , kan?
ramadhan
lain orang, lainlah definisinya untuk ramadhan. lain pula cara saya melihat ramadhan. berlegar legar sepanjang ramadhan ini, melihatkan pelbagai ragam manusia yang meraikannya. ada yang melihat ramadhan ini sebuah pasar borong pahala, tetapi dicelah celah mereka ini ada yang berkecuali. menjadikan ramadhan sebagai R&R untuk melakukan amal ibadah, bulan bulan yang lain seperti biasa. tidak meningkat dan tidaklah berkurang juga, hanya biasa biasa. oleh itu, anda lihatlah pelbagai misteri misteri nusantara sepanjang ramadhan ini. akan ramailah orang yang akan berubah, profile fb bertukar menjadi jejaka berkopiah atau wanita berpurdah. status dan post menjadi islamic. akan ramai orang orang memenuhi masjid beri'tikaf , bertadarus dan beribadah. malam malam pula dipenuhi dengan tahajud dan rintihan dalam taubat. orang akan menjadi baik, lebih baik dari bulan bulan seterusnya. akan kurang orang orang yang panas baran mereka akan lebih terkawal pada bulan ini. (maaf, negara arab terkecuali). senang cerita, orang akan jadi lebih baik. tetapi tidak pelikkah anda, mengapa ia hanya berlaku di bulan ramadhan dan mengapa ia terhenti ? saya bukan prejudis ke pesimis ke. cuma, apa sangat erti ramadhan buat kita sebenarnya?
ia umpama sebuah proses, proses ini melibatkan input dan output. input ramadhan adalah persediaan dan outputnya adalah taqwa.
input ---> proses ---> output
persediaan ---> puasa ---> taqwa
argh, easier said than done kan?
ah kau komplen banyak !
tidak, turuti dulu penjelasan dari saya. saya cuma ingin meletakkan ramadhan ini pada mahkota mulianya. ramadhan telah tersedia mulia, cuma kecacatan dalam memahami ramadhan akan menggambarkan atau mengesankan kekurang-muliaan-nya.
mesti anda nak bercakap tentang 'sekurang kurangnya' kan?
sebenarnya begini. ada perkara kita boleh ambil yang kurang, dan seperkara lain kita perlu buat sehabis sempurna. kadang kadang, melihat kepada perangai umat dan du'at frasa 'sekurang kurangnya' menjadi tidak relevan. yelah, orang yang berbuat baik di dalam ramadhan tetapi kurang baik di luar ramadhan sekurang kurangnya mereka baik di bulan ramadhan, kan?
sama seperti isu sambutan maulidur rasul sehingga bertekak antara hijau dan merah , kemudian puas puas melabelkan kejahilan seteru. mereka bersilat sama ada amalan sambutan maulidur rasul ini mesti dilakukan atau harus dilakukan atau haram dilakukan ? semuanya bermula apabila kerajaan negeri kelantan menghapuskan amalan meraikan maulidur rasul seperti berarak dan lain lain. ada satu komentar yang menarik, antaranya melibatkan frasa 'sekurang kurangnya'. kata mereka, sekurang kurangnya mereka menyambut jugaklah maulidur rasul . lebih baik dari tidak menyambut langsung sepanjang hidup mereka. bukan keperluan bagi saya untuk mengulas lebih panjang, anda lebih maklum.
tetapi, sampai bila? untuk apa dan apekah?
akhirnya, kronologi seperti ini membuatkan puasa itu hilang mulianya. apabila mula melabelkan bulan baik adalah bulan ramadhan. hari untuk mengingati nabi adalah tarikh sekian sekian. tarikh untuk mengasihi ibu adalah pada hari ibu. strategi meletakkan waktu-spesifik pada keraian tertentu macam ni telah banyak menelan peranan utama sesuatu yang disambut itu. sedangkan puasa memaksudkan taqwa sebagai hasilnya, sedangkan sambutan maulidur rasul memaksudkan penghayatan gaya hidup nabi sebagai gaya hidup kita !
baik, jika anda sudah sefahaman dan sepakat mengertikan ramadhan sebagai proses. maka teruskan pembacaan anda, jika tidak ulangkan pembacaan dari awal post.
stamina
anda perlukan stamina untuk kekal beraksi kemas sepanjang ramadhan. pembinaan stamina bukan kerja dua tiga minit, bukan proses seminggu dua, tetapi ia proses yang berpanjangkan dan berterusan. tiada titik noktah, anda perlu terus. kata orang, 'istiqamah' ? dan 'mujahadah' ?? kan?
hari ini seperkara saya mahu didik anda (ceh). satu konsep yang nabi s.a.w didik untuk semua adalah berperingkat dalam beramal. pepatah melayu kata, sedikit sedikit lama lama naik sebukit. istilahnya , tadarruj atau berperingkat peringkat. akan ada perkaitannya nanti dengan 'istiqamah' dan 'mujahadah'. didiklah manusia atas kadar akal mereka kan, ini Imam Malik yang cakap. anda nak naik tangga, mesti bermula dari tangga yang pertama kan? bagi orang yang suka melangkau dua tiga anak tangga (yang saya maksudkan adalah melompat lompat dengan tidak mengikuti turutan .. ah ape ape lah!) , saya pasti anda tidak mampu berterusan melakukan itu. ah, kalau buat pun itu mesti special-case. tapi ni bukan cerita home-alone yang ada perangkap segala bagai tu, ini tangga biasa. (repekan bermula)
didik diri kita untuk bermula sedikit demi sedikit. kita bukan malaikat kan?
maka, anda bukan sahaja memerlukan al-istiqamah (berterusan). anda juga memerlukan al-mujahadah (bersungguh sungguh) untuk menjayakan konsep tadarruj. kedua duanya umpama kuku dan isi, perlu diikat sama dan digerak serentak.
mengapa tak nak buat semua je ?
dialog ringkas yang menarik antara umar abd 'aziz dan anaknya.
anak :
mengapa ayah tidak perintahkan agar umat Islam laksanakan sahaja semua yang diperintah agama? mengapa tidak berkeras?
umar abd 'aziz :
jangan tergesa gesa anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam Quran sebanyak dua kali. kemudian mengharamkannya pada peringatan yang ketiga. aku tidak mahu mengarahkan mereka sejumlah arahan untuk dilaksanakan, kemudian sejumlah arahan itu jugakah yang mereka tinggalkan.
sekali lagi , tumpukan stamina anda. stamina ini adalah kebiasaan. orang yang tidak biasa beribadah akan mudah letih apabila tubuh ingin beribadah lebih. bayangkan Paul Scholes di masa tambahan permainan staminanya seakan akan baru sahaja seminit dua dimasukkan ke padang. erk . semuanya adalah kerana latihan dan kebiasaan. mana tidaknya setiap hari latihan fitness paling kurang 3 jam lebih satu sesi, ini adalah input yang membawa kepada kejayaan dalam perlawanan .. dalam ramadhan ! untuk perform di bulan ramadhan anda perlukan stamina, stamina berasal dari latihan dan latihan adalah input ramadhan. yeah !
menunjuk nunjuk
andaikan ramadhan ini sebuah 'game' ,kita adalah 'player' dan ada 'manager' yang akan sentiasa menilai kita. agak agak, kalau semata mata kita hebat di dalam game tetapi di luar game dipenuhi dengan skandal dan masalah adakah kita mampu mendapat kepercayaan sekali lagi daripada manager untuk beraksi dalam 'game' yang sama? bukan sekadar tidak terpilih untuk first-eleven, silap silap kene jual dek merugikan periuk nasi je kan ?
inilah realiti yang berlaku di bulan ramadhan.
kita gagal dalam ber-ramadhan.
ada orang mampu i'tikaf di masjid straight 30 hari pada bulan ramadhan. tetapi di bulan bulan yang lain dia gagal ke masjid. anda akan lihat orang yang mudah hilang pertimbangan di luar ramadhan, kerana menahan segala keinginan di bulan ramadhan mungkin? benarlah ini proses, tetapi tamayuz (perbezaan, sempena ramadhan ni kene try la ayat ayat Islamik sikit) yang menentukan anda berjaya atau tidak di bulan ramadhan adalah kejayaan di hari hari selepas ramadhan. ah serabut ayat. sebab itulah output ramadhan, taqwa . kan?
juga yang paaling penting,
dapatkah kita pastikan orang yang menunjuk nunjuk dalam bulan ramadhan ini, akan mendapat peluang untuk beraksi pada ramadhan yang akan datang? berapa ramai pemain bola yang tidak terpilih sebagai first eleven walaupun beraksi hebat pada beberapa perlawanan. kerana menunjuk nunjuk mungkin? tidak berterusan 'hebat' , itu dia !
anda perlu kembali memahami konsep tadarruj yang saya kongsikan di atas.
ya Allah , beri kami peluang sekali lagi . alangkah indah jika semua bulan adalah bulan ramadhan . allahumma beri kekuatan . allahumma beri pedoman . allahumma beri kemaafan .
p/s : aku sendirian di sini , beraya seorang diri .