Saturday, September 10, 2011

cerpen - pan - pin - pon


saya tengok sekarang ramai blogger yang suke post cerita pendek dalam blog. ini membuakkan rasa dengki kerana saya juga suka menulis cerpen, berbakat pula. huh ! seorang member pernah mencadangkan agar saya menulis novel , kata beliau saya ada potensi dalam bidang ini . saya tidak nafikan hamburan pujaan dan kata manis itu , saya juga nampak macam ada sesuatu yang seakan akan terpendam dalam diri saya . saya ingat beliau hanya bergurau dan tidak serius , rupanya .. tidak , tidak mungkin mereka serius kerana saya dapat text mesej rasmi dari beliau .

" jangan nak perasan sangat ye "

baik, hari ini saya akan menulis tentang 'cita cita saya' !

pap!

arakian diriwayatkan kisah ini dari embahku , bersambung sanadnya kepada atukanda kepada ayahandaku sehingga zaman sebelum Malaysia-diwartakan-tidak-dijajah adapun juga ? diceritakan pula aduhai kepada pakcik-anda kemudian disampaikan  lengkap sabdu dan sempurna makhrajnya . sementelahan di situ ada kakang yang mendodoiku di dalam buaian dengan berlagu dan irama syahdu . sungguh telah sampai kepadaku kisah ceritera nama namun tiada mampu disampaikan melainkan pendeta yang bijaksana lagi kacak pula .

sebermula tersebutlah dua jejaka bujang adanya . di Kota Melaka ketika itu tiada lagi A'famosa mahupun kota-bestari putrajaya adanya . maka pada yang demikian juga telah ada picing picing anak Melayu jawa di pinggiran kawasan bertemunya Parameswara dengan pohon Melaka. diberi nama mereka berdua, Raqaiqoq dan Muntalaqoq adapun juga . begitulah juga yang tertera pada surat beranaknya bertarikh entah berantah di Hospital Tanjung Sepat adanya. maka berkatalah ayahandanya tiada pula disampung 'qoq' diekor nama . namun dek kelemahan pegawai pendaftaran yang kurang khatam ilmu tajwid hanya setengah muka , maka dizahirkan qolqolah sedemikian rupa . huh

tersebut juga mereka berdua membanting tulang sekerat cuma berulang ke laut seharian purnama . perginya gelap pulangnya gelap juga adanya. maka habis lelahlah mereka sehingga baju tidak bertukar bau, warna dan rasanya . kalau diijinkan sedetik dua , ingin sahaja mereka tinggalkan kerja tapi apakan daya mereka tidak punya pilihan lain melainkan menjadi suri rumah tangga . isteri dan anak pulanya pun sudah deretan membilang duit belanja . setanak nasi pun kira nasib baiklah buat mereka adanya .

arakian satu hari Raqaiqoq dan Muntalaqoq pulanglah dari menebar jala di lautan Gelora Bung Karno . adapun duduklah mereka berdua di pondok dirian wakaf zakat negeri Melaka . Maka adalah hari demi hari , mereka membincangkan masa depan mereka memikirkan masa lalu yang masih sama . maka telah ditatahkan perbualan emas ini buat tatapan antum .. eh , buat tatapan bacaan ringan ria anda juga aduhai pun .

Raqaiqoq : adapun engkau tiada perancangan apakah pun aduhai .. 


[ mode ditukar kepada mesra penulis ]


Raqaiq : agak agak , apa lah nak jadi dengan masa depan kita kan ?


Muntalaq : err , maksud kau ?


Raqaiq : yelah , anak aku ni dah masuk yang ke empat 'boleh' tapi untung nelayan ni hanya takat 3 angka apalah sangat nak sara kami sekeluarga . payah nak bahagia .


Muntalaq : hmm .. kau ada perancangan ke ?


Raqaiq : ada juga . aku cadang lepas dapat untung akhir tahun ni nak beli kapal besar sikit . boleh menjala kat laut yang lagi dalam , lagi banyak ikan .


Muntalaq : ouh , pastu ?


Raqaiq : kemudian tangkap la ikan banyak banyak , dapat duit lagi banyak .


Muntalaq : ouh , pastu ?


Raqaiq : dapat duit lagi banyak , dapat bukak syarikat .


Muntalaq : ouh , pastu ?


Raqaiq : dapat bukak syarikat , boleh main saham , labur duit dapat duit lagi banyak .


Muntalaq : ouh , pastu ?


Raqaiq : dapat duit lagi banyak , dapat beli kapal banyak banyak .


Muntalaq : ouh , pastu ? (copied)


Raqaiq : dapat beli kapal banyak banyak , dapatlah ikan lagi banyak .


Muntalaq : ouh , pastu ? (pasted)


Raqaiq : dapat ikan lagi banyak , dapatlah duit lagi banyak banyak .


Muntalaq : kemudian dapatlah aku hidup senang lenang . yea !


Raqaiq : ouh , itulah yang sedang aku buat sekarang

begitulah peri rancaknya perbualan mereka sepungguk purnama hatta terlupa tuk qiam bertahajjud cinta . sesungguhpun begitu , langit tidak selalu cerah . ditakdirkan rintik hujan mendahului sinar fajar sadiq adanya . maka yang demikian itu tidaklah pula dapat mereka turun ke laut Gelora Bung Karno dek kekagetan super takut akan kuasa yang Maha menggelorakan lautan . maka buncahlah hati mereka berdua memikirkan episod seterusnya bagi siri animasi Boboboy sudah berlangsung siarannya. (hua hua)

penutup


berapa ramai yang masih samar samar memikirkan masa depan mereka . memikirkan semalam, hari ini dan esok siapa sangka kita masih beredar dan berputar dalam bulatan yang hampir sama . seakan akan satu pita rakaman atau cereka piring hitam yang diulang ulang . tidaklah berganjak melainkan kekal di bawah satu sempadan rekaan sendiri yang menghalang kita untuk melangkah lebih tinggi !




sudah sudahlah anda kalau ingin menjadi ustaz, ulamak atau umarak .
sudah sudahlah anda kalau ingin menjadi duktur duktur , profesor atau YB dan MB .
sudah sudahlah anda kalau ingin menjadi engineer bergaya dan memiliki ferrari atau DSLR tiga kaki .

kalau anda niatkan untuk mendapat 'kesenang lenangan' , 'kekaya juatawan' atau 'keseronok riangan' . tidaklah dijanjikan apa apa kelebihan kepada anda melainkan atas apa yang anda niatkan.

anda mahu seronok bergaji besar ?

nah !

di pinggir sawah sana ada sebuah keluarga yang paginya bersarapankan nasi berlauk garam dan ulam . malamnya beralaskan batang pinang dan berselimut bendang . siapa sangka mereka mampu hidup gembira dan bahagia . malah berapa ramai orang yang kaya dan memiliki banglo mewah dan berkereta megah , tetapi keluarganya retak seribu . si anak pula tidak sudah sudah dibuang sekolah . suami isteri bertengkar dari malam ke pagi .

anda mahu senang lenang dengan jawatan dan pujaan ?

nah !

berapa ratus manusia yang tidak punyai mahupun sebuah 'nametag' untuk diperaga . mungkin semut dan anai anai sahaja yang mengenal mereka . mereka hanya orang orang biasa . tetapi hidupnya tenang , orang sekeliling ikut senang . berapa ramai pula yang berstatus 'Tuan Haji' ataupun 'Tuan Yang Berbahagia' , 'Dato' mahupun 'Ustaz!' , ada diantara golongan ini yang hidupnya kucar kacir meskipun di luar nampak megah . walaupun setiap kali perhimpunan nama mereka disebut , di buku teks nama tercatit tetapi hakikatnya mereka menderita sakit 'hati'.

kan ? Maha Suci Allah membahagi bahagikan kegembiraan buat semua manusia . kesemua kita sama , kan? di celah celah ribuan peranan dan tanggungjawab ini yang membezakan kita adalah 'matlamat hidup'.

soalan saya , apa 'matlamat hidup' anda ?

jeng3 .




p/s : ok, saya tahu saya kurang berbakat bab penulisan . hmm .. macam nak try bidang nyanyian . wahaha !