Friday, April 27, 2012

oh kompas ilahi

huuuuuuuu .. fuh .
hiinnssshhh hinnnnsshhh .. eh

*teknik bernafas ketika sedang semput*

semalam main main tadabbur dengan adik abang
sekitar surah Al anfal kami bertilawah awal pagi itu
seperti biasa masing masing akan berlumba lumba (ok tipu masing masing terkial kial cari point yang taching maching) sharing tadabbur ayat .

maka saya antara yang sedikit punya laju bab sharing ini ,
entah , sepatutnya kalau namanya interaksi apakah hal anda mahu susun kalimat bagai untuk tadabbur . sentuhan hati ke hati , sebenarnya memerlukan bahasa hati dan luahan hati . ok tak faham

sehinggalah sampai ke ayat ke 45 ,


" Wahai orang orang yang beriman , apabila kamu bertemu pasukan musuh maka berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah sebanyak banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung "

eh , kejap kejap ..

pasukan musuh

mafhumnya begitu subjektif 
kita merancang , dan kita ada impian
ada khutuat dan matlamat

sedang kita mahu keluar dan pintu pintu keluar tiba tiba ia menjadi semakin sempit
akhirnya , impian itu akhirnya menjadi sekadar harapan

ketika ini , ketahuilah bahawa yang menghalang impian dan perancangan anda itu 
adalah 'pasukan musuh' !

hey , haruslah saya tensi !

ketika meronta ronta minta dokongan , 
terus cuba mencari celah celah tirus untuk keluar , untuk serang hendap pasukan musuh
diam diam cuba pukul curi
cuba berstrategi kontroversi dan propaganda basi

akhirnya , datang firman mengorientasi semula ..


taklif akhi , bukan tasyrif !


adakah benar kita benar benar Allah-centric dalam setiap tindakan ? emosi dan perasaan ? perancangan dan keputusan ?

teguran teguran direct deshum deshum dalam ayat ini jelas cuba membawa saya muhasabah , duduk sebentar .

i) berteguh hatilah !
ii) dan sebutlah nama Allah , ingatlah Allah !!

apabila diizinkan hati ini untuk tenang sebentar , 
datanglah iman memandu setiap keputusan dan ramalan . 
datanglah wahyu wahyu tuhan untuk diperhatikan .

terima kasih saudaraku seiman 



" refresh balik niat akhi , mana tahu dengan tiadanya batu penghalang ni enta sendiri akan cari batu untuk sadungkan kaki sendiri ? boleh jadi batu penghalang nilah yang menyelamatkan enta untuk tersungkur di masa yang lain "

" Allah sedang mempersiapkan enta untuk hadapi sesuatu yang lebih besar akhuna ! "  

" enta kan selalu sharing pasal a3iduu tu ? "

" yakinlah yg allah nak ajar enta satu ilmu baru , tansiq dalam kerja " 

" lapangkan dada akhi ! "


ok , saya ok 


ps : serius sangat terharu warga warga berhati mulia yang cuba membantu , Allah musta3an

*mode nak nangis sebab tak boleh nangis*

ohyes, kalau anda tak feel baca entri ni itu bermakna anda tidak tahu siapa saya , mafhum mukhalafah huu huu



Sunday, April 22, 2012

sembang taqwa 5#


" tununn nuntun tununn nuntunn tununn nuntun .. "
(err , ini bunyi panggilan skype dari Malaysia . heeee)


manusia A : tak pergi GMJ hari tu ?

manusia K : pergi la sikit sikit . ambik ruh

manusia A : waaa , ni sekarang tengah bising nak BERSIH pulak

manusia K : malas laa .. BERSIH la sangaaat .

manusia A : hey , semangat la sikit

manusia K : ramai je orang yang semangat tapi tak faham

manusia A : lagi teruk , orang yang faham tapi tak semangat

manusia K : *mata Cina*

baik , anda faham ?
jika semangat bagai tanpa kefahaman , itu kita panggil jahil bukan ?
jika faham tetapi tidak semangat , itu kita panggil .. err , sesat ?


hey anda ! ya anda yang pergi Sweimeh itu !!


di samping tidak menghalalkan premise 1 , sebenarnya sifir ini kita boleh mudahkan sedikit . untuk memahaminya , anda tidak perlu susah susah buat kerja lapangan atau kajian ulang alik tingkat 3 dan bahagian rujukan maktabah hasyimieh Universiti Yarmouk itu !!

yang anda perlukan adalah 3 (tiga) minit muhasabah sendirian , dan lihat kehidupan anda selepas anda berkhemah bagai di dataran merdeka itu apa yang anda buat ? selepas bersorak morak di sweimeh itu bagaimana mutaba3ah amal anda ? selepas anda tekun memBERSIHkan stadium Merdeka , apa khabar subuh anda ?

dan yang lebih besar adalah isu di premise 2 , apabila yang faham lebih berselera untuk memeluk tulang rusuk dan berdiam diri . walhal , anda tahu itu hak anda . bahkan anda tahu , itu dzolim !




jom laungkan anti-jahil , dan anti-sesat !

Tuesday, April 10, 2012

because usrah is too mainstream


petikan akhbar Berita Harian 11 Arpril 2012 , slot Agama . artikel no 2


Usrah kaedah pendidikan dekati remaja bermasalah
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

2012/04/11




SABAN hari kita menyaksikan pelbagai gejala sosial dalam masyarakat khususnya membabitkan generasi muda dan remaja. Fenomena negatif ini seakan-akan membarah dalam jiwa golongan muda dan tindakan bersungguh-sungguh wajar untuk menanganinya.

Membendung gejala sosial, kaedah saluran agama adalah alternatif terbaik dan paling berkesan. Langkah penghuni Flet Seri Delima, Masai, Johor, yang menganjurkan pelbagai program bercorak keagamaan seperti belajar membaca al-Quran dengan tajwid yang tepat.



Sebenarnya selain mengadakan kelas berbentuk pengajaran fardu ain dan fardu kifayah, kaedah pengajaran berbentuk usrah wajar diguna pakai untuk diterapkan dalam program mendekatkan masyarakat kepada ajaran agama.


Usrah kaedah pendidikan secara berkumpulan yang boleh dilakukan di rumah, surau atau dewan dalam lingkungan persekitaran dekat antara satu sama lain bagi memungkinkan matlamat program berjaya kekukuhan hubungan ukhuwah yang utuh.


Sebenarnya usrah boleh menjadi wasilah membina kemantapan akidah dan mengindahkan akhlak khususnya di kalangan remaja. Persekitaran positif berteraskan kegiatan keagamaan seperti usrah akan menjadi aset ke arah pembentukan remaja berjiwa luhur. 


Usrah membawa maksud keluarga, kumpulan individu atau golongan mukmin yang beriman berusaha dan bersikap tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami serta menghayati alam kehidupan.


Pendidikan remaja dengan kaedah usrah begitu baik dilaksanakan kerana berdasarkan kepada tiga rukun utama untuk memperkasakan keutuhan tauhid, sekali gus mengukuhkan daya tahan keimanan anak muda. 
Tiga rukun usrah itu dimulakan dengan ta’aruf yang bererti mengenali perkara asas. Naqib atau naqibah iaitu ketua pembimbing kumpulan usrah berkewajipan mengenali secara dekat latar belakang ahli kumpulan.



Ta’aruf bermakna naqib atau naqibah bukan saja mampu mengelolakan majlis keilmuan tetapi perlu juga beraksi sebagai kaunselor yang mendekati remaja untuk mengetahui permasalahan mereka.

Rukun keduanya ialah memahami pelajar atau ahli kumpulan iaitu tafahum. Inilah keindahan pendidikan berasaskan usrah kerana sikap saling memahami dicerna seberapa daya yang mampu untuk memecah sebarang isu atau permasalahan. 

Sementera, rukun ketiga ialah nilai atau sikap tolong menolong, iaitu takaful. Ahli kumpulan yang lemah akan dibantu secara ikhlas oleh yang bijak dan lebih berilmu. Justeru, situasi tolong menolong akan membina semangat remaja untuk terus mengikuti pengajaran agama dengan lebih serius dan tekun.

Sesungguhnya dalam membentuk sahsiah peribadi remaja yang luhur dengan keterampilan beragama yang utuh tidak boleh dilakukan melalui kaedah kekerasan sebaliknya melalui sikap mesra dan lembut akan menjinakkan jiwa mereka. 

Perkara asas dalam amalan beragama yang benar seharusnya diterapkan dalam perbincangan usrah. Untuk membawa remaja semakin tertarik dan mendapat sambutan, kepelbagaian kaedah mestilah dilaksanakan.

Jangan terlalu memfokuskan kepada unsur haram dan halal, boleh dan tidak boleh sehingga pemikiran anak muda menjadi tertekan semasa berada dalam kumpulan usrah. Sebaliknya, mestilah menggunakan kaedah penceritaan, perumpamaan dan bersesuaian isu dibincangkan. 

Apabila sesuatu kumpulan itu sudah mantap dengan sesi usrahnya, baru isi pengajaran atau pendidikan diperkemaskan dengan yang lebih serius. Yakinlah, jika kita mampu membentuk pendidikan secara usrah di kawasan kediaman setempat, apa saja permasalahan berbentuk negatif akan dapat dikurangkan. 

Ini kerana nilai kerohanian yang tertanam kemas hasil tarbiah agama sudah sebati dalam jiwa anak muda. Jadi, boleh kita mencuba kaedah usrah ini sebagai salah satu pendekatan mengajak generasi muda mendekati agama di samping kaedah lain.

Kita harus lebih giat mengambil langkah membina generasi muda dengan acuan agama sebenar kerana merekalah akan menerajui alam kehidupan ini dan sudah tentu kita tidak ingin sama sekali gejala sosial terus menerus bermaharajalela tanpa sebarang usaha menanganinya.



______________________________________


kan ???
Berita Harian boleh la berkira kira untuk buka kategori usrah paling popular untuk ABPBH tahun depan . hoho

from hero to zero


akhiii , ingat lagi tak masa mula mula kita join program dulu dulu ?


" ehemm , free tak hujung minggu ni ? " 

" err , ok je . futsal ke makan makan ? atau pakej berkembar ? "

" ada laa , lepak lepak sikit . ajak la sekali yang lain "

" oh . ok roger roger . kat Bahtera kan ? (peh serius memori) "

" ohyes macam biasa (emotican titik dua bertindih dan penutup kurungan) "


inche K , inche Z , inche Z kuasa dua , inche H dan inche S .

kami memang dah lama berkenalan , kebetulan masing masing terkeluar senarai PLKN lepas SPM di sekolah yang dirahsiakan namanya (hoho) . maka amatlah senggang menggang berwaktu lapang . al maklum terpenjara lima tahun di asrama kuku besi memang sangat bala . antara kami ada yang bekerja , ada yang terus sambung belajar , yang jadi babysitter pun ada , tidak kurang yang buka perniagaan ternakan tahi mata sendirian tanpa had heh .

semuanya bermula secara tidak sengaja .. ops ! sabar sabar , dalam majalah JOM! di bawah tajuk bukan satu kebetulan dalam hidup ini mana ada bende yang tidak sengaja semuanya sudah diatur !! yelah yelah . awak menang *bendera putih dikibarkan*

mula mula rasa macam tak berapa nak teruja , kalau teruja pun maybe sebab ada member member , futsal dan ofkos sebab Rafee Bistro hanya di seberang jalan itu sahaja dan dijamin dibelanja . hoho . akhi berhati mulia sebenarnya telah habis habisan meracuni kefahaman kami , diam diam beliau telah menaburkan serbuk serbuk keracunan di nasi goreng daging merah kegemaran saya itu , serius tak perasan selama ini rupanya kami bermain bola beracun dan member member adalah zombi zombi yang dibangkitkan untuk bersekongkol dengan akhi berhati mulia untuk mengorek otak kami seraya memakannya secara berjemaah ! ah !!

*sedang membayangkan wajah akhi berhati mulia yang mudah mudahan baca entri ini , syokran akhi!*


" hey , hujung minggu ni kita rehlah sikit amacam? "

" ok , go . kat mana akhuna ? "

" alang sedayu "

" ok , tak penah dengar =,= "


yang enaknya , mungkin ukhuwah dan naluri manusiawi . membawa kami terbang dengan khayalan dan alam fantasi cecewah .

usrah ? alah yang buat bulat bulatan tu . dah lama kut dengar pasal usrah ni . entah , biasa biasa je . takde pape sangat nak share , mungkin tempat bertukar tukar pendapat ? perbincangan ilmiah atau .. cop cop ! kita jumpa liqo' minggu depan oke ?


" kita plan nak pergi masjid KLCC , ada daurah sikit . bawa la sekali apa yang patut , contoh yang tak patut bawa adalah moto EX5 enta tu , hehe "

" huuu huuu , ofkos la . jap , daurah tu apa ? "

" macam talk la jugak , tajuk die ISK . biasa dengar ke ? "

" huyo , misteri nye . ok2 roger ! "


*iklan , sebelum anda berangau angauan ketahuilah dialog ni tidak melibatkan penulis oke?*




ok , tahu kan ini ape ?


ISK , yes ! daurah pertama kami . walaupun kami datang lewat (sampai sampai dah masuk abbasyiah kut!!) kemudian macam orang asing bagai (sebab non-musleh hoho) tapi secara ruhi dan nuraninya , memang sangat taching . tyme daurah ini juga saya sepatutnya kenal inche penganjur F tetapi tanpa kebetulan jumpa beliau di joden ni ha .

kejap , tajuk atas tuu ! ok kembali kepada tajuk

dan kami serius sangat teruja dengan pertemuan dengan sekalian so-called ikhwah , daurah , rehlah , riadhah .. semua ini membawa kami ke satu alam buana yang baru yang juga didiami oleh akhi berhati mulia . sebuah alam 'Dee n Tee' .

akhiii ! ingat lagi tak helmet awak hilang kat hira' tu ? dan seluar track merah saya yang awak tak pulangkan tu ? dan mabit di Bahtera tu ? dan Jaulah ke Port Dickson , USIM dan banyak lagi hari hari gembira kita !! masa ni awak ingat lagi tak awak hulurkan jari kelingking awak , dan saya sambut dengan jari kelingking saya . dan sama sama kita janji akan mati bersama 'Dee n Tee' ?? masa ni awak , saya dan kita semua semangat bagai nak pengsan ajak member member non-musleh lain untuk bersalam kenalan bersama makhluk asing bernama 'Dee n Tee' ini ? ingat tak ? ok , awak tak balas .. huu


rileks ikhwah rileks , jangan hanyut dan terpengaruh dengan sogokan sogokan emosi pada perenggan di atas . perasaan sebenar tidak mungkin dapat digambarkan dalam bentuk tulisan .

tu zaman dulu akhi , zaman zaman Paleolitik kita .

semakin diracun semakin kita tadah mulut dan telinga untuk dibubuh racun . tidak cukup , kita sendiri gatal gatal baca bacaan tarbawi segala bagai . maka habislah kita jadi mayat hidup kesan keracunan yang tidak berbelah bagi . oh

apa khabar awak hari ni akhi ? awak oke ke ?

*perenggan yang seterusnya tiada kaitan dengan cerekarama di atas*

from hero to zero

bahawasanya hari ini , berbondong bondong manusia ingin berbulatan gembira bahkan untuk mendapat name-tag bertatah ikhwah itu pasti sahaja menjadi idaman qolbu . maka dinyah aktiflah segala najis jahiliyah dengan basuhan iman akhi berhati mulia , kemudian jadilah mereka generasi zombi penerus dan penyambung risalah ini hoyeah yang menghinggap di sekalian pelusuk negara , sekolah dan tepian jalanan bahkan !! mereka ini sedang berjalan dan bergandingan tangan bersama sama di atas satu landasan yang super panjang dan serabut ! mereka sedang bergerak dari zero kepada hero ! sedang hero itu kita sendiri tidak pasti yang mana satu , adakah dengan mengikuti 1001 daurah atau skor penuh mutabaah amal atau keluar berhimpun di sweimeh , laut mati joden ?

ya ,

hari ini kita ambil ibrah inverse-equation yang sudah pastinya menjadi igauan buat mana mana ikhwati el mahbub .

from hero to zero !!

yang dimaksudkan boleh jadi , sejenis ikhwah yang qowi tetapi dihujung cerita beliau senyap dan hilang tanpa sebarang makluman baik di facebook atau blog . eh , maksudnya seorang ikhwah yang tetibe berhenti dari menjadi ikhwah ataupun menanggalkan nametag ikhwah dengan tidak semena mena ataupun lari dari lingkungan gembira secara yang tidak diketahui puncanya . ok , mungkin anda faham bukan ?

lebih parah apabila sang penanggal (yang dimaksudkan penanggal name-tag bukan hantu itu tahu?) adalah seorang yang super-qowi , sang murabbi sejati dan pembaca tegar zaadud-taqwa.blogspot !!

anda faham bukan situasi yang saya maksudkan ?

entri ini mungkin sesi muhasabah buat sekalian akhi akhi berhati mulia ,

maka persoalannya , mengapa begitu akhi ?

ingat lagi bukan masa kita masih berjinak jinak , dibelanja makan dan berriadhah berjaulah bagai . kemudian kita disogok dengan segala jenis daurah dan bulatan gembira . tatkala itu (siapa ngengada pasang lagu jalan masih panjang-edcoustic ni) kita serius semangat ! terus menerus komited dengan usrah , mutabaah amal mantop , kemudian update status dan blog tarbawi , share dengan orang lain apa yang kita dapat kemudian berkobar kobar nak ajak member satu dunia berbulatan gembira !! sogokan diteruskan dengan sumbatan sumbatan berkualiti oleh sang murabbi , SH nya , SJ nya , SU nya dan banyaaak lagi !

masa berlaku , kita pula menggantikan akhi berhati mulia . kita jugalah yang merancang aktiviti Dee n Tee , daurahnya , riadhahnya , ziarahnya dan sebagainya . kita jugalah yang menyampaikan risalah ISK yang mengoyak rabakkan emosi itu , kita juga yang mengumpulkan sekalian manusia untuk bersama duduk sebulat gembira dan berukhuwah sehingga ke syurga .

maka yang demikian , dimana silapnya apabila kita tiba tiba senyap .. lari senyap senyap dari jalan ini . dengan senyap senyap kita tanggalkan pakaian Dee n Tee dan melompat keluar dengan senyuman sindir . apakah silapnya ?

kita memang semangat bagai nak gila masa mula mula terjebak dengan program , kerana kita rasa diri kita tak cukup ! kerana kita rasa memerlukan !! kerana kita rasa kosong ! sudah pasti anda tahu jawapannya apabila kita hilang semangat , futus , rasa nak angkat kaki dan cabut lari .

sifirnya begini ,

semangat berkobar kobar : rasa tidak cukup
futur , down , ah malaslah : ____________ ?

sudah tentu kerana kita rasa kita sudah cukup , kita rasa kita tiada kepentingan lagi untuk berjalan sama sama dengan adik adik . tiada kejadah untuk mengorbankan wang untuk iftar jama'i dan jaulah , tiada masa untuk program yang leceh ini ! kita rasa tidak perlu dah bermain bola beracun yang buang masa itu .

sedangkan ikhwah , itulah sebenarnya yang kita harapkan dahulu . agar disantuni dan nikmat ukhuwah itu yang sangat mahal !

kita semangat sebab kita rasa tak cukup , sekarang kita futur kerana kita rasa kita dah cukup !

el maklum , pasti kita sangat biasa mendengar kuot osem perbualan khabbab ibn aradh bersam nabi s.a.w kan ? khabbab yang dimasak belakangnya dengan cucuhan besi panas sehingga nanah sendiri yang memadamkan bara besi itu . ngeri bukan ? sedang derita sebegitu , mengadulah khabbab pada nabi s.a.w dan anda tahu apa yang nabi s.a.w jawab ?


" sungguh sebelum kamu ada orang yang digali lubang untuknya , dan dia ditimbus . kemudian didatangkan gergaji dan diletakkan atas kepalanya sehingga terbelah menjadi dua , dan ada yang badannya disisir dengan sikat besi sehingga terpisah daging dari tulangnya . namun semua itu tidak memalingkan dia dari agamanya , demi Allah agama ini tidak akan sempurna sehinggalah seorang pengembara dapat berjalan dari San'aa ke Hadramaut dan dia tidak khuatir melainkan kepada Allah dan serigala yang akan menerkam kambingnya . tetapi kalian tergesa gesa ! "


akhi , kita tidak pernah cukup !
apa sangat perjuangan yang culas ini nak dibanding dengan sikat besi dan gergaji !! kita masih muda untuk berhenti , bersara dari kefahaman ini . kita hanya tergesa gesa ! ego kita telah menutup pintu muhasabah . sebagaimana thufail , sa'ad ibn muadz dan umar al khattab , kita bukanlah taiko besar atau kepala gengster untuk tutup mata dari kefahaman ini . apatah lagi dengan status sebagai bekas 'orang yang faham' .

" .. orang orang yang telah kami berikan ayat ayat kami kepadanya , kemudian dia melepaskan diri daripadanya , lalu dia diikuti oleh syaitan (sehingga dia tergoda) maka jadilah dia termasuk orang yang sesat " [ al - A'raf : 175 ]

akhi , serius ini adalah sebuah ancaman !

dan sedikit kita tadabbur (hish, macam usrah pulak) ,

apabila kita melepaskan diri daripada kefahaman ini (bahkan mana boleh betul tak?) , jangan pernah kita rasa kita berada di lingkungan yang selamat . di situ adalah makhluk durjana as syaitonnn mengikuti anda , yang akan mengisi kekosongan kerja kita , yang mengisi waktu waktu usrah yang telah kita kosongkan , yang akan menyambut hari jadi kita , yang akan beriadhah bersama kita .

selamat berkenalan dengan syaitonirrojim !

" .. nescaya jika kami kehendaki kami tinggikan darjatnya dengan ayat itu , tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya , maka perumpamaannya seperti anjing .. " [ al - A'raf : 176 ]


ayat seterusnya menambah tembakan tembakan rambang , parah parah .

maka akhi , ayoh muhasabah !
kalau bukanlah kita keluar secara kata namanya , boleh jadi secara mentaliti kita telahpun keluar dari lingkungan ini . boleh jadi bukan ? ini sangat logik !


jom muhasabah !

takut takut kita adalah antara yang akan tertapis dalam perjuangan ini (err, rasa macam sangat tak layak nak guna ayat perjuangan itu) , sebagaimana Abdullah ibn Ubai dan kroninya yang ditapis semasa peristiwa Uhud . sebagaimana juga Ka'ab ibn Malik dan dua orang yang lain yang tercicir semasa perang Tabuk , tetapi yakinlah bahawa akhirnya jika kita memilih untuk muhasabah dan menyah toksidkan ego jauh jauh , maka kita akan memilih untuk jujur dengan Allah . sebagaimana Ka'ab yang mengaku bahawa dia sengaja memilih untuk tidak pergi kerana sikapnya sendiri , dan lihatlah yakinlah akhirnya taubatnya Allah terima !


allah , berkatilah kefahaman ini . dan jadikan kami dalam kalangan amaliyun

Thursday, April 5, 2012

pasca



antara lagu yang punyai lirik yang kuat
penghayatannya juga perlu kuat
dialunkan oleh akhi akhi yang kuat

kerana nun di sempadan sana ,
kita sebenarnya sedang membantu ummat yang kuat !!




ان يسرقوك من تاريخنا لا ينزعوك من صدورنا
kalau mereka (musuh) memusnahkan engkau (alquds) dari sejarah kami
tidak akan mereka (musuh) menghilangkan engkau (alquds) dari hati kami

kan ???

currently : maka apa yang lebih penting adalah , apa yang berlaku selepas GMJ !!