Friday, June 10, 2011

of small deeds , sins ?

" maha suci Allah yg memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim "

ini adalah keluhan ( sindiran sebenarnya ) seorang muallaf ( saudara muslim yang baru ) yang diluahkan berpunca dari pengalaman sepanjang keberadaannya di makkah semasa menunaikan haji / umrah .


bersumber lisan dan bacaan yang dipercayai insyaAllah



tuan puan ,

uh .

antara meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan perkara yang disuruh , mana yang lebih utama ?

saya masih ingat , ketika itu memang sesak . matahari sudah terpacak tegak . jemaah yang tawaf masih berangka ribu . saya benar benar berada di tengah tengah lautan manusia . di sekeliling saya ada ibu ibu tua , anak anak kecil , gadis gadis Iran , pak pak arab , remaja remaja cleaner dan segalanya . yang berkerusi roda , yang berjalan kaki dan yang berlari . semuanya memutari binaan yang sama dengan landasan orbit yang berbeza . di samping mereka , pelbagai ragam juga sebenarnya . berbangsa bangsa dan berbilang warna . tidak lain , kita beragama yang sama .

sebenarnya ,

masih segar jasa ibrahim a.s . tidak kering sejarah pengorbanan hajar , ditinggalkan suaminya di tanah kontang ini bersama Ismail a.s . sejarah besar yang tidak lekang dan diulang ulang , berputar putar siarannya di media massa . sehingga hari ini , berkejaran muslimin membanjiri tanah haram . mengamati nilai entiti kiswah hitam , dan maqam ibrahim setinggi 5 kaki itu . kemudian diratapnya multazam . di hijr Ismail bersesak sesak . di rukun yamani dan hajar aswad . kemudian singgah di telaga meneguk dua tiga zam zam . terasa , rasa yang mendalam . mungkin sahaja ini suasananya di alam akhirat kelak .




semua ingin ,

semua mahu umrah dan haji yang diterima , bukan setakat 'haji' sebelum nama .

rukun yamani dan hajr aswad , sedaya upaya dan sekerasnya mahu dikucup disentuh . multazam pun turut menjadi impian semua , untuk berada dan bersandar di sampingnya . meratapi dan menangis agar diterima serta diampuni . moga diredhai usaha kita semua .

tapi !!
jangan pandang sebelah mata .

risau banyak manusia pulang memikul pahala dan keampunan , sebahagian lain membawa dosa dosa dan kemurkaan dari haramain . tapi itulah , Allah Karim insyaAllah .

situasi satu :

sepanjang saya berada di el-haram . satu fenomena biasa yang dapat saya lihat adalah segolongan manusia yang sanggup apa-sahaja untuk mengucup hajr aswad , sanggup apa-sahaja untuk mengusap rukun yamani , sanggup apa-sahaja untuk berada di kawasan multazam , sanggup apa-sahaja untuk solat di maqam ibrahim dan sanggup apa sahaja untuk berada di dalam hijr Ismail dll .

saya maksudkan ,

sanggup membelasah member
sanggup tolak tolak
sanggup gaduh
sanggup panjat panjat (orang)
sanggup bertekak dan bertepuk tampar

atau sanggup menyusahkan orang lain ataupun mengupah orang untuk menyusahkan orang lain , memandangkan di al-haram ada khidmat tersebut .

iklan dan arahan : sila buat persepsi awal mengenai situasi tersebut .

suatu ketika pernah kami terhenti dan bergerak perlahan (sangat sangat sangat) selama setengah jam lebih dari melakukan tawaf . saya fikir mungkin ada kerja kerja pembersihan atau ada jemaah yang sakit atau ada pekerja yang mengarahkan supaya berhenti atas sebab sebab tertentu . sedikit demi sedikit saya bergerak menghampiri kawasan trafik yang benar benar sesak itu .

ceh !

ada lebih kurang 10 orang lebih sedang sembahyang , beribadah dan membaca Quran di laluan jemaah yang sedang bertawaf . betul betul di laluan itu . berdekatan dengan hijr Ismail dan multazam . apekah ?!!

iklan dan arahan [2] : sila buat persepsi awal mengenai situasi tersebut .

situasi 2 :


di sekitar rukn (sudut) hajr aswad antara kawasan paling paling sesak maut (tidak tahu tepat atau tidak istilah ini , kerana tidak tahu bagaimana lagi hendak menggambarkan keadaannya) . adalah lebih kurang 2 orang pegawal yang akan berjaga di kawasan itu . kebiasaannya , memang hanya jemaah lelaki yang berbadan tegap dan besar sahaja berada di kawasan ini memandangkan memang ia berstatus '18SX' . bukan 'U' . yang dimaksudkan '18SX' bukanlah semata mata umur , bahkan saiz badan dan kudrat yang ada . bagi yang beradan kurang tegap dan lemah semangat , hentikan sahaja niat itu melainkan anda hanya berupaya berdoa mudah mudahan Allah permudahkan atau menggunakan khidmat
Bantuan Meredah Jemaah untuk Hajr Aswad (BMJuHA) oleh beberapa orang remaja yang fasih berbahasa Melayu disekitar kawasan tawaf .

saya katakan , situasi ini gila !

yang anda hanya dapat lihat di tanah haram . bukan seperti orang berebut rebut membeli tiket perlawanan piala FA , Kelantan menentang Selangor di stadium Shah Alam . bukan seperti kesesakan ketika menyambut hari kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan . tidak boleh disamakan dengan mana mana kesesakan yang pernah saya temui selama ini . ini luar biasa !

saya 'langsung' tidak berkesempatan untuk mendekati kawasan itu , bukan kerasa tidak sasa atau sebagainya . saya turut memikirkan beberapa faktor lain seperti status bujang saya dan .. ok lupakan . yang penting , ia memang el-fenome'non .

tarik menarik , tolak menolak . pukul sana , marah sini . anda mungkin kata ini 'hiperbola' punya cerita . maka saya kata , jemputlah datang ke al-haram .

khidmat yang diberi oleh gerakan
BMJuHA juga high class sebenarnya . dengan bayaran sekitar 10-100-300 riyal . para pelanggan dengan mudah dapat mengucup hajr aswad . lihat komen salah seorang pelanggan mereka , " macam naik bot , laju . hu " saya difahamkan khidmat ini menggunakan 3 orang pekerja . yang pertama di hadapan pelanggan (pemecah arus) , yang kedua bersama pelanggan (saviour) dan seorang lagi berada dibahagian belakang (enjin tegar) . begitulah gambaran khidmat ini . akhirnya pelanggan berjaya mengucup hajr aswad .

satu peristiwa yang benar benar saya tersentuh apabila melihat seorang makcik tua yang berkerusi roda meminta minta kepada orang yang telah sedia ramai gila itu . agar diberi peluang kepadanya untuk mengucup hajr aswad . saya masih ingat kata katanya , " hanya sebentar , tolonglah . saya sudah tiada masa lagi (untuk hidup) ". tapi tak tahulah samaada makcik tu dapat cium atau tidak .

pada waktu solat fardu , ada juga yang berkejaran terus ke hajr aswad sebaik sahaja solat (macam tak sempat tamat solat pun ada)

mudah mudahan semua selamat , allah kareem .

sebahagian pula menggunakan 'tipu dan muslihat' . ada juga rupanya

iklan dan arahan [3] : sila buat persepsi awal mengenai situasi tersebut .

situasi 3 :

di multazam , rukun [sudut] yamani dan hijr Ismail . keadaannya tidak jauh beza sebagaimana yang digambarkan pada situasi 1 dan 2 . orang ramai akan berebut rebut dan bertolakan .

jujur , saya hanya sempat mengusap rukun yamani sahaja . itu pun sekali sahaja .

iklan dan arahan [4] : sila buat persepsi awal mengenai situasi tersebut .

hmm ..

refresh refresh .

ok , sekarang natural .

sekarang , kita perlukan soalan . soalan , mana soalan ?

antara meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan perkara yang disuruh , mana yang lebih utama ?

sebelum menjawab soalan
, kita hendaklah memahami kehendak soalan .

soalan ini melibatkan perbandingan , apabila dinamakan perbandingan ia menyertakan dua pihak/keadaan/nisbah . titik ukurnya adalah mana yang lebih utama . berbicara tentang keutamaan , mesti ada satu yang berada di atas (utama) dan satu lagi di bawah (kurang utama).

dua perkara yang dibincangkan adalah .

1. meninggalkan perkara yang dilarang
2. melakukan perkara yang disuruh

yang disandarkan kepada kayu ukurnya - keutamaan .

jadi , mana yang lebih utama ?

dalam kes kes yang disebutkan di atas , yang dimaksudkan

perkara yang dilarang - buat jahat , pukul orang , menipu , menyusahkan orang .
perkara yang disuruh - cium/usap hajr aswad atau hijr Ismail , meratap di multazam , berada di hijr Ismail , solat sunnat dan sebagainya .

jadi , mana yang lebih utama ?

nak jawapan segera .

tak boleh .

kita bermula dengan buah buah fikiran .

tuan tuan ,
untuk melakukan kebaikan . ia boleh dilakukan oleh orang baik dan orang jahat . tetapi , untuk meninggalkan kemungkaran ia hanya boleh dilaksanakan oleh orang yang benar benar baik (soleh) . benarkah teori ini ?

orang yang hari ini membohong , bukanlah menjadi suatu yang pelik pada masa yang sama dia seorang yang pemurah dan suka bersedakah . bukan suatu yang mustahil bagi seorang yang jahat untuk melakukan kebaikan kepada orang lain . begitulah , untuk meninggalkan kemungkaran sudah pasti hanya orang yang benar benar bersih dan baik sahaja boleh melakukannya .

sebelum repekan bergerak jauh , mesti kita fahami bahawa 'melakukan kebaikan' yang dimaksudkan adalah perkara perkara sunat . kerana perkara perkara wajib , comfirm comfirmlah perlu didahulukan dari segala jenis amalan . kerana ia arahan , kan ? tiba tiba , keluar persoalan baru - antara melakukan amalan wajib dan meninggalkan kemungkaran , mana lebih utama? - ok , sudah pastilah yang wajib lebih utama ! kerana yang wajib , perlu dihadiri dengan niat berbeza dengan meninggalkan kemungkaran . meninggalkan wajib adalah kufur , membuat kemungkaran tidak membawa kepada sebarang kekufuran , kan ? jadi , yang dimaksudkan 'melakukan kebaikan' pada percincangan ini adalah pada perkara perkara atau aruhan yang sunat . ok , clear hendaknya .

seperkara kita mesti tahu ,

meninggalkan perkara yang dilarang adalah satu perbuatan yang
wajib .

sebaliknya ,

melakukan perkara yang disuruh adalah perbuatan yang
tidak wajib .

maka ? inilah yang kita silap .
nabi s.a.w habaq ,
" apabila aku melarang kamu dari melakukan sesuatu , maka jauhilah ia . apabila aku memerintahkan kamu untuk melakukan sesuatu , maka laksanakanlah sekadar yg kamu mampu "
kemungkaran dan kebaikan adalah dua perkara yang berlain cas , kemungkaran bersifat negatif . tetapi bukanlah bermakna apabila kemungkaran bertemu kemungkaran itu membawa kepada kebaikan .

ha !

tanah suci .

ia bukan tanah yang magic , ia tanah barakah .

maka , tidaklah sesuatu yang mustahil apabila sang muallaf berkata demikian (rujuk ataaaaas skali) . mungkin sahaja kita ini lebih muallaf dari dia , sebab itu berbeza orang yang memiliki Islam melalui 'choice' (pilihan) dengan melalui 'chance' (peluang) . kita di mana , bergantunglah bagaimana sikap kita di hadapan ka'abah dan raudhah .

ya , selamat berkenalan dengan Islam .. ops , dengan muslim .

p/s : maha suci Allah memperkenalkan aku Blog sebelum fb .

5 comments:

Anonymous said...

minta maaf kurang ilmu
nak tanya,kenapa kebanyakan jemaah haji sangat beriya-iya nak cium hajarul aswad ye

abu uwais said...

Saidina Umar bin al-Khattab apabila hendak mencium Hajarul Aswad berkata:

“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

cukup ke jawapan begini ?

ia sunnah nabi

untuk bacaan lanjut boleh rujuk ini:

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/24/sejarah-hajarul-aswad/

dan juga boleh rujuk , ustaz :)

-hazen said...

seribu kali setuju

Ibnu Roslan said...

Smart Gila Baib!
Setuju Penuh!
















































Pasni nak gi Umrah dengan Khubaib la.. Banyak ilmu leh kongsi2 ni.. ^^

Anonymous said...

well.. igtkn saya je yg berfikir benda ni.

Alhamdulillah, ada juga org lain yg lebih mendalam pemikirannya.

But then, i still hope that muslim will present true islam one day. indeed sure, it should start from ourselves first.