dah berapa acara disempurnakan .
dah berapa majlis dilancarkan .
dan , berapa ramaikah ada kesedaran ? ohoi !
hmm ...
toleh ke langit dongak ke awan , kusut otak membincangkan . agak agak apa yang jadi masalah ? penganjur atau peserta ? atau ahli jawatankuasa yang 'lesu' ? atau program yg kurang menarik ?? atau anda sendiri masih belum faham apa yang saya ingin sampaikan ?
oo ..
cth : Kem Remaja Unggul Sangat (KRUS)
awal2 lagi peserta diberi peringatan agar sentiasa cakna sepanjang program . setiap peserta dibekalkan sebuah fail plastik-anti-renyuk . di dalamnya ada sebuah buku nota , sebatang pen , buku tentatif program dan gula gula nyaman . sebuah borang muhasabah atau maklum balas diagihkan kepada setiap peserta .
every single slot diperincikan dalam borang muhasabah , dan peserta tegas diarahkan agar meng'gred'kan setiap slot sepanjang program berlangsung . kemudian diserahkan semula kepada AJK bertanggungjawab di akhir program , mudah mudahan .
iklan : apekah itu borang muhasabah ?
mana mana program pun akan menggunakan ini sebagai 'standart-prosedur' . penggredan ini melibatkan 'stakeholders' ataupun client . 'pelanggan' utama adalah peserta . bertujuan untuk mendapat respon dari setiap peserta bagi tindakan susulan pada program program yang seterusnya . boleh juga menjadi kayu ukur keberkesanan program dan sebagainya .
[ definisi di atas sangat 'skema' , penulis menyedarinya ]
slot demi slot , ceramah demi ceramah , majlis akhirnya sampai ke hujung . borang muhasabah diserahkan kepada wakil jawatankuasa program seperti yang telah diarahkan .
seminggu kemudian , AJK pelaksana KRUS telah berkumpul dalam suatu mesyuarat khas sebagai muhasabah kepada program yang telah dilaksanakan . maka dengan sepenuh protokolnya , setiap AJK membentangkan gerak kerja yang telah dilaksanakan disertai dengan permasalahan , faktor masalah dan cadangan .
bla .. bla .. bla ..
tiba masa perbentangan borang muhasabah . AJK yang bertanggungjawab telah memilih beberapa komentar untuk tatapan dan perhatian semua . antara yang menarik :
" nasi batu , ayam kayu "" dewan panas ! hati gua lagi panas ! "" AJK kurang hensem , wakaka "
huh .
mesyuarat berakhir , dan AJK beredar .
objective oriented
saya masih ingat beberapa tahun yang lepas , ayah bawa saya ke satu program . program program biasa , dihadiri oleh beberapa orang termasuk saya dan ayah . lebih kurang dua jam lebih program berlangsung . dah la buat dalam bilik yang kecil , panas lagi , bosan lagi . program pulak penuh dengan cakap dan cakap dan cakap . tasbih kafarah menandakan program sudah berakhir , lega sungguh . ikut protokol , time camnilah makanan disorong keluar . tapi , entah . pucuk dicita , akar pun tak tumbuh . selesai bersalaman dan bersenyum lambaian , semua beredar pulang ke rumah . apekah ?
di dalam kereta , saya pandang ayah .
ayah juga pandang saya .
mata saya berkedip , ayah palingkan semula pandangan ke arah cermin hadapan .
" .. lapar , kenapa takde makanan tadi "
ayah cakap ,
" ooh , tadi tu bukan program jamuan makan "" bruuuup bruup " (bunyi perut)
ooo ..
saya tahu ayah nak ajar satu perkara .
berprogram dengan 'objective' oriented , berbeza sebenarnya dengan 'makan' oriented . sama juga jika datang program dengan 'dewan-ber-aircond' oriented , 'ajk hensem' oriented , 'layanan' oriented mahupun 'gula-gula' oriented dan sebagainya . ke camne ?
'maqasid' program
amaran : header di atas berbaur kemahiran berbahasa arab dan asas usul feqh .
mana mana program , sudah pasti ada objektif . objektif ni letaknya di tangga paaaling tinggi klu diukur berdasarkan keutamaan (sepatutnya la) . program tanpa objektif umpama Mercedes tanpa tayar , umpama DSLR tanpa Aperture dan Shuttle Speed, umpama komputer tanpa screen . apa pun tak jadi !
jadi , selak punya selak . antara objektif KRUS adalah :
1. membina remaja berketerampilan sangat
2. membentuk peribadi remaja yang mulia dan berbudi pekerti sangat
3. melatih kemahiran pengurusan dan pentadbiran
4. menjana pemikiran kelas perdana dan berwawasan tinggi ke angkasa (cewah!)
jadi , adakah relaven anda 'komplen' tentang masakan , keselesaan dan kehenseman ?
1. memastikan remaja berselera dan kenyang ketika menjamu selera
2. menjana remaja remaja yang selesa ketika program berlangsung
3. menggalakkan AJK program berhias dan hensem
4. menghidupkan suasana sejuk dan nyaman dalam dewan program
inikah yang kita mau ? ke ape ?
tidak , kan ?
saya sudah muak dan bertambah alah dengan komentar komentar sebegitu . bukan suatu yang luar biasa . ini fenomena biasa . dan akan kekal menghantui industri pemprograman tempatan , saya merasai kerisauan ini dengan benar benar kerisauan . akhirnya , semua program yang dilaksanakan tidak lain tidak bukan sekadar menghabiskan wang , masa dan tenaga . input yang banyak , tetapi tidak mengeluarkan output yang berkualiti mahupun berkuantiti .
Akhirnya ..
para penganjur , para peserta .
jom ramai ramai kita betulkan maqasid (tujuan) program . ini soal kesedaran
saya tiada masalah dengan pengkomplen pengkomplen tegar pada segi masakan , henseman ataupun keselesaan . itu sudah hak , dah la suruh isi borang kemudian bayar yuran lagi . tak pasal pasal kene marah . jangan terasa , saya tak marah . kalau betul marah pun , itu kan tanda sayang .
cuma , sudah jadi satu kelumpuhan yang besar apabila difokuskan sekitar isu masakan , henseman dan keselesaan . sedangkan itu bukanlah tujuan utama anda berprogram . sebab itu , akhirnya yang keluar dari program program motivasi adalah orang orang yang kekenyangan dengan makanan yang sedap sedap . yang keluar dari program program kesedaran alam sekitar adalah orang orang yang puas dan selesa dengan dewan yang ber'air-cond' . tidaklah mereka dapat dari program program sebegitu melainkan kenyang mahupun selesa dengan perkhidmatan dan layanan AJK program . masuk dengan kosong , keluar pun kosong .
program kita adalah objective-oriented !
p/s : tidak terhad pada program motivasi , kem pelajar ataupun seminar shj . boleh sahaja terjadi pada pertemuan pertemuan kecil , mensyuarat ataupun liqa' ilmiah . tidak percaya ? lampirkan borang muhasabah pada setiap pertemuan itu .