Friday, February 24, 2012

mesej untuk pengkasihan


prologue :

The Last Sigh of the Moors , Granada

1492


" engkau menangis seperti seorang perempuan , 
tetapi engkau tidak mempertahankan kerajaanmu seperti seorang lelaki !! "


reaksi ringkas ibu kepada Raja Boabdil pemimpin bangsa Moor ,
mewakili kerajaan Islam terakhir di Granada .

sambil memerhati kota Andalus yang hancur , dibakar dengan keringat dendam dan bedilan perang .

kota itu dulunya megah menatang Islam tinggi di mata dunia , yang membukanya seorang pemuda Barbar , Thariq ibn Ziyad di awal era Umayyah . bukan mudah membawa sekumpulan manusia menyeberang Selat Gilbratar , kemudian dibakar pula kapal pelayaran mereka setelah tiba di pantai Andalusia . tidak henti henti dimainkan semboyan jihad , yang mengiring tentera Muslimin ke muara sungai Barbate membawa mereka hanyut dengan irama iman . di hadapan mereka ada gerombolan Gotik yang jumlahnya jauh lebih besar . tekad dan iman menatijahkan kemenangan tentera Thariq ke atas tentera Gotik yang kemudian mewariskan parut yang besar buat generasi Nasrani di tanah itu .

800 tahun seterusnya , bumi ini hilang harumnya ..

dendam keparat King Ferdinand dan Ratu Isabella meranapkan seluruh bumi Moor . apa lagi yang boleh diharapkan dari suatu kaum yang tidak akan pernah redha terhadap mana mana insan yang berbahasa 'Islam' . sedang tanah ini lumat diratah pedang suci Nasrani . bumi ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki Islam .

mungkin Raja Boabdil tiada pilihan ,
melainkan menangisi kejatuhan kerajaannya . merintih silap silap lama .

maka hari ini kita di mana ?

bumi ini sudah tiada wangian Islam yang menyerikannya ,
bumi ini tiada alunan Quran yang menyucikannya
bumi ini kehilangan pendekar segak yang menjulang kalimah Nya

penampar satu 1#

borak borak kedai kopi membawa kami ke tajuk yang cukup kritikal . benar , kami bukan insan yang cukup bertauliah untuk merakyatkan isu isu global .

Syria , isu dan masa depan ??

al-maklum , hari ini duduklah kita di mana mana .. semua akan 'bersuara revolusi' , para mahasiswa membawa sepanduk 'dunia harmoni' dan teriakan 'kebebasan' kedengaran di pelusuk dunia . Syria , Palestin , Mesir , Lybia dan sebagainya adalah fokus perbincangan kita semua .

hari ini semua orang mampu menjadi jurucakap kepada isu isu ummat . menjadi wartawan wartawan tidak rasmi kepada masalah sejagat dan pengulas bebas di sudut-pandang terbitan rakyat . semua insan berkongsi link dan entri , bait bait lagu dan lirik padu .. susunan puisi dan pantun .

kita katakan ya !! ini satu perkembangan yang baik .. sangat baik !

tapi ke mana kita nak bawa ini semua ?
adakah untuk menzahirkan 'kesian' pada mereka ?
meluahkan tangisan dan rintihan kesedihan kita untuk mereka ?
seterusnya mewariskan air mata ini kepada generasi seterusnya ..

semua ini akhirnya membawa kita kepada natijah yang lebih kurang nak serupa ,
agar dunia ini kesiaaaan dengan mereka ..
dan aliran aliran air mata , oleh kita untuk mereka ..

penampar dua 2#

jelas hari ini kita telah dayus dan tempang dengan istilah 'jihad' dan 'perjuangan' .

kita hanyut dengan definisi yang mengelirukan ,
dengan memaparkan perjuangan itu dalam maksud yang cukup sekular . memperlihatkan ummat kepada gambaran jihad yang celaru . sangat kecil medan yang dimaksudkan sebagai 'gelanggang perang' .

sehingga jihad disinonimkan dengan bom dan senapang semata mata
dengan ceramah dan wang berjuta
siulan lagu jihad dan demonstari jalanan
semata mata ?


dan Syria masih menadah tangan harapan
kita harapkan mereka kenyang dengan doa dan tangisan
dan Afghanistan masih berputar dalam lingkaran yang sama
kita harapkan mereka kebal dengan entri dan artikel mingguan
dan Palestin masih belum sembuh dari luka luka
kita harapkan mereka kebas dengan bius air mata

dimensi jihad ini harus kita buka seluasnya , dan amati seminit dua .


penampar tiga 3#

isunya mudah , semudah alif ba ta dan satu tambah dua ..

pejuang hari ini tidak dibina sebagaimana pejuang Badar dibina .

oh .. okeh saya ulang

pemuda hari ini tidak dibina sebagaimana pemuda Al Fateh , 
semulia tentera Salahuddin dan segagah Thariq ibn Ziyad !! 

pejuang hari ini dibina dengan isu , wang , politik dan kepentingan individu !

kemudian dengan mudah kita harapkan Ababil datang bersama bara neraka ,
kita harapkan 1000 malaikat menyingsing lengan membantu kita ..
tidak kurang yang pukul curi , menyandarkan kehinaan Islam hari ini berpunca dari tangan tangan Yahudi dan Freemasonari .

kemudian pakat sama sama lari meninggalkan medan jihad dengan mengatakan ,

"oh, saya sudah berjuang. tengs babai" !!!

ceh !

baik , bingkas bangun kita bebaskan ummat hari ini dari jahiliyah dan al-hawa . malah ini adalah sebesar besar sumbangan kita kepada umat Islam keseluruhannya . bukan semata mata kita berselera membuka lembaran mengubah kerajaan dan sistem perundangan , jauh sekali memimpin dunia dan world order .

mesej kita jelas .. patuhi maratib amal .

allahu a'lam .

monologue : kemudian entri ini juga , hinalah aku jika sekadar menjadi penerus kata keramat kepada ummat .. bahawa kita kesiaaaan sangat .

ummat kembali menangis seperti perempuan , dan menyebarkan tangisan mereka .
sedang agama ini tidak dipertahankan seperti seorang lelaki !!

8 comments:

Anonymous said...

semakin cinta dengan fikrah kita
moga Allah thabatkan kita semua dengan jalan ini

bukan anonymous said...

masyaAllah akhi se-Jordan-ku .

makin sayang ana dengan enta :)

non-anonymous said...

saya suke komen belog anda .

anda sentiasa di hati saya .

malah anda guru saya .

kechiwa saya dengan belog anda .

tentera .ber.kuda.islam. said...

huh . jangan lupa blog ana komen sekali ye .

Anonymous said...

Salaam.
Masyallah, trima kasih utk post. Moga kta istiqamah dn bersungguh mlawan hawa dn sisa jahiliyyah, dlm diri sendiri utamanya. Nnti blh lah kta prtahankn agama mcm seorg lelaki.

Jzk Allah khyr.

tepianmuara said...

nak komen awal2 tu je.

alhamdulillah, hari ini Islam mula bertapak semula di Granada, setelah lebih 500 tahun 'digadaikan' Boabdil.

masjid sudah dapat diimarahkan semula. tengok semangat mereka hari ini di sana, masyaAllah, sangat2 kagum.

oh, satu lagi, macam segan, tapi aku tak kenal lah kau yang mana. lain kali tegur aku boleh, kalau jumpa kat masjid?
(kalau kenal aku, kalau sudi...dan kalau aku gi masjid. haha)

Anonymous said...

1492 kot akhi?
kat dakwah.info pun.

abu uwais said...

err , sebenarnya sengaja nak uji pembaca . hihi

tak perasan pula , dekat sangat dengan tahun merdeka Malaysia tu

terima kasih tegurannya mas !