Tuesday, March 12, 2013

ikhlas

إن من الناس يكون وسط ألف يبكي وهو مخلص
ومن الناس من يكون وحده في حجرته لا يراه أحد وهو مرائي

ikhlas , ungkapan paling lejen sepanjang hidup

العبرة ليست في كمية العاملين لكن في كمية المخلصين

sebagaimana al banna menegaskan dalam himpunan risalahnya , al mafhum
bahawa alam ini tidak didiami oleh ramai Muslim , dalam sedikitnya Muslim itu lebihlah sedikit Muslim yang melazimi Islam dalam hidupnya , lebih sedikit Muslim yang menjadikan hebahan risalah Islam sebagai matlamat hidupnya , kemudian lebih sedikit Muslim yang ikhlas melaksanakan tugasnya itu . maka inilah Muslim , yang dijanjikan padanya syurga yang tertinggi

semakin aku membesar dengan bahtera ini , aku melihat penapisan itu semakin hampir
bila rasa rimas dengan aktiviti tarbawi , lemah untuk membina diri , mudah terganggu fokus dengan perkara perkara yang kecil , jiwa sensitif , emotional

Allah sedang mempersiapkan tentera yang benar benar layak untuk menegakkan kalimahnya menyimbah seluruh alam , sebaik baik tentera seikhlas ikhlas tentera

Allahummasyhad ! Allahummasyhad !


No comments: