Thursday, October 24, 2013

Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 3/6

Hakikat Dakwah Kita ;

Imam al Banna menyebut , " kita suka untuk memberitahu kaum kita (seluruh muslimin adalah kaum kita) sesungguhnya dakwah kita adalah dakwah jelas dan adil , dengan keadilan ini maka telah tewas siapa yang berkepentingan peribadi , telah hancur materialisme , telah ditinggalkan hawa nafsu dan harta . ia terkehadapan di sebuah jalan kebenaran yang dilakar oleh Allah swt terhadap para da'ie " katakanlah ini jalanku , aku menyeru kepada Allah dengan segenap kejelasan , aku dan orang orang yang mengikutiku , Maha Suci Allah dan aku bukanlah dalam kalangan orang yang musyriq " kita tidak meminta minta apapun dari manusia di sekeliling kita , tidak harta dan tidak juga hadiah , tidak juga sebarang pangkat kemuliaan , bahkan terima kasih dan penghargaan , kesemua balasan itu tidak ingin kami perolehi kecuali dari tuhan kami "

mereka yang cenderung kepada kita tanpa kesedaran dan kefahaman , akan menjadi orang yang juah daripada kita pada sesuatu masa . kerana mereka beranggapan bahawa dengan dakwah , mereka akan mendapat manfaat peribadi dan harta benda , ataupun mereka itu hanya wala' kepada individu individu dan berkepentingan , hakikatnya ia bukan seperti itu . Imam al Banna telah menggambarkannya dengan menyebut " kami adalah orang yang tidak bernama (terkenal) , tidak pula berharta kaya raya , kami berkehendak kepada pengorbanan dengan siapa yang bersama kami dan mengupayakan apa yang ada di tangan kami , tibalah kepada kami dengan pasti keredhaan Allah swt dan Dia adalah sebaik baik penolong dan sebaik baik pelindung "

mereka yang lari dari kita juga , ada yang lari tanpa sebarang kesedaran dan kefahaman mengapa lari dari kita ? mereka tidak mengetahui hakikat dakwah kita dan kalam kalam kita yang ikhlas , mereka berbicara tentang kita dengan segala syak wasangka dan hanya mengenali kita secara samar samar . kita katakan kepada mereka : jadikan kamu sebagaimana yang kamu kehendaki dengan syarat kamu memahami mengapa kamu cenderung ke arah itu ? dan mengapa mereka melarikan diri ? kami tidak menuntut selain dari itu

Syed Qutb menyebut ; " jahiliyah yang pertama adalah berbentuk kejantanan dan kemuliaan , hari ini jahiliyah berupa pengecut dan pencairan . oleh itu , manusia ini seperti logam , terpilihnya mereka ketika jahiliyah maka terpilihlah juga ketika Islam jika mereka faham . keyakinan adalah titik tolak seorang insan untuk bertemu dengan hak dan mengetahui arah yang dituju "

sungguh orang yang cari , bertangguh tangguh dan ambil mudah , mereka tidak berusaha mencari kebenaran malah tidak menginginkannya . Imam al Banna menyebut , " kelalaian dan sambil lewa , jiwa yang lemah , alpa dan buta . kemudian mengikut sentimen , mereka ini bukanlah berada dalam jalan orang yang beriman "

maka ruh prihatin dan berhemah inilah yang ingin membangkitkan jiwa untuk beramal , ia berupa sebuah emosi perjuangan yang teguh , sebuah idea Imam al Banna , ia menuntut sejumlah amal pada penfokusan dan amal perluasan

Tuntutan tuntutan Dakwah Kita

Amal penfokusan : ia bermaksud memberi kesedaran dengan sepenuh kejelasan , tentang prinsip dan nilai nilai yang mulia . ia wajib dilakukan dengan berfokus , jelas , jauh dari sebarang kesamaran

Amal perluasan : ia beroperasi dengan membuka mata mereka yang dilanda masalah , supaya mereka menyedari kerosakan yang berlaku di sekeliling mereka " Allah lebih mengetahui sebagaimana dia mensyari'atkan risalahnya " al An'aam : 124 . bukanlah semata mata kejelasan risalah ini dan huraiannya , penting juga untuk menyedarkan masyarakat yang akan menjadi subjek kepada risalah ini , di samping fokus kita untuk menjamin kejelasan fikrah pada pekerja kita , kita juga ingin membentuk sebuah masyarakat yang bersedia menerimanya

Maka dengan itu ketika Allah swt menurunkan sebuah risalah khatimah ke atas masyarakat Arab , mereka dikira masyarakat terbaik yang terpilih ketika itu di atas bumi , mereka dipersiapkan untuk menerimanya , jauh daripada sebarang falsafah lama dan agama agama keberhalaan serta cengkaman kekuasaan negara dan penguasa , masyarakat ini bangga terhadap ruh Arab , mereka tidak terkesan dengan keberhalaan Rom tidak juga agama Nasara malah Yahudi , mereka berada di tengah tengah padang pasir , hidup di sebuah suasana kehidupan yang kasar , fikiran mereka bebas dan jiwa mereka suci , Syed Qutb menyatakan hal ini dengan menyebut , " ia telah menutup daya berfikir manusia , iaitu keberhalaan dan hidup tanpa tuhan dan aqidah falsafah yang memenuhi akal , sebaliknya Arab telah bersedia untuk menerima risalah kerana tabiat mereka yang jauh dari segala gangguan yang disebutkan tadi "

Imam al Banna sentiasa teliti dalam memberi fikrah , menerangkannya dan menghuraikan , di samping teliti juga untuk menyediakan masyarakat yang mampu menerimanya dengan membangkitkan sebuah ruh yang terselamat dari sebarang sikap sambil lewa dan tidak ambil kisah , setiap orang mesti mengetahui mengapa dia beramal dan mengapa dia cenderung kepada sesuatu dan mengapa dia lari dari sesuatu . Islam adalah sebuah deen untuk seluruh manusia

Imam al Banna menghuraikan golongan al mutaraddid (ragu ragu) : mereka masih belum mendapat kejelasan tentang al haq , mereka belum memahami kata kata kita yang ikhlas dan berfaedah , mereka berupa golongan yang berdiam diri , bertangguh dan ragu ragu . golongan sebegini kita tinggalkan dan menasihatinya agar kerap berhubung dengan kita , bacalah tentang kita baik dari jauh atau dekat , membelek penulisan penulisan kami dan fokus kepada pergerakan kami , berkenalan dengan ikhwan , maka mereka selepas itu akan menjadi tenang dengan kita dengan izin Allah , itulah dia pengurusan golongan yang ragu ragu seperti yang kita lihat pada pengikut nabi-nabi as "

tentang golongan mutahamil (prejudis) pula , " mereka ini akan sentiasa kita sayangi dan mengharapkan kecenderungan mereka terhadap kita dan tunduknya di bawah dakwah kita . kita berpegang kepada syi'ar yang telah disebutkan oleh nabi saw ; Allahumma ampunkan kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu "

ia adalah sebuah semboyan ruh serius dan sensitif dengan tanggungjawab , seterusnya meninggalkan kelalaian , alpa , leka , buta dan mengikut sentimen

oleh itu , adalah penting bagi para da'ie untuk menyediakan jiwa jiwa ummah untuk menghadapi gangguan luaran di sekeliling mereka sehinggalah bersedia untuk menerima risalah ini dan bersama sama melaksanakan tanggungjawabnya yang tidak ternilai itu

Risalah ini sangat berharga , ia tidak ternilai , baik dari sudut penfokusan mahupun perluasan , penglibatan dan penyaksian terhadap keadaan yang telah merosakkan manusia dengan kaca mata dakwatuna , merealisasikan kemuliaan insan yang telah dijanjikan Allah swt , dengan melaksanakan keadilan dan bertarung darah menuntut ummah untuk menghayati risalah ini supaya dengan itu mereka memahaminya dan melaksanakannya . oleh itu bagaimana cara untuk menyempurnakan ia ? iaitu dengan membisikkan pada jiwa ummah betapa sengsaranya apa yang sedang menyelubungi mereka

seperti yang dinukilkan Syaikh Houdat Saeed dalam bukunya Amal ; Kemampuan dan Kemahuan , " ia adalah sebuah ilmu pakar , cangguh , ilmiah dan terlatih . ia menyediakan jiwa ummah dan menyedarkan ia tentang bahaya bahaya yang sedang menyelubungi mereka "

inilah dia ruh yang difokuskan oleh risalah dakwatuna , inilah yang dimaksudkan Imam al Banna dengan ruh berhemah dan ruh istinfar (beramal)

Syarat syarat Pelaksanaan Tanggungjawab Ini Terhadap Ummah

Setiap pelaksanaan terikat dengan syarat syarat untuk menjayakannya , beberapa ikatan telah digariskan untuk menyepurnakan amal yang besar ini ;

1. Melaksanakan Tanggungjawab Tanpa Bergantung kepada Sebarang Imbalan

sabda Rasul saw , " laksanakanlah tanggungjawab , dan mintalah balasannya dari Allah untuk kamu " , laksanakanlah  kewajiban yang telah dipertanggungjawab ke atasmu terlebih dahulu iaitu memusnahkan kezaliman walaupun engkau tidak mendapat apa apa faedah daripadanya , walaupun engkau kehilangan semua kepentingan dunia

Imam Muhammad Abduh telah menyusun sebuah kalam yang penting apabila menafsirkan sabda Nya pada ayat " kamu semua telah menjadi ummah yang terbaik yang dibangkitkan kepada sekalian manusia " Ali al Imraan : 110 , antara tanggungjawab ummah ini adalah memusnahkan tangan tangan yang zalim , zalim adalah seteruk teruk kemungkaran , dan keadilan adalah semulia mulia ma'ruf . ini adalah kewajiban sebuah ummah , tanpa melihat kepada sebarang timbal balik yang berupa manfaat , harta harta dan sebaginya . sebagaimana yang disebut Imam al Banna di risalah yang lain , " amal dilakukan pertama sekali kerana melangsaikan tanggungjawab , kemudian barulah mengambil manfaat dari amal amal ini . amal ini terlah menghapuskan dosa dan mengaut pahala bilamana menepati syarat syaratnya , sebaliknya faedah faedah adalah urusan Allah bergantung kepada penilaian Nya

Maka melaksanakan kewajiban tanpa mengharap kepada sebarang balasan adalah syarat terpenting untuk sebuah amal , untuk menjayakan seterusnya melestarikan capaian capaian dakwah agar dakwah bernafas panjang . ia adalah sebuah tuntutan yang sukar . boleh jadi kelemahan amal Islami moden hari ini yang dihuraikan Imam al Banna sebagai mengislahkan kerajaan sebelum masyarakat , ini bermaksud mencapai objektif sebelum mempersiapkan alat alat untuk mencapai objektif , dalam sebuah tajuk yang lain , Di atas Jalan Kebangkitan beliau juga menyebut " di sana adanya segelintir orang yang tidak merasakan mereka tidak berpengalaman dalam menghadapi ujian ujian , mereka tergesa gesa untuk mencapai objektif sebelum menyiapkan alat untuk mencapainya dan berpuas hati dengan hasil untuk dibawa pulang , mereka inilah golongan yang telah menjauh masyarakat dari mereka , telah hilang dari mereka pimpinan yang bersemangat , hilang sikap berkorban mereka "

Imam al Banna kerap mengulangi kata katanya untuk menyampaikan perkara ini , sungguh kita perlu melangsaikan kewajiban kita terlebih dahulu samaada kita peroleh imbalan mahupun tidak , ia tidak bertentangan dengan teori feqh aqibah (imbalan) , walaubagaimanapun adalah sebuah keperluan untuk kita sentiasa bermuhasabah pada setiap wasilah yang digunakan untuk mencapai objektif jika objektif yang digariskan tidak diperolehi pada masa yang kita anggarkan , pasti ada beberapa kecacatan pada wasilah dan jangan sesekali membuang asas asas yang suci pada dakwah kita

" dan ketika mereka melakukan maksiat mereka berkata kami mendapati orang orang sebelum kami berkata Allah telah memerintahkan kami dengannya , katakanlah bahawa Allah tidak sesekali menyuruh kepada maksiat . mengapakah engkau mengatakan terhadap Allah sesuatu yang engkau tidak ketahui ? " al Aaraf : 28

mereka telah meletakkan kesalahan kepada kehendak Allah , ini adalah suatu perkara yang sangat bahaya . kita perlu terus bekerja dan melaksana , kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana kejayaan itu akan tiba . ini adalah kefahaman yang salah kerana hilang padanya feqh aqibah , ini sangat penting untuk memelihara amal yang sedang kita laksanakan " beramallah , Allah akan melihat amal kamu , rasul Nya dan orang orang yang beriman " at Taubah : 105 , dan di dalam sebuah hadith qudsi , " wahai hambaku aku akan mengira amal amalmu untukmu , siapa yang bersungguh melakukan kebaikan dan bersyukur kepada Allah dan siapa yang melakukan kejahatan mereka akan merasai akibatnya "

 kembali sekali lagi terhadap apa yang telah kita katakan , tidak perlu untuk ternanti nanti sebarang timbal balik , tidak melihat faedah faedah , tidak bermaksud mengabaikan feqh aqibah dan terus melihat kepada kesan kesannya , inilah yang dimaksudkan oleh " ataupun jika kami tunjukkan kepada engkau sebahagian yang telah kami sediakan untuk mereka , ataupun kami mematikanmu " Yunus : 46 , kerana boleh jadi kita melihat hasil hasil atau tidak melihatnya , tetapi janji Allah tetap bersama orang yang beriman dan beramal soleh " Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh dengan menjadikan mereka khalifah di muka bumi sepertimana yang telah dijadikan khalifah orang orang sebelum kamu dan Dia akan menjayakan agamanya yang telah Dia redhai untukmu dan dia menggantikan kami dengan sebuah ketenangan sesudah ketakutan " an Nur : 55 , inilah janji Allah swt terhadap ummah Muhammad saw , kita mendahulukan maslahat umum berbanding maslahat individu

kerana engkau sedang melangsaikan kewajiban , ia memberi manfaat kepada manusia di sekitarmu . inilah nilai ithar dan pengorbanan serta beramal hanya kepada Allah . kerana kalaulah kita tidak menikmati kejayaan maka mereka akan menikmatinya , inilah sebaik baik balasan yang kita tuntut iaiti kematian di bawah naungan keberkatan Islam , kemuliaannya , membangkit masyarakat , izzah ummah

untuk itu , Syed Qutb ketika ditanya tentang capaian dakwah , apa yang membuat engkau untuk menerima amanah memimpin tanzim sedangkan engkau berada di luar penjara , kesihatan engkau tidak membolehkan engkau untuk bertindak begitu , tindakan ini membelakangi perundangan sedang engkau merupakan golongan elit dan mereka adalah pemuda pemuda biasa , " aku mengetahui apa yang aku lakukan ini memang membelakangi semua perundangan di dunia , tetapi inilah dia kewajiban beragama yang aku faham tentang Islam dan ia adalah hasil munajat antara aku dan tuhanku . aku begitu terkesan dengan amanah ini , aku merasa terlalu sayang kepada diriku dan orang orang di sekitarku , ke atas ummatku . ini telah membuatku bangkitkan jiwaku dengan segala kekuatan untuk melangsaikan tugas ini , walau apapun caranya dan tebusannya , aku tahu ia akan memberati hidupku . inilah dia ujian yang tidak terdapat pada selainnya , hasil dan imbalan itu aku serahkan kepada orang selainku , tetapi sekarang ini aku nikmati apa yang tersedia aku miliki "

Imam al Banna menyebut dalam risalah Adakah Kita Kaum yang Bekerja , " jika usaha kita tidak membawa kepada sebarang kejayaan maka generasi selepas kita akan melaksanakannya sehingga berjaya insyallah "

inilah dia feqh aqibah yang mengajak kita untuk melihat kepada tuntutan dan kewajiban dan melupakan imbalan , inilah syarat untuk menjayakan sebuah amal sehingga ia dapat bernafas panjang

2. Membangkitkan Kemahuan

seterusnya adalah membangkitkan kemahuan , ia tidak terlaksana kecuali dengan menfokuskan kepada contoh teladan yang baik , kejelasannya dan kemampanannya untuk terus kekal , keahliannya dan kemampuannya untuk mengislah manusia , kerana kemahuan tidak akan bangkit kecuali dengan menfokuskan pembinaan contoh teladan yang baik , contoh yang akan menjadi kayu ukur pada masa yang sama . iman tidak akan bangkit kecuali selepas memunculkan ia di tengah tengah manusia

sumber : portal rasmi ust Muhammad Hamed Eliwah



Tuesday, October 22, 2013

Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 2/6

Ruh umum risalah dakwatuna :
ia adalah sebuah kesinambungan terhadap keistimewaan ummah , antaranya ;

i. keistimewaan prinsip
ii. keistimewaan pangkat
iii. keistimewaan penanggungjawaban

1. keistimewaan prinsip

Syed Qutb telah menegaskan hal ini di dalam kitabnya , Sudut Pandang Islam pada Hal Ehwal Moden Dunia dengan menyebut , " perkara terawal yang difokuskan Muhammad saw setibanya di Madinah ialah muslimin dan mu'minin (ummah yang istimewa) , ini bermaksud istimewanya ia pada asasnya yang dinamakan Rabbaniyah seperti yang digambarkan oleh surah al An'am 161-163 " sungguh aku telah diberi petunjuk dari tuhanku ke arah jalan al mustaqeem agamanya dan nilainya millah Ibrahim yang mulia dan dia bukanlah dalam kalangan orang yang musyrik . katakanlah solatku , nusukku , hidup dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam , tiada sekutu bagi Nya malah sedemikianlah aku diserukan dan aku adalah yang terdahulu sebagai Muslim "

ini adalah sebuah keistimewaan prinsip , iaiti Rabbaniyah

2. keistimewaan pangkat

" kamu telah menjadi satu ummah yang terbaik , yang dikeluarkan kepada sekalian manusia agar menyeru mereka kepada ma'ruf dan menghalang mereka dari munkar dan beriman kepada Allah " ali Al Imraan : 110 , pangkat yang dipilih oleh Allah swt dan ia adalah keistimewaan ummah ini yang menjadikan ia sebagai satu satunya ummah yang paling berhak (untuk digelar ummah) . perlambangan yang mendalam ini disebut oleh Muhammad Qutb
3. keistimewaan penanggungjawaban

" demikianlah kami menjadikan kamu ummatan wasatan supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasul saw menjadi saksi ke atasmu " al Baqarah : 143

tanggungjawab syahadah (saksi) ke atas manusia , juga tanggungjawab mewariskan (syahadah) kepada mereka , juga tanggungjawab menjadi teladan terhadap dunia seluruhnya (ustaziatul alam)

syahadah ini memerlukan al-hudur (wujudnya pengurus syahadah) dan juga memerlukan saksi saksi (terhadap syahadah yang dilaksanakan) sehinggalah terlaksana syahadah dengan kaifiatnya yang paling sempurna . ia terikat kepada masa dan tempat , kerana ia berurusan dengan kuantiti (masa dan tempat) yang terbanyak , ia seperti yang dinukilkan oleh Muhammad Qutb ; " antara situasi yang dihadapi hari ini di mana sahaja dan bila bila masa sahaja , ialah memberi petanda bahawa semua masalah ini perlu dimusnahkan dan perlu dijelaskan , perlulah dihilangkan peristiwa dan isu isu ini , sehingga kita berupaya untuk menjalankan syahadah ke atasnya , ia berupa sebuah tanggungjawab ummah seluruhnya dan tanggungjawab bersama , bukannya tanggungjawab individu "

tanggungjawab syahadah berada di atas bahu ummah , ia tidak mampu dipikul secara sendirian . kerana seorang individu , umurnya terbatas , tenaganya tidak cukup , sebaliknya ummah mempunyai kekuatan yang ampuh di mana sahaja dan bila bila masa sahaja (berpanjangan) . inilah keistimewaan frasa ummah , ia menaungi seluruh ruang yang luas di muka bumi pada sesuatu masa dan peranannya berpanjangan tanpa mengira zaman untuk melaksana syahadah dan menghancurkan setiap yang menghalangi jalannya . ia berkuasa menjalankan tanggungjawab penciptaan manusia , mentarbiyahnya sehingga iqamatuddin lantas mematahkan hujah malaikat ketika berkata " adakah Engkau ingin mencipta makhluk yang berbuat kerosakan dan menumpahkan darah? " al Baqarah : 30

Dr Majid Kilani menyebut dalam bukunya Ummah Islamiyah ; " telah dipilih sebelum ini Ibrahim as sebagai pengasas dengan persediaan membina sebuah ummah Islamiyah dengan memfokuskan segala kekuatannya untuk menjalankan tanggungjawab dan tuntutan ini , Quran telah memberi gambaran tentang hal ini apabila menyebut " apabila Ibrahim diuji oleh Tuhannya maka dia telah menyempurnakannya , dan Tuhannya berkata , aku menjadikan engkau sebagai pemimpin manusia seluruhnya maka dia (Ibrahim) berkata ; dan anak cucuku? , Tuhannya berkata ; tidak memikul perjanjian ini orang yang bertindak zalim " al Baqarah : 124

Telah berlalu Ibrahim as dengan ditemani anak anak dan keluarganya sepanjang permulaan membina sebuah ummah muslimah , bermulanya dengan menentukan kawasan jajahan dan membina mu'assasah 

sebuah kawasan telah dipilih , di tengah tengah sebuah daerah yang terletak di kawasan pertemuan dan perhubungan antarabangsa dan pertembungan tamadun . kawasan yang dimaksudkan adalah bermula dari tanah syam menjalar ke pinggiran mesir dan dataran hijaz

juga telah didirikan dua mu'assasah tarbiyah , yang pertama didirikan untuk kegunaan tarbiyah dan tazkiyah iaitu ka'abah dan masjid al haram dan yang kedua untuk dakwah dan sebaran risalah iaitu masjid al Aqsa . kemudian terbahagilah beberapa kelompok keluarga di sekitar dua masjid ini untuk menjalankan peranan masing masing yang sangat penting demi menjayakan misi dua mu'assasah ini , inilah pendorong dan teras kepada fikrah ummah yang baru . Quran telah memberi petunjuk terhadap peristiwa ini melalui firmannya " dan telah diwariskan Ibrahim kepada anak anaknya dan Yaakub , sesungguhnya Allah telah memilih untukmu sebuah agama dan jangan kamu mati kecuali kamu Muslim " al Baqarah : 132

kemudian , bermulalah tindakan terawal untuk menghasilkan sebuah ummah risalah melalui risalah Musa . peristiwa terawal adalah keberangkatan Yusuf as dan keluarganya Yaakub ke Mesir dan merencana sebuah strategi untuk menyelamatkan satu ummah yang ingin melepaskan diri dari cengkaman yang menahan mereka , risalah ini bermula dari kawasan kiri masjid al haram kemudian menghala ke arah masjid al Aqsa untuk membersihkan kawasan 'ummah risalah' sebagaimana yang telah ditandakan Ibrahim as sepanjang kawasan yang luas ini , ia telah bermula sejak zaman Ibrahim as dan anak anaknya Musa as dan Isa as dari generasi Yakub as , kemudian datang selepas itu Muhammad saw dari generasi Ismail as

Dr Husein Mu'annas dalam kitabnya Asal Usul Hukum dalam Islam berkata , "  Strategi ini diisyaratkan Nabi saw ketika perang Tabuk selepas Rom menarik diri lantas Rasul saw memegang sebuah batu dan berkata " ini adalah kiri milik kita , dan mengambil sebuah batu lagi kemudian berkata " ini adalah kanan milik kita " , ini membawa maksud sebuah sempadan khas yang telah ditetapkan padanya akan terbentuk sebuah ummah Islamiyah , dan telah pun terbukti janji ini ketika mana Muslim melebarkan capaian risalah dengan membuka tanah Syam sejurus selepas itu

Abu Bakar As Siddiq juga memahami makna ini apabila mempersiapkan tentera Muslimin yang menghala ke arah kawasan masjid al Aqsa , dengan tidak memesong dari tujuan risalah Islamiyah ini dengan berkata " kamu semua akan menghala ke Syam , ia sebuah tanah luas (yang luas dengan kebaikan) , Allah akan memberi kekuatan padamu sehinggalah kamu mengambil darinya masjid masjid dan tidak diketahui samaada kamu akan menghadapinya secara berpecah pecah dan janganlah kami mengambil mudah tentangnya "

beliau memaksudkan agar mereka tidak menjadikan ia sebuah kawasan untuk memecah belah dan membongkak , seperti yang telah dilakukan oleh Yahudi dan Nasara terhadap amanah asas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas penghuni di sekitar masjid al Aqsa dan mereka telah terpesong dari memanipulasi keberkatan kawasan ini secara geografi dan telah mencemarkannya dengan kekayaan , syahwat yang melampau , pergadugan dan kefasadan . 

maka dengan itu , Allah telah membangkitkan ke atas mereka (menggantikan) segolongan hamba yang perkasa lalu mereka menguasai kawasan tersebut dan memusnahkan mu'assasah yang fasid dan hina yang telah melalaikan mereka dari tanggungjawab dakwah dan menyampaikan risalah

Penanggungjawaban yang sangat penting dan berat ini tidak syak lagi bahawa ia adalah dipikul dengan penuh hemah dan membangkitkan ruh istinfar (beramal) yang dinaungi risalah ini , inilah yang cuba ditawarkan Imam al Banna dalam rislah dakwatuna 

Ruh prihatin dan berhemah , kerana ia adalah sebuah amanah yang berat , berupa tanggungjawab syahadah , tanggungjawab melibatkan diri , tanggungjawab menjadi saksi dan memutuskan urusan urusan manusia dan peristiwa yang menyelingkari mereka di mana sahaja bila bila masa sahaja

Imam al Banna menyebut dalam risalah dakwatuna :

" kami sangat suka untuk mengkhabarkan pada kaum kami (dan seluruh muslimin adalah kaum kami) sesungguhnya mereka adalah lebih kami cintai dari diri kami sendiri , dia adalah yang dicintai oleh jiwa ini , akan kami tebuskan dengan jiwa ini jika untuk memilikinya perlu melalui penebusan , sanggup kami gadaikan harta untuk kemuliaannya , harapannya , kebahagiaannya , agamanya dan cita citanya jika kami kaya , dan kami tidak akan menjangkaui pendirian ini yang telah mekar di dalam hati kami dan emosi kami , yang telah menjauhkan tempat tidur dari kami , yang mengalirkan air mata kami . ia adalah suatu kemuliaan ke atas kami untuk melihat apa yang telah menyelubungi kaum kami kemudian kami menyerah diri kepada kehinaan atau kami tenang dengan putus asa , bahkan kami sungguh akan beramal untuk seluruh manusia fi sabilillah lebih banyak dari beramal untuk diri kami , kami untuk kamu dan bukan selainmu wahai yang dicintai , kami tidak akan khianat kepadamu walaupun sedetik "
  
Ruh berhemah ini tatang dengan teguh begitu juga Ruh Istinfar (beramal) yang sempurna membawa kepada ruh perjuangan tanpa henti , jauh dari sebarang pencairan , sambil lewa dan bertangguh tangguh

musuh kita sentiasa bersungguh sungguh dan sentiasa merancang strategi dan bersidang sesama mereka , sehinggalah menggerunkan iman kita terhadap agama ini dengan keimanan mereka yang tidak bertuhan , nilai hidup keduniaan mereka , inilah dia hasil daripada pencairan dan sikap sambil lewa kita

ini telah membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan seperti yang dikatakan Imam al Banna kerana ia telah memusnahkan Islam , inilah perasaan yang telah membanjiri jiwa jiwa ummah . tetapi , tanpa kesedaran yang sempurna , kesedaran tentang cara cara berkhidmah untuk Islam 

Manhaj Imam al Banna dalam Pengkelasan Manusia sebagai Subjek Dakwah

beliau telah menjelaskan tentang jenis jenis manusia dan pandangannya tentang keadaan ummah , dia tidak berbicara tentang aqidah mereka atau berkaitan iman mereka , bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh ibnu taimiyah ; " antara madah ilmuan , sesungguhnya mereka tersilap dan bukannya kufur , tetapi ahli bid'ah mereka sesat .. " 

ini mendapat perhatian khusus al Banna apabila membahagikan manusia di sekelilingnya , beliau tidak menggunakan frasa iman dan tidak juga aqidah bahkan meyakini keislaman , iman dan keikhlasan mereka . beliau menegaskan bahawa perasan mereka telah terhadang , mereka tidak tahu dan tidak mampu membuangnya , bagaimana berurusan dengannya

Allah swt telah menggambarkan golongan ini di dalam Quran " jika dikatakan kepada mereka jangan berbuat fasad di bumi , mereka berkata sungguh kami orang yang berbuat baik " al Baqarah 11

Imam al Banna menyebut , " engkau duduklah bersama seseorang , bicaralah dengannya mengenai Islam dan mengenai qadhaya kita , maka dia akan terkesan denganmu dan tergeraklah perasaannya , selepas selesai sesi itu maka dia akan mengikat perjanjian denganmu untuk beramal agar risalah ini berjaya , sejurus selepas itu dia melupakan perkara itu dengan pantas , beberapa jam selepas itu dia bertemu dengan seorang atheis maka dia mengikuti pula orang itu . inilah sebuah gambaran ringkas bagaimana pencairan berlaku , jauh dari ruh Islami "

Imam al Banna juga menyebut , " kami dan kaum kami mempunyai iman yang sama , cuma bezanya adalah iman mereka sedang tidur di dalam diri mereka . ia tidak mahu keluar untuk melaksanakan hukumnya , dan tidak mahu memenuhi tuntutan tuntutan ke atasnya sebaliknya iman di dalam jiwa Ikhwan adalah iman yang bingkas bangkit dan bekerja keras dengan tegas . ia adalah sesuatu yang jelas , istimewa dan ajaib . kita telah memilikinya dan manusia di sekeliling kita serta barat telah merasainya wujud pada diri kita . kita beriman dengan iman yang akan mengkhayalkan manusia jika kita berbicara tentangnya (iman kita) terhadap mereka , ia telah merelakan kita untuk menghancurkan gunung ganang , berkorban jiwa raga , harta , kemungkinan kemungkinan , kesukaran , sehinggalah kita berjaya dengannya ataupun kita dijayakan olehnya (iman kita) "

adakah engkau tidak rungsing terhadap peliknya apabila seorang lelaki pemikir , rajul amal dan ilmu yang tinggi pada selang beberapa jam menjadi seorang atheis kemudian menjadi seorang abid semula !

inilah yang telah hilang pada diri manusia , iaitu iman sebagai pencetus tindakan 

ia adalah sebuah kata kata yang bermakna :

" kelemahan ini , alpa , leka ataupun lemagnya kemahuan , itulah yang menolak kita untuk terus membangkitkan prinsip kita ke atas kaum kita "

ini menunjukkan bahawa Imam al Banna mengetahui gelanggang yang sedang didiami dan beliau meletakkan tangannya ke atas penyakit ini dan menyembuhkannya , apa yang menjadi fokus pada keadaan ini adalah gejala pencairan , bertangguh dan ambil mudah sepertimana yang dikatakan Syaikh Ghazali : " Imam al Banna memulakan amalnya dari kosong , dia terus menerus beramal dengan sunyi tanpa sebarang bunyi . beliau menghidupkan Islam yang menetap di dalam jiwa dan menolaknya keluar untuk beramal dan membina "

oleh itu , situasi pencairan , sambil lewa dan bertanggung ini telah menghina manusia , mereka telah mengajak untuk menjadikan pendirian mereka salah satu daripada empat (golongan manusia) , untuk diketahui setiap satu antara mereka mengapa dia dekat dengan kita atau adakah bersama kita dan beriman dengan fikrah kita ? atau mengapa dia menjauh dari kita dan lari dari fikrah kita ?

adalah satu tuntutan untuk kita mewujudkan kesedaran ini dan membangkitkannya supaya dia meletakkan pendiriannya , kerana membiarkannya tanpa kesedaran akan mengakibatkan kerosakan yang telah disebutkan tadi (pencairan, bertangguh dan sambil lewa)

" jika dikatakan kepada mereka jangan membuat kerosakan di bumi mereka berkata sesungguhnya kami orang yang berbuat kebaikan " al Baqarah : 11

ia adalah sebuah amal yang sukar , untuk membiarkan manusia hilang perasan iaitu kecenderungan dan tindakannya tanpa kesedaran dan kefahaman . insan ketika ini bertindak tetapi tidak mengetahui mengapa mereka melakukan demikian , dan mengapa mereka tidak berbuat demikian ? apa yang kita fahami di sini adalah , mereka tidak memahami hakikat dakwah kita , antara mereka ada yang berkepentingan peribadi . kita tidak apa apa kepentingan terhadap mereka , kita tidak mengharapkan dari mereka penghargaan , harta dan sebagainya

kerana kita telah meletakkan Allah sebagai tujuan
dan syurga Nya sebagai semata mata balasan

Sunday, October 20, 2013

Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 1/6

muqaddimah : sejarah penulisan risalah dakwatuna (1932 sehingga awal 1933)

Ruh umum yang mendominasi risalah dakwatuna :

ia berupa ruh simpati terhadap ummah , dan ia tidak lebih daripada sebuah amanah yang telah ditetapkan Allah swt . ia dinamakan amanah syahadah yang disebutkan dalam surah al Haj pada ayat ke 78 " dan jadilah kami syuhada' ke atas sekalian manusia " . ia juga berupa sebuah tanggungjawab yang berat untuk iqamatuddin sehinggalah diterjemahkan syahadah ini pada ummah dan prihatin terhadapnya daripada mendapat hukuman Allah jika amanah yang besar ini tidak dilaksanakan . inilah yang diwartakan Imam Hasan Al Banna dengan sepenuh perasaan yang ikhlas , mengalirkan air mata , membakar perasan dan merimaskan tempat tidur . di sinilah lahirnya ruh istinfar , ia bermaksud semangat yang berkobar kobar dan tidak lemah , malas dan tidak ambil peduli

Ciri ciri asas risalah dakwatuna :

i. dakwah
ii. keistimewaannya dan peringkat tanggungjawab
iii. Imam Al Banna dan manhajnya dalam mengkelaskan manusia sebagai subjek dakwah
iv. hakikat dakwah kita
v. tuntutan tuntutan dakwah kita

syarat syarat menjayakan amanah yang besar ini (iqamatuddin sehingga terbentuk sebuah ummah) :

i. melaksanakan kewajiban tanpa melihat kepada keberhasilan
ii. membangkitkan sebuah kemahuan dan aspirasi (sehingga lahir sosok untuk diteladani)
iii. amanahnya sebuah dakwah
iv. contoh teladan yang mulia dan pengesanannya terhadap pembinaan bangsa
v. kesatuan ruh ummah dan kesatuan aspirasinya
vi. wujud sebuah jamaah yang melaksana amar ma'ruf nahi munkar walaupun telah tercapai sebuah daulah islamiyah

risalah ini telah ditulis ketika dakwah sedang berada di fasa yang cukup kritikal , penulis sejarah dakwah telah membahagikan dakwah ini kepada beberapa fasa ;

1. fasa pengasasan dakwah 1928 - 1932

bermula dengan memindahkan pusat dakwah ke Kaherah pada tahun 1932 , dan ia adalah sebuah pewartaan dan pengiklanan kepada seluruh masyarakat di sekitarnya sehinggalah pada tahun 1939 ketika bermulanya perang dunia yang ke dua

2. selepas itu , jamaah memfokuskan kepada amal takwin dakhili (pembinaan internal) , i'dari (tadbir urus) dan tarbawi daripada tahun 1939 sehingga 1945

3. selepas itu tiba pula fasa menghadapi peristiwa penting di wadi an nil (negosiasi dengan british) pada tahun 1945 sehingga kesyahidan Imam Al Banna pada tahun 1949 , berlakulah selepas itu beberapa peristiwa peristiwa hitam yang dilakukan pihak tertentu yang sentiasa kita ingati walaupun Ikhwan sejak dari awal telah menyatakan sikap lepas diri terhadap tindakan tindakan mereka

antaranya adalah pembunuhan Khazindar dan An Naqrashi selaku Perdana Menteri ketika itu

Imam Al Banna pernah memberi respon terhadap peristiwa hitam ini dengan menyatakan bahawa , " mereka bukan Ikhwan bahkan mereka bukan Muslimin " " Ikhwan telah berlepas diri dari penjenayah ini dan Ikhwan tidak bertanggungjawab terhadap penghakiman tentangnya oleh kuasa perundangan "

risalah dakwatuna telah ditulis pada fasa kritikal tersebut iaitu pada 1932 atau awal 1933 , sepertimana yang dinukilkan pada buku "diari dakwah dan da'ie" oleh Imam Al Banna , dan fasa ketika itu adalah peralihan pusat dakwah ke Kaherah dan antara tujuannya adalah pewartaan umum dakwah dan membentuk sebuah radar dakwah

dengan ini dapatlah kita garislah objektif dakwah ketika ini adalah ;

i. publisiti umum dakwah dan membina penyokong dakwah
ii. mengeratkan hubungan jamaah dengan masyarakat dengan cara menjelaskan objektif dan misi , serta masalah terbesar yang mereka hadapi

Objektif pertama ; publisiti umum dakwah dan membina penyokong dakwah

dakwah telah tersebar di sebuah markaz yang baru sepertimana yang dikehendaki Imam Al Banna dan dia merancang untuk kejayaannya , ini berlaku selepas perpindahannya ke Kaherah pada tahun 1932 , dakwah telah merealisasikan beberapa objektif antaranya ;

menyebarkan risalah di sebuah masyarakat yang baru terutamanya pemuda , termasuklah mahasiswa mahasiswa di Universiti .

Syaikh Ali Tantawi telah menghantar sebuah risalah kepada Al Banna yang ketika itu di luar Mesir , dengan tajuk "Fathu min Allah wa Nasrun Qarib" memaklumkan padanya tentang penyertaan empat orang mahasiswa ke dalam dakwah Ikhwan , mereka adalah : Dr Ibrahim Abu An Nuha , Ust Thahir Khasyab , Ust Abdul Hamid Ahmad dan Ust Mahmud Abu As Sa'uud . Ikhwan ketika itu berada pada fasa pengasasannya sekitar 1928-1932 lebih lebih lagi fasa ketikamana Imam Al Banna masih di Isma'iliyah . legar amal Ikhwan ketika itu tertumpu pada masyarakat kaki tiga , golongan berpendidikan sederhana dan rendah yang telah menjadi generasi awal Ikhwan iaitu enam orang yang telah dinyatakan Hasan Al Banna , ketika itu hanya ada sejumlah kecil dari kalangan ilmuan Azhar termasuklah Syaikh Hamid Askariyah dan Syaikh Muhammad Faraghli

Penyertaan empat orang mahasiswa Azhar ke dalam Ikhwan dan penggabungan dengannya sudah pasti sebuah pertolongan dari Allah dan kemenangan sebagaimana yang digambarkan oleh Syaikh Tantawi yang ketika itu digelar Hakimul Islam , beliau adalah penulis Tafsir Al Jawahir fi Al Quran . ini menandakan dakwah telah memasuki sebuah medan perang baru , antaranya mahasiswa seperti yang telah dirancang Allah swt , ini semua berlaku secara dalaman

manakala dari segi luaran :

telah dimulakan beberapa persediaan untuk menyusun sebuah majalah Ikhwan di tangan Ustaz Izzat Rajih , ketika itu beliau adalah seorang mahasiswa di sebuah universiti di Francis , dia telah menceritakan kepada gurunya , Dr. Orns Reinan tentang aqidah Islam dan beliau telah berjaya menceritakannya dengan sangat baik dan berhikmah . Ust Izzat Rajih telah menghantar sebuah risalah tentang peristiwa ini kepada saudaranya Ustaz As'ad Rajih , seorang ahli Markaz Am Ikhwan di Kaherah maka sebuah majalah Ikhwan telah diterbitkan dengan menyelitkan sebuah artikal pendahuluan bertajuk "aqidah Ikhwan Muslimin" pada pandangan pendidik Bahasa Arab dan Islam di France

suatu hari ketika aku berada dalam sebuah masjid di Paris , aku dapati ada akhabar dan majalah yang dipamerkan di sana yang mana sebagaimana aku dengar tentangnya rijal rijalnya ketika aku di Mesir , di bawah tajuk " Aqidah kami " , lantas aku membacanya dan aku dapati pada diriku sebuah keajaiban , selepas melalui sebuah pembelajaran umum tentang prinsip prinsip aqidah ini aku mendapati ia adalah sesuatu yang memuaskan dan penting untuk diterbitkan selepas diterjemah oleh Dr. Ornset Reinan dan dia mengambil pandangannya tentang aqidah , Dr mengambilnya dan memulangkannya kembali selepas sehari , dan dia telah menulis seperti berikut ;

" sungguh ini adalah sebuah susunan kalam yang terbit dari kajian dan inspirasi yang mendalam , tidak syak lagi ini adalah sebuah manhaj yang telah dilakarkan oleh Muhammad saw , dan beliau telah berjaya dalam melaksanakannya , telaj terdiri di atas asas ini sebuah ummah , daulah dan kehidupan . telah ditambah pada keratan ini sebuah ruh yang moden dengan mengikatnya dengan ruh Islam . pada pendapatku , tiada kejayaan buat muslim hari ini melainkan dengan mengikuti jalan yang sama sepertimana yang telah dipraktikkan oleh Muhammad saw dan sahabat ranhum , tetapi hari ini ia nampak terlalu sukar untuk dilaksana bahkan jalannya terlalu panjang , tapi ini tidak memberi lesen duduk diam dan berlepas diri dari beramal "

Imam Al Banna telah memberi respon terhadap komentar yang dinyatakan oleh Dr Reinan dengan berkata ;

" engkau akan dapati pada pandangan mantap yang menjelaskan aqidah Ikhwan ini beberapa perkara antaranya ,

1. ia adalah berasal daripada manhaj yang digariskan oleh Muhammad saw , ia adalah hasil analisis Quran , sunnah dan ruh Islam yang sahih

2. ini adalah manhaj yang membolehkan Muhammad saw membangun agama , ummah dan daulah

3. tiada kejayaan buat Muslim hari ini melainkan dengan mengikuti manhaj ini yang telah dilalui Muhammad saw dan sahabat ranhum , ini telah dibuktikan oleh Muhammad saw dan banyak peristiwa . kemenangan adalah hasil daripada dua faktor , akhlak dan iman . jika hilang keduanya maka hilanglah segalanya , jika kita kembali kepada keduanya maka akan pulanglah kepada kita segalanya . maka akan musnahlah kekuatan kezaliman apabila berhadapan dengan akhlak yang terpuji dan iman serta keyakinan

4. Realisasikan manhaj ini ke atas realiti yang dihadapi Muslimin hari ini 

5. ini tidaklah bermaksud berlepas diri dari amal , kita tidak sesekali merasai ujian kecuali dengan terus bersemangat dan tidak akan membebankan kita kecuali optimis berterusan pada jalan jihad . bahkan kita telah membaca firmannya " sesungguhnya tidak akan berputuskan asa dari Allah kecuali kaum yang kafir "

kembali kepada tajuk ;
sungguh inilah dia keadaan dan situasi ketika tertulisnya risalah dakwatuna , antara yang awal ditulis ketika dakwah bermula di Kaherah adalah ; risalah dakwatuna , nahwu an nur , ila ayyu syai'in nad'u annas , ila asy syabab kemudian risalah manhaj at ta'alim

sumber : portal rasmi ust Muhammad Hamed Eliwah
 


Saturday, October 19, 2013

Keampunan

Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung di balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara

Lantas ku berlari jauh
Mencari cahaya untuk menyuluh
Jalan untukku pulang

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihani hamba-Mu


Takku sangka di malam ini
Tiada lagi purnama yang menerangi
Hanya sementara terselindung di balik awan
Diselubung kegelapan sehingga ku terpenjara


Di sinilah hakikatnya
Aku tunduk aku akur
Dengan takdir-Mu


Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihani hamba-Mu


Sebarang janji sering kali aku mungkiri
Tidakkan pernah sekali kau menjauhkan diri
Sedari mula tidak mungkin dapat aku lari
Dari uji dan semua duga yang telah Kau beri

Walau hidupku penuh noda dosa yang terpahat
Tidak henti Kau anugerahkan secukup nikmat
Sungguh Kaulah yang satu tunggal tiada serikat
Ku mohon sejahtera diri ini dunia akhirat

Wahai Tuhan Yang Agung
Kau Yang Maha Pengampun
Andai diri Kau hukum
Itu keadilan-Mu

Kupohon maghfirah-Mu
Ampunilah dosaku
Tempat untukku mengadu
Kasihani hamba-Mu


Mirwana - Keampunan
https://soundcloud.com/nawe-kundang/mirwana-keampunan