Tuesday, October 22, 2013

Di Bawah Naungan Risalah Dakwatuna siri 2/6

Ruh umum risalah dakwatuna :
ia adalah sebuah kesinambungan terhadap keistimewaan ummah , antaranya ;

i. keistimewaan prinsip
ii. keistimewaan pangkat
iii. keistimewaan penanggungjawaban

1. keistimewaan prinsip

Syed Qutb telah menegaskan hal ini di dalam kitabnya , Sudut Pandang Islam pada Hal Ehwal Moden Dunia dengan menyebut , " perkara terawal yang difokuskan Muhammad saw setibanya di Madinah ialah muslimin dan mu'minin (ummah yang istimewa) , ini bermaksud istimewanya ia pada asasnya yang dinamakan Rabbaniyah seperti yang digambarkan oleh surah al An'am 161-163 " sungguh aku telah diberi petunjuk dari tuhanku ke arah jalan al mustaqeem agamanya dan nilainya millah Ibrahim yang mulia dan dia bukanlah dalam kalangan orang yang musyrik . katakanlah solatku , nusukku , hidup dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam , tiada sekutu bagi Nya malah sedemikianlah aku diserukan dan aku adalah yang terdahulu sebagai Muslim "

ini adalah sebuah keistimewaan prinsip , iaiti Rabbaniyah

2. keistimewaan pangkat

" kamu telah menjadi satu ummah yang terbaik , yang dikeluarkan kepada sekalian manusia agar menyeru mereka kepada ma'ruf dan menghalang mereka dari munkar dan beriman kepada Allah " ali Al Imraan : 110 , pangkat yang dipilih oleh Allah swt dan ia adalah keistimewaan ummah ini yang menjadikan ia sebagai satu satunya ummah yang paling berhak (untuk digelar ummah) . perlambangan yang mendalam ini disebut oleh Muhammad Qutb
3. keistimewaan penanggungjawaban

" demikianlah kami menjadikan kamu ummatan wasatan supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasul saw menjadi saksi ke atasmu " al Baqarah : 143

tanggungjawab syahadah (saksi) ke atas manusia , juga tanggungjawab mewariskan (syahadah) kepada mereka , juga tanggungjawab menjadi teladan terhadap dunia seluruhnya (ustaziatul alam)

syahadah ini memerlukan al-hudur (wujudnya pengurus syahadah) dan juga memerlukan saksi saksi (terhadap syahadah yang dilaksanakan) sehinggalah terlaksana syahadah dengan kaifiatnya yang paling sempurna . ia terikat kepada masa dan tempat , kerana ia berurusan dengan kuantiti (masa dan tempat) yang terbanyak , ia seperti yang dinukilkan oleh Muhammad Qutb ; " antara situasi yang dihadapi hari ini di mana sahaja dan bila bila masa sahaja , ialah memberi petanda bahawa semua masalah ini perlu dimusnahkan dan perlu dijelaskan , perlulah dihilangkan peristiwa dan isu isu ini , sehingga kita berupaya untuk menjalankan syahadah ke atasnya , ia berupa sebuah tanggungjawab ummah seluruhnya dan tanggungjawab bersama , bukannya tanggungjawab individu "

tanggungjawab syahadah berada di atas bahu ummah , ia tidak mampu dipikul secara sendirian . kerana seorang individu , umurnya terbatas , tenaganya tidak cukup , sebaliknya ummah mempunyai kekuatan yang ampuh di mana sahaja dan bila bila masa sahaja (berpanjangan) . inilah keistimewaan frasa ummah , ia menaungi seluruh ruang yang luas di muka bumi pada sesuatu masa dan peranannya berpanjangan tanpa mengira zaman untuk melaksana syahadah dan menghancurkan setiap yang menghalangi jalannya . ia berkuasa menjalankan tanggungjawab penciptaan manusia , mentarbiyahnya sehingga iqamatuddin lantas mematahkan hujah malaikat ketika berkata " adakah Engkau ingin mencipta makhluk yang berbuat kerosakan dan menumpahkan darah? " al Baqarah : 30

Dr Majid Kilani menyebut dalam bukunya Ummah Islamiyah ; " telah dipilih sebelum ini Ibrahim as sebagai pengasas dengan persediaan membina sebuah ummah Islamiyah dengan memfokuskan segala kekuatannya untuk menjalankan tanggungjawab dan tuntutan ini , Quran telah memberi gambaran tentang hal ini apabila menyebut " apabila Ibrahim diuji oleh Tuhannya maka dia telah menyempurnakannya , dan Tuhannya berkata , aku menjadikan engkau sebagai pemimpin manusia seluruhnya maka dia (Ibrahim) berkata ; dan anak cucuku? , Tuhannya berkata ; tidak memikul perjanjian ini orang yang bertindak zalim " al Baqarah : 124

Telah berlalu Ibrahim as dengan ditemani anak anak dan keluarganya sepanjang permulaan membina sebuah ummah muslimah , bermulanya dengan menentukan kawasan jajahan dan membina mu'assasah 

sebuah kawasan telah dipilih , di tengah tengah sebuah daerah yang terletak di kawasan pertemuan dan perhubungan antarabangsa dan pertembungan tamadun . kawasan yang dimaksudkan adalah bermula dari tanah syam menjalar ke pinggiran mesir dan dataran hijaz

juga telah didirikan dua mu'assasah tarbiyah , yang pertama didirikan untuk kegunaan tarbiyah dan tazkiyah iaitu ka'abah dan masjid al haram dan yang kedua untuk dakwah dan sebaran risalah iaitu masjid al Aqsa . kemudian terbahagilah beberapa kelompok keluarga di sekitar dua masjid ini untuk menjalankan peranan masing masing yang sangat penting demi menjayakan misi dua mu'assasah ini , inilah pendorong dan teras kepada fikrah ummah yang baru . Quran telah memberi petunjuk terhadap peristiwa ini melalui firmannya " dan telah diwariskan Ibrahim kepada anak anaknya dan Yaakub , sesungguhnya Allah telah memilih untukmu sebuah agama dan jangan kamu mati kecuali kamu Muslim " al Baqarah : 132

kemudian , bermulalah tindakan terawal untuk menghasilkan sebuah ummah risalah melalui risalah Musa . peristiwa terawal adalah keberangkatan Yusuf as dan keluarganya Yaakub ke Mesir dan merencana sebuah strategi untuk menyelamatkan satu ummah yang ingin melepaskan diri dari cengkaman yang menahan mereka , risalah ini bermula dari kawasan kiri masjid al haram kemudian menghala ke arah masjid al Aqsa untuk membersihkan kawasan 'ummah risalah' sebagaimana yang telah ditandakan Ibrahim as sepanjang kawasan yang luas ini , ia telah bermula sejak zaman Ibrahim as dan anak anaknya Musa as dan Isa as dari generasi Yakub as , kemudian datang selepas itu Muhammad saw dari generasi Ismail as

Dr Husein Mu'annas dalam kitabnya Asal Usul Hukum dalam Islam berkata , "  Strategi ini diisyaratkan Nabi saw ketika perang Tabuk selepas Rom menarik diri lantas Rasul saw memegang sebuah batu dan berkata " ini adalah kiri milik kita , dan mengambil sebuah batu lagi kemudian berkata " ini adalah kanan milik kita " , ini membawa maksud sebuah sempadan khas yang telah ditetapkan padanya akan terbentuk sebuah ummah Islamiyah , dan telah pun terbukti janji ini ketika mana Muslim melebarkan capaian risalah dengan membuka tanah Syam sejurus selepas itu

Abu Bakar As Siddiq juga memahami makna ini apabila mempersiapkan tentera Muslimin yang menghala ke arah kawasan masjid al Aqsa , dengan tidak memesong dari tujuan risalah Islamiyah ini dengan berkata " kamu semua akan menghala ke Syam , ia sebuah tanah luas (yang luas dengan kebaikan) , Allah akan memberi kekuatan padamu sehinggalah kamu mengambil darinya masjid masjid dan tidak diketahui samaada kamu akan menghadapinya secara berpecah pecah dan janganlah kami mengambil mudah tentangnya "

beliau memaksudkan agar mereka tidak menjadikan ia sebuah kawasan untuk memecah belah dan membongkak , seperti yang telah dilakukan oleh Yahudi dan Nasara terhadap amanah asas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas penghuni di sekitar masjid al Aqsa dan mereka telah terpesong dari memanipulasi keberkatan kawasan ini secara geografi dan telah mencemarkannya dengan kekayaan , syahwat yang melampau , pergadugan dan kefasadan . 

maka dengan itu , Allah telah membangkitkan ke atas mereka (menggantikan) segolongan hamba yang perkasa lalu mereka menguasai kawasan tersebut dan memusnahkan mu'assasah yang fasid dan hina yang telah melalaikan mereka dari tanggungjawab dakwah dan menyampaikan risalah

Penanggungjawaban yang sangat penting dan berat ini tidak syak lagi bahawa ia adalah dipikul dengan penuh hemah dan membangkitkan ruh istinfar (beramal) yang dinaungi risalah ini , inilah yang cuba ditawarkan Imam al Banna dalam rislah dakwatuna 

Ruh prihatin dan berhemah , kerana ia adalah sebuah amanah yang berat , berupa tanggungjawab syahadah , tanggungjawab melibatkan diri , tanggungjawab menjadi saksi dan memutuskan urusan urusan manusia dan peristiwa yang menyelingkari mereka di mana sahaja bila bila masa sahaja

Imam al Banna menyebut dalam risalah dakwatuna :

" kami sangat suka untuk mengkhabarkan pada kaum kami (dan seluruh muslimin adalah kaum kami) sesungguhnya mereka adalah lebih kami cintai dari diri kami sendiri , dia adalah yang dicintai oleh jiwa ini , akan kami tebuskan dengan jiwa ini jika untuk memilikinya perlu melalui penebusan , sanggup kami gadaikan harta untuk kemuliaannya , harapannya , kebahagiaannya , agamanya dan cita citanya jika kami kaya , dan kami tidak akan menjangkaui pendirian ini yang telah mekar di dalam hati kami dan emosi kami , yang telah menjauhkan tempat tidur dari kami , yang mengalirkan air mata kami . ia adalah suatu kemuliaan ke atas kami untuk melihat apa yang telah menyelubungi kaum kami kemudian kami menyerah diri kepada kehinaan atau kami tenang dengan putus asa , bahkan kami sungguh akan beramal untuk seluruh manusia fi sabilillah lebih banyak dari beramal untuk diri kami , kami untuk kamu dan bukan selainmu wahai yang dicintai , kami tidak akan khianat kepadamu walaupun sedetik "
  
Ruh berhemah ini tatang dengan teguh begitu juga Ruh Istinfar (beramal) yang sempurna membawa kepada ruh perjuangan tanpa henti , jauh dari sebarang pencairan , sambil lewa dan bertangguh tangguh

musuh kita sentiasa bersungguh sungguh dan sentiasa merancang strategi dan bersidang sesama mereka , sehinggalah menggerunkan iman kita terhadap agama ini dengan keimanan mereka yang tidak bertuhan , nilai hidup keduniaan mereka , inilah dia hasil daripada pencairan dan sikap sambil lewa kita

ini telah membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan seperti yang dikatakan Imam al Banna kerana ia telah memusnahkan Islam , inilah perasaan yang telah membanjiri jiwa jiwa ummah . tetapi , tanpa kesedaran yang sempurna , kesedaran tentang cara cara berkhidmah untuk Islam 

Manhaj Imam al Banna dalam Pengkelasan Manusia sebagai Subjek Dakwah

beliau telah menjelaskan tentang jenis jenis manusia dan pandangannya tentang keadaan ummah , dia tidak berbicara tentang aqidah mereka atau berkaitan iman mereka , bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh ibnu taimiyah ; " antara madah ilmuan , sesungguhnya mereka tersilap dan bukannya kufur , tetapi ahli bid'ah mereka sesat .. " 

ini mendapat perhatian khusus al Banna apabila membahagikan manusia di sekelilingnya , beliau tidak menggunakan frasa iman dan tidak juga aqidah bahkan meyakini keislaman , iman dan keikhlasan mereka . beliau menegaskan bahawa perasan mereka telah terhadang , mereka tidak tahu dan tidak mampu membuangnya , bagaimana berurusan dengannya

Allah swt telah menggambarkan golongan ini di dalam Quran " jika dikatakan kepada mereka jangan berbuat fasad di bumi , mereka berkata sungguh kami orang yang berbuat baik " al Baqarah 11

Imam al Banna menyebut , " engkau duduklah bersama seseorang , bicaralah dengannya mengenai Islam dan mengenai qadhaya kita , maka dia akan terkesan denganmu dan tergeraklah perasaannya , selepas selesai sesi itu maka dia akan mengikat perjanjian denganmu untuk beramal agar risalah ini berjaya , sejurus selepas itu dia melupakan perkara itu dengan pantas , beberapa jam selepas itu dia bertemu dengan seorang atheis maka dia mengikuti pula orang itu . inilah sebuah gambaran ringkas bagaimana pencairan berlaku , jauh dari ruh Islami "

Imam al Banna juga menyebut , " kami dan kaum kami mempunyai iman yang sama , cuma bezanya adalah iman mereka sedang tidur di dalam diri mereka . ia tidak mahu keluar untuk melaksanakan hukumnya , dan tidak mahu memenuhi tuntutan tuntutan ke atasnya sebaliknya iman di dalam jiwa Ikhwan adalah iman yang bingkas bangkit dan bekerja keras dengan tegas . ia adalah sesuatu yang jelas , istimewa dan ajaib . kita telah memilikinya dan manusia di sekeliling kita serta barat telah merasainya wujud pada diri kita . kita beriman dengan iman yang akan mengkhayalkan manusia jika kita berbicara tentangnya (iman kita) terhadap mereka , ia telah merelakan kita untuk menghancurkan gunung ganang , berkorban jiwa raga , harta , kemungkinan kemungkinan , kesukaran , sehinggalah kita berjaya dengannya ataupun kita dijayakan olehnya (iman kita) "

adakah engkau tidak rungsing terhadap peliknya apabila seorang lelaki pemikir , rajul amal dan ilmu yang tinggi pada selang beberapa jam menjadi seorang atheis kemudian menjadi seorang abid semula !

inilah yang telah hilang pada diri manusia , iaitu iman sebagai pencetus tindakan 

ia adalah sebuah kata kata yang bermakna :

" kelemahan ini , alpa , leka ataupun lemagnya kemahuan , itulah yang menolak kita untuk terus membangkitkan prinsip kita ke atas kaum kita "

ini menunjukkan bahawa Imam al Banna mengetahui gelanggang yang sedang didiami dan beliau meletakkan tangannya ke atas penyakit ini dan menyembuhkannya , apa yang menjadi fokus pada keadaan ini adalah gejala pencairan , bertangguh dan ambil mudah sepertimana yang dikatakan Syaikh Ghazali : " Imam al Banna memulakan amalnya dari kosong , dia terus menerus beramal dengan sunyi tanpa sebarang bunyi . beliau menghidupkan Islam yang menetap di dalam jiwa dan menolaknya keluar untuk beramal dan membina "

oleh itu , situasi pencairan , sambil lewa dan bertanggung ini telah menghina manusia , mereka telah mengajak untuk menjadikan pendirian mereka salah satu daripada empat (golongan manusia) , untuk diketahui setiap satu antara mereka mengapa dia dekat dengan kita atau adakah bersama kita dan beriman dengan fikrah kita ? atau mengapa dia menjauh dari kita dan lari dari fikrah kita ?

adalah satu tuntutan untuk kita mewujudkan kesedaran ini dan membangkitkannya supaya dia meletakkan pendiriannya , kerana membiarkannya tanpa kesedaran akan mengakibatkan kerosakan yang telah disebutkan tadi (pencairan, bertangguh dan sambil lewa)

" jika dikatakan kepada mereka jangan membuat kerosakan di bumi mereka berkata sesungguhnya kami orang yang berbuat kebaikan " al Baqarah : 11

ia adalah sebuah amal yang sukar , untuk membiarkan manusia hilang perasan iaitu kecenderungan dan tindakannya tanpa kesedaran dan kefahaman . insan ketika ini bertindak tetapi tidak mengetahui mengapa mereka melakukan demikian , dan mengapa mereka tidak berbuat demikian ? apa yang kita fahami di sini adalah , mereka tidak memahami hakikat dakwah kita , antara mereka ada yang berkepentingan peribadi . kita tidak apa apa kepentingan terhadap mereka , kita tidak mengharapkan dari mereka penghargaan , harta dan sebagainya

kerana kita telah meletakkan Allah sebagai tujuan
dan syurga Nya sebagai semata mata balasan

No comments: