sudikah kau dengar luahan . setelah kita jauh berjalan
mari kembali ke asas gerakan .
Quran .
"sebaik baik dari kalangan kamu ialah yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya"
Kick off .
aku sedikit ter'hempuk' . barangkali quran itu dilihat sebagai himpunan cereka rakyat . sedangkan arnab dan kekura pun ada ibrahnya , quran seindah begitu kite buat saje2 .
kafla hutaqi wa mangququ wahayyun [ istilah 'ammi ] !
ramai sebenarnya diantara kita yang suka mengamalkan zikir2 tertentu , ayat2 quran yg mustajab dan banyak lagi . aku juge begitu , doa mahu mudah masuk ilmu , doa mahu dipercanteq akhlak , diperindah wajah , doa mahu anak2 soleh , doa mohon dilindungi dari addajal , syaitan .. bla .. bla .. dan banyak sangat.
semua ini tidak salah . antaranya hadith nabi yg menyebutkan ,
" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal "
dan banyak lagi .
Offside !
antara yg menarik minat aku untuk dikongsikan ialah mereka2 yg memperjuangkan zikir2, hafalan doa mereka , amalan ma'thurat mereka . tetapi hakikatnya zero pada peribadi iman dan isian takwa .
benar , memang sebenar benarnya tiada masalah !
kau nak hafal zikir7 , selawat shifa' , ma'thurat kubra sughra . atau kau nak baca surah2 pilihan sebelum tidur . itu bagus , mantop !
yang menjadi problem adalah bile ia menjadi semata2 hafalan , jauh sekali nak memahami
keutamaan pemahaman ke atas semata mata hafalan .
kita ambil contoh mudah , yg juga pernah dikongsi dalam post sebelum ini . berkaitan , mengelak fitnah addajal . ini bersandar kembali kepada hadith nabi s.a.w yg menggalakkan 'amalan' 10 ayat terawal surah al kahf .
ya tuan2 , tidak cukup sekadar menghafal . amalan itu ta'rifannya indah gitu . pertamanya , sudah pasti perlu memiliki ilmu . ilmu pada hafalannya dan pada fahamannya . yang keduanya perlulah di'imani' sebagai qaul nabi yg karamah , berhikmah . juga nilai2 Islam sendiri yang memperuntukkan rahmah kepada sekalian ummah . kendian yang ketiga dan keakhirnya , iaitulah menerjunkan ilmu dan iman kepada gelanggang amal . beramal dari fahaman yg telah dihafal.skema ke bahasa ? ok , faham .
ops , jangan nakal2 . banyakkan merujuk ye kakak2 , adik2 sekalian . ini adalah hasil terjunan belog ke belog , artikel ke artikel , wall ke wall . yg telah saya amalkan sejak beberapa tempoh ini.kita jenguk apa pandangan atau fikrah sayed Qutub dalam menghuraikan 10 ayat terawal surah ini .
1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)
2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)
3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar
dan sudah pastinya aku menjadi amat teruja juga tertarik yg amat menarik dengan tafsiran beliau.sudah terang ? nampak ? sebagaimana yg serealitinya , ini sebenarnya yg sangat diperuntukkan buat kita , menghadapi hari fitnah besar itu tiba . Addajal namanya .sesimpulnya , bukanlah sekadar untuk menghadapi addajal malah yang lebih besar , mengembalikan dan menggemilangkan Muslim yg sebenar benar Islam.perlukan huraian ?
ye2 , aku tengah menaip la ni .
Pertamanya, tashih al-Aqidah [ Memperbetulkan aqidah dan kepercayaan ]
Hendaklah aqidah kita, seirama dan seiring alquran dan sunnah yang sahih. Akidah ini memainkan peranan yang penting dalam beribadah! Terpesong akidah, runtuhlah ibadah, rosaklah akhlak.
Murnikanlah aqidah, iaitu dengan memusatkan segala niat ibadah kita hanya kepada Allah. Bukan kerana takutkan Ustad atau Bakal Mertua . Bukan kerana mahukan pengiktirafan atau beg sekolah baru. Murnikanlah aqidah, iaitu dengan mengembalikan kembali tatacara ibadah yg indah. Hindarkan lah dari khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas.
Keduanya, Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar [ Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap]
kita ada pancaindera kan ? untuk kita saling memerhati dan berfikir akan keagungannya! Bukannya perasan sibuk menghafal dan baca ayat itu ini , tp tidak faham. Asyik mencari jalan pintas ke syurga, sehingga lupa kepada Allah.
Juga, perbetulkan metodologi berfikir kita (dah keluar dah bahasa mantap aku) . Tiadalah dijadikan semua benda di atas bumi ini sia-sia. Fikirkanlah hikmah di sebalik kejadian tersebut. Fikirkan, bagaimana boleh kita memanfaatkan sesuatu itu untuk membangunkan Islam!
Dan ketiganya, Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah [Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar]
hypothesis 1 : jika berjaya memurni akidah , maka segala nilai-nilai lain seperti akhlak dan ibadah . inshaAllah .
hypothesis 2 : semakin meningkat kemurnian akidah , semakin bertambah ketinggian akhlak dan ibadah . InsyaAllah .
Throw out .
brader 2 : eh , aku tahu lah . cume simple mistakes je
brader : ha , itu lebih teruk . kau tidak jahil ! tapi sesat !
sebab itu . selalu aku memberi respon ringkas kepada mana2 persoalan tentang ayat pengasih , ayat menghindar syaitan , ayat mendapat beg baru dan segala bagai spesis soalan.
kalau you nak Allah lindung you dari gangguan syaitan
formula : kamu jaga Allah , Allah jaga kamu
kalau you nak Allah cantikkan wajah you
formula : cantikkan akhlak , cantikkan amal ibadah .
kalau you nak jodoh yang 'begitu' dan 'begini'
formula : kamu mesti menjadi seperti 'begitu' dan 'begini'
jadi , di mana letak quran - ku ?
jangan risau ummat muhammad . ayat2 quran itu sangatlah berguna ketika dirasuk diganggu gangguan halus . lihatlah mana2 movie cereka hantu dan seumpamanya . anda amatlah pembohong yang sangat besar jika tidak nampak keluasan penggunaan kalam Allah . ya , jampi quran sangat mustajab . saya tipu ? tidak , filem kite sendiri yang menonjolkan atau menyempadankan atau yg lebih tepat mengehadkan penggunaan kalam Allah juga sunnah Rasul s.a.w. ini baru di dalam bidang perfileman . pelakonnya rata2 semuaya .. alah , korang tahu kan ? yang ditonjolkan Islam itu seakan akan utamanya adalah ketika dirasuk , itupun jika cerita hantu dan yang seghaib dengannya . ah !
log off .
p/s : tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya ke final piala AFF Suzuki . semoga berjaya ! dan jangan lupe baca doa sebelum masuk padang . inikan Islam kita ! err , pakai 'short' kan ?
3 comments:
hm, for the case of becoming thee walking quran,
it needs ilmu, amal, and iman.
using ilmu, the understanding of the aayah, plus, the ilmu of reading the alquran itself is crucial.
amal, once you got the ilmu of understanding what's written and what's behind the written aayah you've got to 'amal' and realise that if you have more ilmu but your amal is like the same old one, keberkatan takda.
iman, we read quran, but when the aayah said ya ayyuhallazina aamanu,
we couldnt feel the vibration the aayah was meant for us!
'orang orang yang beriman, apabila dibacakan quran bertambah imannya.'
-monolog dalaman tapi jadi luaran sebab ditaip-
and yeah, dissapointed with the case of 'quran is only used to halau hantu and ubat orang sakit'
kafla hutaqi wa mangququ wahayyun
syu ma'natu?
-nice entry btw.mabruk!
metadore :
trimmas . 4 summing 'em up.
izzati idris :
"kafla hutaqi wa mangququ wa hayyun"
kepala hotak dan mangkuk dan hayun
^^ .
Post a Comment