Thursday, January 6, 2011

kau ingat lagi ?

5.45am . : " klasik nasional , klasik nasional . segalanya di sini , menggamit memori "

wak JAGA sudah siap2 set radio berbunyi . setengah suku jam , sebelum azan subuh .

exco-exco sudah tersedia bersenjata di lengan kiri mereka .berbekalkan 'hanger' yang 200g cuma.tetapi mampu menyedarkan ratusan manusia.penuh rakus , gian dan .. ketagih.dan daun pintu diketuk dibeduk . ya , mereka amat bersungguh . mana tidak musalla penuh pagi itu.

amatlah bagus .

[ sewaktu itu . kami sama sama sedari , kami ada amanah kerja sebegini ]

**********************************

seusai solat , menjadi kebiasaan . keperluan untuk bergegas amatlah
digaris-tebal-kan .rotan lengkung 6 kerat sudah tersemat sebati di sisi guru disiplin merangkap ketua warden.

si baju biru , menjadi mata mata hantaran untuk mendisiplinkan pelajar.mereka punyai kuasa untuk bersuara suara.mereka serkup pelajar 'jahat'.mereka tangkap pelajar yang tiada lencana , tiada tag nama , rambut panjang , berjanggut misai mengurai , yang ponteng kelas , yang escape perhimpunan ... bla ... bla ... bla ... barisan 'hijau soleh' turut ambil peranan , tanggungjawab mereka sedikit 'islamik' , sudah teramat ramai yang diterjah ketika ber'dating' , tidak kurang yang di'cubit' kerana tidak solat di musolla , yang berbahasa kurang elok , buka aurat , balut aurat , tak jaga ikhtilat . semua diberkas dan ditapis penuh hikmat.

**********************************

tepat 4.43pm . : prep tamat

sayup2 azan dari kampung permatang . jentera2 siak , exco dan seangkatan dengannya mara kelas ke kelas , tingkat ke tingkat , bilik ke bilik majalah [ ops , heh ! ] . semuanya dihambat deras ke musolla yang populer itu.baitul ridhwan namanya.

[ perlahan lahan bilik tasneem dikosongkan . bunyi conga , tamborine diperlahankan ]

bilik muazin kini menjadi tumpuan , siapa yang azan kali ini ? kebiasaannya ia kekal misteri.tidak siapa yg mampu ketahui.didepan birai imam , berdiri seorang . segak . mencari cari dengan mata garang.

" ha ! engkau ! azan ! "

begitu rutinnya , pelajar agama mesti biasa dilatih dan terlatih.

**********************************

solat pun sudah setle . abang X , sudah tersedia dengan kitab2 agamanya.buka kitab mendidik warga beragama.tazkirah berjadual sebenarnya . tapi apakan daya , beliau adalah penceramah terkemuka dan hebat pula.jadi , beliaulah yang menjadi 'mangsa'.

" apa kes ni ??? ikhtilat tidak jaga ! lelaki perempuan serupa "

" bukak sana , tayang sini ! "

ada sahaja kes2 terkini , update sungguh . alhamdulillah , sesi itu pelajar2 beragama ini diproses cantik akal mereka.yang sibuk bercouple , sudah punah decekup segala.yang merokok semakin melupus bilangan mereka.

**********************************

6.45pm . : ma'thurat .

abang Z acap kali suaranya men'gonquer' suasana . ye lah , sudah itu kerja dia.

tepat 15 minit seblum 7malam , dia sudah tersedia di kaki lima surau bersama siak siak upahan nya.senior2 berwajah bengis mula berbelang rasa. " aku yang tua pun awal ke surau ! "

tenang sahaja adik2 junior . seakan akan mengerti , nasib badanlah apa akan jadi .

abang Z seperti bermonolog sendirian . mahu sahaja dibedul semua yang lewat . mana tidaknya , orangnya sama , denda yang sama . kali ini mahu diberi pengajaran sepanjang hayat gamaknya.

" nampak tiang hujung sana ? nampak tiang penjuru sini ? "

" nampak bang . "

" tahu kan apa nak buat ? "

ya , denda itu semakin mengarut . repekan apakah yang meracuni minda abang Z ketika itu.

denda lewat ke musolla ini berubah ubah . kadang2 lesap 20sen , tekan tubi , jalan itik , berlari setempat , ketuk ketampi , ketingting . oh . semoga ada khasiatnya hukuman sedemikian , semakin tangkas warga2 beragama meluru berpusu ke rumah Allah.

alhamdulillah .

**********************************

7.45pm . : usrah . kultim dan tazkirah

ajk sepatutnya memulakan tugas.teguran teguran ringkas , pengisian beralas. semuanya tampak bahagia.masing2 berebut mencari posisi berkipas-susah-mati
[kebanyakan kipas rosak].

nuqaba' terlatih mula berceloteh . manis gitu

malam minggu seperti biasa . manusia memerlukan isian agama , cikgu R , ustaz S antara penceramah regular semusim usia.
[ ya Allah , rindunya suasana begini ^^ ]

qiam , dan pelbagai program disaji 'yang berkuasa' . katanya mahu sekolah ini hidup beragama. bukan sekadar dicoret agama.sedikit demi berdikit , bi'ah mula terdidik .

**********************************

10.45pm . : lay off . light off !

sesudah semuanya kenyang berdinner . arahan demi arahan diulang ulang ulang . agar semuanya bersedia di dorm yang tiadalah cantik mana.bacaan almulk sebentar lagi akan dimula dan qari' berwibawa telah pegun bersimpuh duduk atas kerusi kayu panjang.wak ali tidak henti henti menyakat mereka . menceritakan kisah kisah sama , mengulangkan kaset kaset irama lama.

sesaatnya almulk dilancarkan . sebilangan orang orang besar meronda lintas dorm ke dorm.memastikan semuanya .. gembire.tongkat sakti menjadi pengganti mulut berbicara.sekali diketuk , semuanya terkumit membaca , semuanya tegak mendada.

gedush3 !

exco selayaknya berbicara , " light off ! " sudah tibanya , malam melabuhkan layar cerita .

semuanya disuruh tidur belaka . agar esok senang celik mata

ini jujur . dorm76 adalah paling liat [ hehe ]

" adik ada tenaga lebih x ? abang buzy cket la .. err , boleh ? "

situasi prey and predator diamalkan penuh penghayatan malam itu.tidak hairanlah , ramai A+ semasa peperiksaan pertengahan tahun , mata pelajaran sains tingkatan 1 . wah !

bilik dobi menjadi saksi kediktatoran kuasa kuku besi orang lama di sini . tandas juga penuh dgn si kecil yang kurang mendapat kasih sayang dari orang tua .ops .. dah2 .

malam tamat sehingga itu sahaja [^_^]

tetapi itu kan dahulu ?

adakah abang Z , abang X ,exco2 dan siak mampu mengekalkan begitu dan begini sehingga hari ini ?

" kecelakaan besar , bagi sesiapa yang bercakap tetapi tidak melakukannya " assaff

ya , ayat ini benar2 menghantui bagi sesiapa sahaja yang membacanya .masihkah exco musolla mampu consisten awal ke masjid ? subuh ? argh ! masihkah BADARian , mengekalkan disiplin ilmu dan amal mereka ? atau , adakah lebih teruk ? celaka ! celaka ! celaka !

" eh , itu dulu . kita punyai tanggungjawab . sekarang sudah terputus . kire ok la "

ah .

mana engkau yang dahulu ?
mana pergi tudung itu ?
mana hilang hafalan mu ?

kau sekarang sudah ada pakwe makwa
kau pandai bersolek muka

wahai yang mengaku senior,

ajukan kembali gertakan terhadap junior dahulu kepada kita .

serah kepada : exco exco , BADAR , pengawas dan sesiapa sahaja yg ada name tag agama

p/s : semoga ada yang ambil berat .

1 comment:

Anonymous said...

haha,mnarik....