alhamdulillah ,
tak dapat salam Maher Zain di Malaysia , dapat lambai Maher Zain di Jordan jadi la . cukup sudah rukun konsert thawabit (tetap) yg tiga .
1 . mendengar
2 . menyanyi bersama sama
3 . bersalaman / bertegur sapa / mengusap ( memadai dengan melambai lambai )
tidak cukup dengan itu , konsert turut dimeriahkan dengan penampilan khas beberapa entiti global arab seperti Abdul Fath dan Abdul Qadir . lebih gempak , Mes'ut Kurtis turut hadir di samping penyair , Abdul Rahman Yusuf anak kepada Dr Yusuf Al Qaradhawi . kesemuanya menghidupkan feel yang pelbagai , ruh ruh revolusi teru
s menjadi perhatian pada malam itu . dengan iringan slide slide yang sangat cool . turut berpeluang mengenali trend arab dalam berkonserto . paling menarik , pengerusi majlis .
konsert ke ape ke ??
seorang jejaka berseloroh , " ape la pegi konsert , ingat boleh tambah iman ke hape "
saya biasa menjawab on the spot question , tapi bukan label yg ini . sama ada soalan beliau tidak valid atau memang jawapannya memakan diri . kali ini benar benar perlukan masa untuk menjawab , kadang kadang kita perlu lebih bersedia untuk skill 'bagaimana' untuk menjawab berbanding 'apa' yang hendak dijawab . disebabkan jejaka tersebut bernada critism , keputusan yang diambil adalah berdiam diri .
kata kata hikmah satu : jangan jadi pendebat , jadilah penasihat
on lappy
buka tenet , dan terus menaip .
ya , teori ini berkesan .
kepada si jejaka , mari buka blog saya . ok ke ?
konsert yang bagaimana ?
barangkali gagal memahami kehendak kritikan , atau kritiker ( pengkritik ) gagal memahami situasi ? gagal melihat dengan jelas ? dengan slumber sahaja , entri ini adalah ta'rifan cara saya . kalau anda ada pendapat tak perlu kemukakan di sini . postkan di blog anda - woha !
jadi , ke konsert Islami untuk menambah pahala ? mengabdikan diri ? menghampirkan rasa dekat dengan Allah ? Nak insaf ? nak jadi orang soleh ? nak berda'wah ?? wow . apa sebenarnya yang kita nak buat apabila menghadiri konsert ? apa yang kita nak rasa ? apa tujuan kita ?
heh ,
bang , konsert tetap konsert . kosert tidak boleh bertukar menjadi majlis ilmu . konsert bukan seperti ceramah dan tazkirah . sekali lagi , konsert tetap konsert ! apabila kita menyebut tentang konsert , adalah juga beberapa elemen khusus memdalilkan ia adalah sebuah konsert :
1 . nyanyian dari penyanyi
2 . dengaran dari pendengar
3 . muzik2 iringan dan lain lain .
sebelum repekan bergerak jauh , nak habaq sat . kita bukan nak cerita bab halal haram konsert atau hukum penggunaan alat muzik . pergaulan bebas dalam konsert . enta enti yang melompat lompat dalam konsert . penyanyi yang headbanging dan sebagainya . kita di dalam bab , konsert dan apa matlamat kita ke konsert . jelas ke ? maka , tak mohlah berbalah balah bab hukum dan lain lain . yang sudah clear haram itu lantaq pi , haram juga tetap haram .
ok , itu adalah konsert .
boleh ke kita terima hakikat bahawa konsert adalah tempat berhibur , berseronok seronok ? kenapa masih nak bergantung pada dialog dialog seperti berikut :
1 . lagu lagu nasyid apabila didengari , semakin menambahkan Iman .
2 . dengan adanya konsert sebegini , remaja remaja semakin kuat beribadah .
3 . dsb
tidak , bukan diskriminasi . tapi biarlah adil dalam informasi . konsert tetap konsert . kemudian keluarlah pulak 'cakap cakap' yang pelbagai . antaranya kenyataan seperti ini , tidakkah anda pening ?
argumentative .
premise 1 : ramai orang hadiri konsert , muzik dan penyanyi diangungkan - petanda akhir zaman
premise 2 : maher zain , 7000 penonton - dakwah melalui hiburan
conclusion : dah tu ? nak habaq camna ?
kalau anda keliru saya di pihak yang mana ? bersama menyokong konsert , dan dakwah hiburan . ataupun menentang pemahaman pemahaman akhir zaman ini ?? ya , saya sendiri keliru . ulangan - apa sebenarnya yang ingin saya issue kan adalah , mengapa kita ke konsert ? berbalik kepada kritikan oleh jejaka di awal entri .
mengapa ke konsert ?
" ape la pegi konsert , ingat boleh tambah iman ke hape "
tak tak ,
saya pergi konsert untuk seronok seronok . saya pergi dengan kawan kawan , untuk seronok seronok sahaja . saya tengok kat atas pentas , ada Maher Zain . saya menghayati nyanyian beliau , cuma untuk seronok seronok sahaja . kemudian saya rakam , dan bergambar dan juga melambai kepada Maher Zain , ya untuk seronok seronok sahaja . saya juga beli beberapa makanan yang dijual di gerai gerai sekitar tapak konsert . ya , saya makan dengan kawan kawan saya sambil Maher Zain terus menerus dengan 'sepanjang hidup' beliau . hanya untuk seronok seronok sahaja .
tapi , ada je kan
orang yang berebut rebut nak berada di front seat , berebut rebut nak jumpa Maher Zain , berebut rebut nak tiket free . sampai lupa kanan kiri , samaada perempuan atau lelaki . janji dapat 'menaikkan iman' dengan bertemu di konsert Maher Zain ? ada je enti enti yang bernyanyi nyanyian , dengan suara yang sayup sayup keheningan . tidak kiralah yang mendengar suara mereka pak cik atau brader brader . mereka tidak kisah , janji dapat 'menaikkan iman' ? golongan ini sudah jauh terlajak , kita elakkkan awal awal yang ini . supaya dapat 'menambahkan iman' !
dan kalau nak tau ,
Maha Suci Tuhan , Allah SWT yang Maha Menciptakan . segala gerak geri , segala gerakan walau segerak alih otot ada ganjaran dan balasannya . bergantung kepada bagaiamana kita 'tune' niat ke konsert .
bagaimana dengan ' sahaja aku ke konsert , untuk berukhuwah bersama kawan kawan ' ?
bagaimana dengan ' sahaja aku ke konsert , untuk berhibur dengan baik . dengan menjaga adab dan sikap ' ?
bagaimana dengan ' sahaja aku ke konsert , untuk memupuk rasa kasih sayang . antara keluarga , antara masyarakat , antara umat Islam ! " ?
kan , banyak pilihan . akhirnya , kita sebenarnya memang sedang 'menambahkan Iman' ! bukan bertambah iman kerana konsert , atau kerana Maher Zain , atau kerana alunan lagu lagu so-called Islamic Genre , atau kerana dianjurkan oleh badan badan Islam . tapi sebenarnya kita menambahkan iman , apabila kita menghidupkan ruh ruh Islam ketika berkonsert . dengan berukhuwah , dengan kasih sayang , dengan menjaga masa , dengan menghormati waktu solat , menghormati azan dan sebagainya .
kepada abang jejaka , saya sekarang sudah benar benar sedia untuk beri jawapan pada kritikan itu .
ya ! pergi konsert memang boleh menambahkan iman !!!
p/s : Maher Zain juga ter'pecah' suara beliau ketika berkonsert , apetah lagi saya insan biasa . hehe
4 comments:
good entry dear :)
btw,
boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni x? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
GA ni memerlukan komen terbanyak utk jadi pemenang. So, tlgla bantu saya :) tq sgt2
tahniah .
saya bersongkok dan saya sangat hensem
on going entry : tudung untuk apa , songkok untuk siapa
setuju
tapi datang kelas juga boleh menambahkan iman. kan?
teruknya ana - -
hahahaha..komen atas sekali xleh bla..hahaha
Post a Comment