Saturday, January 7, 2012

random 1#

Al Quran menjana generasi khaira ummah . heh



I




kita lihat hari ini , 
kita terpaksa membawa dan menawarkan pelbagai rasional untuk perlaksanaan syari'at Islam . 
kita terpaksa sandarkan kepada manfaatnya begini , 
kebaikannya begini dan kesannya begini , 
keburukannya begini . 

sebagai contoh , 

khasiat solat berjemaah akan meneutralkan cas badan , hukuman rejam kepada penzina akan menghapuskan bakteria HIV , daging babi dan anjing penuh dengan virus yang menghasilkan penyakit berbahaya dan banyak lagi .

bagaimana kita lihat generasi Islam yang awal , apabila turun sahaja arahan dan syari'ah serta merta mereka mematuhinya tanpa sebarang bantahan . ajaib bukan ?

tidak lain tidak bukan , adalah kerana mereka telah sepenuhnya melalui dan melepasi proses menjadikan LAILAHAILLALLAH sebagai kalimat yang paling tinggi . hari ini ..
 barangkali kita jauh lebih mengenali syari'at dan perundangan sebelum memahami hakikat kalimatLAILAHAILLALLAH .


mohon re-charge semula definisi makkiyah dan madaniyah dalam silibus PQS dulu dulu .





II


hey kawan ,
anda dan saya sudah pasti sangat berbangga bukan
apabila hari ini , Quran dicanang sebagai skrip yang paling bertepatan dengan kajian saintifik dan logik . 


dari asal penciptaan organisma hidupan
teori embriologi , fasa kelahiran dari air mani sehingga bayi
air sungai dan laut yang tidak bercampur
anatomi dan receptor kulit yang terbakar
manusia dijadikan berpasangan 
Red Rose Nebula
dan baanyak lagi

fakta fakta ini serius-selari dengan nas nas dari Quran 

begitulah sunnatullah yang ditentukan , 
apabila diminta awan turunkan hujan maka turunlah hujan
apabila diarah matahari pancarkan cahaya maka pancarlah cahaya

cuma ..





cuma .. kita ni . 

ya , kita sangat super duper bangga dengan penciptaan alam yang menepati kehendak penciptanya . mereka menepati Al Quran , dan selarilah mereka dengan fitrah penciptaan mereka . adakah hari ini , kita menepati Al Quran dan adakah selari kita dengan fitrah penciptaan manusia ? sedang sasaran Quran itu diturunkan untuk manusia secara khusus .

tidak tahu anda bagaimana , tapi seriusly saya akan mengamuk besar kalau kalau saya sedang buang art project dan hampir siap kemudian tak sempat render kedai-gambar-adobe-versi-0.7 ni buat sangkut sangkut dan terpaksa re-start lappy dan re-buat kerja tu . arrrrgh !!! 

sifat semulajadi lappy sepatutnya tak sangkut kan ?

aduhai . dush3 !



III


golongan literalist akan menjadikan Quran sebagai penglipur lara , cara mudah mendapat pahala berganda dan pusat latihan suara .













check-out 
dan salam imtihan niha'ie !

No comments: