I
saya lihat pakcik pakcik yang sudah lama beramal ,
yang sudah banyak tergigit halia dan mengunyah biji kas kas ,
tidak ada 'masa lapang' dalam kamus kehidupan mereka
mereka faham , bahawa kerja lebih banyak .. dan masa mereka sangat sedikit
tetapi hari hari mereka masih tekun membawa semangat yang sama ,
mantain dengan senyuman dan tenaga segar bugar
logiknya , baru saya faham
kerana orang yang tiada 'masa lapang' sudah pasti tiada 'masa sibuk'
maka mereka tidak pernah rasa sibuk
amal yang mereka kerjakan adalah kerana fitrah jasadi mereka
adalah kerana kebiasaan mereka
dan mereka namakan ini sebagai 'masa emas'
persoalannya , hal nahnu 3amaliyun ?
pemuda + masa lapang = permulaan maksiat ?
hypothesis accepted ^____________^
II
ok , minggu ni saya telah merasai keindahan masa .
nasihat Dr You Que Why sangat terbaek buat insan yang banyak merengek dan merintih dek ketensinan mengadili pembahagian masa baik pada masyarakat , persatuan dan ... err , segan nak sebut .. D&T.
adapun telah berkata beliau ,
" semua orang akan mengadu dialah yang paling sibuk kat atas muka bumi ni "
hambek kau
" .. dan sebenarnya , bila sibuklah kita dapat menghargai dan mengagihkan masa kita dengan baik . tapi kene refer semula adakah kita ni Allah-centric dalam definisi sibuk "
walaupun diselang seli dengan sengihan dan repekan ruhi , tembakan beliau sangat deras melaju .
mode insaf diaktifkan
III
selamat berkenalan dengan masa lapang !!
kita merancang , syaitan juga merancang . maka Allah adalah sebaik baik perancang
mana mungkin kebaikan yang tidak tersusun mengalahkan kejahatan yang tersusun bukan ?
dengan profesionalisma dan sikap idealistic syaitonirrojim ,
sudah pasti memerlukan perancangan yang super-rapi
dengan ini saya menyeru .. agar umat manusia lebih cakna untuk masa masa lapang yang akan datang .
ps : saya di mesir , tuu je nak cakap
2 comments:
"beramal solehlah sampai kamu lelah utk melakukn sekecil-kecil maksiat.."
fuuh~
salam akhi ,
sejak balek mesir ni x post pape ke ?
^^ rindu untuk menjadi .
qowiy ruhiy basahi .
Post a Comment