ini kisah yang sangat benar .... sangat .
serius telah berlaku
" صدق الله العظيم "
selepas habiskan empat mukasurat lebih kurang , henfon murah saya berbunyi terketar ketar .
kebetulan pengekol adalah sahabat saya yang sedang menunggu di pintu luar masjid ,
minta saya bersegera gamaknya , dah janji nak opentalk di Fawal (sejenis kedai makan)
sedikit goyah .. eh , tak sesuai .
sedikit gopoh saya meletakkan Quran di lemari kaca kemudian terus bergegas ke luar masjid .
ok , sekian
cuma nak bagitau saya solat di masjid dan baca Quran je . ok , babai jahiliyah
hey anda ! bukan !!
ondeway nak ke pintu besaq masjid tu , telah berlaku tragedi subconscious yang sangat misteri . serius misteri . tahu tidak apa yang berlaku ? tidak tahu ?? ok saya bagi tahu .
saya telah mencium henfon murah yang tiada berharga itu tiga kali berturut turut .
sebgai tukaran kepada Quran yang telah saya letak di lemari kaca
saya benar benar tahu ini sedikit memalukan , serius tanpa niat . dengan itu saya memilih untuk terus menyumbat henset ke mulut dan tunduk membetulkan hujung seluar secara beransur ansur sehingga ke luar masjid . mudah mudahan syeikh Isa tidak memandang kurang senonoh perbuatan kurang moral tadi . huuu huu ..
hep !!
yang diraikan pemilik blog ini , inche penelan henset
yang dimuliakan pembaca sengaja dan seterusnya pembaca tidak sengaja .
amma ba3dhu ..
kita ambil peluang pada kali ini untuk mendoakan diri kita , masyarakat , Malaysia dan dunia agar sentiasa berkuat kuasa menghadapi cengkaman dan tikaman jahiliyah yang semakin menjadi jadi . di kala orang berselara membuka sembang pilihanraya , kemudian londeh melondeh sesama manusia .. semasa orang cenderung berlari larian dalam lingkaran orbit yang sama , biarlah kita berdiri pegun dan teguh dengan prinsip 'berubah sebelum merubah' atau yang sewaktu dengannya . ok , macam takde kaitan .
*sedang memikirkan bagaimana hendak memulakan ayat*
baik , berbalik kepada tajuk .
merujuk kes 22 Mac seksyen 99 kanun keseksaan cubaan menelan henset hidup hidup , pendakwaraya telah menfailkan kesalahan tertuduh seperti yang berikut :
tertuduh didapati telah memegang dua objek , Quran dan I-phone S4 (ok)
dalam keadaan tergopoh gopoh tertuduh telah tersilap junjung dan mencium S4 beliau dengan tekun secara tidak sengaja dengan niat menjunjung Quran dan menciumnya .
hukuman :
malu 5 minit ,
dan trauma jika berselisih dengan syeikh Isa , Imam Masjid Abdullah Tal selepas ni . wo !
dibebaskan dengan jaminan atau khidmat masyarakat shopping corner .
sekadar iklan awal , saya sebenar benarnya sangat menghormati jika anda tidak tersabar sabar ingin memangkah lintang hukum menjungjung Quran dan yang sewaktu dengannya . takpe , kita letak dulu kes terpencil ini ke tepi . kali ni , kita bercerita tentang subconscious . ok ?
subconscious dengan mudah bermaksud satu pergerakan tidak sedar . hasil dari kebiasaan yang biasa kita lakukan , yang telah selalu kita ulang ulang . istilah lain menyebut , autopilot .
ok , al-misalnya
seorang pemain gitar akustik six-string ,
pada awalnya nak menukar kod G kepada E bukanlah suatu perkara yang simple mimple . belum lagi nak berkenalan dengan kod kod yang ada , anda perlu mahir memetik gitar terlebih dahulu kemudian nak belajar memetik ke enam enam tali serentak atau satu tali . tangan kanan memetik dan tangan kiri berperanan menentukan kod gitar . kemudian perlu seiringan mengawal kod dan perubahan rentak petikan tangan kanan anda . eh , argh ! saya pening . itu belum lagi main gitar menggunakan jari kaki kiri secara bergilir gilir dalam bulatan gembira . ok .. lagi susah jika anda main gitar sambil menyanyi dan menonton dokumentari Man vs Wild !!
ohyes ! bukan mudah |
tapi akhirnya , apabila kita sudah biasa bermain gitar . selalu berlatih dan jamming dengan member . semuanya jadi mudah dan lancar . tiada lagi terfikir fikir tangan kanan perlu petik upper-string pada kod A major 5 . tak perlu lagi terpandang pandang every-single string bagi setiap perubahan kod dan sebagainyalah yang saya pun tak faham . bukan setakat main gitar sambil menyanyi , malah boleh siapkan taqrir ulum Quran yang banyak ituuu !!
ok , al-contoh lain
ketika mula mula masuk sekolah memandu dulu dulu ,
memang serius serabut nak ingat segala benda . pedal minyak kene tekan sambil melepaskan clutch perlahan lahan , sambil sambil mata melilau tengok side-mirror dan jari telunjuk kiri bersedia untuk beri isyarat ke kiri . selesai ujian tau tau gagal sebab tak pakai seat-belt , maka hancurlah kehidupan .
tapi sebab abang polis yang baik dan hensem , bagi juga la lepas ujian .
dan kita pun semangat bagai training keluar garaj masuk garaj sampailah mahir parking kereta . itu pun selepas dua tiga garis panjang calar balar kereta kancil tu . berlatih berlatih dan akhirnya kita sudah biasa . akhirnya kita tak fikirdah semasa memandu kereta , semuanya berlaku dengan automatik .
subconscious accepted .
dari sebahagian sudut , ya ia sangat positif dan menjana generasi madani .
pada dimensi lain , ia sangat membawa mara bahaya dan bencana buat insaaann !!
dari situlah datang ujian dan cabaran buat kita , ketika sedang beribadah .
solat , baca Quran , tawaf ka3bah , qiam .. dan banyak lagi ibadah ibadah khusus yang sudah masuk yang ke berapa puluh ratus kita ulang dan akhirnya menjadi adat resam harian dalam jadual kehidupan kita . hasilnya , kita hilang rasa manis beribadah . kerana ibadah kita adalah ibadah subconscious !!
انّ الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar
contoh mudah , bagaimana Allah menjanjikan bahawa solat adalah ubat yang super-mujarab bagi segala bagai kerosakan akhlak , maksiat dan gejala sosial ummat . tapi kenapa ia gagal ? kerana kita telah tersubconscious dengan solat . akhirnya , kita declare kita telah solat sebaliknya kita lakukan solat kerana satu kebiasaan . solat yang sebenar akan mempengaruhi emosi dan tindakan kita .
segalanya jadi gagal apabila sejurus selepas takbiratul ihram , kita terus mencari kad bank yang hilang sejak dua hari lepas , memikirkan soalan periksa Furuq Zawaj yang sangat misteri , teringat hutang internet tertunggak sejak dua bulan yang lepas , list-up barang barang dapur yang nak dibeli kat ZamZam , berapa banyak gol bolos tadi ... diakhiri dengan salam pertama . seterusnya kita istighfar dan wirid sambil merenung ukiran geometri mimbar dan ukiran khat yang cantik molek di kubah masjid . maka celah mana solat boleh ubah jahiliyah dan menggantikannya dengan iman ?
err , Bro arts buat baju cani oke ? |
bulatan gembira , Ini Saya Kut ? , daurah segala bagai dan macam macam lagi . apabila sudah berbulan bulan , bertahun tahun menjadi manusia-program , kita akhirnya gagal merasai manis berprogram . kerana program kita adalah program subconscious !!
العبرة ليست في المساء , لكن في المسميات
hikmah bukan pada nama , tetapi apa yang dimaksudkan dengan nama itu
serius kool bila kita join bulatan gembira dan berkoferensi sebijik dua . dengan senang hati kita angkat kepala dan mengatakan hai kawan kawan , saya orang yang ikut program tawww !! tidak adik adik , tidaak . tahu bagaimana program atau bulatan gembira itu menjadi sangat manis .
seperti halawiyat (sejenis manisan arab) yang manis , tidak cukup dengan di wara-warakan kemanisan beliau , bahkan tidak cukup dengan isinya yang sedia manis dan memaniskan , tetapi ia perlu dirasa dan dihadam oleh pemakan agar dapat dibuktikan bahawa halawiyat ini maniiiiis !! tetapi dalam kes kes terpencil , sesetengah pemakan makan tanpa sebarang perasaan kerana sudah biasa makan halawiyat dan sudah lali untuk menghayati kemanisan beliau .
begitu juga berprogram , tidak cukup dengan kita tahu peh program ini comfirm gempak , bahkan tidak cukup dengan isinya yang sedia basah dan membasahkan , malah tidak cukup dengan penyampainya yang best best (contohnya UKA hee hee) , tetapi ia perlu dihadam dengan baik dan dipraktis dengan tekun dalam kehidupan seharian . tetapi sesetengah orang program tidak dapat merasai kegojesan berprogram kerana program telah tersubconscious .. saya berprogram kerana saya memang ikut programlah !! haih .
baik ,
kembali kepada kes yang dimaksudkan
beberapa resolusi dari artikel bertragedi ini ,
1. jom kembalikan ibadah kita , dan program kita kepada bukan-subconscious .
2. istiqomah dan mujahadah selalu untuk hilangkan lintasan lintasan subconscious yang didatangkan khas kepada anda oleh inche syaitonnirojim !! aummm aummm !!!!
3. muhasabah buat penulis khususnya okeh ?
sekian ,
kes ditutup
1 comment:
في المساء؟
Post a Comment