Sunday, July 28, 2013

Himpunan SH si anak

seorang anak sedang buat syahadatul haq , saya nak simpan buat kenangan .
bila dia dah besar nanti nak tunjuk pada dia , inilah yang pernah berlaku pada dia ..

nikmatilah SH mu hai anak
Abi perhati kamu dari jauh , tumpang like sahaja
selagi semangat ada , luahkan apa yang anak rasa .. ceritakan indahnya Islam pada dunia

tak pasti apa anak ini nak buat , masih in progress . saya akan update dari semasa ke semasa di entri ini juga , tak berniat nak pecah pecahkan posting susah nak reach semula

ok , bismillah .. semoga ada manfaat

Bahagian I

"Zam, aku rasa aku nak berdakwah lah", kata Lah tiba-tiba, dengan suara yang seakan berbisik, muka yang berkerut serius, jelas nampak kesungguhannya disitu.

Zam yang sedang menghirup jus tembikai panas hampir tersedak. lantas mengambil 2 helai tisu di atas meja untuk cover mulutnya, mengelap sisa jus tembikai panas yang tersembur kecil, lagaknya seperti mengelap mulut selepas baru menjamah dessert yang mahal.

"hang ni apasal Lah...tiba-tiba macam ustaz nih", jawab Zam diiringi ketawa kecil, kemudian menyambung menghirup jus tembikai panas yang berbaki suku gelas besar, tidak peduli dengan keseriusan kawan baiknya itu.

tiba-tiba lalu dua orang gadis bertudung, berjubah labuh berjalan melintasi meja makan mereka. cepat-cepat Zam mengeluarkan Samsung Galaxy sII nya yang dipinjam, menekan-nekan skrin seakan sedang sibuk, dan supaya terserlah yang beliau seorang yang cakna dengan kemajuan ict ini. sambil menekan skrin sII yang kehabisan bateri, ekor mata Zam tidak lepas daripada memandang dua gadis tadi, sehingga hilang daripada pandangan.

"fuh...gadis melayu terakhir Lah...mana nak cari sekarang ni...tutup aurat, lemah lembut, aku syak mesti depa pandai masak ni", komen Zam sambil tersengih keseorangan. Lah diam sahaja. matanya dari tadi tak lepas memerhati gelasnya.

"ok, cukup...mai habaq apa masalah hang. selalunya pantang ada awek-awek dressing ustazah lalu, hang la mat romeo no 1...tadi ada dua ustazah cun, hang tak kalih sikit pun...apa masalah hang ni, cuba cerita kat aku selaku kawan baik dunia akhirat", Zam mula hairan dengan perubahan sikap Lah.

"Lah, hang tau tak...Allah kata dalam Quran, ((Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka))...sadaqallahul azim", balas Lah tenang, lagaknya seperti sang ustaz dalam rancangan tanyalah ustaz tv9, cool dan tiada riak di wajahnya. namun dalam hati siapalah yang tahu.

suasana tiba-tiba senyap seketika. seolah-olah alam turut terkejut dengan apa yang diungkapkan Lah sebentar tadi. senyum Zam terus menghilang, perlahan-lahan tangan kanannya menyentuh dagu, tangan kirinya memegang bucu meja sambil bahunya disenget sebelah, cuba menghadam kata-kata Lah sebentar tadi.

mata mereka bertemu. Zam pelik, adakah dihadapannya Lah yang dia kenali. kawan rapatnya yang selalu lepak bersamanya, yang menjadi kutu rayau bersamanya sejak sekolah rendah lagi, yang bersama-sama berjanji untuk tidak mempunyai wawasan sehingga menjelang tahun 2020.

"Lah...hang ni...", tersangkut-sangkut suara Zam ,cuba merungkai persoalan yang ada, "setahu aku muqaddam pun tak lepas...sejak bila hang hafal quran ni".

Lah menarik nafas panjang, dengan selamba dia mengangkat tangan menunjuk arah ke belakang Zam. Zam menoleh ke belakang. di dinding, terpampang besar banner kempen sifar couple anjuran kelab kebudayaan kampung mereka, tertulis panjang terjemahan surah an-nur ayat 30.


Bahagian II


"hang ni buat kemaih boleh...mati-mati aku ingatkan hang baru transform jadi pak ustat...hahaha", gelak besar Zam, alah...setakat baca terjemahan kat dinding adik aku pun boleh...fikirnya. digoncang-goncang gelas besar jus tembikai panasnya, bunyi ais ketul berlanggaran sesama sendiri, tanda jus sudah habis. lantas Zam mengangkat tangan melambai-lambai memanggil pelayan kedai yang asyik bermain game dalam handphonenya sejak mereka tiba lagi.

“adik…ooo adik…tambah air dik”, panggil Zam, budak kecil yang sedang khusyuk main game itu lantas meletakkan handphone atas meja kaunter pembayaran, dan berjalan terus ke meja makan Lah dan Zam.

“tambah satu jus tembikai panas…tapi nak gelas kecil”, kata Zam. Sempat juga perasan dua tiga pasang mata pelanggan yang turut berada di situ memerhatinya, ada yang tersenyum. baru Zam sedar,termasuk pesanan kali ini, sudah 2 gelas besar 1 gelas kecil jus tembikai panas yang dipesannya, ditambah lagi dengan sepinggan mee goreng basah yang sudah habis.

“tu untuk kawan abang ni…kalo abang cukuplah…tak mau pesan apa-apa…tuhan ajar berhenti sebelum kenyang…kan dik?”, sambung Zam dengan nada suara yang ditinggikan sikit, untuk cover malunya. Lah yang memang sudah masak dengan teknik kawan baiknya itu hanya tersengih sambil geleng-geleng kepala.

“adik…darjah berapa sekarang?” soal Lah yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

Dengan pantas budak lelaki itu menunjukkan nombor 3 dengan jarinya, dengan penuh bergaya. Tak pasti dia bangga dengan umurnya atau mahu menunjuk-nunjuk jam tangan ben10 yang hampir sama besar dengan penumbuknya itu.

“ohh…sudah darjah tiga…orang kalo darjah tiga mesti dah pandai…kan?, soal Lah kemudiannya, serentak dengan soalan itu Zam pun kerutkan mukanya,merasa pelik mengapa tiba-tiba Lah memuji budak kecil itu, cuba memikir-mikir apakah modus operandi beliau.

Budak kecil itu mengangguk-angguk kepalanya dengan semangat tanda 101% bersetuju.

“Kalo pandai cuba adik kuatkan sikit volume berita kat tv tu…skrinnya abang tengok adala kecik sikit daripada peti ais rumah abang…tapi suara halus bebenor…dari tadi abang tengok ramai orang dok kumpul atas jalan raya, angkat-angkat sepanduk dalam tv tu…ada konsert Raihan gabung Search ke apa?”, jelas Lah panjang lebar.

“ok…”, jawab budak laki itu dengan riang, sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya lantas tersenyum, menampakkan jelas ketiadaan dua gigi hadapannya. Dengan pantas dia kembali ke kaunter pembayaran, mencapai remote control dan menekan-nekan button up volume.

“Sekurang-kurangnya 92 orang mati dan beratus-ratus cedera dalam pertempuran di Kaherah selepas pasukan keselamatan menyerang penyokong Presiden Mursi, Kementerian Kesihatan Mesir memberitahu RT Arab. Walau bagaimanapun, Ikhwan Muslimin telah meletakkan angka kematian melebihi 200 orang. Mangsa telah mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Mursi ketika mereka diserang oleh pasukan keselamatan, Ikhwan mengatakan. Mereka menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan aktivis, Kementerian Dalam Negeri Mesir telah mengesahkan”, tiba-tiba suara pemberita tv3 jam 8 malam, Izwan Azir Salleh bergema di seluruh ruang kedai makan. Semua pelanggan yang ada hampir serentak berhenti berbual, masing-masing merenung menghala ke tv, fokus terhadap berita malam itu.

"Mereka tidak menembak untuk melukakan, mereka menembak untuk membunuh,kata jurucakap Ikhwan Muslimin Gehad El-Haddad berkata kepada Reuters, dan berkata bahawa penunjuk perasaan telah terkena tembakan di kepala dan dada...sekian berita disunting daripada page fb ‘Mesir Kini’...sila klik like untuk mengikuti perkembangan lanjut”, sambung pemberita itu lagi.

Kemudian berita diselangi dengan gambar-gambar keadaan mangsa yang terlibat dalam perhimpunan. Ada yang luka di tangan, ada yang ditembak tepat mata kanan, ada juga gambar luka parah di kepala.

Suasana gerai makan senyap sunyi seketika, perasaan sedih dan simpati jelas mengelubungi setiap orang di situ ketika ini, dipancarkan melalui wajah-wajah mereka. Ada yang berkerut seribu sambil muncung mulut memikirkan entah apa, ada yang ambil tisu mengelap air mata yang sipu-sipu malu jatuh, tak kurang juga yang menjadi reporter tak bertauliah mengulas isu mesir ketika ini dengan penuh semangat kepada rakan-rakan mereka.

Tidak kurang 15 saat kemudian, berkumandang pula lagu selamat hari raya nyanyian Faizah Joned.

Suasana kembali ceria, para pelanggan kembali gelak ketawa dan bergurau senda. 


bersambung ..

Saturday, July 27, 2013

the real problem

Allahumma tenangkan hatiku ketika aku menulis ,
dan jauhkan aku dari huruf dan perkataan yang menyakitkan hati manusia .

sudah masuk tahun akhir pun di Jordan ni , dan hampir genap tiga tahun juga membesar dengan masyarakat PERMAI , banyak perkara berlaku dan banyak perkara berubah . 

tiga tahun juga membesar dengan Dakwah dan Tarbiyah , dan juga .. terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan wallahi banyak perkara yang telah berubah 

Maha suci Allah yang telah membenarkan jari ini menulis , selepas banyak kali juga taraddud . maka yang pertama sekali , ini adalah risalah muhasabah . manusia pertama yang terkesan dengan penulisan ini adalah saya , saya yang pertama membacanya . segala kelemahan dan kecatatan adalah hak milik saya secara peribadi . ini juga adalah risalah nasihah ,  sebagaimana al Islam dengan fitrahnya an Nasihah . tidak memerlukan sebarang balas hujah atau debat berantai .. cukup dengan anda katakan saya tidak setuju dan teruskan dengan iman dan amal

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

tajuk besar ; Jemaah

di Jordan ini sudah lali dengan posting dengan tema 'Jemaah' , kalau sudah namanya isu memang hukum alamnya begitu .. pasang surut tenggelam timbul . maka ia akan berlalu dan digantikan dengan isu yang lain . maka pertama sekali , tentukanlah hidup anda samaada terkesan dengan situasi dan isu atau dengan iman dan kefahaman

" isu akan berlalu dan manusia akan mati "

ditakdirkan juga mostly semua perbincangan tentang 'Jemaah' juga bermula dengan nada negatif , atau sekurang kurangnya akan direncahkan dengan sinisan dan gurauan . 

secara peribadi sepanjang 3 tahun ini , saya tidak pernah walau sekali terlibat dalam sebarang perbahasan di massa mahupun di alam buana . kalau benar pun saya akan mengambil jalan keluar dari perbincangan , ubah tajuk ataupun diam . dulu saya anggap isu ini terlalu confidential , tidak aula , remeh dan buang masa . dan ya , sampai sekarang pun saya punya sikap yang sama terhadap isu ni .

buat masyarakat yang ternanti nanti jawapan , mari saya jawabkan ;

iman terhadap jamaah ini bukan tercipta dua tiga minit , sumpah sukar dihuraikan dalam dua tiga komen di fesbuk . tiga tahun saya belajar mengenalinya .. mengikuti programnya , bergerak bersama dengannya , berlapar dan kenyang dengannya .. sanggupkah anda saya kenalkan tentang jemaah dalam masa tiga tahun ? pegang angka itu , dan beri saya masa untuk menerangkannya .

untuk menjawab soalan itu , ia bukan bergantung kepada semata mata fakta . 
ia adalah sebuah kehidupan , perasaan dan penghayatan

dan itu yang telah saya lalui sepanjang tiga tahun

nasihat dan harapan

" cukuplah seorang itu berdosa , dengan membicarakan semua yang dia dengari " 
" antara tanda baiknya muslim , dia meninggalkan apa yang tiada manfaat untuknya "

terdahulu saya ucapkan syukron , jazakumullahu khairal jaza' kepada sekalian masyarakat yang ikhlas menegur dan sentiasa mengambil berat urus tadbir dan hal ehwal lokal . dengan segala kelemahan dan keterbatasan , dengan rendah diri saya memohon agar diteliti beberapa nasihat berikut ;

1. hayatilah dakwah dan tuntutan tuntutannya , seriusly . ambil masa muhasabah , adakah kita telah benar benar menghayati dakwah ? adakah benar telah kita imani , di hujung pengajian syari'ah , talaqqi puluhan kitab dan hafalan hadith quran dan qira'at ini adanya tanggungjawab mentarbiyah ummah ? bukankah kita yang lebih kerap bersama quran dan sunnah ini sepatutnya menjadi qudwah dalam dakwah ? 

ambil muhasabah sebuah peperangan penting di awal pemerintahan Islam era Abu Bakar r.a , perang riddah . dalam subjek ulum Quran , selalu kita dengar peristiwa ini . ini adalah satu plot penting dalam pengumpulan Quran , kerana ramainya huffaz yang syahid termasuklah Salim Maula Abi Huzaifah yang disebut dalam sebuah hadith

tapi kenapa huffaz ?

kerana mereka berada di saff paling hadapan , mereka adalah golongan yang paling memahami tuntutan Quran . ilmu yang mereka miliki tidak meletakkan mereka di balik tirai ibadah , untuk beri'tikaf dan mengumpul pahala . ilmu telah menolak mereka jauh di hadapan ribuan muslimin ketika operasi memerangi golongan murtad dan nabi palsu 

kalaulah nilai ilmu itu pada penyerahan ilmu itu daripada guru kepada pelajar yang seterusnya semata mata , maka Irsyad Manji , Snouck Hugronje telah jauh mendahului kita

malu kita dengan Sumayyah , Mus'ab , Ammar ibn Yasser dan ramai lagi tokoh salafussoleh . mereka telah membuktikan bahawa tindakan pertama selepas iman adalah syahadatul haq (penyaksian terhadap kebenaran) , dakwah !

bacalah hikayat jihad , Sultanul ulama' Izz Abd Salam di perang Ain Jalut , Imam Ahmad dan zaman fitnah Quran makhluk , Sykh Yusouf Al Qaradhawi di penjara mesir , Ibn Mubarak di perbatasan Rom

siapa yang mengaji feqah , teliti seerah , hadith dan Quran dengan ikhlas .. 
dia tidak akan menemui ibrah melainkan dakwah adalah profesyen paling wajib untuk seorang muslim

hayatilah sye'er teguran Ibn Mubarak terhadap Fudhayl ibn Iyyadh ;
wahai orang yang beribadat di dua tanah haramjika kamu melihat kami , nescaya engkau akan mengetahuibahawa engkau hanyalah bermain main dalam ibadah 
orang orang itu membasahi pipinya dengan air matasedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
dia memenatkan kudanya dalam sia siasedang kuda kuda kami penat dalam peperangan 
engkau berbau harum dengan minyak wangi sedang minyak wangi kami , adalah peluh kuda dan debu dari medan peperangan 
telah datang pada kami sabda Nabi s.a.wkata kata yang benar , tepat dan mustahil dusta
" tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala " 
kitab Allah ini telah membekaskan pada kita , bahawa
" orang orang yang mati syahid itu tidak mati "
bukan satu dusta

2. kalau feqh , yang kita kira sebagai wasilah untuk mengajak manusia kepada ubudiyah yang sahih itu penuh dengan taktikal , kaedah , teori dan kajian .. maka min babil aula pada tujuan hidup kita ! dakwah yang mulia ini sudah pasti sarat dengan strategi yang telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w dan sahabat r.anhum , kalau serius kita mahu melaksanakan tujuan hidup ini .. pelajarilah kaifiyatnya , ambillah ibrah daripada tokoh dan ilmuan dakwah . mereka punya pengalaman dan kajian yang perlu dihargai sebagaimana kita menghargai as syafi'ie dan ibn taimiyah

dari kefahaman ini , datangnya tuntutan amal jama'ie

huraian dan details , tiada keperluan untuk kita panjangkan di sini

bukankah satu kepelikan apabila manusia sanggup beramal jama'ie ketika bermain bola dan penganjuran majlis perkahwinan .. tetapi mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dalam menguruskan tujuan hidup

" apa yang menyempurnakan kewajiban , maka ia adalah wajib " 
" berapa banyak nabi yang telah berperang bersamanya ribbiyun yang banyak "

adakah cukup dengan mengambil makna umum dakwah , sebagai perlembagaan tujuan hidup kita ? 

kerana itu pergaduhan berlaku antara da'ie dan mad'u 

kerana mereka gagal menghayati konsep "kita ini pendakwah bukan penghukum" ! kamus dakwah mereka hanya terhenti pada makna umum dakwah . inilah yang telah berlaku kepada peserta Melayu pada pertandingan ratu cantik di Malaysia , dan ini juga berlaku pada pasangan Cina yang so called menghina Islam itu . maka di manakah rahmatnya Islam ?

mereka tidak merasai bahawa da'ie adalah "khaadimul ummah" , kita sedang melayan dan merawat ummah yang rosak !

3. mulailah dengan pembinaan diri 

" binalah dirimu maka akan terbinalah ummatmu " 
" binalah daulah Islamiyah dalam dirimu , maka akan terbina ia di bumimu "
ensyallah saya yakin kita semua mempunyai cita cita yang tertinggi untuk melihat Islam kembali memimpin dunia sebagaimana yang telah pun dicapai oleh generasi sebelum kita , bahkan Allah swt telah menjanjikan kemenangan itu dalam banyak ayat dan melalui sabda nabi saw

" dan telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan beramal soleh , akan dijadikan mereka khalifah di muka bumi ini seperti mana telah dijadikan orang orang sebelum mereka khalifah "
" dan sungguh akan terjadi sebuah khilafah atas minhaj nubuwwah " 

cuma jalan ke arah kemenangan dan cita cita ini penuh dengan tuntutan dan kewajipan , ia bermula dari mengemas tempat tidur dan membasuh pinggan selepas makan sehinggalah keadilan dalam pengagihan royalti minyak petroleum !

adakah dengan malasnya belajar , dan kerap ponteng kuliah itu membuktikan eagernya kita kepada kebangkitan Islam ? malah lebih teruk itu telah melenyapkan harapan itu

subuh terlajak dengan sengaja , tapi PSL boleh je padu semua tepat masa bagai . bukankah headshot di situ ? tak perlu cerita panjang pun , boleh muhasabah sendiri . bukankah kubur kita lain lain ?

4. amati dan rasailah kesengsaraan ummat , lihatlah kekacauan di seluruh dunia .. itu adalah calar dan luka yang pedihnya kita kongsi bersama . bukankah kita ummah yang satu ? bukankah itu batu asas kepada kejayaan Islam satu ketika dahulu , ini soal ukhuwah perpaduan dan agama

aku berbangsa muslim , ini sepatutnya menjadi slogan kita

sedangkan musuh kita sendiri menyerang kita kerana kita muslim , mengapa kita tidak berani bertahan sebagai seorang muslim ? mengapa kita tidak merasakan Palestin , Syria adalah kematian kakak dan abang kita sendiri ? perhatikan kata kata tokoh penjajah yang dihimpunkan dalam sebuah ensiklopedia sejarah Islam oleh Sykh Mahmood Syakir ;

" sesungguhnya kemenangan tentera salib yang diwakili oleh Portugis ke atas Melaka akan memudahkan penaklukan semula Al Quds " , dinukilkan oleh Camelo Poriton dalam ucapannya kepada Leo X 
" dengan kemenangan kita ke atas Melaka , kita akan dapat meruntuhkan Qaherah kemudian menghancurkan Makkah sehancurnya " 

nah ! jatidiri kita telah musnah , kita tidak merasakan sejarah kita sebagai Muslim . kita rasa sejarah kita terputus dari sejarah Islam . kemudian sungguh sungguh kita mengangkat A'famosa dan Lembah Bujang sebagai masa silam kita ? sedangkan musuh yang menyerang pun melihat kita sebagai Islam ! 

sekali lagi , lihatlah masalah ummat hari ini . keserabutan di Mesir , fitnah sumpah teruk . 

adakah anda nampak solution selain daripada tarbiyah ? adakah cadangan yang lebih baik dari itu ?

" Banyak surat telah sampai kepadaku , sama ada dari Morocco , Mesor , Jawa , Iraq dan negara kamu , Palestin . penulis penulisnya mencadangkan supaya diadakan mu'tamar Islam atau melantik seorang khalifah atau perkara perkara yang seumpama dengannya . namun , seperti biasa aku akan menjawab ; kita wajib memulakan usaha membina Islam ini dari bawah . kita wajib mentarbiyah individu " Syakib Arsalan 



selepas anda benar benar telah menghayati nasihat dan harapan di atas , silakan untuk bertanya dan bergurau senda tentang 'Jemaah' . artikel ini mungkin kekal gagal untuk menjawab directly soalan bertajuk 'Jemaah' . tapi seriusly hayatilah nasihat dan harapan di atas . ikhlaslah terhadap diri sendiri , ensyallah ia akan menjawab soalan anda dari semasa ke semasa .

ohya mungkin ada yang bertanya mengapa artikel ini bertajuk 'the real problem' , kerana masalah sebenar bukanlah berputar sekitar tajuk 'Jemaah' . masalah sebenar adalah kita belum benar benar memahami dan menghayati apa yang dimaksudkan oleh 4 perkara di atas sebelum terjebak dalam isu 'Jemaah'

dakwah dan tarbiyah itu adalah kehidupan , 
saya terlalu mencintainya dan saya ingin anda semua mengenali dan menghayati sama .



akhukum 
seorang yang hina dan mengejar sempurna


Wednesday, July 24, 2013

Menikmati Seerah Moden

Mesir

mari melihat kekacauan di Mesir dengan ikhlas , tenang

ini bukan bacaan yang baik untuk pembaca yang dahagakan analisis politik , fakta pasar gelap atau perbahasan mendalam tentang fitnah penggulingan Morsi . dinasihatkan agar memilih penganalisis yang lebih thiqah dan daqiq ilmunya , benar imannya . 

saya cuba membuka gelanggang isu Mesir kepada dimensi yang lebih luas , pastinya ia bukan semata mata antara Tamarrud dan Ikhwan Muslimun . kemudian saya melihat isu ini , adalah antara dua persepakatan . yakni persekutuan pengguling ; Tamarrud , tentera , saki baki fulul Hosni Mubarak , Hizbu an Nur dan beberapa pendokong dalam kalangan ulama' azhar . dan yang kedua persekutuan yang diguling ; Ikhwan Muslimun , sebahagian besar rakyat Mesir dan ulama' azhar , parti parti dan pertubuhan Islam yang lain dan sebagainya . buka lagi seluasnya dan kita dapat lihat ini adalah pertembungan antara Islam dan Jahiliyah , ini adalah ulangan kepada seerah Islamiyah

" maka engkau tidak akan mendapati pada sunnatullah itu sebarang perubahan "

sunnatullah yang dimaksudkan adalah kemulian al haq , dan kehinaan al batil

saya akur dengan perbezaan pendapat yang berlaku , ruang ini terlalu kecil dan tidak komersial untuk dipanjangkan perbahasan tentang itu . sebagaimana yang juga telah pun berlaku dalam seerah
kita qiaskan fitnah ini sebagaimana fitnah pada zaman uthman r.a pasca pembunuhan beliau . 
wallahi keseluruhan sahabat r.anhum punya pandangan yang sama dalam menentukan pihak mana al haq dan yang mana al batil . semua bersetuju bahawa uthman r.a adalah pihak yang benar , dan pembunuhnya adalah salah . tetapi sahabat r.anhum berbeza pandangan mengenai tindakan terhadap pemberontak 

blok pertama yang diketuai oleh Ali r.a dan Abdullah ibn Abbas r.a berpandangan agar ditangguhkan qisas terhadap pemberontak , kerana sungguh mustahil dapat mengurus licin penjahat yang telah pun bercampur dengan masyarakat di Madinah . di samping mengelakkan pertembungan yang lebih dahsyat sesama Muslimin

blok kedua disertai Aisya r.a , Talhah r.a dan Zubair r.a berpandangan agar hukum qisas disegerakan . pasti ada mudharat dan fitnah yang lebih besar berlaku dengan meringankan hukum yang ditetapkan Allah swt terhadap pembunuh , lebih lebih lagi berpusat di Madinah . rujukan kepada umat Islam dari seluruh tanah Hijaz dan empayar uthman yang telah meliputi syam , utara Afrika dan Parsi .

blok ketiga adalah golongan berkecuali , tawaqquf . antaranya Sa'ad Abi Waqqas r.a , Abdullah ibn Umar r.a dan Usamah ibn Zaid r.a . 

sebagaimana jelasnya Morsi dan Ikhwan Muslimun sebagai golongan al Haq , sebaliknya Tamarrud dan rakan rakan sebagai golongan al Batil . tiada siapa menafikan ini !

legar beza kita adalah pada tindak balas terhadap golongan al Batil , dan timbangan masalahat mudharat terhadap situasi dan realiti . tidak lebih dari itu

Allahumma satukan saff ummah ini , berikan petunjuk yang akan menghimpunkan kami 

Iman yang benar

perkara pertama yang merungsingkan ummat selepas kejatuhan Morsi adalah keyakinan terhadap kebenaran dan janji tuhan . 

" apa ada harapan lagikah untuk pembebasan Palestin selepas kejatuhan Morsi ? " 

" siapa yang akan memimpin kebangkitan ummah ? " 

" negara mana lagi yang akan tegas akan kemungkaran yang berlaku di Syria ? "

sehingga akhirnya ..

" benarkah Islam akan menang ? "

akheey , iman kita terhadap kemenangan ummah ini bukanlah pada situasi dan realiti !
biarlah mustahil bagaimanapun kemenangan itu , iman kita terhadap kemenangan yang terlebih dahulu telah dijanjikan Allah swt mengatasi segala keresahan dan dzan itu

" dan telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan beramal soleh , akan dijadikan mereka khalifah di muka bumi ini seperti mana telah dijadikan orang orang sebelum mereka khalifah "

kemenangan itu pun sifatnya adalah hasil kepada sebuah tindakan
maka jalan menuju kemenangan itu sangat subjektif , ia boleh berlaku dalam proses yang pelbagai dan tidak boleh dijangka dek kelemahan dan kehinaan manusia untuk memahami kerja yang diuruskan oleh Allah swt

lihat betapa indah apa yang disampaikan pada ayat berikut , dari surah al Kahf

" maka carilah tempat berlindung di dalam gua , maka engkau akan dapati limpahan rahmat dari tuhanmu dan tuhanmu akan memberi kemudahan untuk urusanmu "

apabila iman mereka merintih dan mengadu , kerana kezaliman pemimpin yang menghalang nur Islam dari menyimbah masyarakat .. Allah telah memberi jalan keluar kepada mereka , agar berlindung di sebuah gua . sebuah gua ?

rahmat apa yang kita harapkan dari sebuah gua ?
kala jengking , kegelapan , sunyi

tetapi pemuda al kahf ini yakin dengan iman yang benar terhadap janji kemenangan walaupun harganya berupa tidur selama 300 tahun 

sukar sebenarnya untuk kita faham urusan Allah awt dalam memenangkan ummat ini 

suatu ketika , Nabi saw mendapat tentangan yang ganas dari penduduk Tha'ed . sejurus selepas itu , jin pula yang menerima dakwah Islam . berdakwah kepada manusia , jin pula yang memeluk Islam . peristiwa Bi'rul Ma'unah adalah rentetan kekalahan di Uhud , sejumlah besar hufaz muslim dibunuh dan pelbagai lagi kecelakaan menimpa al Haq , tetapi Allah membalas semua itu dengan kemenangan yang nyata ketika fathu Makkah .

bukankah kemenangan itu urusan Allah ?

" dan kemenangan itu adalah milik Allah " 

wallahi ya akheey , yakinlah !
kerana kita tidak beriman dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita , kita beriman dengan janji kemenangan , dan noktah !

kenalkah anda seorang sahabat bernama Zuljausyan ad Dhababi r.a , yang hanya memeluk Islam setelah fathu Makkah . sedang beliau telah lebih awal diajak menyertai muslimin , sejurus selepas perang Badar

" apa yang menahanmu dari memeluk Islam ? " sabda baginda s.a.w dalam sebuah hadith

" aku telah melihat kaummu mendustakanmu , mengusir kamu dan memerangi kamu . aku sedang menantikan samaada engkau akan menang ke atas mereka atau mereka yang akan menang ke atas kamu . maka selepas kemenanganmu aku akan memeluk Islam "

bayangkan betapa berat kesedihan dan penyesalan , seorang yang dapat melihat kemenangan di depan mata selepas menafikannya kerana terkesan dengan realiti dan situasi . akhirnya , terlepas dari sebuah perjuangan yang menguntungkan

Jom sertai

dengan mendahulukan hormat dan rendah diri , saya menjadi sedikit kecewa dengan segelintir ummah yang mengambil remeh perjuangan . kalau benar ia sebuah retorik , maka ceritakan pada saya , di plot seerah yang mana tidak ada perjuangan ?

sebahagian lain pula sibuk dengan isu darah lalat dan karamah ulama' , sedang darah ummat sedang dipertaruhkan di medan Raba'at Adawiyah . maka ke mana entum nak bawa ilmu dan kitab yang berjela itu ? adakah ilmu dan siri perbincangan ilmiah yang kita akan jadikan modal untuk dibawa ke pengadilan seluruh ummah di akhirat kelak ?

" orang itu telah menyangka dia telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan , tetapi sebenarnya lariannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya pada setiap kemuliaannya . 
Apakah erti pada nilai kesucian , amanah , kebenaran , kesetiaan , kebaikan , ehsan dan kemuliaan lain sekiranya mereka mengasingkan diri di padang pasir atau di puncak gunung ? bolehkah dianggap kebenaran itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di sekelilingnya hanya ada ketulan ketulan batu ? 
demi Allah siapa yang tidak memerangi kejahatan dan kehinaan seluruhnya , dia tidak mempunyai kemuliaan sedikitpun " oleh Mustafa Arrafi'ie dalam wahyu al Qalam

sekali lagi dengan rendah diri , dan segan kerana kelemahan diri dan keterbatasan

saya menyeru untuk kita bersama menyertai sebuah catatan moden dalam seerah Islamiyah , kita sedang mengulang ratusan kemenangan yang telah dicatat dalam perjalanan ummah . pencinta sunnah harus ikhlas dalam menilai seerah , dan kita pun yakin dan pasti bahawa Dakwah dan Tarbiyyah adalah sebesar besar sunnah yang wajib dipikul oleh ummat sepanjang zaman .

maaf atas kelemahan untuk menyusun mutiara nasihat dengan baik , 
sungguh ya akheey , muhasabahlah selalu

adakah hati ini telah benar benar sedih dan pedih dengan masalah ummah ?




dan yang terakhir , mulakanlah perjuangan ini dengan yang asas .
bebaskan diri dari al Batil terlebih dahulu , cabutlah sikap malas kikir pentingkan diri dan macam macam lagi . 

" binalah dirimu , maka akan terbina ummatmu "

kalau membina diri pun sudah letih , payah dan malas . 
tidak perlulah angan angan untuk membina khilafah

Allahumma libatkan kami dalam kemenangan ini 

Monday, July 22, 2013

Seindah ukhuwah Fudhayl dan Ibn Mubarak

Siapa yang teliti ulum hadith , dia akan dapati banyaknya sketsa ukhuwah rabbaniyah dalam kalangan muhaddithin . terutama dalam bab jarah wa ta'dil , untuk menilai thiqah seorang perawi . sekali sekala nampak seperti gelanggang perang , ibrah yang kita dapat adalah masyallah tingginya amanah seorang ilmuan agar warisan hadith Muhammad s.a.w terpelihara . Agar kehidupan ini sentiasa mendapat kawalan dan petunjuk yang sahih , setelah institusi hadith mendapat ancaman teruk ketika zaman fitnah mu'tazilah dan sekutunya

kembali kepada tajuk ukhuwah

Dalam Tahzibu at Tahzib karangan ibn Hajar al Asqalani ,
Ibn Mubarak , seorang pemimpin ulama' hadith telah menilai Fudhayl ibn Iyyadh sebagai seorang yang thiqah melalui komentarnya ;

" Apabila aku terlihat Fudhayl , kesedihanku kembali muncul . lantas aku membenci diriku "

" Menurutku , Fudhayl antara orang yang termulia di muka bumi ini "

" Fudhayl adalah seorang yang warak "

Ibn Mubarak dikenali sebagai sahabat rapat Fudhayl ibn Iyyad

begitulah secara ringkas apa yang dapat dipetik dari muqaddimah Muntalaq karangan Ahmad Ar Rasyid .
namun , sebuah teguran keras Ibn Mubarak kepada Fudhayl ibn Iyyad dalam buku yang sama pada bab Ahli Ibadah yang Bermain main membuatkan saya kagum ;

ia berupa sebuah surat yang dihantar sekembalinya Ibn Mubarak dari medan Tursus , dan debu masih belum tanggal lagi dari mantel perangnya .

wahai orang yang beribadat di dua tanah haram
jika kamu melihat kami , nescaya engkau akan mengetahui
bahawa engkau hanyalah bermain main dalam ibadah

orang orang itu membasahi pipinya dengan air mata
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya dalam sia sia
sedang kuda kuda kami penat dalam peperangan

engkau berbau harum dengan minyak wangi 
sedang minyak wangi kami , adalah peluh kuda dan debu dari medan peperangan

telah datang pada kami sabda Nabi s.a.w
kata kata yang benar , tepat dan mustahil dusta

" tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala "

kitab Allah ini telah membekaskan pada kita , bahawa

" orang orang yang mati syahid itu tidak mati "

bukan satu dusta

inilah sketsa ukhuwah rabbaniyah yang saya maksudkan
inilah bukti cintanya al akh terhadap akhnya

indahkan ?

Sunday, July 21, 2013

Diari DnT

" Bilamana aku hidup di bawah naungan Al Quran , aku melihat tangan Allah sedang menguruskan kehidupanku dengan caranya yang tersendiri " Syed Qutb , Fi Dzilalil Quran

menemui ayat ini seawal usia 15 tahun , semasa usrah mingguan di sekolah dulu
dan hanya difahami ketika umur ini sudah mencecah awal 20-an

Syed Qutb ada akal dan hati yang tajam dalam menilai kehidupan , meneliti penulisannya membuatkan jiwa ini ikut sama menikmati apa yang telah terdahulu dinikmati oleh sahabat r.anhum . Hidup ini jika tidak jelas mula dan akhirnya , hulu dan pangkalnya maka ia menjadi sangat hina . wallahi sangat hina !

sebagainya yang turut digambarkan oleh Syed Qutb " aku melihat mereka seperti kanak kanak kecil yang berseronok dan menikmati mainan " , itulah keindahan bagi kanak kanak kecil . yang kamus kehidupannya belum lagi menjangkau main , tidur dan main semula

kehidupan ini terlalu indah untuk kita pagarkan tempohnya sekadar lahir sehingga mati , bukankah Islam telah meradarkan kita untuk melihat kehidupan dengan dimensi yang super-luas ? kita belum berhenti hidup dek kematian

" dan mereka melihat hari akhirat itu jauh , sedang kami melihatnya sangat dekat "

inilah iman sahabat r.anhum , mereka ada garis masa yang sangat istimewa untuk menilai kehidupan

semua keputusan , tindakan dan gerakan adalah hasil penelitian terhadap garis masa itu . kehidupan bagi mereka adalah dari mula diciptakan hinggalah janji kebahagiaan di syurga yang abadi . mereka sanggup apa sahaja untuk pajakan janji itu

bukankah janji Allah itu mendahului seluruh realiti dan situasi di sekeliling kita ,

" sungguh Allah telah membeli dari seorang mu'min itu , hartanya dan jiwanya kerana untuk mereka itu syurga "

nah , dari sini kita dapat mengerti asbab pergaduhan saeed dengan bapanya , khusaimah

apabila tiba seruan ke medan Badar , Rasulullah hanya membenarnya salah seorang antara mereka berdua untuk menyertai jihad . kemudian berlangsunglah pergaduhan yang panjang , di akhirnya Saeed berkata ; " aku boleh beransur denganmu dalam banyak perkara , kecuali syurga " maka Saeed mendahului bapanya dengan syahid di Badar

Allahumma aku risau jiwa yang lemah ini jadi hanyut dan lupa dengan garis masamu yang mulia ini , di hujungnya ada syurga . Allahumma tetapkan ruh ini , kuatkan 'urwah ini

Aku cuma terlalu mencintai Dakwah dan Tarbiyah

Daruna
1442
21 Julai 2013