Saturday, July 27, 2013

the real problem

Allahumma tenangkan hatiku ketika aku menulis ,
dan jauhkan aku dari huruf dan perkataan yang menyakitkan hati manusia .

sudah masuk tahun akhir pun di Jordan ni , dan hampir genap tiga tahun juga membesar dengan masyarakat PERMAI , banyak perkara berlaku dan banyak perkara berubah . 

tiga tahun juga membesar dengan Dakwah dan Tarbiyah , dan juga .. terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan wallahi banyak perkara yang telah berubah 

Maha suci Allah yang telah membenarkan jari ini menulis , selepas banyak kali juga taraddud . maka yang pertama sekali , ini adalah risalah muhasabah . manusia pertama yang terkesan dengan penulisan ini adalah saya , saya yang pertama membacanya . segala kelemahan dan kecatatan adalah hak milik saya secara peribadi . ini juga adalah risalah nasihah ,  sebagaimana al Islam dengan fitrahnya an Nasihah . tidak memerlukan sebarang balas hujah atau debat berantai .. cukup dengan anda katakan saya tidak setuju dan teruskan dengan iman dan amal

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

tajuk besar ; Jemaah

di Jordan ini sudah lali dengan posting dengan tema 'Jemaah' , kalau sudah namanya isu memang hukum alamnya begitu .. pasang surut tenggelam timbul . maka ia akan berlalu dan digantikan dengan isu yang lain . maka pertama sekali , tentukanlah hidup anda samaada terkesan dengan situasi dan isu atau dengan iman dan kefahaman

" isu akan berlalu dan manusia akan mati "

ditakdirkan juga mostly semua perbincangan tentang 'Jemaah' juga bermula dengan nada negatif , atau sekurang kurangnya akan direncahkan dengan sinisan dan gurauan . 

secara peribadi sepanjang 3 tahun ini , saya tidak pernah walau sekali terlibat dalam sebarang perbahasan di massa mahupun di alam buana . kalau benar pun saya akan mengambil jalan keluar dari perbincangan , ubah tajuk ataupun diam . dulu saya anggap isu ini terlalu confidential , tidak aula , remeh dan buang masa . dan ya , sampai sekarang pun saya punya sikap yang sama terhadap isu ni .

buat masyarakat yang ternanti nanti jawapan , mari saya jawabkan ;

iman terhadap jamaah ini bukan tercipta dua tiga minit , sumpah sukar dihuraikan dalam dua tiga komen di fesbuk . tiga tahun saya belajar mengenalinya .. mengikuti programnya , bergerak bersama dengannya , berlapar dan kenyang dengannya .. sanggupkah anda saya kenalkan tentang jemaah dalam masa tiga tahun ? pegang angka itu , dan beri saya masa untuk menerangkannya .

untuk menjawab soalan itu , ia bukan bergantung kepada semata mata fakta . 
ia adalah sebuah kehidupan , perasaan dan penghayatan

dan itu yang telah saya lalui sepanjang tiga tahun

nasihat dan harapan

" cukuplah seorang itu berdosa , dengan membicarakan semua yang dia dengari " 
" antara tanda baiknya muslim , dia meninggalkan apa yang tiada manfaat untuknya "

terdahulu saya ucapkan syukron , jazakumullahu khairal jaza' kepada sekalian masyarakat yang ikhlas menegur dan sentiasa mengambil berat urus tadbir dan hal ehwal lokal . dengan segala kelemahan dan keterbatasan , dengan rendah diri saya memohon agar diteliti beberapa nasihat berikut ;

1. hayatilah dakwah dan tuntutan tuntutannya , seriusly . ambil masa muhasabah , adakah kita telah benar benar menghayati dakwah ? adakah benar telah kita imani , di hujung pengajian syari'ah , talaqqi puluhan kitab dan hafalan hadith quran dan qira'at ini adanya tanggungjawab mentarbiyah ummah ? bukankah kita yang lebih kerap bersama quran dan sunnah ini sepatutnya menjadi qudwah dalam dakwah ? 

ambil muhasabah sebuah peperangan penting di awal pemerintahan Islam era Abu Bakar r.a , perang riddah . dalam subjek ulum Quran , selalu kita dengar peristiwa ini . ini adalah satu plot penting dalam pengumpulan Quran , kerana ramainya huffaz yang syahid termasuklah Salim Maula Abi Huzaifah yang disebut dalam sebuah hadith

tapi kenapa huffaz ?

kerana mereka berada di saff paling hadapan , mereka adalah golongan yang paling memahami tuntutan Quran . ilmu yang mereka miliki tidak meletakkan mereka di balik tirai ibadah , untuk beri'tikaf dan mengumpul pahala . ilmu telah menolak mereka jauh di hadapan ribuan muslimin ketika operasi memerangi golongan murtad dan nabi palsu 

kalaulah nilai ilmu itu pada penyerahan ilmu itu daripada guru kepada pelajar yang seterusnya semata mata , maka Irsyad Manji , Snouck Hugronje telah jauh mendahului kita

malu kita dengan Sumayyah , Mus'ab , Ammar ibn Yasser dan ramai lagi tokoh salafussoleh . mereka telah membuktikan bahawa tindakan pertama selepas iman adalah syahadatul haq (penyaksian terhadap kebenaran) , dakwah !

bacalah hikayat jihad , Sultanul ulama' Izz Abd Salam di perang Ain Jalut , Imam Ahmad dan zaman fitnah Quran makhluk , Sykh Yusouf Al Qaradhawi di penjara mesir , Ibn Mubarak di perbatasan Rom

siapa yang mengaji feqah , teliti seerah , hadith dan Quran dengan ikhlas .. 
dia tidak akan menemui ibrah melainkan dakwah adalah profesyen paling wajib untuk seorang muslim

hayatilah sye'er teguran Ibn Mubarak terhadap Fudhayl ibn Iyyadh ;
wahai orang yang beribadat di dua tanah haramjika kamu melihat kami , nescaya engkau akan mengetahuibahawa engkau hanyalah bermain main dalam ibadah 
orang orang itu membasahi pipinya dengan air matasedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
dia memenatkan kudanya dalam sia siasedang kuda kuda kami penat dalam peperangan 
engkau berbau harum dengan minyak wangi sedang minyak wangi kami , adalah peluh kuda dan debu dari medan peperangan 
telah datang pada kami sabda Nabi s.a.wkata kata yang benar , tepat dan mustahil dusta
" tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang dengan asap neraka yang menyala " 
kitab Allah ini telah membekaskan pada kita , bahawa
" orang orang yang mati syahid itu tidak mati "
bukan satu dusta

2. kalau feqh , yang kita kira sebagai wasilah untuk mengajak manusia kepada ubudiyah yang sahih itu penuh dengan taktikal , kaedah , teori dan kajian .. maka min babil aula pada tujuan hidup kita ! dakwah yang mulia ini sudah pasti sarat dengan strategi yang telah ditinggalkan oleh nabi s.a.w dan sahabat r.anhum , kalau serius kita mahu melaksanakan tujuan hidup ini .. pelajarilah kaifiyatnya , ambillah ibrah daripada tokoh dan ilmuan dakwah . mereka punya pengalaman dan kajian yang perlu dihargai sebagaimana kita menghargai as syafi'ie dan ibn taimiyah

dari kefahaman ini , datangnya tuntutan amal jama'ie

huraian dan details , tiada keperluan untuk kita panjangkan di sini

bukankah satu kepelikan apabila manusia sanggup beramal jama'ie ketika bermain bola dan penganjuran majlis perkahwinan .. tetapi mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dalam menguruskan tujuan hidup

" apa yang menyempurnakan kewajiban , maka ia adalah wajib " 
" berapa banyak nabi yang telah berperang bersamanya ribbiyun yang banyak "

adakah cukup dengan mengambil makna umum dakwah , sebagai perlembagaan tujuan hidup kita ? 

kerana itu pergaduhan berlaku antara da'ie dan mad'u 

kerana mereka gagal menghayati konsep "kita ini pendakwah bukan penghukum" ! kamus dakwah mereka hanya terhenti pada makna umum dakwah . inilah yang telah berlaku kepada peserta Melayu pada pertandingan ratu cantik di Malaysia , dan ini juga berlaku pada pasangan Cina yang so called menghina Islam itu . maka di manakah rahmatnya Islam ?

mereka tidak merasai bahawa da'ie adalah "khaadimul ummah" , kita sedang melayan dan merawat ummah yang rosak !

3. mulailah dengan pembinaan diri 

" binalah dirimu maka akan terbinalah ummatmu " 
" binalah daulah Islamiyah dalam dirimu , maka akan terbina ia di bumimu "
ensyallah saya yakin kita semua mempunyai cita cita yang tertinggi untuk melihat Islam kembali memimpin dunia sebagaimana yang telah pun dicapai oleh generasi sebelum kita , bahkan Allah swt telah menjanjikan kemenangan itu dalam banyak ayat dan melalui sabda nabi saw

" dan telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan beramal soleh , akan dijadikan mereka khalifah di muka bumi ini seperti mana telah dijadikan orang orang sebelum mereka khalifah "
" dan sungguh akan terjadi sebuah khilafah atas minhaj nubuwwah " 

cuma jalan ke arah kemenangan dan cita cita ini penuh dengan tuntutan dan kewajipan , ia bermula dari mengemas tempat tidur dan membasuh pinggan selepas makan sehinggalah keadilan dalam pengagihan royalti minyak petroleum !

adakah dengan malasnya belajar , dan kerap ponteng kuliah itu membuktikan eagernya kita kepada kebangkitan Islam ? malah lebih teruk itu telah melenyapkan harapan itu

subuh terlajak dengan sengaja , tapi PSL boleh je padu semua tepat masa bagai . bukankah headshot di situ ? tak perlu cerita panjang pun , boleh muhasabah sendiri . bukankah kubur kita lain lain ?

4. amati dan rasailah kesengsaraan ummat , lihatlah kekacauan di seluruh dunia .. itu adalah calar dan luka yang pedihnya kita kongsi bersama . bukankah kita ummah yang satu ? bukankah itu batu asas kepada kejayaan Islam satu ketika dahulu , ini soal ukhuwah perpaduan dan agama

aku berbangsa muslim , ini sepatutnya menjadi slogan kita

sedangkan musuh kita sendiri menyerang kita kerana kita muslim , mengapa kita tidak berani bertahan sebagai seorang muslim ? mengapa kita tidak merasakan Palestin , Syria adalah kematian kakak dan abang kita sendiri ? perhatikan kata kata tokoh penjajah yang dihimpunkan dalam sebuah ensiklopedia sejarah Islam oleh Sykh Mahmood Syakir ;

" sesungguhnya kemenangan tentera salib yang diwakili oleh Portugis ke atas Melaka akan memudahkan penaklukan semula Al Quds " , dinukilkan oleh Camelo Poriton dalam ucapannya kepada Leo X 
" dengan kemenangan kita ke atas Melaka , kita akan dapat meruntuhkan Qaherah kemudian menghancurkan Makkah sehancurnya " 

nah ! jatidiri kita telah musnah , kita tidak merasakan sejarah kita sebagai Muslim . kita rasa sejarah kita terputus dari sejarah Islam . kemudian sungguh sungguh kita mengangkat A'famosa dan Lembah Bujang sebagai masa silam kita ? sedangkan musuh yang menyerang pun melihat kita sebagai Islam ! 

sekali lagi , lihatlah masalah ummat hari ini . keserabutan di Mesir , fitnah sumpah teruk . 

adakah anda nampak solution selain daripada tarbiyah ? adakah cadangan yang lebih baik dari itu ?

" Banyak surat telah sampai kepadaku , sama ada dari Morocco , Mesor , Jawa , Iraq dan negara kamu , Palestin . penulis penulisnya mencadangkan supaya diadakan mu'tamar Islam atau melantik seorang khalifah atau perkara perkara yang seumpama dengannya . namun , seperti biasa aku akan menjawab ; kita wajib memulakan usaha membina Islam ini dari bawah . kita wajib mentarbiyah individu " Syakib Arsalan 



selepas anda benar benar telah menghayati nasihat dan harapan di atas , silakan untuk bertanya dan bergurau senda tentang 'Jemaah' . artikel ini mungkin kekal gagal untuk menjawab directly soalan bertajuk 'Jemaah' . tapi seriusly hayatilah nasihat dan harapan di atas . ikhlaslah terhadap diri sendiri , ensyallah ia akan menjawab soalan anda dari semasa ke semasa .

ohya mungkin ada yang bertanya mengapa artikel ini bertajuk 'the real problem' , kerana masalah sebenar bukanlah berputar sekitar tajuk 'Jemaah' . masalah sebenar adalah kita belum benar benar memahami dan menghayati apa yang dimaksudkan oleh 4 perkara di atas sebelum terjebak dalam isu 'Jemaah'

dakwah dan tarbiyah itu adalah kehidupan , 
saya terlalu mencintainya dan saya ingin anda semua mengenali dan menghayati sama .



akhukum 
seorang yang hina dan mengejar sempurna


No comments: