hari ini aku belajar satu perkara yang penting ,
semakin lama dan meningkat usia kita dalam DnT maka semakin hinalah kita dalam kalangan manusia
hubungan ini berkadar terus
aku sangat malu untuk mengclaim aku ini 'murabbi'lah , budak jemaah lah .. etc etc
seorang akh yang multazim , dia akan sentiasa berhadapan dengan manusia .. jiwanya kerenahnya . dia bukan berhadapan dengan alatan bedah atau jentera angkut pasir .. bukan . dia menghadapi subjek tindakan yang sangat rumit . wallahi rumit !
namun ia tidak bukan juga adalah sebahagian daripada sunnatullah yang telah Allah atur , dan bukanlah sunnatullah itu pada takat didih air dan umur fosil sahaja .
tasyrif , kemuliaan
dan taklif , bebanan
aku kabur antara dua frasa ini , tasyrif ? atau taklif
akhirnya , akurlah kedua duanya adalah targhib dan tarhib dalam falsafah DnT .
aku lebih percaya kepada konsep amanah , sebagaimana yang digaris oleh ayat ini
kita terpilih ! itu yang aku belajar dari muntalaq bab ke enam
maka apabila aku berhadapan dengan musuh , aku melihat mereka sebagai amanah
wallahi ya akhi !
asy syafi'ie telah mengajar aku satu konsep kehidupan yang penting ; ithamun nafs , ia juga banyak diajar dalam karangan ilmu tasawwuf ibnu al jawzi dan imam al ghazali .
ithamun nafs bermaksud menghina atau mencela diri sendiri
kita perlu ada perasaan sentiasa rasa hina , sentiasa rasa adanya kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan
setiap kali berhadapan dengan musuh , atau mad'u .. timbulkanlah persoalan
khayalkan tanda soal ini jauh ke dalam hati , maka kita akan rasa kerendahan hati dan keikhlasan ketika menghadapi mereka .. lebih lebih lagi di medan aku ketika ini , aku menghadapi jiwa ustaz ustazah .. siapapun mad'u itu , aku melihat mereka lebih mulia dariku .. mereka tidak tahu , tidak lebih dari itu
dan aku semakin masak dengan misalan yang dibawa Ahmad Ar Rasyid yang dibawa pada bab yang ke enam ; aku perlu menjadi imam Ahmad , jika menghadapi mad'u seumpama Musa ibn Hizam !!
Infiru
0215
12 Ogos 2013

" dan dipilih daripada kalanganmu sebahagian ummat yang akan melakukan amal ma'ruf dan nahi munkar , dan mereka adalah orang yang berjaya "
tasyrif , kemuliaan
dan taklif , bebanan
aku kabur antara dua frasa ini , tasyrif ? atau taklif
akhirnya , akurlah kedua duanya adalah targhib dan tarhib dalam falsafah DnT .
aku lebih percaya kepada konsep amanah , sebagaimana yang digaris oleh ayat ini
kita terpilih ! itu yang aku belajar dari muntalaq bab ke enam
maka apabila aku berhadapan dengan musuh , aku melihat mereka sebagai amanah
wallahi ya akhi !
asy syafi'ie telah mengajar aku satu konsep kehidupan yang penting ; ithamun nafs , ia juga banyak diajar dalam karangan ilmu tasawwuf ibnu al jawzi dan imam al ghazali .
ithamun nafs bermaksud menghina atau mencela diri sendiri
kita perlu ada perasaan sentiasa rasa hina , sentiasa rasa adanya kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan
setiap kali berhadapan dengan musuh , atau mad'u .. timbulkanlah persoalan
" ya Allah , mengapa aku yang terpilih untuk bertemu dengan si fulan ? "
" mengapa aku yang terpilih untuk memahami DnT ? bukankah di luar sana ramai manusia yang jauh lebih layak dariku ? "
khayalkan tanda soal ini jauh ke dalam hati , maka kita akan rasa kerendahan hati dan keikhlasan ketika menghadapi mereka .. lebih lebih lagi di medan aku ketika ini , aku menghadapi jiwa ustaz ustazah .. siapapun mad'u itu , aku melihat mereka lebih mulia dariku .. mereka tidak tahu , tidak lebih dari itu
dan aku semakin masak dengan misalan yang dibawa Ahmad Ar Rasyid yang dibawa pada bab yang ke enam ; aku perlu menjadi imam Ahmad , jika menghadapi mad'u seumpama Musa ibn Hizam !!
Infiru
0215
12 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment