persoalannya simple , siapa yang kau kejar sebenarnya ? redha tuhan atau pujaan manusia ?
heh .
" eh , engkau . soalan macam tu tak valid la dalam kalangan orang Islam "
" yelah , mestilah jawapannya redha tuhan , hek eleh "
kebetulan esok ada PSL [ Permai Super League ] , sebuah medan rasmi menyepak tanduk dan tangkap bola bagi warga irbid manakala PERMAI merujuk kepada persatuan mahasiswa mantiqah [ daerah ] irbid . 8 kumpulan berdaftar sebagai peserta melibatkan sebahagian besar syabab dari pelbagai peringkat umur dan universiti . yang profesional dan beginner mahupun berkaki kayu , masing masing mendabik dada . menghala telunjuk pada arah yang sama . malam ini , goup fb rasmi PSL seperti biasa pasti penuh dengan komen dan post perang saraf sebagai serangan awal terhadap pasukan lawan . beberapa pasukan berkumpul untuk merancang strategi mereka . tidak kiralah pasukan underdog mahupun sebaliknya .
" esok 6.30 pagi pastikan semua dah tercegat di depan simsemah [ kedai ] , siapa lambat naik teksi sendiri . duit sewa bas burn "beginilah amaran ajk berkaitan terhadap para pemain agar memberi komitmen secara total bagi melancarkan 4 perlawanan yang bakal berlangsung . status status fb di'up-date' . pemain pemain turut diingatkan supaya tidur awal untuk memastikan kecergasan 100% pada pagi esoknya . tidak ketinggalan petugas petugas khas sepanjang liga berlangsung , water-boy , sukarelawan medic-boy dan camera-boy . semuanya bersemangat !!
kempen ber-PSL semakin rancak dengan sogokan sogokan sampingan yang menyebut bahawa pemain pemain yang menunjukkan komitmen dan kemahiran bakal dipilih untuk menyertai pasukan bolasepak mewakili mantiqah irbid pada temasya KARISMA [ Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia ] yang akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat ini . karnival ini melibatkan keseluruhan mahasiswa Malaysia di negara Jordan termasuklah syabab [ lelaki ] mahupun akhawat [ perempuan ] . merangkumi 4 mantiqah terbesar di sini , amman , irbid , mafraq dan mu'tah .
juga ,
kebetulan esok , seperti hari hari yang biasa . Allah telah mewajibkan kepada setiap hambanya untuk solat subuh . solat adalah sebuah medium rasmi memuncakkan cinta kepada Allah . solat adalah pembeza antara muslim dan kafir . manakala solat subuh pula dita'rifkan sebagai solat 2 rakaat [ sahaja ] yang telah ditetapkan masanya selepas azan subuh sehingga timbul matahari . semua muslim berdaftar mahupun tidak terlibat tanpa mengira umur mahupun kelulusan . yang bangsawan , kaya serta kaki kudung wajib melaksanakannya . malah turut diperuntukkan padanya beberapa rukhsah [ keringanan ] kepada mana mana orang Islam yang uzur [ sakit ] atau orang kelainan upaya . setiap yang melakukannya diminta agar mempadukan niat dan fokus pada Allah , kebanyakannya memanifestasikan ibadah ini secara amai-amai ataupun separuh sedar . malam sebelum subuh itu , ramai manusia yang masih setia menghabiskan saki baki tengah malam untuk menonton video dan bermain PES2011 di kediaman masing masing mahupun jiran tetangga terdekat .
begitulah officially , laporan ringkas reaksi dan respon amali umat manusia . status status fb di'update' . berjam jam dihabiskan untuk membalas komen , poke me poke you dan sebagainya sehingga ke awal pagi . ' ustaz ' lewat malam tidak ketinggalan mengisi malam dengan menge'post' tazkirah awal pagi dan update-belog [ oh ] .
" esok pukul 4.45 pagi sudah pasti tidak ramai yang dapat menolak beban 8kg hiram [ selimut tebal ] dan bingkas ke bilik air untuk solat subuh apatah lagi yang ke masjid jami'ah untuk berjemaah bersama muslimin yang lain "
dalam masa yang sama , malah hakikatnya sudah lama kita semua tahu telah disediakan ganjaran ganjaran istimewa buat mereka yang bangun solat subuh berjemaah di masjid . malah kita sudah lali dan acap kali disuapkan dengan peringatan tentang nikmat syurga dan azab neraka .
hmm ...
4.10 am [ azan subuh ]
" kreeeeng kreeeeeng ! " ringtone rasmi menghentam menyusup ke telinga .
segera butang ' snooze ' ditekan .
4.45 pm [ iqamat subuh ]
" kreeeeng kreeeeeng ! "
' snooze '
6.15 am [ PSL ! ]
" kreeeeng kreeeeeng ! "
tup . heh ! segera hiram diselak , terus ke tandas .
" ah , subuh .. "
" weyh , PSL la PSL ! bangun bangun bangun !! dah lewat ni !! "
ceh !
manusia suka mengelat !!
masa kat sekolah dulu , cikgu suka bagi analogi ringkas . bayangkan pahala itu macam bila kamu pergi masjid je dapat RM10 . sengihkan sahaja analogi kebudakan itu . orang sudah tuli dengan benda benda biasa , hati sudah mati dengan cerita akhirat dan hari selepasnya . dah3 .
teringat peringatan sahabat saya ,
" Islam itu tidak akan bangun dengan orang yang gagal menguruskan perkara perkara simple dalam hidupnya . kebersihan bilik , ibadah , subuh dan banyak lagi . "falsafah menyebut ,
" ramai diantara manusia itu ingin mengubah dunia , tetapi gagal [ tidak mahu ] mengubah diri sendiri "lihatlah betapa gagalnya sistem manusia . nampak kan ? kata orang , sekular itu adalah menyempadankan agama daripada kehidupan . meletakkan agama di masjid , meletakkan agama di dalam ibadah , meletakkan agama pada ' hati ' sahaja . apabila keluar masjid ' baju ' agama ditanggal dan disangkut di mimbar mimbar . ayat quran yang dibaca dan dihafal disusun kembali ke rak rak yang disediakan tanpa diterjemahkan dalam kehidupan . tetapi dalam kes ini , apa istilah yang benar benar sinonim dan tepat bagi situasi seperti yang digambarkan di atas? ini bukan sekular ! ini lebih teruk dari itu !! memecahkan kepentingan ibadah dan kerja dunia .
" esok jangan lupa PSL jam 6.30 am "
" esok jangan lupa SUBUH jam 4.45 am "
nah , hadamlah puas puas .
kita termakan dengan helah sendiri . kononnya mahu berkias , Allah itu nombor satu . tiada yang satu melainkan Dia . akhirnya , kita juga yang akan terkapai kapai mencari inayah Dia . kerana bukanlah sesekali Islam itu memerlukan orang seperti kita , kitalah yang memerlukan Islam . sedangkan tidak pernah Allah terkesan dan rugi dengan insan ' pemalas ' dan ' perasan-buat-ibadah-lebih ' seperti kita . huh !
p/s : diserukan kepada saya sendiri . siapa yang mahu ikut makan cili , marilah bersama saya .
" jika kamu tidak berangkat untuk berperang . nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain . dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun . dan Allah maha berkuasa atas tiap sesuatu " attaubah : 39
No comments:
Post a Comment