Thursday, December 13, 2012

sesuatu untuk anda

saya dapat bende ni kat akhna faridul farhan al banna punye penulisan


سَتَبْلىَ اليَدُ مِنِّي فِي التُّرَاب # َويَبْقَى الخَطّ بَعْدِي فِي اْلكِتَاب
فَيَالَيْتَ اَّلذِي َيقْرَأ حُطُوطِي # دَعَالِي النَجَاة مِنَ اْلعَذَاب

tangan ini akan hancur dek tanah # dan tinggallah tulisanku di buku
semoga yang membaca tulisanku ini # mendoakan keselamatanku dari azab

banyak view boleh lihat sye'er ni

[1] apabila kita memberi sesuatu kepada orang lain (ofkos bende baik) , bukannya kita hilang bende tu bahkan menambah lagi hak milik kita

[2] inilah anak panah besaq kehidupan atau amal kita , kita tak mengharapkan walaupun orang faham kita . hadaf kita adalah memberi dan memberi

maaf , saya dah tak minat hidup sebatang kara di alam cyber
di alam sebenar lebih indah dan kool sangat kbai

ensyalla khyr
jumpa lagi

Sunday, November 4, 2012

Hey Gajah , keluar engkau Gajah !!


" akheeykuu .. "


saya ketika itu baru sahaja separuh berdiri , dan separa duduk juga sebenarnya .. err , ondeway nak berdiri mungkin lebih tepat tetapi terlalu skema . seraya fruitson memanggil , nadanya perlahan dan penuh harapan . konfem ada sumthing ni


" ana cuma harap , enta tak expect terlalu tinggi pada ana . ana lemah ya akheeyku "


" mana ada ikhwah yang berani mengaku qowiy ya akheey " *senyum hensem*


" ana lemah sangat akhey , ana baru lagi dalam tarbiyah "


" ... " *kelihatan seorang murabbi agung sedang menguis nguis lantai dengan tekun*


" ana susah nak buang jahiliyah , banyak bende buruk yang masih menghantui hidupku "


*tirai pentas ditutup, lagu surgamu oleh ungu dimainkan*

ok , berhenti berangan .

dialog sebenar takdelah sedrama itu , tapi kalau berlaku betul betul boleh la saya buat travelog murabbi ke novel ke kan ? dengar citer orang muda sekarang kumpul duit dengan menulis , boleh menabung untuk masa depan kata orang lama . tapi tulah , masalahnya duit sekian dolar yang bawak dari Malaysia hari tu pun laju benar menipis . selain itu , saya jugak minat bidang puisi dan kompos lagu . ok , sesat

hmm .. atas permintaan (perasan) , di sini saya sertakan jawaban bertulis buat akhna sekian sebagai watak mutarabbi dalam dialog di atas .

akheey , inilah dia sayonara jahiliyah



bagaimana nak masukkan zirafah dalam peti sejuk ?

soalnya bukan nak buang atau nyah aktif ke atau disintergrated ke .. sebenarnya , asal masalah adalah kita mahu mencari pemandu jiwa ini . ya , seperti sebuah kereta hummer berharga RM459000 itulah . jasad kita ini akan sentiasa bergerak , akal akan sentiasa berfikir , kaki dan tangan sentiasa ingin bertindak . sebuah Hummer memerlukan pemandu , jika iman yang memandu maka pergerakannya akan terkawal dan sebaliknya akan berlaku jika yang memandu adalah jahiliyah . inilah konsep iman dan jahiliyah !

ok , pernah pegi simsemah ?

pernah bukak peti ais dalam kedai tu ?
pasti anda memikirkan jus Rani yang mekar , dan Barbican leleh itu bukan ?
cuba bayangkan di dalamnya ada seekor gajah *apa kaitan?*

sekarang , bagaimana hendak memasukkan zirafah ke dalam peti ais tersebut ye adik adik ?

" buka peti ais , dan masukkanlah zirafah "

" rasanya macam menzalimi haiwan pulak kut "

" ermm , suruh Abu Safwan beli peti ais yang besar sikit ? "

*tensen*

untuk masukkan zirafah ,
(i) buka peti ais
(ii) keluarkan gajah
(iii) masukkan zirafah
(iv) tutup peti ais

senang bukan ? dan begitu juga untuk masukkan iman dalam jiwa kita . pertama sekali , mesti mesti mesti keluarkan jahiliyah dari hujung rambut sehingga kuku kaki kemudian masukkan zirafah lepas tu tutup pintu ketat ketat ! *lawak murahan*

inilah sifir menentang jahiliyah

ia bermula dengan membuka pintu hati untuk berubah , bermula dengan kesedaran dan kemahuan untuk berubah . ramai orang gagal berubah bukan kerana tidak mampu , tetapi tidak mahu . ada orang berubah sebab trend persekitarannya maka apabila trend di sekitarnya tiba tiba merokok dan muraqib , dia turut menjadi perokok dan peroqib ! *apekah?* ada orang berubah sebab seseorang , ada orang berubah sebab segan murabbi update mutaba'ah amal , ada yang berubah sebab ayah suruh , ada yang berubah sebab nanti tak boleh BM argh ! maka apabila murabbi , ayah dan sesiapa sahaja telah hilang , dia akan kembali ke alam jahiliyah .

ya , keyword pertama : mahu berubah , kerana .. Allah

sebab itu wisdom menyebut ,

الفتور بعد المجاهدة , من فساد الإبتداء
futur selepas mujahadah , adalah disebabkan fasad (rosaknya) permulaan

atau dalam bahasa kita kita ,
kembali kepada jahiliyah selepas menemui iman adalah disebabkan non-Allah-oriented dalam perubahan hoyeh !! apa anda tidak pelikkah Bilal r.a boleh slumber disiksa bagai tapi lagilah dia sakitkan hati penyeksanya dengan menyebut " ahad ! ahad " ? anda tahu tidak Khabbab r.a itu disikat belakangnya dengan sikat besi ? mereka ini tough gila ! sebab sucinya permulaan mereka ! sebab kemahuan mereka diorientasikan kepada Allah , satu sahaja tiada selainnya .

ok , anda sudah mahu berubah ?

maka sila ke step yang kedua , kita perlu keluarkan gajah ! *tidak lawak*

apa anda ingat senang ke nak rembeskan jahiliyah ini ? ya , memang senang
apa yang anda perlukan adalah menghapuskan jahiliyah dengan total !

" tapi , bukankah hukum arak dalam Quran dihukumkan haram secara berperingkat ? "

ya iya , benar itu

itu adalah perubahan masyarakat , hukum arak untuk seluruh muslimeen ketika itu .
psst , kalau anda hendak tahu kan actually perhambaan dalam Islam tidak dilarang punn taww . maka apakah yang dimaksudkan adalah tidak perlu berubah ?

yang kita bincangkan sekarang adalah perubahan individu . ya , kitalah !

kita menguruskan perubahan diri kita , dan kita berhak ke atas nasib diri kita sendiri !
kemudian kita masih perlu bertolak ansur dengan jahiliyah ? selesa sangatkah sebahagian diri kita di syurga , dan sebahagian lain di neraka ? ok , tetibe serius bagai .

akheey , buanglah jahiliyah itu mengikut kadar iman anda

انتم اعلم بأمور دنياكم
kamu lebih faham urusan dunia kamu

ya , urusan inilah yang menentukan urusan akhirat kita nanti (walaupun dalam hadith itu tidak bermaksud yang demikian) okeh .

totally !

sebuah karya yang pernah saya 'ter'singgah baca menyebut , kemahuan manusia ini terbahagi kepada empat peringkat

[satu] hadithun nafsi (lintasan hati)
kadar peratusannya sekitar 0-49%
sekadar lintasan lintasan fikiran
contoh :
" eh , cantik kereta itu nak beli lah "
kemudian meneruskan kerja update blog dan melupakan kereta cantik

[dua] at taraddud (berbelah bagi)
kadar peratusan sekitar 50-50%
berbelah bagi samaada mahu atau tidak mahu
contoh :
" eh , cantik kereta itu . nak beli taknak nak beli taknak nak beli taknak "
menaip dengan kucar kacir sehingga terlupa tertekan shutdown ?

[tiga] al hamm (berkehendak)
kadar peratusan melebihi 50%
sudah ada kecenderungan
contoh :
" eh , cantik kereta itu . ok aku nak beli "
lappy ditinggalkan , keyboard dipenuhi habuk

[empat] al 'azam (pasti)
kadar peratusan 100%
confirm akan buat
contoh :
" eh , cantik kereta itu . wallah aku beli ! "
lappy ? di dalam peti sejuk mungkin

so , sila muhasabah yang mana satukah kemahuan untuk berubah kita . tuuuttt tuuuttt !
tingkatan tingkatan inilah yang mempengaruhi kejayaan kita untuk membuang jahiliyah totally !!

kita ke step yang ke tiga .. masukkan iman sebagai pengganti jahiliyah

inilah step yang seringkali seseorang itu lupa
ramai orang mudah sahaja meninggalkan jahiliyah , sekelip mata selepas daurah SJ bahkan
tapi satu kesilapan yang sumpah besar bila lupa untuk menggantikan jahiliyah itu dengan mr. iman (bukan imanshoppe) ! *juga tiada kaitan*

disebabkan kelupaan step yang ke tiga inilah seseorang itu kembali melakukan jahiliyah .
ya , anda percaya ? sebuah Hummer tanpa pemandu , anda rasa apa yang akan jadi kepadanya ?
terbabas , tergelincir , terhantuk kepala di mat'am Jami'ah masa naik tangga ? *kisah benar*

dan sedarilah , iman tidak dibina dengan dua tiga minit kemudian declare saya sudah dipandu iman hohohoh !! akheeeyku , anda tahu bukan .. Abu Dzar r.a pernah ditegur nabi s.a.w apabila dia memanggil Bilal r.a dengan gelaran "yabnatu sauda" ataupun "wahai anak lelaki kepada perempuan yang hitam" . tahu apa yang nabi sebut , "dalam diri engkau ni ada jahiliyah!"

kalau anda teliti benar benar flow seerah dalam raheeq makhtum itu , anda akan dapati bahawa semangat perkauman kabilah arab ni berterusan sehinggalah wafatnya nabi s.a.w ! padahal mereka ini adalah ahli badr , orang orang yang dijamin syurga , ahli bai'at ridhwan , sabiqun al-awwaluun !! kita ? *sigh*

pembinaan iman ini adalah berterusan

tidak ada titik mula (yeke?) , dan titik akhir

Ibnu taymiyah (jika tidak silap) pernah menyebut , mafhumnya

"barangsiapa yang merasakan diri dia tidak lengkap dan sempurna untuk menyampaikan risalah ini , ketahuilah dia berada di antara dia kemungkinan : pertama , dia mengaku bahawa satu hari nanti dia akan sempurna dan kedua , dia akan mati sebelum dirinya sempurna "

ayat ni macam haraki sikit , tapi ibrahnya adalah memang kita tak akan sempurna pun !

so , sila masuk usrah sekarang jugak *wink*

step yang terakhir dan paling penting ! (padahal semua step penting)

pastikan anda menutup pinti ais , jangan bagi zirafah keluar walaupun sekadar menjenguk dengan leher beliau yang jinjang itulaaaah . apatah lagi mengenyit mata sambil mengatakan " pliz berilah peluang pada gajah untuk kembali bersemayam di kamar ini oh " *juga tidak lawak*

tutup pintu itu akhi ! tutuuuuuuppp !!

jangan sesekali anda membiarkan jahiliyah menghantui hidupmuuu , walaupun sekadar mengisi waktu lapang , bahkan wasilah dakwah . maka timbullah persoalan baru , bagaimana mahu memelihara keketatan pintu peti ais ini ?

ada empat element penting dalam seerah , bagaimana mereka mampu memelihara iman

[satu] sentiasa mendekati Quran

apa lagi nak dikata ?

[dua] berteman dengan teman teman yang sekufu
satu wisdom hagung dari ibn atho'illah

ربما كنت مسيئا فرءاك الإحسان لأن فيك رجل من هو اسوأ حالا منك
barangkali kita buat keburukan tapi seakan akan ianya baik , kerana disekeliling kita adalah orang yang lebih buruk lagi dari kita

[tiga] bi'ah solehah
sebuah sye'er yang sangat menyentuh qolbuku ,

متى يبلغ البنيان يوما تمامه اذا كنت تبنيه وغيرك يهدم
bilalah sebuah bangunan akan siap, jika ia dibina tetapi ia juga diruntuhkan , ada faham ?

kita mengaku ingin buang jahiliah bagai , tapi kita memperuntukkan hanya setiga jam halawah sahaja . baki hari hari kita yang lain , kita serahkan pada en.gajah . kita punyelah kunun kunun semangat susun batu bata sampai nangis nangis , simen tebal tebal tiba tiba dalam masa yang sama kita cabut balik skru skru yang dipasang kemudiam pecahkan simen tadi . kemudian mengharap nak jadi mus'ab r.a dan pembuka Rom ? argh !

maka berkata ibn Atho'illah sekali lagi dalam alhikam

كن صحيحا في السر
jadilah kamu di hadapan orang , sebagaimana kamu dibelakang mereka

tiada ruang untuk hipokrit
untuk berubah , anda perlu jujur kepada .. Allah !

jzkk akheey , ensyallah kita ketemu di alam sebenar untuk versi kurang 'plastik' wahaha

akhukum UKA
sesungguhnya ana sumpah sayang akan anda
Irbed


Thursday, November 1, 2012

Random 6#


sorang adik dah nak exam SPM , seorang lagi baru selesai PMR


maka ibrah yang pertamanya adalah saya telah pun tua

I


kuot hohsemmm abi sangat menggetarkan jiwa membara tuju jalan ke hadapan

" jangan sampai ada yang nampak bilangan A tu sebagai tujuan kita belajar , apatah lagi tujuan hidup ! "


II

kene betul betul faham bahawa rezeki antara yang telah konfem kut , Allahu
maka kejayaan tu rezeki yang juga Allah dah tetapkan

dulu masa terselak otak kanan (sains sosial .. sains sosial) saat tersentuh dek provokasi abang berdagu licin berseluar jeans , air mata ini mengalir lancar bak sungai Gabai yang budak batch 12 gathering sebelum masuk IPT dulu dulu . tapi sekarang ni dengar citer sungai Gabai dah kene suspek kencing tikus , pegawai kesihatan cakap ok je tapi kene berhati hati sebab ada la dua tiga kes . tapi lagi memori kes ayam BBQ jatuh dalam sungai la kut haha . untung la tikus tikus kat sungai Gabai lengkapkan piramid makanan diorang , hari tu pun antara resolusi mukhayam adalah kene maintain BMI ideal . kalau tak tak cukup muasofat eh

mmm .. oh

btw, baru minggu lepas kut dengar ISK , best woo

Amir ibn Fuhairah adalah gembala kambing
Abdul Rahman ibn Auf adalah bisnessman
Uthman adalah hartawan

baik jahiliyah dan Islamnya mereka
mereka adalah gembala kambing , bisnessman dan hartawan
dan ketiga tiga pekerjaan ini adalah juga rezeki yang telah Allah tetapkan

so apa bezanya ?
Islam bukan menghalang Amir Fuhairah untuk on the spot berhenti gembala kambing , kefahaman sains sosial dan sains tulen tidak menghalang Abdul Rahman Auf untuk menjadi bisnessman . selepas IPK , Uthman masih seorang hartawan .

yang berbeza adalah mereka ada tujuan untuk bekerja , untuk belajar
bekerja untuk Islam dan belajar untuk Islam .. untuk mencapai dua tujuan hidup itulaaah

maka dengan Islamnya Amir Fuhairah , dia faham bahawa dia perlu lebih gigih mengembala kerana hasil gembalanya itu untuk Islam . Abdul Rahman Auf perlu lebih strategis dan optimis dalam perniagaan kerana dia ngerti hasil kerjanya adalah untuk Islam . dan seterusnya ..

aduhai celah mana pulak kita nampak dengan berbulatan bahagia (tamayyuz sikit ngan gabbana) , kita tak perlu semangat dok-oh belajar deh . tak payah score tinggi bagai lah sebab tujuan hidup kita kan khalifah ! ubudiyah !!

sepatutnya , kita malah pun aduhai haruslah lebih go study gempak mumtaz jameeel selepas memahami tujuan hidup . sebab kita tau dengan berjayanya kita maka berjayalah Islam , gagalnya kita maka kita telah menjadi beban kepada Islam . peh berat . tapi lagi berat kes Chua Soi Lek kut , sekarang pun takda lagi kenyataan rasmi dari kerajaan . pastu dok huru harakan kontroversi kondominium kat depan kuil Batu Caves . dengar citer kerajaan Selangor dah tubuh jawatankuasa siasatan , lepas ni macam biasa la kut sebab kes Syabas hari tu pun hu ha hu ha akhirnya MB Khalid Ibrahim jugak yang jadi the Saviour . mmm .. pastu kes DS Nazri Aziz dengan Hummer lagi . selain itu , Hummer kat Jordan ni sangat murah kut . ada jugak dengar citer senior senior sini nak beli kereta bawak balik Malaysia . tambah tolak kos , kastam dan segala bagai katanya lagi murah berbanding beli kat Malaysia .

tapi seriusly , silalah belajar sungguh sungguh !
dan sila dapatkan ISK pekat di Malaysia

*pening*



III

اللهم لا سهل الا ما جعلته سهلا وانت تجعل الحزن الصعب ان شئت سهلا

ya Allah tiada kesenangan melainkan engkau jadikan kesenangan padanya
dan engkau jadikan kedukacitaan dan kesusahan sebagai mudah dan senang jika engkau kehendaki









Thursday, September 13, 2012

" nafaqtu !! "

(artikel ini bersifat non-public , untuk edaran ahli sahaja . heh)




" hanzalah telah munafiq ! hanzalah telah munafiq !! "




terdiam seketika bila mentadabbur kisah ini , wataknya adalah dua sahabat besar malah kedua duanya dijanjikan syurga . Abu Bakar r.a menuruti tangisan Hanzalah r.a , kemudian menuntunnya kepada nabi s.a.w sambil lidah terkumat kamit mengulang kalimat itu bak orang kerasukan .



" ketika aku bersamamu ya rasulallah , aku merasakan seolah olahnya syurga dan neraka itu sungguh hampir . lantas airmataku mengalir  tetapi apabila pulang ke rumah , aku bergurau senda keriangan bersama isteri dan anak anakku . tidakkah aku ini seorang munafiq ya rasulallah ? "



*sumpah sigh*




nafaqtu !! 

sudah lali dengan berulangnya kaset kaset lama , kita cukup gemar mengangkat senjata .
kali ini kita diserang lagi dengan penyebaran filem menghina an nabiy s.a.w , sudahlah tinggalkan tentang siapa dan apa yang disampaikan dalam filem itu sedang sebahagian dari kita masih berselera berbalas balas komen , hentam menghentam dan londeh melondeh . malah itu sebenarnya yang mereka mahu , untuk menilai bagaimana status 'pendekar Islam' hari ini . maka mereka telah berjaya , kerana pendekar kita telah menghabiskan masa melontarkan idea , komen , status status dan artikel mingguan . sedangkan ummah hari ini yang sebenarnya sedang membutuhkan 'khodimul ummah' atau pelayan ummah , mereka perlu dipimpin ya akhi

terlintas beberapa tahun yang lalu , peristiwa seorang mahasiswi kita di UK yang telah dikristiankan . satu konferens meraikan beliau telah diadakan , maka beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan . saya sudah kabur secara details apa yang diucapkan beliau dalam konferens itu , tetapi teksnya lebih kurang begini ;



" semasa Islam , saya tak rasa saya ada tuhan .. saya sentiasa menantikan seseorang untuk berdamping dengan saya . ibu ? ayah ? mereka berdua adalah penjenayah . ayah seorang peminum arak . adik beradik sudah terabai , maka apa lagi yang indahnya Islam ini ? mujur seorang sahabat kristian tidak pernah berputus asas bertahun tahun untuk memperkenalkan saya pada agama ini . dan ya , jesus itu sentiasa ada ! "



Allaaah , jari ini tergatal untuk scroll-down . cuba mengamati ragam ragam pendekar Islam , dan ternyata .. mereka adalah saaaaaangat pendekar ! sehingga sumpah tidak enak jika saya hidangkan di sini limpahan 'peluru sadur emas' dan 'keris taming sari' yang tersasar itu .

ternyata , 'pendekar kristian' tidak punya perlembagaan serupa dengan 'pendekar Islam' moden ini . mesejnya , kita 'khodimul ummah' . seorang pelayan tidak menunggu , tetapi datang kepada pelanggan .



الداعي يؤتى ولا يأتي
seorang Da'ie mendatangi , bukan didatangi



juga perubahan itu sumpah tidak mungkin terjadi dengan hanya mengeluarkan idea , menyusun petisyen dan konvensyen . tidak kisahlah konsisten mahupun persisten . apalagi jika jihad kita hanya di papan kekunci dan I-phone sahaja .

kesnya jelas , kita ini issue-oriented !
kita ini pendekar yang semangat ( kalaulah benar benar kita begitu ) tetapi nyata kita tidak faham .

argh ! ketahian apakah kita ini ?? *gasp*

penulis menggunakan kata kata kesat kah ?



لو لم تزد على الحياة شيئا كنت انت زائدا عليها
jika anda tidak menambahkan apa apa keatas dunia ini , anda adalah lebihan daripadanya



frasa 'tahi' ini saya dapati apabila tadabbur kuot di atas . apa lagi lebihan dunia kalau tidak tahi dan yang sewaktu dengannya , bahkan tahi itu masih ada manfaatnya . lebihan dunia sudah pasti tidak layak langsung untuk dinasabkan kepada dunia .

seorang murabbi berkata ,


" kalau hidup untuk hidup , baik tak payah hidup " 


saya yakin itulah yang dimaksudkan oleh Abu Bakar ketika mengucapkan ;


" ingin sahaja aku menjadi rumput , supaya dimakan oleh kuda di padang ragut kerana amat ngeri siksaan Allah "



sifirnya salah !

ya , saya juga sumpah geram-macam-haram dengan filem itu . tapi bila saya lihat ke cermin (selepas buat mulut muncung dan peace itulah sambil menekan kekunci capture pada samsung galaxy tab ni ops!) .. saya rasa ..


" (letak nama saya) telah munafiq !! " 


memerangi penghina nabi perlu disenadakan dengan memperjuangkan nabi , mengamalkan sunnahnya . dan saya yakin , sunnah yang terbesar itu adalah dakwah dan tarbiyah . jauh lebih besar dari bela janggut dan berjubah ke sana sini . oleh itu secara ekstrimnya saya isytihar bahawa bid'ah terbesar juga adalah meninggalkan dakwah dan tarbiyah! *gedush!*

sumpah ya akheeey , sumpah segan sangat nak hangkat senjata untuk diacu pada penjenayah sunnah sedangkan kita belum benar benar layak lagi untuk memakai tag nama pendekar sunnah !

tak payah rujuk jahiliyah ekstrim ekstrim macam menanam anak sendiri , menipu dalam jual beli atau  meringankan timbangan itulaaaaah . haduh



macam haram 

memang lah berat kerja tarbiyah ini ,
 tapi lebih berat hukuman meninggalkannya kan?


dari Irsyad Manji , Kurt Westergaard , freemason , zionis , syi'ah dan sesiapa sahaja .

menentang syi'ah sedangkan dirinya tidak sunni pun
menjelir lidah kepada Kurt Westergaard sedangkan solat malas malas
berdemonstrasi menolak Irsyad Manji sedangkan himpun kat masjid payah bagai
dan banyak lagi ..








kerja kita sangat banyak
noktah .

Sunday, September 9, 2012

Random 5#

I

..









.. errr .. huu


II







ahah ! eh jap hmmm

III

sebab itu menulis juga boleh jadi jahiliyah !
terutama orang orang yang tak berbakat untuk menulis dengan laju seperti saya
maka tinggalkan lappy dan pergi buat kerja !!!

sumpah , amal amal ini lebih banyak berbanding masa yang kita ada
saya dah nak pulang ke tanah air 20hb ni , ada siapa siapa nak kirim milo ais ke sila inbox eh

jzkk

Friday, August 3, 2012

ikhwah london

balik dari mukhayyam dan miting miting , saya cuba nak catch up semula segala bagai berita ummat . teruk juga terputus dengan dunia luar , al maklum bila dah bersama dengan ikhwahs seluruh doniaa memang melalaikan sikit sebab tak habis habis berta'arruf saje eh eh .

scroll punye scroll , saya sedikit taching pada scrolling yang ke 12
nafsu share saya membuak maka saya teringat saya ada blog , ahah !




allahu akbar
bahawa dakwah ini sememangnya hak setiap insan
anda tidak memerlukan PhD untuk melakukan dakwah

mode : basah



Thursday, July 12, 2012

sembang taqwa 6#

adik U : ahah , nak tanya nak tanya !

akhuhu K : kenapa ?

adik U : tau kan pasal bid'ah tu sume ?

akhuhu K : *angguk*

adik U : mm .. so kalau kita berzikir guna batu tasbih atau alat pengira zikir tu dikira bid'ah ke ?

akhuhu K : oh , yang bid'ah tu adalah orang yang tak berzikir .

saya kira pelajar pelajar aliran agama ini sudah 'go' sampai ke hujung kampung tentang sepak terajang sebenar dalam dunia feqah mahupun aqidah . ada satu bab yang kita kurang clear , iaitu sepak terajang sebenar dalam masyarakat kita

sayidina ali menyebut


خاطب الناس على قدر عقولهم
layanlah manusia mengikut kefahaman mereka


memang lemas kita di Malaysia ni bila dihujani soalan soalan kritikal seperti wahabi , bid'ah , syi'ah dan segala bagai pesen lagi . namun , apa kata kita ubah sikit . ini bukan sesi soal dan jawab , tetapi ini adalah sesi 'menghadapi jiwa' . ya , jiwa yang lebih keras dan sukar dikendali berbanding jentolak sawit jenama KATO itulah . bukan semua soalan perlu dijawab sebulat dan sedalam dalamnya , lihat siapa yang bertanya okeh ?

benarlah kita boleh je nak hurai segala bagai kitab yang membahaskan bid'ah ni beserta dalil dan lain lain . pembahagian lima bid'ah oleh sultanul ulama' Izz Abd Salam itu , Imam Nawawi melalui bid'ah hasanah dan dhalalah dan ta'rif mu'tabar oleh imam asy syatibi dalam kitabnya al-i'tishom . erk ape sume ni ?

ye , memang sumpah gempak ternganga pakcik nenek di kampung tu dengar ulasan panjang kita .
tapi adakah interaksi kita dengan mereka sekadar interaksi self pro claim da'ie dengan akal atau dengan jiwa ?

sedangkan masyarakat hari ini tak berzikir pun
ohya kalau yang berzikir pun , berapa ramai pula yang berzikir dengan hati ?
berapa ramai lagi yang jadikan zikir ni sebagai ritual harian semata mata ?


" dan berzikirlah sesungguhnya zikir itu memberi manfaat pada orang mu'min " Az zariyat : 55




okes , salam jumaat dan selamat menghadapi ramadhan . 

Wednesday, July 11, 2012

Lelaki Ironi !


Artikel menarik daripada ustaz Mohd Shahman Md. Azmi via Akhuna Ir Faridul farhan
* * * * * *
Barangkali, apabila kita sebut tentang logam, ramai yang akan terbayang logam-logam mewah seperti emas, titanium (?), uranium (?) dan sebagainya. Bahkan mugkin tidak keterlaluan jika dikatakan kita amat ingin memiliki logam-logam mewah seperti ini. Masakan tidak! Memiliki barangan yang diperbuat daripada logam mewah seperti ini beerti memiliki kekayaan!. Mugkin ramai yang terlupa atau sengaja “buat-buat lupa” akan logam-logam yang lain. Logam-logam seperti kuprum, nikel, aluminium mungkin bukan menjadi “pujaan hati” kita jika disuruh untuk memilihnya antara emas. Kalau adapun yang memilih logam-logam seperti ini, mungkin hanya pengutip besi buruk, barangkali!





Cuba kita berfikir sejenak, ada apa pada logam? Tentu banyak bukan? Boleh dikatakan kebanyakkan barang diperbuat daripada logam (atau kalaupun tak semua, sebahagiannya!). Dari pedang Samurai ke keris Hang Tuah, dari gelang emas Mami Jarum ke rantai beruang panda, dari skru motosikal Nitro ke duit syilling, semuanya dari logam. Justeru kita tidak dapat tidak mengakui logam antara barang terpenting dalam kehidupan. Persis seperti mana yang Allah firmankan dalam Al-Quran:
“…Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Al-Hadid: 25)
Mari cuba kita fikirkan pula ada berapa jenis logam? Banyak bukan? Dari yang hitam melegam, merah menyala, putih melepak, kelabu asap, kuning taik gigi hinggalah ke warna yang tak tahu kita nak sebut!. Ada yang namanya emas, perak, tembaga, zink dan segala macam lagi. Dan tiap-tiap jenis logam, ada sifat masing-masing yang menbezakan antara satu logam dengan logam yang lain. Juga setiap logam ada kegunaan yang bertepatan dengan ciri dan sifat masing-masing. Bak kata Encik Astro “macam-macam ada!”
Nah, sekarang mari kita fikirkan tentang sifat-sifat logam pula. Antaranya mudah dibentuk, kuat, tahan, dan sebagainya. Pendek kata, logam memang cukup banyak manfaat buat manusia. Justeru, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi ada megumpamakan manusia itu ibarat logam:
“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di Islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)
Jadi, mari kita bandingkan sebahagian sifat yang ada pada logam untuk diambil pengajaran. Seperti yang kita maklum logam mudah dibentuk. Makanya, sifat seorang manusia itu (apatah lagi orang mukmin!) seharusnya juga begitu. Mudah dibentuk. Jika elok acuannya maka elok jugalah produk yang dihasilkan. Jika sumbing acuannya, maka sumbing jugalah hasilnya. Sejarah telah melakarkan bagaimana generasi para sahabat “dibentuk” oleh acuan yang benar sehingga berjaya menjadi “khoiru ummah” (3:110). “Tempaan” keatas “logam” yang bernama Ummar cukup menjadi bukti bahawa kebenaran dan kemuliaan Islam. Masakan tidak, ketika di zaman jahiliyyah, beliau cukup terkenal dengan sikap “gedebe” nya mempertahankan agama nenek moyang musyrikin Mekah. Nah, lantaran di “dibentuk” oleh acuan yang betul, beliau berubah menjadi seorang yang cukup lantang dalam memperjuangkan Islam. Lihat saja bagaimana acuan Islam berjaya menghasilkan “logam-logam” emas pada masa pemerintahan Abassiyyah! Sebutkan saja Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khawarizmi dan lain-lain. Bukankah “logam-logam” ini hasil “tempaan” Islam?
Juga kalau dilihat, logam adalah antara bahan binaan yang terkuat dan tahan lasak. Jadi, sifat seorang manusia itu seharusnya kuat umpama logam. Tidak “lembik”, “lemah”, “pengecut” dan yang sewaktu dengannya. Jika sifat logam yang kuat dan mudah dibentuk itu menjadikan ia diguna untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, makanya, sudah barangkali tentu kita terlebih lagi harus mencontohi sifat sang logam itu! Seharusnya kita tidak “lemah”, “takut” “lembik” ketika mana menghadapi cubaan dan rintangan. Bukankah tercatat dalam sejarah sekian banyak pejuang-pejunag Islam yang bermati-matian mempertahan Islam.
Seperti yang sedia kita maklum, ada pelbagai jenis logam seperti yang disebutkan tadi. Mugkin kebanyakkan antara kita lebih memuja “emas” (King Midas?) berbanding logam lain. Amat sedikit (barangkali tiada) yang memuja “kuprum” apatah lagi “zink” atau logam-logam yang tidak se “glamour” emas dan logam-logam yang namanya pun kita jarang-jarang dengar, entahkan wujud atau tidak!. Nah, cuba kita lihat kembali kepada hadis Rasulullah di atas. Dalam hadis tersebut, baginda menyebut hanya “logam”. Nama yang umum untuk segala macam jenis logam yang ada di muka bumi ini. Makanya, mugkin antara ibrah yang dapat kita perhatikan, adalah tidak kira manusia itu dari jenis “logam” apa sekali pun (miskin, kaya, hitam, putih, gemuk, kurus, jurutera, doctor, cleaner, konduktor bas dsb) masing-masing ada peranan yang dapat dimainkan. Mana mungkin semua benda/barang harus diperbuat daripada logam “emas” semata. Jika begitu, barangkali, penyamun-penyamun sudah jadi kaya raya!. Iya, Kuprum mugkin bukan pilihan utama kita! namun, tanpa kuprum, sudah tentu segala barang eletrik & elektronik tidak dapat berfungsi!. Makanya, setiap orang ada posisi yang sesuai untuk diri masing-masing. Jika sang “emas” banyak harta menimbun, maka tangunngjawabnya besar untuk membantu umat Islam dari segi ekonomi. Jika sang “besi’” punya badan yang sihat dan kuat, maka posisinya mungkin di medan peperangan. Bukankah Rasullah sendiri menempatkan para sahabat sesuai dengan keadaan mereka?
Tapi, di penghujung hadis tersebut, Rasulullah ada mengatakan “sekiranya dia faham”. Nah, disini letaknya “kunci” keseluruhan hadis tersebut. Segala-galanya berkait rapat dengan “kefahaman”. Mana mungkin seseorang yang “hebat” di zaman jahiliyyahnya dan kemudian “hebat” setelah mendapat hidayah atas dasar suka-suka tanpa kefahaman. Mustahil! Ibarat seorang yang tak faham soalan periksa tapi dapat score A+. Mungkin pemeriksa tersalah tanda, atau barangkali pemeriksa yang tidak faham sebenarnya!.
Ummat sedang ternanti-nanti kehadiran sang “logam” yang bakal membina semula kegemilangan tamadun Islam. Maka, siapa yang sanggup menjadi “Ironman” seterusnya ?
* * * * * *

Sunday, July 8, 2012

Nenek juga melakukan amal tajmi' !

*tajuk post tiada kaitan dengan sub topic mintalaq bab 6 , pelukan cendekiawan tu tauu !*


semalam hantar ummiku singgah ke kampung , di Klang . rutinnya setiap hari khamis pagi ummi akan ada program bersama 'nenek nenek' di sekitar jalan uganda itulah . eh , semalam hari khamiskah ?

so memang first timelah join sekali 'usrah nenek nenek' ni walaupun dah lama ummiku buat . eh eh , ini memang betul betul nenek tau bukan cobaan okeh . dan peh ! memang serius macam usrah . eh jangan salah sangka , saya cuma duduk sopan siur di bilik dan usrah tu kat ruang tamu lah . lebih kurang 20 orang nenek nenek yang ditajmi' oleh .. jeng jeng jeng , nenekku ! bermula dengan ma'thurat kemudian sharing maring kemudian sesi qadhaya bersama sama . sumpah ohsem sangat !

ok dah dah

nenek juga melakukan amal tajmi'          ^______________^

oh , nenek saya bukan akhawat tauu . nenek tak tahu pun siapa hasan al banna , jargon jargon DnT apatah lagi kan . ISK ? oh Ikan Sambal Kacang ke tu ? belum lagi jumpa kerang 3 rasa itu , 3R . ringkasnya , nenek membesar bukan macam anak anak ikhwah akhwat sekarang yang berusrah sejak dari perut ibu lagi . dah berumur senja ni , nenek masih rajin pergi kelas mengaji dan ceramah di surau masjid . ah biasalah kan , nenek . sama dengan member member nenek yang lain , ahli ahli 'usrah' nenek lah .

hiinss hinss , mula mula saya lihat nenek . saya rasa kesian dan selalu doakan agar nenek jadi akhawat eh . nak ajak nenek pergi ISK lah . kemudian nak minta nenek bawak usrah dan bagi daurah I'dad murabbi kat jorden tu hiyap !!

tapi bila lihat nenek tolehan yang kedua , saya rasa kesian kat diri sendiri dan kecewa .

ni dah kenapa mood jadi hujan renyai renyai pulak aduhai !

anda masih ingatkah kisah uthman ibn affan , hartawan Islam yang ulung ?
dalam satu peristiwa bersejarah , perang tabuk .

uthman antara yang sangat dengki dengan kehebatan abu bakr dalam infaqnya (sedekah/hadiah) kepada Islam . maka uthman bertekad akan infaqkan hartanya untuk menyaingi abu bakr . 1000 Dinar diinfaqkan beserta 600 ekor unta kepada tentera muslimin . wah ! adakah perlumbaan infaq dengan abu bakr dimenangi oleh uthman ?

apa respon nabi s.a.w terhadap peristiwa ini , nilai yang dihadiahkan uthman buat muslimin memang teramat banyak mungkin sahaja infaq yang paling tertinggi hitnya dalam kalangan muslimin . tapi dia masih tidak mampu menyaingi abu bakr , kerana abu bakr menyerahkan semua hartanya dan dirinya kepada Islam sedangkan uthman menyerahkan sebahagian dari hartanya !

masyallah akhi .

lihat bagaimana Islam telah mengangkat darjat seseorang muslim berdasarkan usahanya mengikut kemampuannya .



" kemudian dikatakan kepada orang yang zalim itu , nikmatilah siksaan yang kekal . kamu tidak diberikan balasan melainkan yang sesuai dengan apa yang telah kamu usahakan " Yuusuf : 52



dalam muntalaq menyebut ,



لكل سلعة ثمن
untuk setiap barang itu , ada harganya




ok , kejap nak refresh sebab dah blurr camne nak relate dengan kisah nenek nenek tadi . grrrr

ohya , kenapa saya oss tetibe kesian pada diri sendiri pulak ?
kerana harga yang perlu saya bayar untuk dapat barang itu sepatutnya lebih besar dan kebih banyak



tensi tensi dengan nenek !



ya , dari kacamata hitam memang zahirnya amal nenek terlalu simple nak dibanding dengan budak budak ikut program yang ulang alik ke TTS , I books dan AIMS itu . tajmi' yang nenek buat memang petala gunung la bezanya dengan yang turun naik KMS KMB tu sume , syahadatul haq luar biasa . tapi nenek buat dengan kadar yang nenek mampu dan kadar yang nenek faham . nenek telah pun buat sehabis baik !



" katakanlah , setiap orang beramal berdasarkan keadaanya masing masing . dan tuhanmu lebih tahu siapa yang lebih benar jalannya " Al Israa' : 84



maka kita yang lebih faham , dan lebih mampu ini mestilah lagi perform beramal !
semakin kita dewasa dengan jalan ini , kita sebenarnya bukanlah semakin boleh duduk lepak lepak selesa minum milo laici kurang manis itu (info : baru jumpa air ni semalam heh) . kefahaman ini akan memaksa kita untuk lebih banyak bergerak , tarbiyah ini sepatutnya menggerakkan !


nenek hari ini , boleh jadi sama juga seperti Abdullah Umm Maktum .
Maha Suci Allah yang menjadikan DnT ini hak milik setiap insan !











Thursday, July 5, 2012

menge'RUH'kan feqh wa usuluh 1#

arakian maka telah sampai saya di Malaysia semenjak sebulan beberapa harian yang lalu buat yang tidak tahu , tahun ni cuti sakan bagai . dan juga ohyes , rumah teres dua tengkat ini sudah pasti menjadi igauan jahiliyah teragung buat pemuda seperti saya . oleh itu , saya telah keluar bersama pemuda pemuda obersi yang hidup melata kala cuti ini selama sekian hari di sekian tempat .

ya , duduk duduk beriman sebentar .

lama tak menulis , so macam nebes sikit . errr ..

bertepuk tampar bersama ikhwah ni memang membuka air mata .
gurau mereka , tidur mereka , makan makan mereka , sentuhan mereka , pinjaman ubat gigi mereka , ketinggalan KTM mereka , kebuntuan mencari kunci Innova yang hilang tup tup dalam poket sorang ikhwah tu yang dah balik rumah dah mereka hihi .. serius sangat sweet !

semuanya adalah kasih sayang , cinta dan agenda ! heyp !

ok , tamat muqaddimah

sekejap nak trace balik hadaf entry ni , kruuk kruuk (menggaru keyboard) ..

pasca 5 hari outstation bertemu dengan segala jenis ikhwah , ada satu perasaan yang super-creepy yang saya pun tidak menahu nak dinamakan apa . mm ..

(selepas lima minit)

ok , baru saya faham kenapa nama ni tak penting sangat . sebab saya telah buang 5 minit dan satu perenggan dalam entry ni untuk memikirkan nama perasaan itu hah !

satu soalan yang selalu bergenang di otak saya bila terjebak berdondang sayang dengan DnT ini adalah , bagaimana sifir DnT untuk pelajar sains sosial ? to be exact , pelajar bidang agama . sudah pasti pawakcik el murabbiah dan otai otai ikhwah sudah bosan apabila saya jinjing persoalan ni ke hulu hilir . ya , saya pun dah mual . eh , ataupun anda tidak memahami apa yang saya maksudkan ? grrr ..

dan bergaul gaul dengan sekalian ikhwah non-middle east dan ofkosly non-islamic studies membuatkan saya tidak keruan . inilah perasaan itu . saya rasa saya macam tidak pernah ambil bidang agama , macam bukan pelajar lepasan sekolah agama itu . masyalla masyalla , inilah masyarakat generasi Quran yang unik . serius sumpah segan megan dengan abam abam qowiy , muajjih muajjih berseluar jeans dan berbaju fit , berdagu licin dan berkereta sepot . bahasa mereka is more agama then saya . ohoi

Faquhu dan Faqihu

ramai orang apabila mendengar 'feqh' atau dalil dalil 'feqh' kebiasaannya akan refer pada sesuatu yang so-called 'fekah' yang dimaksudkan sebagai kaedah istinbat hukum itulah , mengkaji hukum hukum , ta'sil istidlal (trace asas kepada sesuatu hukum) berdasarkan beberapa banyak kaedah aduhai yang saya juga kekadang sedikit nak fail . ahah , maka ramai yang kurang tersedar bahawa feqh melalui kefahaman itu hanya muncul di zaman Abbasyiah dan Imam Assyafi'i sebagai pengasasnya . ops , sori kerana memaksa anda menggugel fakta fakta yang menghairankan di atas .


من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
"siapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya , dijadikan dia orang yang feqh dalam agama"


الانسان معادن خيارهم في الجاهلية خيارهم في الاسلام اذا فقهوا
"manusia itu umpama logam, terpilihnya dia ketika jahiliyah terpilihlah juga ketika Islam . sekiranya mereka orang yang feqh "



maka nabi s.a.w lah yang menyebut tentang feqh , dan praktikal feqh ada pada sirah yang digambarkan oleh sahabat sahabar r.a . so , apa yang dimaksudkan dengan feqh ini ?



..



faham


ohyes , faham Al-Quran
dan bukan faham usul feqh beserta kaedah dan istidlal dan segala bagai itu

yang dimaksudkan adalah 'faquhu' (memahami Quran) bukannya 'faqihu' (menjadi ahli feqah)

saya tidak hendaq menyibukkan fokus pada bab bab ilmiah , anda rujuk sendiri sirah . lihat bagaimana sebenarnya bentuk masyarakat yang ingin dihasilkan oleh acuan yang satu itu , Quran . malah ulama'2 pada ketika itu hanyalah segelintir sahaja , Muadz , Ibn Abbas , Ibnu Umar , A'isyah dan lain lain .

yang lain tu buat hapa pulak ?

ahah , yang lain itu 'faquhu' .

anda biasa bukan mendengar kisah 10 orang yang dikhabargembirakan dengan syurga ? ahli badar yang ohoi dimaafkan segala dosa mereka sebelum perang dan selepasnya ? ahli bai'ah ridwan yang mulia itu ? maha suci Allah yang mengangkat golongan golongan ini sebagai figure haybat di mata masyarakat .

alahai anda hingat Mus'ab ibn Umeir yang mengetuk segala bagai pintu Madinah itu berapa banyak sangat hukum Islam yang dia tahu ? Abu Dzar yang amukan di tengah tengah Quraisy itu entah berapa ribu kitab yang dia baca kan ? ah tak perlu cerita jauh jauh , syahidah pertama Sumaiyah syari'at pakai tudung (err, sori tutup aurat ok . pakai baldi pun boleyyyh!) pun tak sampai lagi taww ?

sistem pesanan ringkasnya , yang wajib adalah 'faquhu' bukan 'faqihu' . dapat kan ?

eh eh , bukan apa .
kena faham juga mengapa disebut " orang awwam tiada mazhab padanya "

ya , mazhab mereka adalah mengikut para ilmuan .

" hello , so kalau nak tau hukum hukum ni tanya sapa ? ha ? ha ? " 
" eh eh , hukum apa ea ? " 
" hukum la " 
" hukum apa ? " 
" yelah , contohnya kalau ambil wudhu kemudian kita perasan air tu macam keruh sikit . pastu check check dalam tu ada bangkai lipas . mestilah kena tahu hukumnya apa . kan ? " 
" ahhah , tunggu berlaku dulu ye "

eh anda . dapat kan mesejnya ?

anda kan , kalau nak belajar feqah . sumpah takkan pernah selesai hey !
setuju tak belajar feqah ni adalah apabila anda jumpa masalah ? tolonglah setuju plis3
oke2 , nak saya bagitau jawapan ke ?

" awak tau tak , air ni ada empat bahagian . air muqayyad , air musta3mal , air mutanajjis , air musyammas . adapun dalam kitab sekian , dibahagikan air kepada lima pecahan .. bla bla .. " 
" oh , so saya nampak airnya keruh " 
" adapun air takungan itu apabila cukup dua kolah , apabila masuknya najis dan berubah warna , bau atau rasa tidaklah dikira air najis " 
" hmmm .. dua kolah tu macamana ? " 
" iaitu bekas empat segi 23 inci lebar , 23 inci dalam . sebahagian pendapat mengira dua kolah berdasarkan genang air . iaitu apabila disentuh air dari penjuru yang satu , genang air itu tiba di penghujung bibir kolah yang lagi satu maka ia dikira dua kolah . jika genang air tidak mengenai bibir kolah yang lagi satu , maka ia dikira tidak cukup dua kolah " 
" oh , hmm .. cane kalau najis masuk " 
" adapun najis itu terbahagi kepada tiga bla bla bla .. " 
" lipas termasuk dalam grup yang mana ? " 
" adapun seekor binatang itu dikira najis apabila dipotong semasa hidupnya , ia mengalirkan darah . tetapi adalah berbeza binatang yang dijatuhkan ke dalam kolah dan yang terjatuh " 
" erk , kalau yang masuk dalam kolah tu kaki lipas je ? kalau kita nampak lipas tu kemudian lipas tu hilang ? kalau lipas tu lipas bela yang dimandikan setiap pagi ? ... bla bla bla .. "

ketahuilah , feqh 'kalau' ini tidak akan pernah tammat !
eh ada yang terlompat lompat sambil mengangkat tangan ke nak belajar feqah ?

*angkat bahu*

baik , sebelum tok syeikh tok syeikh naik hangin dengan entri kontroversi ni elok saya kuda kuda sekejap . ehem .. sebenarnya begini . kefahaman mengenai 'faquhu' dan 'faqihu' yang digambarkan di atas perlu dikompaskan semula .

saya bukan mahu cari pasal pasal , memperkecilkan geng2 yang rajin belajar feqah . oh tidak . malah sasarannya adalah mereka mereka yang dalam bidang bukan agama , yang sains tulen . ya , yang bidang medic , engine dan sebagainya . sedang nak habiskan buku phato tu pun dah setengah abad koma , algebraic term yang macam harom memeningkan itu pun dah suku tidur nak khatamkan . dan sekali lagi , ya . ya kita wajib 'faquhu' , bukan 'faqihu' yang kompleks dan tidak akan pernah tamat itu .

eh , nak maghrib lah .
okies saya pun taknak menulis ini jadi jahiliyah pula . weeee !

ensyallah berjumpa di siri yang akan datang , ops tak janji
al maklum blog ni antara yang paling sensasi dan terkenal dengan sindrom mudah futur then tak hupdate hupdate hehehs .

trivias :


1. tahu tidak bahawasanya , barangkali irsyad manji malah snouck hugronje mungkin sahaja lebih faqihu dari kita semua ? dan sister in islam juga kan kan kan ? hah mendapatnya ! kan dah cakap yang wajib itu faquhu !!


2. tak semua orang mampu jadi imam syafi'e tapi semua orang mampu jadi abu zhar al ghifari . aiwah ! *kalau tak faham statement ini sila tanya, jangan ngengadaa*


3. eh eh , khabarnya imam malik sebelum menjadi seorang jaguh besar dalam mazhab sunniyah beliau telah menghabiskan 5 tahun (ambil galah tolong jolokkan ok) untuk belajar akhlak . ahah ! itu dia faquhu !!










Thursday, May 17, 2012

Hari Mahaguru



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

saya dengan rendah hati dan sopan siurnya ingin mengucapkan setinggi tinggi


T E R I M A   K A S I H   M A H A G U R U


kepada :

orang orang rumah 
bapak bapak gembira dan anak anak gembira
murabbi murabbiah 
UQY , UAO , UAA , UHY , UMD , UH , AO , MH , NA
akhi akhi berhati mulia yang membawa saya ke alam ini
akhi zubayr , akhi sallah dan rakan rakan 
zakwan , syaufiq , hafiz karim , zainul ariffin
pawakcik mawakcik 
ikhwah hulu selangor , sabak bernam , klang dan kuala langat

Duktur dukturah Universiti Yarmouk dan multaqa' ilmi
abu ala' dan rakan rakan 

Asatizah Daurah Arabieh PSPJ dan ILDAS
ust hasan haggag , ust ibrahim , ust amirul hakim , adik adik MITSTEK , en zairi (abang garang) , fasi fasi

Geguru Geguru ,

SMKA Kuala Selangor
ust kamarul ariffin , ust ghazali omr , ust ghazali harun , ust ariza , ust nasimah , cikgu ghani , sir samaon , tcr nurbayah , tcr zalina , sir mostam , cikgu sallehuddin , cikgu rusli ibrahim , cikgu mukhair dan semua  
cikgu cikgu MTQ , ASAT dan Ihtifal
cikgu sharil , cikgu sarip , cikgu parin , miss maiza , ust ghazali omr , ust dasuki , cikgu fariz SAMTAK
pakcik makcik kantin , guard dan cleaner

SRK Parit Baharu , SRAI Parit Baharu
cikgu halim , cikgu shaari , ust amin , ust shaari

SRK Kuala Kubu Bharu (1) , SRAI Kuala Kubu Bharu
 cikgu wari , err teruk jugak la sebab sorang je yang  ingat

SRK Sinaran Budi , Sekolah Islam Rawang

Taska ABIM Rawang

Tadika AMAL Serendah

Geguru geguru tidak rasmi

warga SAM Rawang , pekan Serendah 
ust nahrowi , ust shamsul ma'arif  , geng geng kutip bunga kemuncup dan terjum kolam pagi sabtu

warga SAMT Kuala Kubu Bharu 
pakcik ilias , geng geng yang ajar cara panjat pokok dengan efisyen

warga ILDAS , Sungai Besar 
brader brader bola tampar , abg suhaimi , abg fuad . ust hisyam , ust makkah dan lain lain
wak tamin dan family , geng geng bara'an buat pondok dan kutip kepah

Abbi , Ummiey dan family
tanpa penat lelah mereka didik dan kepung saya dalam lingkaran selamat ini , tidak mungkin saya sampai pada peringkat peringkat di atas

soliheen 
tabi'eeen
sahabat sahabiah r.anhum
Ali r.a penerus risalah
Uthman r.a yang mewariskan mashaf Mulia
Umar r.a pembuka wilayah  
Abu Bakar r.a teman setia 

Muhammad s.a.w guru sekali guru
Allah s.w.t yang memiliki dunia dan seisisnya
TERIMA KASIH ALLAH !!

(rajah 1.0)
ralat : masih berjuta lagi manusia di luar sana yang pernah menjadi guru saya secara langsung mahupun tidak langsung








من سن سنة حسنة فله اجرها واجر من عمل بها الى يوم القيامة
" barangsiapa yang mewariskan amal yang baik , maka bagi dia kebaikan dan kebaikan orang melakukannya "




اذا مات ابن اّدم قطع عمله الا من ثلاث : .. علم ينتفع به
" jika mati anak adam , terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : .. ilmu yang bermanfaat "







wahai kawan , benar benar besar saham orang yang menyampaikan kebaikan bukan ?
lihat sahaja rajah yang saya nukilkan di atas , akhirnya segala kebaikan yang ada pada hari ini akan sampai ganjarannya kepada generasi generasi sebelum kita dan sudah pasti yang memiliki sebesar besar saham adalah Muhammad s.a.w pemula dan pengasas D&T

bahkan ia berlaku dalam pelbagai bentuk dan situasi yang mudah

entry entry di blog
bagi salam
dan semudah status fb ,
share link dan tukar DP ? ya tukar DP !

cuma terfikir , apakah besar juga saham orang yang mewariskan keburukan ?

peh .

kita terlalu berselera untuk menuai pahala , dengan memadankan pelbagai sifir sifir MLM yang sangat menguntungkan . kita sangka kita boleh tersenyum dengan mengira ngira kolektif pahala yang terkumpul , jarang sekali kita menggunakan sifir berlawanan . bagaimana dengan sifir dosa ?

" weh , nanti la dulu . habiskan PESS2010 ni dulu . kita solat kat rumah je hari ni . banyak lagi masa nak solat isya' "


" oh , ok "

sebenarnya teori warisan dosa tidaklah berlaku dalam situasi yang formal atau skrip yang skema , jauh sekali nak bukak kelas melakukan dosa atau usrah mencuri . sebagaimana teori warisan pahala , ia berlaku secara everyday life . dari gosok gigi , sehingga basuh kaki .

baik , berhenti melihat dosa pada perbuatan secara langsung
bagaimana dengan warisan dosa secara tidak langsung ?
dengan sikap kita , dengan amal fardi kita , dengan percapakapan dan tindakan kita


" eh , sebenarnya ok je kut solat kat rumah "


" kenapa ? "


" tu , abang yang bagi talk semalam pun tak turun masjid "

aduhai , malapetaka .
semudah itu sebenarnya sistem warisan dosa ini berfungsi , semegah warisan pahala yang kita canangkan itu . malah dosa ini sebenarnya lebih sukar dikenal pasti , kabur dan .. enak ?

" eh , biasa je "

kicik punya hal bro , apa mau bising bising .
bukannya wahana kemunduran ummah pun
badai betul !

hello , awak ingat kat akhirat nanti orang ada kesah ke benda tu kecik ke besar ke ?
awak ingat akan ada yang ambil kisah ke awak pernah ajak dia makan NM ke , bagi pinjam nota feqh uqubat ke , pernah like status fb awak ke
esok lusa berdiri di medan pengadilan


" err , tu brader yang ajar saya mencuri ! "


" ha ! dialah yang ajar saya kutuk kutuk dan downgrade manusia kat OpenTalk fb !! "


" abang ni la yang tulis benda pelik pelik kat blog dia ! tangkap dia tangkap ! "


hey manusia , janganlah rasa ideal sangat .


compassed 


jadilah anda guru kebaikan ,
kebaikan yang bermula dalam hati akan menyerlahkan tindakan , sikap dan akhlak yang baik .
maka mulakanlah dengan menjadi guru kepada diri anda , eh kita
didik diri kita dengan kebaikan kemudian menyebarkan kebaikan ini kepada orang orang di sekitar kita

alaa , ada satu kuot tuu ..


اصلح نفسك وادع غيرك
" perbaiki diri kamu , dan ajaklah orang lain "

jangan berlengah untuk menjadi guru kepada masyarakat sekitar kita
jangan katakan oh , tunggu saya nak khatam 50 kali daurah dulu .
sahabat pun tak tunggu Quran sempurna turun baru nak ketuk segala bagai pintu di madinah itu

dan sentiasalah duduk sebentar ,
muhasabah dan sentiasa waspada dengan sekeliling kita
jangan jangan kita jadi guru kejahatan , baik yang langsung mahupun di luar kelangsungan


Saturday, May 5, 2012

random 4#

of AGM and the Allah's greatness
ok , muhasabah semalam tak cukup ikhlas 


I


" kenapa kita rasa sukar untuk berbuat sesuatu ya ustaz " , kata Delisa

" kerana kita tidak ikhlas " , ringkas ust rahman memberi jawaban


tetapi mengapa sih ust rahman nggak selamati Delisa sewaktu ombak besar melanda madrasah ?
beliau kaget dan terus berlari bahkan . huu huu

kesian Delisa yee


err .. 
menaip menjadi sukar , kertas kerja rasa bertimbun macam belukar . database kecamuk dan fius otak terputus putus gedush gedush . benar banyak lagi perkara yang perlu kita letak lebih tinggi dari so called technical-concerns itu , duduk sebentar akhi !

ikhlas itu , seriusly sukar .



II

kalau di pertengahan jalan anda rasa down bagai , sila recheck bidayah anda ?
adakah ia fasidah ??

jeng2 . dah lupa jumpa kat mana ayat ni , saham buat pemiliknya 



III

sepanjang terasing di bas PUTRA itu kemudian sesi keserabutan bertukar tukar bas coaster bersama abu salim dan abu farath , buku el-3awaiqoq menjadi peneman setia . eh sapa teman sapa ni ? . ok memang tiada kejadah baham 3awaiq padahal Muntalaq pun main redah je . tapi ada satu bab penting yang saya nak hadam , Keprajuritan Jalan Menuju Kepimpinan . dan ini antara kuot gempak yang makan dalaaaam :


" .. Sebagaimana juga , jabatan dan kedudukan pada masyarakat mereka adalah sebuah beban yang berat yang menyebabkan mereka tidak mahu berlomba meraihnya, kecuali hanya untuk mengharapkan pahala dengan melaksanakan kewajiban dan pengabdian yang berat demi mengharap redha Allah .. " Syed Qutb, fi Dzilal



IV

sepanjang bekerja , ini antara ayat feberet 




" sungguh kami telah memenangkan kamu di Badar sedangkan kami hina , dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu menjadi orang yang bersyukur " Ali Imraan : 123


" jangan kamu berasa lemah dan jangan bersedih , sesungguhnya kamu orang yang tinggi di sisinya sekiranya kamu beriman " Ali Imraan : 139




el maklum , kedua ayat di atas adalah respon terhadap dua peristiwa agung yang sangat signifikan . peristiwa perang Badr dan perang Uhud . kedua duanya adalah perang , dua dua adalah perintah Allah , dua dua adalah medan amal . yang berbeza adalah hasil akhir , baik menang ataupun kalah .

Badr diakhiri dengan kemenangan  
Uhud diakhiri dengan kekalahan 

tetapi lihat pada plot kalam Allah , komentar komentar mengenai dua peristiwa ini . yang menang tidak pun dihambur pujian melambung dan yang kalah tidak pula ada nada kecewa bahkan marah sedikit pun tidak bukan ?

comman factor kedua dua ayat ini adalah , iman dan taqwa
iaitulah mengembalikan segala amal , kerja dan tugasan ini kepada Allah .
itulah syarat kemenangan yang sumpah hakiki !

so , memang kita disuruh beramal bukan menentukan hasil . heh

dan yang paling penting ,


" dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan kuda (yang terbaik) yang dapat menggentarkan musuh Allah , musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak tahu , tetapi Allah mengetahui . Apa sahaja yang kamu infaqkan ke jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dirugikan " Al anfaal : 60

buat sehabis baik !



V

currently , sedang berusaha memberi respon terbaik untuk perancangan Allah yang sangat misteri ini . 
Allah musta3an

Friday, April 27, 2012

oh kompas ilahi

huuuuuuuu .. fuh .
hiinnssshhh hinnnnsshhh .. eh

*teknik bernafas ketika sedang semput*

semalam main main tadabbur dengan adik abang
sekitar surah Al anfal kami bertilawah awal pagi itu
seperti biasa masing masing akan berlumba lumba (ok tipu masing masing terkial kial cari point yang taching maching) sharing tadabbur ayat .

maka saya antara yang sedikit punya laju bab sharing ini ,
entah , sepatutnya kalau namanya interaksi apakah hal anda mahu susun kalimat bagai untuk tadabbur . sentuhan hati ke hati , sebenarnya memerlukan bahasa hati dan luahan hati . ok tak faham

sehinggalah sampai ke ayat ke 45 ,


" Wahai orang orang yang beriman , apabila kamu bertemu pasukan musuh maka berteguh hatilah dan sebutlah nama Allah sebanyak banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung "

eh , kejap kejap ..

pasukan musuh

mafhumnya begitu subjektif 
kita merancang , dan kita ada impian
ada khutuat dan matlamat

sedang kita mahu keluar dan pintu pintu keluar tiba tiba ia menjadi semakin sempit
akhirnya , impian itu akhirnya menjadi sekadar harapan

ketika ini , ketahuilah bahawa yang menghalang impian dan perancangan anda itu 
adalah 'pasukan musuh' !

hey , haruslah saya tensi !

ketika meronta ronta minta dokongan , 
terus cuba mencari celah celah tirus untuk keluar , untuk serang hendap pasukan musuh
diam diam cuba pukul curi
cuba berstrategi kontroversi dan propaganda basi

akhirnya , datang firman mengorientasi semula ..


taklif akhi , bukan tasyrif !


adakah benar kita benar benar Allah-centric dalam setiap tindakan ? emosi dan perasaan ? perancangan dan keputusan ?

teguran teguran direct deshum deshum dalam ayat ini jelas cuba membawa saya muhasabah , duduk sebentar .

i) berteguh hatilah !
ii) dan sebutlah nama Allah , ingatlah Allah !!

apabila diizinkan hati ini untuk tenang sebentar , 
datanglah iman memandu setiap keputusan dan ramalan . 
datanglah wahyu wahyu tuhan untuk diperhatikan .

terima kasih saudaraku seiman 



" refresh balik niat akhi , mana tahu dengan tiadanya batu penghalang ni enta sendiri akan cari batu untuk sadungkan kaki sendiri ? boleh jadi batu penghalang nilah yang menyelamatkan enta untuk tersungkur di masa yang lain "

" Allah sedang mempersiapkan enta untuk hadapi sesuatu yang lebih besar akhuna ! "  

" enta kan selalu sharing pasal a3iduu tu ? "

" yakinlah yg allah nak ajar enta satu ilmu baru , tansiq dalam kerja " 

" lapangkan dada akhi ! "


ok , saya ok 


ps : serius sangat terharu warga warga berhati mulia yang cuba membantu , Allah musta3an

*mode nak nangis sebab tak boleh nangis*

ohyes, kalau anda tak feel baca entri ni itu bermakna anda tidak tahu siapa saya , mafhum mukhalafah huu huu



Sunday, April 22, 2012

sembang taqwa 5#


" tununn nuntun tununn nuntunn tununn nuntun .. "
(err , ini bunyi panggilan skype dari Malaysia . heeee)


manusia A : tak pergi GMJ hari tu ?

manusia K : pergi la sikit sikit . ambik ruh

manusia A : waaa , ni sekarang tengah bising nak BERSIH pulak

manusia K : malas laa .. BERSIH la sangaaat .

manusia A : hey , semangat la sikit

manusia K : ramai je orang yang semangat tapi tak faham

manusia A : lagi teruk , orang yang faham tapi tak semangat

manusia K : *mata Cina*

baik , anda faham ?
jika semangat bagai tanpa kefahaman , itu kita panggil jahil bukan ?
jika faham tetapi tidak semangat , itu kita panggil .. err , sesat ?


hey anda ! ya anda yang pergi Sweimeh itu !!


di samping tidak menghalalkan premise 1 , sebenarnya sifir ini kita boleh mudahkan sedikit . untuk memahaminya , anda tidak perlu susah susah buat kerja lapangan atau kajian ulang alik tingkat 3 dan bahagian rujukan maktabah hasyimieh Universiti Yarmouk itu !!

yang anda perlukan adalah 3 (tiga) minit muhasabah sendirian , dan lihat kehidupan anda selepas anda berkhemah bagai di dataran merdeka itu apa yang anda buat ? selepas bersorak morak di sweimeh itu bagaimana mutaba3ah amal anda ? selepas anda tekun memBERSIHkan stadium Merdeka , apa khabar subuh anda ?

dan yang lebih besar adalah isu di premise 2 , apabila yang faham lebih berselera untuk memeluk tulang rusuk dan berdiam diri . walhal , anda tahu itu hak anda . bahkan anda tahu , itu dzolim !




jom laungkan anti-jahil , dan anti-sesat !

Tuesday, April 10, 2012

because usrah is too mainstream


petikan akhbar Berita Harian 11 Arpril 2012 , slot Agama . artikel no 2


Usrah kaedah pendidikan dekati remaja bermasalah
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

2012/04/11




SABAN hari kita menyaksikan pelbagai gejala sosial dalam masyarakat khususnya membabitkan generasi muda dan remaja. Fenomena negatif ini seakan-akan membarah dalam jiwa golongan muda dan tindakan bersungguh-sungguh wajar untuk menanganinya.

Membendung gejala sosial, kaedah saluran agama adalah alternatif terbaik dan paling berkesan. Langkah penghuni Flet Seri Delima, Masai, Johor, yang menganjurkan pelbagai program bercorak keagamaan seperti belajar membaca al-Quran dengan tajwid yang tepat.



Sebenarnya selain mengadakan kelas berbentuk pengajaran fardu ain dan fardu kifayah, kaedah pengajaran berbentuk usrah wajar diguna pakai untuk diterapkan dalam program mendekatkan masyarakat kepada ajaran agama.


Usrah kaedah pendidikan secara berkumpulan yang boleh dilakukan di rumah, surau atau dewan dalam lingkungan persekitaran dekat antara satu sama lain bagi memungkinkan matlamat program berjaya kekukuhan hubungan ukhuwah yang utuh.


Sebenarnya usrah boleh menjadi wasilah membina kemantapan akidah dan mengindahkan akhlak khususnya di kalangan remaja. Persekitaran positif berteraskan kegiatan keagamaan seperti usrah akan menjadi aset ke arah pembentukan remaja berjiwa luhur. 


Usrah membawa maksud keluarga, kumpulan individu atau golongan mukmin yang beriman berusaha dan bersikap tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami serta menghayati alam kehidupan.


Pendidikan remaja dengan kaedah usrah begitu baik dilaksanakan kerana berdasarkan kepada tiga rukun utama untuk memperkasakan keutuhan tauhid, sekali gus mengukuhkan daya tahan keimanan anak muda. 
Tiga rukun usrah itu dimulakan dengan ta’aruf yang bererti mengenali perkara asas. Naqib atau naqibah iaitu ketua pembimbing kumpulan usrah berkewajipan mengenali secara dekat latar belakang ahli kumpulan.



Ta’aruf bermakna naqib atau naqibah bukan saja mampu mengelolakan majlis keilmuan tetapi perlu juga beraksi sebagai kaunselor yang mendekati remaja untuk mengetahui permasalahan mereka.

Rukun keduanya ialah memahami pelajar atau ahli kumpulan iaitu tafahum. Inilah keindahan pendidikan berasaskan usrah kerana sikap saling memahami dicerna seberapa daya yang mampu untuk memecah sebarang isu atau permasalahan. 

Sementera, rukun ketiga ialah nilai atau sikap tolong menolong, iaitu takaful. Ahli kumpulan yang lemah akan dibantu secara ikhlas oleh yang bijak dan lebih berilmu. Justeru, situasi tolong menolong akan membina semangat remaja untuk terus mengikuti pengajaran agama dengan lebih serius dan tekun.

Sesungguhnya dalam membentuk sahsiah peribadi remaja yang luhur dengan keterampilan beragama yang utuh tidak boleh dilakukan melalui kaedah kekerasan sebaliknya melalui sikap mesra dan lembut akan menjinakkan jiwa mereka. 

Perkara asas dalam amalan beragama yang benar seharusnya diterapkan dalam perbincangan usrah. Untuk membawa remaja semakin tertarik dan mendapat sambutan, kepelbagaian kaedah mestilah dilaksanakan.

Jangan terlalu memfokuskan kepada unsur haram dan halal, boleh dan tidak boleh sehingga pemikiran anak muda menjadi tertekan semasa berada dalam kumpulan usrah. Sebaliknya, mestilah menggunakan kaedah penceritaan, perumpamaan dan bersesuaian isu dibincangkan. 

Apabila sesuatu kumpulan itu sudah mantap dengan sesi usrahnya, baru isi pengajaran atau pendidikan diperkemaskan dengan yang lebih serius. Yakinlah, jika kita mampu membentuk pendidikan secara usrah di kawasan kediaman setempat, apa saja permasalahan berbentuk negatif akan dapat dikurangkan. 

Ini kerana nilai kerohanian yang tertanam kemas hasil tarbiah agama sudah sebati dalam jiwa anak muda. Jadi, boleh kita mencuba kaedah usrah ini sebagai salah satu pendekatan mengajak generasi muda mendekati agama di samping kaedah lain.

Kita harus lebih giat mengambil langkah membina generasi muda dengan acuan agama sebenar kerana merekalah akan menerajui alam kehidupan ini dan sudah tentu kita tidak ingin sama sekali gejala sosial terus menerus bermaharajalela tanpa sebarang usaha menanganinya.



______________________________________


kan ???
Berita Harian boleh la berkira kira untuk buka kategori usrah paling popular untuk ABPBH tahun depan . hoho