Sunday, July 21, 2013

Diari DnT

" Bilamana aku hidup di bawah naungan Al Quran , aku melihat tangan Allah sedang menguruskan kehidupanku dengan caranya yang tersendiri " Syed Qutb , Fi Dzilalil Quran

menemui ayat ini seawal usia 15 tahun , semasa usrah mingguan di sekolah dulu
dan hanya difahami ketika umur ini sudah mencecah awal 20-an

Syed Qutb ada akal dan hati yang tajam dalam menilai kehidupan , meneliti penulisannya membuatkan jiwa ini ikut sama menikmati apa yang telah terdahulu dinikmati oleh sahabat r.anhum . Hidup ini jika tidak jelas mula dan akhirnya , hulu dan pangkalnya maka ia menjadi sangat hina . wallahi sangat hina !

sebagainya yang turut digambarkan oleh Syed Qutb " aku melihat mereka seperti kanak kanak kecil yang berseronok dan menikmati mainan " , itulah keindahan bagi kanak kanak kecil . yang kamus kehidupannya belum lagi menjangkau main , tidur dan main semula

kehidupan ini terlalu indah untuk kita pagarkan tempohnya sekadar lahir sehingga mati , bukankah Islam telah meradarkan kita untuk melihat kehidupan dengan dimensi yang super-luas ? kita belum berhenti hidup dek kematian

" dan mereka melihat hari akhirat itu jauh , sedang kami melihatnya sangat dekat "

inilah iman sahabat r.anhum , mereka ada garis masa yang sangat istimewa untuk menilai kehidupan

semua keputusan , tindakan dan gerakan adalah hasil penelitian terhadap garis masa itu . kehidupan bagi mereka adalah dari mula diciptakan hinggalah janji kebahagiaan di syurga yang abadi . mereka sanggup apa sahaja untuk pajakan janji itu

bukankah janji Allah itu mendahului seluruh realiti dan situasi di sekeliling kita ,

" sungguh Allah telah membeli dari seorang mu'min itu , hartanya dan jiwanya kerana untuk mereka itu syurga "

nah , dari sini kita dapat mengerti asbab pergaduhan saeed dengan bapanya , khusaimah

apabila tiba seruan ke medan Badar , Rasulullah hanya membenarnya salah seorang antara mereka berdua untuk menyertai jihad . kemudian berlangsunglah pergaduhan yang panjang , di akhirnya Saeed berkata ; " aku boleh beransur denganmu dalam banyak perkara , kecuali syurga " maka Saeed mendahului bapanya dengan syahid di Badar

Allahumma aku risau jiwa yang lemah ini jadi hanyut dan lupa dengan garis masamu yang mulia ini , di hujungnya ada syurga . Allahumma tetapkan ruh ini , kuatkan 'urwah ini

Aku cuma terlalu mencintai Dakwah dan Tarbiyah

Daruna
1442
21 Julai 2013

4 comments:

Anonymous said...

Allahumma ameen...

bagaimana anda boleh feel terlalu mencintai Dakwah & Tarbiyyah?
boleh tau cara?

Unknown said...

nilailah Quran dan Sunnah dengan ikhlas , kerapkan ukhuwah dan muhasabah

entah , itu jawapan terjujur yang saya dapat share ensyallah

Anonymous said...

Mcm mana nk dptkn manisnya ukhuwah yg asasnya iman tu in practical ways

In fact, nmpk mcm mudah, tp sometimes x rasa pun atau muncul dan hilang kembalu

Unknown said...

manis kalau dinilai dari pandangan manusia memang sangat terhad dan kecil ruangnya , lihat seerah bagaimana nabi saw berukhuwah dengan sahabat r.anhum .. boleh baca kisah fudhayl dan ibn mubarak yg saya post just after entri ini


kemanisan ukhuwah yang nabi saw menjangkau senyum dan ketawa , nabi marah dan bertegas juga kerana ukhuwah .. dan di situ datangnya kemanisan

" mereka di akhirat kelak menjadi musuh "

itu yang Quran sebut apabila ukhuwah tanpa diasaskan pada taqwa

jzkk