Friday, July 23, 2010

Bintang Paling Popular

(aku pernah jd artis suatu ketika dahulu.korang pernah x?aku bukan berlagak .. tp korang yg nk tau sgt kan3? yg benar tetap akan menjadi benar)

kita semua adalah artis, percaya?

dalam kalangan kita jugak ada artis paling popular, percaya?

dan utk anugerah sepanjang hayat ada jugak, percaya?

dalam kalangan kita ada yg nk jd 'lebih' popular, percaya?

ada yg ambil jalan mudah, gosip sana seksis sini, percaya?

ada yg ambil jalan jauh cket, training3 ... dpt duit simpan.bukak syarikat, percaya?

......................................................

saja ajak korang bukak cket 'view' .. ABPPBH saban tahun org dok layan.agak2 korang aku layan ke x? mesti la 'layan' jugak.aku kan artis mestilah kena ambil tahu.haish!

.......................................................


dunia ini pentas lakonan.skrip sudah diberi, terpulanglah nk ikut atau tidak.panel yg memerhati dan menilai pn ada, korang nk jadi ape pn itu lantak koranglah.jgn risau dan jgn gelisah.yg mengarah lakonan ini adalah korang sendiri.malah panel2 jemputan pn xde, koranglah segalanya.maka mari la sesama tungkus lumus jd pelakon yg terbaik, hadaf yg baik perlu diturutu cara yg indah dan baik.harap2 kite dpt anugerah nanti di ABPPBH! yeah!

ok , selesai cerita di dunia ,,

maka sampailah waktu yg ditunggu2.para panel telah puas berkira2 utk beri markah pd kita semua.set2 pergambaran pn telah dimusnahkan serta merta.maka beratur panjanglah 'artis2' dunia utk menuai hasil2 yg telah ditanam sepanjang karier mereka.BERJAYA?yeah!

ada yg kecundang ...

“Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan atas kalian kenikmatan surga. Penduduk surga bertanya kepada mereka, “Apakah yang membuat kamu masuk ke neraka saqar?" Mereka menjawab, “Kami tidak melakukan shalat, kami juga tidak memberi makan fakir miskin. Kami tenggelam bersama orang-orang yang durhaka dan kami mendustakan Hari Kiamat.” (Al-Muddatstsir: 42-46)

“Mereka memanggil-manggil, 'Wahai penjaga, mohonlah agar Tuhanmu itu mengadili kami lagi.' Ia menjawab, 'Sesungguhnya kalian akan menetap di sini.'”

Kemudian terjadilah adu-bicara sesama mereka sendiri di dalam neraka itu. Orang-orang yang sesat berkata kepada orang-orang yang menyesatkan mereka: “Sesungguhnya kalianlah yang telah menyesatkan kami”. Mereka menjawab, “Justru kalianlah yang menghendaki sendiri hal itu lantas mengikuti kami.” Orang-orang yang tertindas dan lemah berkata kepada orang-orang yang congkak, “Seandainya tidak karena kalian, maka kami ini adalah orang-orang yang beriman." Orang-orang yang sombong itu berkata kepada orang-orang yang lemah, 'Kamikah yang telah menghalangi kalian dari petunjuk setelah petunjuk itu datang kepada kalian? Tidak, sebenarnya kalian sendirilah orang-orang yang berdosa.'" (Saba': 32)

Lalu, mereka berkata kepada setan-setan, ”Sesungguhnya kalianlah yang telah menyesatkan kami." Setan-setan itu pun menjawab mereka, ”Dan berkatalah setan ketika urusan hisab telah diselesaikan, ’Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kalian dengan janji yang benar dan aku pun telah berjanji kepada kalian akan tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekedar aku ini menyuruh kamu, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak akan dapat menolongmu. Dan kamu pun tidak akan dapat meno-longku." (Ibrahim:22)

(Sungguh, tidak ada jalan lain di hadapan mereka kecuali menyerah dan menerima siksaan lantaran kekufuran dan kesesatan mereka. Mereka menetap untuk selama-lamanya di dalam neraka jahim)

maka bergembiralah org yg berjaya didunia krn ia menjamin akhirat ...

dan jgn lupe, di akhirat kelak .. ada tayangan.yg lebih besar.bukan spt dunia setakat lampu 'LED' lip lap.penonton di 'hari anugerah' nanti semuanya akan 'celik' , nampak segalanya, bilangan penonton pula berjuta juta juta -an.

(mode bertukar menjadi sedih)

"beruntung bagi yg mensucikannya, merugi bagi yg mengotorinya"

ambil pengajaran selagi tuhan kekalkn kita dlm agama Nya.selagi tuhan beri kita nafas Nya.selagi tuhan buka pintu rahmat dan rezeki Nya.lalu dimana letak tuhan disisi kita.

~ harap aku dan korang dpt muhasabah ~

p/s : korang nk jadi 'artis dunia', 'artis akhirat' atau 'artis biase' je?


Thursday, July 22, 2010

bola oh sepak

korang suka xmain bola sepak? soalan lain, korang suka xtengok orang main bola? suke!!! kn3?? mane xnye pukul 3 pagi dok merengek depan tv.sanggup tu set jam utk 'qiam' bagus3!

tp kenapa korang suka tengok bola? ops, maksud aku bola di luar negara bukan di malaysia.ape yg best tentang bola sepak?lagi2 sepanjang World Cup.wah3! yg kaki bangku, kaki tidur, kaki 'surau', kaki pengampu, kaki silat , karate dan sebagainya, semua pakat melayan.oh, best sgt ke bola sepak ni? klu best, kenapa??

maka bangunlah seorang pakcik tua, "mestilah best!!! diorg punye skill .... perghhhh!!!oh tidak mampu atok mempraktikkannya"

pastu seorang remaja umur sekitar 18tahun pulak menyampuk, "ko tau diorang punye strategi, mantap beb!!! tak terjangkau dek akal nih."

wanita tidak ketinggalan, tiba2 seorang minah endon yg turut ada di lokasi berteriak, "playernye ganteng banget!!waduh3"

dan akhir sekali, bangun seorang kanak2, "sbb ayah, atuk n abang ckp best!"

ehe, ni aku pening.tetapi kn, setuju xkorang bila aku ckp bola sepak ni seronok dan best sekali ditonton krn adanya peraturan??

p/s : setuju je la, ni blog aku kn?

maka jawapan aku adalah benar dan tepat,tahniah kpd aku!

Kerana itu dalam mana2 perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan..lagi,untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yg di tetapkan…

Malahan jika korang nampak pemain2 buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menujukan santau kepada pengadil yg tak nampak kesalahan para pemain..Dan lagi, jika pengadil bagi hukuman yg tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!!!

Apatah lagi jika ada mana2 pemain yg telah di 'beli'..ohh,,lagi tak best!!!Walaupun begitu korang masih mengikut nafsu yg mana jika pasukan korang buat salah biarlah pengadil tak nampak atau pengadil bagi hukuman yg ringan sajer..tetapi mengikut nafsu korang juga sekiranya pihak lawan buat salah dan silap, korang jerit2 depan kaca TV bagitahu kat pengadil dan korang amat berharap agar pasukan lawan yg korang tak suka itu di hukum dengan hukuman yg berat!!!kad merah!!!!

sejujurnya, aku juga suka tengok dan main bola sepak.aku pemain handalan dan ramai yg cakap camtu tp aku buat xendah je utk mengelak riak.kih3.dan aku jelas sekali sgt suka dgn 'permainan' aku,ye lah.ada garisan 'out'.ada boundary garis keluar.kekasaran antara pemain dan penonton adalah dilarang.dan juga yg sama erti dgnnya.sbg seorang yg 'profesional' dalam arena ini ... uhuk3.aku sentiasa berasa terpanggil utk menjadi pemerhati dan penganalisis game.aku sering dpt panggilan utk mengadili perlawanan bola sepak kanak2, remaja, dewasa juga wanita *ok, kali ni memang aku betul2 mengarut* aku suka perhati budak2 kampung main bola,tapi permainan itu sungguh bosan dan bahaya kepada makcik2 yg lalu lalang kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halam surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yg berdekatan..apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang…selepas tu ada pulak yg sampai berdarah2 main krn tiada peraturan.yg pengsan pn ada.ok aku give-up.aku bosan tengok org bermain tanpa peraturan…permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yg main, oleh sebab aku bukan samseng atau alim ... aku lebih rela menonton permainan yg lebih selamat seperti bermain congkak, jongkat jongkit, batu seremban dan main bola di PS1..he he he, sungguh seronok kerana ada peraturan..!!!

Malam karang, andaikan korang bangun jam 3 pagi dan tengok bola..yg takde peraturan, takde pengadil…bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan..ada gaduh-gaduh..darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,,ada yg berkain pelikat cap gajah duduk....best tak?!!!Huh!! Aku pun akan tutup TV mana mana game yg takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!!!!

khulasah aku mudah,

Oleh yg demikian, hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan agama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan … syaratnya kenali agama dulu sebelum korang beramal.kan mudah begitu?

p/s : semalam aku sumbat 7 gol termasuk gol sendiri,korang klu free ajak la aku main bola dgn syarat 'free' la ye

Wednesday, July 21, 2010

rambut yg 'selekeh' perlu di'gunting'

(akhlak itu menonjol krn dihiasi quran dan pegangan, jgn sibuk dgn solekan palsu maka serlahkan rupa 'cinta' padaNya)

pagi ini aku sibuk memusafirkan diri ke sebuah kedai gunting rambut yg sejujurnya jauh dr rumah aku.entah kenapa aku berminat utk melepak di situ, oh lupe ... sebab aku nk gunting rambut la.dan sebelah kedai gunting rambut ni ade la pulak Cyber Centre (CC) dan di sinilah saban hari anak2 muda kita bertenggek dr pagi sampai ke petang.*lain kali pasang la line streamyx .. laju beb!*sepanjang pengguntingan rambut aku dijalankan sering kali pndgn mata aku ni menyinggah ke tingkap kedai melihat awekz2 berpakaian compang n camping.wowz! juga mamat2 separuh sedar .. mmm.entahlah aku ni bukan baik sgt tp aku tahu mereka dan aku tahu apa yg baik dan apa yg buruk.sepanjang peng'observation'an aku , kelibat mereka sgt2lah menyayat hati.sob .. sob .. krn aku xnampak 'bukti' ke'melayu'an mereka semua.sosial kemain bebas slumber je.wah3.maka tersebutlah kisah di pertengahan proses gunting rambut tue, tergerak mulut aku utk borak ngan si penggunting yg usianya sekitar 30-an.maka perbualan tersebutpn bermula jeng3 :

aku : bang, bebudak kt luar ni memang tiap masa macam ni ke?

abg G : maksud kau?

aku : ye lah, tengah2 hari buta melepak2 keluar masuk CC ape kejadahnya.sesak moto dpn ni.maksud aku geng2 yg pakaian serba kekurangan tue.

abg G : ouh, memang pn.tp petang lagi ramai.macam ade kenduri la pulak.ape kena kau ni tetiba tanya?

aku : xde apa, saje memeriahkn suasana kedai kau yg boring ni.melayu islam ke semua tue?

abg G : mestilah, anak2 kita jugak.
aku : mmmm .. kadang2 kita sendiri xnampak islam itu indah.kerana ummat tidak mengindahkan akhlak dan aqidah.

abg G : maksud kau?

aku : *ceh, itu je soalan kau* tau x, pernah suatu ketika dulu kt sebuah kedai gunting rambut cam kau ni jugak lah, ade la seorang kafir ni dtg n potong la rambut.suasana pn sepesen je ngan kedai ko ni.bosan dan penuh maksiat .. kih3.maksud aku kt luar sana nampak la org2 islam sendiri buat gejala pelik2.maka si kafir td pn borak la dgn si penggunting dan si kafir lantas bertanye."orang Islam ni bukan betul sgt, kata Islam hebat, maju dan benar.korang hampeh je lebih.ko tengok kt luar tue.ape kes dok merengek laki pompuan.aku pn xboleh beza mana lelaki dan mana perempuan.camne org nk dtg kt agama korg klu korg sendiri camni? sengal la"

abg G : wowz! aku terkesima.

aku : klu kau la yg kena ko nk jwb ape?

abg G : aku ckplah aku nk ke tandas kejap .. kih3

aku : ceh, maka si penggunting tu pn ckp."oi si kafir, nampak xkt luar sana tu? ada yg rambut kusut , ada yg rambut bersikat smart, ada yg macam terbelah tengah , tepi dan macam2 gaya lah.dan ko tau kenapa ada dlm kalangan tu rambut die selekeh? sbb die xdtg kt aku"si kafir lantas terdiam, konon2nye berfikir la kut.maka tamatlah cerita.

abg G : mmmm ...

aku : jd ape pengajaran yg ko dpt?

abg G : naikkan harga dan larang org kafir masuk kedai aku.

aku : adess! *sambil menepuk kepala*

~ tammat ~

itulah dasarnya, klu nk disyarahkan agama mana paling hebat dan indah.sudah pasti 'Islam' menjadi jawapannya.klu dibahaskn pegangan mana yg paling relevan dan sesuai sehingga akhir zaman.ya, 'Islam' lah jawapannya.malah kuffar sendiri tiada hujah utk menolak Islam.cuma menjadi persoalan mengapa Islam kini, tidak sebegitu.Islam tidak salah, penganutnya yang bermasalah.

kenapa rambut kita selekeh? krn kita tidak dtg ke kedai gunting rambut.
kenapa perangai dan maksiat semakin menggelabah? krn kita tidak kembali kpd tuhan.

'the prophet said, you cant turn to Allah or gain his love.with anything superior than reading the Quran, I leave 2 advisors one wich is speach anda the other is silence (Quran and rememberance of death"

p/s : aku sarankan korg jgn gunting rambut di kedai yg xde air cond, krn ia akan menambahkn lagi kebosanan ketika rambut anda digunting.

Selamat Pendek Umur!!

(Siapa yg tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak utk hidup.Rancanglah kematian utk alam kehidupan)

ramai antara kita malah aku sendiri meraikan sambutan kelahiran dgn gumbire, senang dan riang.maka ketika itulah hati semakin terdidik untuk merencana hari2 yg riang di dunia.minda manusia pula dgn mudah 'set' utk bergembira di ulang tahun kelahiran.mudah sungguh kita lupa; bukankah awal perciptaan manusia itu sendiri telah ditetapkn tarikh kematian?Ibrahnye, semakin hari semakin dekatlah langkah kita menuju ketetapan itu.ruang dan masa yg ada pastinya semakin sempit.hari ini, setapak lagi kita dekat dengan alam kematian.

mari sorak sama2 , "SELAMAT PENDEK UMUR!!!"
p/s : aku xsuruh korg sorak dlm gumbire tp bg aku kata2 yg keluar dr mulut itu lebih mudah diterima hati .. harap maklum.

pelik kn? sudah jd 'adat setiap kelahiran disambut dgn kegembiraan, suka dan hilai tawa.begitu juga dgn sambutan dan hadiah.dan orang akan berckp tentang hidup, tentang kejayaan, pencapaian.tp sekarang kita berteka teki tntg kematian.wah3~ berapa ramai antara kita yg sedar? Yakinlah siapa yg tidak bercakap tentang kematian akan mati.

sebut tentang kematian , aku teringat beberapa tahun yg lampau2.ketika era nasyid AlJawahir yg terkenal dgn lagu 'selimut putih'.

"bila izrail dtg memanggil
jasad terbujur dipembaringan
seluruh tubuh akan menggigil
sebujur badan kan kedinginan"

korang tau x lagu ni ketika era kemasyhurannya dulu pernah digam? kenapa? krn umat melayu masih belum bersedia utk mengingati mati.begitu juga dgn kes2 terdahulu yg dok sibuk kecoh kt surat khabar loklak, 'sajak kematian' diharamkn utk didendangkn di sekolah? kenapa? lemah mentaliti kita.kematian itu sensitif? ok, maka dgn sebab itu masyarakat lupa pd alam mati.harap ini peringatan buat korang dan aku sekaki.allahu akbar.

kembali kpd tajuk,faham xkorg sume tentang kuantit dan kualiti hidup? ada pulak yg ckp org umur panjang ni Allah bagi peluang utk bertaubat.org umur pendek, tuhan sayang.ok xpe2.itu isu lain.maka dimana lebih utama panjang atau pendek?panjang dan pendek umur itu pokoknya bukanlah bergantung kpd relatif kuantiti sebaliknya pada kualiti. faham?

aku bagi contoh, Imam Nawawi pendek umurnya tetapi 'panjang' ilmu dan abadi jasanya.Imam Ghazali, Imam Syafi'ie cukup awal tuhan ambil 'umur' mereka.tp lihatlah kesan perjuangan mereka melangkaui berabad2 lamanya.sehingga hari ini kita tahu fi zilalil quran oleh syed qutub.sehingga hari ini kita dgr Sallehuddin Al Ayubi.sumbangan dan pengorbanan mereka cukup indah.indah di sisi-Nya dan sekalian manusia.faham? Umar Abd Aziz pulak memerintah hanya 2 tahun lebih je tetapi lihat kesan qana'ah dan keadilannya merentasi kurun ke-20 ni.Lim Guan Eng pn nk jd cam dia.*harap2 jd la.

khulasahnya, petua utk memanjangkn umur sebenarnya adalah melalui ibadah, panjangkan amal dan sedekah, islahkan diri umat dan keluarga.maka itu adalah yg lebih utama.

rahsia 'panjang'kn umur?sedarlah tentang tujuan hidup.dan sedar tujuan mati.simplekn? ada yang beri alasan , "org pandai bolehlah merencana tujuan n berjaya sebolehnya dlm hidup.kita yg 'bodoh2' ni kekal sengal seadanya" maka sedarlah anda menipu diri sedangkn hakikatnya mustahil sekali engkau menipu engkau sendiri.kn gile tu.ingatlah, tuhan tidak mencipta manusia bodoh, tetapi yakinlah dia mencipta manusia dgn kebijaksanaan yg berbeza.

org krn manusia banyak merungut, ada lagi yg bertanya."ada xjalan pintas utk capai hidup yg 'panjang' ".maka jawabnya, matilah fi sabilillah.syahidlah di jalannya krn tlh dijanjikan dlm firmanNya, seorang yg mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup.

dh macam kelaut tajuk ni, xpe2 yg penting semoga korg berbahagia dgn besday masing2.dan ..
SELAMAT PANJANG UMUR!!!! eh? maksudnya selamat memanjangkn amal, selamat menambah ilmu, selamat mengerat silah, selamat meninggikan zuhud.maka selamatlah dunia utk akhiratmu~

p/s : para sahabat Rasulullah itu 'hidup' kerana mencintai 'mati' sedangkn generasi hari ini 'mati' kerana mencintai 'hidup'

P/S : ini adalah olahan semula sub topic 'selamat pendek umur' hasil tulisan ust pahrol mat juoi dalam buku nota hati seorang lelaki <----- belilah buku ini . sekian