korang suka xmain bola sepak? soalan lain, korang suka xtengok orang main bola? suke!!! kn3?? mane xnye pukul 3 pagi dok merengek depan tv.sanggup tu set jam utk 'qiam' bagus3!
tp kenapa korang suka tengok bola? ops, maksud aku bola di luar negara bukan di malaysia.ape yg best tentang bola sepak?lagi2 sepanjang World Cup.wah3! yg kaki bangku, kaki tidur, kaki 'surau', kaki pengampu, kaki silat , karate dan sebagainya, semua pakat melayan.oh, best sgt ke bola sepak ni? klu best, kenapa??
maka bangunlah seorang pakcik tua, "mestilah best!!! diorg punye skill .... perghhhh!!!oh tidak mampu atok mempraktikkannya"
pastu seorang remaja umur sekitar 18tahun pulak menyampuk, "ko tau diorang punye strategi, mantap beb!!! tak terjangkau dek akal nih."
wanita tidak ketinggalan, tiba2 seorang minah endon yg turut ada di lokasi berteriak, "playernye ganteng banget!!waduh3"
dan akhir sekali, bangun seorang kanak2, "sbb ayah, atuk n abang ckp best!"
ehe, ni aku pening.tetapi kn, setuju xkorang bila aku ckp bola sepak ni seronok dan best sekali ditonton krn adanya peraturan??
p/s : setuju je la, ni blog aku kn?
maka jawapan aku adalah benar dan tepat,tahniah kpd aku!
Kerana itu dalam mana2 perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan..lagi,untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yg di tetapkan…
Malahan jika korang nampak pemain2 buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menujukan santau kepada pengadil yg tak nampak kesalahan para pemain..Dan lagi, jika pengadil bagi hukuman yg tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!!!
Apatah lagi jika ada mana2 pemain yg telah di 'beli'..ohh,,lagi tak best!!!Walaupun begitu korang masih mengikut nafsu yg mana jika pasukan korang buat salah biarlah pengadil tak nampak atau pengadil bagi hukuman yg ringan sajer..tetapi mengikut nafsu korang juga sekiranya pihak lawan buat salah dan silap, korang jerit2 depan kaca TV bagitahu kat pengadil dan korang amat berharap agar pasukan lawan yg korang tak suka itu di hukum dengan hukuman yg berat!!!kad merah!!!!
sejujurnya, aku juga suka tengok dan main bola sepak.aku pemain handalan dan ramai yg cakap camtu tp aku buat xendah je utk mengelak riak.kih3.dan aku jelas sekali sgt suka dgn 'permainan' aku,ye lah.ada garisan 'out'.ada boundary garis keluar.kekasaran antara pemain dan penonton adalah dilarang.dan juga yg sama erti dgnnya.sbg seorang yg 'profesional' dalam arena ini ... uhuk3.aku sentiasa berasa terpanggil utk menjadi pemerhati dan penganalisis game.aku sering dpt panggilan utk mengadili perlawanan bola sepak kanak2, remaja, dewasa juga wanita *ok, kali ni memang aku betul2 mengarut* aku suka perhati budak2 kampung main bola,tapi permainan itu sungguh bosan dan bahaya kepada makcik2 yg lalu lalang kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halam surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yg berdekatan..apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang…selepas tu ada pulak yg sampai berdarah2 main krn tiada peraturan.yg pengsan pn ada.ok aku give-up.aku bosan tengok org bermain tanpa peraturan…permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yg main, oleh sebab aku bukan samseng atau alim ... aku lebih rela menonton permainan yg lebih selamat seperti bermain congkak, jongkat jongkit, batu seremban dan main bola di PS1..he he he, sungguh seronok kerana ada peraturan..!!!
Malam karang, andaikan korang bangun jam 3 pagi dan tengok bola..yg takde peraturan, takde pengadil…bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan..ada gaduh-gaduh..darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,,ada yg berkain pelikat cap gajah duduk....best tak?!!!Huh!! Aku pun akan tutup TV mana mana game yg takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!!!!
khulasah aku mudah,
Oleh yg demikian, hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan agama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan … syaratnya kenali agama dulu sebelum korang beramal.kan mudah begitu?
p/s : semalam aku sumbat 7 gol termasuk gol sendiri,korang klu free ajak la aku main bola dgn syarat 'free' la ye
2 comments:
uwais,mabrouk aleyk..pnympaian yg sempoi tp m'bawa mksod yg mndalam..~alf mabrouk~
syukran syeikh sudi menjengah ~ tp baru ana perasan ibrah yg ana kongsi dlm post ni terlalu pendek.harap2 sume dpt menghayati
Post a Comment