Wednesday, July 21, 2010

rambut yg 'selekeh' perlu di'gunting'

(akhlak itu menonjol krn dihiasi quran dan pegangan, jgn sibuk dgn solekan palsu maka serlahkan rupa 'cinta' padaNya)

pagi ini aku sibuk memusafirkan diri ke sebuah kedai gunting rambut yg sejujurnya jauh dr rumah aku.entah kenapa aku berminat utk melepak di situ, oh lupe ... sebab aku nk gunting rambut la.dan sebelah kedai gunting rambut ni ade la pulak Cyber Centre (CC) dan di sinilah saban hari anak2 muda kita bertenggek dr pagi sampai ke petang.*lain kali pasang la line streamyx .. laju beb!*sepanjang pengguntingan rambut aku dijalankan sering kali pndgn mata aku ni menyinggah ke tingkap kedai melihat awekz2 berpakaian compang n camping.wowz! juga mamat2 separuh sedar .. mmm.entahlah aku ni bukan baik sgt tp aku tahu mereka dan aku tahu apa yg baik dan apa yg buruk.sepanjang peng'observation'an aku , kelibat mereka sgt2lah menyayat hati.sob .. sob .. krn aku xnampak 'bukti' ke'melayu'an mereka semua.sosial kemain bebas slumber je.wah3.maka tersebutlah kisah di pertengahan proses gunting rambut tue, tergerak mulut aku utk borak ngan si penggunting yg usianya sekitar 30-an.maka perbualan tersebutpn bermula jeng3 :

aku : bang, bebudak kt luar ni memang tiap masa macam ni ke?

abg G : maksud kau?

aku : ye lah, tengah2 hari buta melepak2 keluar masuk CC ape kejadahnya.sesak moto dpn ni.maksud aku geng2 yg pakaian serba kekurangan tue.

abg G : ouh, memang pn.tp petang lagi ramai.macam ade kenduri la pulak.ape kena kau ni tetiba tanya?

aku : xde apa, saje memeriahkn suasana kedai kau yg boring ni.melayu islam ke semua tue?

abg G : mestilah, anak2 kita jugak.
aku : mmmm .. kadang2 kita sendiri xnampak islam itu indah.kerana ummat tidak mengindahkan akhlak dan aqidah.

abg G : maksud kau?

aku : *ceh, itu je soalan kau* tau x, pernah suatu ketika dulu kt sebuah kedai gunting rambut cam kau ni jugak lah, ade la seorang kafir ni dtg n potong la rambut.suasana pn sepesen je ngan kedai ko ni.bosan dan penuh maksiat .. kih3.maksud aku kt luar sana nampak la org2 islam sendiri buat gejala pelik2.maka si kafir td pn borak la dgn si penggunting dan si kafir lantas bertanye."orang Islam ni bukan betul sgt, kata Islam hebat, maju dan benar.korang hampeh je lebih.ko tengok kt luar tue.ape kes dok merengek laki pompuan.aku pn xboleh beza mana lelaki dan mana perempuan.camne org nk dtg kt agama korg klu korg sendiri camni? sengal la"

abg G : wowz! aku terkesima.

aku : klu kau la yg kena ko nk jwb ape?

abg G : aku ckplah aku nk ke tandas kejap .. kih3

aku : ceh, maka si penggunting tu pn ckp."oi si kafir, nampak xkt luar sana tu? ada yg rambut kusut , ada yg rambut bersikat smart, ada yg macam terbelah tengah , tepi dan macam2 gaya lah.dan ko tau kenapa ada dlm kalangan tu rambut die selekeh? sbb die xdtg kt aku"si kafir lantas terdiam, konon2nye berfikir la kut.maka tamatlah cerita.

abg G : mmmm ...

aku : jd ape pengajaran yg ko dpt?

abg G : naikkan harga dan larang org kafir masuk kedai aku.

aku : adess! *sambil menepuk kepala*

~ tammat ~

itulah dasarnya, klu nk disyarahkan agama mana paling hebat dan indah.sudah pasti 'Islam' menjadi jawapannya.klu dibahaskn pegangan mana yg paling relevan dan sesuai sehingga akhir zaman.ya, 'Islam' lah jawapannya.malah kuffar sendiri tiada hujah utk menolak Islam.cuma menjadi persoalan mengapa Islam kini, tidak sebegitu.Islam tidak salah, penganutnya yang bermasalah.

kenapa rambut kita selekeh? krn kita tidak dtg ke kedai gunting rambut.
kenapa perangai dan maksiat semakin menggelabah? krn kita tidak kembali kpd tuhan.

'the prophet said, you cant turn to Allah or gain his love.with anything superior than reading the Quran, I leave 2 advisors one wich is speach anda the other is silence (Quran and rememberance of death"

p/s : aku sarankan korg jgn gunting rambut di kedai yg xde air cond, krn ia akan menambahkn lagi kebosanan ketika rambut anda digunting.

No comments: