(kebanyakan dari kalangan manusia itu ialah mereka2 yang ingin mengubah dunia, malangnya teramatlah sedikit yang ingin mengubah diri sendiri)
"kamu nak jadi apa?"
"mm .. polis!"
"err , bomba .. BOMBA!"
begitulah lebih kurang kisah kekecik dulu.jawapan2 ringkas dan padat , sarkastic mungkin
di sekolah menangah lain pula , masing2 mahu terget yg tinggi2 . walaupun tempat terakhir dlm list periksa menjadi tempat mastautin by hook or by crook [eh'].
"mahu jadi apa?"
"penasihat syar'ie bank permodalan nasional berpangkat tiga calit al - hafiz"
mak aih '
sume dah pandai berangan , mahu gaji besar2 , kereta 4 bijik , bini berbaris selang 4 .. oh
"ah, kau ni dunia je kan?"
berikut respon beberapa otai kampung di hujung kampung dekat belah south afrika sana ,
[mungkin bukan pada 'ain. sebaliknya , pada mentaliti]
seorang member ade bertanye , boleh ke kite berhijrah kerana ingin mencari wanita?
bukankah itu dunia .. err , dunia itu apa ?
dunia itu apa? mm .. dunia itu bangunkn bangunan , bangunkan keluarga , bangunkan insan?
eh , dah tu . apa akhirat ? bezakah niat dunia dan akhirat?
entah , "dunia tu jambatan akhirat" :)
************************************
dalam kitab fiqh awlawiyat , Dr Yusuf Qardhawi ada membahagikan keutamaan hak sesama manusia ke atas hak Allah semata2 ,
"semua dosa orang yang mati syahid diampunkan kecuali hutangnya terhadap manusia"
tahu apa tanggungan manusia ? 'hutang' manusia sesama kita?
mencari , memilki dan memberi .
kebanyakan orang mampu mencari , memiliki . malang sekali tidak 'memberi'
ah , lebih bermasalah boleh memberi setelah mencari . ttp dia tidak 'memiliki'
ya, jika kita 'berezeki' . sedarilah kita ada tanggungan yg cukup luas
jgn pandang rezeki dlm dimensi dan nisbah yg besar.
badan yg sihat rezeki , akal sejahtera itu rezeki , senyuman [ya!] itu rezeki.
berikan rezeki dan syukuri .
[ kenapa tiba2 masuk kes keutamaan fiqh ni? ]
sebagai memenuhi dan melancar jalan cerita :) , kerana masih ada yg berfikiran kerja2 selain ibadat adalah kerja2 dunia . rumah besar , gaji besar , pangkat besar . dunia ?
taklifat manusia di dunia bukan satu , manusia terpasak oleh tiga asas . hamba , khalifah dan da'ie.
izan , tidak cukuplah kalau ibadah sepanjang tahun. puasa hari2 .
kalau kau tak pernah risau soal ummah.
"bukanlah dalam kalangan umat , mereka yg tidak memikirkan masalah umatku"
tidak cukuplah kau bertalaqi kitab sepuluh tahun , tapi kau mati tanpa seorang pn 'anak murid'
ya, ibadah memang 'kerja' akhirat , tapi jgn lihat dunia sipi2 .
kau punya tanggungjawab itu , ok? manusia itu bukan seorang , kan?
************************************
niat utk dunia dan niat utk akhirat
mm .. antara yang terawal dihisab di hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid.kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat [amalan di dunia dahulu]?
jawabnya : aku telah berjuang untukMu [wahai ALLAH] sehingga mati syahid
dibalas : kamu berbohong ! kamu berjuang utk digelar 'SANG BERANI'
maka dikatakan , telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
ditanyakan kepada orang ke dua : Apakah yang kamu telah perbuat [amalan di dunia dahulu]?
jawabnya : aku mempelajari ilmu , mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al Quran
dibalas : kamu berbohong ! kamu mempelajari ilmu agar kamu digelar 'ALIM', kamu membaca Al Quran agar digelar 'QARI'
maka dikatakan , telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan die ke dalam neraka.
ditanyakan kepada orang ketiga : Apakah yang telah kamu perbuat [amalan di dunia dahulu'?
jawabnya :tidak ada sesuatu pun yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu
dibalas : kamu berbohong ! kamu mendermakannya agar kamu digelar 'DERMAWAN'
maka dikatakan kepada malaikat , lalu ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka [riwayat muslim]
di manakah kita ?
mahu jadi Murabbi atau Selebriti ?
ah, semua bidang timbul persoalan sebegini . ikhlaskah aku ? [oh]
penulisan blog , ui banyak gile follower .. [hebatnye aku , mesti org suka]
penceramah . ramai dengar . hadir . khusyu' [sedapnya aku bertazkirah]
various da'wah , semakin berduyun yang dpt aku islahkn hati die.makin dekat masyarakat dgn Islam. [jadi menantu tok guru la aku ni nanti . yes!]
penasyid [konon] , hit grup kite tinggi ni . [esok luse duit masyuk . boley berjoli]
Allah , benarkah ini dia hati ? inikah al - wahn?
cinta dunia , takut mati
p/s : jalan cerita terabur dan kabur sedikit . maaf
5 comments:
Khubaib suka tulis panjang2...pening nak baca...huhuh~~
pening nk baca , tengok je la . hehe
kn ammar kn?
dah baca dah..nnti malam ni terang kat ana apa maksud dia..xpaham..nnti ana gi tandas anta..hahaha
:)
pening bace blog nta nie khubaib...
naseb baek nmpk gak point2 yg nta nak highlight kan tuh~
Post a Comment