Sunday, October 10, 2010

kau tahu, bukan?

(guess , whom really2 'tahu'?)

korang biasa baca kitab ujang x? best oh,
ada satu part dlm kitab ni,

ada benda yg korang suka .. tapi korang akan lebih suka bila .. dan korang akan tiba2 benci sebab..

org xlayan sgt benda ni, sbb xbest pn.
utk rujukan sila beli kitab2 di kedai berhampiran :)

........................................................................................................

soal hati siapa tahu kan? eh, itu semua tahu.

tapi siapa yang sebenar2 tahu apa yang hati tahu.

tahu ? kau dan aku tahu jwpannya

kan?

hanya DIA dan dia sahaja yang tahu beb !

kau tahu siapa DIA, tuhan kita Allah 'Azza Wajalla.
kau tahu siapa dia, kau lah.kau si فاعل .. jadi kau lah yg tahu.kau punye akal, kan?

mai baca,

nk tahu?

ada benda yg korang tahu dan suka .. tapi korang lupa .. dan korang cover line..

jeng3 ..

isu 1 :

korang tahu dan suka baca quran, belajar quran,mengajar quran

kerana korang tahu "yang terbaik dalam kalangan kamu ialah yang belajar alquran dan mengajarnya" , korang suka kerana nabi suka orang cam korang.kan?

korang selalu dendangkn quran, menang musabaqah sana sini, begitu begini.ramai yg suka.diadun lagi dgn gemersik suara .. ah, hebatnya.30juz tu dlm tangan.ya, kau org bertakwa


tapi korang lupa nabi pernah bersabda "berama ramai antara kita yang membaca alquran tetapi quran melaknatinya."

aku takut hadis ni. tapi aku dan korang tahu.sekurang2 nya hari ini.bhwsanya, ini sabda nabi.
quran adalah usul agama, kalam nabi jadi pengiringnya.itu kan agama namanya? banyakkah silap kita?

"sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar"

kau buat jahat x? hadith salah? nabi salah ?? kau lah yang salah.

allah .. (tekan backspace banyak kali .. aku banyak belajar kali ini)

dan korang cover line , ah orang lain buat salah ko xtegur pn.ko kenapa sibuk2 nak jaga kain belah org, kain sendiri pn berlubang,ah, aku buzy lah !!

uh, aku terdiam. kuat lagikah da'ie kita? kuatkah aku?

isu 2 :

korang tahu dan suka menasihati orang lain.korang tahu, "dan mestilah ada sebilangan dari kalian yg mengajak ke arah yg baik dan mencegah mungkar, dan kalian adalah orang yg berjaya"

ya, kite semua nk berjaya

manusia itu terdiri oleh tiga pasak , kan.

hamba, khalifah dan da'ie .. kau dh penuhi.kau berjaya.Allah pasti menyukai org seperti kau.

"siapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dgn tangan, jika x mampu cegahlah dgn lidah, jika x mampu cegahlah dgn hati, dan ia selemah2 iman"

sume kejar iman tertinggi, sume mahu terjun ke lembah 'praktikal' bukan sekadar 'teori' kata2 yang ilusi, mencari realiti.

semua mahu jadi terbaik, terbaik di pndgn tuhan.tuhan juga telah menjanjikan yang terbaik.

tapi korang lupa untuk membina peribadi, kau selalu bercerita tentang indahnya Islam.tapi korang lupa utk mengislamkan diri.

adakah kau suka mendengar, "bagus la ustaz tu, ceramah dia best.ilmu dia banyak"

dan pasti kau suka begini, "elok juga dijadikan menantu ustaz dr jordan tu"

puaskah ? disanjung dunia.ini belum disentuh soal ria' dan riba'.

allah .. (jujurnya, post ini memang utk diri)

dan korang cover line , oh biasalah utk serang populariti.ramai yg dengki.

ha,itu semua kerja org yg xdpt gaji.soal hati ini siapa yg tahu kan???

kalau benar pn, aku tahu lah

"kau tahu dia buat salah, kenapa xtegur?"
"eh, dia ustaz.banyak ilmu.dia tahulah"

ah, kenapa kau nilai org sebegitu ? benar, ilmu itu darjat yg mulia.tapi manusia ini dilahirkan lemah.saling bergantung, bersandaran.tahu, kan?

isu 3 :

korang tahu dan suka utk berblogging.kau banyak cerita soal agama.ya, kau hebat!

kau banyak mengarang kitab agama, motivasi.

kerana kau penuhi tuntutan utk 'memberi ilmu'

itu fardhu kifayah kan? hakikatnya ia wajib, selagi hadaf fardu kifayah belum terlaksana.ha! kau tahu !! dan kau sedang belajar dr post ini ~

aku tahu korang ikhlas berblog, ya lah.berapa banyak sgt hasil kan? banyak ilmu korang curah. banyak pahala korang.bagus !

tapi korang lupa blog ni adalah blog aku.jadi perlukah aku belajar lagi dr post ini.ya, terus belajar.

adakah aku terlalu menjadi popular? atau ilmu dlm blog ini yang popular.ah
sukarnya

karangan Dr Yusuf Al Qardhawi ada menyebut, mengenai keluhan seorang muallaf,

"Maha suci Allah yg memperkenalkan aku Islam , sebelum aku mengenal Muslim"

(sedar tidak sedar aku mula belajar , dari penulisan sendiri)

lihat, parahlah ummah.kalau semua sukar utk 'sedar' , maya kan 'pudar' ?

dan aku cover line

ahhh ! korang tahu hati aku ???

"kecelakaan besar bagi di sisi allah bagi siapa yg bercakap apa yang dia tidak lakukan"

aku tidak jahil, aku tahu.aku tidak mahu menjadi sesat.jangan cepat mengeluh, iman juga seperti roda.ada turun naiknya.ada kembang kempisnya.quran mengajar kita utk terus mujahadah dan istiqamah.bukan sibuk beradu kesempitan.

p/s : dh tahu , jadi korang tidak 'jahil'.melainkn korang nk jadi 'sesat'

1 comment:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih