Saturday, October 30, 2010

konspirasi ? oh .

( walaupun dunia ini besar , ada lagi yang Maha Besar )

" weyh , kau tengok ni ! "


aku lihat kt laptop beliau sarat dgn video2 .. konspirasi ? teori atau fakta .

" inilah yg control dunia sekarang kau tahu ! kite semua tertipu ngan agenda mereka2 ni "

jap2 , usha sikit .. oh begitu .

" 3 phase taw ! ko tengok la semua . elok juga kita sebar2 kn , selamat kn agama kita ! "

" mmm ... ok lah sahabat . "

***************************

rehat2 jap , tiap petang lps balik kuliah adalah masa utk tengok mail box . eh ?

: [ teori konspirasi , dunia di tangan siapa ? ]

: [ jatuh - kn pemerintahan syaitan , dajjal ! ]

: [ agenda yahudi dan dunia akhir zaman . kiamat]

" hoi , solat 'asar 2x ! azan dah "

" ok2 "

***************************

sekitar pukul 8.30 mlm , [ rumah member2 ]

" ko tahu x , sebenar nye dunia ni dh x betul ! "
" sejarah , osama laden , terrorist , 9/11 , semua tu tak wujud ! "

lagi sorang nyampukan ,

" betul2 , ko tengok . diorg sekarang dh serang kita dr segala sudut "
" belum cter bab produk lg , ubat gigi , coca cola , make up thingies .. ish. "

sorang lg ,

" hoi , biar benar ???!! . risau aku ! dh kecoh ke benda ni ? pehal aku xtau ? "
" jom2 , pakat ramai2 boikot yahudi . ni memang bahye "

aku ,

" err ..... oh "

***************************

tahukah kalian apa itu teori , fakta ?
jauh sekali berbeza tuan2 .

teori boleh jadi benar atau salah

fakta adalah tepat .

aku terasa sedikit best bile melihat manusia2 di sana menghebah gembur kn isu ni . teori konspirasi .. ntah ape tah. itu adalah baik [ ok ]

sahih atau tidak ? nama pun teori , kn

korang boleh lah rujuk mana2 otai .
umumnya , perkara2 ghaib . tidak lain tidak bukan , hanya bersumber 3 :

1 . quran
2 . sunnah
3 . sunnatullah [ kejadian bumi sesemula jadinya ]

" (orang orang yang bertakwa) ialah yang beriman dgn perkara ghaib "

apa itu perkara ghaib ? termasuklah .

Perkara-perkara berkaitan hari pembalasan – Mengenai hari kiamat, tanda-tandanya serta bagaimana kejadiannya.

jadi apa itu Dajjal ? Rasulullah s.a.w menyebut ia sbg tanda besar kiamat . maka , ya dajjal dan sekutunya adalah isu yg ghaib

kiamat ? dan apa2 yg menyumbang ke arahnya . ya , perkara ghaib

bagaimana mahu mentafsir yg ghaib ? ya , rujuk 3 sumber yg disebut di atas .

melainkn kalian mahu sependapat dgn kaum Mayan yg mengatakan kiamat 2012 .atau puak2 'pengkaji' , mungkin kiamat 300 tahun lagi . planet biru . dan sebagainya

apa pula yg sunnah beritahu :

" (Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini.Anas r.a berkata, “Dan Rasul s.a.w merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya."

tambahan + nabi pernah mengingatkn dlm hadis nya

" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal "

" Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya "

ada apa pada sepuluh ayat al - kahf ?

jauh berjalan luas pandgn ~

Pandangan Sayyid Qutb:

1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar)

Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

nah ! hambeq !!

buat pendokong tegar , taslihkan fikrah kita . dgn sebaik baik fikrah

ya, langsung tidak salah untuk bangunkan ummah . sedari fitnah2 dunia wake up call

tp biar kena cara dan gaya . targhib dan tarhib ada caranya , ya merujuk pada yg dua itu

oh ye , kisah2 se muqaddimah post ini belum lagi tamat . sambung


***************************

pas melencong nengok laptop member , dan sedut segala isinya
aku menyinggah di folder di hard disc yg lain . lappy yg sama .

oh , apa ini ?

video clip lady gaga dan sewaktu dgn - nya

usha pula di tab firefox yg sudah sedia terbukak

eh , sayang menyayang ? in a realation - ship with ? hot . fm ?

[ bukanlah bererti aku suke usha lappy org oke , jgn salah fhm . hehe ]


***************************

aku terus la ke masjid . pas layan baca sikit2 , mail2 sesat ke e-mail aku .

sambil2 tu terus merawang2 kt otak ni

[ freemason . freemason . dajal ]

sambil2 tengok keliling . ah
umat islam kah ? perjalanan ke masjid cukup penuh dgn manusia .

ya , iqamah baru sahaja bergempita .

ah , saff masih kurang .


***************************

selesai borakan di umah member , ye lah bujang
kadang2 elok juga borak bab ni . xde la keduniaan sgt

ok lah tu , sepanjang perjalanan tu . kami kelihatan mcm berfikir

tetiba lintas seorang gadis .

" uish , lawa kut makwe tu ! "
" ye ke ? "
" ha'ah . lol "
" ... "

***************************

berhenti menyalahkan pihak yg entah pape atas kejatuhan ummah .
berhenti ckp pembelian produk2 yahudi menjatuh ekonomi ummah .
budaya kite terencat kerana yahudi ! dajjal . freemason !

" all focus should be on our selves !! "

p/s : keberangkalian bahawa cerita selingan di atas adalah rekaan semata amatlah besar . tq

4 comments:

Stop the 2012 trigger!! said...

don't judge a book by its cover.... tahukah anda apa itu freemason, illuminati, antichrist, 9/11? Tahu hal semasa berkaitan illuminati dan dunia? Wang kertas? Sistem bank? Sejarah dunia? Dan paling besar anda kenal siapa Rothschild & Rockerfeller? Kalau tidak tahu jangan asyik menyalahkan orang yang hendak bawa isu ini... Setiap orang ada bidangnya masing2... Enta kalau dengan cara enta teruskan... tapi jgn nak blame orang lain... setiap orang ada manhaj mereka tersendiri... 2012? Ini bukan tarikh kiamat, cuba enta cari lagi... cari betul2... bukan 1 masdar sahaja..... Illaliqa' ma'a salamah...

uwais said...

terima kasih atas teguran itu ,

ana akui . masih banyak yg ana tidak tahu tentang isu2 sebegini.

ya, memang terjd isu salah menyalahkan di dalam post ini . harap fhm.

ana menyalahkan , mereka yg menyebut

" kami jadi begini dan begitu sbb yahudi "

" semua salah mereka "

ya , benar . dln sebahagian hal , boleh dituding jari pd mereka.tapi pd dimensi lain , mereka2 yg 'menyalahkan' sama juga dgn benci jahat tetapi tidak baik.

kita ambil isu mudah ,

rokok ? salah siapa ? yahudi ??

bukan ke manusia melayu itu sendiri yg ketagih.

tv ? hiburan ? salah yahudi ?

kan jadi salah kita yg terikut2 mereka.

tidak jadi masalah nk sebarkn . tp sebar biar bermatlamat.biar ada 'gaya' . sekadar sebar fakta itu tidak cukup . bagaimana dgn aplikasi ?

dgn ini terjadinye masyarakat yg tidak rasa bersalah tetapi mereka bermasalah.

harap fhm point ini .

melainkan ana sendiri yg salah faham komen enta .

terima kasih ^^

Stop the 2012 trigger!! said...

ok... sebagaimana yg enta komen... memang ada segelintir manusia melayu yg bajet menolak tetapi dalam masa sama mereka juga menerimanya... enta pernah dengar tentang sebuah kotak yg mempunyai suara dan gambar dalam setiap rumah.... ok... illuminati gunakan untuk pengaruh orang terutamanya kanak2... sebagai contoh yg mudah iklan Mcd.. memang enta dan ana tahu ia produk yahudi dan sebagainya... tetapi.. ada pertanyaan di sini... kenapa ada juga yg pergi? ini sebab mereka sudah menanamkan pengaruh pada otak kita melalui iklan... tidak hairan lah kenapa ada je org Islam yg masih menyokong produk mereka ni... 1 lg... sebab produk mereka ni sudah bertapak selama ratusan tahun contohnya nestle.... ilalliqa' ma'a salamah....

Unknown said...

:) , btw trimas syeikh . sudi berkongsi.kite diserang itu ini begitu dan begini.banyak cara kita boleh atasi masyaqqah ini. ianya bermula dgn diri sendiri

ahli falsafah ada mengatakan - " ramai yang ingin mengubah dunia , tapi tidak ramai yg mahu mengubah diri sendiri "

semoga istiqamah . mujahadah !

jazakallah khairan kathir ~