Saturday, December 17, 2011

Bulatan riang ria : of Mengapa Mereka ?


Melihat keadaan umat saat ini, hati membisik "ya Allah teruknya". 

Petah hati berbicara, jari jemari ini turut sama ingin menzahirkan kata-kata. 


Tetapi, 


apa yang menyedihkan. Perasan kah kita akan diri ini? 
Ya Allah, terlalu leka! hingga lupa diri ini juga sama seperti mereka. 
Tetapi masih lagi berbangga dengan amalan yang ada. Melihat insan lain seakan akan amalan kita ini melebihi mereka. Sedarlah diri, kita ini sama. Tidak akan mampu sempurna tanpa insan lain. Hati sebok membicarakan tentang kelemahan mereka. 


Wahai diri, 


mungkin hati itu benar. Maka kerna itulah engkau harus bersuara. Tetapi ingatlah, diri ini juga sama. Banyak kelemahan yang tidak pernah engkau lihat pada diri ini. Kerna itulah engkau memerlukan mereka. 

Wahai diri, 



telah Allah ciptakan manusia di dunia ini dalam keadaan yang ramai. Bukan untuk berlumba wahai hati yang buta! tetapi untuk bersama! Bersama di dalam satu bulatan gembira. Wahai manusia, diri ini lemah! Aku memerlukan engkau untuk melengkapi setiap sudut kelemahan ku ini. Tanpa mereka, aku tidak lain hanya berangan angan di dalam dunia.

Dengan apa telah aku sandarkan kehidupan ini? Dengan apa telah aku pandu hati2 ku ini? Akal? Sungguh,! kembalilah wahai hati kepada pencipta mu. Bukan hanya manusia yang aku perlukan, tetapi aku memerlukan sesuatu. Bagaimana harus ku cari.




Syurga bukan dicipta untuk engkau,
Syurga bukan dicipta untuk aku,
Tetapi untuk KITA.

I need you because you need me,
Without you and without me,
We are nothing, (karat). 

Be the change that you wish to see in the world.



[ Fique ]

1 comment:

tentera .ber.kuda.islam. said...

stakat ni ,. ana masih ceria !