Tuesday, December 6, 2011

sembang taqwa 2#


subuh sekali lagi . 

manusia K : euww , teruknyeww !!

manusia S : eh , apa yang teruk sangat tu ?

manusia K : malam tadi punyalah semangat main futsal kat yarmouk grand sampai 3 pagi , tup tup subuh semua tak turun . subuh gajah lagi . aduhai , padahal setengah jam je sebelum subuh diorang berhenti main . huh 

(subuh pada kemuncak musim panas di jordan lebih kurang lebih jam 3.45 pagi . sumber : pengalaman hoho)

manusia S : ooo .. tu macam kurang teruk lagi .

manusia K : eh ? 

manusia S : orang yang pung pang pung pang cerita akhirat sampai tengah malam , berbulatan riang ria sampai tiga jam , baca ma'thurat pagi petang , score feqh sirah full mark .. itu lagi teruk kalau tak turun subuh .

manusia K : *insaf* 

psst , anda pasti loya dengan post post subuh saya yang berulang ulang bukan ? tidak habis habis menghentam dan memukul curi . hue hue

bukan apa bro , sebagai anak Malaysia saya rasa subuh di masjid adalah indikator yang super membuktikan bahawasanya seseorang itu adalah mu'min sejati wahana kejayaan negara terbilang .

ok , kalau anda tidak percaya sila balik Malaysia sekarang !!!

1 comment:

tentera .ber.kuda.islam. said...

soal tentang iman sangat sensitive .

*kononnya ceritalah bab lain., ana pelik "da'ie mne yg x sensitive ble manusia tidak solat , puasa , perkara wajib bg muslim tapi bawa S.H itu .

walaupun berhikmah ,. tapi pastikan tidak membiar sahaja perkara berlanjutan .

solat subuh pastikan di-Masjid ., itu sahaja fitnah dapat di-tunduk-an .