Sunday, December 4, 2011

bulatan riang ria : of musta3jel



ada satu cerita, x kisah lah sama ada cerita benar atau rekaan, 
yang penting sama-sama ambil ibrah (pengajaran) daripadanya :)

al kisah terdapat sekumpulan pemuda yang gagah berani, menuntut ilmu di tempat sama dan berkongsi matlamat hidup yang sama, iaitu mengimpikan Islam akan gah di mata dunia...(wah!! bukan senang nk cari pemuda-pemuda begini sekarang ini..hehe). mereka ini lantang bersuara dan berani tentang secara terbuka sekiranya ada mana2 pihak yang cuba mencemarkan imej Islam. nak dijadikan cerita satu hari terdengarlah mereka akan ada satu konsert besar-besaran berdekatan dengan tempat mereka. dah namanya konsert maka sudah tentulah x dapat lari dari berlakunya maksiat atau ikhtilat (percampuran lelaki dan perempuan). maka naiklah darah muda mereka mendidih-didih dan bersemangat untuk menghalang konsert itu, kononnya membawa nama Islam.

seperti biasa mereka terlebih dahulu meminta kebenaran daripada tok guru mereka sebelum pergi, namun kali ini tok guru mereka hanya diam seribu bahasa.

pemuda 1: tok guru, di seberang sana (ceh..macam cerita klasik la plk...) ada konsert yang akan diadakan secara besar-besaran, sekiranya kita x menghalangnya maka akan lebih parahlah anak-anak muda kita hari ini. budaya hedonisme sudah terlalu diagung-agungkan...ini x bleh jadi!!

si tok guru masih diam tanpa berkata, hanya memerhati wajah-wajah anak muridnya



sambung pemuda 2 dengan bersemangat: tok guru, izinkan kami pergi ke sana, akan kami dakwah dan tegur mereka secara terang-terangan, malah kami sendiri yang akan menaiki pentas dan berdakwah di situ.

yang lain-lain turut mengiyakannya dan mendesak tok guru mereka.

"jangan begitu..", jawab tok guru. "kerana lebih banyak keburukan daripada kebaikannya, kamu semua akan ditangkap, umat Islam akan kehilangan pemuda-pemuda gagah berani seperti kamu semua, dan kurang sesuai tempat dan masanya untuk kamu berdakwah di situ".

namun siapakah yang dapat menghalang darah si anak muda ini, sekali bertutur pantang berundur! mereka menganggap tok guru mereka ini sudah tua, x faham apa situasi semasa, lalu mereka degil dan pertama kalinya mereka ingkar arahan tok guru mereka. mereka tetap pergi ke konsert itu juga.

di sana, mereka dengan lantang menegur orang ramai secara terang-terangan, ini haram itu haram, malah mereka naik ke atas pentas dan merampas mic daripada penyanyi. timbul kekacaun dalam kalangan penonton. lalu, agak-agaknyalah apa yang berlaku?? tepat seperti mana yang dikatakan si tok guru, mereka ditangkap, konsert tetap diteruskan, malah yang lebih parah orang ramai mula fobia dengan dakwah Islam!!!

so, apa sebenarnya yang cuba untuk ana sampaikan ni. mudah saja, sesuatu yang dilakukan terburu-buru tanpa mengambil kira situasi semasa dan kaedah yang sesuai hakikatnya lebih banyak bawa keburukan daripada kebaikan!!! benar, dalam salah satu kaedah fiqh ada menyebut:




مَن اَستَعجَلَ شَيئًا قَبلَ أَوَنِهِ عُوقِبَ يحيرً مَانِه 

"barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya"
(al-Ashbah wa an-Nazair, as-Sayuti, halaman 195)

maka, sebelum melakukan sesuatu perkara, fikir dahulu di setiap sudut agar x menimbulkan fitnah kepada orang lain mahupun diri kita...apatah lagi Islam yang kita cintai!!!

wallahua3lam, wassalam

[ Yuha ]



No comments: