Sunday, December 19, 2010

di situ letak quran - ku

hai kawan ,
sudikah kau dengar luahan . setelah kita jauh berjalan
mari kembali ke asas gerakan .

Quran .

"sebaik baik dari kalangan kamu ialah yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya"

Kick off .

aku sedikit ter'hempuk' . barangkali quran itu dilihat sebagai himpunan cereka rakyat . sedangkan arnab dan kekura pun ada ibrahnya , quran seindah begitu kite buat saje2 .

kafla hutaqi wa mangququ wahayyun [ istilah 'ammi ] !

ramai sebenarnya diantara kita yang suka mengamalkan zikir2 tertentu , ayat2 quran yg mustajab dan banyak lagi . aku juge begitu , doa mahu mudah masuk ilmu , doa mahu dipercanteq akhlak , diperindah wajah , doa mahu anak2 soleh , doa mohon dilindungi dari addajal , syaitan .. bla .. bla .. dan banyak sangat.

semua ini tidak salah . antaranya hadith nabi yg menyebutkan ,

" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal "

dan banyak lagi .

Offside !

antara yg menarik minat aku untuk dikongsikan ialah mereka2 yg memperjuangkan zikir2, hafalan doa mereka , amalan ma'thurat mereka . tetapi hakikatnya zero pada peribadi iman dan isian takwa .

benar , memang sebenar benarnya tiada masalah !

kau nak hafal zikir7 , selawat shifa' , ma'thurat kubra sughra . atau kau nak baca surah2 pilihan sebelum tidur . itu bagus , mantop !

yang menjadi problem adalah bile ia menjadi semata2 hafalan , jauh sekali nak memahami
keutamaan pemahaman ke atas semata mata hafalan .

kita ambil contoh mudah , yg juga pernah dikongsi dalam post sebelum ini . berkaitan , mengelak fitnah addajal . ini bersandar kembali kepada hadith nabi s.a.w yg menggalakkan 'amalan' 10 ayat terawal surah al kahf .

ya tuan2 , tidak cukup sekadar menghafal . amalan itu ta'rifannya indah gitu . pertamanya , sudah pasti perlu memiliki ilmu . ilmu pada hafalannya dan pada fahamannya . yang keduanya perlulah di'imani' sebagai qaul nabi yg karamah , berhikmah . juga nilai2 Islam sendiri yang memperuntukkan rahmah kepada sekalian ummah . kendian yang ketiga dan keakhirnya , iaitulah menerjunkan ilmu dan iman kepada gelanggang amal . beramal dari fahaman yg telah dihafal.skema ke bahasa ? ok , faham .

ops , jangan nakal2 . banyakkan merujuk ye kakak2 , adik2 sekalian . ini adalah hasil terjunan belog ke belog , artikel ke artikel , wall ke wall . yg telah saya amalkan sejak beberapa tempoh ini.kita jenguk apa pandangan atau fikrah sayed Qutub dalam menghuraikan 10 ayat terawal surah ini .

1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar

dan sudah pastinya aku menjadi amat teruja juga tertarik yg amat menarik dengan tafsiran beliau.sudah terang ? nampak ? sebagaimana yg serealitinya , ini sebenarnya yg sangat diperuntukkan buat kita , menghadapi hari fitnah besar itu tiba . Addajal namanya .sesimpulnya , bukanlah sekadar untuk menghadapi addajal malah yang lebih besar , mengembalikan dan menggemilangkan Muslim yg sebenar benar Islam.perlukan huraian ?

ye2 , aku tengah menaip la ni .

Pertamanya, tashih al-Aqidah [ Memperbetulkan aqidah dan kepercayaan ]

Hendaklah aqidah kita, seirama dan seiring alquran dan sunnah yang sahih. Akidah ini memainkan peranan yang penting dalam beribadah! Terpesong akidah, runtuhlah ibadah, rosaklah akhlak.

Murnikanlah aqidah, iaitu dengan memusatkan segala niat ibadah kita hanya kepada Allah. Bukan kerana takutkan Ustad atau Bakal Mertua . Bukan kerana mahukan pengiktirafan atau beg sekolah baru. Murnikanlah aqidah, iaitu dengan mengembalikan kembali tatacara ibadah yg indah. Hindarkan lah dari khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas.

Keduanya, Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar [ Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap]

kita ada pancaindera kan ? untuk kita saling memerhati dan berfikir akan keagungannya! Bukannya perasan sibuk menghafal dan baca ayat itu ini , tp tidak faham. Asyik mencari jalan pintas ke syurga, sehingga lupa kepada Allah.

Juga, perbetulkan metodologi berfikir kita (dah keluar dah bahasa mantap aku) . Tiadalah dijadikan semua benda di atas bumi ini sia-sia. Fikirkanlah hikmah di sebalik kejadian tersebut. Fikirkan, bagaimana boleh kita memanfaatkan sesuatu itu untuk membangunkan Islam!

Dan ketiganya, Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah [Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar]

hypothesis 1 : jika berjaya memurni akidah , maka segala nilai-nilai lain seperti akhlak dan ibadah . inshaAllah .

hypothesis 2 : semakin meningkat kemurnian akidah , semakin bertambah ketinggian akhlak dan ibadah . InsyaAllah .

Throw out .

brader : itu lah , lain kali kalau jahil . bertanya !
brader 2 : eh , aku tahu lah . cume simple mistakes je
brader : ha , itu lebih teruk . kau tidak jahil ! tapi sesat !

sebab itu . selalu aku memberi respon ringkas kepada mana2 persoalan tentang ayat pengasih , ayat menghindar syaitan , ayat mendapat beg baru dan segala bagai spesis soalan.

kalau you nak Allah lindung you dari gangguan syaitan
formula : kamu jaga Allah , Allah jaga kamu

kalau you nak Allah cantikkan wajah you
formula : cantikkan akhlak , cantikkan amal ibadah .

kalau you nak jodoh yang 'begitu' dan 'begini'
formula : kamu mesti menjadi seperti 'begitu' dan 'begini'

jadi , di mana letak quran - ku ?

jangan risau ummat muhammad . ayat2 quran itu sangatlah berguna ketika dirasuk diganggu gangguan halus . lihatlah mana2 movie cereka hantu dan seumpamanya . anda amatlah pembohong yang sangat besar jika tidak nampak keluasan penggunaan kalam Allah . ya , jampi quran sangat mustajab . saya tipu ? tidak , filem kite sendiri yang menonjolkan atau menyempadankan atau yg lebih tepat mengehadkan penggunaan kalam Allah juga sunnah Rasul s.a.w. ini baru di dalam bidang perfileman . pelakonnya rata2 semuaya .. alah , korang tahu kan ? yang ditonjolkan Islam itu seakan akan utamanya adalah ketika dirasuk , itupun jika cerita hantu dan yang seghaib dengannya . ah !

log off .

p/s : tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya ke final piala AFF Suzuki . semoga berjaya ! dan jangan lupe baca doa sebelum masuk padang . inikan Islam kita ! err , pakai 'short' kan ?

Friday, December 3, 2010

saya dan surat kepada saya

" bca dgn teliti : Allah aku cintakan engkau , aku perlukan engkau datanglah ke hatiku ..'' kirim pada 10 orang dan lihat keajaiban malam ini. tlg jngn delete. ia bnr 2 terjadi. ini SMS dari ibu ALI SAID-juru kunci sayyida Makkah yang bermimpi bertemu RASULLUAH SAW .. baginda berpesan : 'kuatkan aqidah dlm ibadah krna dunia inisudh goyah dan tua'.. Sebar kpd 10 muslim insya allah dalam waktu 10 hari akan dapat rezeki besar & jika tidak disebar tunggulah kesulitan yang tiada henti. "

seminggu ini banyak sangat inbox mail yang berbentuk sebegini , naik rimas aku . err , betul ke statement di atas ?

kawan2 . tiada jalan mudah ke syurga . tiada SKIM CEPAT KE SYURGA !

beberapa hari sebelum itu seorang sahabat 'forwardkan' satu e-mail kepada saya , eh bukan . kepada 20 orang termasuk saya . begini bunyinya :

" AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuhini adalah surat wasiat daripenjaga makamNabi Muhammad SAW iaituSheikh AhmadMaeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW.selepas membaca laluhamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorangpun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) isteri tidak mendengar katasuami.
(b) orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) orang tidak lagi berzakat dant idak membuatkebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu menyedarkan kepada orangIslam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit , sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. PESANAN HAMBA INI (a) berselawat - untuk junjunganNabi kitaMuhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.


UNTUK MAKLUMAN1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatat sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepadaorang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.2.seorang hamba Allah telahmenerima surat ini tetapi tidakmengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu,maka selangbeberapa hari kemudiananaknya meninggaldunia.3.Pada tahun 1977 Tun DatoMustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupamencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada oranglain, beberapahari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri .. [banyak beno] ...

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.dimana mereka mendapat malapetaka.setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti iaakan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan.sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.kata sheikh ahmad lagi. jika apa yanghamba katakan ini tidak benar,biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TLG SEBAR KAN KPD UMATISLAM.... SEBAR KAN 20WASIAT NI KPD UMAT ISLAM !
"

komen saya :

eh , betullah tu . hang tau dak esok hang akan dpt naik pangkat jadi .. mmm . mungkin jadi pelajar cemerlang ! atau ,mungkin dapat puluhan ribu ringgit. atau mungkin dapat beg sekolah baru !

malangnye siapa xbagi . tok2 imam mungkin kena turun pangkat tiba2 , mufti2 jatuh longkakng , Tok2 Guru kena pulau orang ramai .

kenapa ? oh , diorg xsebar benda ni . mesti 20 copy !

[ ...... ]

*******************************

baiklah , kita ringkaskan mesej tadi . lebih kurang beginilah ,

peringatan kepada ummat . kiamat sudah dekat , tingkatkan amal . bertaubat dll

surat berantai yang beserta ancaman ini bukanlah perkara baru , sudah lama dan berqurun 'sanad'nya dan kali ini baru hendak aku nukilkan sedikit . sebelum pergi jauh mari kita kenal dahulu siapa 'Sheikh Ahmad Maeine' . ya ! dia adalah .. err ,

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

(1) Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy
(1881-meninggal dunia 1932)
(2) Anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934)
(3)Adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy
(1934-bersara 1966)

adakah ada nama beliau ? oh , tiada . adakah beliau ada , mungkin tiada

"untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam surat tersebut , saya pernah menanyakan kepada orang di madinah dan hijaz.saya mencari informasi mengenai orang yang disebut syeikh ahmad itu beserta aktivitasnya . dari informasi yang didapati , ternyata tidak ada seorang pun di madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai syeikh ahmad ini " Dr Yusuf Al Qaradhawi fatwa2 kontemporari

berbicara tentang hukum tuhan , kiamat . tuntutan agama dan lain2 . semuanya sudah disebut dalam alquran , hadis rasul s.a.w . jelas , padu dan pekat !

salah kah ?

tidak salah sangat . tidak , salah sangat !

isu ini tidak jauh , sekadar berlegar atas landasan yang sama .

targhib dan tarhib

konsep ini dipanggil 'tarhib'. Contohnya seperti adanya ayat-ayat alQuran atau hadis mengenai balasan membuat sesuatu dosa, azab melanggar arahan Allah dan sebagainya. Ayat-ayat tarhib ini bertujuan memberi amaran dan menakut-nakutkan manusia agar patuh dan tidak melanggar arahan Allah, sesuai dengan konsep fitrah dan psikologi manusia. 'targhib' pula , galakan . sepertimana banyak ayat2 quran yang menyebut tentang fadhilat itu ini , balasan syurga yang amat penuh .. pergh! dan itu menggalakkan utk beramal . keduaduanya sama pada konsep.

konsep targhib wa tarhib (galakan dan ancaman) mestilah berdasarkan kepada Qurani atau Nabawi. Hanya targhib wa tarhib sebeginilah yang akan memupuk perasaan rabbaniyyah ummat untuk menyuntik perasaan khauf, khusyuk dan sebagainya.

juga perlu dirujuk . kesahihan . unsur2 isra'iliat dan banyak lagi.

jadi ?

kita lihat tarhib dan targhib apa yang [sebenarnya] salah . simple ,

katalah dibuat perundangan baru [konon2] , mana2 muslim yang sembahyang di masjid akan mendapat sepuluh ringgit seorang . dan ketika itu berpusu pusulah kita ke masjid . tetapi adakah ia targhib yang rabbaniyah ?

siapa boleh jamin , ratusan manusia yang datang ke masjid hatinya terpaku pada tuhan dan ibadahnya ?

atau kerana duit ? kerana sepuluh ringgit ?

maka tertolaklah , ia bukan rabbaniyah !

contoh lain , kadang2 sudah menjadi adat .

pada malam 1 ramadhan , parents telah siap siaga menjanjikan kepada anak masing2 . siapa puasa penuh bulan ini dapat basikal baru .

adakah puasa kerana taat , atau kerana basikal ? ya , mungkin kurang sesuai contoh ini . tetapi itulah dia , konsep targhib dan tarhib kadang2 menjadi kebiasaan yang kita biasa biasa kan.lari dari sunnatullah serta konsep targhib dan tarhib.

aku tak hingin berbuat hukum , keputusan sendiri mengenai isu berkenaan . fikir2

fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

aku jalan2 kemudian jumpa ini ,

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 (Malaysia) mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

sumber : ini

penutup , tiada skim cepat ke syurga

kau hendak ke syurga ? ya , kau perlu berusaha dan bersegera

nak mencapai kemanisan akhirat , perlulah bersedia menelan kepahitan dunia . janji allah itu teramatlah benar.untuk relaks di akhirat perlulah letih di dunia.

" berdosa besar kalau kita tidak singsing seluar sehingga atas buku lali ketika solat! "

" duduk bersila itu seperti fir'aun! dosa"

" kenapa dia pakai jeans ke masjid ? itu pakaian orang barat! "

" siapa yang tidak belajar dan hafal sifat 20 tidak sah solat! "

ohoi ! kau fikir apa ? boleh jadi kalau disingsing seluar tiap kali solat , kau masuk syurga ? orang yang tidak pernah bersila , dan selamanya duduk iftirasy dan tawarru' . kau masuk syurga ? pakai jubah , serban berkopiah ke hulu hilir . kau masuk syurga ? sifat 20 ingat2 lupe . ke neraka ?

ia datang dari hati . jadi ,

adakah orang soleh yang khusyu' solat tetapi tidak bersingsing seluar , tidak hafal sifat 20 , pakai seluar jeans itu tertolak solatnya ?

ish , sakitnya dunia .

p/s : skim cepat ke neraka memang banyak

p/s 2 : sila share artikel ini kepada 20 rakan anda yang lain dalam masa 15 minit selepas anda membacanya . jika tidak .. hehe

Thursday, November 18, 2010

jika kamu mengetahui

maaf kerana tidak selalu update belog .

penulis menyampaikan salam pada anda semua . itu pun jika ada yg membaca
semalam dia berpesan kepada saya . supaya menulis ini kepada anda
dan berharap anda dapat menghayati seadanya

" hai orang yang beriman, sukakah kamu jika aku tunjukkan suatu perniagaan yg dapat menyelamatlkan kamu dari azab yang amat pedih. [iaitu] kamu beriman kepada Allah dan Rasul nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.itulah yang lebih baik bagimu.JIKA KAMU MENGETAHUI " assaff 10-11

" Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu JIKA KAMU MENGETAHUI " aljumu'ah 9

" Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah olehmu Allah dan bertakwalah kepada-Nya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, JIKA KAMU MENGETAHUI " alankabut 16

" Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat , dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu. JIKA KAMU MENGETAHUI " attaubah 41

dan lain2 . kawan2 , banyak sangat yang kita tidak tahu lagi .

bagaimana untuk menjadi tahu ?
B . E . L . A . J . A . R !

" siapa mahukan dunia , milikilah ia dgn ilmu . siapa mahukan akhirat , milikilah ia dgn ilmu . mahu keduanya ? ya , milikilah ilmu ! "

belajar untuk tidak jahil

di dalam sebuah disko , telah dibuat beberapa siri tangkapan . antara yang tertangkap tidak lain tidak bukan , adalah anak kepada melayu kita . anak kepada Islam kita . dan tahu apa komen mereka ? zass ~ " apa ni ustaz ?? kami xbuat apa pun ! jangan lah sangka buruk dgn kami . tidak semestinya kami duduk di sini kami buat mungkar , minum arak , judi . berdosa tuan sangka buruk dgn kami ! apa orang panggil .. err . husnu dzon ! saya dulu sekola agama tahu la benda2 camni "

" eh , awak ni . janganlah sangka buruk dgn kami "

" err .. "

" jangan salahkan orang yg bersangka buruk , jika kamu yang menjemput sangka buruk "

dulu pernah timbul beberapa isu2 hot . sister in Islam antaranya pernah mempersoalkan beberapa hal feqah . pembahagian harta pusaka , harta wasiat dan sebagainya. mereka menuntut keadilan antara lelaki dan perempuan .

" kamu pernah tengok pertandingan lumba lari 100 m ? "

" pernah je "

" kamu tahu tak peraturan yang paling paling regular dalam mana2 pertandingan ? "

" bagaimana tu ? "

" pertandingan lelaki dan pertandingan perempuan diasingkan "

" dah tu ? apa kaitan pulak ? "

" kenapa kamu tak pertikai ? nak kebersamaan ! keadilan ? "

" err , x adillah lelaki perempuan disekalikan lumba lari . ye ke ? "

dan banyaklah lagi persoalan2 yang tidak sepatutnya timbul pun . JIKA KAMU MENGETAHUI !

p/s : ohoi ! bola itu bulat hoi

Wednesday, November 3, 2010

uwais al-qarni

(datanglah kepadanya , mintalah dia mendoakan kalian.kerana dia adalah 'ahli langit')

buat mereka2 yang belum mengenali abu uwais , selamat berkenalan.first time aku dgr cerita ni ialah daripd jaddu uwais.siapakah abu uwais? ya, abu uwais adalah aku. maka siapakah jaddu uwais? ya, itu adalah bapaku.syukran abbi ^^ .sekitar tingkatan 2 baru aku tahu .telah adanya seorang pemuda sehebat sebegini.jika bapaku jaddu uwais , dan aku abu uwais . siapakah uwais? uwais ialah anak sulungku [ insyaAllah ] .. ops , hehe . teruskan membaca.zass ~

[ maaf , bahasa adalah standart dan skema supaya feel itu lebih dan menarik ]

Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnyam, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sebok mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

p/s : wowz !

Saturday, October 30, 2010

konspirasi ? oh .

( walaupun dunia ini besar , ada lagi yang Maha Besar )

" weyh , kau tengok ni ! "


aku lihat kt laptop beliau sarat dgn video2 .. konspirasi ? teori atau fakta .

" inilah yg control dunia sekarang kau tahu ! kite semua tertipu ngan agenda mereka2 ni "

jap2 , usha sikit .. oh begitu .

" 3 phase taw ! ko tengok la semua . elok juga kita sebar2 kn , selamat kn agama kita ! "

" mmm ... ok lah sahabat . "

***************************

rehat2 jap , tiap petang lps balik kuliah adalah masa utk tengok mail box . eh ?

: [ teori konspirasi , dunia di tangan siapa ? ]

: [ jatuh - kn pemerintahan syaitan , dajjal ! ]

: [ agenda yahudi dan dunia akhir zaman . kiamat]

" hoi , solat 'asar 2x ! azan dah "

" ok2 "

***************************

sekitar pukul 8.30 mlm , [ rumah member2 ]

" ko tahu x , sebenar nye dunia ni dh x betul ! "
" sejarah , osama laden , terrorist , 9/11 , semua tu tak wujud ! "

lagi sorang nyampukan ,

" betul2 , ko tengok . diorg sekarang dh serang kita dr segala sudut "
" belum cter bab produk lg , ubat gigi , coca cola , make up thingies .. ish. "

sorang lg ,

" hoi , biar benar ???!! . risau aku ! dh kecoh ke benda ni ? pehal aku xtau ? "
" jom2 , pakat ramai2 boikot yahudi . ni memang bahye "

aku ,

" err ..... oh "

***************************

tahukah kalian apa itu teori , fakta ?
jauh sekali berbeza tuan2 .

teori boleh jadi benar atau salah

fakta adalah tepat .

aku terasa sedikit best bile melihat manusia2 di sana menghebah gembur kn isu ni . teori konspirasi .. ntah ape tah. itu adalah baik [ ok ]

sahih atau tidak ? nama pun teori , kn

korang boleh lah rujuk mana2 otai .
umumnya , perkara2 ghaib . tidak lain tidak bukan , hanya bersumber 3 :

1 . quran
2 . sunnah
3 . sunnatullah [ kejadian bumi sesemula jadinya ]

" (orang orang yang bertakwa) ialah yang beriman dgn perkara ghaib "

apa itu perkara ghaib ? termasuklah .

Perkara-perkara berkaitan hari pembalasan – Mengenai hari kiamat, tanda-tandanya serta bagaimana kejadiannya.

jadi apa itu Dajjal ? Rasulullah s.a.w menyebut ia sbg tanda besar kiamat . maka , ya dajjal dan sekutunya adalah isu yg ghaib

kiamat ? dan apa2 yg menyumbang ke arahnya . ya , perkara ghaib

bagaimana mahu mentafsir yg ghaib ? ya , rujuk 3 sumber yg disebut di atas .

melainkn kalian mahu sependapat dgn kaum Mayan yg mengatakan kiamat 2012 .atau puak2 'pengkaji' , mungkin kiamat 300 tahun lagi . planet biru . dan sebagainya

apa pula yg sunnah beritahu :

" (Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini.Anas r.a berkata, “Dan Rasul s.a.w merapatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya."

tambahan + nabi pernah mengingatkn dlm hadis nya

" Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal "

" Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya "

ada apa pada sepuluh ayat al - kahf ?

jauh berjalan luas pandgn ~

Pandangan Sayyid Qutb:

1. Tashih al-Aqidah (Memperbetulkan Aqidah/Kepercayaan)

2. Tashih Manhaj al-Fikr wa al-Nazar (Memperbetulkan Metodologi Berfikir dan Memerhati/Mencerap)

3. Tashih al-Qiyam bi Mizan al-Aqidah (Memperbetulkan Nilai-nilai berlandaskan Neraca Aqidah yang benar)

Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

nah ! hambeq !!

buat pendokong tegar , taslihkan fikrah kita . dgn sebaik baik fikrah

ya, langsung tidak salah untuk bangunkan ummah . sedari fitnah2 dunia wake up call

tp biar kena cara dan gaya . targhib dan tarhib ada caranya , ya merujuk pada yg dua itu

oh ye , kisah2 se muqaddimah post ini belum lagi tamat . sambung


***************************

pas melencong nengok laptop member , dan sedut segala isinya
aku menyinggah di folder di hard disc yg lain . lappy yg sama .

oh , apa ini ?

video clip lady gaga dan sewaktu dgn - nya

usha pula di tab firefox yg sudah sedia terbukak

eh , sayang menyayang ? in a realation - ship with ? hot . fm ?

[ bukanlah bererti aku suke usha lappy org oke , jgn salah fhm . hehe ]


***************************

aku terus la ke masjid . pas layan baca sikit2 , mail2 sesat ke e-mail aku .

sambil2 tu terus merawang2 kt otak ni

[ freemason . freemason . dajal ]

sambil2 tengok keliling . ah
umat islam kah ? perjalanan ke masjid cukup penuh dgn manusia .

ya , iqamah baru sahaja bergempita .

ah , saff masih kurang .


***************************

selesai borakan di umah member , ye lah bujang
kadang2 elok juga borak bab ni . xde la keduniaan sgt

ok lah tu , sepanjang perjalanan tu . kami kelihatan mcm berfikir

tetiba lintas seorang gadis .

" uish , lawa kut makwe tu ! "
" ye ke ? "
" ha'ah . lol "
" ... "

***************************

berhenti menyalahkan pihak yg entah pape atas kejatuhan ummah .
berhenti ckp pembelian produk2 yahudi menjatuh ekonomi ummah .
budaya kite terencat kerana yahudi ! dajjal . freemason !

" all focus should be on our selves !! "

p/s : keberangkalian bahawa cerita selingan di atas adalah rekaan semata amatlah besar . tq

Wednesday, October 27, 2010

janji , ini betul2 pendek

(lihatlah dunia , kau mahu dunia kn? jambatan akhirat :)

" panjang gile , malas la bro . pendek sikit . padat , berisi "

" mm .. ramai shj yg berakal pendek di luar sana "

" orang mane ade masa nk usha lama2 nk on9 . lagi2 bace belog "

" ntah , aku rasa purata 'fb'ing pn dh 2 jam satu sesi "

" bosan ah .. "

" ... "

maaf . kepada teman , kerana saya tidak pernah reti2 utk menaip ringkas . padat
ya, aku pn tahu. kebanyakan master blogger pn , tidak menaip terlalu panjang.

mungkin hanya 10 ke 20 baris . sudah cukup.

[ aku xreti , ok? ]

kali ini , aku tidak mahu pergi jauh . sekitar hari2 biasa


***************************************

aku : weyh , kau ke ?? ape khabar ?

kau : eh , khu *** . kan? haha . mari la minum sekali !

[ kedai kopi , FAMA. dihadapan SMKA ** ]

aku : kerja mana sekarang ? anak berapa ramai ?

kau : kerja kerajaan , di PJ. belum ada anak lg . kahwin pn tidak

aku : eh , bukan ke dulu kau ckp dh bertunang . 5 tahun yang lepas kut . kan?

kau : tak cukup duit . gaji tak naik2. kerja dh nk 10 tahun , bonus xpernah2 nk sampai kt tgn.
kau pn faham kn? tunggu pilihanraya akan dtg. macam2 dh sekarang ni .. politik kan?
biasalah .. parti belah ni buat itu , sini bangkang . buat begini situ kritik .. bla .. bla .. bla ..
Menara Warisan .. Cah Keting .. bla .. bla .. PERMATA .. bla .. Bajet 2011 ... bla ..

[ eh, silap3 ! bukan tu yg aku borak. jap2 .. ha ! ]

aku : kerja mana sekarang ? anak berapa ramai ?

kau : kerja kerajaan , di PJ. belum ada anak lg . kahwin pn tidak

aku : eh , bukan ke dulu kau ckp dh bertunang . 5 tahun yang lepas kut . kan?

kau : rileks la , ramai je artis kahwin lambat . market naik la. kau tengok si **** umur dah 40
lebih, ko tengok die kawin ngan sape . pergh ! yang lagi sorang ni lagi la , ko kenal ***** die
tu kena cerai mau 4 kali lebih , slumber je. laku. dengar citer nk kuar album baru dah. lagu
die yang latest ni meletup taw ! dah la cun , ish3. kau tahu kan ... bla .. bla .. bla ... digam ..
kontroversi ... bla ... bla ... pelakon sensasi ... mangga ... ABPBH ... Muzik Muzik ...

[ eh, bukan3 ! bile pulak masuk tajuk tu.rasanya begini .. ]

aku : kerja mana sekarang ? anak berapa ramai ?

kau : kerja kerajaan , di PJ. belum ada anak lg . kahwin pn tidak

aku : eh , bukan ke dulu kau ckp dh bertunang . 5 tahun yang lepas kut . kan?

kau : bile pulak aku bertunang , aku cadang nk bertunang minggu depan. hari sabtu 17
haribulan.sbb malam tu Manchester lwn Chelsea , biar ade tema sikit . malam tu tengok
flat screen ramai2.baru masyuk ! baru2 ni Arsenal menang besar pulak , si Chamakh tu
memang terbaek lah ! Liverpool x habes2 masalah kelab , dah sumbat Jovanovic ngan Joe Cole pn main ayam-ayam lagi.lantak pi lah ... bla ... bla ... bla ... Rooney masih di MU ...
Volley tu ! ... own goal la pulak , pastu ... bla ... bla ...

[ eh, salah3 ! err .. ni kut ]

aku : kerja mana sekarang ? anak berapa ramai ?

kau : kerja kerajaan , di PJ. belum ada anak lg . kahwin pn tidak

aku : eh , bukan ke dulu kau ckp dh bertunang . 5 tahun yang lepas kut . kan?

kau : ha ! kau jangan macam2 . benda2 tahyul watpe ko percaye. ha ? mane ade.serupe je mcm kt sekolah dulu.'halusinasi di malam orientasi' , haha.tapi aku macam xboleh lupe la kes kain terbang tu , betul ke? ... bla ... bla ... histeria ... rasuk ... bla bla ... sampuk .... pokok puaka ...
rambut menggerbang .. huish ..

[ ah, ape sume ni? ]

***************************************

*arahan : listkan senarai panjang borak2 korang tiap hari

maka berkemungkinan kamu semua akan dapati keminoritian isu2 akhirat , isu2 ummat.
politik kotor , selebriti , kutuk2 , ngumpat sikit2 , bola

di zaman Khalifah Harun Arrasyid [if I'm not mistaken]

di mana beliau mendatangi seorang kanak2 yg menangis
dan di hadapannya , ada unggun api.

khalifah bertanya ."mengapa kamu menangis?"
lantas dijawab , "aku takut akan neraka"
khalifah menambah . "jgn risau, kanak2 tidak akan masuk neraka"
terus disampuk , "tapi aku lihat untuk menghidupkan api, kayu yang kecil terlebih dahulu diletak . dibakar"

mahu begitu ? oh

seketika bilal ingin melaungkn azan subuh . terserempak dgn nabi yg sedang menangis.
mengapa ? "malam semalam telah turun kalam allah" tentang .. [ lupa ]

"celakalah sesiapa yang melihat langit dan bumi , tetapi tidak pernah berfikir mengenai kekuasaan , keesaan Allah"

p/s : world , world juga . akhirat jgn lupa .

Saturday, October 23, 2010

eh , dunia ye ?

(kebanyakan dari kalangan manusia itu ialah mereka2 yang ingin mengubah dunia, malangnya teramatlah sedikit yang ingin mengubah diri sendiri)

"kamu nak jadi apa?"

"mm .. polis!"
"err , bomba .. BOMBA!"

begitulah lebih kurang kisah kekecik dulu.jawapan2 ringkas dan padat , sarkastic mungkin

di sekolah menangah lain pula , masing2 mahu terget yg tinggi2 . walaupun tempat terakhir dlm list periksa menjadi tempat mastautin by hook or by crook [eh'].

"mahu jadi apa?"

"penasihat syar'ie bank permodalan nasional berpangkat tiga calit al - hafiz"

mak aih '

sume dah pandai berangan , mahu gaji besar2 , kereta 4 bijik , bini berbaris selang 4 .. oh

"ah, kau ni dunia je kan?"

berikut respon beberapa otai kampung di hujung kampung dekat belah south afrika sana ,
[mungkin bukan pada 'ain. sebaliknya , pada mentaliti]

seorang member ade bertanye , boleh ke kite berhijrah kerana ingin mencari wanita?
bukankah itu dunia .. err , dunia itu apa ?

dunia itu apa? mm .. dunia itu bangunkn bangunan , bangunkan keluarga , bangunkan insan?
eh , dah tu . apa akhirat ? bezakah niat dunia dan akhirat?

entah , "dunia tu jambatan akhirat" :)

************************************

dalam kitab fiqh awlawiyat , Dr Yusuf Qardhawi ada membahagikan keutamaan hak sesama manusia ke atas hak Allah semata2 ,

"semua dosa orang yang mati syahid diampunkan kecuali hutangnya terhadap manusia"

tahu apa tanggungan manusia ? 'hutang' manusia sesama kita?
mencari , memilki dan memberi .
kebanyakan orang mampu mencari , memiliki . malang sekali tidak 'memberi'
ah , lebih bermasalah boleh memberi setelah mencari . ttp dia tidak 'memiliki'

ya, jika kita 'berezeki' . sedarilah kita ada tanggungan yg cukup luas
jgn pandang rezeki dlm dimensi dan nisbah yg besar.

badan yg sihat rezeki , akal sejahtera itu rezeki , senyuman [ya!] itu rezeki.
berikan rezeki dan syukuri .

[ kenapa tiba2 masuk kes keutamaan fiqh ni? ]

sebagai memenuhi dan melancar jalan cerita :) , kerana masih ada yg berfikiran kerja2 selain ibadat adalah kerja2 dunia . rumah besar , gaji besar , pangkat besar . dunia ?

taklifat manusia di dunia bukan satu , manusia terpasak oleh tiga asas . hamba , khalifah dan da'ie.

izan , tidak cukuplah kalau ibadah sepanjang tahun. puasa hari2 .
kalau kau tak pernah risau soal ummah.

"bukanlah dalam kalangan umat , mereka yg tidak memikirkan masalah umatku"

tidak cukuplah kau bertalaqi kitab sepuluh tahun , tapi kau mati tanpa seorang pn 'anak murid'

ya, ibadah memang 'kerja' akhirat , tapi jgn lihat dunia sipi2 .

kau punya tanggungjawab itu , ok? manusia itu bukan seorang , kan?

************************************

niat utk dunia dan niat utk akhirat

mm .. antara yang terawal dihisab di hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid.kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat [amalan di dunia dahulu]?

jawabnya : aku telah berjuang untukMu [wahai ALLAH] sehingga mati syahid

dibalas : kamu berbohong ! kamu berjuang utk digelar 'SANG BERANI'

maka dikatakan , telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

ditanyakan kepada orang ke dua : Apakah yang kamu telah perbuat [amalan di dunia dahulu]?

jawabnya : aku mempelajari ilmu , mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al Quran

dibalas : kamu berbohong ! kamu mempelajari ilmu agar kamu digelar 'ALIM', kamu membaca Al Quran agar digelar 'QARI'

maka dikatakan , telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan die ke dalam neraka.

ditanyakan kepada orang ketiga : Apakah yang telah kamu perbuat [amalan di dunia dahulu'?

jawabnya :tidak ada sesuatu pun yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu

dibalas : kamu berbohong ! kamu mendermakannya agar kamu digelar 'DERMAWAN'

maka dikatakan kepada malaikat , lalu ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka [riwayat muslim]

di manakah kita ?
mahu jadi Murabbi atau Selebriti ?

ah, semua bidang timbul persoalan sebegini . ikhlaskah aku ? [oh]

penulisan blog , ui banyak gile follower .. [hebatnye aku , mesti org suka]
penceramah . ramai dengar . hadir . khusyu' [sedapnya aku bertazkirah]
various da'wah , semakin berduyun yang dpt aku islahkn hati die.makin dekat masyarakat dgn Islam. [jadi menantu tok guru la aku ni nanti . yes!]
penasyid [konon] , hit grup kite tinggi ni . [esok luse duit masyuk . boley berjoli]

Allah , benarkah ini dia hati ? inikah al - wahn?

cinta dunia , takut mati

p/s : jalan cerita terabur dan kabur sedikit . maaf

Tuesday, October 19, 2010

Masalah Wanita [markaz lughah]

(qana'ahlah dalam hal2 dunia, sebaliknya paksa diri utk soal akhirat)

ah, wanita .

siapa tak kenal , kan ?
ah . akhawat , kau memang tak gune ... uhuk3

kau memang tak gunekan kecantikan kau utk memenuhi syarat dunia akhir usia.

" .. apabila fitnah berleluasa"

oh akhawat , kau juga memang tak boleh harap ... erk

kau juga memang tak boleh harapkan org lain. utk berubah

"ah, ramai je bertudung. tapi perangai .. oh, tuhan sahaja yg tahu"
"aku tak mahu hipokrit, [munafik?] aku bukan begitu"

"xnak pakai tudung? , tak takut dosa?"

"esok lusa kalau hati terbuka . insyaAllah"
"biarlah aku benar2 ikhlas tutup aurat.bukan semata2 hukum macam yg lain tu"

kak, itu hukum tuhan.

sama ada ikhlas atau tidak, mahu tidak, disuruh atau dikerah, hipokrit ; [munafik?] . ia tetap dikira WAJIB utk dilaksana dan dipatuhi

samalah kiranya,

seorang pemandu dr Malaysia, nk memandu di Jordan
WAJIB ! mesti tahu bagaimana etika pemanduan di sini. kena buat itu ini
jika tidak, cukup 2 jumaat. kereta dh tiada.

jika tidak cekap, akan segera diuji 'hon2' teguran yg lain.
silap hari , kereta sangkut . perlu menjadi mereka jika ingin memandu dlm kalangan mereka.
lagi 1 , sini left-side steering [betul ke istilah ni . ah pe kesah]

kesimpulannya, xperlu nk tunggu 'ikhlas' dtg baru nk belajar memandu. tunggu di suruh baru nk g sekolah mandu Jordan.benda ini mesti !

sama seperti solat, zakat, haji, puasa dan segala-lah . tidak perlu tunggu ikhlas .

ikhlas itu = mesti ,ok?

*bagaimana dgn yang tutup aurat , tapi perangai .. na'uzubillah. camne?

benarkah dia tutup aurat ? <---- biarlah ini menjawab , ok

*tapi aku solat je, ibadah aku jaga . pakai tudung tu biarlah soal ke - dua. aih? kau tahukan , "solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar"
kau x tutup aurat , mengapa ? xsolat ? eh, solat . ikhlas :)

jgn tunggu ikhlas dtg , didik diri utk berubah . oke ?
soal hipokrit ? ah, mereka hipokrit sesama manusia . lantak pi la

[kalau mampu, ubah mereka]

kau? tak pakai tudung .. hipokrit? dgn tuhan ?
ah, jawab sendiri .. aku bukannye tahu

kerana aku banyak melihat , mendengar
tidak lagi merasa dan memiliki ; 'tudung'

sekian , ikhlas

[nak tunggu sampai bile ? ada list waktu2 kecederaan ke? bila2 sahaja batu boleh jadi dua]

p/s : dah dapat cerita utk muhadasah markaz lughah esok ! hu ~

Monday, October 18, 2010

I is for Israel , ok then ?

(benci itu dr hati , yg dibenci juga adalah hal2 kotor yg lahir dr hati. jaga hati, kerana andai terkunci hati akan mati)

aku juga benci Israel , kau pn ?

ya, bencilah .. baik dr produk , perundgn , pemikiran. jauhi selagi kau mampu
[jika terbukti ia adalah israel, dan ia diguna utk kejahatan itu]

facebook

aku rasa tak perlu ulas jauh, isu ini telah banyak diperincikan ilmuan kita.rujuklah mana2 pandgn, ust zaharuddin, ust hasrizal dan lain2 dlm skop yg 'terfokus'.

majoriti berpandgn harus bersyarat

ah, erti mudahnya :

[kebanyakan hal dunia itu bersifat harus]

pisau itu apa ? apa gunenye ?
memotong, memasak, mengerat, memarut [ea?] dan lain2. kait ruasnya sekitar memasak

tapi jgn pura2 tidak menahu, pisau juga
membunuh, menusuk, mencuba bunuh, menyiksa [aduh!]

pisau pn ada baik buruknya.
bergantung bagaimana kita guna. kn?

kalau pembunuh mendapat pisau, masakan ayam yg dikelar

*******************************

putar isu, kau tinggalkn facebook ? kenapa ?

"kau tak tau ke ? israel punye rancgn sume ni !! freemas*nic , setiap satu maklumat kita die tahu ! die manipulate !! kau xfikir ke semua ni??"

" .... " [angguk]
"sudi tidak kau 'mendengar' sebelum 'didengari' ?"

"ha ! ko dgr dulu ape aku ckp"

"ko kata fb medium dakwah k? ingat ,
every click ko kt page dye generate duit utk tmbk sedara seislam kt gaza, ko igt pe?"

jadi kau nk aku tinggalkn fb sbb ape ? israel ?

*******************************

bagaimana dgn ikhtilat ? bagaimana dgn menayang gambar2 separa tak-boleh-lihat?

adakah 'israel' menjadi asbab perlu tinggalkn fb ?

tahu apa? xperlu jadikan alasan israel utk tinggalkn fb.
kenapa tidak sentuh soal pergaulan bebas, gambar2 tidak se-no-noh, kata2 [scensored] .. ??

sudah cukup menggambarkn mengapa perlu berhati2 ber'fb'

tahu ini penyakit apa ?

menjauh atas fitrah semata manusia

pernah suatu masa, beyonce [seyesly tak tahu siapa] nk dibawa ke malaysia.
tapi ramai bantah, sbb .. tiket mahal ? membazir ? kenapa xbelanja duit utk sumbangan etc ?

ah, sbb itu ? bagaimana dgn 'beyonce' ?

cukuplah dgn 'apa' yg akan berlaku ketika konsert itu nanti.
percampuran laki-pom , pakaian penyanyi sendiri , teriak sana sini , ganggu solat

cukuplah , xperlu alasan lain.

jika konsert itu percuma, adakah boleh ?
jika jualan tiket disumbang kepada badan kebajikan , [zakat??] adakah boleh ?
jika dianjurkan luar waktu solat, boleh lah ?

kata mata manusia itu lemah, lihat dgn pandangan quran dan sunnah shj.
itu lebih mudah , tepat

sebab itu sekarang ini, ada budaya budaya benci jahat tapi tidak baik

berdemonstrasi anti-israel bagai nk rak , tapi rambut tercacak, seluar koyak rabak, perangai haprak

benci yahudi caci maki perli , tapi quran diletak tepi , masjid pun sepi , berdating sampai tengah pagi

apa itu israel , mengenali sekadar I.S.R.A.E.L sahaja tidak cukup .

p/s : bagaimana jika blog juga yahudi yang punye , rujuk biar bersumber. hukum biar berdalil

Sunday, October 10, 2010

kau tahu, bukan?

(guess , whom really2 'tahu'?)

korang biasa baca kitab ujang x? best oh,
ada satu part dlm kitab ni,

ada benda yg korang suka .. tapi korang akan lebih suka bila .. dan korang akan tiba2 benci sebab..

org xlayan sgt benda ni, sbb xbest pn.
utk rujukan sila beli kitab2 di kedai berhampiran :)

........................................................................................................

soal hati siapa tahu kan? eh, itu semua tahu.

tapi siapa yang sebenar2 tahu apa yang hati tahu.

tahu ? kau dan aku tahu jwpannya

kan?

hanya DIA dan dia sahaja yang tahu beb !

kau tahu siapa DIA, tuhan kita Allah 'Azza Wajalla.
kau tahu siapa dia, kau lah.kau si فاعل .. jadi kau lah yg tahu.kau punye akal, kan?

mai baca,

nk tahu?

ada benda yg korang tahu dan suka .. tapi korang lupa .. dan korang cover line..

jeng3 ..

isu 1 :

korang tahu dan suka baca quran, belajar quran,mengajar quran

kerana korang tahu "yang terbaik dalam kalangan kamu ialah yang belajar alquran dan mengajarnya" , korang suka kerana nabi suka orang cam korang.kan?

korang selalu dendangkn quran, menang musabaqah sana sini, begitu begini.ramai yg suka.diadun lagi dgn gemersik suara .. ah, hebatnya.30juz tu dlm tangan.ya, kau org bertakwa


tapi korang lupa nabi pernah bersabda "berama ramai antara kita yang membaca alquran tetapi quran melaknatinya."

aku takut hadis ni. tapi aku dan korang tahu.sekurang2 nya hari ini.bhwsanya, ini sabda nabi.
quran adalah usul agama, kalam nabi jadi pengiringnya.itu kan agama namanya? banyakkah silap kita?

"sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar"

kau buat jahat x? hadith salah? nabi salah ?? kau lah yang salah.

allah .. (tekan backspace banyak kali .. aku banyak belajar kali ini)

dan korang cover line , ah orang lain buat salah ko xtegur pn.ko kenapa sibuk2 nak jaga kain belah org, kain sendiri pn berlubang,ah, aku buzy lah !!

uh, aku terdiam. kuat lagikah da'ie kita? kuatkah aku?

isu 2 :

korang tahu dan suka menasihati orang lain.korang tahu, "dan mestilah ada sebilangan dari kalian yg mengajak ke arah yg baik dan mencegah mungkar, dan kalian adalah orang yg berjaya"

ya, kite semua nk berjaya

manusia itu terdiri oleh tiga pasak , kan.

hamba, khalifah dan da'ie .. kau dh penuhi.kau berjaya.Allah pasti menyukai org seperti kau.

"siapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dgn tangan, jika x mampu cegahlah dgn lidah, jika x mampu cegahlah dgn hati, dan ia selemah2 iman"

sume kejar iman tertinggi, sume mahu terjun ke lembah 'praktikal' bukan sekadar 'teori' kata2 yang ilusi, mencari realiti.

semua mahu jadi terbaik, terbaik di pndgn tuhan.tuhan juga telah menjanjikan yang terbaik.

tapi korang lupa untuk membina peribadi, kau selalu bercerita tentang indahnya Islam.tapi korang lupa utk mengislamkan diri.

adakah kau suka mendengar, "bagus la ustaz tu, ceramah dia best.ilmu dia banyak"

dan pasti kau suka begini, "elok juga dijadikan menantu ustaz dr jordan tu"

puaskah ? disanjung dunia.ini belum disentuh soal ria' dan riba'.

allah .. (jujurnya, post ini memang utk diri)

dan korang cover line , oh biasalah utk serang populariti.ramai yg dengki.

ha,itu semua kerja org yg xdpt gaji.soal hati ini siapa yg tahu kan???

kalau benar pn, aku tahu lah

"kau tahu dia buat salah, kenapa xtegur?"
"eh, dia ustaz.banyak ilmu.dia tahulah"

ah, kenapa kau nilai org sebegitu ? benar, ilmu itu darjat yg mulia.tapi manusia ini dilahirkan lemah.saling bergantung, bersandaran.tahu, kan?

isu 3 :

korang tahu dan suka utk berblogging.kau banyak cerita soal agama.ya, kau hebat!

kau banyak mengarang kitab agama, motivasi.

kerana kau penuhi tuntutan utk 'memberi ilmu'

itu fardhu kifayah kan? hakikatnya ia wajib, selagi hadaf fardu kifayah belum terlaksana.ha! kau tahu !! dan kau sedang belajar dr post ini ~

aku tahu korang ikhlas berblog, ya lah.berapa banyak sgt hasil kan? banyak ilmu korang curah. banyak pahala korang.bagus !

tapi korang lupa blog ni adalah blog aku.jadi perlukah aku belajar lagi dr post ini.ya, terus belajar.

adakah aku terlalu menjadi popular? atau ilmu dlm blog ini yang popular.ah
sukarnya

karangan Dr Yusuf Al Qardhawi ada menyebut, mengenai keluhan seorang muallaf,

"Maha suci Allah yg memperkenalkan aku Islam , sebelum aku mengenal Muslim"

(sedar tidak sedar aku mula belajar , dari penulisan sendiri)

lihat, parahlah ummah.kalau semua sukar utk 'sedar' , maya kan 'pudar' ?

dan aku cover line

ahhh ! korang tahu hati aku ???

"kecelakaan besar bagi di sisi allah bagi siapa yg bercakap apa yang dia tidak lakukan"

aku tidak jahil, aku tahu.aku tidak mahu menjadi sesat.jangan cepat mengeluh, iman juga seperti roda.ada turun naiknya.ada kembang kempisnya.quran mengajar kita utk terus mujahadah dan istiqamah.bukan sibuk beradu kesempitan.

p/s : dh tahu , jadi korang tidak 'jahil'.melainkn korang nk jadi 'sesat'

Friday, September 10, 2010

OSTADKU SAYANG ~

(ini adalah warkah beremosi dr ostad yg beraya di perantauan didedikasi utk anak murid beliau yg sgt mengasihi beliau.)


to : nazmi, nazri, haikal, zaki, khairunnajmi, alep, farhan, nuqman, kamal n aiman
to too : raiha, amira, intan, dayana, iffah, anisah (si kecil), hanim, wani, fazatul,anis, liyana, anis (ust syakira)

When we stop leading, we stop learning .. 


kehadapan kekanak muridku laki2 mahupun perempuan, semoga kalian berada dlm naungan inayah dan maghfirah rabb. pekaba hang sume? kalian sume tahu bhw sesungguhnye ostad merindui kalian dan ostad juga tahu malah pasti, korang sume pn semestinye merindui ostad ^^. dah lame xketemu kn? Ostad cadang nk g lawat korang seblom ostad pegi jauh.korang tau kn ostad nk g mane? ha? ostad ade cter dulu .. mase tu korang rilex2 je. yelah, ostad masih ‘setia’ lg di samping korang. bile dh berbulan2 xbertemu, tau pn korang nk ‘touching2’ ngan ostad. (oh geli). itulah hakikat ‘kerinduan’ dirasai bila berjauhan. satu malam terawih dulu ostad jumpe si ‘lempeng’ kt msjd kampong perepat.ostad beborak ngan die.die agak xcited, yelah.ostad kn artis, korang sume tahu kn? kn?maka ostad pn terjanji nk lawat korang. tp ostad lupe, ostad buat2 busy. sori! xpe, ostad tau korang maafkn ostad, coz ostad suffers more than y’all. huhu. xdelah itu sume asam kunyit dlm bermusafir cinta manusia. maaf sgt, ostad rindu sayang korang.


Ostad ingat lg hari first dtg skolah, pagi tu ustzh husna call, xsangka skil kabel besar si usaid (adik ostad) menjadi.rasa mcm diawangan, harapan yg kabur menjadi nyata (oh).petang tu ostad ‘make up’ ensem2. first impression mesti lah smart.ostad juga bertekad nk rahsiakn umur dan status ostad. (ceh!) malangnye korang dh tau, xpelah abaikan. hari pertama cam kekok2 cket, gaya cam penceramah. pok pek2x. padahal dpt tugas utk train korang. apelah ostad ni kan kan kan. mase tu ramai gile, ustzh soh pilih seploh org laki2, seploh org pompuan. haha .. memang lawak hari 1st tu.xsangka korang memang serius bab ni. ostad ingat sume jenis malu2 rimau. sbb ikut pengalamn segala jenis ‘audition’ yg pnah ostad handle, sumenye segan menyegan. bab ni ostad bagi A+. tahniah!bebudak laki2 1st day dh dpt line-up first 10th. pompuan ostad payah nk pilih sbb xtau cmne nk pilih. tp utk hari 1st tu ostad nmpk the gurlz is better.line-up voicing lelaki cam pelik, perempuan cam ramai yg ok. tp ,ntah.ostad jd segan kih3.(sedangkn umor dh menua ni)

Seterusnya untuk pilih percussionist, (gile!) susah beb! Ostad rase ade la dlm 40 org laki2 n pompuan yg dtg. semangat kut. mase tu, ostad fuad pn ade skali. senang sikit kut pilih. seyesly, ostad mati kutu.dlm reramai yg dtg ptg tu, ade lima org je yg ostad rase O.K. drpd penilaian yg sangat ketat, ostad ringankn sampai tahap “boleh ketuk beduk pn jadi la”, argh! ostad fuad pn geleng kepala je. die dok pilih yg boleh men tambourine. mse tu ade liyana n anis. laki2 si nuqman n kamal je. farhan n aiman xdtg mse audition tu. xsilap ostad mule2 yg nk main yenkey tu si Intan. kn? kemudian si anis (anak ustzh syakira), kemudian si fazatul pulak. mcm2 lah korang.hanim n wani plak tetibe dtg. bagus, ringan kerja ostad. tp memang best. korang selalu mengeluh, “penatlah ostad, bile bley power ni?”,ustzh husna ckp “klu xsusah train o berlatih, xpayah la susah2 ustzh nk menggaji ostad”. ostad ingat tu sampai skrg. korang sume tahu kn? Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. biasalah teori memang nampak mudah, tp praktikalnye, huh .. lelah. ostad suke penat, sbb dr ‘penat’ tu dtgnye ‘nikmat’.


Ostad rindu sgt, bile masuk kelas je korang ramai2 sebut “Assalamu’aleykum ostad!” Wah, bestnye!
Bile ostad lalu lalang kt skola tu, sume budak bagi salam “Assalamu’alaikum ostad!” Teruje sgt!
Pas abes training je korang ramai2 nyambut tgn ostad, err .. lelaki je kan?

Sume org panggil ostad ‘ostad’, rasa sgt best!


Paling best ialah mase hari pertndingan, teringat wajah2 best korang bile tau ostad dtg jugak.sbb sehari seblom tu, ostad ckp xnak dtg .. merajok huhu. ostad Nampak korang terlalu mengharapkn ostad, korang nk sgt dpt perhatian ostad hari tu. ostad Nampak segala2 nye.rase cam nk peluk je sambil nangis.tp setelah menyedari kecamingan ostad xkan buat kerja tu .. huh!



Mule2 pompuan punye turn, ostad xrisau sgt actually. sbb ostad tau disiplin korang mantob. korang dh sgt tersedia. ostad yakin ngan korang, dr mule ostad kenal korang sampailah hari tu. korang bagus, tunduk patuh arahan ostad. mudah akur keputusan ostad. senyap dan sepi … eh, ape hal ni.
Pas pompuan setle je wat show, ostad sambut korang di pintu keluar. hehe. guru besar pn ade di situ, die ckp “bagus3!” begitu juga reaksi ostad. korang memang best. bagaimana dlm latihan begitulah masa pertndingan.mase tu , korang semua Nampak gelisah, “ok x ostad? Ok x ostad?” lagi2 si amira ngan farha.respon ostad “korang rase ok x?” .. korang diam. barangkali takut. korang tau x? ostad juga selalu ada perasaan cam korang ni dulu. dan kali ini ostad kembali merasai situasi ini.seram, seriau .. darah pn cam nk xnak je mengalir.mungkin juga ostad rasa ‘lebih’ dr korang semua.mungkin korang nampak ostad slumber n rileks je sepanjang masa, haih .. bape kali nk gtaw. ostad perasan macho, mestilah cover. ostad nangis sesorg kt tandas sbb terkenang korang tau? .. ok tipu je.

Iklan : tahu x, paling segan ialah apabila menjadi badut sarkas di tengah2 penonton beri arahan pd korang.ostad ter’semangat’ pulak tetibe .. hehe



Tibe masanye bebudak laki2 pulak punye turn.ostad pn trus U-turn ke venue lain. korang pn cam bese la. huh? tp kali ni baru korang reti nk dok diam, tau pn kecut perut bile sampai hari pertandingan. kn ostad dh gtaw awal2 dolu .. huhu. ber’seronok’lah korang ye. dun worry ~ ostad bukan jenis pilih kasih, tp ostad letak kasih itu di tempatnye. itulah ta’arif ‘adil.bukannye kesamarataan ,tp kesaksamaan.fhm? ok ostad tau korang xphm.


Sebelum masuk tu masing2 dh gelabah, spt biase .. “ostad tolongla ostad, kitorg cuak ni!” dh tu korang nk mintak ostad buat ape? Ha? Ganti korang? Mau dpt 1st place nanti huhu.” dah3, g naik pentas nombor giliran dh disebut” Tau xape yg uniknye lelaki? Kaum ni, bile dlm keadaan terdesak, diorg akan push-up over the limit. fhm? mule2 ostad xcaye sgt ngan ungkapan ni, tp realitinye.ye! itulah korang ~ cam biase bile korang menjadi takut, risau dan xkeruan. ostadlah org pertama yg akan mengapi api kan korang. haha. terima kasih kerana menyedarinye. memang itu caranya utk buat korang menjadi … mmm.ostad pn xtau ape jd kt korang pastu.

Korang tau xape yg korang buat hari tu? Korang buat lain dr latihan, superbly done.fhm? berkerumun makwe2 dan pakwe kt luar melihat korang. wah, ostad pn terkejut. tp, janji kt ostad. lain kali jgn wat camni. benar, memang Nampak ‘better’ ,tp ke’better’an itu berpandu kepada nasib. xfhm? xpe, yg penting apa yg kita rancang itulah yg kita buat.itu lebih selamat, cermat dan tepat. jgn buat yg tidak dirancang. selesaikan dulu apa yg ada di atas kertas, bukan sibuk mencari soalan baru. fhm?

Bagaimana pn hasilnye, itu bukan nilaian ostad. ok mungkin itu nilaian sekolah utk lihat prestasi ostad dan korang semua. tp bagi ostad itu bukanlah keutamaannya.sepanjang kewujudan ostad dlm hidup korang , ostad telah bereksperimantasi.untuk menguji korang dan juga menguji ostad. sepanjang mendidik korang ostad telah terdidik. begitu jugak korang, korang juga adalah ‘murabbi’ ostad. luqman al hakim pernah menyebut “belajarlah hikmah mahupun dr org yg dungu”. jd ,kita semua adalah murabbi, paling kurang ke atas diri kita sendiri. ostad melihat pd kesungguhan korang. usaha korang.ostad tidak terlalu banyak ‘memberi’ ilmu bidang ini, sepanjang mendidik korang. percayalah, masih banyak lagi. ostad tidak beri semua kerana korang masih belum bersedia lg utk ‘menerima’. korang masih belum dpt kuasai ilmu2 yg ostad telah kongsikan.

Korang perasan x, selalu ostad curi2 masa utk ‘bertazkirah’. masa korang rehat, lepak2 sambil makan. ostad curi masa tu utk mendekati korang. utk beri korang ilmu di luar ‘matapelajaran’ yang diamanahkan utk ostad. ostad cerita tentang sekolah menengah, ostad cerita tentang kisah2 ostad dolu2.ostad cter bab2 agama sikit2. tau xkenapa?


Sbb ostad xnak korang lihat ISLAM itu adalah NASYID.ostad nk korang tau NASYID adalah juzu’ yg terlalu kecil dlm ISLAM. ostad xterlalu tekan korang dgn NASYID, sbb ostad nk korang kenal ISLAM dahulu. ostad nk korang jadikan ini sampingan bukan keutamaan. selalu ostad ckp “kita buat semua ni utk ‘suka2’ je, lebih baik bersuka2 dlm nasyid berbanding dgn benda lain yg sia2”

Tahun 2011, korang dh jadi BESAR.korang akan jumpe dunia yg lebih BESAR, korang akan dpt amanah yg lebih BESAR, korang akan rasa BESAR, ostad xnak korang lupe ada yg maha BESAR.
Korang jgn lupe nasihat ostad, ostad janji xkan lupe nasihat korang. korang banyak mengajar ostad. spatutnye koranglah yg lebih layak utk menjadi ‘ostad’, rasa terlalu kerdil bile berdamping sepanjang pen’training’an bersama korang. korang masih terlalu muda utk fhm kehidupan. bukan semua, ada segelintir yg lebih sejahtera fikirannya berbanding ostad sendiri. korang semua hebat!

Terlalu sempurna pertemuan kita, asam, garam, gula, halia semua ada.itulah namanya ‘sempurna’.bila susah dan senang diadun bersama, bila penat dan semangat digaul sekata.seronok kn?korang terlalu hebat utk ber’ostad’kn ostad.ostad terlalu lemah utk ber’korang’kn korang. ostad masih ingat semasa hari pertama berada di sekolah, guru besar ustzh azlinda (betul ke?) nk interview dulu.mase tu segala kudrat kehebatan dan keriakan ostad curahkan. konon2nye nk tackle skolah utk terima ‘resume’ ostad. guru besar ada tanye, “berapa banyak gaji kamu nk?”, begitulah lebih kurang.tau xostad jwb pe?”ustazah nilailah gaji saya berdasarkan ‘prestasi’ anak didikan saya nanti”

Tahu x, ape kemuncak pertemuan ostad dan korang? Tahu?


Ostad pn xtau, sbb bagi ostad.setiap hari adalah ‘kemuncak’ hari hari kita.setiap hari ada ‘pelajaran’ baru utk ostad, bukan hanya utk korang.setiap detik adalah klimaks.ostad xdpt nk describe apa yg ostad rase, tiada rasa yg dpt meng’erti’kan rasa ostad.tiada perkataan yg sebenar2 menta’rifkn hati ostad.bergelora gitu, mcm cerita ‘sembilu kasih’ la kut.

Paling tersentuh ialah apabila korang tersenyum bila ‘berjaya’ dan termuram bila ‘gagal’.baru ostad fhm kenapa ada guru yg menangis bile anak muridnye Berjaya mahupun gagal. ostad rasa lebih dr apa yg korang rasa, jd korang jgn sedih. kerana kerana kesedihan korang akan menjadikan ostad lebih sedih dan kerinduan korang akan menjadikan ostad lebih rindu. bergembiralah dgn perpisahan, krn ostad akan rasa lebih gembira.

Credits to ostad fuad juga ostad saffone 4 the percussions lesson, tcr maizatul akma 4 the gorgeous moment, zakwan ahyer 4 the handycam (huhu), ustzh sa’adah c-din, ostad firdaus, ostad zulhairy n da geng.pengalaman bersama kau org adlh da best! Ostad sgtlah rindu ~ ustzh syakira, ustzh husna, ustzh hayatillah n ustzh azlinda trimas sgt3 tunjuk ajar. xlupe pd ustzh rasyidah umar ^^

To the ‘bebudak’, gudluck utk mase depan korang.esok luse jumpe ostad tegur2 la ye.ostad wajah popular kih3. korang musti perasan punye klu selisih kt pasar. jgn segan2 utk contek ostad.
Nk dtg raya? Korang tanye nuqman, die tau rumah ostad.tahun 2010 mayb rayer ke-3 baru ostad di m’sia. oh, lupe nk gtaw .. ostad skrg di Thailand. balik kampong belah mak ostad.rayer sini 2 hari kut.16 haribulan ostad dh chow.so, pepandai la korang arrange masa nk jenguk ostad (patutnye ostad yg jenguk korang) si hanim pulak selalu lalu lalang kt lorong umah ostad.die je yg xreti2 nk singgah. malu la tu kononnye .. nyampeh. oklah, sempena rayer day ni ostad susun segala jenis jari mohon kemaafan sgt dr korang sume, juga pd pihak skola, ostad ustzh dan segala mcm manusia yg mengenali ostad.

maaf zahir batin.

Okies, penat kut menaip.korang jgn baca suku2 nanti xsyok.sile bace sume yer.jgn derhaka arahan ostad huhu.semoga Berjaya ~ InsyaAllah, ada ruang kita berjumpe. 4tahun lagi semuanya bakal berubah. korang bukan lagi ‘senakal’ skrg. kecumelan korang juga akan hilang. sumenye akan jd macho ~ yg perempuan juga, jaga ke’perempuan’an korang. jadilah perempuan yg sebenar2 perempuan. selepas ini semuanya akan lain. g la sekolah mane2 pn, janji korang bawak ‘agama’ dlm hati.bukannya dtg ber’kulit’ agama.ameeeeen!!!

Ostad K Akhi
September 2010,Narathiwat Thailand

p/s : yg pastinye ostad xbg duit la klu korang dtg rumah.nasib badan 

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka lagi

dalam sebuah riwayat ummar al khattab pernah berkata, "barangsiapa yg tidak tahu apa itu jahiliyah, tidak akan tahu apa itu Islam"

faham?

bukanlah bermakna kita perlu menjadi 'jahil' atau pergi ke alam 'jahiliyah'

tp kita perlu kenal apa erti 'jahiliyah' untuk mengelakkan jasad dan hati ke lembah tu

sbg contoh, kite perlu mengenali arak untuk faham kenape xley minum

tp bukanlah bererti perlu minum arak untuk tau kenape xley minum .. ha?

dalam ayat sempoinye ,jahiliyah perlu dikenali sbg satu guideline atau 'boundary' yg memisahkn, yg membezakan antara Islam dgn Jahiliyah.

dalam nada moden, pepatah di atas disebut sbg =
orang yg tidak mengenal erti penjajahan tidak akan memahami apa erti kemerdekaan

dan hakikatnya itulah yg terjadi pada umat Melayu Islam hari ini, esok dan selama2nya jika xde yg sudi tegur nasihat bimbing dan 'hukum'.

kebetulan merdeka tahun ni dlm bulan ramadhan, dan di awal malam 10 terakhir ramadhan.aku sambut merdeka di masjid negeri (hoh! bangge), ntah xde ape sgt yg best.ceramah je banyak.tahun lepas kt masjid negeri tahun ni pn sama.geng2 lain ada yg sambut di padang2 luas, main2 mercun, bunga api pom pom, dating ngan makwe pakwe untuk eratkan silaturrahim (husnudzon, puase beb!), karaoke, lumbe2 motor, konvoi berbasikal dr rumah ke rumah sebelah, berbendera .. dan segala bagailah.lagi best korang en? aku xaktif langsung ~ bosan ^^

sbb ape? aku xfaham apa itu merdeka ..

benarlah,

mengisi kemerdekaan adalah jauh lebih sukar berbanding memperjuangkan kemerdekaan


aku rasa klu Dato' Bahaman, Dato' Onn Ja'afar, Rentap dan lain2 bersama kita pada hari ni.uish!
geleng kepala je la diorg sepanjang hari,

sedarlah mentaliti kitalah sebenarnya yang sedang dijajah,

kita dijajah untuk dibentuk pemikiran, lepas fikiran dah tepu dgn agenda kolar putih, mereka pn blah, kita sebenarnya secara tidak sedar adalah penjajah di bumi sendiri.kitalah yg menjalankan penjajahan minda yang berterusan di negara sendiri.kita adalah PENJAJAH!!

baik dr ekonomi, pentadbiran, sosial mahupun perundangan.

kita adalah penjajah yg sebenar , penjajah selepas kemerdekaan.mungkin bukan penjajahan dr segi ketenteraan mahupun peperangan.tp lihat dr segi gaya berfikir masyarakat, mind setting yg ala barat dh banyak merosakkan kita.

yg sebenarnya

kita sepatut patutnye mengenali apa itu penjajahan, saban tahun aku n korang terdidik untuk memahami makna kemerdekaan dan bagi aku itu salah.kerana aku pn xpernah nak faham apa erti kemerdekaan.apa tema kemerdekaan tahun ni? 1Malaysia transformasi .. ea? aku pn xtau.xpe abaikan ...jadi apa sebenarnya erti penjajahan? supaya dpt kita mengenali kemerdekaan.

yg kita faham penjajahan ialah -ve dan kemerdekaan pula adalah sebaliknya

penjajahan ----> hidup susah, sume susah, orang atas ckp, org bawah kena dgr patuh buat n xley lawan.xbebas berfikrah, xbebas berpersatuan, xbebas bermain, xbebas memasak.

dah, itu je lah .. merdeka? belum , merdeka kita ialah TAKWA

bile nk merdeka? bile sampai masanya lah .. klu dh pergaulan laki pompuan slumber je tanpa batas, adakah itu takwa? anak luar nikah pulak beratus ribu klu nk cter, inikah takwa?pompuan xpakai tudung, laki2 main bola seluar pendek, diorg ckp "eleh, biasela",takwa ke? anak bunuh bapak, atuk rogol cucu, cicit pukul nenek.di mana takwa kita?

janganlah berangan nak merdeka ye .. klu usaha sekadar bertelagah sesama kita, anak remaja merempat je kt jalanraya.buat mak ayah, jagalah anak cucu sendiri dulu.belia muslim jgn terbiasa dgn dosa, jgn terbuat dosa nanti dah ketagih susah beb! sapa nk tanggung dosa kita weyh? kita jugak, sape nk tanggung dosa korang? ha? kita semuanya sebenarnya adalah bergantung antara kita.jom da'wah!

trimas kepada grup2 raudhatus sakinah - anda bijak jauhi zina ,yg giat mengedar risalah da'wah ketika malam merdeka, di i-city dan di tasik shah alam.korang adalah the best!juga tahniah kepada penganjur2 yg berjaya menjadikan sambutan merdeka kali ini diasaskn untuk mencapai 'takwa' dan 'merdeka' yg sebenar.

p/s : kereta korang pasang bendera malaysia x?

Wednesday, August 11, 2010

imam 'panjang' dan 'pendek'

malam semalam aku ber'tarawih' di masjid Dato' Dagang Klang.entah apa kehalnya aku ter'buka puasa' jauh dari rumah semalam ~ malam pertama tarawih di masjid Kg Perepat.ok, sekian shj laporan tarawih.

sebelum tarawih sempat aku 'interview' beberapa org kekanak dan reremaja kt pinggiran masjid.

"ko pehal brader? sengih2 "

"entah la, aku xminat sgt terawih kt sini.imam baca panjang sangat.esok aku nk pakat gi masjid Bt4 la.sana imam express cket"

"hoh, ko pulak ape kehal termenung sesorang bro?"

"cam biase la, imam ni baca laju sgt.takut xsah solat"

"adeyh, gitu pulak"

ragam2, kekanak di sini sungguh menyayat hati .. mana lebih baik? panjang atau pendek?

*********************************************

"apabila rasulullah s.a.w diberikan 2 perkara untuk dipilih, maka baginda akan memilih perkara yang lebih mudah selama ianya bukan perkara yang membawa dosa, dan apabila perkara itu membawa dosa, maka baginda adalah orang yang paling menjauhinya" Ummul Mu'minin Sayidatina 'Aisyah r.a

(skop isu ini sebenarnya luas, tp untuk memendekkan 'post' aku hanya fokus pd bab imam panjang pendek je)

Rasul s.a.w menganjurkn umat untuk menyegerakan berbuka dan mengakhirkn sahur, ini semua untuk memberi kemudahan kpd mereka yg berpuasa.dlm kalangan ulama' dan fuqaha' pn ramai diantara mereka yg menentukan hukum dgn memilih yg lebih mudah dan memberi keringanan kpd muslimin.

memberi keringanan bukanlah bererti meringan-ringankn, jauh sekali wahai manusia sume.
sebaliknya....

"para fuqafa' lebih terbuka menggunakan uslub ini untuk memberi khabar gembira dan gambaran masa depan yg cerah dalam cara saya menyampaikan dakwah islamiyah" berikut rentetan penulisan Dr.Yusuf Alqardhawi dlm kitab fiqh awlawiyat dlm bab keutamaan dalam bidang fatwa dan da'wah

sesuai dgn cara yg telah nabi s.a.w lakukan semasa mengutus Abu Musa al-ashari dan muaz ibn jabal r.a untuk melakukan tugasan dakwah ke negeri Yaman.baginda bersabda yang bermaksud "berikanlah kemudahan dan janganlah menyusahkan mereka, berikanlah khabar yang gembira dan janganlah kamu jadikan mereka jauh daripada islam"

itu syarah 'aqli mengapa disarankan untuk meringankn fatwa.islam itu rahmat bukan?

dalam fiqah ada 2 jenis dalil iaitu al-ahwat (sangat berhati-hati) dan al-aysar (memberikan kemudahan), untuk orang awam lebih ulama' dan nabi sendiri lebih cenderung untuk memilih dalil asyar sebaliknya dibolehkn para ulama' untuk memilih dalil ahwat bagi org2 yang tebal imannya - sedikit iklan untuk menambah kefahaman aku dan korang dlm isu ni , sekian

*maaf untuk huraian yang lebih detail boleh la rujuk mana2 tok syeikh, sbb nanti aku n korang sama2 pening ok

harapan aku

kepada para2 tok imam di malaysia, silalah tengok siapa makmum anda ya.jadilah masyarakat yang prihatin.mungkin hari ini mereka pindah2 masjid ikut 'imam fevret', aku risau esok lusa mereka dh xjenguk masjid untuk solat terawih (na'uzubillah) sbb imam baca panjang, lagi bermasalah jika imam yg jenis baca main 'sedap' je.melainkan jemaah korang memang se'kepala' dgn imam, itu suda ok brader!

teringat masa aku muda2 kt skolah dulu, fuhh ~ imam selumber semacam je.satu raka'at satu 'page' wowz! para makmum sumenye blaja agama dan muda2 belaka.itu pun dah semput , dan pihak2 berkuasa pelajar dah tangkap pelajar2 yang 'excape' terawih.ape kehal ni? budak agama, faham agama, usrah tiap minggu, sume kuat2 .. tp solat terawih xlarat.

begitu juga diluar sana, ramai yang tua2, xmampu berdiri lama, xmampu duduk lama, xmampu duduk bawah lampu lama2, ada urusan macam2 .. pd imam 'ringkaskn' solat anda.

anas ibn malik r.a menceritakan,

"salah seorang imam yang paling ringan dan sempurna solatnya yang pernah saya ikuti adalah rasulullah s.a.w, dan apabila baginda mendengar tangisan anak kecil, maka baginda akan memendekkan bacaannya, kerana khuatir ibunya terganggu"

anas r.a juga meriwayatkan rasul s.a.w bersabda yang bermaksud

"ketika aku telah mula solat, walhal aku ingin memanjangkannya, tetapi kemudian aku terdengar tangisan seorang kanak2, maka aku persingkatkan solatku, kerana aku tahu tangisan kanak2 akan menyentuh perasaan bondanya"

abu hurairah r.a turut meriwayatkan rasul s.a.w bersabda

"apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, maka persingkatkanlah solatmu, kerana ada di kalangan makmum yang sakit, lemah dan berumur tua.dan apabila dirikan solat sendirian, maka panjangkanlah ikut yang kamu suka"

baginda pernah menegur muadz kerana memanjangkan bacaannya ketika mengimami solat dgn sabdanya , "dgn cara itu engkau telah menimbulkan fitnah ya muadz"

dalam satu riwayat ada menceritakan, datang seorang lelaki kpd rasul s.a.w lantas berkata."aku sengaja datang lambat untuk menunaikan solat subuh kerana imam selalu sangat memanjangkan bacaannya" nabi seraya dgn tegas menyampaikan nasihatnya, "sesungguhnya ada di kalanan kamu orang yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan ajaran islam, sesiapa shj yg mengimami solat hendaklah memendekkan bacaannya krn di kalangan makmum ada yang lemah, tua dan punya hajat dan keperluan lain."

simpulnye
-imam yg perlu melihat keadaan makmun, bukan makmum yg perlu pilih imam dlm kes ni.
-ringkaskan bacaan sekadar meringankn untuk mengelak tragedi 'makmum lari'
-ringkas suda baik tp bacaan 'cover2' cket, solat ringkas tp tajwid hancus xberguna juga
-melainkan makmum anda sume 'ok' n bi'ah solehah yg baik maka bacalah yg sesuai mengikut 'keadaan' dan adat setempat.

ingat! meringankn bukan meringan ringankan!!!
sekian, terima kasih ~

p/s : klu ada persoalan tentang fiqh keutamaan bolehlah kita berkongsi2 sbb aku pn masih belajar ~ jom belajar sama2!