Tuesday, April 26, 2011

semua nak masuk Islam .

Buku 'Quran Saintifik' karya Dr Danial antara yang paling menyerlah , sepanjang tahun 2007 sahaja sudah 7 kali cetakan . ia sesuatu yang agak 'fenomenal' dalam institusi perbukuan negara . tidak syak lagi , antara faktornya adalah penggunaan istilah yang sangat islamic , 'Quran' . diikuti dengan frasa moden yang cukup maju , 'saintifik' .

apabila bertembung Islam dan Sains , orang akan melihat ia 'cool' .

kita kata ,

" inilah syumulnya Islam , inilah bukti kebenaran agama Islam "

kemudian datang pula pengkaji pengkaji hasil sains , dan usahakan ratusan seminar mencenderungkan sains kepada Islam . bidang penulisan tidak ketinggalan malah lebih rancak . ya , bidang apa sekalipun apabila di'islamisasi'kan maka ia akan menjadi perhatian ramai . tidak kiralah ianya sains Islam , kereta Islam , mobile Islam , 'capal nabi' , perubatan Islam , cinta Islam , fesyen Islam dan sebagainya lah [ tidak ketinggalan 'islam hadhari' ] . teringat saya gerakan pengIslaman ilmu [ Islamisation of knowledge ] yang dikepalai oleh Syed Naquib dan rakan rakannya . beliau memperjuangkan pengIslaman minda , jasad dan hati . saya tidak pasti bagaimana teori itu dan tidak pasti sama ada dia tertampar atau ditampar oleh fenomena 'jumud' yang berlaku pada hari ini .

apa yang berlaku ?

targhib ??


saya rasa sudah menjadi tidak asing , orang kata .
meluruskan saff dalam sembahyang jemaah akan menghasilkan cas neutral pada badan manusia , ini berlaku apabila seorang A bercas [-] bersentuh dengan B cas [+] ketika solat jemaah

orang yang berzina dirotan kerana luka luka akibat dirotan itu akan membaik pulih reproductive system manusia .
saya tidak pasti , samaada ia sebenar benar fakta atau sekadar memberi khabar gembira . nanti ada yang bertanya , jikalah suatu hari nanti dicipta alat yang boleh menuetralkan cas badan manusia adakah kita tidak memerlukan solat ? juga , jika pada masa hadapan ada mesin yang boleh membaik pulih sistem reproduktif manusia adakah kita tidak lagi memerlukan hukuman sebat untuk penzina ?

jangan sehingga ia menjadi targhib yang tidak rabbaniyah . apabila kita mendetailkan hukum tuhan mengikut akal makhluk pasti ia menjadi sedikit cacat . cukuplah apa yang Quran dan Sunnah sebut . selebihnya biarlah kita serahkan sahaja pada Allah .

bencana dan Quran ?


apa yang memelikkan manusia sekarang ini adalah apabila berlaku sahaja bencana pasti ada sahaja 'mukjizat angka' surah di dalam Al Quran . tidak kiralah ia bencana alam , kemalangan mahupun apa sahaja . tidak hairanlah ini berlaku , kerana minda kita lebih sedap dengan benda benda 'ajaib' . manusia lebih berselera dengan perkara 'miracle' . kata mereka , inilah 'mukjizat Quran' . barangkali dianggap nada Quran itu semata mata berbicara soal bencana , kemalangan sahaja ?

malang sekali kita gagal melihat kebesaran Al Quran dengan baik . sudah pasti , kebesaran Allah tidaklah dibataskan kepada kalimah الله di langit , di kulit kambing , ikan , dirian pokok dan sebagainya . adakah tidak ada modal lain lagi untuk melihat Islam itu agung ? bukan saya yang timbulkan isu ini , di luar sana masih ramai yang terpinga pinga sedangkan musuh telah berdekah dekah mentertawakan kita semua . apatah lagi kesemua itu masih dibawah akta ' tidak pasti ' dan ' still in dispute accidental facts '.

sehingga kini , kita rasa kurang selesa bagaimana mereka kaitkan tarikh bencana dengan ayat ayat Al Quran . bagaimana pembahagiannya ?? mengapa perlu ditolak tambah dan sebagainya ? kemudian , makin becambahlah persoalan persoalan dan pertikaian yang tiada keuntungan padanya . saya masih tidak pasti sejauh mana teori 'matematik' ini menyumbang kepada agama . bukanlah mempertikaikan 'niat' dan 'usaha' mereka , tetapi ini soal 'cara' . bukan 'apa' yang mereka lihat , tetapi 'bagaimana' mereka melihat !

[ nanti ada pula yang cakap angka '11' itu ada kaitan dengan illuminati , entahlah .. ]

janganlah sehingga kita perdebatkan angka angka yang tiada nilai , akhirnya ummah juga yang rugi . serahkan pada Allah untuk angka angka itu , malah Dia lebih mengetahui . belajarlah untuk tadabbur Quran dengan dimensi Islam .

rujuk al kahf , 22 .

Islamisasi ?

ini satu lagi isu besar yang malang sekali menimpa umat .

bagaimana sebuah kereta itu boleh 'masuk Islam' disebabkan ditatahkan pada sekeliling pintunya dengan khat , sebuah kompas penunjuk kiblat , ditambah lagi dengan tempat simpan telekung dan sebuah rak kecil untuk menyimpan Al Quran . jadi , benarlah itu kenderaan dalam Islam ?

kemudian , kecoh pula dengan 'fesyen Islam' . dengan bertudung sikit sikit , tulisan jawi di setiap inci baju , kain berwarna kesukaan nabi dan bercapal 'nabi' adakah itu menepati kriteria pakaian dalam Islam ? atau benarkah ada fesyen dalam Islam ??

'perubatan Islam' ? pernah saya ikuti siri siri ceramah seorang pengamal perubatan Islam , tetapi saya gagal memahami apa lebih Islamnya pengamal perubatan jenis ini . adakah dengan jampi jampi ayat Quran itu , ia sudah dikira islamik ? adakah dengan meletak Al Quran dikepala pesakit sudah dikira perubatan Islam ?

wahai ikhwan [ cuba meniru gaya penulisan IHAB ] ,

ketahuilah , tidak pernah dispesifikasikan secara zahir bagaimana sesuatu itu boleh menjadi 'Islam' . ia lebih kepada sesuatu yang berbentuk kualiti , mutu dan nilai . jadi , kenderaan Islam adalah kenderaan yang bermutu . kenderaan Islam adalah kenderaan yang dinaiki oleh pemandu yang berhemah . malah jika disebut tentang tempat menyimpan telekung dan al Quran , adakah selama ini di dalam kenderaan tiada tempat untuk meletak kedua keduanya ? kompas ? ia mampu dibeli dengan harga RM5 sahaja dipasaran . walhal lebih teruk lagi , jika kenderaannya Islam tetapi pemandunya tidak membaca Quran , pemandunya tidak memakai tudung , pemandunya tidak solat !!! sebenar benar kenderaan Islam adalah yang memiliki enjin yang selesa , teliti dan kemas sistemnya , berpatutan harganya , terbaek pembuatannya .

Apa itu fesyen Islam ? tidak perlu saya bazirkan tenaga 10 kerat jari ini , Islam tiada fesyen !! Islam hanya ada konsep , konsep Islam adalah menutup aurat . tidak kiralah apa sahaja yang dipakai , tetapai jika mematuhi standart syariat itulah dia 'fesyen Islam' . muktamad .

ini satu lagi hal , perubatan Islam . malanglah kita jika melihat perubatan Islam adalah mana mana perubatan yang menggunakan ayat Quran dan jampi jampi . kemudian dengan mudah menggelar diri mereka 'pengamal perubatan Islam' . kita tidak nafikan , benarlah ia salah satu cara untuk merawat pesakit . benarlah kita perlu tawakal , tetapi kita bukanlah berada dalam bulatan itu . kita masih tersangkut , berputar dalam orbit yang sama . perubatan Islam juga adalah sebuah konsep . sepatutnya perubatan Islam ialah perubatan yang maju . perubatan yang paling teliti . perubat perubatnya pula berakhlak mulia . inilah perubatan Islam yang sebenar !

orang kata ,
" tak payah lah sibuk kerja orang ! biarlah , sekurang kurangnya mereka ada usaha . engkau tu dari mula sampai tamat cerita mengkritik orang je apa sangat yang kau dapat "
pertama sekali , tuan tuan dan puan puan kena faham .

kita tidak mahu nama Islam diseret ke dalam kancah yang sepatutnya ia tiada pun . kita sangat bimbang fenomena 'gila-rupa-bentuk-Islam' ini akhirnya membawa salah faham terutama dalam kalangan orang orang di luar sana . sehingga Islam itu dilihat 'buruk' dan serong dek kejahilan ahli ahlinya . nah , lihat contohnya -

'kereta Islam' , tetapi pemandunya tidak berhemah . pemandunya tidak menutup aurat . pemandunya berbahasa kesat . secara tidak langsung , meletakkan Islam di kandang 'pesalah' . bayangkan berlaku satu kejadian lumba haram , kemudian berlaku kejar mengejar antara polis dan pelumba pelumba haram itu . kebetulan pula para pelumba masing masing menaiki 'kereta Islam' !! tidak pasal pasal , nama Islam dihentam .

'fesyen Islam' , tetapi menonjolkan wanita wanita Islam . aurat terbuka . kebetulan fesyen itu dideklarasi sebagai 'Islam' . kemudian orang akan melihat Islam adalah sebegitu , sebagaimana ia ditayangkan kepada khalayak , kan ?

'perubatan Islam' , tetapi docte docte yang tidak berdisiplin . bilik perubatan yang tidak bersih dan tidak kemas . kemudian para pesakit pula mengadu kerana layanan buruk oleh para 'pengamal-perubatan-Islam' ini . akhir cerita , Islam pasti mendapat tempias serupa .

samalah juga dengan 'penasyid' . tetapi di pentas terkinja kinja . perangai setaraf mat minah rempit . lirik lagu merosakkan akhlak dan sebagainya .

samalah juga dengan 'capal nabi' . tetapi pemakainya berhati munafik .

samalah juga dengan 'mobile islam' . tetapi pemiliknya memakan riba' .

samalah juga dengan 'masjid' . megah binaannya , tetapi tidak dipenuhi jemaah .

Islam adalah konsep . ia bukan sekadar membawa rupa , bentuk dan warna . maka begitu , tidak siapa boleh declare dirinya lebih Islam dari orang lain semata mata kerana dia memiliki kereta Islam , pakaian Islam , mobile Islam , capal nabi dan lain lain . janganlah akibat kejahilan kita , Islam juga yang mendapat tempiasnya .

hmm .. mungkin inilah yang dinamakan 'kereta Islam'


hehe ..

p/s : blog juga tidaklah cukup Islam dengan sekadar meletak tulisan tulisan Al Quran , memainkan alunan zikir dan sebagainya . isilah blog anda dengan tulisan tulisan Islam .

Tuesday, April 12, 2011

blog huduh .

[allah itu cantik dan menyukai akan kecantikan]

" hias la sikit blog tu . sekurang kurangnya cover la habuk habuk dalam penulisan "

erk . betul juga . blog ini memang buruk . hitam-putih , semua entri tiada gambar , penulisan layu . side-bar kosong , dah la follower seciput . heh . ya ya ya , saya tahu .

pertama - tama keutamaan yang nabi didik .

siapa tidak kenal kebangsawanan nabi s.a.w ? keturunan baginda kebanyakan mereka adalah pemegang jawatan jawatan penting dalam bangsa Quraisy . Qusay ibn Kilab adalah datuk baginda yang ke-4 . beliau adalah pembesar Quraisy pada zamannya . Abu Lahab antara pembesar Quraisy yang ada pertalian darah dengan nabi s.a.w . networking yang luas .

bagaimana muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi nabi ? muhammad s.a.w punyai kepakaran dalam ekonomi , sepanjang bersama abu talib di syam dan bersama khadijah . beliau punyai track record yang terbaik . kejujuran , amanah , tekun dan sebagainya . nabi punyai pelbagai kepakaran dalam perniagaan pada ketika itu . kemudian berkahwin pula dengan khadijah yang memang asalnya berketurunan bangsawan dan hartawan . sudah pasti ada networking yang baik .

hmmm .. tapi kan , kenapa nabi memilih jalan sukar untuk berdakwah ? kenapa tidak pilih jalan mudah ? kenapa tidak jadi economist untuk sebarkan Islam ? bukankah itu salah satu jalan untuk berdakwah ? nabi punya aset yang cukup . modal yang banyak . networking yang sangat baik , baik dari sisi khadijah mahupun nabi s.a.w sendiri . track-record yang bersih . kemahiran nabi dalam perniagaan juga tidak boleh dinafikan , nabi tahu apa yang diperlukan pada zaman itu . maka timbul lagi persoalan , mengapa nabi tidak menjadi seorang economist untuk sebarkan dakwah ? sedangkan zaman itu orang sangat 'gila' pada harta dan semuanya 'gila' tentang dunia . bukankah mudah jika nabi bina sebuah empayar ekonomi yang cukup besar kemudian menarik semua pelanggannya masuk Islam dengan hartanya ? sebaliknya nabi memilih 13 tahun untuk berdakwah dan pilihan itu penuh pekat dengan ujian . bertemankan hanya sekelompok kecil muslim 'ekstrim' ketika itu . dikalangan mereka kebanyakannya adalah hamba hamba dan orang orang miskin . ah , satu fakta yang pelik .

dan soalan mengapa tadi masih belum terjawab .

jawapan :

nabi s.a.w nampak keutamaan , keutamaan menarik mad'u dengan kepercayaan dan iman tulus . berbanding menarik mad'u dengan kenikmatan wang dan harta . begitu jauh akal nabi ketika itu , kalaulah nabi salah memilih keutamaan , maka habislah . orang akan masuk Islam kerana duit . maka jika duit itu hilang , orang akan lari meninggalkan Islam . berbeza dengan iman ikhlas yang dibina nabi kepada mad'u nya . iman itu umpama keretapi wap . bila sudah bergerak , ia sukar nak berhenti . Bilal r.a yang disiksa , tiada lain perkataan yang keluar melainkan " ahad ! ahad ! " antara kalam beliau yang sangat 'ekstrim' , " kalaulah aku tahu ada perkataan lain yang lebih menyakiti hatimu nescaya aku akan menyebutnya " . nah , mereka sangat kuat ! mereka muslim yang kuat ! nabi telah bina kepercayaan dan iman mereka jauh lebih tinggi berbanding kecintaan mereka terhadap dunia dan segala harta . keluarga yasir , sumayyah dan banyak lagi . ini semua adalah kesan kepekaan nabi dalam memilih keutamaan amal .

orang yang dicontrol dengan duit ataupun makanan dan kenikmatan , berbeza dengan dicontrol dengan iman .

jadi , apekah kaitannya ?

faham kan ?
dont judge a book by it's cover .
dont judge a blog by it's template .

juga ,
dont judge a blog by it's writing .

tapi ... ye saya akui . ini adalah semata mata alasan . nanti ada masa saya akan cantikkan blog ye .

tetapi , janganlah abaikan 'isu' penting yang dibicarakan di atas . kebanyakan kita memang salah memilih keutamaan amal . berbeza sebenarnya mad'u yang terikat dengan da'i melalui hati berbanding mad'u yang terikat melalui futsal , piza dan bilik air-cond . benar , ia boleh menjadi uslub [cara] untuk menarik mereka . cuma , jangan salah focus . sehingga akhirnya mereka terasa ingin bermanja . dan manjaan itu tidaklah melahirkan selain insan insan lemah , muslim muslim jinak dan sebagainya . kita mahu muslim yang 'ekstrim' . muslim yang mahu korbankan apa sahaja untuk tegakkan akidah !!

bagaimanapun , untuk tidak mengecewakan anda , hayatilah gambar dibawah .




p/s : blog ini bukanlah se-huduh penulisnya . err , dont judge a writer by it's blog .

Monday, April 11, 2011

benci jahat , tetapi tidak baik ?

ramai manusia sudah bijak . kebanyakan kita sudah mahir membezakan mana baik dan mana yang buruk atau dalam definisi ilmiahnya 'mumayiz' [erk] . ya , kita sedang dan akan terus berusaha ke arah itu . hari ini , kita melihat teori ' perokok adalah macho ' semakin terhakis praktisnya . kita juga melihat kecaknaan manusia untuk cenderung kepada isu isu kemanusiaan . isu di palestin , mesir , libya dan sebagainya tidaklah suatu bendasing di fikiran kita jika dibandingkan dengan era skrin-hitam-putih dahulu . kini , orang mudah jijik jika melihat kejahatan . orang akan 'nikmat' apabila melihat kebaikan . kita bukan lagi ' orang orang ' yang hanya berdiri diam . kita lebih kepada manusia .. err , robot yang dengar cakap .

iklan : muqaddimah di atas bukanlah sindiran , ia benar benar muqaddimah .

tetapi , adakah kita benar benar baik apabila benci akan kejahatan ? tentu jawapannya 'tidak' . benci kepada kejahatan perlulah hadir dengan ' suka kebaikan ' . kedua duanya perlu diadun dengan baik , kemudian barulah anda menjadi benar benar 'baik' .

" alah , sekurang kurangnya ada la rasa benci kan .. sekurang kurangnya "

ya , benar . dan sikap 'sekurang kurangnya' itulah yang perlu kita lupuskan . kenapa tidak 'selebih lebihnya' ? kerana ia menjadi semakin 'sengal' dari hari ke hari . dan ia akan terus berkembang , kemudian ... [pause]

mengapa ?

kebetulan esok ada demonstrasi palestin di bangunan tabung Haji . member member semua pakat nak pergi . kata orang , inilah semangat jihad . yelah , memanglah kita tidak mampu nak bantu berjihad di palestin sana . tapi , 'sekurang kurangnya' biarlah tertonjol sedikit dek kafir tu akan kebencian kita kat depa . jadikan demonstrasi ini salah satu jalannya .

tiba sahaja di KL Sentral , hati sudah sedikit gemuruh . kami semua datang dengan 'tema' yang sama . bendera palestin merata rata . oh , teruja . bendera palestin , 'mafla' , baju dan sebagainya . semua lapisan masyarakat ada . lebih menterujakan , yang non-muslim turut ambil bahagian termasuklah warga warga asing yang bertebaran di Malaysia .. err , maksud saya Klang . ok , lupakan .

selesai sahaja solat jumaat di ruang legar bangunan tabung haji , semuanya bagaikan 'berlari' , seakan akan ada panggilan jihad dari jalan besar . pembesar suara dinaikkan . di jalan itu , sudah sarat dengan manusia . member member semua sudah hilang entah pergi ke mana .

" khaibar khaibar ya yahud , jundu muhammad saufa ya'ud!! "

meriah gila .

mungkin ini 'pra-haji' bagi mereka yang belum pernah melaksanakannya . seakan akan berada medan jihad yang sebenar . masing masing dengan sepanduk jihad , datang dengan hati jihad , suara suara pemuda kita cukup hebat . demonstrasi diteruskan sehingga ke US embassy . wakil wakil kedutaan US telah sedia menunggu dipintu masuk . wakil dari demonstrator menyerahkan beberapa tuntutan semestinya berkaitan dengan pencerobohan ke atas Palestin bersama sekutu Israel mereka . demonstrasi tidak berhenti setakat itu , di belakang gerombolan besar ini , ada satu lagi kumpulan demonstrasi yang berarak dari masjid kampung baru . juga beberapa letus demo di masjid negara khususnya .

ya , mungkin ini adalah hari jihad se-malaysia .

pulang awal .

masing masing dengan kepuasan tersendiri , seperti pulang dari medan tempur . panas terik negeri Melayu tidak langsung memberi kesan ke atas kemaraan ke ' US embassy ' .

iklan : cerita pasti akan ke 'laut' jika disambung lagi . maka saya berhenti di sini .

so , bagaimana dengan ' member member ' tadi ?

member satu : terlibat dengan salah laku disiplin . dibuang sekolah etc
member dua : kerap ber'dating' . hisap rokok dan lumba haram .
member tiga : mencarut . derhaka . durjana

[ ya , ini bukan kisah benar . sekadar memberi gambaran . malah , ia memang berlaku . kan ? ]

kesimpulan : membeci 'kejahatan' israel tidak sempurna tanpa 'kebaikan' akhlak .

alang-alang membenci israel , kenapa tidak menyukai palestin ? ke camne ?

ye ke ?

pengemis di jordan ini memang ramai . memang boleh dikira dengan jari , tetapi memerlukan jari daripada 10 orang manusia . ini fenomena biasa .

menurut maklumat yang dipercayai orangnya , bahawasanya jikalah anda bernasib baik anda akan nampak satu van yang menurunkan kesemua pengemis ini . mereka gelar ini , ' kumpulan sindiket ' punya kerja . err , saya tiada komen untuk ini . tapi .. hmmm . ok , saya perlu tamatkan entri ini dahulu . maklumat lain menyebut pengemis pengemis ini juga akan bertukar dari hari ke hari atau dalam frasa lain , tukar shift .

beberapa orang di sini beri'tiqad [percaya] dengan fakta fakta itu .

kemudian , mereka tidak akan menderma kepada pengemis tersebut .

ok , cukup saya bercerita tentang jordan . malaysia tidak boleh lari , ia turut berjangkit di negara ini . jaga jaga . fokuskan pada : selangor

" mustahil di selangor ini ada orang faqir ! hasil zakat sahaja sudah mencecah jutaan . jikalau anda faham sistem , anda akan dapati bahawa kepelikan dan keajaiban sebenarnya apabila di selangor ini ada seorang pengemis! [merujuk kepada muslim] "
itu respon seorang penjawat awam tentang hal ini .

sumber menyebut :

kalau ada pengemis datang kepada anda [ baca : di selangor ] . mintalah alamat rumah dan katakan padanya anda akan memaklumkan hal ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak zakat . percayalah , orang itu akan lari . selamat mencuba .

apapun itu bukan isunya . kembali kepada 'feel' yang asal .

kebanyakan kita akan berkata ,

" aku tak mahu bagi sedekah kat pengemis pengemis tu , itu semua sindiket . bila kita sedekah , ini akan memburukkan Islam dan baitul mal seolah olah tidak menjaga pun kebajikan muslim . lebih lagi , ini akan menggalakkan lagi orang mengemis . kemudian .. bla .. bla .. bla "

ok .

jadi , benarkah apa yang dimaksudkan itu ? kita tidak menderma kerana sayang Islam atau sayang duit ? erk . jadi , memang benarlah kita gunakan duit dengan 'bersih' ? tahniah

malang sekali duit itu kita guna untuk beli rokok . maka , ia tertolak . kita sayang duit , bukan sayang Islam ! rokok adalah nikmat kepada perokok , tetapi bersedekah kepada faqir bukanlah nikmat kepada mereka . adeyh ! tapi , kira ok lah jugak . 'sekurang kurangnya' , mereka ada sense membenci sindiket dan menyayangi Islam [sedikit] .

kesimpulan : membenci 'kejahatan' sindiket tidaklah bererti tanpa 'kebaikan' amal

alang-alang membenci sindiket , mengapa tidak meninggalkan rokok ? ke ape ?

[resume] ... fikirlah mana yang perlu . adakah 'aula' [utama] kita bertindak begitu ? israel itu bukanlah semata mata ditumbangkan dengan ratusan peserta demonstrasi . ia tidaklah terkesan melainkan rembes rembes peluh peluh anda wahai sang demonstrator . mengapa tidak membina diri ? mengapa anda tidak bina seorang mu'min yang kuat ? mengapa anda tidak berakhlak ? sedangkan itu adalah senjata terkuat yang perlu kita ada . bukanlah ' sekurang kurangnya ' .. oke?

sindiket ? biarlah mereka itu sindiket ke , freemason ke ? , sister in islam ke ? atau siapa sahaja yang menjadi seteru kita . kita ini siapa ? boleh jadi kita ini sendiri adalah 'pembunuh' Islam dalam senyap . cakap bukan ikut sedap , cakap dengan amal . malas berdoa pada tuhan juga satu lagi problem , malah ia adalah senjata mu'min . kenapa tidak menggunakannya ? atau masih berpegang dengan 'sekurang kurangnya' ?

tidak perlu susah bencikan kejahatan jika anda tidak menyukai kebaikan . anda tidaklah lebih melainkan hanya seekor nyamuk yang mengganggu lena .

huh .

p/s : rajin rajinlah berdoa . semoga kita jadi 'kuat'

ta'rif atau taqween .

ehem3 . ok , perhatian perhatian !! tahukah kalian apa itu ' skill ' rasmi yang sering dijadikan senjata oleh para blogger untuk meningkatkan hit blog mereka ? tahukah bagaimana orang yang ' biasa ' boleh menjadikan blognya ' luar biasa ' dengan hanya membahagikan masa lebih kurang lima minit untuk mengupdate post post baru ??? ha , dengan ini secara rasminya dan buat julung kalinya saya melancarkan skill tersebut ke atas blog ini . iaitulah ' copy and paste ' .

sebagai permualaan , saya kongsikan entri dari http://ululalbab99.blogspot.com/
dengan tajuk ' blog ta'rif atau blog taqween ? ' .

maka dipersilakanlah utk membacanya . ok mulakan bacaan anda .. sekarang :

Alhmdulillah, punya semangat mencari kesempatan untuk kembali menulis di sini. Berkongsi dan memberi. Buat kesekian kali, blog telah terabai apabila urgensi medan tarbawi di alam nyata tinggi. Maka, diri ini akan kembali bermuhasabah. Mengapakah begini?

Borak2 dengan murobbi Glasgow hari itu, baru jumpa jawapannya.

Tujuan penulisan tuanblog ini sebenarnya tidak jelas. Maka, kadar usaha atau amal yang diberikan kepadanya turun naik mengikut situasi. Jadi pembolehubah dimanipulasi sahaja. Bila ada masa, bila ada idea, bila rasa mahu berkongsi, barulah terhegeh2 kembali menaip. Ini namanya hobi, bukan amal dakwi ni. Aiyaakkk. Konon je awal2 dulu, niat mahu menulis blog untuk menyampaikan fikrah islam kepada pembaca. Mahu menyantuni pembaca2 dengan persoalan2 aqliah kasi berfikir kencang sket. Namun kalau sebulan tak update2, macam ini. Memang masuk kategori hobi [baca: perkara yang dibuat pada masa lapang] la blog ni Ooo cik akak oi!


Muhasabah... muhasabah...

Bagaimanakah seorang daie kepada Allah 24/7 boleh mempunyai hobi. Terngiang2 kata2 Ust Aadtiff tak silap. Kalau dah serahkan seluruh hidup, mati, nyawa dan hembusan2 nafas ini semata kerana Allah. Bagaimana seorang daie itu masih punya masa lapang untuk mempunyai hobi. Mana ada masa lapang? Apatah lagi hobi? Sepatutnya setiap saat hanyalah Allah dan dakwah.

Dakwah.. Dakwah.. Dakwah

Nak dakwah panjang kena punya input mantap.

So perlu Tarbiyah..Tarbiyah..Tarbiyah

Maka, setiap saat hanya ada dakwah dan tarbiyah.

Selepas muhasabah, akhirnya tuanblog mengkonklusikan bahawa sebelum ini. Tuanblog yang bersemangat mahu menjadi daie tapi masih setahun jagung ini mengganggap blog ini hanyalah 'hobi'. Maka, tiadalah unsur2 dakwah dan tarbiyah yang muntij [baca:efektif ] di sini. Maka, amal blognya tidak berapa kencang untuk dakwah dan tarbiyahnya.


Maka, apakah jalan penyelesaiannya.

1. Tutup blog terus kerana full-time daie tiada 'hobi'.
2. Teruskan berblog bila ada masa seperti sebelum ini. Pasti ada sahaja, manusia2 yang terselit2 membaca dan mendapat faedahnya. InsyaAllah^^
3.Teruskan berblog dengan matlamat yang lebih jelas dan menjadikan blog ini sebagai amal DnT yang muntij. Woha!


Baiklah! Tuanblog mahu aim matlamat paling tinggi sbb nabi kita kan ajar begitu. Kalau nak doa, doalah moga mendapat untuk syurga firdaus yang paling tinggi. Walau tahu kemampuan diri. +_=" Maka, mari cuba pilihan ke3, kalau tak mampu, maafkan sahaja. pilihan kedua masih ada lagi.


Persoalannya, bagaimana mahu menjadikan blog ini atau blog2 kamu-kamu yang seperti saya ini lebih muntij dari segi amal tarbawinya.

Jawapannya, dakwah kitakan punya marhalah. Ada takrif ada taqween. Ada dakwah takrif dan ada dakwah taqween. Begitu juga blog kita. Ada blog takrif dan ada blog taqween.

Maka kalau nak matlamat jelas, perlu fokuskan matlamat blog anda2 ini.

1.Kalau mahu buat blog takrif. Penuhkan dengan bahan-bahan takrif yang umum. Perkenalkan kepada semua tentang islam. Islam yang best. Islam yang kaafffahhh.. Islam yang cemerlang, syumul, kamil, mutakammil, Islam dan Jahiliyiah, Salah Faham ttg Islam. Islam ini, dan Islam itu. Semua2lah tentang Fikrah Islam Kita. Kemudian sebarkan kepada semua.. sesiapa sahaja.. dimana jua. dan Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.


2.Kalau mahu buat blog taqween. Penuhkan dengan bahan-bahan taqween yang khusus. Kasi askari dan Sufi. Tembak habis2an manusia2 yang sedang ditaqween ini. Perkenalkan fikrah2 khusus seorang daie yang ditarbiyah. Cuci jahiliyiah2 sifat kita, Bersihkan paradigma dan mentaliti kita, Sentuh2 bab amal2 fardi dan penjagaan iman kita. Kata mahu taqween-centric! Kemudian sebarkan pada semua yang sedang ditaqween. Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.

Mari tuanblog bagi contoh blog no 1 [seperti ini] dan blog no2 [seperti ini]. Baru nampak jelas lagi point di atas ini harapnya.

Maka, kalau masih ada pembaca yang membaca. Kalau anda adalah tuanblog yang seperti saya, mari kita muhasabah diri dan amal blog kita ini. Dan tolonglah nasihatkan saya supaya lebih semangat memuntijkan [baca: mengefektifkan] amal saya ini.

tamat .

ulasan dari saya :

ya , saya telah jadikan blogging ini lebih kepada hobi . ops ..

p/s : blogging .. oh blogging .

Monday, April 4, 2011

freemason lagi ? [ updated ]

huh .

lenguh sebenarnya melayan geng2 anti - freemason dan yang seangkatan dengannya . isu ini bukanlah isu yang kecil berahsia , malahan seluruh masyarakat sudah ' alim ' tentang illuminati dan sebagainya . sudah lali telinga mendengar teriakan teori konspirasi , the arrivals serta saudara maranya . antara mereka ada yang lebih terkehadapan dengan menggerakkan jentera jentera ' perang saraf ' . iaitulah dengan membangunkan laman sesawang , blog , bahan bahan audio visual dan lain lain . umum melihat ' gejala ' ini sebagai sesuatu yang positif . umum melihat ini adalah gerakan kesedaran sejagat . umum melihat umat mula terbuka mata . laman sosial facebook , frienster dan twitter tidak ketinggalan dalam menyebarkan taktik ' busuk ' freemason dalam menjatuhkan Islam . tidak kiralah melalui artis artis 'upahan' mereka , perwakilan pemuda pemudi illuminati , malahan diperuntukkan gerak konspirasi ini pada binaan binaan berupa bentuk mata , segi tiga dan iringan warna hitam putih ' checkboard ' .

sebelum melontar lebih jauh , saya akui . saya tidaklah begitu arif dan faham tentang freemason ini . jauh sekali hendak menonton dan menghadam puluhan siri the arrivals yang kini sudah masuk fasa yang ke-empat . laman wakeupproject.com antara lidah rasmi yang banyak berbicara tentang teori konspirasi ini . bagi yang masih belum pernah mendengar semua ini , ketahuilah bahawa anda ' ketinggalan zaman ' . jika sebahagian tarekat-batil menamakan zaman ini ialah zaman karamah dan bukan zaman mauna , saya rasa sesuai digelarkan kita sekarang ini berada di
'zaman serangan freemason' . berbalik kepada pemahaman tadi , saya mula mengenali freemason ini di awal persekolahan peringkat menengah . pada masa itu , sudah cukup kecoh dan haru dengan beberapa kenyataan yang benar benar menghantui . pelbagai benda dikaitkan dengannya termasuklah kereta , papan tanda dan sistem . saya juga antara penyebar tegar ideologi ini ketika itu . sekali lagi saya tekankan , saya sekadar memahami perkara ini secara umum sahaja dan bukanlah secara 'precise' dan mohon mereka mereka yang lebih tahu untuk membetulkan mana mana fakta yang tidak tepat dalam entri ini khususnya termasuklah beberapa penulisan saya sebelum ini yang juga berkaitan dengan teori konspirasi .

salah atau benar ?

saya ada satu prinsip . keterbukaan saya adalah untuk menjawab persoalan keperluan dan keutamaan terlebih dahulu . kemudian selebihnya saya serahkan pada anda untuk menyimpulkan . kerana soal salah atau benar ini adalah terlalu 'jumud' . biarlah kita faham terlebih dahulu tentang soalan "perlu ke?" atau "penting ke?" sebelum menghuraikan jawapan "betul ke? dan "salah ke?".

soalnya begini ,

perlu ke? suka saya kongsikan beberapa perkara yang barangkali saya sendiri silap percaturan dalam kehidupan . saya usulkan satu masalah , iaitu mengenai penglibatan artis artis khusunya produk dari barat seperti justin bieber dan lady gaga . sebahagian fakta menyebut tentang perkaitan mereka berdua sebagai agen freemason termasuklah rihanna dan beberapa artis lain . saya pasti khabar ini telah tersebar jauh dalam kalangan masyarakat kita . ditambah lagi dengan galakan dari beberapa laman sosial untuk 'share' dan sebagainyalah . ya , ramai antara kita melihat ini adalah suatu impak yang positif . ini adalah usaha yang baik untuk menjauhkan muda mudi kita dari berdekatan dengan imej imej dan budaya negatif dari barat khususnya .

jadi , saya bawakan di sini dua persoalan yang perlu dijawab . nah , perhatikan elok elok .

1 . perlukah mengaitkan lady gaga dan justin bieber dengan freemason agar orang membenci mereka ?

2 . adakah boleh kita meminati , mendengari lagu dan menyanjungi mereka ?

tentang persoalan tersebut . merujuk kepada beberapa pemerhatian yang tidak rasmi , kebanyakan respon menyebut bahawa ia adalah satu keperluan . pendapat yang lain menyebut , 'tidak salah' dan 'baguslah' , sekurang kurangnya dapat menakutkan orang agar menjauhi artis artis yang tidak senonoh itu . hmmm .. perasan tidak ada satu perselisihan kefahaman dalam kenyataan ini ? kalau benar artis itu tidak senonoh , mengapa perlu dicari lagi sebab lain untuk menjauhkan dan membuat orang lain membenci kepada artis artis ini ? bukankah cukup dengan menyatakan bahawa artis ini tidak menutup aurat , maka kita wajib menjauhinya !! tidakkah cukup dengan realiti lagu lagunya yang penuh dengan bahasa lucah , kotor dan bertentangan dengan syari'at untuk menjadi asbab kita semua meninggalkan dan membenci mereka ?? ini adalah suatu pertembungan fakta yang sangat mengejutkan . tidak percaya ?

G : weyh , kau jangan la dengar lagi lagu lady gaga dan justien bieber .
M : kenapa ?
G : yelah , dia tu ahli freemason


ada beberapa point penting yang perlu kita ambil cakna .

kefahaman yang salah


bukanlah hemat saya untuk menyalahkan kumpulan ini dan kumpulan itu . sebab itu saya tidak gemar menjawab persoalan salah dan benar . dalam pandang sisi ilmiah , apa yang terjadi pada keadaan sebegini ialah kesilapan dalam meletakkan hukum . ilmuan mana yang cakap menyendarkan sesuatu masalah itu kepada freemason dengan niat untuk menakut nakutkan orang adalah dibenarkan dalam Islam ? dalam Islam perkara konsep ini dinamakan ' tarhib ' . [rujuk pada asatizah dan masyaikh untuk mendapat ulasan yang lebih mantap] . contohnya , ayat ayat quran atau hadith yang menceritakan tentang azab neraka bertujuan untuk memberi amaran dan juga menakut nakutkan manusia khususnya supaya meninggalkan sesuatu perkara yang dikeji . tidak lain tidak bukan , konsep targhib perlu bergantung kepada dalil atau nas nas sahih samaada Quran mahupun Hadith . nescaya itu , ia bolehlah dinamakan sebagai tarhib yang 'rabbaniah' .
Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(QS. At-Taubah : 101)
tarhib rabbaniah tidak akan lari dari landasan syari'at kerana ia telah memenuhi syarat yang ditetapkan . antara lain , juga berkaitan dengan isu ini ialah tentang perkara perkara yang ghaib . perkara yang ghaib itu tidaklah diketahui melainkan menepati nas Quran , Hadith dan juga Sunnatullah . contohnya , tentang azab kubur dan nikmat syurga . tiada sumber yang lain untuk menggambarkan keduanya selain daripada berpandukan ayat Quran dan Sunnah . contoh lain , tentang ramalan cuaca . ia bukanlah sesuatu yang lari dari syari'at kerana ia dibuat berpandukan sunnatullah iaitu kejadian alam semula jadi .

kembali kepada ' freemason ' . adakah ia targhib yang 'rabbaniah' ? adakah ia mematuhi pra-syarat kelayakan untuk diterima kesahihannya ? kebanyakan kita hari ini lebih banyak bergantung kepada ramalan ramalan yang tiada sandaran melainkan hanya menggunakan logik akal serta ' nafsu '. mungkin belum cukup jelas . kita beralih kepada masalah menggunakan 'freemason' sebagai targhib [ menakut nakutkan ] supaya orang menjauhi sesuatu perkara itu . untuk memahami mengapa targhib yang tidak 'rabbaniah' sebegini tidak boleh diterima , turuti bacaan anda hingga akhir entri .

contoh yang sama , lady gaga . apabila dikaitkan dia dengan freemason supaya orang tidak menuruti atau meminati lady gaga sudah pasti ia tidak 'rabbaniah' . mengapa ?? kalaulah dibuktikan bahawa dia bukanlah ahli freemason mahupun agen , adakah dia boleh diterima untuk diminati dan disanjungi ? sebab itu targhib ini tertolak ! kalaulah benar sekalipun bahawasanya lady gaga adalah ahli freemason , bukankah cukup untuk meletakkan 'seksi' , 'tidak tutup aurat' , 'lagu yang bertentangan dengan syari'at' dan lain lain sebagai hujah untuk menolak dan memboikot lady gaga ?

ini adalah tertolak !!!

dari dimensi fikriah , kita melihat bahawa kebencian ummat akan beralih pada sesuatu yang hanya ada kaitan dengan freemason sekalipun ia tidaklah terbukti . sehingga keluar kenyataan berhubung dengan isu ini , " aku tak nak lah pergi wayang lagi , kerana itu semua kerja freemason nak sesatkan umat Islam " , " malaslah nak pergi pasaraya timesquare tu lagi sebab bangunannya berbentuk mata yang dirancang sendiri oleh gerakan illuminati " !!! ini semua tidak 'rabbaniah' !

perasan kena serang

ini satu lagi masalah besar , yang menyebabkan kita pening dan bertambah pening . saya pernah berjiran dengan satu keluarga . ketua keluarganya cukup menjaga Islam agamanya , mana tidak , semua tingkap di rumahnya diubahsuai dan disimen bagi menghilangkan bentuknya yang seakan akan salib !! suatu ketika dahulu , lambang crocs pernah dikaitkan dengan nama Allah dalam tulisan jawi . ketika itu , memang habis tersebar . semua crocs serta merta dibuang semata mata kerana khabar angin tersebut . pernah juga dikaitkan cocacola dengan 'la muhammad la makkah' dan sebagainya . termasuklah juga 'Akum' dan 'Askm' yang dita'arifkan dengan makna makna yang buruk dalam bahasa ibrani . saya namakan masalah ini dengan frasa 'perasan-diserang' .
" kalau macam itu , kita tak bolehlah guna huruf 't' pada setiap penulisan kita . bukankah 't' itu berupa salib? "
jawab guru saya ketika disekolah dahulu apabila menerima persoalan tentang masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas . dari sudut lain , kita sepatutnya melihat bahawa ini sebenarnya adalah suatu bentuk kezaliman yang 'senyap' . mungkin sukar kita melihat realiti ini apabila berada di pihak yang 'memboikot' . apabila yang 'diboikot' tiba tiba sahaja menerima kesan yang buruk dek penyebaran maklumat yang langsung tidak berfakta dan hanya bergantung pada kekreatifan akal manusia untuk membayangkan adanya kalimah Allah pada logo itu . adanya penghinaan Islam pada logo ini . tidakkah ini zalim ?? mungkin ada suara suara belakang yang akan berkata saya seakan akan membelakangi Islam dan mendabik dada orang orang kafir . tidak , mudah mudahan saya tidaklah begitu . ini soal nilai Islam !

cuba sama sama kita bayangkan . pada suatu hari kita buka satu syarikat , dan lengkaplah dengan logonya , dengan perlembagaannya , dengan sistemnya . kemudian secara tiba tiba ada orang labelkan logo syarikat kita menghina Islam sedangkan kita tidak pernah sezarah pun terfikir untuk berbuat demikian . kemudian dengan sebab fitnah itu , keuntungan syarikat jatuh merudum . kita dipulau dan diejek-ejek . tidakkah itu zalim ? saya maksudkan kumpulan kumpulan yang hanya berhujah tapi penuh dengan auta tanpa sebarang fakta dan angka .

samalah dengan isu freemason . ramai yang perasan diserang . sedangkan dengan adanya geng2 penyebar tegar inilah sebenarnya yang menunjukkan bahawa konspirasi ini berjaya kerana jiwa dan tenaga kita lebih banyak sibuk dengan kajian kajian yang sekadar membongkar membongkar dan terus membongkar . hasilnya tetap sama , iaitulah merekrut manusia paranoid terhadap istilah 'freemason' dan manusia manusia yang pakar sejarah illuminati tetapi hakikatnya buta sejarah Islam !! barangkali , sang penyebar itulah sebenarnya agen freemason !

pesan saya , janganlah perasan kena serang ! kepada yang dah kena serang sekali , elaklah untuk kali yang kedua .


apa usaha kita ?

mungkin tidak adil jika saya berterusan mengkritik golongan di sebelah sana sahaja . orang kata , kita perlu adil dengan fakta . tidak saya nafikan , diluar sana masih ramai yang langsung tidak up-to-date dengan khabar Islam . jadi , apa sebenarnya yang kita nak buat ?

mulalah dari bawah .

kerana ramai orang mahukan negara Islam , mahukan pemerintahan Islam . tetapi gagal membentuk peribadi dan penampilan dirinya sebagai seorang Islam .

tetapi apakah kita sekadar membongkar kerja mereka sahaja ?

semua orang mahukan world order atau ustaziatul 'alam . mereka ada kerja mereka , mengapa kita tidak atur langkah kita ? tidak lain kita hanyalah manusia yang hanya reti bertahan tetapi tidak menyerang . serangan ideologi , konspirasi terancang dan sebagainya . mengapa tidak menyerang ? kita bina asas yang kukuh . kita perlukan seorang individu muslim , kemudian beralih kepada era kekeluargaan dengan membina bayt muslim , kemudian masyarakat yang benar benar muslim dan akhirnya menjadi sebuah negara muslim . ini adalah turutan kerja yang kita telah abaikan .
" ramai orang yang mahu mengubah dunia , tetapi gagal mengubah diri sendiri "
tidak lain melainkan hidup ini adalah 100% perjuangan . sekian .

p/s : sebarang komen , puas hati dan luahan hati bolehlah dinyatakan sesuka hati .

p/s : share if you care .