apabila bertembung Islam dan Sains , orang akan melihat ia 'cool' .
kita kata ,
" inilah syumulnya Islam , inilah bukti kebenaran agama Islam "
kemudian datang pula pengkaji pengkaji hasil sains , dan usahakan ratusan seminar mencenderungkan sains kepada Islam . bidang penulisan tidak ketinggalan malah lebih rancak . ya , bidang apa sekalipun apabila di'islamisasi'kan maka ia akan menjadi perhatian ramai . tidak kiralah ianya sains Islam , kereta Islam , mobile Islam , 'capal nabi' , perubatan Islam , cinta Islam , fesyen Islam dan sebagainya lah [ tidak ketinggalan 'islam hadhari' ] . teringat saya gerakan pengIslaman ilmu [ Islamisation of knowledge ] yang dikepalai oleh Syed Naquib dan rakan rakannya . beliau memperjuangkan pengIslaman minda , jasad dan hati . saya tidak pasti bagaimana teori itu dan tidak pasti sama ada dia tertampar atau ditampar oleh fenomena 'jumud' yang berlaku pada hari ini .
apa yang berlaku ?
targhib ??
saya rasa sudah menjadi tidak asing , orang kata .
meluruskan saff dalam sembahyang jemaah akan menghasilkan cas neutral pada badan manusia , ini berlaku apabila seorang A bercas [-] bersentuh dengan B cas [+] ketika solat jemaahsaya tidak pasti , samaada ia sebenar benar fakta atau sekadar memberi khabar gembira . nanti ada yang bertanya , jikalah suatu hari nanti dicipta alat yang boleh menuetralkan cas badan manusia adakah kita tidak memerlukan solat ? juga , jika pada masa hadapan ada mesin yang boleh membaik pulih sistem reproduktif manusia adakah kita tidak lagi memerlukan hukuman sebat untuk penzina ?
orang yang berzina dirotan kerana luka luka akibat dirotan itu akan membaik pulih reproductive system manusia .
jangan sehingga ia menjadi targhib yang tidak rabbaniyah . apabila kita mendetailkan hukum tuhan mengikut akal makhluk pasti ia menjadi sedikit cacat . cukuplah apa yang Quran dan Sunnah sebut . selebihnya biarlah kita serahkan sahaja pada Allah .
bencana dan Quran ?
apa yang memelikkan manusia sekarang ini adalah apabila berlaku sahaja bencana pasti ada sahaja 'mukjizat angka' surah di dalam Al Quran . tidak kiralah ia bencana alam , kemalangan mahupun apa sahaja . tidak hairanlah ini berlaku , kerana minda kita lebih sedap dengan benda benda 'ajaib' . manusia lebih berselera dengan perkara 'miracle' . kata mereka , inilah 'mukjizat Quran' . barangkali dianggap nada Quran itu semata mata berbicara soal bencana , kemalangan sahaja ?
malang sekali kita gagal melihat kebesaran Al Quran dengan baik . sudah pasti , kebesaran Allah tidaklah dibataskan kepada kalimah الله di langit , di kulit kambing , ikan , dirian pokok dan sebagainya . adakah tidak ada modal lain lagi untuk melihat Islam itu agung ? bukan saya yang timbulkan isu ini , di luar sana masih ramai yang terpinga pinga sedangkan musuh telah berdekah dekah mentertawakan kita semua . apatah lagi kesemua itu masih dibawah akta ' tidak pasti ' dan ' still in dispute accidental facts '.
sehingga kini , kita rasa kurang selesa bagaimana mereka kaitkan tarikh bencana dengan ayat ayat Al Quran . bagaimana pembahagiannya ?? mengapa perlu ditolak tambah dan sebagainya ? kemudian , makin becambahlah persoalan persoalan dan pertikaian yang tiada keuntungan padanya . saya masih tidak pasti sejauh mana teori 'matematik' ini menyumbang kepada agama . bukanlah mempertikaikan 'niat' dan 'usaha' mereka , tetapi ini soal 'cara' . bukan 'apa' yang mereka lihat , tetapi 'bagaimana' mereka melihat !
[ nanti ada pula yang cakap angka '11' itu ada kaitan dengan illuminati , entahlah .. ]
janganlah sehingga kita perdebatkan angka angka yang tiada nilai , akhirnya ummah juga yang rugi . serahkan pada Allah untuk angka angka itu , malah Dia lebih mengetahui . belajarlah untuk tadabbur Quran dengan dimensi Islam .
rujuk al kahf , 22 .
Islamisasi ?
ini satu lagi isu besar yang malang sekali menimpa umat .
bagaimana sebuah kereta itu boleh 'masuk Islam' disebabkan ditatahkan pada sekeliling pintunya dengan khat , sebuah kompas penunjuk kiblat , ditambah lagi dengan tempat simpan telekung dan sebuah rak kecil untuk menyimpan Al Quran . jadi , benarlah itu kenderaan dalam Islam ?
kemudian , kecoh pula dengan 'fesyen Islam' . dengan bertudung sikit sikit , tulisan jawi di setiap inci baju , kain berwarna kesukaan nabi dan bercapal 'nabi' adakah itu menepati kriteria pakaian dalam Islam ? atau benarkah ada fesyen dalam Islam ??
'perubatan Islam' ? pernah saya ikuti siri siri ceramah seorang pengamal perubatan Islam , tetapi saya gagal memahami apa lebih Islamnya pengamal perubatan jenis ini . adakah dengan jampi jampi ayat Quran itu , ia sudah dikira islamik ? adakah dengan meletak Al Quran dikepala pesakit sudah dikira perubatan Islam ?
wahai ikhwan [ cuba meniru gaya penulisan IHAB ] ,
ketahuilah , tidak pernah dispesifikasikan secara zahir bagaimana sesuatu itu boleh menjadi 'Islam' . ia lebih kepada sesuatu yang berbentuk kualiti , mutu dan nilai . jadi , kenderaan Islam adalah kenderaan yang bermutu . kenderaan Islam adalah kenderaan yang dinaiki oleh pemandu yang berhemah . malah jika disebut tentang tempat menyimpan telekung dan al Quran , adakah selama ini di dalam kenderaan tiada tempat untuk meletak kedua keduanya ? kompas ? ia mampu dibeli dengan harga RM5 sahaja dipasaran . walhal lebih teruk lagi , jika kenderaannya Islam tetapi pemandunya tidak membaca Quran , pemandunya tidak memakai tudung , pemandunya tidak solat !!! sebenar benar kenderaan Islam adalah yang memiliki enjin yang selesa , teliti dan kemas sistemnya , berpatutan harganya , terbaek pembuatannya .
Apa itu fesyen Islam ? tidak perlu saya bazirkan tenaga 10 kerat jari ini , Islam tiada fesyen !! Islam hanya ada konsep , konsep Islam adalah menutup aurat . tidak kiralah apa sahaja yang dipakai , tetapai jika mematuhi standart syariat itulah dia 'fesyen Islam' . muktamad .
ini satu lagi hal , perubatan Islam . malanglah kita jika melihat perubatan Islam adalah mana mana perubatan yang menggunakan ayat Quran dan jampi jampi . kemudian dengan mudah menggelar diri mereka 'pengamal perubatan Islam' . kita tidak nafikan , benarlah ia salah satu cara untuk merawat pesakit . benarlah kita perlu tawakal , tetapi kita bukanlah berada dalam bulatan itu . kita masih tersangkut , berputar dalam orbit yang sama . perubatan Islam juga adalah sebuah konsep . sepatutnya perubatan Islam ialah perubatan yang maju . perubatan yang paling teliti . perubat perubatnya pula berakhlak mulia . inilah perubatan Islam yang sebenar !
orang kata ,
" tak payah lah sibuk kerja orang ! biarlah , sekurang kurangnya mereka ada usaha . engkau tu dari mula sampai tamat cerita mengkritik orang je apa sangat yang kau dapat "pertama sekali , tuan tuan dan puan puan kena faham .
kita tidak mahu nama Islam diseret ke dalam kancah yang sepatutnya ia tiada pun . kita sangat bimbang fenomena 'gila-rupa-bentuk-Islam' ini akhirnya membawa salah faham terutama dalam kalangan orang orang di luar sana . sehingga Islam itu dilihat 'buruk' dan serong dek kejahilan ahli ahlinya . nah , lihat contohnya -
'kereta Islam' , tetapi pemandunya tidak berhemah . pemandunya tidak menutup aurat . pemandunya berbahasa kesat . secara tidak langsung , meletakkan Islam di kandang 'pesalah' . bayangkan berlaku satu kejadian lumba haram , kemudian berlaku kejar mengejar antara polis dan pelumba pelumba haram itu . kebetulan pula para pelumba masing masing menaiki 'kereta Islam' !! tidak pasal pasal , nama Islam dihentam .
'fesyen Islam' , tetapi menonjolkan wanita wanita Islam . aurat terbuka . kebetulan fesyen itu dideklarasi sebagai 'Islam' . kemudian orang akan melihat Islam adalah sebegitu , sebagaimana ia ditayangkan kepada khalayak , kan ?
'perubatan Islam' , tetapi docte docte yang tidak berdisiplin . bilik perubatan yang tidak bersih dan tidak kemas . kemudian para pesakit pula mengadu kerana layanan buruk oleh para 'pengamal-perubatan-Islam' ini . akhir cerita , Islam pasti mendapat tempias serupa .
samalah juga dengan 'penasyid' . tetapi di pentas terkinja kinja . perangai setaraf mat minah rempit . lirik lagu merosakkan akhlak dan sebagainya .
samalah juga dengan 'capal nabi' . tetapi pemakainya berhati munafik .
samalah juga dengan 'mobile islam' . tetapi pemiliknya memakan riba' .
samalah juga dengan 'masjid' . megah binaannya , tetapi tidak dipenuhi jemaah .
Islam adalah konsep . ia bukan sekadar membawa rupa , bentuk dan warna . maka begitu , tidak siapa boleh declare dirinya lebih Islam dari orang lain semata mata kerana dia memiliki kereta Islam , pakaian Islam , mobile Islam , capal nabi dan lain lain . janganlah akibat kejahilan kita , Islam juga yang mendapat tempiasnya .
hmm .. mungkin inilah yang dinamakan 'kereta Islam'
hehe ..
p/s : blog juga tidaklah cukup Islam dengan sekadar meletak tulisan tulisan Al Quran , memainkan alunan zikir dan sebagainya . isilah blog anda dengan tulisan tulisan Islam .
3 comments:
asslamualaikum.
sangat bernas dan tepat. itulah realiti dalam masyarakat. Tapi yang nampak makin jelas nama islam tu boleh buat untung.Sebab itu yang semua orang ghairah dok tepek nama islam tu.
agak-agak nanti lepas jawab ker bila allah tanya ekkk....
tahniah atas artikel ini... sememangnya Islam itu perlu didalami dan difahami maknanya, diterap dalam jiwa.. bukan sekadar ikut2 sahaja..
benar. :)
Post a Comment