iklan : muqaddimah di atas bukanlah sindiran , ia benar benar muqaddimah .
tetapi , adakah kita benar benar baik apabila benci akan kejahatan ? tentu jawapannya 'tidak' . benci kepada kejahatan perlulah hadir dengan ' suka kebaikan ' . kedua duanya perlu diadun dengan baik , kemudian barulah anda menjadi benar benar 'baik' .
" alah , sekurang kurangnya ada la rasa benci kan .. sekurang kurangnya "
ya , benar . dan sikap 'sekurang kurangnya' itulah yang perlu kita lupuskan . kenapa tidak 'selebih lebihnya' ? kerana ia menjadi semakin 'sengal' dari hari ke hari . dan ia akan terus berkembang , kemudian ... [pause]
mengapa ?
kebetulan esok ada demonstrasi palestin di bangunan tabung Haji . member member semua pakat nak pergi . kata orang , inilah semangat jihad . yelah , memanglah kita tidak mampu nak bantu berjihad di palestin sana . tapi , 'sekurang kurangnya' biarlah tertonjol sedikit dek kafir tu akan kebencian kita kat depa . jadikan demonstrasi ini salah satu jalannya .
tiba sahaja di KL Sentral , hati sudah sedikit gemuruh . kami semua datang dengan 'tema' yang sama . bendera palestin merata rata . oh , teruja . bendera palestin , 'mafla' , baju dan sebagainya . semua lapisan masyarakat ada . lebih menterujakan , yang non-muslim turut ambil bahagian termasuklah warga warga asing yang bertebaran di Malaysia .. err , maksud saya Klang . ok , lupakan .
selesai sahaja solat jumaat di ruang legar bangunan tabung haji , semuanya bagaikan 'berlari' , seakan akan ada panggilan jihad dari jalan besar . pembesar suara dinaikkan . di jalan itu , sudah sarat dengan manusia . member member semua sudah hilang entah pergi ke mana .
" khaibar khaibar ya yahud , jundu muhammad saufa ya'ud!! "mungkin ini 'pra-haji' bagi mereka yang belum pernah melaksanakannya . seakan akan berada medan jihad yang sebenar . masing masing dengan sepanduk jihad , datang dengan hati jihad , suara suara pemuda kita cukup hebat . demonstrasi diteruskan sehingga ke US embassy . wakil wakil kedutaan US telah sedia menunggu dipintu masuk . wakil dari demonstrator menyerahkan beberapa tuntutan semestinya berkaitan dengan pencerobohan ke atas Palestin bersama sekutu Israel mereka . demonstrasi tidak berhenti setakat itu , di belakang gerombolan besar ini , ada satu lagi kumpulan demonstrasi yang berarak dari masjid kampung baru . juga beberapa letus demo di masjid negara khususnya .
meriah gila .
ya , mungkin ini adalah hari jihad se-malaysia .
pulang awal .
masing masing dengan kepuasan tersendiri , seperti pulang dari medan tempur . panas terik negeri Melayu tidak langsung memberi kesan ke atas kemaraan ke ' US embassy ' .
iklan : cerita pasti akan ke 'laut' jika disambung lagi . maka saya berhenti di sini .
so , bagaimana dengan ' member member ' tadi ?
member satu : terlibat dengan salah laku disiplin . dibuang sekolah etc
member dua : kerap ber'dating' . hisap rokok dan lumba haram .
member tiga : mencarut . derhaka . durjana
[ ya , ini bukan kisah benar . sekadar memberi gambaran . malah , ia memang berlaku . kan ? ]
kesimpulan : membeci 'kejahatan' israel tidak sempurna tanpa 'kebaikan' akhlak .
alang-alang membenci israel , kenapa tidak menyukai palestin ? ke camne ?
ye ke ?
pengemis di jordan ini memang ramai . memang boleh dikira dengan jari , tetapi memerlukan jari daripada 10 orang manusia . ini fenomena biasa .
menurut maklumat yang dipercayai orangnya , bahawasanya jikalah anda bernasib baik anda akan nampak satu van yang menurunkan kesemua pengemis ini . mereka gelar ini , ' kumpulan sindiket ' punya kerja . err , saya tiada komen untuk ini . tapi .. hmmm . ok , saya perlu tamatkan entri ini dahulu . maklumat lain menyebut pengemis pengemis ini juga akan bertukar dari hari ke hari atau dalam frasa lain , tukar shift .
beberapa orang di sini beri'tiqad [percaya] dengan fakta fakta itu .
kemudian , mereka tidak akan menderma kepada pengemis tersebut .
ok , cukup saya bercerita tentang jordan . malaysia tidak boleh lari , ia turut berjangkit di negara ini . jaga jaga . fokuskan pada : selangor
itu respon seorang penjawat awam tentang hal ini .
" mustahil di selangor ini ada orang faqir ! hasil zakat sahaja sudah mencecah jutaan . jikalau anda faham sistem , anda akan dapati bahawa kepelikan dan keajaiban sebenarnya apabila di selangor ini ada seorang pengemis! [merujuk kepada muslim] "
sumber menyebut :
kalau ada pengemis datang kepada anda [ baca : di selangor ] . mintalah alamat rumah dan katakan padanya anda akan memaklumkan hal ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak zakat . percayalah , orang itu akan lari . selamat mencuba .
apapun itu bukan isunya . kembali kepada 'feel' yang asal .
kebanyakan kita akan berkata ,
" aku tak mahu bagi sedekah kat pengemis pengemis tu , itu semua sindiket . bila kita sedekah , ini akan memburukkan Islam dan baitul mal seolah olah tidak menjaga pun kebajikan muslim . lebih lagi , ini akan menggalakkan lagi orang mengemis . kemudian .. bla .. bla .. bla "
ok .
jadi , benarkah apa yang dimaksudkan itu ? kita tidak menderma kerana sayang Islam atau sayang duit ? erk . jadi , memang benarlah kita gunakan duit dengan 'bersih' ? tahniah
malang sekali duit itu kita guna untuk beli rokok . maka , ia tertolak . kita sayang duit , bukan sayang Islam ! rokok adalah nikmat kepada perokok , tetapi bersedekah kepada faqir bukanlah nikmat kepada mereka . adeyh ! tapi , kira ok lah jugak . 'sekurang kurangnya' , mereka ada sense membenci sindiket dan menyayangi Islam [sedikit] .
kesimpulan : membenci 'kejahatan' sindiket tidaklah bererti tanpa 'kebaikan' amal
alang-alang membenci sindiket , mengapa tidak meninggalkan rokok ? ke ape ?
[resume] ... fikirlah mana yang perlu . adakah 'aula' [utama] kita bertindak begitu ? israel itu bukanlah semata mata ditumbangkan dengan ratusan peserta demonstrasi . ia tidaklah terkesan melainkan rembes rembes peluh peluh anda wahai sang demonstrator . mengapa tidak membina diri ? mengapa anda tidak bina seorang mu'min yang kuat ? mengapa anda tidak berakhlak ? sedangkan itu adalah senjata terkuat yang perlu kita ada . bukanlah ' sekurang kurangnya ' .. oke?
sindiket ? biarlah mereka itu sindiket ke , freemason ke ? , sister in islam ke ? atau siapa sahaja yang menjadi seteru kita . kita ini siapa ? boleh jadi kita ini sendiri adalah 'pembunuh' Islam dalam senyap . cakap bukan ikut sedap , cakap dengan amal . malas berdoa pada tuhan juga satu lagi problem , malah ia adalah senjata mu'min . kenapa tidak menggunakannya ? atau masih berpegang dengan 'sekurang kurangnya' ?
tidak perlu susah bencikan kejahatan jika anda tidak menyukai kebaikan . anda tidaklah lebih melainkan hanya seekor nyamuk yang mengganggu lena .
huh .
p/s : rajin rajinlah berdoa . semoga kita jadi 'kuat'
3 comments:
betul tu..kita nak benci amerika contohnya.tp rokok yg kita isap,sumbang gak kat diorg..mentaliti x seiring dgn hakiki..susah2 gitu..
orang kata
macam GILA pro teori konspirasi.
tapi semayang tak awal waktu gak.
zzzzz
wow. perbandingan yg menarik.
Post a Comment