lenguh sebenarnya melayan geng2 anti - freemason dan yang seangkatan dengannya . isu ini bukanlah isu yang kecil berahsia , malahan seluruh masyarakat sudah ' alim ' tentang illuminati dan sebagainya . sudah lali telinga mendengar teriakan teori konspirasi , the arrivals serta saudara maranya . antara mereka ada yang lebih terkehadapan dengan menggerakkan jentera jentera ' perang saraf ' . iaitulah dengan membangunkan laman sesawang , blog , bahan bahan audio visual dan lain lain . umum melihat ' gejala ' ini sebagai sesuatu yang positif . umum melihat ini adalah gerakan kesedaran sejagat . umum melihat umat mula terbuka mata . laman sosial facebook , frienster dan twitter tidak ketinggalan dalam menyebarkan taktik ' busuk ' freemason dalam menjatuhkan Islam . tidak kiralah melalui artis artis 'upahan' mereka , perwakilan pemuda pemudi illuminati , malahan diperuntukkan gerak konspirasi ini pada binaan binaan berupa bentuk mata , segi tiga dan iringan warna hitam putih ' checkboard ' .
sebelum melontar lebih jauh , saya akui . saya tidaklah begitu arif dan faham tentang freemason ini . jauh sekali hendak menonton dan menghadam puluhan siri the arrivals yang kini sudah masuk fasa yang ke-empat . laman wakeupproject.com antara lidah rasmi yang banyak berbicara tentang teori konspirasi ini . bagi yang masih belum pernah mendengar semua ini , ketahuilah bahawa anda ' ketinggalan zaman ' . jika sebahagian tarekat-batil menamakan zaman ini ialah zaman karamah dan bukan zaman mauna , saya rasa sesuai digelarkan kita sekarang ini berada di 'zaman serangan freemason' . berbalik kepada pemahaman tadi , saya mula mengenali freemason ini di awal persekolahan peringkat menengah . pada masa itu , sudah cukup kecoh dan haru dengan beberapa kenyataan yang benar benar menghantui . pelbagai benda dikaitkan dengannya termasuklah kereta , papan tanda dan sistem . saya juga antara penyebar tegar ideologi ini ketika itu . sekali lagi saya tekankan , saya sekadar memahami perkara ini secara umum sahaja dan bukanlah secara 'precise' dan mohon mereka mereka yang lebih tahu untuk membetulkan mana mana fakta yang tidak tepat dalam entri ini khususnya termasuklah beberapa penulisan saya sebelum ini yang juga berkaitan dengan teori konspirasi .
salah atau benar ?
saya ada satu prinsip . keterbukaan saya adalah untuk menjawab persoalan keperluan dan keutamaan terlebih dahulu . kemudian selebihnya saya serahkan pada anda untuk menyimpulkan . kerana soal salah atau benar ini adalah terlalu 'jumud' . biarlah kita faham terlebih dahulu tentang soalan "perlu ke?" atau "penting ke?" sebelum menghuraikan jawapan "betul ke? dan "salah ke?".
soalnya begini ,
perlu ke? suka saya kongsikan beberapa perkara yang barangkali saya sendiri silap percaturan dalam kehidupan . saya usulkan satu masalah , iaitu mengenai penglibatan artis artis khusunya produk dari barat seperti justin bieber dan lady gaga . sebahagian fakta menyebut tentang perkaitan mereka berdua sebagai agen freemason termasuklah rihanna dan beberapa artis lain . saya pasti khabar ini telah tersebar jauh dalam kalangan masyarakat kita . ditambah lagi dengan galakan dari beberapa laman sosial untuk 'share' dan sebagainyalah . ya , ramai antara kita melihat ini adalah suatu impak yang positif . ini adalah usaha yang baik untuk menjauhkan muda mudi kita dari berdekatan dengan imej imej dan budaya negatif dari barat khususnya .
jadi , saya bawakan di sini dua persoalan yang perlu dijawab . nah , perhatikan elok elok .
1 . perlukah mengaitkan lady gaga dan justin bieber dengan freemason agar orang membenci mereka ?
2 . adakah boleh kita meminati , mendengari lagu dan menyanjungi mereka ?
tentang persoalan tersebut . merujuk kepada beberapa pemerhatian yang tidak rasmi , kebanyakan respon menyebut bahawa ia adalah satu keperluan . pendapat yang lain menyebut , 'tidak salah' dan 'baguslah' , sekurang kurangnya dapat menakutkan orang agar menjauhi artis artis yang tidak senonoh itu . hmmm .. perasan tidak ada satu perselisihan kefahaman dalam kenyataan ini ? kalau benar artis itu tidak senonoh , mengapa perlu dicari lagi sebab lain untuk menjauhkan dan membuat orang lain membenci kepada artis artis ini ? bukankah cukup dengan menyatakan bahawa artis ini tidak menutup aurat , maka kita wajib menjauhinya !! tidakkah cukup dengan realiti lagu lagunya yang penuh dengan bahasa lucah , kotor dan bertentangan dengan syari'at untuk menjadi asbab kita semua meninggalkan dan membenci mereka ?? ini adalah suatu pertembungan fakta yang sangat mengejutkan . tidak percaya ?
G : weyh , kau jangan la dengar lagi lagu lady gaga dan justien bieber .
M : kenapa ?
G : yelah , dia tu ahli freemason
ada beberapa point penting yang perlu kita ambil cakna .
kefahaman yang salah
bukanlah hemat saya untuk menyalahkan kumpulan ini dan kumpulan itu . sebab itu saya tidak gemar menjawab persoalan salah dan benar . dalam pandang sisi ilmiah , apa yang terjadi pada keadaan sebegini ialah kesilapan dalam meletakkan hukum . ilmuan mana yang cakap menyendarkan sesuatu masalah itu kepada freemason dengan niat untuk menakut nakutkan orang adalah dibenarkan dalam Islam ? dalam Islam perkara konsep ini dinamakan ' tarhib ' . [rujuk pada asatizah dan masyaikh untuk mendapat ulasan yang lebih mantap] . contohnya , ayat ayat quran atau hadith yang menceritakan tentang azab neraka bertujuan untuk memberi amaran dan juga menakut nakutkan manusia khususnya supaya meninggalkan sesuatu perkara yang dikeji . tidak lain tidak bukan , konsep targhib perlu bergantung kepada dalil atau nas nas sahih samaada Quran mahupun Hadith . nescaya itu , ia bolehlah dinamakan sebagai tarhib yang 'rabbaniah' .
Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(QS. At-Taubah : 101)tarhib rabbaniah tidak akan lari dari landasan syari'at kerana ia telah memenuhi syarat yang ditetapkan . antara lain , juga berkaitan dengan isu ini ialah tentang perkara perkara yang ghaib . perkara yang ghaib itu tidaklah diketahui melainkan menepati nas Quran , Hadith dan juga Sunnatullah . contohnya , tentang azab kubur dan nikmat syurga . tiada sumber yang lain untuk menggambarkan keduanya selain daripada berpandukan ayat Quran dan Sunnah . contoh lain , tentang ramalan cuaca . ia bukanlah sesuatu yang lari dari syari'at kerana ia dibuat berpandukan sunnatullah iaitu kejadian alam semula jadi .
kembali kepada ' freemason ' . adakah ia targhib yang 'rabbaniah' ? adakah ia mematuhi pra-syarat kelayakan untuk diterima kesahihannya ? kebanyakan kita hari ini lebih banyak bergantung kepada ramalan ramalan yang tiada sandaran melainkan hanya menggunakan logik akal serta ' nafsu '. mungkin belum cukup jelas . kita beralih kepada masalah menggunakan 'freemason' sebagai targhib [ menakut nakutkan ] supaya orang menjauhi sesuatu perkara itu . untuk memahami mengapa targhib yang tidak 'rabbaniah' sebegini tidak boleh diterima , turuti bacaan anda hingga akhir entri .
contoh yang sama , lady gaga . apabila dikaitkan dia dengan freemason supaya orang tidak menuruti atau meminati lady gaga sudah pasti ia tidak 'rabbaniah' . mengapa ?? kalaulah dibuktikan bahawa dia bukanlah ahli freemason mahupun agen , adakah dia boleh diterima untuk diminati dan disanjungi ? sebab itu targhib ini tertolak ! kalaulah benar sekalipun bahawasanya lady gaga adalah ahli freemason , bukankah cukup untuk meletakkan 'seksi' , 'tidak tutup aurat' , 'lagu yang bertentangan dengan syari'at' dan lain lain sebagai hujah untuk menolak dan memboikot lady gaga ?
ini adalah tertolak !!!
dari dimensi fikriah , kita melihat bahawa kebencian ummat akan beralih pada sesuatu yang hanya ada kaitan dengan freemason sekalipun ia tidaklah terbukti . sehingga keluar kenyataan berhubung dengan isu ini , " aku tak nak lah pergi wayang lagi , kerana itu semua kerja freemason nak sesatkan umat Islam " , " malaslah nak pergi pasaraya timesquare tu lagi sebab bangunannya berbentuk mata yang dirancang sendiri oleh gerakan illuminati " !!! ini semua tidak 'rabbaniah' !
perasan kena serang
ini satu lagi masalah besar , yang menyebabkan kita pening dan bertambah pening . saya pernah berjiran dengan satu keluarga . ketua keluarganya cukup menjaga Islam agamanya , mana tidak , semua tingkap di rumahnya diubahsuai dan disimen bagi menghilangkan bentuknya yang seakan akan salib !! suatu ketika dahulu , lambang crocs pernah dikaitkan dengan nama Allah dalam tulisan jawi . ketika itu , memang habis tersebar . semua crocs serta merta dibuang semata mata kerana khabar angin tersebut . pernah juga dikaitkan cocacola dengan 'la muhammad la makkah' dan sebagainya . termasuklah juga 'Akum' dan 'Askm' yang dita'arifkan dengan makna makna yang buruk dalam bahasa ibrani . saya namakan masalah ini dengan frasa 'perasan-diserang' .
" kalau macam itu , kita tak bolehlah guna huruf 't' pada setiap penulisan kita . bukankah 't' itu berupa salib? "jawab guru saya ketika disekolah dahulu apabila menerima persoalan tentang masalah-masalah seperti yang disebutkan di atas . dari sudut lain , kita sepatutnya melihat bahawa ini sebenarnya adalah suatu bentuk kezaliman yang 'senyap' . mungkin sukar kita melihat realiti ini apabila berada di pihak yang 'memboikot' . apabila yang 'diboikot' tiba tiba sahaja menerima kesan yang buruk dek penyebaran maklumat yang langsung tidak berfakta dan hanya bergantung pada kekreatifan akal manusia untuk membayangkan adanya kalimah Allah pada logo itu . adanya penghinaan Islam pada logo ini . tidakkah ini zalim ?? mungkin ada suara suara belakang yang akan berkata saya seakan akan membelakangi Islam dan mendabik dada orang orang kafir . tidak , mudah mudahan saya tidaklah begitu . ini soal nilai Islam !
cuba sama sama kita bayangkan . pada suatu hari kita buka satu syarikat , dan lengkaplah dengan logonya , dengan perlembagaannya , dengan sistemnya . kemudian secara tiba tiba ada orang labelkan logo syarikat kita menghina Islam sedangkan kita tidak pernah sezarah pun terfikir untuk berbuat demikian . kemudian dengan sebab fitnah itu , keuntungan syarikat jatuh merudum . kita dipulau dan diejek-ejek . tidakkah itu zalim ? saya maksudkan kumpulan kumpulan yang hanya berhujah tapi penuh dengan auta tanpa sebarang fakta dan angka .
samalah dengan isu freemason . ramai yang perasan diserang . sedangkan dengan adanya geng2 penyebar tegar inilah sebenarnya yang menunjukkan bahawa konspirasi ini berjaya kerana jiwa dan tenaga kita lebih banyak sibuk dengan kajian kajian yang sekadar membongkar membongkar dan terus membongkar . hasilnya tetap sama , iaitulah merekrut manusia paranoid terhadap istilah 'freemason' dan manusia manusia yang pakar sejarah illuminati tetapi hakikatnya buta sejarah Islam !! barangkali , sang penyebar itulah sebenarnya agen freemason !
pesan saya , janganlah perasan kena serang ! kepada yang dah kena serang sekali , elaklah untuk kali yang kedua .
apa usaha kita ?
mungkin tidak adil jika saya berterusan mengkritik golongan di sebelah sana sahaja . orang kata , kita perlu adil dengan fakta . tidak saya nafikan , diluar sana masih ramai yang langsung tidak up-to-date dengan khabar Islam . jadi , apa sebenarnya yang kita nak buat ?
mulalah dari bawah .
kerana ramai orang mahukan negara Islam , mahukan pemerintahan Islam . tetapi gagal membentuk peribadi dan penampilan dirinya sebagai seorang Islam .
tetapi apakah kita sekadar membongkar kerja mereka sahaja ?
semua orang mahukan world order atau ustaziatul 'alam . mereka ada kerja mereka , mengapa kita tidak atur langkah kita ? tidak lain kita hanyalah manusia yang hanya reti bertahan tetapi tidak menyerang . serangan ideologi , konspirasi terancang dan sebagainya . mengapa tidak menyerang ? kita bina asas yang kukuh . kita perlukan seorang individu muslim , kemudian beralih kepada era kekeluargaan dengan membina bayt muslim , kemudian masyarakat yang benar benar muslim dan akhirnya menjadi sebuah negara muslim . ini adalah turutan kerja yang kita telah abaikan .
" ramai orang yang mahu mengubah dunia , tetapi gagal mengubah diri sendiri "tidak lain melainkan hidup ini adalah 100% perjuangan . sekian .
p/s : sebarang komen , puas hati dan luahan hati bolehlah dinyatakan sesuka hati .
p/s : share if you care .
No comments:
Post a Comment