Tuesday, April 26, 2011

semua nak masuk Islam .

Buku 'Quran Saintifik' karya Dr Danial antara yang paling menyerlah , sepanjang tahun 2007 sahaja sudah 7 kali cetakan . ia sesuatu yang agak 'fenomenal' dalam institusi perbukuan negara . tidak syak lagi , antara faktornya adalah penggunaan istilah yang sangat islamic , 'Quran' . diikuti dengan frasa moden yang cukup maju , 'saintifik' .

apabila bertembung Islam dan Sains , orang akan melihat ia 'cool' .

kita kata ,

" inilah syumulnya Islam , inilah bukti kebenaran agama Islam "

kemudian datang pula pengkaji pengkaji hasil sains , dan usahakan ratusan seminar mencenderungkan sains kepada Islam . bidang penulisan tidak ketinggalan malah lebih rancak . ya , bidang apa sekalipun apabila di'islamisasi'kan maka ia akan menjadi perhatian ramai . tidak kiralah ianya sains Islam , kereta Islam , mobile Islam , 'capal nabi' , perubatan Islam , cinta Islam , fesyen Islam dan sebagainya lah [ tidak ketinggalan 'islam hadhari' ] . teringat saya gerakan pengIslaman ilmu [ Islamisation of knowledge ] yang dikepalai oleh Syed Naquib dan rakan rakannya . beliau memperjuangkan pengIslaman minda , jasad dan hati . saya tidak pasti bagaimana teori itu dan tidak pasti sama ada dia tertampar atau ditampar oleh fenomena 'jumud' yang berlaku pada hari ini .

apa yang berlaku ?

targhib ??


saya rasa sudah menjadi tidak asing , orang kata .
meluruskan saff dalam sembahyang jemaah akan menghasilkan cas neutral pada badan manusia , ini berlaku apabila seorang A bercas [-] bersentuh dengan B cas [+] ketika solat jemaah

orang yang berzina dirotan kerana luka luka akibat dirotan itu akan membaik pulih reproductive system manusia .
saya tidak pasti , samaada ia sebenar benar fakta atau sekadar memberi khabar gembira . nanti ada yang bertanya , jikalah suatu hari nanti dicipta alat yang boleh menuetralkan cas badan manusia adakah kita tidak memerlukan solat ? juga , jika pada masa hadapan ada mesin yang boleh membaik pulih sistem reproduktif manusia adakah kita tidak lagi memerlukan hukuman sebat untuk penzina ?

jangan sehingga ia menjadi targhib yang tidak rabbaniyah . apabila kita mendetailkan hukum tuhan mengikut akal makhluk pasti ia menjadi sedikit cacat . cukuplah apa yang Quran dan Sunnah sebut . selebihnya biarlah kita serahkan sahaja pada Allah .

bencana dan Quran ?


apa yang memelikkan manusia sekarang ini adalah apabila berlaku sahaja bencana pasti ada sahaja 'mukjizat angka' surah di dalam Al Quran . tidak kiralah ia bencana alam , kemalangan mahupun apa sahaja . tidak hairanlah ini berlaku , kerana minda kita lebih sedap dengan benda benda 'ajaib' . manusia lebih berselera dengan perkara 'miracle' . kata mereka , inilah 'mukjizat Quran' . barangkali dianggap nada Quran itu semata mata berbicara soal bencana , kemalangan sahaja ?

malang sekali kita gagal melihat kebesaran Al Quran dengan baik . sudah pasti , kebesaran Allah tidaklah dibataskan kepada kalimah الله di langit , di kulit kambing , ikan , dirian pokok dan sebagainya . adakah tidak ada modal lain lagi untuk melihat Islam itu agung ? bukan saya yang timbulkan isu ini , di luar sana masih ramai yang terpinga pinga sedangkan musuh telah berdekah dekah mentertawakan kita semua . apatah lagi kesemua itu masih dibawah akta ' tidak pasti ' dan ' still in dispute accidental facts '.

sehingga kini , kita rasa kurang selesa bagaimana mereka kaitkan tarikh bencana dengan ayat ayat Al Quran . bagaimana pembahagiannya ?? mengapa perlu ditolak tambah dan sebagainya ? kemudian , makin becambahlah persoalan persoalan dan pertikaian yang tiada keuntungan padanya . saya masih tidak pasti sejauh mana teori 'matematik' ini menyumbang kepada agama . bukanlah mempertikaikan 'niat' dan 'usaha' mereka , tetapi ini soal 'cara' . bukan 'apa' yang mereka lihat , tetapi 'bagaimana' mereka melihat !

[ nanti ada pula yang cakap angka '11' itu ada kaitan dengan illuminati , entahlah .. ]

janganlah sehingga kita perdebatkan angka angka yang tiada nilai , akhirnya ummah juga yang rugi . serahkan pada Allah untuk angka angka itu , malah Dia lebih mengetahui . belajarlah untuk tadabbur Quran dengan dimensi Islam .

rujuk al kahf , 22 .

Islamisasi ?

ini satu lagi isu besar yang malang sekali menimpa umat .

bagaimana sebuah kereta itu boleh 'masuk Islam' disebabkan ditatahkan pada sekeliling pintunya dengan khat , sebuah kompas penunjuk kiblat , ditambah lagi dengan tempat simpan telekung dan sebuah rak kecil untuk menyimpan Al Quran . jadi , benarlah itu kenderaan dalam Islam ?

kemudian , kecoh pula dengan 'fesyen Islam' . dengan bertudung sikit sikit , tulisan jawi di setiap inci baju , kain berwarna kesukaan nabi dan bercapal 'nabi' adakah itu menepati kriteria pakaian dalam Islam ? atau benarkah ada fesyen dalam Islam ??

'perubatan Islam' ? pernah saya ikuti siri siri ceramah seorang pengamal perubatan Islam , tetapi saya gagal memahami apa lebih Islamnya pengamal perubatan jenis ini . adakah dengan jampi jampi ayat Quran itu , ia sudah dikira islamik ? adakah dengan meletak Al Quran dikepala pesakit sudah dikira perubatan Islam ?

wahai ikhwan [ cuba meniru gaya penulisan IHAB ] ,

ketahuilah , tidak pernah dispesifikasikan secara zahir bagaimana sesuatu itu boleh menjadi 'Islam' . ia lebih kepada sesuatu yang berbentuk kualiti , mutu dan nilai . jadi , kenderaan Islam adalah kenderaan yang bermutu . kenderaan Islam adalah kenderaan yang dinaiki oleh pemandu yang berhemah . malah jika disebut tentang tempat menyimpan telekung dan al Quran , adakah selama ini di dalam kenderaan tiada tempat untuk meletak kedua keduanya ? kompas ? ia mampu dibeli dengan harga RM5 sahaja dipasaran . walhal lebih teruk lagi , jika kenderaannya Islam tetapi pemandunya tidak membaca Quran , pemandunya tidak memakai tudung , pemandunya tidak solat !!! sebenar benar kenderaan Islam adalah yang memiliki enjin yang selesa , teliti dan kemas sistemnya , berpatutan harganya , terbaek pembuatannya .

Apa itu fesyen Islam ? tidak perlu saya bazirkan tenaga 10 kerat jari ini , Islam tiada fesyen !! Islam hanya ada konsep , konsep Islam adalah menutup aurat . tidak kiralah apa sahaja yang dipakai , tetapai jika mematuhi standart syariat itulah dia 'fesyen Islam' . muktamad .

ini satu lagi hal , perubatan Islam . malanglah kita jika melihat perubatan Islam adalah mana mana perubatan yang menggunakan ayat Quran dan jampi jampi . kemudian dengan mudah menggelar diri mereka 'pengamal perubatan Islam' . kita tidak nafikan , benarlah ia salah satu cara untuk merawat pesakit . benarlah kita perlu tawakal , tetapi kita bukanlah berada dalam bulatan itu . kita masih tersangkut , berputar dalam orbit yang sama . perubatan Islam juga adalah sebuah konsep . sepatutnya perubatan Islam ialah perubatan yang maju . perubatan yang paling teliti . perubat perubatnya pula berakhlak mulia . inilah perubatan Islam yang sebenar !

orang kata ,
" tak payah lah sibuk kerja orang ! biarlah , sekurang kurangnya mereka ada usaha . engkau tu dari mula sampai tamat cerita mengkritik orang je apa sangat yang kau dapat "
pertama sekali , tuan tuan dan puan puan kena faham .

kita tidak mahu nama Islam diseret ke dalam kancah yang sepatutnya ia tiada pun . kita sangat bimbang fenomena 'gila-rupa-bentuk-Islam' ini akhirnya membawa salah faham terutama dalam kalangan orang orang di luar sana . sehingga Islam itu dilihat 'buruk' dan serong dek kejahilan ahli ahlinya . nah , lihat contohnya -

'kereta Islam' , tetapi pemandunya tidak berhemah . pemandunya tidak menutup aurat . pemandunya berbahasa kesat . secara tidak langsung , meletakkan Islam di kandang 'pesalah' . bayangkan berlaku satu kejadian lumba haram , kemudian berlaku kejar mengejar antara polis dan pelumba pelumba haram itu . kebetulan pula para pelumba masing masing menaiki 'kereta Islam' !! tidak pasal pasal , nama Islam dihentam .

'fesyen Islam' , tetapi menonjolkan wanita wanita Islam . aurat terbuka . kebetulan fesyen itu dideklarasi sebagai 'Islam' . kemudian orang akan melihat Islam adalah sebegitu , sebagaimana ia ditayangkan kepada khalayak , kan ?

'perubatan Islam' , tetapi docte docte yang tidak berdisiplin . bilik perubatan yang tidak bersih dan tidak kemas . kemudian para pesakit pula mengadu kerana layanan buruk oleh para 'pengamal-perubatan-Islam' ini . akhir cerita , Islam pasti mendapat tempias serupa .

samalah juga dengan 'penasyid' . tetapi di pentas terkinja kinja . perangai setaraf mat minah rempit . lirik lagu merosakkan akhlak dan sebagainya .

samalah juga dengan 'capal nabi' . tetapi pemakainya berhati munafik .

samalah juga dengan 'mobile islam' . tetapi pemiliknya memakan riba' .

samalah juga dengan 'masjid' . megah binaannya , tetapi tidak dipenuhi jemaah .

Islam adalah konsep . ia bukan sekadar membawa rupa , bentuk dan warna . maka begitu , tidak siapa boleh declare dirinya lebih Islam dari orang lain semata mata kerana dia memiliki kereta Islam , pakaian Islam , mobile Islam , capal nabi dan lain lain . janganlah akibat kejahilan kita , Islam juga yang mendapat tempiasnya .

hmm .. mungkin inilah yang dinamakan 'kereta Islam'


hehe ..

p/s : blog juga tidaklah cukup Islam dengan sekadar meletak tulisan tulisan Al Quran , memainkan alunan zikir dan sebagainya . isilah blog anda dengan tulisan tulisan Islam .

3 comments:

dairiibu said...

asslamualaikum.

sangat bernas dan tepat. itulah realiti dalam masyarakat. Tapi yang nampak makin jelas nama islam tu boleh buat untung.Sebab itu yang semua orang ghairah dok tepek nama islam tu.
agak-agak nanti lepas jawab ker bila allah tanya ekkk....

Aku Islam said...

tahniah atas artikel ini... sememangnya Islam itu perlu didalami dan difahami maknanya, diterap dalam jiwa.. bukan sekadar ikut2 sahaja..

Asim Abdullah said...

benar. :)