anda orang seni ?
ya, anda perlu baca ini
iklan : saya seperti merasakan bahawa entri ini bakal meleret leret panjang
" manusia itu seperti logam ,
terpilihnya mereka semasa jahiliyah terpilihlah mereka juga semasa Islam
jika mereka faham "
[ HR Muslim ]
menoleh lima enam tahun kebelakang , saya masih manusia logam yang sama rupanya . masih membawa lunak chord dan not yang mekar malar hijau . masih menjinjing kanvas dan beg berus lukis akrilik yang berwarna merah (seyesly tidak menipu memang time menulis ni baru teringat beg lukisan tu kaler merah hoho) . masih merekabentuk gesture dan design kaler maler . diari anak seni yang masih saya simpan rapi di kepala dan hotaque ini , adakala kembali menghantui mengheret saya kembali ke era itu . kekadang cuba membelek melek cerita lama . masa masa hidup di mata mata pemuja . mengulang ulang kaset kehidupan lama . tidaklah hitam dan berkarat merah padam semuanya , tetapi ada yang perlu saya kongsi sepanjang pendakian ini . pendakian yang membawa kepada turning point yang mengubah dimensi kehidupan saya , melihat segalanya dengan kacamata yang sempurna . ohoi
hey , apa yang anda cuba buat ini ? ketepiii ketepiii !!
manusia itu berlalu pergi meninggalkan lappy ini , maka ..
baik ,
anak anak seni sekalian , yang saya maksudkan seni mungkin sahaja punyai tafsiran yang pelbagai . kali ini , saya maksudkan seni yang benar benar seni . tiada ruang untuk menta'wil atau min haisu atau menbaharukan dimensi .. argh ! ok . seni yang saya maksudkan adalah seni suara , seni lukis , seni design atau apa apa jenis seni yang saya fikirkan itu seni yang saya hendak sampaikan .
kasanova anak seni
hokey , jangan sembunyikan senyuman anda . teruskan tersenyum , lihat sekeliling anda mana tahu ada yang sedang perhatikan anda . line sudah clear ? ok
isu yang agak common di kalangan anak seni mungkin , dan inilah yang saya perhatikan sebagai wahan-durjana-pemangkin kehancuran-ummah atau belia-cemerlang-tanpa-kasanova . ohyajuga , kasanova anak seni mengikut ta'rif caca merba boleh sahaja dimaksudkan sebagai " manusia yang menggunakan bakat seninya untuk menagih angau dan cinta kaum hawa dan vice versa " . kalau anda anak seni , anda akan faham . kalau anda masih tergaru garu mencari shampoo , baiklah mari berkenalan dengan kasanova anak seni .
to be exact ,
saya bawa anda untuk mengenali saudara kita yang bernama 'nasyid' . maka entiti ini sangat fofular di kalangan kita bukan ? umpama cendawan tumbuh selepas hujan , anda boleh lihat betapa rancaknya kelahiran dan percambahan geng ini . di sekolah paling ketara , baik sekolah biasa , sekolah luar biasa , musleh dan gheiru musleh . Festival Nasyid , Nasyid ASAT , Amal Islami , Nasyid Anti Dadah , Nasyid Belia dan baaanyak lagi . mana mana pertandingan atau keraian so-called islamic kompem memperuntukkan nasyid sebagai agenda atau slot rasmi dalam penganjuran tersebut . eh , maaf kerana tetibe mematuhi tatabahasa dan nahu Bahasa Melayu . he
secara umum , dapatlah saya memahamkan anda bahawa hari ini seni suara sangat mendapat tempat baik dalam kalangan pendengar mahupun orang yang tidak mahu mendengar dan tidak semene mene mendengar . bukan nasyid sahaja , tarannum dan lain lain turut terpalit sama .
saya sedih anda tahu tidak
memanglah temanya Aqidah-Pemangkin-Kecemerlangan-Ummah , memanglah pakaiannya baju melayu lengkap menutup aurat , memanglah liriknya ketuhanan dan mengikut lunas lunas agama . waaa
tetapi anda tahu tidak , cabaran anak seni bukan setakat tidak makan berminyak atau minum es batu untuk mantain suara . bukan cuma perlu adjust tune conga atau jemur djembey di terik matahari di ufuk timur . eh . bukan sekadar synchronize posture dan gerakan bergaya . maka yang lebih besar adalah cabaran menjaga hati , iman .
anda tahu tidak semasa membuat gaya twist twist kaki ke kanan kiri semasa persembahan itu berapa ramai orang tengok . anda tahu bukan semasa anda menyayi lenggok padang pasir dan R&B itu ramai yang terpegun . dengan sorakan sorakan penonton yang terlebih kunjung tiba .
" peh , style la solo korang . siapa nama ye "
" huh ! smart gile painting ni , takde cacat cela perfect !! mana pelukisnya ? "
ya tuan tuan , bukan setakat itu sahaja . bertukar tukar nombor dan fb mungkin perkara biasa , mungkin . waaaa . dan sudah pasti lebih besar cabarannya jika anda berhidung mancung dan berdahi licin !!
saya pasti anda akan segera senyum hangit bila mendapat pujian melambung lambung . kemudian anda seperti tiada pilihan jawapan melainkan membalas poja pojaan itu mengikut jawapan skema yang disediakan .
" eh , takdelah . tak sedap pun . hue hue hue hue "
" eh , biase je . takdelah chanteque sangat pun . hue hue "
kan ?
maka masalah kasanova adalah masalah besar anak seni !
melebihkan lebih lebihan
saya bagai hendak mencari bahu menumpang malu anda tahu ?
anak anak seni sangat bersemangat , jika dari pagi menjelang malam menghadap komputer ribanya . terduduk di hadapan kanvas lukisannya . memikirkan Idea dan menyusun lirik lirik indah nan PERMAI . lima enam jam melontar lantun suara di bilik latihan untuk memadukan harmonising yang kepadu paduan . menghafal lirik dan chord muzik . itu memang kebiasaan anak seni .
tahu apa yang susah ?
nak luangkan masa membaca dan memahami Quran .
nak menghafal Quran dan mengamalkan Quran .
nak menghadiri majlis majlis ruhi .
nak mendengar daurah mp3 Dr You Que Why ?
dan banyak lagi .
anak seni , anda sepatutnya menyorokkan muka menahan malu sekarang ini .
tidaklah dahsyat sangat malapetaka ini , tetapi masa depannya kelihatan sangat cerah untuk menjadi sangat dahsyat !!
tetapi saya sedih
yang sedih hari ini anak anak seni sibuk berbincang untuk memartabatkan seni . sibuk berdebat mengembalikan identiti seni . sibuk bergaduh halal haram . sibuk bersilat mengukur panjang harakat dan peak ihtilalul lahn dan quarter note . di sekeliling anda hari ini , masyarakat sedang tenggelam . keluarga anda sedang terkapai kapai . anda sendiri bermasalah . waaa
pointnya , kita gagal memperuntukkan masa , tenaga dan fikiran dengan adil .
yalah ,
dua tiga jam latihan tu kira kicik punya hal lah ,
tapi kalau nak seduduk dalam majlis ruhi sejam pun dah tak senang duduk
nak hafal lirik lagu dan pitch itu kerja simple sehari boleh selesai ,
tapi nak hafal Quran badhai dia punya malas
semalam tak tidur memikirkan Idea utk karya seni apa punya masalah ,
tapi nak fikir masalah umat seminit dah tensen
kerja dan rehat
hendak tahu apa rahsia kehilangan fokus anak anak seni .
baik ,
kebiasaannya kita akan sinonimkan artwork , grafik design dan muzik dengan ketenangan dan kerehatan atau penyejuk telinga dan mata .
tetapi anda tahu tidak , anak seni tidak boleh berehat dengan lagu atau muzik dan sewaktu dengannya !
bagi mereka , bersama muzik adalah masa masa bekerja mereka . melihat gambar adalah masa masa bekerja mereka . bermain percusi adalah masa masa bekerja mereka .
anak yang kurang seni (dengan izin) , reaksi mereka apabila mendengar adalah
" .. " tenang , dan tiada apa apa .
atau mungkin , " sedupp lagu ni "
atau paling melampau pun , " lagu apa ni ea? siapa nyanyi ea? "
anak seni , reaksi mereka apabila dihidangkan lagu adalah
" eh , half note lari ni . major minor kene re-arrange " mereka extract vocal arrangement by every single note . tidak percaya ? tanyalah saya , huh .
" pasrt bridge tu sepatutnya chord dia G dan 2nd verse tu bukan octave 5 ke ? " kalut bukan .
antara kerja extraction vocal arrangement yang cool
" peh lawa "
atau juga , " kalau hadiah kat mak ni mesti senyum lebar " itupun jika mak anda bukan anak seni ?
boleh juga , " sejuk perut mak tengok lukisan lawa lawa gini "
anak seni , apabila melihat artwork dan design melawa mawa adalah
" eh , cane nak trim-up penjuru kanan tu ea ? ke memang dah fix dengan layer ? " tensi tensi !
" warna kurang gesture dengan medium ke ? " whatever that means . huh
dengan ini saya menyeru kepada sahabat sahabat ikhwah akhawat di luar sana agar tidak memasang lagu lagu atau bunyi bunyian kerana ia bakal mengganggu ketenangan study saya . mohon maklum
masa dan emas belayar
antara yang paling saya kesali sepanjang , eh bukan saya . antara penyesalan abadi yang menjadi pengajaran buat sekalian alam adalah apabila masa yang emas-4-kerat itu dibawa belayar bersama seni seni dan karam dilautan segi tiga bermuda .
anda tahu , for a single session of vocal lesson at least sejam la kut (sengaja berbahasa ibunda Rooney). tu pun kalau anda berlatih sorang sorang . tetapi dek taksub bagai dengan perkusi dan lenggok nian , apa anda kesah setakat dua tiga jam bertekak di bilik latihan .
kalau nak tahu , artwork sesimple ini ambil masa seminggu kut
anda tahu , for a very single quick artwork pun paling segera boleh la makan dalam sejam juga . tapi bergantung kepada desingner . secara pikul tidak salah saya pukul rata mengatakan , seorang anak seni tidak akan bermain main dengan karya seninya . untuk membuatkan pengkarya puas hati sudah satu hal , untuk memuaskan hati penempah karya satu hal walaupun memang sepatutnya anda tidak boleh nak judge an artwork by its artwork . eh . anda lihat di galeri negara atau galeri jualan berapa punya banyak poster dan karya seni yang buruk buruk belaka tetapi harga mencecah ribuan ringgit !! samaada anda berkaca mata kurang seni (aduh buruknya bahasa) atau inflasi berlaku , entah .
pokoknya , seni memakan masa dan masa memakan anak seni .
konklusi
adillah dengan diri anda , jom baca Quran nak faham lagi nak amal lagi .
by-heart-sharing ini sekadar mengiklankan kepada anda betapa wahan nya keterjebakan manusia manusia di dalam arena seni . bagi yang masih setia memperjuangkan agenda dakwah melalui seni , teruskan gerakan anda . saya sayang anda . moga entri ini menjadi catalyst pemacu anda untuk lebih berjaga jaga dengan wahan anak seni . sebelum anda berhadapan dengan masyarakat , sebelum anda memperjuangkan mesej mesej ketuhanan dan sebelum anda giat mendekati selera telinga dan mata masyarakat .. hadapi terlebih dahulu diri anda sendiri , perjuangkan terlebih dahulu mesej mesej ketuhanan dalam diri anda . tidaklah saya melihat anda semua melainkan juga penyampai agama kepada orang ramai .
penyampai agama perlu segak bergaya dengan amal dan pribadi mulia , eh .
saya cadangankan pihak penganjur Festival Nasyid atau Ihtifal SMKA mengambil cakna dengan statement di atas untuk dijadikan tema pada anjuran yang akan datang .
with love ,
By Heart Clan
bebudak NU
dan segala umat manusia yang berkaitan
artikel berkaitan :
transformasi artis kita
[ AKAN DIEDIT SEMULA ]
1 comment:
*terasa*
Post a Comment