Barangsiapa yang memerhati situasi semasa di antara kita dan musuh kita , dia akan mendapati dengan jelas jurang kegagalan kita Muslimin di hadapan musuh kita pada medan politik
kita tidak memiliki walaupun sebuah kawasan di negara negara yang kita gelar Islami untuk kita uruskan ia dengan baik dan tenang dengan urus tadbir politik yang bebas (politik Islam) . Peperangan demi peperangan di medan ini berakhir apabila satu pihak telah menewaskan pihak yang lain , tetapi musuh kita tidak akan berpuas hati dengan kemenangannya dari sudut politik
Jika kita perhatikan sekali lagi dengan teliti , kita akan dapati sebuah lagi medan perang iaitu medan ekonomi . kita akan dapati bahawa sebahagian besar harta Arab dan ummah dilaburkan dalam syarikat dan bank musuh kita , ulama’ Islam kita pula walaupun dengan kehebatannya , mereka masih tidak memiliki sebuah kekuatan untuk menentukan satu polisi ekonomi (Islam)
Walaubagaimanapun , musuh kita tidak akan puas dengan tunduknya kita di bawah sistem eonomi dan politik . sedangkan tabiat sebuah medan perang itu , ia berakhir dengan tunduknya satu piha terhadap satu pihak yang lain secara ekonominya
tetapi sekali lagi , peperangan antara kita dan musuh kita tida akan tamat dengan ketundukan yang disebutan tadi . perang ini terus berjalan
Kita bawa lagi satu contoh , iaitu medan sains dan teknologi di samping kekuatan ketenteraan .
Logiknya, selepas kesemua kemenangan ini (kemenangan musuh ke atas Islam) , musuh Islam sepatutnya tidak perlu lagi ambil kisah dengan kehadiran kita dan tidak perlu takut dengan kita . kerana mereka telah menjuari kesemua peperangan pelbagai medan yang disebutkan tadi
Tetapi mereka terus terusan melakukan hentaman demi hentaman , kerana merea tahu kita masih ada sebuah kekuatan yang rahsia pada medan yang mereka tidak pernah berjaya menewaskannya sepanjang zaman . mereka sentiasa takut terhadap kekuatan Islam pada masa hadapan , mereka takut dengan sebenar benar takut kerana mereka tahu mereka tidak menguasai dan menjuarai medan peperangan yang utama , mereka tidak punya kekuatan untuk hadapi pertempuran dalam medan yang sebenar , maka apakah medan ini ?
Medan pertempuran ini dinamakan ; Medan Tarbiyah dan Takwin
Musuh kita telah mengetahui bilamana mereka cuba mempalingkan masyarakat kita daripada manhaj Islami yang mulia , dengan menukarkannya kepada manhaj Komunis , Demokrasi , Sekular , Kapitalis dan Sosialis . Para Muslimin tidak terkesan dengan semua itu bahkan kembali kepada Islam dan dakwah . Para musuh telah melihat semua ini dan mengatakan bahawa pembinaan seorang Muslim ini seperti sebuah takungan air , ia dikira baik kerana adalah takungan air Islami , musuh kita akan cuba sedayanya untuk mengosongkan takungan ini dari ke Islamannya , dan menggantikannya dengan yang lain . tahun demi tahun berlalu , dan takungan ini terus terisis dengan acuan Islam . oleh itu , para musuh tidak kisah asalkan takungan ini diisi dengan selain daripada Islam sehinggalah Islam itu rosak dan tidak mampu menampung sebuah kekuatan Islam . mereka mahu merosakkan operasi takungan ini sehingga apabila dituangkan padanya Islam , mereka (masyarakat Islam) tidak akan menerimanya
oleh itu kita telah faham bahawa medan pertempuran kita yang utama di antara kita dan musuh kita adalah medan Takwin ! Tarbiyah !
Tarbiyah merupakan sebuah operasi asasi dalam amal kita , ia adalah sebuah operasi tanpa sebarang kompromi dan tidak boleh ditukar ganti . Kita sentiasa mengharapkan agar menjadi salah seorang jundullah , pemegang panji dakwah Nya . oleh itu kita berdiri bersetentang menghadapi ahli ahli kebatilan dan musuh musuh Islam , penyertaan kita ke dalam perang ini telah membuatkan kita jelas pada fikrahnya , medan ini punyai medan yang luas dan pelbagai . kerana itu musuh kita bersenjataan ilmu pengetahuan dan maklumat , berbanding persenjataan dan kekuatan militer , mereka juga biasa menggunakan tipudaya dan muslihat . kita tidak akan berundur dan adalah penting untuk kita faham dengan jelas ciri ciri medan ini antara kita dan musuh kita , menganalisis latar medan utama dan sampingan mereka , ambil tahu pendirian asas dan sampingan mereka , kemudian kita tidak sesekali membenarkan mereka mendahului kita dan senantiasa kita menumpukan seluruh kekuatan pada pertempuran sehinggalah mencapai kemenangan pada medannya yang utama
Imam Hasan al Banna menyebut , ” sesungguhnya , ummah yang melalui peristiwa sebagaimana yang kita lalui , dan bangkit untuk sebuah agenda sebagaimana agenda kita , dan menghadapi tanggungjawab seperti yang kita hadapi .. tidaklah patut baginya untuk berasa selesa dengan ketenangan ataupun sibuk berangan angan panjang , sepatutnya mereka perlu menyediakan diri mereka untuk pertarungan yang panjang dan ganas antara al haq dan al batil , di antara an nafi’ (manfaat) dan ad dhor (mudharat) , dan di antara pemilik al haq dan perampasnya , di antara yang ikhlas yang menang dan pendakwa yang gagal , mereka perlu mengetahui bahawa jihad adalah sebuah kesungguhan dan kesungguhan itu adalah keletihan dan usaha , jihad itu tidak serentak dengan rehat .. ” dari risalah Adakah Kita Kaum yang Bekerja
Imam Hasan al Banna juga sangat menekankan tarbiyah dengan menggelar ia sebagai kerja kerja ar rijaal , beliau menyebut ” persiapkanlah dirimu dan laksanakanlah tarbiyah sohihah dan pemilihan yang teliti , ujilah ia dengan amal ” dari risalah Mu’tamar Ke-lima
Beliau juga menekankan tentang kepentingan menentukan wasilah dan uslub yang selaras dengan subjek dakwah dan suluknya , ia perlu harmoni dengan mustajiddaat (perkara perkara baru) yang wujud di sekelilingnya selagi ia tidak lari dari objektif dan misi , beliau menyebut “sesungguhnya di setiap zaman itu ada caranya yang tersendiri dalam penulisan , sesuai dengan uslub ahlinya , kefahamannya , tatacara didikannya , haruslah pembaharuan ini mengikut permodenan laras akal manusia dan perubahan kaedah menganalisis dan berfikir mereka “
‘Faham dan menambah pengetahuan’ dan ‘tarbiyah dan mengubah akhlak dan realiti’ adalah dua frasa berbeza yang perlu kepada penjelasan
Tarbiyah menuntut masa yang panjang , gerakan yang menyeluruh , persediaan amali dan praktikal yang sangat memenatkan . Tarbiyah dimulai dengan ta’rif dan berakhir dengan tanfiz . Imam al Banna telah menyebut tentang ini ,
Marhalah dakwah ini terbahagi kepada tiga ;
Pertama : at Ta’rif
Menyebarkan fikrah umum kepada masyarakat dan pengurusan dakwah pada zaman ini , pengurusan perbadanan persatuan yang terurus dan kepentingan amal untuk kemaslahatan awam . wasilahnya , adalah ; menyedarkan , membimbing , membangunan projek projek bermanfaat dan sebagainya
Kedua : at Takwin
Membina sebuah sosok yang punyai ciri ciri yang terbaik untuk menanggung sebuah beban dakwah , seterusnya menggabungkannya dengan yang lain , memilih peribadi peribadi yang terbai , mempersiapkan mereka dengan pelbagai keperluan dan mengukuhkan saff . pengurusan dakwah pada ketika ini berbentuk sufi pada ruhnya dan askari pada amalnya . Syi’ar kedua dua yang disebutkan adalah arahan dan taat tanpa sebarang keraguan dan mengundur diri , tiada syak dan ketakutan . Dakwah pada peringkat ini tidak terhubung kecuali dengan persediaan yang ampuh untuk menampung beban dakwah dalam tempoh yang lama dan meletihkan (taat yang total)
Imam al Banna menyebut ” Wahai Ikhwan , sungguh kamu berperanan mentakwin maka janganlah kamu abaikan sebaik baik persediaan dan siaga yang sempurna . bergeraklah 90% daripada waktumu untuk takwin ini , agihkan baki 10% untuk urusan yang lain sehinggalah gagah dayamu dan sempurna persiapanmu serta lengkap kehebatanmu . Setelah itu , Allah akan merealisasikan al haq di tengah tengah kaummu dan Dia adalah sebaik baik perealisasi “
” Sesungguhnya , peperangan kita adalah peperangan tarbawiyah”
” amal terhadap diri kita adalah kewajiban kita yang terutama , maka berjihadlah ke atas dirimu “
Sesungguhnya kesedaran ruhiyah yang merupakan kesan dari marhalah ta’rif perlulah tidak dibiarkan lenyap dan hilang . wajib untuk dibimbing dan dicantikkan jauh ke dalam jiwanya supaya ia bergerak untuk islah dan perubahan . Kemudian , membentuk individu yang menerima dakwah selepas marhalah ta’rif ini , dengan asas dakwah dan acuan bahan bahannya , fikrahnya , silibus pendidikannya sehinggalah menjadi ahli yang layak untuk melakukan tanfiz ke atasnya
Kesimpulan kepada frasa takwin adalah melahirkan insan rabbani yang memilih Khaliq berbanding Makhluk , Akhirat berbanding Dunia , tarikan Agama berbanding tarikan al Hawa
Ketiga : Tanfiz
Ia adalah peringkat ketiga dalam kitaran amal pada dakwah Ikhwan , Imam al Banna telah menetapkan tabiat dakwah pada marhalah ini dengan kata katanya ” dakwah pada marhalah ini adalah jihad tanpa kompromi , amal yang berterusan menuju ke arah misi dan ghayah , ujian demi ujian , tidak akan dapat menempuhnya kecuali orang yang benar , dan tidaklah akan mencapai kejayaan kecuali dengan sebenar benar taat “
Tanfiz memberi maksud , seluruh kesungguhan yang dikerah untuk kemampanan dakwah Islamiyah , ia berupa setiap gerakan harian yang berorientasikan jihad untuk meralisasi misi sesebuah marhalah . maka termasuklah di bawah makna tanfiz , setiap amal jihad harian dan setiap persiapan untuk membangun daulah Islamiyah , oleh itu projek yang kita maksudkan ini adalah sinonim dengan tujuan hidup kita
” Wahai orang yang beriman , rukuklah dan sujudlah dan beribadahlah kepada tuhanmu dan berbuatlah kebaikan agar kamu berjaya . dan berjihadlah kepada Nya dengan sebaik baik jihad , Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan agama ini kesukaran bagimu , jalur moyangmu Ibrahim (a.s) Dia telah menamakanmu muslimin sebelumnya , supaya Rasul (utusan) itu menjadi saksi keatasmu dan kamu menjadi saksi ke atas manusia . dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat , dan berlindunglah dengan Allah , Dialah penolongmu Dia sebaik baik penolong dan pembantu ” al Hajj : 77-78
No comments:
Post a Comment