Monday, May 26, 2014

#BUKWIT : of Crimea

I

Islam menyinari wilayah utara Laut Hitam termasuklah Crimea dan Russia pada tahun 1273 melalui bangsa Tatar. Tatar pula adalah bangsa yang telah menumbangkan kota Baghdad justeru nadi akhir khilafah Abbasiyah pada tahun 1258 !


Jajahan Islam di Crimea punyai hubungan baik dengan Kerajaan Mamluk di Mesir dan Tanah Sham pada ketika itu dan mereka saling berhubung baik untuk memerangi tentera Salib Byzantine yang cuba memerangi wilayah Uthmaniyah !


II


Jajahan Islam Tatar adalah sebuah kerajaan yang kuat selama lebih 120 tahun sehinggalah berlakunya pergelutan antara kabilah yang mengakibatkan terpisahnya Tatar kepada beberapa jajahan kecil termasuklah : Qarm (Crimea) , Astrakhan , Khawarizmi , Kazan dan Siberia Barat

Ini telah menambah selera Russia untuk menghadapi Tatar yang sedang goyah ketika itu

Wilayah Qarm (Crimea) diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah yang dinaungi Khilafah Uthmaniyah , atas sebab ini Russia menghentikan operasi memerangi Qarm sedang Uthmaniyah ketika itu baru sahaja menakluki Constantinople dan Eropah Selatan


III


Tatar Crimea pernah menguasai Moscow melalui dua siri operasi jihad pada tahun 1571 dan 1572 , dan bangsa Russia ketika itu membayar jizyah kepada Gabenor Crimea wakil khalifah Uthmaniyah 


Apabila wilayah utara Uthmaniah mulai lemah , Russia telah bertindak menyerang Qarm (Crimea) pada tahun 1783 , membunuh 380 ribu muslimin menandakan dendam lama yang disimpan oleh bangsa Russia 


baik Russia pecahan Kaisar mahupun Komunis , kedua duanya berpadu untuk memusnahkan Qarm


III


Berlakulah penghapusan etnik melalui penjajahan yang strategik sekitar tempoh perang dunia pertama pada bangsa Tatar wilayah Qarm (Crimea) , Russia dan German saling bergilir dalam operasi ini


Jumlah penduduk Qarm berkurang dari 9 juta pada 1883 kepada 850 ribu pada 1941


Qarm (Crimea) hari ini telah mencatatkan beberapa data statistik yang mengejutkan


pada tahun 1770 bangsa Tatar telah mendominasi Crimea dengan 93% , bagaimanapun telah berkurang secara mendadak kepada 25.9% pada tahun 1921 manakala bangsa Russia dan Ukrania membentuk 51.5% pada tahun yang sama , selebihnya adalah bangsa German dan Yahudi


Sejak 1959 sehingga kini , tidak lagi ada dalam rekod kewujudan bangsa Tatar di Crimea . sebaliknya Russia membentuk 71% penduduk , Ukrania 22% dan baki penduduk adalah Yahudi dan bangsa bangsa minoriti !




III


Walaubagaimanapun , tahun demi tahun .. sejumlah pelarian Tatar yang berasal dari Qarm (Crimea) telah kembali ke tanah air mereka dan membentuk minoriti kecil di Crimea


statistik akhir pada tahun 2001 menunjukkan bangsa Tatar telah kembali dengan membentuk 12.1% dari kesuluruhan penduduk di Crimea


IV


Hari ini Putin dan Obama bersilat merebut wilayah Qarm (Crimea)


Siapakah yang sebenarnya layak menghargai dan menyanjungi perjuangan di medan Crimea ini ? mereka ataupun kita ?


Benarlah hanya mereka yang mencintai dan memahami sejarah , akan benar benar dapat membumikan kecintaannya terhadap Agamanya pada realiti hari ini


Crimea adalah kisah perjuangan yang tidak terpisah dari lembaran sejarah ummat Islam , ia adalah rentetan sinar jihad , dakwah dan tarbiyah yang dihidupkan generasi demi generasi

dan kitalah generasi seterusnya yang menyambut sinar itu

No comments: