Wednesday, August 11, 2010

imam 'panjang' dan 'pendek'

malam semalam aku ber'tarawih' di masjid Dato' Dagang Klang.entah apa kehalnya aku ter'buka puasa' jauh dari rumah semalam ~ malam pertama tarawih di masjid Kg Perepat.ok, sekian shj laporan tarawih.

sebelum tarawih sempat aku 'interview' beberapa org kekanak dan reremaja kt pinggiran masjid.

"ko pehal brader? sengih2 "

"entah la, aku xminat sgt terawih kt sini.imam baca panjang sangat.esok aku nk pakat gi masjid Bt4 la.sana imam express cket"

"hoh, ko pulak ape kehal termenung sesorang bro?"

"cam biase la, imam ni baca laju sgt.takut xsah solat"

"adeyh, gitu pulak"

ragam2, kekanak di sini sungguh menyayat hati .. mana lebih baik? panjang atau pendek?

*********************************************

"apabila rasulullah s.a.w diberikan 2 perkara untuk dipilih, maka baginda akan memilih perkara yang lebih mudah selama ianya bukan perkara yang membawa dosa, dan apabila perkara itu membawa dosa, maka baginda adalah orang yang paling menjauhinya" Ummul Mu'minin Sayidatina 'Aisyah r.a

(skop isu ini sebenarnya luas, tp untuk memendekkan 'post' aku hanya fokus pd bab imam panjang pendek je)

Rasul s.a.w menganjurkn umat untuk menyegerakan berbuka dan mengakhirkn sahur, ini semua untuk memberi kemudahan kpd mereka yg berpuasa.dlm kalangan ulama' dan fuqaha' pn ramai diantara mereka yg menentukan hukum dgn memilih yg lebih mudah dan memberi keringanan kpd muslimin.

memberi keringanan bukanlah bererti meringan-ringankn, jauh sekali wahai manusia sume.
sebaliknya....

"para fuqafa' lebih terbuka menggunakan uslub ini untuk memberi khabar gembira dan gambaran masa depan yg cerah dalam cara saya menyampaikan dakwah islamiyah" berikut rentetan penulisan Dr.Yusuf Alqardhawi dlm kitab fiqh awlawiyat dlm bab keutamaan dalam bidang fatwa dan da'wah

sesuai dgn cara yg telah nabi s.a.w lakukan semasa mengutus Abu Musa al-ashari dan muaz ibn jabal r.a untuk melakukan tugasan dakwah ke negeri Yaman.baginda bersabda yang bermaksud "berikanlah kemudahan dan janganlah menyusahkan mereka, berikanlah khabar yang gembira dan janganlah kamu jadikan mereka jauh daripada islam"

itu syarah 'aqli mengapa disarankan untuk meringankn fatwa.islam itu rahmat bukan?

dalam fiqah ada 2 jenis dalil iaitu al-ahwat (sangat berhati-hati) dan al-aysar (memberikan kemudahan), untuk orang awam lebih ulama' dan nabi sendiri lebih cenderung untuk memilih dalil asyar sebaliknya dibolehkn para ulama' untuk memilih dalil ahwat bagi org2 yang tebal imannya - sedikit iklan untuk menambah kefahaman aku dan korang dlm isu ni , sekian

*maaf untuk huraian yang lebih detail boleh la rujuk mana2 tok syeikh, sbb nanti aku n korang sama2 pening ok

harapan aku

kepada para2 tok imam di malaysia, silalah tengok siapa makmum anda ya.jadilah masyarakat yang prihatin.mungkin hari ini mereka pindah2 masjid ikut 'imam fevret', aku risau esok lusa mereka dh xjenguk masjid untuk solat terawih (na'uzubillah) sbb imam baca panjang, lagi bermasalah jika imam yg jenis baca main 'sedap' je.melainkan jemaah korang memang se'kepala' dgn imam, itu suda ok brader!

teringat masa aku muda2 kt skolah dulu, fuhh ~ imam selumber semacam je.satu raka'at satu 'page' wowz! para makmum sumenye blaja agama dan muda2 belaka.itu pun dah semput , dan pihak2 berkuasa pelajar dah tangkap pelajar2 yang 'excape' terawih.ape kehal ni? budak agama, faham agama, usrah tiap minggu, sume kuat2 .. tp solat terawih xlarat.

begitu juga diluar sana, ramai yang tua2, xmampu berdiri lama, xmampu duduk lama, xmampu duduk bawah lampu lama2, ada urusan macam2 .. pd imam 'ringkaskn' solat anda.

anas ibn malik r.a menceritakan,

"salah seorang imam yang paling ringan dan sempurna solatnya yang pernah saya ikuti adalah rasulullah s.a.w, dan apabila baginda mendengar tangisan anak kecil, maka baginda akan memendekkan bacaannya, kerana khuatir ibunya terganggu"

anas r.a juga meriwayatkan rasul s.a.w bersabda yang bermaksud

"ketika aku telah mula solat, walhal aku ingin memanjangkannya, tetapi kemudian aku terdengar tangisan seorang kanak2, maka aku persingkatkan solatku, kerana aku tahu tangisan kanak2 akan menyentuh perasaan bondanya"

abu hurairah r.a turut meriwayatkan rasul s.a.w bersabda

"apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, maka persingkatkanlah solatmu, kerana ada di kalangan makmum yang sakit, lemah dan berumur tua.dan apabila dirikan solat sendirian, maka panjangkanlah ikut yang kamu suka"

baginda pernah menegur muadz kerana memanjangkan bacaannya ketika mengimami solat dgn sabdanya , "dgn cara itu engkau telah menimbulkan fitnah ya muadz"

dalam satu riwayat ada menceritakan, datang seorang lelaki kpd rasul s.a.w lantas berkata."aku sengaja datang lambat untuk menunaikan solat subuh kerana imam selalu sangat memanjangkan bacaannya" nabi seraya dgn tegas menyampaikan nasihatnya, "sesungguhnya ada di kalanan kamu orang yang menyebabkan orang ramai lari meninggalkan ajaran islam, sesiapa shj yg mengimami solat hendaklah memendekkan bacaannya krn di kalangan makmum ada yang lemah, tua dan punya hajat dan keperluan lain."

simpulnye
-imam yg perlu melihat keadaan makmun, bukan makmum yg perlu pilih imam dlm kes ni.
-ringkaskan bacaan sekadar meringankn untuk mengelak tragedi 'makmum lari'
-ringkas suda baik tp bacaan 'cover2' cket, solat ringkas tp tajwid hancus xberguna juga
-melainkan makmum anda sume 'ok' n bi'ah solehah yg baik maka bacalah yg sesuai mengikut 'keadaan' dan adat setempat.

ingat! meringankn bukan meringan ringankan!!!
sekian, terima kasih ~

p/s : klu ada persoalan tentang fiqh keutamaan bolehlah kita berkongsi2 sbb aku pn masih belajar ~ jom belajar sama2!

Tuesday, August 10, 2010

perutusan ramadhan dari aku untuk aku


(perubahan dalaman sepatutnya dimulakan dgn diri masing2.kita hanya boleh pesan memesan sahaja)

Yang Maha Mengasihi Allah S.W.T , yang dikasihi dan semoga dikasihi Muhammad S.A.W, yang disayangi 'aku', yang dihormati korang dan seluruh makhluk ciptaanNya, sama ada yg membaca teks ini mahupun tidak.Salam mahabbah buat aku dan korang.sedar tidak sedar ramadhan sudah datang tanpa jemu , menjenguk manusia yg meminta2 untuk disampaikan padanya ramadhan bulan rahmat bulan berkat.maka tanpa pernah merungut dan membantah, ramadhan masih sudi ketemu sama aku dan korang insyaAllah.dlm kata lain, kita masih 'hidup' untuk meng'hidup'kn ramadhan ~ (mudah mudahan)

tradisi dan tragedi ramadhan

ramadhan kembali untuk mengembalikan aku pada rabb
ramadhan datang untuk mentajdid hati yang usang
ramadhan 'alam asing' untuk membuang 'bendasing'

ramadhan adalah musim "transisi" ataupun "turning point" !
bukannya "R&R" atau "singgah amal" !

ramadhan datang dan pergi, amal apa yg aku perbaiki?

"tahun ni apa amal baru yg kite nak buat bro?" tanye aku
"mmm .. cam biase je lah, duduk masjid, bukak pose sesama, tarawih" aku jawab
"ceh, bende sama je .. ko xnak berubah ke?"aku tanye lagi
"itu pun payah kita nk 'amal' n 'kekal' kn?"jawab aku sekali lagi

tradisi aku, ramadhan adalah 'pesta' ibadah .. ramadhan sahaja?
tradisi aku, ramadhan adalah mengislah hati dan diri .. adakah kekal ke bulan yg selebihnya?
tradisi aku, ramadhan bulan lapar, dahaga dan berbuka puasa ... inikah yang aku cari?

tragedi aku, lahiriah sahaja nampak banyak .. rutin lahiriah ber'dezup' aku buat .. zahiriah?
tragedi aku, segala bagai sedekah aku berikan .. ikhlaskah?
tragedi aku, nasihat dan pandgn dilontar dan dikongsi .. aku riak dgn ilmu ilahi

(aku pun xfaham apa beza tradisi dan tragedi dlm post ni .. sile jgn pening)

member's of the floor (huhu, lame xgune ayat nih),

transisi merubah realiti

amal biar sikit tapi berkekalan, perubahan biar sederhana tapi berkesan

jadikan ramadhan ini sebuah 'push up' atau 'effort' untuk diamalkn , bukan amal pd ramadhan shj.benar ramadhan dilipat kali kali kali kali dan kali gandakan pahala.amal umrah seumpama haji, solat sunat dikira fardu.besarkan yg tuhan beri?

tp, terlalu amat dan sangat salah jika amal aku seakan2 melabel hanya 'ramadhan' adalah bulan dan musim islam.berubahlah wahai 'aku'!!!!

hadirin hadirat yg disayangi sekalian,

"hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang orang sebelummu, agar kamu BERTAKWA" [al baqarah : 183]

bagaimana dengan aku? sudah berapa banyak ramadhan sudah aku lalui? jauh benar aku dgn 'takwa' itu ..

siapakah orang yang bertakwa?

orang yang bertakwa .. mengawal marah
orang yang bertakwa .. memberi ketika susah dan senang
orang yang bertakwa .. jika terlanjur berdosa, segera bertaubat
orang yang bertakwa .. seorang yang pemaaf

oh, jauh benar sih dgn 'takwa' itu ~

atau dgn bahasa indahnya (perasan), aku sebenarnya masih belum bertamukan 'ramadhan' yg sebenar, aku belum pernah lagi merasai kehadiran 'ramadhan'.

hakikatnya, aku masih jauh dgn 'ramadhan' .. yang padanya ada keampunan dan kelebihan

mana tidaknya ..
ah chong lambat sampai aku dah marah menggile, sedangkn aku perlu bimbing dan nasihat
fatimah xsihat aku buat2 kedekut, sedangkan aku mampu memberi 'senyuman' , tenaga malahan harta.

jauh lagi ke 'umur' ini boleh pergi? yakinkah ada lagi ramadhan yg tuhan beri?

aku belum puas lagi menaip tp cukup ini sekadar memberi tempias 'gemuruh jiwa' untuk menghadapi ramadhan yg tuhan singgahkan pada kali ini.harap2 ada 'hasilnya'

allahu a'lam, terima kasih atas bacaan aku dan korang.semoga ini beri manfaat pada aku dan korang.wabillah taufiqihi wahidayatihi

tenkiu sume ~

p/s : nak tarawih mane malam ni ye?

Saturday, August 7, 2010

aku dan politik

(antara pelaksanaan, tarbiyah dan memberi kefahaman serta situasi ummat.)

muqaddimah ----- > jika anda tidak minat 'politik' sila abaikan :

aku bukanlah 'gile @ taksub' politik, tp aku sedang belajar melihat dan memahami politik.percaya atau tidak, mengambil tahu tentang politik adalah perkara 'mesti' di Malaysia.tp pastikan anda mengenali islam sebelum mengenali politik.kalau dh rukun iman pn xdpt nk faham, xpayah susah2 nk dekat 'siasah'.kerana yg pastinya tafsiran anda terhadap politik akan menjadi -ve.ya, ramai yg anggap politik satu sempadan negatif kerana dlm kalangan kita malah 'qa'id' kita pn, masih ada yg belum memahami 'siasah' dlm pengertian islamnya.mari bersihkn politik kita!! hoho .. *semangat*

apa itu politik?

maka aku jawab, aku pun xtau apa takrifan yg paling tepat.

suka aku merujuk kata2 ilmuan Islam kerana aku yakin itu adalah terbaek!

Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.(at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah)

Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din)

mengapa mesti faham politik ?

kerana di m'sia yg aku faham - dasar2 perundangan, pendidikan, penyiaran, perlancongan, bla ... bla .. bla .. dan segala bagai,adalah tertakluk kepada 'kuasa' kerajaan melalui perkenan DYMM.jadi 'daulah impian' yg sebenar2 kita mahu dan mahu dan mahu.adalah bersifat 'directly' kpd pimpinan kita.kalau nak negara yg 'wangi' pilihlah penjual minyak wangi sbg pemimpin.jika kita ingin negara yg hensem jangan pilih pemimpin yg hodoh.

'mati'lah sesiapa yg hidup tanpa 'hadaf' ~ apa hadaf kita?

individu soleh ----> keluarga soleh ----> masyarakat soleh ----> daulah solehah ---->
KHILAFAH ISLAMIAH!!!

lihat jauh sikit baru kita nampak apa kepentingan politik.amacam?? nampak?

kembali kpd kata kunci aku dari awal td .. aku ajak korang faham 'politik' bukan 'berpolitik'!

Bagaimanakah corak politik Islam?

Islam tak menetapkan corak pemerintahan bagaimana yang harus kita pakai dalam mentadbir negara.samalah seperti Islam tidak pemah menetapkan fesyen pakaian yang macamana harus dipakai oleh orang Islam. Begitu juga Islam tidak pemah menetapkan makanan apa yang mesti dimakan oleh orang Islam.Tapi perlu la beringat cik adik , kakak dan abang2 semua ye! tetap ada prinsip dan dasar-dasar yang telah ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh orang Islam apabila memilih pakaian yang hendak dipakai dan makanan yang hendak dimakan.

Contohnya dalam hal pakaian, kita diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Oleh itu jika ada orang mendakwa pakaian islam mestilah seperti fesyen yang dipakainya maka dakwaannya itu adalah salah, yang betulnya dia hanya boleh berkata, fesyen yang dipakainya tidak bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam hal makanan pula, kita dilarang memakan segala jenis makanan atau minuman yang haram seperti arak, daging babi ,anjing serta daging binatang yang tidak disembelih dan segala bagailah.Oleh itu restoran yang meletakan papan tanda yang berbunyi 'Restoran Makanan Orang-orang Islam' sebenamya bagi aku tak begitu tepat kerana orang Islam seluruh dunia tidaklah memakan makanan yang sama. Papan tanda yang betul sepatutnya berbunyi 'Restoran Makanan Halal'.

Begitulah juga dengan cara mentadbir dan memerintah negara, Islam telah menetapkan beberapa dasar yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Islam telah menetapkan semua keputusan dan urusan yang dibuat ke atas orang ramai mestilah dilakukan secara 'syura'. Pemimpin juga dilantik secara persepakatan.

merujuk kpd hal di atas ~ aku pernah rujuk kt sorang mu'allim.

"sejauh mana ketelusan pilihanraya di malaysia?"

*skema, sebab masa ni aku adalah seorang pelajar yg baik dan berhemah tinggi*

maka mu'alim td menjawab dgn penuh relanye,

"sebab itu perlu syura, yg terlibat dlm syura adalah wakil2.yg hadir adalah 'ahli2' fikir.adalah 'ulama' dan 'umara' yg terpimpin fikrahnya.apa kelemahan sistem pilihanraya?"

"errr ... entah lah"

mu'allim jawab

"yg mengundi adalah 'pencuri', 'pembohong' , 'perasuah' , 'pembodek' , 'penjahat' .. adalah relevan seorang penjahat untuk menyokong pimpinan yg soleh dlm pimpinanya? orang jahat dan orang baik adalah sesuatu yg opposite dan mereka tidak akan memilih pihak yg di 'seberang' untuk menjadi ketua mereka.kerana saya dan kamu tahu, ketua yg baik akan tegah 'pencuri' meninggalkn kerja kejinya itu.juga seorang 'perasuah' akan ditegah dan dihukum di atas kesalahannya itu.juga kepada seorang pendusta, akan dilarang sama sekali setiap lafaz mungkar mereka.jelas?"

"allah .. sukarnya"

ya, memang sukar kn? kembali kpd politik Islam,

Setiap orang yang tinggal di bawah pemerintahan Islam mestilah mendapat keadilan, haknya terpelihara, keselamatannya tejamin, tidak tertindas dan mempunyai kebebasan beragama dan bersuara. Oleh itu di dalam Islam, kita bebas memilih corak pemerintahan yang kita hendak, tetapi mestilah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Islam dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan nilai Islam. Oleh itu sesiapa yang sibuk2 ckp sistem pemerintahan Islam adalah seperti corak pemerintahan yang diamalkannya, maka ungkapan itu tak tepat, dia sepatutnya hanya boleh berkata, corak pemerintahan yang diamalkannya adalah mengikut kehendak Islam.

TAMMAT ~ maka aku sarankan kepada mereka2 yg berpndgn 'serong' terhadap politik , mari sama2 kita bersihkn.sebab politik kita 'menjauh' dan 'retak'.kan punah hidup macam tu? kn3?

aku bukanlah pro UMNO, atau PAS , ataupun KEADILAN (aku xsebut yg lain sbb ni je yg aku boleh join).aku ajak hang sume memahami dan menghayati keperluan politik dan Islam.bukan untuk gile 'berpolitik' atau taksub politik.di mana pihak pn kita duduk, jika kita faham apa itu 'siasah' dan bagaimana 'bersiasah', kita akan ber'migrate' ke pihak yg 'satu' itu huhu.mari ISLAH!!

p/s : sekarang ini sibuk isu perpaduan antara komponen yg selama ini ber'sengketa', haih ~ itu isu lain

'tak' suka atau 'ter'suka ?

(tak 'sua' maka tak 'suka', garam penambah rasa supaya lauk laku dijaja)

sebagai seorang 'stalker' yg berjaya, aku telah menge'round' di seluruh pelosok fb melihat telatah rakan2 yg sibuk berdiskusi tentang BTN.Biro Tata Negara, Biro Tarbiyah Negara o ape2lah.dek kerana cerita2 yg bersumberkn borak2 kedai kopi ,masing2 xberminat malahan lemah longlai badan bagai xmampu utk berdiri tegak ,, huhu.tak senang duduk masing2 tertiarap menunggu khabar2 tentang BTN.maka aku hanya duduk rileks sahaja.

nampaknya kebanyakan respons rakan2 adalah -ve ~ ok la, aku pn stuju.aku xberminat sgt ber'BTN'.itu biarlah rahsia.mana tau kot2 esok luse aku masuk paper klu post mende tu.ok, maka aku telah menyimpang jauh dr tajuk sebenar .. kwang3

BTN .. mengapa tidak suka?

politics, perkauman, ceramah, ngantuks, buang masa ...

BTN .. mengapa suka?

jumpe kawan .. mmm ... main bola kut .. mmm .. makan ..

setuju atau tidak, aku ckp : korang memang suka BTN! percayalah ..

5 ogos tarikh pendaftaran :

seorang geng aku adli, (nama sebenar hoho) sempat menghantar mcg.

"aku dh sampai! BEST .. "

eh budak ni, aku pn balas

"haha, bagus.first impression must b +ve ok! excited ke brader?"

die reply, setelah setengah jam berlalu ..

"haha, best sgt .. "

(sebahagian penganalisis minda menyatakan bhw jika org balas mcg kite pendek bermakna, dia nk layan tp xterdaya nk melayan.maka hal ini diistilahkn sebagai layan ala2 ayam.)

jd boleh aku simpulkn, adli sememangnye 'excited'.

begitu juga rakan2 yg lain, nampak cam seronok je gather semula di sana ye?
dua org rakanku yg hanya ingin dikenali sbg ilyas dan hafiz ghazali juga begitu ..

dan yakinlah korang sume, apabila tamatnya BTN kelak .. koranglah yg akan berheboh2 di tiap inci fb menceritakan pengalaman2 'berharga' di BTN.korang suke atau tidak BTN ni?

maka jawabnye .. ya! korang suka!

*****************************************************

"boleh jadi kita menyukai sesuatu perkata itu sedangkan ia sebenarnya amatlah buruk untuk kita, boleh juga jadi kita membenci sesuatu perkara sedangkan ia hakikatnya amatlah baik untuk kita, Allah maha mengetahui sedangkn kita hanyalah hambaNya yg lemah"

kutiplah permata di celahan kaca. bukan bererti kita mengabaikan keselamatan.ambil yg baik itu yg terbaik.belajar dari org 'dungu', belajar dari org 'lemah', belajar memupuk qana'ah.aku sendiri bile terlepas dr BTN ni kadang2 terlintas tetibe 'dengki' pd mereka yg berBTN.sekali lagi, TAHNIAH! korang adalah insan yg terpilih

*****************************************************

tak suka? atau tersuka?

maka jawablah 'suka' .. sebab sedapnya lauk krn ada 'asam' dan 'garam', hidup bukan untuk ber'suka suka' walaupun terhidang penuh 'kesukaan'.

p/s : untuk makluman aku antara yg suka menghebah heboh kan kisah2 BTN yg hanya aku 'dengar' tp aku xpnah 'rasa' pn.juz cter2 dr orang.saje nk ganggu gugat ketenangan hidup korang .. huhu.harap maaf.aku sengaja wat korang camtu.dah korang tanye aku jawab je la ~

aku nk dgr cerita2 korang ni ..

Thursday, August 5, 2010

kisah aku dan ayam

(kejayaan hari tidak mustahil menjadi musuh di masa akan datang)

korang biasa tengok iklan ayam lintas jalan kt tv x? alah, pasal keselamatan jalanraya tu .. pernah?

aku mula2 tengok takde lah nk percaya bulat2 sgt.ape tergamak ke ayam tu lintas xtengok kanan kiri? takkan la mak bapak ayam xjaga anak2 dia? paling koman pn ayam tu mesti ada sense of defensive.xkan sesuka hati je nk lintas haih ~ iklan yg langsung xlogik!!!!

maka dengan sebab itu, setiap kali iklan keselamatan pemanduan yg menjadikan apa2 jenis haiwanpun sebagai contoh atau 'pelakon utama' aku akan tukar channel.sebab langsung tidak relaven! haiwan ada fitrahnya , kita mesti hormat la brader! boikot3x! maka aku seru korang semua untuk memprotes mana2 iklan yg merendah2kn martabat haiwan khususnya (hoh!)

sehinggalah suatu hari ... bila aku sendiri yg mengalami peristiwa menyayat hati tu.baru aku sedar, fikiran aku yg celaru dlm mentafsir iklan keselamatan.ternyata, ayam memang xtengok kanan kiri bila melintas ... ouh, sayunya.maaf ibu ayam saya xsengaja.

watak utama = khubaib (bukan nama sebenar), amir (nama sebenar) dan ayam 1 & 2 (sbg gantian jika ayam 1 mati)
watak sampingan = En.Ammar (pemilik ayam)
materials n substances = motosikal, jalanraya, rumput

ada 3 scene dlm kisah ini ~

1st scene ~

aku dgn relaxnye memecut di hadapan, amir follow kt belakang.

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

kitorg melintasi En.Ammar dan ayam kawanannye

lepas tu ayam pn lintas jalan

hasil kajian = ayam 1 dan 2 selamat , alhamdulillah

2nd scene ~

aku dgn slumber sekali lagi memecut di hadapan, amir follow belakang.

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

aku melintasi En.Ammar dan ayam2nya , amir langsung menuruti jejak pecutanku

tiba2, kokokokokoko .... K.O! amir tergilis ayam yg melintas jalan secara tidak sengaja

hasil kajian = ayam 2 'selamat dikebumikan' & ayam 1 terselamat

3rd scene ~

aku buat kali yg ketiga memecut di hadapan, amir follow di belakang

ada beberapa ekor ayam sedang dibelai En.Ammar diseberang jalan.

aku melintasi En.Ammar ... kokokokokokokokokokokokokokoko ... K.O K.O kami berdua melanggar ayam2 beliau

hasil kajian = dua2 ayam 'selamat jalan'

aku dan amir telah bertemu En.Ammar dgn harapan dpt mendengar rintihan hati seorang pemilik ayam.kata beliau "saya reda shj, kita merancang tuhan yg menentukan .. lagipun korang berdua ngah buat eksperimen kan? xpe2, saya faham", aku dan amir sekadar mengangguk tanda setuju dan akur dgn kata2 beliau.lalu kami berdua saling berpandgn, tiba2 syafiq dan fauzan datang menghampiri kami dan .. ~ aaaaaah! cerita aku dah meleret !! kembali pd tajuk asal ...

mengapa begitu ye ayam?

ramai yg punya impian tinggi menggunung, kita sentiasa inginkan kejayaan yg berterusan.kita mahu hari ini cemerlang, esok gemilang, lusa terbilang ... bla .. bla .. bla ...kita xmahu berjaya pada suatu tahap shj tetapi gagal pada tempoh kehidupan yg seterusnya.dan dalam mencapai kejayaan jangan lupa rintangan pasti ada, tp jgn lari.

"layang2 tidak akan naik tinggi, jika tiada rintangan angin"

ayam ada tujuan, untuk melintasi jalan.ada yg berhati2 ada pula yg tidak.ada yg berjaya pada lintasan yg pertama , malangnya gagal pd cubaan yg kedua.ayam bagus, dia sedar utk melintas jalan ada halangannya.kenderaan yg lalu lalang banyak dan dia hebat! tidak mahu mengalah, menongkah arus itu ... dlm situasi 1, ayam amat berhati2.apabila aku dan amir lintas baru die menyeberang.ok bagus! malang sekali pada situasi 2 dan 3, ada ayam yg mati.

kerana .. kejayaan melintasi jalan pd situasi 1 telah mempengaruhi ayam2 tersebut.sebab itu ingat! kejayaan hari ini, tidak mustahil boleh jd punca kegagalan pada hari esok.jika kita terlalu mudah berpuas hati dan alpa leka.jgn terlalu berseronok dgn kejayaan.

dalam situasi 2, sebagai contoh ayam 2 gagal menyebari jalan sedangkan ayam 1 berjaya? kenapa? untuk makluman ayam1 jenis 'power' lebih cket.ayam2 'lembab'.tp kesilapan ayam 2 adalah kerana terlalu melihat kelebihan org lain dan tidak yakin dgn apa yg ada pada dirinya.sume ayam ada kelebihan, tumpu pada 'apa' yg kita ada untuk berjaya.

"orang yg berjaya ialah mereka yg memaksa diri mereka untuk berubah , manakala orang yg gagal hanya berubah apabila terpaksa"

dalam situasi 3, kedua2 ayam mati 'katak' (eh, boleh ke?).kenapa? kerana .. dah ajal dia la!

tamat!

p/s : kisah ini adalah kisah benar yg sedang dan akan menghantui hidup sesorang itu .. harap bersabar huhu

Tuesday, August 3, 2010

aku.blog.kamu

(semua manusia adalah sama, persamaan manusia adalah kita semua berbeza? ha?)

aku adalah seorang musafir blogger, sume jenis blog aku jumpe.ada yg sekadar 'suka2','kongsi2 rasa' , lepaskn geram rindu , fakta, politics ,kutuk caci murka, cerita kanak2 dan memacam lagi.semua ada kelebihan masing2 ~ muge2 hadaf kita sama.

mengapa perlu ada blog?

bagi aku dan blog aku, ini adalah nasihat utk aku dan nasihat utk kamu.

seperti apa yg pernah digariskn Dr 'Aidh Abdullah Al-qarni dlm kitab tersohor beliau 'La Tahzan', dia ckp "apabila aku kecewa dan hilang arah dlm melayari kehidupan, aku sentiasa mengingatkan diriku .. bukankah aku yg menulis buku 'La Tahzan'? tidak perlu aku persoal mengapa perlu rasa hiba atas qada' dan qadarnya krn aku pernah menulis tentangnya"

jadi, aku sentiasa ingatkan diri aku melalui setiap perincian penulisan aku.semoga istiqamah hendaknya.aku bukanlah penulis yg pandai sgt.aku masih belajar dan memimpin.when you stop learning, you stop leading.paling kurang mungkin memimpin diri kita sendiri, semoga dgn blog ni aku dpt nasihat 'aku' dan 'kamu'.

"jangan menulis tentang diri sendiri, orang yg bijaksana menulis tentang ilmu, orang cerdik menulis tentang peristiwa,hanya orang dungu menulis tentang dirinya sendiri"

jgn cepat menghukum, hayati dgn elok dan 'out of the box'.jgn gune google translator.gunakan iman dan akal.luas dan mendalam maknanya.aku kutip ayat ni dr buku "Nota hati seorang lelaki" hasil penulisan Ust Pahrol Md Juoi.kita pergi lebih jauh, benar pengalaman dan aspek peribadi boleh dikongsi tp jgn terlalu leka menulis tentang 'aku' shj.

*ya allah, aku pn begitu .. sob3*

di mana letak kekuatan ilmu?

pada isinya? atau pada penyampainya?

aku tertarik dgn pengisian penulisan Dr.Yusuf Al-qardhawi.tentang keluhan seorang intelektual barat yg baru memeluk islam.apa keluhannya?

"Maha suci Allah yg memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal Muslim"

jika dia mengenal muslim dahulu, nescaya dia tidak tertarik pn utk mengenali Islam.lihat pd realiti bukan teori.berapa ramai yg 'Islam' pd tindakan dan tidak tanduk? Pada segi tertibnya, logiknya Islam lah yg diperkenalkn dahulu baru muslim.

aku tertarik dgn pndgn rakan muallaf aku.
dia pernah ckp "islam ni sgt indah dan cantik, umat islam yg memburukkn Islam"

maksud pepatah td, pendakwah mahupun penulis atau sesapa shjlah sebenar2nya perlu ketengahkn 'isi' dakwahnya, Islam dan tarbiyah.bukan peribadi dan personalitinya semata2.bawalah 'target man' kpd Allah, bukan kpd diri.bawalah 'sasaran' kpd Islam bukan kpd parti ataupun pertubuhan.

aku adalah muslim! islam bukanlah nasyid, islam bukanlah blogging, islam bukanlah khat, ttp sampaikanlah utk disampaikan pd Islam.jgn lupa hadaf kita ada 'satu'.

PENDAKWAH ADALAH MURABBI!!! BUKAN SELEBRITI!!

p/s : xluah salah, xdisebarkan salah ~ adakah masih bersalah?

cerita 'biasa' yg kita 'biasa-biasa' kn (arnab dan kekura)

(sedar tidak sedar angka hidup semakin meningkat, baki perjalanan bertambah singkat.rasanya baru semalam ibu hadiahkn buku 'arnab dan kura2' pd kita.tp hingga kini kita tidak teladani nilai2 yg di'ringan'kn seusai buku yg 'ringan' bacaannya)

aku dr kecik sampai ke tua suka baca buku cerita, kisah2 mudah.dr yg fantasi, reliti dan alam mati (huhu).sungguh best!dari kisah si tanggang yg derhaka, batu belah batu bertangkup,si luncai terjun dgn labunya, hang tuah dan memacam lagi.kembali pd belas2 tahun yg lalu ...

(kreuk3 .. *chime barr berbunyi)

masa tu kecik2 lagi, teringat mak ayah belikan macam2 buku, huhu.study la konon.aku masa era budak2 dulu suka membaca beb!membaca krn 'suka' dan 'seronok2'.ye lah, budak2 kn?kita bukan setaraf kanak2 era salafussoleh, era nabi s.a.w, era empayar khilafah dan khulafa' arrasyideen.

pernah dikisahkn kerika khalifah harun arrasyid sedang menghidupkan unggun api, dtg seorang kanak2 lantas dia menangis.ouh, maka khalifah pn bertanya "kenapa kamu menangis?" kanak2 tersebut menjawab "aku takut dgn api neraka" khalifah segera menjawab ,"jgn risau, kanak2 xakan masuk neraka." kanak2 tersebut memintas kata2 khalifah "tapi tuan, saya lihat apabila kita menghidupkn api, kita akan letakkan yg kecil2 dahulu kemudian diikuti ranting2 yg besar.aku takut, jika aku adalah 'ranting kecil' itu"

seorang yahudi pernah berkata, "jika hendak tumpaskn islam lihat pada belia remaja dan kanak2 mereka.jika mereka lemah, tumbangkn mereka.nescaya kita akan berjaya"

ali r.a pd awal usianya menggantikan tempat tidur nabi ketika sedang diburu oleh kafir quraisy

ali pd zaman ini suruh mak ayah tidur bilik sebelah sbb nk tidur kt katil diorg

umair r.a jika ditanya tentang cita2nya dgn yakin dia menjawab "cita2ku ingin syahid dijalanNya!"

umair pd zaman ini jika ditanya tentang cita2nya dgn slumber dia menjawab "nk jd artis kut, popular, kaya dan hensem hihi"

(tiada kaitan dgn sesiapa harap maklum .. )

oh hebatnya mereka, kembali kpd cerita tentang aku ~

maka sekarang aku sudah besar, kemudian baru aku boleh faham , "cita2" aku dan "cinta" kih3.
dan baru aku sedar tidak rugi mak ayah belanja ratusan ringgit (hoh) untuk penuhi minat aku dulu (bukan sekarang).banyak nilai 'besar' yg boleh dikorek2 dr kisah2 'kecil' dr pembaca yg berjiwa kecil.aku sudah mula 'revise' balik sume kisah2 hidup kanak2 aku.untuk kutip apa shj didikan dan bimbingan.

"ini bukan soal apa yg kita membaca, tetapi bagaimana kita membacanya"

begitu juga dgn alam semesta , lihatlah dunia dan pengalaman hidup dgn dimensi yg berbeza

sekali lagi "ini bukan soal apa yg kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya"

utk 'intro' kisah kekanak aku, aku dahulukan dahulu dgn kisah kegemaranku suatu ketika dahulu.apelah agaknye ye? ARNAB DAN KURA KURA !!!! dan dah macam2 versi dah pn.naik nyampeh dh ... ops, taklah aku suke je hihi.dan seberapa ramai antara kita yg terlepas pandang mungkin, ibrah2 yg sebenarnya jelas dan mudah diluahkn dr kisah ini.jom kita kembali ke alam kanak2!

(synopsis je lah ye .. malas aku nak menaip hoh!)

arnab ajak kura2 berlumba - kura2 setuju - hari perlumbaan tiba - arnab poyo - lari laju banget - kura2 tertinggal - arnab boring dan bongkak - arnab lepak2 tido - kura2 lepasi arnab - arnab terjaga dr lena - kejar kekura - tak sempat - arnab kalah dan sedih - kura2 menang - happy ending

(bolehlah jdkan homework, arahan : reka sebuah cerita ringkas dgn menggunakan semua rangkai kata di atas.anda boleh memulakan cerita anda dgn .. "pada suatu hari, ada seekor .. " karangan anda hendaklah melebihi 120 patah perkataan.hoho! rindunye zaman sekolah!)

okies, jika dinisbahkn dr segi fizikal tentunya arnab laju dan pantas berbanding kura2 yg kecik, lembab, x pickup.kaki arnab panjang kuat .. dan 100% bahawasanya sesungguhnya dan pastinya arnablah yg akan menang dlm perlumbaan tu.tp, siapa sangka pd akhir kisah ini kura2 yg menang.aku pun tak sangka.memang suspens betul cerita ni.seram seyh!

kenapa arnab tewas? di mana silapnya? kenapa kura2 menang? di mana lebihnye?

arnab yg hebat ditewaskn kura2 yg lambat? mustahil kn?? aku masih xpercaya ending cerita ni harap maklum.tp,

itulah hebatnya tuhan, itulah keadilannya atas setiap makhluk.Allah tidak menjadikan kita lemah, sebaliknya kita ada kelebihan dan ia totally berbeza dgn makhluk yg lain.seberapa ramai antara kita yg xjauh beza dgn 'kura2' yg berhadapan dgn ribuan saingan seperti 'arnab'.dalam alam perniagaan, ketenteraan.jurang antara musuh itu pasti ada.mungkin mereka hebat pada persenjataan dan kewangan.tp pepatah ada menyebutkan "jgn endahkan kekurangan yg ada, fokuskan pd kelebihan yg kita miliki" mungkin kita miskin, tp jgn pandang itu sbg halangan.tumpukan pd sifat rajin yg kita sepatutnya ada.didik diri utk "suka apa yg kita ada mestikan kita tak miliki apa yg kita suka" tanam sifat qanaah.

sekali lagi aku masih xpercaya, kura2 menang???

sbb itu jgn terkejut seorang anak dr keluarga miskin mahupun jahat dan dibenci masyarakat.pada era dewasanya dia menjadi harapan, kaya raya dan dihormati rakyat.

sbb itu jgn terbeliak tentera badar yg kecil menewaskn kufar yg bilangannya ribuan org berbanding 313 para muslimin dlm masa kurang 2JAM!

sbb itu tidak perlu menyesal bila kita yg punyai enjin besar dlm kenderaan , dipecut oleh kancil merah yg kecil molek di lebuh raya.

ramai yg tahu kisah arnab dan kura2, tapi xramai yg sudi mengambil pengajaran dr kisah 'ringan' kemudian di 'ringan2'kn.dan lihatlah sekarang, ramai mengambil jalan yg terlalu mendesak sedangkn tidak cube utk guna apa yg 'ada'.mari belajar utk 'istiqamah' spt kura2.jauhi sikap 'ego' arnab."yg kuat xselamanya di atas , yg rapuh tidak mustahil mahkota berhias."

sekian shj, aku nk sambung baca buku kanak2 ni .. huhu.insyaAllah, mari sama2 kutip mutiara ibrah dr kisah 'mudah' tp jgn sesekali kita 'permudah mudah kn'.allahu a'lam ~

p/s : ninja turtles pn lari laju jugak kn?

Sunday, August 1, 2010

Sayang Allah S.W.(?)

(Mengenali Allah pd hikmah kuasa nya bkn pd rangka ayat dan susun kata)

okies ~ fill in the blank ok, *aq xnak letak huruf 't' , ye lah .. bentuk cam 'salib' kn?*

dulu pernah tersebut kisah si 'coca cola' bile terbalik jadilah 'la muhammad la makkah', kemudian yg terkini 'crocs' ada kalimah allah pd lambangnya.maka tersebar luaslah di fb, fs, ms, mcg mahupun di mana ruang dan masa masing2 heboh! maka lambakan crocs berharga ratusan ringgit, puluhan sen dan sebagainya dibuang begitu shj ~ ohoho .. jd aq sarankn pasni dah xbolehlah gune huruf 't' dalam penulisan. t = lebih kurang salib kn?

jgn timbulkn 'masyaqqah' dlm hidup, klu benar ada bukti dan hujah yg membuktikan memang syarikat ni memburuk dan mengkeji islam sile sampaikn dan hebahkn ~ tp klu takat main teka2, bentuk2 cket, ye lah 'artistic' punye pasal sume benda buleh jd kn? aq xde nk memburukkn pn org yg hebah, ok it's not a big deal ~ but! perlu ada penekanan .. mengapa kita xsuke? adakah kerana rangka susun kata a.l.l.a.h ataupun pd sebutan 'allah' itu shj ?

maka tersebutlah kisah di sebuah kwsn kejiranan di puncak alam (bukan nama sebenar .. aha), ade sorg jiran ni aku tengok rumah die 'renovate' wowz ~ sampai tingkap2 pn disimennye ~ habes sume jenis pintu dan jendela ditukar.aku tanye la geng2 aku kt sana."nape sih org tu wat gitu ha?" dan jawabnye , "die ckp xnak nampak cam 'salib', ko tengok sendiri la tingkap pintu jendela umah kite sume bentuk salib taw!" aku jawab "oh , ye ke ok3!"

itulah yg dinamakan 'masyaqqah', cuba bayangkn korang bukak syarikat n ade logo dan berbagai2 lagi.tetibe kt 'facebook' dh kecoh, korang punye logo bentuk itu dan ini."jom boikot!!", apekah yg korang rasa ye kekawan?

isu yg pernah diperkecohkn oleh makhluk tuhan adalah isu kalimah allah.dan yg paling xbest ialah mereka2 yg dok perjuang 'kalimah' allah ini adalah yg xberapa nk bertudung, kaki sosial, rambut beramboi, solat pn dua tige kerat je buat.na'uzubillah ada kalanya aku pn begitu .. allah.

jadi persoalannya, apa yg kita juang sebenarnya?? sayang 'kalimah' ataupun 'aqidah'? klu sayang 'allah', sayang 'muhammad' mari kita sama2 beringat.

1.sunnah rasul mari amalkn
2.arahan tuhan wajib laksanakan
3.larangan allah kita jauh jauhkan
4.masjid kita penuhkan
5.islam kita sebar sebarkan
6.penindasan, penipuan, perasuahan, perpecahan ... bla ... bla ... kita hindarkan

tp apa yg kita buat

1.bagi salam pn malas
2.solat pn malas2
3.maksiat keliling pinggang
4.warung mamak dan konsert je yg penuh
5.dlm jemaah kita gaduh2, risalah xgerak jauh
6.dan banyak la lagi ...

jadi di manakah kita?

juang isu palestin, budaya barat kita pimpin

boikot barangan israel, lifestyle mereka kita amal

marah kalimah allah diguna kufar, tp perangai sifar

buang 'masyaqqah' dlm ummah, yg sudah terang lagi nyata mari kite juang2kn ~

"adakah mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu puasa zakat, pergi ke makkah tunaikan haji sudah dikira 'muslim sejati'? sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan, puasa dikerja banyak kekurangan, tunaikan zakat kerana terpaksa, tunaikan haji untuk pangkat dan nama"

"kita mengaku adanya tuhan tapi larangan tetap dilakukan, ada malaikat kiri dan kanan tidak diendah akan kehadiran, percaya rasul dan para nabi sunnah mereka tidak diikuti, quran dibaca tiada penghayatan intipatinya tidak diamalkn, hidup akhirat engkau yakini, masih mengejar nikmat duniawi, qada' dan qadar telah ditentukan ditimpa musibah hilang reda dan kesabaran"

analisa , haqeqat - samttar

p/s : aku tak boleh bayang klu tiap penulisan tak boleh gune 't' huhu