Saturday, August 7, 2010

aku dan politik

(antara pelaksanaan, tarbiyah dan memberi kefahaman serta situasi ummat.)

muqaddimah ----- > jika anda tidak minat 'politik' sila abaikan :

aku bukanlah 'gile @ taksub' politik, tp aku sedang belajar melihat dan memahami politik.percaya atau tidak, mengambil tahu tentang politik adalah perkara 'mesti' di Malaysia.tp pastikan anda mengenali islam sebelum mengenali politik.kalau dh rukun iman pn xdpt nk faham, xpayah susah2 nk dekat 'siasah'.kerana yg pastinya tafsiran anda terhadap politik akan menjadi -ve.ya, ramai yg anggap politik satu sempadan negatif kerana dlm kalangan kita malah 'qa'id' kita pn, masih ada yg belum memahami 'siasah' dlm pengertian islamnya.mari bersihkn politik kita!! hoho .. *semangat*

apa itu politik?

maka aku jawab, aku pun xtau apa takrifan yg paling tepat.

suka aku merujuk kata2 ilmuan Islam kerana aku yakin itu adalah terbaek!

Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.(at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah)

Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din)

mengapa mesti faham politik ?

kerana di m'sia yg aku faham - dasar2 perundangan, pendidikan, penyiaran, perlancongan, bla ... bla .. bla .. dan segala bagai,adalah tertakluk kepada 'kuasa' kerajaan melalui perkenan DYMM.jadi 'daulah impian' yg sebenar2 kita mahu dan mahu dan mahu.adalah bersifat 'directly' kpd pimpinan kita.kalau nak negara yg 'wangi' pilihlah penjual minyak wangi sbg pemimpin.jika kita ingin negara yg hensem jangan pilih pemimpin yg hodoh.

'mati'lah sesiapa yg hidup tanpa 'hadaf' ~ apa hadaf kita?

individu soleh ----> keluarga soleh ----> masyarakat soleh ----> daulah solehah ---->
KHILAFAH ISLAMIAH!!!

lihat jauh sikit baru kita nampak apa kepentingan politik.amacam?? nampak?

kembali kpd kata kunci aku dari awal td .. aku ajak korang faham 'politik' bukan 'berpolitik'!

Bagaimanakah corak politik Islam?

Islam tak menetapkan corak pemerintahan bagaimana yang harus kita pakai dalam mentadbir negara.samalah seperti Islam tidak pemah menetapkan fesyen pakaian yang macamana harus dipakai oleh orang Islam. Begitu juga Islam tidak pemah menetapkan makanan apa yang mesti dimakan oleh orang Islam.Tapi perlu la beringat cik adik , kakak dan abang2 semua ye! tetap ada prinsip dan dasar-dasar yang telah ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh orang Islam apabila memilih pakaian yang hendak dipakai dan makanan yang hendak dimakan.

Contohnya dalam hal pakaian, kita diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Oleh itu jika ada orang mendakwa pakaian islam mestilah seperti fesyen yang dipakainya maka dakwaannya itu adalah salah, yang betulnya dia hanya boleh berkata, fesyen yang dipakainya tidak bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam hal makanan pula, kita dilarang memakan segala jenis makanan atau minuman yang haram seperti arak, daging babi ,anjing serta daging binatang yang tidak disembelih dan segala bagailah.Oleh itu restoran yang meletakan papan tanda yang berbunyi 'Restoran Makanan Orang-orang Islam' sebenamya bagi aku tak begitu tepat kerana orang Islam seluruh dunia tidaklah memakan makanan yang sama. Papan tanda yang betul sepatutnya berbunyi 'Restoran Makanan Halal'.

Begitulah juga dengan cara mentadbir dan memerintah negara, Islam telah menetapkan beberapa dasar yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Islam telah menetapkan semua keputusan dan urusan yang dibuat ke atas orang ramai mestilah dilakukan secara 'syura'. Pemimpin juga dilantik secara persepakatan.

merujuk kpd hal di atas ~ aku pernah rujuk kt sorang mu'allim.

"sejauh mana ketelusan pilihanraya di malaysia?"

*skema, sebab masa ni aku adalah seorang pelajar yg baik dan berhemah tinggi*

maka mu'alim td menjawab dgn penuh relanye,

"sebab itu perlu syura, yg terlibat dlm syura adalah wakil2.yg hadir adalah 'ahli2' fikir.adalah 'ulama' dan 'umara' yg terpimpin fikrahnya.apa kelemahan sistem pilihanraya?"

"errr ... entah lah"

mu'allim jawab

"yg mengundi adalah 'pencuri', 'pembohong' , 'perasuah' , 'pembodek' , 'penjahat' .. adalah relevan seorang penjahat untuk menyokong pimpinan yg soleh dlm pimpinanya? orang jahat dan orang baik adalah sesuatu yg opposite dan mereka tidak akan memilih pihak yg di 'seberang' untuk menjadi ketua mereka.kerana saya dan kamu tahu, ketua yg baik akan tegah 'pencuri' meninggalkn kerja kejinya itu.juga seorang 'perasuah' akan ditegah dan dihukum di atas kesalahannya itu.juga kepada seorang pendusta, akan dilarang sama sekali setiap lafaz mungkar mereka.jelas?"

"allah .. sukarnya"

ya, memang sukar kn? kembali kpd politik Islam,

Setiap orang yang tinggal di bawah pemerintahan Islam mestilah mendapat keadilan, haknya terpelihara, keselamatannya tejamin, tidak tertindas dan mempunyai kebebasan beragama dan bersuara. Oleh itu di dalam Islam, kita bebas memilih corak pemerintahan yang kita hendak, tetapi mestilah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Islam dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan nilai Islam. Oleh itu sesiapa yang sibuk2 ckp sistem pemerintahan Islam adalah seperti corak pemerintahan yang diamalkannya, maka ungkapan itu tak tepat, dia sepatutnya hanya boleh berkata, corak pemerintahan yang diamalkannya adalah mengikut kehendak Islam.

TAMMAT ~ maka aku sarankan kepada mereka2 yg berpndgn 'serong' terhadap politik , mari sama2 kita bersihkn.sebab politik kita 'menjauh' dan 'retak'.kan punah hidup macam tu? kn3?

aku bukanlah pro UMNO, atau PAS , ataupun KEADILAN (aku xsebut yg lain sbb ni je yg aku boleh join).aku ajak hang sume memahami dan menghayati keperluan politik dan Islam.bukan untuk gile 'berpolitik' atau taksub politik.di mana pihak pn kita duduk, jika kita faham apa itu 'siasah' dan bagaimana 'bersiasah', kita akan ber'migrate' ke pihak yg 'satu' itu huhu.mari ISLAH!!

p/s : sekarang ini sibuk isu perpaduan antara komponen yg selama ini ber'sengketa', haih ~ itu isu lain

No comments: