(sedar tidak sedar angka hidup semakin meningkat, baki perjalanan bertambah singkat.rasanya baru semalam ibu hadiahkn buku 'arnab dan kura2' pd kita.tp hingga kini kita tidak teladani nilai2 yg di'ringan'kn seusai buku yg 'ringan' bacaannya)
aku dr kecik sampai ke tua suka baca buku cerita, kisah2 mudah.dr yg fantasi, reliti dan alam mati (huhu).sungguh best!dari kisah si tanggang yg derhaka, batu belah batu bertangkup,si luncai terjun dgn labunya, hang tuah dan memacam lagi.kembali pd belas2 tahun yg lalu ...
(kreuk3 .. *chime barr berbunyi)
masa tu kecik2 lagi, teringat mak ayah belikan macam2 buku, huhu.study la konon.aku masa era budak2 dulu suka membaca beb!membaca krn 'suka' dan 'seronok2'.ye lah, budak2 kn?kita bukan setaraf kanak2 era salafussoleh, era nabi s.a.w, era empayar khilafah dan khulafa' arrasyideen.
pernah dikisahkn kerika khalifah harun arrasyid sedang menghidupkan unggun api, dtg seorang kanak2 lantas dia menangis.ouh, maka khalifah pn bertanya "kenapa kamu menangis?" kanak2 tersebut menjawab "aku takut dgn api neraka" khalifah segera menjawab ,"jgn risau, kanak2 xakan masuk neraka." kanak2 tersebut memintas kata2 khalifah "tapi tuan, saya lihat apabila kita menghidupkn api, kita akan letakkan yg kecil2 dahulu kemudian diikuti ranting2 yg besar.aku takut, jika aku adalah 'ranting kecil' itu"
seorang yahudi pernah berkata, "jika hendak tumpaskn islam lihat pada belia remaja dan kanak2 mereka.jika mereka lemah, tumbangkn mereka.nescaya kita akan berjaya"
ali r.a pd awal usianya menggantikan tempat tidur nabi ketika sedang diburu oleh kafir quraisy
ali pd zaman ini suruh mak ayah tidur bilik sebelah sbb nk tidur kt katil diorg
umair r.a jika ditanya tentang cita2nya dgn yakin dia menjawab "cita2ku ingin syahid dijalanNya!"
umair pd zaman ini jika ditanya tentang cita2nya dgn slumber dia menjawab "nk jd artis kut, popular, kaya dan hensem hihi"
(tiada kaitan dgn sesiapa harap maklum .. )
oh hebatnya mereka, kembali kpd cerita tentang aku ~
maka sekarang aku sudah besar, kemudian baru aku boleh faham , "cita2" aku dan "cinta" kih3.
dan baru aku sedar tidak rugi mak ayah belanja ratusan ringgit (hoh) untuk penuhi minat aku dulu (bukan sekarang).banyak nilai 'besar' yg boleh dikorek2 dr kisah2 'kecil' dr pembaca yg berjiwa kecil.aku sudah mula 'revise' balik sume kisah2 hidup kanak2 aku.untuk kutip apa shj didikan dan bimbingan.
"ini bukan soal apa yg kita membaca, tetapi bagaimana kita membacanya"
begitu juga dgn alam semesta , lihatlah dunia dan pengalaman hidup dgn dimensi yg berbeza
sekali lagi "ini bukan soal apa yg kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya"
utk 'intro' kisah kekanak aku, aku dahulukan dahulu dgn kisah kegemaranku suatu ketika dahulu.apelah agaknye ye? ARNAB DAN KURA KURA !!!! dan dah macam2 versi dah pn.naik nyampeh dh ... ops, taklah aku suke je hihi.dan seberapa ramai antara kita yg terlepas pandang mungkin, ibrah2 yg sebenarnya jelas dan mudah diluahkn dr kisah ini.jom kita kembali ke alam kanak2!
(synopsis je lah ye .. malas aku nak menaip hoh!)
arnab ajak kura2 berlumba - kura2 setuju - hari perlumbaan tiba - arnab poyo - lari laju banget - kura2 tertinggal - arnab boring dan bongkak - arnab lepak2 tido - kura2 lepasi arnab - arnab terjaga dr lena - kejar kekura - tak sempat - arnab kalah dan sedih - kura2 menang - happy ending
(bolehlah jdkan homework, arahan : reka sebuah cerita ringkas dgn menggunakan semua rangkai kata di atas.anda boleh memulakan cerita anda dgn .. "pada suatu hari, ada seekor .. " karangan anda hendaklah melebihi 120 patah perkataan.hoho! rindunye zaman sekolah!)
okies, jika dinisbahkn dr segi fizikal tentunya arnab laju dan pantas berbanding kura2 yg kecik, lembab, x pickup.kaki arnab panjang kuat .. dan 100% bahawasanya sesungguhnya dan pastinya arnablah yg akan menang dlm perlumbaan tu.tp, siapa sangka pd akhir kisah ini kura2 yg menang.aku pun tak sangka.memang suspens betul cerita ni.seram seyh!
kenapa arnab tewas? di mana silapnya? kenapa kura2 menang? di mana lebihnye?
arnab yg hebat ditewaskn kura2 yg lambat? mustahil kn?? aku masih xpercaya ending cerita ni harap maklum.tp,
itulah hebatnya tuhan, itulah keadilannya atas setiap makhluk.Allah tidak menjadikan kita lemah, sebaliknya kita ada kelebihan dan ia totally berbeza dgn makhluk yg lain.seberapa ramai antara kita yg xjauh beza dgn 'kura2' yg berhadapan dgn ribuan saingan seperti 'arnab'.dalam alam perniagaan, ketenteraan.jurang antara musuh itu pasti ada.mungkin mereka hebat pada persenjataan dan kewangan.tp pepatah ada menyebutkan "jgn endahkan kekurangan yg ada, fokuskan pd kelebihan yg kita miliki" mungkin kita miskin, tp jgn pandang itu sbg halangan.tumpukan pd sifat rajin yg kita sepatutnya ada.didik diri utk "suka apa yg kita ada mestikan kita tak miliki apa yg kita suka" tanam sifat qanaah.
sekali lagi aku masih xpercaya, kura2 menang???
sbb itu jgn terkejut seorang anak dr keluarga miskin mahupun jahat dan dibenci masyarakat.pada era dewasanya dia menjadi harapan, kaya raya dan dihormati rakyat.
sbb itu jgn terbeliak tentera badar yg kecil menewaskn kufar yg bilangannya ribuan org berbanding 313 para muslimin dlm masa kurang 2JAM!
sbb itu tidak perlu menyesal bila kita yg punyai enjin besar dlm kenderaan , dipecut oleh kancil merah yg kecil molek di lebuh raya.
ramai yg tahu kisah arnab dan kura2, tapi xramai yg sudi mengambil pengajaran dr kisah 'ringan' kemudian di 'ringan2'kn.dan lihatlah sekarang, ramai mengambil jalan yg terlalu mendesak sedangkn tidak cube utk guna apa yg 'ada'.mari belajar utk 'istiqamah' spt kura2.jauhi sikap 'ego' arnab."yg kuat xselamanya di atas , yg rapuh tidak mustahil mahkota berhias."
sekian shj, aku nk sambung baca buku kanak2 ni .. huhu.insyaAllah, mari sama2 kutip mutiara ibrah dr kisah 'mudah' tp jgn sesekali kita 'permudah mudah kn'.allahu a'lam ~
p/s : ninja turtles pn lari laju jugak kn?
No comments:
Post a Comment